rph linus kv

7
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN KELAS : MASA : MATA PELAJARAN : KANDUNGAN IMPAK/CATATAN Bahasa Melayu Tajuk : Kem 4 - Suku Kata KV Objektif : Murid-murid boleh mengenal , mengeja dan membina suku kata KV. Aktiviti : 1. Meminta murid membunyikan suku kata KV berdasarkan carta suku kata pada ( MSP). 2. Guru mempamerkan kad suku kata kepada murid dan mengeja suku kata tersebut secara rawak. 3. Murid mengulangi mengeja suku kata tersebut secara kumpulan dan individu. 4. Murid menyebut dan mengeja suku kata awal KV berdasarkan gambar.

Upload: muhd-asyraf

Post on 10-Apr-2016

233 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Rph Linus Kv

TRANSCRIPT

Page 1: Rph Linus Kv

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

           KELAS :MASA :MATA PELAJARAN :

KANDUNGAN IMPAK/CATATAN

Bahasa Melayu Tajuk : Kem 4 - Suku Kata KV

Objektif : Murid-murid boleh mengenal , mengeja dan membina suku kata KV.

Aktiviti :

1. Meminta murid membunyikan suku kata KV berdasarkan carta suku kata pada ( MSP).2. Guru mempamerkan kad suku kata kepada murid dan mengeja suku kata tersebut secara rawak.3. Murid mengulangi mengeja suku kata tersebut secara kumpulan dan individu. 4. Murid menyebut dan mengeja suku kata awal KV berdasarkan gambar.4. Permainan - “Kotak Ajaib”5. Lembaran kerja: Kump A - bina suku kata berdasarkan

Page 2: Rph Linus Kv

huruf yang diberi. Kump. B – warnakan suku kata awal berdasarkan gambar. Kump. C – padankan suku kata yang sama.6. Mempamerkan dan membuat rumusan hasil kerja murid.

BBM : Carta suku kata (MS PowerPoint) Kad suku kata Kad gambar Lembaran kerja.

Page 3: Rph Linus Kv

Permainan Bahasa

Nama Permainan : Kotak Ajaib

Objektif : Murid boleh mengeja dan membunyikan suku kata berdasarkan kad suku kata.Bahan : Kad suku kata Kotak Ajaib

Cara menjalankan permainan.

• Pelajar berkumpul dalam satu bulatan.• Kotak Ajaib diedarkan mengikut bulatan yang dibuat dengan diiringi muzik.• Muzik akan dihentikan. Murid yang memegang Kotak Ajaib semasa muzik berhenti akan diberi peluang untuk menjawab soalan• Murid tersebut akan mengambil satu kad yang terdapat di dalam Kotak Ajaib dan menjawab soalan iaitu mengeja dan membunyikan suku

kata.• Semua pelajar akan mencatat setiap suku kata di dalan kotak yang di beri. (Lihat Lampiran)• Langkah yang sama diulang sehingga selesai permainan.• Murid yang berjaya memberi jawapan yang betul akan diberi ganjaran.

Page 4: Rph Linus Kv

Isikan Suku Kata

Permainan Bahasa

Nama Permainan : Cari Saya

Objektif : Murid boleh mencari kad suku kata KV yang disebut oleh guru.Bahan : Kad suku kata.

Cara menjalankan permainan

• Murid berkumpul di suatu lapang di dalam kelas.• Kad-kad suku kata KV akan diletakkan di hadapan murid.• Guru menyebut suku kata dan murid mencari kad suku kata tersebut.• Apabila murid dapat mencari kad suku kata yang disebut, murid tersebut akan mengulang membunyikan suku kata secara kuat kepada

rakan-rakan lain.• Permainan akan diteruskan mengikut giliran.

Page 5: Rph Linus Kv

Murid yang dapat mencari kad yang sama akan diberi ganjaran.