report projek kawalan motor

13
PENGHARGAAN BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM Bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah dan kurniaNya dapat kami menyiapkan tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan. Tugasan ini merupakan projek berkaitan dengan subjek BBV 30103 Kawalan Motor Elektrik yang telah diajar oleh pensyarah iaitu Puan Rosnee Binti Ahad. Skop tugasan ini merangkumi mini projek elektrik berkaitan kawalan motor elektrik. Kami telah memilih litar penghidup bintang-delta mara- sonsang (star-delta forward-reverse) untuk projek ini. Tujuan utama tugasan ini adalah untuk pemarkahan projek akhir subjek ini di samping meningkatkan ilmu pengetahuan kami dalam mengadaptasi litar ini di masa yang akan datang. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah dan pembantu juruteknik Makmal Elektronik kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar serta nasihat. Terima kasih juga kami ucapkan kepada rakan-rakan atas sokongan dan semangat dalam menjayakan tugasan ini atas kerjasama dan maklumat yang telah dikongsikan bersama. PENDAHULUAN

Upload: nurulqurraisyia

Post on 11-Sep-2015

606 views

Category:

Documents


44 download

DESCRIPTION

Kawalan motor adalah satu sistem yang terdiri daripada gabungan beberapa peralatan yang bertujuan untuk mengawal pergerakan motor sama ada 1 fasa atau 3 fasa.Antara fungsi kawalan motor ialah :1. Menghidup dan mematikan sesebuah motor elektrik sama ada 1 fasaatau 3 fasa.2. Mengelakkan motor hidup dengan sendiri setelah berlaku keputusan bekalan (No-volt coil atau No-volt release).3. Meminimakan arus mula bagi sesebuah

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIMBersyukur ke hadrat illahi dengan limpah dan kurniaNya dapat kami menyiapkan tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan. Tugasan ini merupakan projek berkaitan dengan subjek BBV 30103 Kawalan Motor Elektrik yang telah diajar oleh pensyarah iaitu Puan Rosnee Binti Ahad. Skop tugasan ini merangkumi mini projek elektrik berkaitan kawalan motor elektrik. Kami telah memilih litar penghidup bintang-delta mara-sonsang (star-delta forward-reverse) untuk projek ini. Tujuan utama tugasan ini adalah untuk pemarkahan projek akhir subjek ini di samping meningkatkan ilmu pengetahuan kami dalam mengadaptasi litar ini di masa yang akan datang. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah dan pembantu juruteknik Makmal Elektronik kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar serta nasihat. Terima kasih juga kami ucapkan kepada rakan-rakan atas sokongan dan semangat dalam menjayakan tugasan ini atas kerjasama dan maklumat yang telah dikongsikan bersama.

PENDAHULUANKawalan motor adalah satu sistem yang terdiri daripada gabungan beberapa peralatan yang bertujuan untuk mengawal pergerakan motor sama ada 1 fasa atau 3 fasa.Antara fungsi kawalan motor ialah :1. Menghidup dan mematikan sesebuah motor elektrik sama ada 1 fasaatau 3 fasa.2. Mengelakkan motor hidup dengan sendiri setelah berlaku keputusan bekalan (No-volt coil atau No-volt release).3. Meminimakan arus mula bagi sesebuah motor elektrik seperti Penghidup Bintang- Delta, Penghidup Alatubah-Auto dan Penghidup Rotor Berperintang.4. Mengelakkan motor daripada terbakar atau rosak dengan adanya komponen dalam sistem yang mengawalnya.5. Menghidupkan motor secara berperingkat.6. Pengendalian motor tersebut dapat dilakukan dengan selamat dan secara kawalan jauh.

JENIS JENIS PENGHIDUP MOTOR :1. Penghidup Talian Terus ( Direct On line starter )2. Penghidup Bintang Delta ( Star- Delta starter )3. Penghidup Alatubah-Auto ( Auto-transformer starter )4. Penghidup Rintangan Rotor ( Rotor Resistance starter )5. Penghidup Mara Songsang ( Forward-Reverse starter)6. Penghidup Litar Turutan

KEBAIKAN MENGURANGKAN ARUS MULA : Kurang tindakan daya mekanikal keatas gelung. Kurang kejutan mekanikal keatas bingkai motor, aci (shaft) dan penghantaran dalam motor.

Menyebabkan motor berpusing secara berperingkat peringkat dengan beban. Mengurangkan susutan voltan talian. Mengurangkan gangguan terhadap sistem bekalan.

KEBURUKAN MENGURANGKAN ARUS MULA : Mengurangkan daya kilas. Kos meningkat dalam menyediakan alat alat bagi sistem penghidup. Keperluan penyelenggaraan meningkat. Alat alat terlalu rumit.

JENIS-JENIS PERLINDUNGAN

Ketika sesuatu motor hendak bermula atau dalam kendalian , motor tersebut perlu dilindungi daripada keadaan beban lampau, litar pintas dan hidup dengan tersendiri.

BILJENIS PERLINDUNGANKETERANGANPERANTI

1Tanpa VoltanMengelakkan motor hidup dengan sendiri setelah berlaku kegagalan bekalan.Gegelung Penyentuh

2Beban LampauPenggunaan beban yang berlebihan daripada kadar yang sebenar.Geganti Beban Lampau

3Litar PintasMemberikan perlindungan daripada kesan litar pintas apabila berlaku sentuhan di antara talian positif dengan negativeFius atau Pemutus Litar

JENIS-JENIS KAWALAN

Kawalan elektrik boleh dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu kawalan secara insani, separuh automatik dan automatik.

PERBANDINGAN JENIS-JENIS KAWALAN

BIL JENIS KAWALANCIRI-CIRIKEBAIKANKEBURUKAN

1InsaniKawalan secara terus dengan tangan/kaki Mudah Murah Cepat Tidak mudah rosak Pekerja perlu mahir Tidak dapat mengawal banyak litar serentak. Tidak sesuai untuk kawalan litar berterusan dan berpanjangan.

2Separuh AutomatikSebahagian kawalan insani dan sebahagian kawalan magnet. Selamat Mudah mengendali Boleh mengawal banyak litar. Tidak perlu pekerja mahir. Mahal Perlu bantuan manusia untuk memulakannya. Kerosakan sukar dibaiki. Perlukan penyentuh.

4AutomatikKawalan sepenuhnya oleh magnet atau elektronik dengan menggunakan kawalan pandu. Tidak perlukan bantuan manusia Boleh mengawal berterusan. Menjimatkan masa Mahal Sukar dibaiki Litarnya rumit dan sukar dipasang. Perlu penyelenggaraan khas.

AKSESORI KAWALAN MOTOR

1) Penyentuh (Contactor)

Fungsi penyentuh ialah sejenis suis yang dikendalikan oleh satu elektromagnet yang mana ia mempunyai satu gegelung yang akan melengkapkan litar dengan menggunakan punat tekan. Boleh berfungsi pada 240V atau 415V. Penyentuh mempunyai sesentuh utama ,sesentuh tambahan dan gegelung penyentuh. Fungsi sesentuh utama ialah untuk mengalirkan arus atau memberhentikan arus kepada motor. Fungsi sesentuh tambahan pula ialah untuk mengalirkan arus atau memberhentikan arus kepada gegelung penyentuh dan alat pandu yang lain. Terdapat sesentuh utama dan sesentuh tambahan yang lazim tertutup atau terbuka.

2) Geganti Beban Lampau (T.O.R)

Fungsi GBL ialah untuk membuka litar kawalan dan memberhentikan motor ketika berlaku beban lampau. Tiga jenis GBL ialah jenis terma, magnet dan elektronik.

3) Punat Tekan (Push Button)

Fungsi Punat tekan ialah melengkapkan dan membuka litar kawalan apabila ditekan. Terdapat berbagai jenis punat tekan iaitu punat tekan hidup (on) , punat tekan mati (off) dan juga punat tekan jog. Tiga jenis rangka ialah jenis bulat ,empat segi dan jenis kepala cendawan.

4) Pemasa (Timer)

Fungsi pemasa adalah untuk melengkapkan dan membuka litar kawalan dalam masa yang tertentu.Masa tersebut boleh disetkan. Pemasa juga mempunyai sesentuh tambahan yang lazim tertutup atau terbuka. Tiga jenis pemasa yang biasa digunakan ialah jenis motor ,jenis pneumatik dan jenis elektronik.

5) Miniature Circuit Breaker (MCB)

Sejenis pemutus litar yang akan berfungsi apabila berlaku lebihan arus daripada jenis terma,magnetik atau terma hidraulik. Mempunyai peranti pelantikan terma bagi arus beban lampau dan magnetik untuk litar pintas.

6) Lampu Pandu (Pilot Lamp)

Fungsinya sebagai isyarat visual untuk menunjukkan sesuatu peringkat operasi. Pelbagai warna merah ,kuning, hijau, biru. Terdapat jenis lampu voltan rendah lengkap dengan perintang siri yang boleh disambungkan kepada voltan lebih tinggi.

LITAR PROJEK STAR-DELTA FORWARD REVERSE STARTER

1. Litar Kawalan

2. Litar Utama

3. Litar Pendawaian

PENGOPERASIAN LITAR STAR-DELTA FORWARD REVERSE STARTER