rpt arka sambungan t
TRANSCRIPT
-
8/8/2019 Rpt Arka Sambungan T
1/16
PENGENALAN
Secara amnya, proses kimpalan arka ialah proses kimpalan yang
melibatkan pemanasan atau peleburan logam asas oleh arka elektrik. Arka
elektrik terbentuk apabila berlaku perbezaan voltan arus elektrik antara salutan
logam hujung elektrod dengan permukaan logam asas. Arka yang terbentuk
akan menghasilkan haba yang tinggi yang meleburkan logam asas dan hujung
elektrod untuk membentuk satu kolam leburan. Suhu yang terhasil daripada
proses ini menjangkau 3900 C
Sebatian kolam itu akan membentuk kumai yang disaluti oleh satu lapisan
yang dikenali sebagai jermang. Kumai yang terbentuk itu akan menghasilkan
satu sambungan kekal yang kuat
-
8/8/2019 Rpt Arka Sambungan T
2/16
OBJEKTIF
1. Membuat kimpalan biasa / Membentuk Kumai
2. Mengimpal benda kerja sambungan temu
3. Mengimpal benda kerja sambungan tindih
4. Mengimpal benda kerja sambungan T
5. Mengimpal benda kerja sambungan pepenjuru terbuka
-
8/8/2019 Rpt Arka Sambungan T
3/16
Langkah Keselamatan Semasa Mengendalikan Kimpalan Arka
Awas! Renjatan elektrik boleh membunuh.
Jangan sentuh bahagian elektrik yang terdedah dan mengalirkan arus Pastikan mesin kimpalan dipasang dengan sempurna dan berada di dalam
keadaan yang baik. Elakkan daripada mengimpal ditempat yang basah atau lembap. Jika ianya
tidak dapat dielakkan, pakai kasut getah dan berdiri di atas platform yang
kering Mesin kimpalan perlu dibumikan terus kepada bahan yang dikimpal dan
seberapa dekat yang boleh dengan tempat kimpalan dilakukan.
Alihkan semua barangan yang mempunyai kemungkinan bahaya terbakar
daripada kawasan kimpalan.
Jangan lakukan kimpalan berdekatan dengan tangki bahanapi. Jangan lakukan kimpalan pada bekas, tong atau tangki yang mengandungi
bahan mudah terbakar atau bahan yang merbahaya.
-
8/8/2019 Rpt Arka Sambungan T
4/16
PERALATAN KESELAMATAN BAGI KERJA KIMPALAN ARKA
Gambar Nama peralatan dan fungsi
Pelindung muka
Untuk melindungi mata dan muka
daripada kesan ultra violet (lampu ungu)
serta percikan logam panas semasa
mengimpal.
Sarung tangan kulit
Untuk melindungi tangan daripada
melecur.
Apron kulit
Melindungi bahagian badan daripada
haba panas dan mencegah kulit daripada
terbakar.
Kasut keselamatan
Untuk melindungi kaki daripada percikan
api arka.
-
8/8/2019 Rpt Arka Sambungan T
5/16
PERALATAN MENGIMPAL
GAMBAR RAJAH HURAIAN
1. Mesin Kimpal
Berfungsi sebagai pengubah
untuk menyesuaikan voltan danarus dalam kerja kimpalan.
2. Pemegang Elektrod
Disalut dengan penebat,
digunakan untuk memegangrod elektrod secara menyepit.
3.Elektrod
Merupakan rod logam yang
disalut dengan lapisan bahan
lakur dan berfungsi untuk
mengalirkan arus elektrik bagi
membentuk arka.
-
8/8/2019 Rpt Arka Sambungan T
6/16
GAMBAR RAJAH HURAIAN
4.Pengapit Bumi
Berfungsi untuk penyambungan
logam asas dengan bekalan kuasa
mesin kimpal bagi mengelakkan
renjatan elektrik.
5. Tukul Penyerpih
Untuk menyerpih dan membersihkan
kesan-kesan percikan logam serta
jermang kumai yang terhasil pada
permukaan bahan logam yang
dikimpal.
6. Berus Dawai
Untuk membersihkan kesan-kesan
percikan logam serta jermang kumai
yang terhasil pada permukaan bahan
logam yang dikimpal.
PROSEDUR MENGIMPAL ARKA
-
8/8/2019 Rpt Arka Sambungan T
7/16
KIMPAL KUMAI
1. Sebelum memulakan kerja kimpalan, bersihkan dan tandakan bahagian permukaan
plat yang hendak dikimpal.
2. Letakkan kepingan plat di atas meja kerja dan pasangkan kabel bumi.
3. Pilih elektrod yang sesuai dan cengkamkan pada pemegang elektrod.
4. Laraskan arus dan voltan yang sesuai dengan elektrod.
5. Rapatkan hujung elektrod pada permukaan kepingan yang akan dikumai dengan cara
mengetuk atau mengguris.
6. Mulakan kerja mengimpal pada satu arah pergerakan mengikut arah tanda yang telah
dibuat. Sudut yang disarankan adalah antara 45 atau 90 ke arah pengimpal.
7. Matikan api arka apabila selesai kerja mengimpal dan sejukkan bahan kerja.
8. Bersihkan jermang pada kepingan plat dengan menggunakan alat pembersih untuk
mendapatkan bentuk kumai hasil kerja kimpal yang dibuat.
KIMPAL SAMBUNGAN T
1. Rapatkan kedua-dua kepingan plat bahan kerja dan sediakan ruang jarak yang sesuai
untuk dikimpal. Ruang jarak yang disyorkan adalah mengikut diameter elektrod yang
digunakan.
2. Lakukan kimpal paku pada kedua-dua hujung bahan kerja untuk menetapkan
kedudukannya.
3. Lakukan kerja mengimpal sambungan T di sepanjang permukaan bahan kerja dengan
memenuhkan ruang kimpal yang disediakan.
4. Matikan api arka apabila selesai kerja mengimpal sambungan temu dan sejukkan
bahan kerja.
5. Bersihkan jermang pada bahan kerja dengan menggunakan alat pembersih untuk
mendapatkan bentuk kumai yang telah dikimpal sambungan T.
LANGKAH KERJA
-
8/8/2019 Rpt Arka Sambungan T
8/16
GAMBAR RAJAH HURAIAN1.
Bersihkan bahagian permukaan
Yang hendak dikimpal
2.
Rapatkan kedua-dua kepingan plat
3.Pilih elektrod yang sesuai dengan
jenis kerja
4.
Laraskan arus elekrik menikutkesesuian saiz elektrod antara 80
90
5.
Membuat kimpal paku pada
-
8/8/2019 Rpt Arka Sambungan T
9/16
hujung benda kerja
6.
Mengimpal pada permukaan yang
rata dan sudut antara elektrod dan
benda kerja dalah antara 15 - 30
PERBINCANGAN
1. Kumai tidak sekata :
Menggunakan darjah kecondongan yang bersesuaian.
Laraskan voltan dengan betul
2. Plat tidak berada dalam posisi yang lurus
Membuat kimpal paku pada hujung plat
-
8/8/2019 Rpt Arka Sambungan T
10/16
Gunakan plat penyokong untuk mendirikan plat supaya mendapat
kedudukan plat yang lurus
3. Perbezaan harus mempengaruhi perleburan logam
80 85 = Logam lambat lebur
85 90 = Logam cepat lebur
KESIMPULAN
Di akhir bengkel ini saya dapat mengetahui cara dan proses kimpalan
menggunakan alat kimpalan arka, saya juga mempelajari cara proses kimpalan
sambungan T. Saya juga memahami cara-cara untuk mengawal elektrod dan
voltan dengan betul.
-
8/8/2019 Rpt Arka Sambungan T
11/16
LAMPIRAN
-
8/8/2019 Rpt Arka Sambungan T
12/16
Benda kerja yang telah siap
kumai
TEORI
-
8/8/2019 Rpt Arka Sambungan T
13/16
Jenis-jenis mesin kimpalan arka
Terdapat lima jenis mesin kimpalan arka. Iaitu:
- Jenis rectifier (DC)
- Jenis alatubah (AC)- Jenis kombinasi AC/DC
- Jenis pacuan enjin. (petrol atau disel)
- Jenis pacuan motor elektrik.(janakuasa)
Jenis rectifier(DC)
Mesin kimpalan arka jenis rectifier (penerus) digunakan kerana ianya mempunyai duapilihan aliran arus, iaitu arus terus kekutuban berbalik dan arus terus kekutuban lurus.
Punca positif disambungkan kepada elektrod maka ianya adalah kekutuban berbalik. Punca
negatif disambungkan kepada elektrod maka ia adalah kekutuban lurus. Semua jenis kerjamengimpal bagi kebanyakan logam adalah amat sesuai dengan mesin jenis ini. Bagi kerja-
kerja pembinaan dan penyelengaraan mesin jenis ini adalah pilihan yang tepat.
Kelemahan:- Menghasilkan semburan arka (arc blow)
- Arka tidak begitu stabil berbanding jenis janakuasa
- Tiada pilihan untuk ciri-ciri arka.
Jenis arus ulangalik.
Mesin kimpalan arus ulangalik (AC) digunakan adalah kerana ianya menghasilkan arka yanglebih stabil dan tiada berlaku semburan arka(arc blow) dengan penembusan yang
sederhana dan senyap.
Kelemahan:- Mengimpal ke atas logam tertentu dan penggunaan yang terhad.
- Tidak semua elektrod boleh digunakan.
- Mampu beroperasi pada ampiar yang tinggi.
Jenis gabungan/kombinasi AC/DC.
Mesin jenis ini boleh menggunakan kedua-kedua jenis arus. Ianya perlu apabila mengimpal
logam tertentu dengan arus yang tertentu. Mempunyai penggunaan yang meluas. Boleh
digunakan ke atas banyak jenis keluli dan kedudukan mengimpal.
Kelemahan:- Kos yang agak tinggi
- Berlaku semburan arka pada sesetengah sambungan.
-
8/8/2019 Rpt Arka Sambungan T
14/16
Apakah alat yang menukarkan arus ulangalik kepada arus terus dalam mesin kimpalan arus
terus?
Penyelesaian:
Alat yang digunakan bagi menukar arus ulangalik kepada arus terus ialah rectifier atau alatpenerus.
Jenis Pacuan enjin petrol /disel ( Arus Terus atau Arus Ulangalik).
Mesin ini boleh digunakan dikawasan yang tiada bekalan elektrik. Boleh
membekalkan sama ada arus ulangalik atau arus terus.
Kelemahan:- Modal yang besar dan penyelenggaraan yang tinggi
- Bising- Modal tinggi
- Kos penyelenggaraan tinggi
- Semburan arka (arc blow)
- Memerlukan bahanapi.
Jenis Pacuan motor.
Mesin kimpal arka jenis ini menghasilkan arus terus. Menghasilkan dua pilihan arus
terus. Iaitu kekutuban terus dan kekutuban berbalik.
Kelemahan:- Terdapat arc blow .
- Penyelenggraan yang tinggi. Ianya menggunakan beberus karbon
dan perlu ditukar pada tempoh tertentu.
Kelengkapan Kimpalan Arka.
Bekalan kuasaKebel
elektrod
Pemegang
elektrod
bendakerja
elektrod
Pelaras arus
-
8/8/2019 Rpt Arka Sambungan T
15/16
Kekutuban Mesin Kimpalan Arka
Terdapat dua jenis kekutuban mesin kimpalan arka :
- Arus Terus Kekutuban Berbalik ( kebel elektrod dipasang pada punca positif )
- Arus Terus Kekutuban Lurus ( kebel lektrod dipasang pada punca negative )
Ciri-ciri Kekutuban:
Ciri-ciri kekutuban arus terus kekutuban berbalik ialah:
- Kadar kecairan elekrod yang lebih cepat.
- Ketelusan yang cetek
- Kelajuan kimpal yang lebih pantas diperlukan.
Ciri-ciri kekutuban arus terus kekutuban lurus ialah:
- Kadar kecairan letrod yang lambat
- Ketelusan yang dalam
- Kelajuan yang sederhana
Litar Arus Terus Kekutuban Berbalik
Litar Arus Terus Kekutupan Lurus
Berikut adalah jadual bagi jenis salutan dan arus yang disyorkan.
Digit Jenis salutan Arus
0 Sodium selulos ATKB1 Potassium selulos AU atau ATKB dan ATKL
+
__
Bekalan kuasa
Kebel bendakerja
Kebel elektrod
Pemegang elektrod
bendakerja
Bekalan kuasaKebel bendakerja
Kebel elektrod
Pemegang elektrod
bendakerja+
-
8/8/2019 Rpt Arka Sambungan T
16/16
2 Sodium titania AU atau ATKL
3 Potassium titania AU atau ATKB
4 Serbuk besi titania AU atau ATKB dan ATKL
5 Hiderojen rendah sodium ATKB
6 Hiderojen rendah potassium AU atau ATKB
7 Serbuk besi oksida besi AU atau ATKB dan ATKL8 Hiderojen rendah serbuk besi AU atau ATKB
Salutan elektrod juga boleh dikategorikan kepada jenis:
- Rutile
- Selulos
- Serbuk besi