resepi nasi air

3
Resepi Nasi Air 1 Bahan-bahan (nasi) 3-4 orang 1 cawan beras 4 cawan air 3 hiris halia Sedikit garam Bahan-bahan (sup daging) 1 kg daging 5 ulas bawang merah ditumbuk 2 ulas bawang putih ditumbuk 1 inci halia ditumbuk Kulit kayu manis, buah pelage Bunga lawang, bunga cengkih 1 kiub stok daging Minyak masak Garam Air Bahan-bahan lain Sayur kangkung dicelur Ikan bilis goring Telur masin Lobak masin Daun sup Cili merah Cara-cara (nasi) 1. Cuci beras beberapa kali. Masukkan kesemua bahan dalam periuk. Panaskan di atas api yang perlahan dan kacau selalu supaya nasi tidak hangit. Jika kering, tambah sedikit air. 2. Kacau sehingga menjadi nasi yang lembik (macam bubur tapi lebih pekat). Padamkan api bila dah siap. Cara-cara (sup daging) 1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus sehingga layu. Kemudian masukkan air. 2. Bila mendidih, masukkan daging, stok daging dan garam. Masak sehingga daging empuk. Cara Hidangan Masukkan nasi ke dalam mangkuk. Curah sup daging ke atas nasi. Masukkan sayur kangkung, ikan bilis goreng, telur masin, lobak masin, daun sup dan cili merah. Nak makan dengan sambal kicap dan perah limau nipis pun boleh juga.

Upload: cupak-aliamin

Post on 17-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

masakan

TRANSCRIPT

  • Resepi Nasi Air 1

    Bahan-bahan (nasi) 3-4

    orang

    1 cawan beras

    4 cawan air

    3 hiris halia

    Sedikit garam

    Bahan-bahan (sup daging)

    1 kg daging

    5 ulas bawang merah ditumbuk

    2 ulas bawang putih ditumbuk

    1 inci halia ditumbuk

    Kulit kayu manis, buah pelage

    Bunga lawang, bunga cengkih

    1 kiub stok daging

    Minyak masak

    Garam

    Air

    Bahan-bahan lain

    Sayur kangkung dicelur

    Ikan bilis goring

    Telur masin

    Lobak masin

    Daun sup

    Cili merah

    Cara-cara (nasi)

    1. Cuci beras beberapa kali. Masukkan kesemua bahan dalam periuk. Panaskan di atas api yang perlahan dan kacau selalu supaya nasi tidak hangit. Jika kering, tambah

    sedikit air.

    2. Kacau sehingga menjadi nasi yang lembik (macam bubur tapi lebih pekat). Padamkan api bila dah siap.

    Cara-cara (sup daging)

    1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus sehingga layu. Kemudian masukkan air.

    2. Bila mendidih, masukkan daging, stok daging dan garam. Masak sehingga daging empuk.

    Cara Hidangan

    Masukkan nasi ke dalam mangkuk. Curah sup daging ke atas nasi. Masukkan sayur

    kangkung, ikan bilis goreng, telur masin, lobak masin, daun sup dan cili merah. Nak makan

    dengan sambal kicap dan perah limau nipis pun boleh juga.

  • Resepi Nasi Air 2

    Utk Nasi / Bubur:

    2 pot beras - @ mengikut kuantiti isi

    rumah ( lebihkan air

    seperti membuat

    bubur)

    3 ulas bawang putih - dihiris nipis

    1 sudu mentega

    Utk Sup:

    1/2 kilo daging batang pinang ( jgn

    dipotong nipis2

    dahulu rebus bersama

    sup dan hiris selepas

    empuk)

    1/2 biji bawang besar

    1 ulas bawang putih

    1 Sup bunjut Rempah

    4 sekawan - kulit kayu manis, buah

    pelaga, bunga lawang

    dan cengkih

    1/2 inci halia -diketuk 1 ketul kiub daging

    knorr

    Utk Telur Dadar:

    4 biji telur dadar 2 sudu mayonis

    sedikit garam dan

    dula sedikit minyak

    Utk Sayur Kangkung

    Goreng:

    1 Ikat kangkung

    1/2 biji bawang besar

    - dihiris halus 1 ulas bawang putih -

    diketuk 3 biji cili padi - jika

    suka

    2 sudu sos tiram

    minyak utk

    menggoreng

    Utk Air Lada:

    1 genggam cili padi 1 ulas bawang putih

    2 camca besar cuka

    makan Garam dan gula

    secukup rasa

    Bahan - bahan sampingan:

    Ikan bilis digoreng Sambal sotong - jika

    suka Bawang goring Sedikit daun sup /

    daun bawang -

    ditabur

    Sedikit suhun -

    digoreng

    Limau Kasturi Kacang tanah goreng

    Cara - cara:

    Utk Nasi/bubur :

    Masak nasi/ bubur bersama air - 2 pot nasi lebihkan air sebanyak 5-6 pot

    Panaskan mentega kemudian masukkan bawang putih yg dihiris halus.

    Goreng bawang putih sehingga wangi dan sedikit keperangan.

    Kemudian masukkan bawang putih yg digoreng tadi ke dalam periuk nasi/bubur tadi.

    Biarkan nasi / bubur masak sehingga lembut dan wangi.

    Utk Sup:

    Tumis sup bunjut, 4 sekawan , bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik

    bau. Kemudian masukkan 1 liter air (lebihkan jika perlu) dan 1 ketul kiub daging. Kemudian, masukkan daging batang pinang tadi dan masak sehingga empuk Perasakan sup daging mengikut citarasa. Setelah sup masak dan daging empuk, keluarkan daging dan toskan.

  • Hiris nipis2 daging utk di makan bersama bubur nanti. Ketepikan.

    Utk Telur dadar:

    Kocokkan 4 biji telur bersama mayonis dan perasakan. Kemudian, panaskan minyak dan sendukkan adunan telur dadar tadi dan goreng

    seperti membuat telur dadar.

    Angkat dan gulung kemudian hiris nipis mengikut citarasa

    Utk Sayur Kangkung Goreng:

    Potong kangkung mengikut citarasa Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga naik

    bau. Kemudian masukkan kangkung kemudian sos tiram. Perasakan dan angkat utk dihidangkan.

    Utk Air Lada:

    Kisar cili padi dan bawang putih hingga lumat. Masukkan sedikit garam dan gula, kacau rata.

    Masukkan cuka, gaul rata dan hidangkan.