sejarah form5

15
BAB 4 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA 4.2.4 TOKOH-TOKOH PENGGERAK PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Upload: aisyahaffin

Post on 10-Sep-2015

53 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Sejarah

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

BAB 4 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA4.2.4 TOKOH-TOKOH PENGGERAK PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 melibatkan pihak British, Raja Melayu dan pemimpin Umno. Sembilan orang raja Melayu yang terlibat dalam rundingan itu telah menyediakan tuntutan dan cadangan yang sesuai untuk menjaga status dan keselamatan orang Melayu. Antara sultan yang tegas bersuara ialah: (a) Sultan Badlishah (Kedah); (b) Sultan Abdul Aziz (Perak); dan (c) Sultan Ibrahim (Johor)

Sultan BadlishahSultan Abdul AzizSultan Ibrahim Menyediakan tuntutan dan cadangan yang sesuai untuk menjaga status dan keselamatan rakyat.

Menuntut supaya kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan. Perlindungan kepada rakyat Melayu sebagai Rakyat Raja Melayu dikekalkan. Mereka tidak menolak kehadiran British tetapi menuntut supaya kuasa mereka serta perlindungan kepada orang Melayu dan hal ehwal ketuanan Melayu dipelihara.PERANAN Para pembesar bertindak sebagai penasihat kepada raja masing-masing dan mewakili golongan rakyat. Sebahagian daripada mereka merupakan pemimpin UMNO yang mendukung idea penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Bersama-sama Raja-raja Melayu mencadang dan mendesak British melindungi kepentingan orang Melayu. Usaha mereka dan Raja-Raja Melayu menyebabkan prinsip-prinsip politik, pentadbiran, agama islam, bahasa melayu dan institusi raja Melayu dimasukkan dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Antara tokoh yang terlibat dalam tuntutan tersebut ialah : (a) Dato Onn bin Jaafar (Menteri Besar Johor dan juga Yang dipertua UMNO) (b) Dato Nik Ahmed Kamil (Menteri Besar Kelantan)4.3 POLITIK DI SARAWAK DAN SABAH4.3.1 Pergerakan Politik Di Sarawak Penyerahan Sarawak kepada British pada 1 Julai 1946 menimbulkan bantahan daripada penduduk tempatan Sarawak. Pihak yang terlibat:Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak(PKMS)Barisan Pemuda Sarawak(BPS)Barisan Pemuda Melayu(BPM) SibuMereka mengadakan bantahan secara terbuka. Kaum ibu dalam PKMS telah berdemonstrasi dan menghantar surat bantahan kepada kerajaan British.

Kerajaan British telah mengeluarkan Surat Pekeliling Bil. 9 yang memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap kakitangan kerajaan yang terlibat. Seramai 338 orang kakitangan awam meletakkan jawatan. Rukun Tiga Belas ditubuhkan hasil dari pakatan sulit kaum terpelajar dan orang muda Sarawak. Sir Duncan Stewart, Gabenor Sarawak yang baru ditikam oleh Rosli Dhobi pada 3 Disember 1949 semasa melawat Sibu. Rosli Dhobi dan tiga rakannya dihukum gantung. Bantahan di Sarawak tidak berjaya kerana pemimpin Sarawak tidak bersatu.4.3.2 pergerakan politik di Sabah Antara persatuan ditubuhkan; Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)Persatuan Melayu Jesselton(PMJ)Barisan Pemuda Labuan(BARIP)

Sifat - Kesedaran politik di Sabah; Amat perlahan Berpecah Tidak berkesan ; Untuk menggugat kekuasaan British di Sabah.

Kesan Sabah dijadikan jajahan takluk British pada 1946.Tiada tentangan yang jelas dan terbuka terhadap tindakan British ini.Persatuan-persatuan ini terkubur begitu sahaja pada tahun 1951.SEKIAN, TERIMA KASIH.