rosman bin tahir d20102043006 upsi 11(a121pjj) qgj3023 fungsi muskuloskeletal dan pergerakan
TRANSCRIPT
QGJ3023FUNGSI MUSKULOSKELETAL DAN
PERGERAKAN MANUSIA
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO MATRIKSROSMAN BIN TAHIR D20102043006
GROUP UPSI11(A121PJJ)
PENSYARAH E-PEMBELAJARAN:DR.LEE AI CHOO
TARIKH SERAHAN:30 NOVEMBER 2012
1
Tajuk Tugasan
Lakukan satu analisis bagi setiap lakuan yang berikut. Untuk analisis anda sila gunakan garis panduan cara menganalisis pergerakan yang telah dinyatakan di awal unit pelajaran ini. Sila sertakan gambar atau rajah bagi analisis pergerakan tersebut.
1. Tekan tubi – Fasa Persediaan, fasa menurun dan fasa pemulihan.
2. Naik Turun Bangku- Fasa Persediaan, fasa melangkah naik dan fasa pemulihan.
3. Mendagu - Fasa Persediaan, fasa mendagu dan fasa pemulihan.
SENARAI KANDUNGAN
BIL TAJUK HALAMAN
1 Pengenalan
2 (a) Analisa pergerakan tekan tubi
Pengenalan
Pemerhatian pergerakan
Satah dan rujukan paksi
Sendi dan jenis sendi
Pergerakan yang dihasilkan di sendi
Otot agonis
Tulang yang terlibat
Pengucupan otot agonis
3 (b) Analisa naik turun bangku
Pengenalan
Pemerhatian pergerakan
Satah dan rujukan paksi
Pergerakan yang dihasilkan di sendi
Tulang yang terlibat
Otot agonis
Pengucupan otot agonis
4 (c) Analisa pergerakan mendagu
o Pengenalan
o Pemerhatian pergerakan
o Satah dan rujukan paksi
o Sendi dan jenis sendi
2
o Pergerakan yang dihasilkan di sendi
o Otot agonis
o Pengucupan otot agonis
5 Penutup
6 Rujukan/Bibliografi
Soalan Tugasan
FUNGSI MUSKULOSKELETAL DAN PERGERAKAN MANUSIA
Lakukan satu analisis bagi setiap lakuan yang berikut. Untuk analisis anda sila gunakan garis
panduan cara menganalisis pergerakan yang telah dinyatakan di awal unit pelajaran ini. Sila
sertakan gambar atau rajah bagi analisis pergerakan tersebut.
1. Tekan tubi – Fasa Persediaan, fasa menurun dan fasa pemulihan.
2. Naik Turun Bangku- Fasa Persediaan, fasa melangkah naik dan fasa pemulihan.
3. Mendagu - Fasa Persediaan, fasa mendagu dan fasa pemulihan.
PENGENALAN.
Sistem muskuloskeletal adalah merupakan penunjang kepada bentuk tubuh dan juga pergerakan
tulang. Pergerakan merupakan salah satu daripada ciri organisma hidup. Pergerakan dalaman membolehkan
organisma untuk memindahkan sesuatu bahan daripada satu bahagian dalam jasad atau badan ke bahagian
lain. Anatomi manusia adalah ilmu biologi yang mengkaji struktur anggota manusia dan pertalian antara
setiap komponen yang terdapat dalam struktur berikut. Pergerakan luaran pula membolehkan sesetengah
organisma hidup untuk bergerak daripada satu tempat ke satu tempat yang lain ( lokomotor ) atau pun untuk
bergerak setempat ( bukan lokomotor). Bagi manusia dan haiwan, pergerakan luaran ini dicapai hasil
daripada interaksi rapat di antara dua sistem organ iaitu otot dan sistem rangka. Gabungan kedua-dua organ
3
ini dikenali senagai sistem muskuloskeletal atau sistem lokomotor. Terdapat tiga aspek dalam sistem
muskuloskeletal iaitu aspek osteologi ( kajian tentang tulang ), aspek artologi ( kajian tentang sendi ), dan
miologi ( kajian tentang otot ).
4
5
Tekan Tubi
PENGENALAN
Tekan Tubi merupakan salah satu senaman yang amat universal dan mempunyai
pelbagai manfaat. Ianya menggunakan berat tubuh dan daya tarikan graviti sebagai beban. Tekan Tubi
juga merupakan senaman yang tidak memerlukan ruang yang besar dan boleh dilaksanakan dengan
pelbagai kaedah. Manfaat utamanya adalah dapat memberikan kekuatan dan keseimbangan kepada
pengamalnya.
6
Latihan tekan tubi amat dititikberatkan kerana ianya mampu menguatkan otot- otot seperti
Deltoid, Triceps, Pectorilis, Pectorilis Major, Latissimus Dorsi dan Rectus abdominis. Sebgai contohnya,
kekuatan otot Deltoid (bahu) mampu menghasilkan penumbuk yang kuat kerana bahu merupakan
ibu gerak kepada pergerakan tangan. Manakala. kekuatan otot rectus abdominis (bahagian
abdomen/otot perut) mampu memberikan kekuatan sewaktu melakukan tendangan. Ianya boleh
menampilkan susuk badan yang lebih menarik, membina otot bahagian atas torso dan lengan. Tekan tubi
adalah senaman yang paling berkesan untuk membina bahagian atas torso kerana ia menggunakan
berat badan itu sendiri sebagai rintangan.
Untuk melaksanakan Tekan Tubi dengan sempurna, pastikan belakang badan adalah dalam
keadaan tegap dan kaki berkeadaan lurus. Sewaktu gerakan turun, pastikan bahagian badan hadapan tidak
menyentuh lantai. Bagi wanita pula, disyorkan lutut menyentuh lantai dan tekan tubi hanya melibatkan
bahagian atas tubuh sahaja.
Rajah 1 : tekan tubi bagi lelaki dan wanita.
Senaman tekan tubi ini merupakan senaman yang berkesan ke atas bahagian atas tubuh.Ianya boleh
menampilkan susuk badan yang lebih menarik, membina otot bahagian atas torso dan lengan.Tekan tubi
adalah senaman yang paling berkesan untuk membina bahagian atas torso kerana ia menggunakan berat
badan itu sendiri sebagai rintangan. Suatu prinsip penting yang harus diingati adalah apabila anda melakukan
tekan tubi untuk mengekalkan torso pada satah yang mendatar. Berdasarkan analisis pemerhatian saya dan
pembacaan yang saya lakukan aktiviti tekan tubi ini banyak melibatkan otot-otot utama di bahagian atas
badan
7
OBJEKTIF
Terdapat beberapa objektif yang akan dirungkaikan kenapa analisis pergerakan kemahiran tekan
tubi dibuat. Antaranya ialah :
1. Analisis ini dilakukan adalah sebagai melengkapkan tugasan mata pelajaran
Anatomi dan Fisiologi.
2. Sebagai panduan untuk mengetahui fungsi tekan tubi secara terperinci.
3. Mengetahui pergerakan otot-otot,sendi-sendi dan tulang terlibat dalamaktiviti tekan tubi yang
dilakukan.
4. Memastikan setiap pergerakan dilakukan dengan betul dan mengikut prosedur yang tepat.
5. Memahami bagaimana latihan jenis ini boleh dilaksanakan menggunakan rintangan berat badan
dengan memberikan satu cabaran terhadap kemampuan mengawal dan mengimbangi berat
badan semasa melakukan aktiviti latihan dengan posisi badan yang betul.
PENERANGAN
Kemahiran
Senaman tekan tubi ini merupakan senaman yang berkesan ke atas bahagian atas tubuh. Ianya
boleh menampilkan susuk badan yang lebih menarik, membina otot bahagian atas torso dan lengan.
Tekan tubi adalah senaman yang paling berkesan untuk membina bahagian atas torso kerana ia
menggunakan berat badan itu sendiri sebagai rintangan. Tekan tubi menguatkan otot bahagian atas badan
terutama deltoids, pectoralis major, dan triceps.
Cara melakukan tekan tubi dengan betul :
Suatu prinsip penting yang harus diingati adalah apabila anda melakukan tekan tubi untuk
mengekalkan torso pada satah yang mendatar.
1. Kaki dirapatkan serta selari, tangan diletakkan selari dengan dada. Bahagian torso badan diturunkan
secara mendatar ke lantai.
Bahagian siku berada tinggi sedikit berbanding bahu. Pada waktu ini bahagian tulang- tulang di tangan 8
digunakan untuk menahan berat badan kita.
2. Selepas itu kita menggunakan otot-otot dan tulang-tulang pada bahagian tangan untuk menolak
badan kita ke atas. Akan berlaku pengembangan dan pengecutan pada otot-otot agar tulang-tulang kita
mengalami pergerakan.
3. Tangan telah dilunjurkan atau diluruskan ke permukaan lantai. Bahagian tangan telah sepenuhnya
mengangkat beban badan kita sendiri. Bersedia untuk menurunkan badan secara mendatar. Pastikan
bahagian pinggang dan kaki di kunci atau tidak digerakkan.
Rajah 2 : langkah-langkah melakukan tekan tubi.
Otot
Otot amat penting dalam pergerakan. Tanpa otot, tulang tidak boleh bergerak
dengan sendirinya. Tulang dan otot saling memerlukan bagi menghasilkan pergerakan. Otot rangka
dikenali sebagai otot terkawal atau otot berjalur serta membaluti system rangka manusia. Tekanan
diberikan kepada otot-otot adalah berbeza mengikut otot-otot tertentu yang terlibat dengan sesuatu
aktiviti yang ingin dilakukan. Bagi aktiviti tekan tubi, penekanan diberikan kepada otot-otot yang
terlibat seperti berikut
9
Otot penting dalam melakukan pergerakan. Tanpa otot, tulang tidak boleh bergerak dengan sendirinya.
Otot Rangka;
Dikenali sebagai otot terkawal atau otot berjalur.
Membaluti sistem rangka manusia
Mengandungi serat otot yang memanjang dan selari antara satu sama lain.
PEMERHATIAN PERGERAKAN.
10
Langkah 1.
Kaki dirapatkan serta selari, tangan diletakkan selari dengan dada. Bahagian badan diturunkan
secara mendatar ke lantai. Bahagian siku berada tinggi sedikit daripada bahu. Pada keadaan ini, bahagian
tulang-tulang di tangan digunakan untuk menahan berat badan kita.
Ketika pergerakan ke bawah, abduksi berlaku di bahagian bahu, fleksi di siku, trapezius mengecut,
pectoral akan berada dalam keadaan rehat, manakala biseps menyokong trapezius. Deltoid pula sebagai
penyokong. Pada bahagian bahu pula tendon daripada satu hujung otot biseps berpaut pada scapula
( tulang yang tetap ) dan pangkal humerus. Pada siku pula tendon di hujung otot biseps berpaut pada
tulang radius ( tulang yang bebas bergerak berdekatan dengan sendi engsel ).
Tendon daripada satu hujung otot triseps berpaut pada hujung scapula dan pangkal humerus.
Semasa pembengkokan lengan, daya tarikan yang terhasil dipindah kepada tulang melalui tendon.
Pengecutan otot biseps menyebabkan tulang radius ditarik ke arah atas dan lengan dibengkokkan. Pada
masa yang sama otot triseps mengendur.
Langkah 2.
Pada langkah kedua ini, kita akan menggunakan otot-otot dan tulang-tulang di bahagian tangan
untuk menolak badan kita ke atas. Pada masa ini akan berlaku pengembangan dan pengecutan pada otot-
otot agar tulang-tulang kita mengalami pergerakan.
Langkah 3.
Tangan akan dilunjurkan atau diluruskan pada permukaan lantai. Manakala bahagian tangan telah
sepenuhnya mengangkat beban badan kita sendiri. Kemudian bersedia untuk menurunkan badan secara
mendatar. Pastikan bahagian pinggang dan kaki dikunci atau tidak digerakkan.
Langkah 4.
11
Bahagian hadapan dan belakang badan digunakan untuk menolak badan ke bawah secara mendatar.
Bahagian tangan sepenuhnya digunakan untuk menahan berat badan kita sendiri ketika kita menurunkan
badan secara mendatar.
Langkah 5.
Kedudukan badan dan postur badan kembali kepada keadaan sebelumnya.
SATAH DAN PAKSI RUJUKAN.
SENDI DAN JENIS SENDI
Sendi ialah titik pertemuan antara tulang-tulang atau antara rawan dengan tulang. Struktur sendi
sangat mempengaruhi fungsinya. Pergerakan sendi bergantung kepada kelenturan ( fleksibiliti ) tisu
perantara yang mengikat tulang, serta kedudukan ligamen, otot, dan tendon. Sendi yang terlibat dalam
pergerakan tekan tubi ini ialah :
• sendi bahu ( sendi lesung )
Sendi bahu ( sendi lesung ) merupakan sendi yang terbentuk antara hujung tulang yang berbentuk separuh
bulat dengan hujung tulang yang berbentuk lesung. Sendi ini membolehkan bergerak pada semua seperti
sendi bahu.
• sendi siku ( sendi engsel )
12
Sendi engsel pula bertindak seperti engsel yang hanya membolehkan pergerakan pada satu satah.
Contohnya seperti sendi siku dan lutut ketika membuat pergerakan tekan tubi.
PERGERAKAN YANG DIHASILKAN DI SENDI TERSEBUT.
Semasa fasa persediaan, pergerakan yang dihasilkan pada sendi ialah melibatkan sendi siku dan
engsel. Pada fasa ini, siku dan engsel memainkan peranan yang penting dalam permulaan pergerakan
tekan tubi. Pergerakan yang dihasilkan oleh sendi dinamakan dalam keadaan ekstensi tetapi pegun.
Begitu juga semasa fasa lakuan tekan tubi dan fasa pemulihan tekan tubi, sendi yang terlibat dalam
pergerakan ini adalah siku dan engsel. Pergerakan sendi semasa fasa lakuan dinamakan fleksi manakala
semasa fasa pemulihan pergerakan sendi dinamakan extensi.
OTOT AGONIS YANG TERLIBAT
Otot yang terlibat dalam pergerakan tekan tubi ini ialah :
Deltoid
Trapezius
Triseps brachii
Biseps brachii
13
1. Deltoid
Rajah 3: deltoid
2. Trapezius
Rajah 4: trapezius
3. Triseps brachii
Rajah 5: triseps brachii
4. Biseps brachi
Rajah 6: biseps brachii
Tulang
Sistem rangka manusia juga terlibat dalam pergerakan ini di mana dalam rangka paksi, turus
vertabra memainkan peranan begitu juga dengan rangka apendikular di mana lengkungan pektoral akan
memainkan peranannya juga. Seperti yang kita tahu sistem rangka kita berfungsi untuk menggerakkan
tubuh badan kita. Tulang ini bertindak sebagai tuas apabila otot-otot yang melekat padanya
menguncup.
Tulang-tulang yang yang terlibat dalam aktiviti tekan tubi ini ialah tulang di bahagian tangan dan
tulang belakang kita. Tulang belakang (vertebra) ini akan berfungsi mendatarkan tubuh badan kita dalam
keadaan satah ketika kita menurunkan badan kita ke bawah. Tulang-tulang tangan juga memainkan
peranan ketika aktiviti ini kerana kita akan menggunakan kekuatan tangan sepenuhnya untuk menampung
seluruh berat badan. Diantara tulang yang terlibat dalam pergerakan ini ialah Vertebra, Humerus, Radius,
Ulna, Metakarpal, Karpal, Falanks, Tulang-tulang lain seperti skapula dan klavikel juga terlibat
dalam pergerakan ini.
1) Humerus
Rajah 7 : humerus
2) Radius dan ulna
Rajah 8 : radus dan ulna
3) Metacarpal, karpal, farlanks
Rajah 9 : Metacarpal, karpal, farlanks
1) Klavikel dan scapula
Rajah 9 : klavikel dan skapula
2) Vertebra
Rajah 10 : vetebra
Sendi
Titik pertemuan antara tulang-tulang atau antara rawan dengan tulang. Struktur sendi sangat
mempengaruhi fungsinya. Pergerakan sendi ditentukan oleh kelenturan (fleksibiliti) tisu perantaraan yang
mengikat tulang, serta kedudukan ligamen, otot dan tendon.
Rajah 11 : gambar-gambar sendi
Diantara sendi yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti ini ialah :
• Sendi bahu (sendi lesung)
• Sendi siku (sendi engsel)
1) Sendi bahu (sendi lesung)
Sendi yang terbentuk antara hujung tulang yang berbentuk separuh bulat dengan hujung tulang yang
berbentuk lesung. Sendi ini membolehkan tulang bergerak pada semua satah.
• Contoh: sendi bahu
Rajah 12
Rajah 13
2) Sendi siku (sendi engsel)
Sendi engsel bertindak seperti engsel yang hanya membolehkan pergerakan pada satu satah
• Contoh: sendi siku dan lutut.
Rajah 14
Rajah 15
Gambarajah 1
Analisis Peregerakan
Kaki dirapatkan serta selari, tangan diletakkan selari dengan dada. Bahagian torso badan
diturunkan secara mendatar ke lantai. Bahagian siku berada tinggi sedikit berbanding bahu.
Pada waktu ini bahagian tulang-tulang di tangan digunakan untuk menahan berat badan kita.
Pergerakan ke bawah;
Abduksi berlaku di bahu
Fleksi di siku
Trapezius mengecut (agonist)
Pectoral berada dalam keadaan rehat (antagonist)
Biseps menyokong trapezius (synergist)
Deltoid sebagai penyokong
Di bahu, tendon daripada satu hujung otot biseps berpaut pada skapula (tulang yang tetap) dan
pangkal humerus, manakala di siku, tendon di hujung otot biseps berpaut pada tulang radius
(tulang yang bebas bergerak berdekatan dengan sendi engsel)Tendon daripada satu hujung otot
triseps berpaut pada hujung skapula dan pangkal humerus, manakala tendon di hujung yang satu
lagi terlekat pada tulang ulna.
Semasa pembengkokan lengan, daya tarikan yang terhasil dipindah kepada tulang melalui tendon
Pengecutan otot biseps menyebabkan tulang radius ditarik ke arah atas dan lengan dibengkokkan
Pada masa yang sama, otot triseps mengendur
Gambarajah 2
Pergerakan ke atas
Selepas itu kita menggunakan otot-otot dan tulang-tulang pada bahagian tangan untuk
menolak badan kita ke atas.Akan berlaku pengembangan dan pengecutan pada otot-otot agar
tulang-tulang kita mengalami pergerakan.Selepas itu kita menggunakan otot-otot dan tulang-
tulang pada bahagian tangan untuk menolak badan kita ke atas.Akan berlaku pengembangan dan
pengecutan pada otot-otot agar tulang-tulang kita mengalami pergerakan.
Pergerakan ke atas (tangan diluruskan)
Adduksi pada bahu
Ekstensi pada siku
Pectoral mengecut dengan bantuan triseps
Trapezius berada dalam keadaan rehat
Deltoid sebagai penyokong
Otot triseps mengecut menyebabkan ulna ditarik ke bawah dan tangan diluruskan.
Pada masa yang sama, otot biseps mengendur.
Bahagian hadapan dan belakang badan di gunakan untuk menolak badan ke bawah secara
mendatar.
Bahagian tangan kita sepenuhnya di gunakan untuk menahan berat badan kita sendiri ketika kita
menurunkan badan secara mendatar ini.
Kedudukan badan dan postur badan kembali kepada keadaan sebelumnya.
SATAH PERGERAKAN
Satah Pergerakan
Semasa pergerakan ke atas (tangan diluruskan)
Semasa pergerakan ke bawah (tangan dibengkokkan)
JENIS PENGUCUPAN OTOT AGONIS
Pectoralis major isometrik, tricep isometrik
Pectoralis major enstrik, tricep esentrik
Pectoralis major konsentrik, tricep konsentrik.
FASA PERSEDIAAN
Sendi/Jenis Pergerakan sendi Otot agonis Jenis pengucupan
Sendi siku / engsel Dalam keadaan Pectoralis major, Pectoralis major
extensi tetapi pegun tricep isometrik, tricep
Isometric
FASA TEKAN TUBI / LAKUAN
Sendi/Jenis Pergerakan sendi Otot agonis Jenis pengucupan
Sendi siku / engsel flkesi Pectoralis major, Pectoralis major
triceps esentrik, tricep
Esentrik
FASA PEMULIHAN
Sendi/Jenis Pergerakan sendi Otot agonis Jenis pengucupan
Sendi siku / engsel extensi Pectoralis major, Pectoralis major
triceps konsentrik, tricep
Konsentrik
( b ) ANALISA PERGERAKAN ( NAIK TURUN BANGKU )
PENGENALAN.
Aktiviti naik turun bangku merupakansalah satu aktiviti yang sering dilakukan dalam latihan litar.
Aktiviti ini sering dilakukan oleh atlet-atlet dalam sukan olahraga. Aktiviti ini boleh
meningkatkan daya tahan kardivoskular dan daya tahan otot. Aktiviti naik turun bangku
dilakukan secara berperingkat mengikut kemampuan individu sendiri.
PEMERHATIAN.
CARA NAIK TURUN BANGKU.
1. Murid perlu berdiri tegak denga kedua-dua tangan di sisi. Mata perlu memandang ke
hadapan di
depan bangku.
2. Naikkan kaki kanan ke atas bangku diikuti dengan kaki kiri.
3. Berdiri tegak di atas bangku
4. Turunkan kaki kanak diikuti dengan kaki kiri
5. Ulangan aktiviti tersebut secara berterusan selama satu minit.
1. Analisis Pergerakan Naik Turun Bangku
Naik turun kerusi juga merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan dalam latihan litar.
Aktiviti ini sering dilakukan oleh atlit sukan olahraga.
Aktiviti ini boleh meningkatkan daya tahan kardivoskular dan daya tahan otot.
Aktiviti ini juga dilakukan berperingkat dan mengikut kemampuan individu sendiri.
Cara Naik Turun Bangku
Berdiri tegak dengan kedua-dua tangan di sisi.Mata memandang kearah hadapan di depan
bangku.
Naikkan kaki kanan ke atas bangku diikuti dengan kaki kiri.
Berdiri tegak di atas bangku.
Turunkan kaki kanan kelantai diikuti dengan kaki kiri.
Kelebihan aktiviti
OBJEKTIF
Terdapat beberapa objektif yang akan dirungkaikan kenapa analisis pergerakan kemahiran naik turun bangku dibuat. Antaranya ialah :
1. Analisis ini dilakukan adalah sebagai melengkapkan tugasan mata pelajaran Anatomi dan Fisiologi.
2. Sebagai panduan untuk mengetahui fungsi naik turun bangku secara terperinci.
3. Mengetahui pergerakan otot-otot,sendi-sendi dan tulang terlibat dalam aktiviti naik turun bangku yang dilakukan.
4. Memastikan setiap pergerakan dilakukan dengan betul dan mengikut prosedur
Kelebihan aktiviti naik turun bangku ialah dapat meningkatkan daya tahan kardivoskular dan juga menguatkan otot kaki. Ia juga dapat meningkatkan stamina seseorang.
SATAH DAN PAKSI.
Satah dan paksi yang terlibat dalam pergerakan naik turun bangku ini ialah transverse
plane yang mana melibatkan anggota dari pinggang ke bawah.
PERGERAKAN YANG DIHASILKAN DI SENDI.
Berpandu rajah di bawah, semasa fasa persediaan, pergerakan naik turun bangku,
pergerakan sendi melibatkan sendi lutut kanan ekstensi dan sendi lutut kiri fleksi. Semasa
melangkah naik pula, kaki melangkah naik ke bangku. Manakala fasa pemulihan pula, kaki kanan
yang melangkah turun ekstensi manakala kaki kiri yang menahan pula berada dalam keadaan
flkesi.
FASA PERSEDIAAN
Sendi/ jenisPergerakan sendi Otot agonis
Jenis pengucupan
Sendi lututJika ikut gambar di
Quadriceps bagi
Semua isometric
atas, fasa sedia kaki kanan,kerana keadaaan
sendi lutut kanan
Hamstring bagi kaki pegun sedia.
ekstensi, sendi lutut kiri yang fleksi
kiri fleksi
FASA MELANGKAH NAIK
Sendi/ jenisPergerakan sendi Otot agonis
Jenis pengucupan
Sendi lutut Kaki yangHamstring bagi kaki Hamstring
melangkah naikyang melonjakkan
konsentrik sewaktu
fleksibadan ke atas untuk
lonjak naik ke atas
naik ke bangku, dengan pijakan
atas
quadriceps sewaktu bangku.
kaki pertama ditarik
ke atas sebelum Gastrocnemius
berpijak ke bangku berada dalam
kontraksi konsentrik
Gastrocnemiusapabila permukaan
hujung kaki
menolak permukaan
bangku untuk
lonjakkan
keseluruhan badan
ke atas bangku.
FASA PEMULIHAN
Sendi/ jenisPergerakan sendi Otot agonis
Jenis pengucupan
Sendi lututKaki kanan yang Quadriceps Kaki kiri yang
melangkah turun masih menahan
extensi, kaki kiri seblum turut
yang masihmelangkah turun
menahan berada
quadriceps esentrik,
dalam keadaankaki kiri quadriceps
fleksikonsentrik. Bila
kedua kaki di bawah
berdiri tegak
isometrik bagi
quadriceps.
berpijak ke bangku berada dalam
kontraksi konsentrik
Gastrocnemiusapabila permukaan
hujung kaki
menolak permukaan
bangku untuk
lonjakkan
keseluruhan badan
ke atas bangku.
FASA PEMULIHAN
Sendi/ jenis Pergerakan sendi Otot agonis Jenis pengucupan
Sendi lutut Kaki kanan yang Quadriceps Kaki kiri yang
melangkah turun masih menahan
extensi, kaki kiri seblum turut
yang masih melangkah turun
menahan berada quadriceps esentrik,
dalam keadaan kaki kiri quadriceps
fleksi konsentrik. Bila
kedua kaki di bawah
berdiri tegak
isometrik bagi
quadriceps.
JENIS TULANG YANG TERLIBAT DALAM AKTIVITI NAIK TURUN
BANGKU.
TULANG OTOT SENDI PERGERAKAN
Pelvis Glutes Sendi pinggul - fleksi di
Femur Quadriceps Sendi lutut bahagian paha
Patella Hamstrings - lengkungan
Tibia calves dorsi dan
Fibula lengkungan
Calcaneus plantar di
Tarsals bahagian
Metatarsals pergelangan
phalanges Kaki
OTOT AGONIS
Otot argonis yang terlibat semasa fasa persediaan naik turun bangku ialah quadriceps bagi
kakai kanan, hamstring bagi kaki kiri yang fleksi. Manakala semasa fasa melangkah naik bangku
pula, hamstring bagi kaki yang melonjakkan badan ke atas untuk naik ke bangku, quadriceps
sewaktu kaki pertama ditarik ke atas sebelum berpijak ke bangku. Semasa fasa pemulihan pula, ia
melibatkan otot quadriceps.
PENGUCUPAN OTOT
Semua isometric kerana keadaan pegun sedia ketika fasa persediaan. Manakala hamstring
konsentrik sewaktu melaonjak naik ke atas dengan pijakan atas bangku merupakan pengucupan
otot agonis semasa fasa lakuan naik turun bangku. Gastrocnemius berada dalam keadaan
kontraksi konsentrik apabila permukaan hujung kaki menolak permukaan bangku untuk lonjakan
keseluruhan badan ke atas bangku. Fasa pemulihan pula, kaki kiri yang masih menahan sebelum
turut melangkah turun quadriepsesentrik, kaki kiri
(c) ANALISA PERGERAKAN ( MENDAGU )
PENGENALAN.
Mendagu adalah aktiviti senaman yang berkesan untuk membina otot dan kekuatan di
bahagian atas badan. Mendagu boleh menjadi sukar untuk melaksanakan. Kita memerlukan
seseorang untuk melakukan mendagu dengan memegang ke bar dan menarik berat badan kita
sendiri sepanjang pergerakan. Ia sangat mencabar dalam amalan mendagu.
PEMERHATIAN PERGERAKAN YANG DILAKUKAN
SATAH DAN PAKSI RUJUKAN.
SENDI DAN JENIS SENDI YANG DIGUNAKAN UNTUK PERGERAKAN.
Sendi pada siku yang terlibat ketika aktiviti mendagu ialah :
bisep brachii
brachialis
brachioradialis
Brachii bisep akan menjadi aktif dalam lenturan siku ketika melakukan genggaman tangan.
Ketika aktiviti mendagu, korset bahu adducted dan akan berputar. Ini bermakna tulang belikat
sedang ditarik ke arah pusat badan dan berputar mengikut arah jam. Otot yang digunakan dalam
aktiviti ketika ini ialah trapezius rendah dan menengah, pectoralis kecil dan rhombiods.
PERGERAKAN YANG DIHASILKAN DI SENDI TERSEBUT.
Pergerakan yang dihasilkan di sendi semasa fasa persediaan ialah bahu dan siku dalam
keadaan lurus ekstensi pegun. Manakala semasa fasa mendagu pula, sendi yang terlibat ialah bahu
dan siku dan berada dalam keadaan lurus fleksi. Begitu juga semasa fasa pemulihan, sendi yang
terlibat ialah bahu dan siku. Pergerakan sendi dalam keadaan lurus ekstensi.
OTOT AGONIS YANG TERLIBAT DALAM PERGERAKAN.
Otot yang terlibat dalam keadaan mendagu adalah termasuk otot selari seperti abdominus
rectus atau “per enam” otot. Otot tumpu seperti pectoralis utama, otot pinnate termasuk bisep
brachii, otot fusiform seperti brachioradialis yang berhampiran bisep dan juga otot lingkaran
termasuk dorsi latissimus kita. Otot selari mempunyai sel-sel yang selari antara satu sama lain.
Gentian otot convergent kipas kelaur dari lampiran kecik ke titik pemasukan yang lebih besar dan
luas. Dua kumpulan otot yang digunakan dalam aktiviti mendagu termasuk bisep dan otot trisep.
Otot bisep akan berada di hadapan dan hanya di atas sendi siku serta bekerja untuk siku. Gerakan ini
membantu mengangkat badan kita semasa mendagu. Otot trisep membantu memanjangkan sendi
siku. Otot ini juga membantu kita kembali ke bawah dari kedudukan mendagu.
Apabila melakaukan aktiviti mendagu, dorsi latissimus adalah otot yang akan digunakan. Ia
bermula hanya di atas punggung dan seterusnya ke otot posterior iaitu otot pada lengan. Otot ini
adalah otot luas belakang dan dicirikan seperti besar, rata, bentuk sehala. Otot tambahan yang
digunakan ketika aktiviti mendagu ialah :
brachialis
brachioradialis dalam bisep lengan dan bawah
berbentuk delta posterior
inrfaspinatus
teres kecil otot cuff putar
rhomboids
otot trapezius rendah dan menengah
levator scapulae
brachii bisep
FASA PERSEDIAAN.
Sendi/Jenis Pergerakan Sendi Otot agonist Jenis penguncupan
Bahu dan siku Semua dalam lurus Rhomboid, Semua isometrik
exstensi pegun latissimus dorsi, kerana keadaaan
biceps pegun sedia.
FASA MENDAGU
Sendi/Jenis Pergerakan Sendi Otot agonist Jenis penguncupan
Bahu dan siku Semua dalam lurus Rhomboid, Konsentrik
fleksi latissimus dorsi,
biceps
FASA PEMULIHAN.
Sendi/Jenis Pergerakan Sendi Otot agonist Jenis penguncupan
Bahu dan siku Semua dalam lurus Rhomboid, Esentrik
ekstensi latissimus dorsi,
biceps
JENIS PENGUCUPAN OTOT AGONIS
Jenis pengucupan otot organis semasa fasa persediaan semua isometric dalam keadaan pegun
dan sedia. Manalaka semasa fasa mendagu pula pengucupan otot organis adalah konsentrik. Semasa
aktiviti mendagu, smasa fasa pemulihan pengucupan otot organis berlaku pada rhomboid, latissimus
dorsi dan juga bisep
PENUTUP.
Pengetahuan yang secukupnya terutama bagi guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
adalah perlu bagi membantu mereka merancang dan melaksanakan aktiviti kecergasan fizikal dan
kemahiran sukan di dalam dan luar kelas Pendidikan Jasmani dengan selamat dan berkesan. Ini
penting bagi mengelak berlakunya kecederaan fizikal akibat melakukan pergerakan yang melampau
keupayaan struktur dan fungsi sistem muskuloskeletal murid. Aktiviti kecergasan dan kesukanan
yang dirancang dan dilaksanakan dengan baik memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan
status kesihatan, membina kecergasan fizikal, mempelajari dan memperolehi kemahiran motor,
memperkembangkan bakat dalam sukan serta mengukuhkan amalan aktiviti fizikal dan senaman
dengan selamat.
RUJUKAN / BIBLIOGRAFI
• http://en.wikipedia.org/wiki/Chin-up
• http://en.wikipedia.org/wiki/push-ups
• http://www.livestrong.com.article/382380-muscles-involve-in-a-chinup/
• Gan Wan Yeat, Choong Choe Hin, Suksess Biologi SPM, Shah Alam: Penerbitan Fajar
Bakti Sdn.Bhd. (2003)
• Vasudevan T. Arasoo (2000). Asas Pendidikan Jasmani Peringkat Menengah dan
Tinggi.Ipoh : Fajar Bakti Sdn.Bhd