sejarah assignment.docx

9
Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British Pengenalan Negara kita mempunyai kedudukan yang strategic kerana terletak di tengah-tengah lauan perdagangan di antara Timur dengan Barat .Pergolokan politik yang berlaku di Kedah dan Johor telah memberi peluang kepada British untuk menduduki Pulau Pinang dan Singapura.British turut memperoleh Melaka kesan dari Perjanjian Inggeris-Belanda yang ditandatangani pada tahun 1824.Melaka,Pulau Pinag dan Singapura digabungkan dalam satu pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat.Hal ini demikian SHTI ditubuhkan pada tahun 1600 di England. Syarikat ini diberi hak monopoli dalam perdagangan antarabangsa dan ditugaskan untuk meluaskan tanah jajahan oleh kerajaan British. Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Pulau Pinang Pulau Pinang menjadi pangkalan SHTI SHTI perlukan sebuah pelabuhan untuk dijadikan tempat persinggahan, pusat pengumpulan barang dagangan dan pangkalan tentera. Kegemilangan dan kemakmuran Kedah telah menarik minat Syarikat Hindia Timur Inggeris.Akan tetapi, SHTI tidak boleh menguasai negeri Kedah kerana pada ketika itu Siam menganggap Kedah di bawah naungannya. SHTI mahu menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam.Kedudukan Pulau Pinang yang strategik di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat dapat memenuhi semua keperluan SHTI. Pada masa itu, Pulau Pinang merupakan scbahagian daripada Kedah.SHTI ingin menjadikan Pulau Pinang sebagai pelabuhan persinggahan,pusat pengumpulan barang dagangan dan pangkalan tentera.

Upload: levious-chan

Post on 03-Dec-2015

250 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Assignment.docx

Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British

Pengenalan

Negara kita mempunyai kedudukan yang strategic kerana terletak di tengah-tengah lauan perdagangan di antara Timur dengan Barat .Pergolokan politik yang berlaku di Kedah dan Johor telah memberi peluang kepada British untuk menduduki Pulau Pinang dan Singapura.British turut memperoleh Melaka kesan dari Perjanjian Inggeris-Belanda yang ditandatangani pada tahun 1824.Melaka,Pulau Pinag dan Singapura digabungkan dalam satu pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat.Hal ini demikian SHTI ditubuhkan pada tahun 1600 di England. Syarikat ini diberi hak monopoli dalam perdagangan antarabangsa dan ditugaskan untuk meluaskan tanah jajahan oleh kerajaan British.

Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Pulau PinangPulau Pinang menjadi pangkalan SHTI

 SHTI perlukan sebuah pelabuhan untuk dijadikan tempat persinggahan, pusat pengumpulan barang dagangan dan pangkalan tentera. Kegemilangan dan kemakmuran Kedah telah menarik minat Syarikat Hindia Timur Inggeris.Akan tetapi, SHTI tidak boleh menguasai negeri Kedah kerana pada ketika itu Siam menganggap Kedah di bawah naungannya. SHTI mahu menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam.Kedudukan Pulau Pinang yang strategik di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat dapat memenuhi semua keperluan SHTI. Pada masa itu, Pulau Pinang merupakan scbahagian daripada Kedah.SHTI ingin menjadikan Pulau Pinang sebagai pelabuhan persinggahan,pusat pengumpulan barang dagangan dan pangkalan tentera.

Pelabuhan Persinggahan

Pelabuhan Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai tempat menyediakan bekalan air, makanan dan kemudahan memperbaiki kapal sebelum kapal-kapal belayar ke Canton, China. Pelabuhan ini juga sesuai dijadikan tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun.

Pusat Pengumpulan Barang

SHTI telah berjaya memonopoli perdagangan teh yang menguntungkan di China. Teh sangat diminati di Eropah. Sebagai tukaran dengan teh, China mahukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam. Kesemua barang-barang ini boleh diperoleh di Kepulauan Melayu. Pulau Pinang merupakan tempat yang sesuai sebagai pusat pengumpulan barang-barang tersebut.

Page 2: Sejarah Assignment.docx

Pangkalan Tentera

Pada abad ke 18. British bermusuhan dengan Perancis. Perancis memiliki sebuah pangkalan tentera di Pulau Mauritius. Pemilikan ini mengancam keselamatan British di Madras kerana melalui pangkalan ini, Perancis dapat menyerang British dalam masa yang singkat. Oleh itu, Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pangkalan tentera di Kepulauan Melayu untuk mempertahankan petempatannya di India daripada diserang oleh Perancis.

Wilayah Kedah merangkumi Pulau Pinang,Seberang Prai dan Perlis sebelum 1791.

Kedudukan Pulau Pinang yang Strategik dan sesuai dijadikan pelabuhan perdagangandan pakalan ketenteraan.

Page 3: Sejarah Assignment.docx

Kedaulatan Kedah tercabar

Kedah makmur sebagai pusat perdagangan antarabangsa pada kurun ke-16. Kuala Kedah merupakan pelabuhan entrepot yang penting di Kepulauan Melayu. Kedaulatan dan kemakmuran negeri Kedah telah dicabar dan ditentang dari dalam dan luar negeri.

Ancaman Bugis

Masalah di negeri Kedah muncul apabila Sultan Muhammad Jiwa yang memerintah Kedah (1723-1778) telah melantik Tunku Abdullah menjadi Raja Muda Kedah pada tahun 1770.Pelantikan tersebut tidak dipersetujui oleh kerabat diraja Kedah kerana Tungku Abdullah bukan anak gahara.Anak gahara ialah anak raja yang dilahirkan oleh isteri sultan yang berketurunan raja.Kerabat diraja Kedah telah membuat pakatan sulit dengan orang Bugis di Selangor untuk menyerang Kedah.Raja Haji, seorang pemimpin Bugis telah mengetuai untuk menyerang dan menawan Kuala Kedah serta Alor Setar.Sultan Muhammad Jiwa terpaksa berundur ke Kangar. Baginda berusaha mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Syarikat Jourdain Sullivan and deSouza di India untukmenentang Bugis bagi mengembalikan kedaulatan Kedah.Firma telah menghantar Francis Light untuk berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa pada tahun 1771. Melalui satu perjanjian yang telah di dibuat antara firma dengan Sultan Muhammad Jiwa, firma dibenarkan berniaga di Kuala Kedah. Sebagai balasan firma dikehendaki memberi bantuan ketenteraan kepada Kedah bagi menyerang Bugis. Perjanjian tersebut telah dibatalkan Sultan apabila firma enggan memberikan bantuan ketenteraan bagi menyerang Bugis di Selangor.

Ancaman Siam dan Burma

Kedah menghadapi ancaman daripada ancaman Siam kerana Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Siam semasa Siam berperang dengan Burma pada tahun 1753-1781. Setelah peperangan tamat, Siam menuntut Kedah menghantar bunga emas, wang dan tenaga manusia. kesejahteraan rakyat. Kedah juga menghadapi ancaman daripada Burma kerana tidak membantu Burma semasa Burma berperang dengan Siam. Sultan Kedah berasa terancam dan ingin mengekalkan kedaulatan dan kesejahteraan rakyat. Oleh itu, Sultan Abdullah (1778-1797) terpaksa mendapatkan bantuan tentera daripada SHTI. Baginda menawarkan Pulau Pinang kepada SHTI untuk memperoleh perlindungan. Tawaran Sultan Abdullah amat menarik minat Francis Light kerana pihak Inggeris sememangnya sedang berusaha mencari pengkalan baru di Kepulauan Melayu.

Page 4: Sejarah Assignment.docx

Tembok kota Kuala Kedah untuk Bunga emas yang perlu dihantar oleh Mengawasi pengerakan musuh. Negara-Negara Melayu Utara Kepada

Siam sebagai tanda persahabatan.

Antara senjata yang terdapat di Kota Kedah dan ancaman-ancaman yang Kuala Kedah. dihadapi.

Page 5: Sejarah Assignment.docx