rph-sains dunia sains teknologi tahun 2
DESCRIPTION
RPH-SAINS dunia sains teknologi tahun 2TRANSCRIPT
-
Rancangan Pengajaran Harian Pertama
Dunia Sains dan Teknologi
Mata pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi
Kelas : Tahun 2 Iman
Tarikh : 13 Februari 2012
Masa : 9.30 pagi 10.30 tengahari (60 minit)
Bilangan murid : 38 orang
Bidang pelajaran : Sains Hayat/ Haiwan
Hasil pembelajaran : 2.1.1 : Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan.
2.1.2 : Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan.
Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1. Menyatakan keperluan asas haiwan
2. Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan
A.Menguasai isi kandungan :
1.Mengenalpasti keperluan asas haiwan iaitu makanan ,air ,udara dan tempat perlindungan .
2.Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan .
3.Memberikan contoh keperluan asas haiwan .
-
B.Membina kemahiran saintifik
1.Memerhati .
2.Berkomunikasi
3.Meramal .
4.mengelaskan
5.Mensintesis
C.Mengamalkan sifat sainstifik dan nilai murni .
1.Mengamalkan sikap bekerjasama didalam pasukan semasa menjalankan aktiviti kumpulan .
Bahan /peralatan /bahan sumber
1. Tayangan Video
2. Specimen sebenar (haiwan)
3.Tayangan Slaid MS Power Point
4.Kad Keperluan Asas
5.Lembaran kerja6.
Pengetahuan sedia ada :
Murid mengetahui tanpa makanan ,air ,udara ,haiwan tidak dapat hidup.Murid mungkin beranggapan bahawa haiwan tidak
memerlukan tempat tinggal untuk hidup
-
Fasa Isi kandungan Pengetahuan sedia ada murid Nota
Aktiviti guru Aktviti murid
Set induksi
(5 minit )
Haiwan memerlukan
,makanan ,air ,udara
dan tempat
perlindungan .
1. Guru menayangkan video Bangau
Oh Bangau.
2. Guru bersoal jawab dengan murid
mengenai haiwan- haiwan yang
terdapat di dalam video.
SOALAN 1:Kenapa Bangau kurus?
SOALAN 2: Apakah makanan kerbau?
SOALAN 3: Apakah makanan ular?
3. Guru mengaitkan jawapan murid
dengan isi pelajaran (haiwan dan
keperluan asas) pada hari ini.
1. Murid memerhatikan
tayangan tersebut.
2. Murid menjawab soalan
yang diajukan oleh guru.
JAWAPAN 1: Tidak mendapat
makanan.
JAWAPAN 2 : Rumput.
JAWAPAN 3: Katak
Strategi
1.kaedah
penyoalan .
Kemahiran
sainstifik
1.Berkomunikasi
-
Penstrukturan
semula idea
(20 minit )
Mengenapasti
keperluan asas
haiwan terbahagi
kepada makanan, air,
udara dan tempat
tinggal.
1. Guru menunjukkan haiwan- haiwan
yang dibawa.
2. Guru memberi peluang kepada
murid untuk menyentuh haiwan-
haiwan tersebut
3. Guru menyoal murid tentang apa
yang telah diperhatikan.
4. Selain haiwan- haiwan tersebut, apa
lagi yang dapat murid lihat di dalam
bekas- bekas tersebut?
5. Guru memberikan beberapa situasi
supaya murid berfikir tentang
kepentingan keperluan asas
haiwan.
SOALAN : Apakah yang akan berlaku
kepada anak ayam tersebut jika dilepaskan
dari sangkarnya?
1. Murid tertanya- tanya
apakah haiwan yang dibawa
oleh guru.
2. Murid menyentuh dan
memerhatikan haiwan-
haiwan tersebut.
3. Murid menjawab mereka
dapat melihat kura- kura dan
anak ayam.
4. Murid dapat melihat
makanan dan air untuk
haiwan-haiwan tersebut.
5. Murid menjawab persoalan
guru.
JAWAPAN : Dimakan oleh ular,
biawak dan sebagainya.
Strategi
1.Pemerhatian
terhadap
specimen
sebenar.
Kemahiran
sainstifik
1.Berkomunikasi
2.Memerhati
3.Meramal
-
Aplikasi idea
(15 minit )
Mengelaskan
keperluan asas
haiwan kepada empat
perkara iaitu makanan
,air ,udara dan tempat
perlindungan .
6. Guru menerangkan tentang
kepentingan makanan, air, udara
dan tempat perlindungan kepada
haiwan.
1. Guru meminta murid berada dalam
kumpulan masing- masing.
2. Guru menyediakan slaid MS Power
Point Haiwan dan Keperluan Asas
dan memancarkannya di hadapan
kelas.
Guru menyediakan kad keperluan-
keperluan asas seperti berikut bagi
setiap kumpulan :
6. Murid mendengar dengan
teliti penerangan guru.
1. Murid bergerak ke dalam
kumpulan masing- masing.
2. Wakil kumpulan mengambil
kad- kad keperluan asas
yang disediakan.
3. Selepas guru menunjukkan
gambar haiwan bersama
keperluan asasnya, wakil
kumpulan bangun dan
menunjukkan kad keperluan
asas yang sesuai.
Strategi
1.Kuiz
Kemahiran
sainstifik
1.Berkomunikasi
2.Memerhati
3.Mengunakan
perhubungan
ruang dan masa
.
Makanan
Air
Tempat Perlindungan
Udara
-
Penilaian
(15 minit)
Memadankan gambar
dengan keperluan
asas yang sesuai dan
murid perlu
Gambar gambar pada slaid.
3. Guru menayangkan gambar pada
slaid satu per satu. Guru menyoal
murid tentang apa yang dilihat
daripada gambar tersebut?
4. Murid akan berbincang dalam
kumpulan dan seorang wakil
bangun menunjukkan kad keperluan
asas yang sesuai dengan gambar
Pentaksiran
1. Guru mengedarkan lembaran kerja
pertama kepada murid.
1. Murid menyiapkan lembaran
kerja yang diberikan oleh
guru.
Strategi
1.soal jawab
(lembaran kerja )
-
Penutup
/refleksi
(5 minit )
memadankan haiwan
dengan makanan
yang sesuai.
Keperluan asas
haiwan adalah sama
manusia iaitu perlukan
makanan ,air ,udara
dan tempat
perlindungan .
Pemulihan
1. Guru mengedarkan lembaran kerja
kedua kepada murid.
Pengayaan
1. Guru mengedarkan lembaran kerja
ketiga kepada murid.
1. Guru bersama- sama dengan murid
menyanyikan semula lagu Bangau
Oh Bangau.
2. Guru bersoal jawab dengan murid
tentang apa yang telah dipelajari
pada hari ini.
3. Guru memberikan peneguhan
kepada murid.
1. Murid menyanyikan kembali
lagu Bangau Oh Bangau.
2. Murid menjawab soalan
yang diajukan oleh guru.
Kemahiran
sainstifik
1.Memerhati
2.Berkomunikasi
-
Refleksi :
Objektif pembelajaran pada hari ini tercapai. Murid dapat menyatakan keperluan- keperluan asas haiwan dan kepentingannya
kepada haiwan. Sesi pengajaran pada hari ini berjalan dengan lancar. Pada pemerhatian saya, pembelajaran hari ini menjadi
menarik kerana pada permulaannya murid ceria melihat tayangan video Bangau Oh Bangau. Murid lebih teruja apabila saya
membawa specimen sebenar (haiwan-anak ayam dan kura-kura) ke dalam bilik darjah. Saya masih dapat mengawal kelas walaupun
saya membenarkan murid bergerak untuk melihat dan menyentuh haiwan- haiwan tersebut. Berdasarkan pemikiran saya, terdapat
sedikit kelemahan dalam pengajaran saya pada hari ini. Pada langkah aplikasi, saya perlu menyediakan aktiviti yang lebih mencabar
dan memerlukan audio bagi setiap slaid yang ditunjukkan. Murid akan lebih tertarik jika paparan slaid diselitkan dengan audio. Pada
pembelajaran seterusnya, murid akan diberi penekanan kepada kepada keperluan asas makanan
-
Rancangan Pengajaran Harian Kedua
Dunia Sains dan Teknologi
Mata pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi
Kelas : Tahun 2 Iman
Tarikh : 15 Februari 2012
Masa : 11.30 pagi 12.30 tengahari (60 minit)
Bilangan murid : 38 orang
Bidang pelajaran : Sains Hayat/ Haiwan
Hasil pembelajaran : 2.1.3 : Memberi contoh haiwan dan makanan yang dimakan.
2.1.4 : Mengkelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan tumbuhan sahaja, makan haiwan
sahaja atau makan haiwan dan tumbuhan.
Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat
1. Menyatakan contoh haiwan dan makanan yang dimakan.
2. Menyatakan nama haiwan mengikut kumpulan yang makan tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja dan
makan haiwan dan tumbuhan.
A.Menguasai isi kandungan :
1.Memberi contoh haiwan dan makanan yang dimakan .
2. Mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan tumbuhan sahaja ,makan haiwan sahaja atau makan
tumbuhan dan haiwan.
-
B.Membina kemahiran saintifik
1.Memerhati .
2.Berkomunikasi
3.Meramal .
4.mengelaskan
5.Mensintesiskan
C.Mengamalkan sifat sainstifik dan nilai murni .
1.Mengamalkan sikap bekerjasama didalam pasukan semasa menjalankan aktiviti kumpulan .
D.Bahan /peralatan /bahan sumber
1.Tayangan video
2.Kad gambar haiwan
3.Specimen sebenar (arnab)
4.Carta Kumpulan Haiwan
5.Lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada :
Murid dapat mengelaskan jenis makanan haiwan serta dapat member contoh haiwan dan jenis makanannya
-
Fasa Isi kandungan Pengetahuan sedia ada Nota
Aktiviti guru Aktiviti murid
Set
induksi
(5 minit )
Haiwan mempunyai keperluan
asas iaitu makanan
1. Guru menayangkan video Arnab
Putih Saya.
2. Guru bersoal jawab dengan murid
tentang video tersebut.
Soalan 1: Apakah yang dapat kamu lihat
dalam video tersebut?
Soalan 2 : Apakah yang sedang dimakan
oleh arnab tersebut?
Soalan 3 : Selain kangkung, apakah
makanan yang dimakan oleh arnab?
Soalan 4 : Apakah haiwan lain yang
makan sayur atau tumbuhan seperti
arnab?
3. Guru mengaitkan jawapan murid
dengan isi pelajaran pada hari ini.
1. Murid melihat video yang ditayangkan oleh guru.
2. Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru.
Jawapan 1 : Arnab sedang makan. Jawapan 2: Kangkung. Jawapan 3 : Lobak merah dan kacang panjang Jawapan 4 : Kambing, lembu.
Strategi
Tayangan video
(you tube )
Kemahiran
sainstifik
1.berkomunikasi
2.memerhati
3.menaakul
-
Penstrukt
uran
semula
idea
(20minit )
Mengelaskan haiwan mengikut
makanan yang dimakan oleh
haiwan iaitu makan tumbuhan
sahaja,haiwan sahaja dan
makan tumbuhan dan haiwan .
1. Guru bertanya kepada murid
tentang pemakanan haiwan-
haiwan lain. (singa,ular,kucing)
2. Guru memberikan kad gambar
haiwan kepada setiap murid.
3. Murid perlu berdiri dan
memberitahu rakan- rakan
makanan haiwan tersebut.
4. Guru menerangkan kepada murid
bahawa terdapat tiga kumpulan
haiwan.
5. Guru melekatkan Carta Kumpulan
Haiwan mengikut pemakanan
haiwan pada papan putih.
6. Guru meminta murid melekatkan
kad haiwan yang dipegang
mengikut kumpulan
pemkananannya.
7. Guru menilai hasil kerja murid
1. Murid menjawab
soalan yang diajukan
oleh guru.
2. Setiap murid
mengambil kad haiwan
masing- masing.
3. Murid memberitahu
rakan tentang
makanan haiwan yang
diperolehi.
4. Murid mendengar
penerangan dari guru.
5. Murid melekatkan kad
haiwan yang diperolehi
tersebut mengikut
kumpulan
pemakanannya.
6. Murid mendengar
penilaian guru.
Strategi
1.Permainan
Kemahiran
sainstifik
1.Mencirikan
2.Berkomunikasi
3.Memerhati
4.Mengelaskan
-
bersama- sama dengan murid.
Aplikasi
idea
(15minit )
Mengelaskan haiwan mengikut
makanan yang dimakan.
1. Guru mengeluarkan seekor arnab
yang diletakkan di dalam sangkar
untuk diuji.
2. Guru menyediakan sebatang lobak
merah, kacang panjang dan
kangkung untuk arnab tersebut.
Guru juga menyediakan seekor
ikan yang telah mati.
3. Guru memberikan makanan
tersebut sedikit demi sedikit. Murid
memerhatikan dari jauh.
4. Guru membuat kesimpulan bahawa
terdapat tiga kumpulan pemakanan
haiwan.
1. Murid memerhati apa
yang dilakukan oleh
guru.
2. Murid memerhati guru
menjalankan
eksperimen terhadap
arnab tersebut.
3. Murid mendengar
penerangan guru.
Strategi
1.Eksperimen
Kemahiran
sainstifik
1.pemerhatian
2.berkomunikasi
3.mengkelaskan
Penilaian
(15minit)
Pentaksiran
1. Guru mengedarkan lembaran kerja
yang pertama.
Lembaran 1- Murid
dikehendaki
mewarnakan haiwan
dan makanannya
-
Pemulihan
1. Guru mengedarkan lembaran kerja
yang kedua.
Pengayaan
1. Guru mengedarkan lembaran kerja
yang ketiga.
dengan warna yang
sama.
Lembaran 2- Murid
perlu memadankan
haiwan dengan
makanannya.
Lembaran 3 - Murid
dikehendaki memilih
haiwan yang makan
tumbuhan sahaja,
haiwan sahaja dan
kedua- duanya, dan
mengisi nama haiwan
tersebut dalam ruang
yang telah disediakan
Refleksi/
Penutup
(5 minit )
Makanan haiwan boleh
dikelaskan kepada makan
tumbuhan sahaja ,makan
haiwan sahaja dan makan
tumbuhan dan haiwan .
1. Guru bersoal jawab dengan murid
mengenai isi pelajaran pada hari
ini.
2. Guru memberikan peneguhan
kepada murid.
1. Murid menjawab
soalan yang diajukan
oleh guru.
-
REFLEKSI : Objektif pembelajaran saya pada hari ini tercapai. murid- murid dapat menyebut haiwan beserta makanannya serta
murid dapat mengkelaskan haiwan mengikut kumpulan pemakanannya. Terdapat beberapa kelemahan semasa saya
mengendalikan eksperiman (aplikasi) dalam langkah kedua. Saya menyediakan arnab dan bahan makanan di hadapan kelas dan
menyebabkan murid yang berada di belakang kelas tidak dapat melihat dengan jelas. Saya telah cuba memperbaiki keadaan
tersebut dengan memanggil mereka ke hadapan, namun keadaan menjadi sesak. Saya perlu memikirkan kaedah yang lebih sesuai
bagi menunjukkan eksperimen tersebut kepada murid.
-
Rancangan Pengajaran Harian Ketiga
Dunia Sanis dan Teknologi
Mata pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi
Kelas : Tahun 2 Iman
Tarikh : 20 Februari 2012
Masa : 9.30 pagi 10.30 tengahari (60 minit)
Bilangan murid : 38 orang
Bidang pelajaran : Sains Hayat/ Haiwan
Hasil pembelajaran : 2.1.5 : Mengenal pasti tempat perlindungan haiwan seperti sarang, reban, lubang, atas pokok, kandang, gua,
di dalam air, dalam tanah dan di celah batu atau kayu.
Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1. Menyebut nama haiwan dan tempat perlindungannya.
A.Menguasai isi kandungan :
1.Mengenalpasti tempat perlindungan haiwan seperti sarang ,reban,lubang,atas pokok ,kandang ,gua ,di dalam air ,dalam tanah
dan di
celah batu atau kayu .
2.Dapat memberi contoh haiwan dan tempat perlindungannya .
-
B.Membina kemahiran saintifik
1.Memerhati .
2.Berkomunikasi
3.Meramal .
4.mengelaskan
5.Menjana idea
6.Mereka cipta
C.Mengamalkan sifat sainstifik dan nilai murni .
1.Mengamalkan sikap bekerjasama didalam pasukan semasa menjalankan aktiviti kumpulan .
D.Bahan /peralatan /bahan sumber
1.Tayangan video
2.Jadual Haiwan dan Tempat Perlindungan
3.Kad selit (haiwan dan tempat tinggal)
4.Kertas putih (A4)
Pengetahuan sedia ada : Murid dapat memberi contoh haiwan dan tempat tinggalnya .
-
Fasa Isi kandungan Pengetahuan sedia ada Nota
Aktiviti guru Aktiviti murid
Set induksi
(5 minit )
Haiwan mempunyai
keperluan asas iaitu
tempat tinggal.
1. Guru menayangkan video
Lawatan ke Zoo.
2. Guru bersoal jawab dengan murid
tentang haiwan yang dilihat dan
tempat perlindungannya.
SOALAN : Haiwan apakah yang telah
kamu lihat?
SOALAN : Burung tinggal di mana?
3. Guru mengaitkan jawapan murid
dengan isi pelajaran pada hari ini.
1. Murid melihat
tayangan video
lawatan ke Zoo.
2. Murid menjawab
soalan- soalan yang
diajukan oleh guru.
JAWAPAN : Burung
JAWAPAN : Atas pokok.
Strategi
1.Tayangan
video.
Kemahiran
sainstifik
1.memerhati
2.berkomunikasi
3.mengklasifika
si
-
Penstruktur
an semula
idea
(25 minit )
Haiwan mempunyai
tempat perlindungan
.Tempat perlindungan
merupakan salah satu
keperluan asas haiwan .
1. Guru menyediakan jadual Haiwan
dan Tempat Perlindungan.
Antara tempat perlindungan
haiwan :
-sarang
-reban
-lubang
-atas pokok
-kandang
-gua
-di dalam air
-dalam tanah
-di celah batu atau kayu.
1. Guru hanya mengisi gambar
tempat perlindungan dan
mengosongkan bahagian haiwan.
2. Guru menyediakan kad selit
1. Murid mengambil kad
selit yang disediakan
oleh guru.
Strategi
Kerja individu
Kemahiran
sainstifik
1.mengklasifika
si
-
Aplikasi
idea
(25 minit )
.
Tempat perlindungan
haiwan berbeza beza
.Tempat perlindungan
haiwan merupakan salah
satu keperluan asas
haiwan .
(gambar haiwan) untuk diselit pada
carta tersebut.
3. Guru memanggil beberapa orang
murid untuk menyelit gambar
haiwan pada tempat perlindungan
yang sesuai.
1. Guru membahagikan murid kepada
5 kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberi tugasan.
Murid perlu berbincang dalam
kumpulan masing- masing.
Tugasan : Mencari nama haiwan
bermula dengan huruf ahingga z
serta menulisnya pada kertas yang
disediakan. Mereka juga perlu
menyatakan tempat perlindungan
2. Murid menyelit kad
haiwan pada gambar
tempat perlindungan
yang sesuai.
1. Murid bergerak ke
dalam kumpulan
masing- masing.
2. Murid berbincang
dengan ahli kumpulan
masing- masing untuk
menyiapkan tugasan
yang diberikan.
3. Murid melihat guru
menilai jawapan yang
Strategi
1.Kerja
berkumpulan.
Kemahiran
sainstifik
1.Mencirikan
2.Berkomunikas
i
-
bagi setiap haiwan tersebut.
Contoh:
Ayam- reban
Kambing- kandang
Badak-dalam lumpur
Cacing- dalam tanah
3. Guru berbincang dengan murid
tentang jawapan- jawapan yang
diperolehi. Jawapan yang betul
akan mendapat mata.
4. Kumpulan yang mendapat mata
tertinggi akan diberikan hadiah oleh
guru.
diberikan oleh mereka.
4.Mengelaskan
-
Refleksi
/penutup
(5 minit )
Tinggal didalam tanah
,reban ,di atas pokok ,di
dalam air ,kandang ,gua
adalah contoh tempat
perlindungan haiwan .
1. Guru menunjukkan gambar tempat
perlindungan haiwan kepada
murid- murid.
2. Guru menyoal murid tentang
gambar- gambar yang ditunjukkan.
3. Guru membuat kesimpulan
pengajaran pada hari ini.
4. Guru memberikan peneguhan
kepada murid.
1. Murid menjawab
soalan yang diberikan
oleh guru.
REFLEKSI :
Objektif pembelajaran saya pada hari ini tercapai. Murid sudah dapat menguasai nama haiwan beserta tempat perlindungan dengan
betul. Murid kelihatan ceria semasa saya menjalankan set induksi kerana mereka masing- masing mahu menceritakan pengalaman
yang dilihat semasa mereka ke zoo. Saya telah memilih aktiviti yang sesuai bagi langkah aplikasi kerana pada langkah tersebut saya
dapat mencungkil pengalaman mereka. Mereka juga dapat berkongsi dengan rakan- rakan tentang pengalaman tersebut kerana
tugasan yang disediakan adalah secara berkumpulan. Murid- murid memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan.