sains sekular vs sains tauhidik

17
Sejarah & Falsafah Sains Persamaan, perbezaan dan implikasi kegiatan amalan sains sekular berbanding sains tauhidik

Upload: firdaus

Post on 13-Jun-2015

925 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

perbezaan, persamaan dan implikasi sains sekular dengan tauhidik

TRANSCRIPT

Page 1: Sains sekular vs sains tauhidik

Sejarah & Falsafah Sains

Persamaan, perbezaan dan implikasi kegiatan amalan sains sekular

berbanding sains tauhidik

Page 2: Sains sekular vs sains tauhidik

Pengenalan

• Sains Tauhidik (Islam) – istilah (Tauhidik)

mengetahui dengan sebenarnya bahawa Allah S.W.T itu Ada dan Maha Esa.

– bahasa (Tauhidik) satu ilmu yang membentangkan

tentang kewujudan Allah dan membuktikan kerasulan rasulNya.

Page 3: Sains sekular vs sains tauhidik

sambungan…

• Secara kasarnya, sains tauhidik adalah gabungan antara ilmu sains dan ilmu ketuhanan dimana ilmu ketuhanan ini digunakan sebagai garis panduan dalam mendalami ilmu sains. Dan semakin kita mendalami sains, semakin kita mendekati penciptaNya.

Page 4: Sains sekular vs sains tauhidik

Pengenalan

• Sains Sekular maksud sekular –Saeculum: semasa, kini, dunia

Tiada kaitan dengan akhirat, tiada kaitan dengan politik, tanpa akidah

Tolak agama atau ciri agama dlm hal yg tiada kaitan dengan agama spt urusan pentadbiran, politik, ekonomi dll

Page 5: Sains sekular vs sains tauhidik

sambungan…• Sains sekular ialah cabang ilmu pengetahuan mengkaji

himpunan pernyataan yang terbukti atau fakta – fakta yang dicerap dan disusun secara bersistem kemudiannya dihimpunkan dalam bentuk hukum – hukum umum .

• Secara kasar , sains sekular dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Sains Tulen , Sains Sosial dan Sains Gunaan . Dari segi falsafah alam , falsafah manusia dan falsafah ilmu , mungkin sains moden telah terikat dengan Sains Islam dan Sains Pra – Moden yang lain . Namun Sains sekular bertitik– tolak daripada pengetahuan saintifik yang sebahagian besarnya adalah sumbangan daripada tamadun–tamadun yang beragama , khususnya Tamadun Islam . Paradigma Sains sekular kini adalah berpandukan sistem falsafah logikal sekular , yang menolak doktrin metafizik dan agama .

Page 6: Sains sekular vs sains tauhidik

Pengenalan

• Pemisahan sains dari agama: Penolakan Barat terhadap agama dalam

kegiatan sains disebabkan pengalaman para saintis berhadapan dengan gereja pada Zaman Pertengahan dan juga Renaisans. Pada Zaman Pertengahan, ramai ahli sains telah dihukum dengan pelbagai hukuman bahkan ramai dihukum mati kerana mengeluarkan teori-teori sains yang bercanggah dengan dogma gereja.

Page 7: Sains sekular vs sains tauhidik

Persamaan kegiatan amalan sains sekular dan sains tauhidik

• Mempermudahkan aktiviti dan urusan seharian manusia khususnya

• Membuktikan kesahihan sesuatu perkara yang belum dibuktikan

• Mempertingkatkan lagi taraf hidup dengan penemuan baru mahupun dengan memajukan tenologi tradisional

Page 8: Sains sekular vs sains tauhidik

Perbezaan kegiatan amalan sains sekular dan sains tauhidik

• Perbezaan dari segi proses pengkajian:

Teknologi Alam nyata Formulasi

KeputusanTafsiranProses Sains sekular

Ujian

Abstrak

Objektif

Kaedahsains

Page 9: Sains sekular vs sains tauhidik

Teknologi

Alam Ghaib

Al-Qur’an dan Hadith (ilmu wahyu)

RumusanAlam Nyata

Tafsiran Keputusan AkalRasional

Kaedah Sains

Objektif

Pengujian

Tidak

Ya

Proses Sains Tauhidik/Islam

Page 10: Sains sekular vs sains tauhidik

Perbezaan kegiatan amalan sains sekular dan sains tauhidik

Bil. Sains sekular Sains Tauhidik/Islam

1 Mengimani logik akal Mengimani wahyu [rasional]

2 Sains hanya utuk sains Sains sebagai medium mendekatkan diri dengan Allah

3 Bebas daripada Emosi (neutral) untuk mencapai tahap kerasionalan

Emosi dilibatkan untuk peningkatan pengetahuan sains dari sudut Rohani dan

sosial

4 Tidak memihak, hanya meminati ilmu baru dan hasil penggunaanya

Memihak kepada Kebenaran, mengambil kira kesan timbul dari penemuan dan

perlaksanaan sains [etika]

5 Kaedah tunggal untuk mengetahui kebenaran

Kaedah penaakulan dan wahyu, baik yang subjektif mahupun objektif; semua diakui

Perbezaan keseluruhan:-

Page 11: Sains sekular vs sains tauhidik

Bil. Sains sekular Sains Tauhidik/Islam

6Pengesahan hanya bergantung kepada bukti yang didapati [objektif] dan orientasinya adalah positif

Dari suatu sudut zahir ia ‘positif’, pada aspek teras kebenaran ia ‘objektif’ dan pada keluasan bidang ilmunya ia universal [subjektif]

7Keputusan dibuat berasaskan pembuktian yang meyakinkan [emperikal]

Keputusan yang temporal, berasaskan bukti saintifik yang sentiasa ditingkatkan [zanniyat al-thubut ]

8 Sains dikuasai untuk mencapai kemajuan

Sintesis adalah dominan untuk mencapai kemajuan meliputi Sintesis S&T dan Sistem Nilai

9Orientasi Pemecahan sub-bidang untuk mengurangkan kerumitan [Reductionistic] disiplin sains

Holistik-Sepadu, tidak diceraikan penggabungan [integrated or Holistics] antara bidang-bidang ilmu pengetahuan sains

10 Hasil sains adalah untuk gol mampu memilikinya sahaja

Hasil sains untuk seluruh manusia, dan merahsiakannya dianggap sebagai tidak bermoral [rahmatan lil ‘alameen]

Page 12: Sains sekular vs sains tauhidik

Bil. Sains sekular Sains Tauhidik/Islam

11.Ahli sains perlu memisahkan diri dari perihatin terhadap sosial, politik dan ideologi

Aktiviti-akitiviti sains adalah melaksanakan tanggung jawab kpd masyarakat [fardu kifayah]

12 Sains itu tidak baik dan tidak buruk Sains mestilah berorientasikan Nilai baik [ma‘ruf] dan terpuji [mahmudah]

13Kesetiaan kepada kumpulan sepenuhnya tanpa melihat kepada nilai baik atau buruk

Kesetiaan hanya kepada Allah swt [dan prinsip nilai kebenaran hakiki – al-haqiqah] dan wajib mempertahankannya

14 Kebebasan sepenuhnya di dalam aktiviti penyelidikan

Menghargai pengurusan yang baik terhadap sumber alam yang tidak ternilai harganya

15 Matlamat menghalalkan cara Matlamat tidak menghalalkan cara, ia perlu mendapat reda Allah swt

Page 13: Sains sekular vs sains tauhidik

Implikasi

• Sains sekular• Manusia menerusi falsafah etika hedonisme, liberalisme

dan individualisme yang menjadi teras kepada sains sekular sebenarnya bertentangan atau bercanggah dengan etika dan moral agama

• Implikasinya kepada manusia moden masa kini juga amat jelas menjejaskan kehidupan sosial manusia seperti kemerosotan bilangan penduduk, peningkatan jenayah berat dan kehilangan kepercayaan kepada orang lain di semua negara maju.

Page 14: Sains sekular vs sains tauhidik

Implikasi

• Sains sekular• Kebocoran lapisan ozon, peningkatan suhu bumi,

pencemaran air dan udara adalah hasil daripada amalan sains yang tidak beretika. Manusia dengan penggunaan alat teknologi canggih mengeksploitasi semahunya sumber-sumber alam demi memenuhi keinginan kebendaan manusia, bukan untuk diagih-agihkan sesama manusia secara saksama antara manusia menerusi pemindahan teknologi dan sebagainya. Justeru, sains dan teknologi digunakan untuk memaksimakan eksploitasi sumber alam seperti yang menjadi matlamat kapitalisme

Page 15: Sains sekular vs sains tauhidik

Implikasi

• Sains tauhidikDalam ajaran Islam, sains merupakan ilmu yang berkaitan dengan alam dan alam ini menurut Islam adalah ayat-ayat Allah s.w.t. yang dilihat (al-Manzuroh). Al-Quran pula adalah ayat Allah s.w.t. yang dibaca (al-Maqru’ah). Allah s.w.t. memerintahkan manusia membaca kedua-duanya; yang dilihat (al-manzuroh) dan yang dibaca (al-Maqruah). Kedua-duanya datangnya daripada Allah s.w.t. dan oleh sebab itu sekiranya kedua-duanya dikaji, nescaya berlaku pertemuan antara keduanya

Page 16: Sains sekular vs sains tauhidik

Implikasi

• Sains tauhidikSemua aktiviti membangunkan alam yang dilakukan oleh orang Islam sewajarnya berlandaskan kepada asas-asas falsafah yang bertunjangkan ajaran Islam. Dalam kegiatan sains, seperti juga dalam kegiatan pembangunan yang lain seperti pembangunan ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya, perlu berlandaskan kepada lima asas iaitu Tawheed Uluhiyyah, Tawheed Rububiyyah, Khilafah, Tazkiah an-Nafs dan al-Falah.

Page 17: Sains sekular vs sains tauhidik

Kesimpulan

• Seperti yang telah disebutkan oleh tokoh sains seperti Einstein, beliau kuat berpendapat bahawa sains dan agama tidak seharusnya dipisahkan. Sains sekular tempang dari segi teori dan amali kerana ia telah membelakangkan agama. Sains itu sendiri telah banyak membawa manusia kepada kesesatan serta disalahgunakan. Dalam sejarah manusia, terbukti bahawa ilmu tauhid adalah punca utama kemajuan sains.