reka bentuk beg bantuan kecemasan multi-fungsi … bentuk beg bantuan kecemasan (24 pages).pdf ·...
TRANSCRIPT
REKA BENTUK BEG BANTUAN KECEMASAN MULTI-FUNGSI UNTUK
PASUKAN BERUNIFORM DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ( IPT )
Mohamad Aiman Bin Hamdani
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Teknologi Seni Reka)
2015
REKA BENTUK BEG BANTUAN KECEMASAN MULTI-FUNGSI UNTUK
PASUKAN BERUNIFORM DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ( IPT )
MOHAMAD AIMAN BIN HAMDANI
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian
Teknologi Seni Reka
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2015
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
i
Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
* Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan
menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai TERHAD.
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : REKA BENTUK BEG BANTUAN KECEMASAN MULTI-FUNGSI
UNTUK PASUKAN BERUNIFORM DI INSTITUT PENGAJIAN
TINGGI ( IPT )
SESI PENGAJIAN : 2014/2015
Saya MOHAMAD AIMAN BIN HAMDANI (36926)
mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik,
Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak.
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
** sila tandakan ( )
SULIT
TERHAD TIDAK TERHAD
___________________________ _____________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: Kampung Serom 5, Jalan Haji Abdul Rahman, 84410 Sungai Mati, Ledang, Johor, Darul Takzim.
Tarikh : _______________________ Tarikh: ________________________
Gred:
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
ii
Pengesahan Pelajar
Saya mengakui bahawa Projek Tahun Akhir bertajuk
" Reka Bentuk Beg Bantuan Kecemasan Multi-Fungsi Untuk Pasukan
Beruniform di Institut Pengajian Tinggi ( IPT )"
Ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan, petikan, huraian dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya nyatakan sumbernya.
___________________ _______________________
Tarikh Serahan Mohamad Aiman Bin Hamdani
(36926)
iii
Penghargaan
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Bersyukur kepada hadrat Ilahi Allah s.w.t atas nikmat dan kurnia kerana dengan izinNya, dapat
saya menyiapkan projek ini dengan baiknya.
Kesempatan yang diberikan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Dr. Musdi
Bin Shanat atas nasihat yang diberikan serta pendapat yang amat berguna kepada saya untuk
menyiapkan projek akhir tahun saya ini. Tidak lupa juga kepada Pn. Maizatul Nurhuda Binti Saadon,
Dr. Saiful Bin Yusoff, Dr. Muhammad Firdaus Abong Bin Abdullah dan juga pensyarah-pensyarah
lain atas segala nasihat yang diberikan dan membantu dalam memberikan idea dan pendapat kepada
saya.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibubapa saya En. Hamdani Bin Othman dan Pn.
Zaleha Binti Keliwan atas sokongan samada dari segi moral dan kewangan untuk saya meneruskan
kajian saya ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan dalam Program Seni Reka Industri
Tahun 3 yang banyak memberi kerjasama dan idea-idea yang bernas dalam proses menyiapkan kajian
saya. Segala idea dan bantuan yang dihulurkan amat saya hargai.
Semasa dalam proses menyiapkan kajian ini, saya mengalami pelbagai masalah dan rintangan,
tetapi dengan berkat dari Allah s.w.t dan kegigihan, Alhamdulillah dapat saya lalui juga. Terima kasih
sekali lagi atas sokongan yang diberikan dan saya amat menghargai segala jasa baik itu. Wassalam.
iv
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
Borang Perakuan i-ii
Penghargaan iii
Isi Kandungan iv-vii
Abstrak viii
Abstract ix
vi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
1.1 Latar Belakang Kajian
1.2 Penyataan Rekaan
1.3 Penyataan Masalah
1.4 Persoalan Kajian
1.5 Objektif Kajian
1.6 Skop Kajian
1.7 Limitasi Kajian
1.8 Kesimpulan
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan
2.1 Syarikat Yang Membuat Kajian
2.2 Definisi Pertolongan Kecemasan
2.3 Alat Pengusung
2.4 Kajian Dimensi Badan Manusia
2.5 Kesimpulan
BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.0 Pengenalan
3.1 Metodologi Penyelidikan
3.2 Kaedah Penyelidikan (Kualitatif)
3.3 Kaedah Kuantitatif
3.4 Kesimpulan
1
2
5
10
12
13
13
13
14
15
15
20
20
24
25
26
26
29
32
32
vi
BAB 4 ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN
4.0 Pengenalan
4.1 Bahagian A
4.2 Bahagian B
4.3 Bahagian C ( I )
4.4 Bahagian C ( II )
4.5 Bahagian D ( I )
4.6 Kesimpulan
BAB 5 CADANGAN REKA BENTUK
5.0 Pengenalan
5.1 Proses Penghasilan Reka bentuk
5.2 Lakaran Perkembangan idea
5.3 Pecahan Produk
5.4 Kajian (Mock-Up) Beg Bantuan Kecemasan
5.5 Kajian Prototaip Akhir Beg Bantuan
Kecemasan : Fungsi Dan Cara Penggunaan
5.6 Konsep Rekaan
5.7 Spesifikasi Produk
5.8 Fungsi Produk
5.9 Dimensi Produk
5.10 Pelbagai Sudut Pandangan Produk Akhir
5.11 Cara Membawa Produk Dari Pelbagai
Sudut Pandangan
5.12 Ergonomik Produk
33
34
39
50
54
56
62
63
63
64
69
70
72 74
74
76
77
78
79
80
vi
BAB 6 VALIDASI
BAB 7 TUNTUTAN
7.0 Harta Intelek
7.1 Tuntutan Inovasi
7.2 Kesimpulan
BAB 8 KESIMPULAN
SUMBER RUJUKAN
Lampiran 1 Borang Kaji Selidk
Lampiran 2 Borang Validasi
Lampiran 3 Panel ( Mock-Up )
Lampiran 4 Panel Prototaip
Lampiran 5 CIPTA 2015
Lampiran 6 CIPTA 2015
Lampiran 7 EXPO R&D 2015
81
82 82
83
84
85 87 92 93 94 95 96 97
ix
Abstrak
Beg bantuan kecemasan merupakan alat bantuan awal sekiranya berlaku kemalangan. Ianya
merupakan alat menyimpan ubat-ubatan dan mempunyai fungsi tambahan serta mempunyai nilai
tambah yang tinggi dari segi reka bentuk. Produk yang dihasilkan menggabungkan alat pengusung
kecemasan, jaket keselamatan dan keperluan asas perubatan. Produk ini bersifat multi-fungsi dan
ergonomik serta ciri-ciri keselamatan dititikberatkan dalam penghasilan tersebut. Produk ini direka
bagi memberi tugas menyelamat lebih efisen dan efektif.
ix
Abstract
Beg emergency aid is the first event of an accident. It is a means of saving medications and have
additional functions and high added value in terms of design. The resulting product combines
emergency stretcher device, life jackets and basic medical needs. This product is multi-functional and
ergonomic and safety features focused on that income. This product is designed to provide rescue
service more efficient and effective.
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Di era inovasi ini dunia berlumba-lumba dalam menghasilkan penemuan-penemuan baru dalam
bidang rekaan beg bantuan kecemasan atau pelbagai fungsi untuk pasukan beruniform tidak kiralah
samada pasukan beruniform pada peringkat sekolah, di institut pengajian tinggi dan pasukan
beruniform di sektor kerajaan ataupun pasukan paramedik. Oleh itu, pasukan-pasukan beruniform
yang melakukan pekerjaan ini seharusnya berkembang maju seiring dengan arus pemodenan
sekarang. Berkaitan dengan reka bentuk beg bantuan kecemasan ini lebih tertumpu kepada suatu alat
bantuan kecemasan semasa menjalankan sesuatu aktiviti dan dapat digunakan dalam pelbagai kaedah
dalam satu reka bentuk produk yang dihasilkan.
Kemalangan adalah sesuatu peristiwa yang tidak diduga atau dirancang dan berlaku dalam satu
urutan kejadian melalui satu kombinasi penyebab-penyebab. Dengan adanya reka bentuk beg bantuan
kecemasan untuk pasukan beruniform ini dapat melaksanakan tugas-tugas bantuan kecemasan dengan
lebih efisen dan cekap. Rekaan ini diwujudkan bagi memastikan kecekapan dan ketangkasan dalam
situasi genting amat diperlukan sebagai alat bantuan kecemasan bagi melaksanakan tugas menyelamat
sekiranya berlaku sebarang kemalangan kecil atau sebarang musibah.
2
1.1 Latar Belakang Kajian
Beg Bantuan Kecemasan
Beg bantuan kecemasan dikenali sebagai satu alat untuk meletakkan peralatan ubat-ubatan
yang digunakan ketika situasi cemas berlaku sewaktu melakukan sesuatu aktiviti. Beg bantuan
kecemasan ini merupakan sebagai alat bantuan kecemasan bagi melaksanakan tugas-tugas
menyelamat sekiranya berlaku sebarang kemalangan kecil atau sebarang musibah. Dengan adanya
beg bantuan kecemasan ini persediaan awal dapat dilaksanakan dengan segera. Pertolongan
kecemasan terbahagi kepada dua pertama kecemasan yang memerlukan tindakan segera untuk
menyelamatkan nyawa. Kedua kecemasan yang memerlukan tindakan segera, tetapi membabitkan
kecederaan ringan atau sakit yang boleh dilakukan sendiri tanpa bantuan profesional. Pada pandangan
pengkaji kebanyakkan pasukan-pasukan berunifom ini tidak menggunakan beg bantuan kecemasan
serbaguna dan mempunyai pelbagai fungsi, tetapi masih menggunakan kotak peralatan untuk
meletakkan peralatan mereka, termasuklah tiada pengasingan khas untuk ubatan dan benda tajam.
Oleh itu, penggunaan beg bantuan kecemasan yang mempunyai pelbagai fungsi kurang dipakai
dan mendapat sambutan oleh pasukan-pasukan beruniform dalam aktiviti seharian. Beg bantuan
kecemasan ini kurang digunakan kerana kebanyakkan mereka kurang menitikberatkan ciri-ciri fungsi
yang terdapat pada beg serbaguna termasuklah gabungan beg serbaguana berserta alat pengusung
yang boleh di kombinasikan bersama beg bantuan kecemasan serta alatan-alatan lain yang perlu ada
dalam rekabentuk beg bantuan kecemasan ini.
Pasukan Beruniform
Di rantau Asia Tenggara, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai keunikan dalam
penubuhan dan pelaksanaan Pasukan Badan Beruniform. Di Malaysia, terdapat pelbagai pasukan
beruniform yang ditubuhkan dan dijalankan samada di sekolah-sekolah peringkat rendah atau
menengah, peringkat institut pengajian tinggi dan sektor kerajaan. Pasukan beruniform merupakan
satu kumpulan yang terdiri daripada gabungan keahlian dan mempunyai dasar-dasar tertentu diikuti
dan dipatuhi. Aktiviti-aktiviti semasa melaksanakan tugas yang berisiko terutamanya semasa
3
menjalani sesuatu latihan atau upacara perasmian yang boleh melibatkan kemalangan, kecederaan
kecil atau musibah.
Pasukan badan beruniform di sekolah boleh dibahagikan kepada tiga iaitu, pasukan badan
beruniform agensi kerajaan, pasukan badan beruniform agensi bukan kerajaan, pasukan badan
beruniform Kementerian Pelajaran Malaysia dan pasukan badan beruniform yang diluluskan oleh
pendaftar. Pasukan badan beruniform agensi kerajaan terdiri daripada pasukan-pasukan yang
ditubuhkan di sekolah dan mempunyai badan induk yang merupakan agensi kerajaan. Pasukan badan
beruniform ini hanya ditubuhkan di sekolah menengah sahaja kerana sebahagian besarnya mempunyai
syarat had umur untuk menyertainya. Pasukan-pasukan tersebut terdiri daripada Pasukan Kadet
Bersatu Malaysia Darat ( PKBM Darat ), Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Laut ( PKBM Laut ),
Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Udara ( PKBM Udara ), Pasukan Kor Kadet Polis, Pasukan Kadet
Bomba dan Penyelamat, Pasukan Kadet Pertahanan Awam dan Pasukan Kadet Koreksional.
Manakala pasukan badan beruniform bukan agensi kerajaan pula merupkan pasukan badan
beruniform yang mempunyai badan induknya yang merupakan pertubuhan agensi bukan kerajaan
(NGO-Non Governmental Organization). Pasukan-pasukan ini terdiri daripada Persekutuan Pengakap
Malaysia, Bulan Sabit Merah Malaysia, Persatuan Pandu Puteri, Pergerakan Puteri Islam dan
Persatuan St. John Ambulans. Pasukan badan beruniform ini ditubuhkan di sekolah menengah dan
juga di sekolah rendah. Sementara Pasukan Badan Beruniform Kementerian Pelajaran Malaysia pula
adalah pasukan badan beruniform yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri.
Pasukan tersebut terdiri daripada Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KRS ) yang ditubuhkan untuk
murid-murid sekolah menengah dan Tunas Kadet Remaja sekolah ( TKRS ) ditubuhkan untuk murid-
murid sekolah rendah.
Selain daripada tiga kategori di atas terdapat juga pasukan beruniform yang dikategorikan
sebagai pasukan yang diluluskan oleh pendaftar. Antaranya adalah pasukan pancaragam yang
ditubuhkan di sekolah serta seni bela diri seperti Taekwondo, Wushu, Judo, Seni silat, Karate,
Silambam dan lain-lain. ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009, Subperaturan 3(3) dalam
4
Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Kurikulum Kebangsaan )1997 yang diterbitkan sebagai P.U. (A)
531/97.
Pasukan-pasukan badan beruniform di institusi pengajian tinggi terdapat beberapa pasukan badan
beruniform yang ditubuhkan untuk kegiatan atau aktiviti kokurikulum, di samping melatih siswa-
siswi agar lebih berdisiplin, mengikut peraturan, mempunyai jati diri dan semangat cintakan negara
iaitu bersifat patriotik. Kebanyakkan pasukan ini ditubuhkan di Institut Pengjian Tinggi Awam, antara
pasukan yang ditubuhkan adalah Pasukan Latihan Pegawai Simpanan ( PALAPES ), Kor-
Sukarelawan Siswa Polis ( SUKSIS ), Siswa Siswi Pertahanan Awam ( SISPA ), Bulan Sabit Merah
Malaysia ( BSMM ) dan KESATRIA.
Dengan adanya reka bentuk beg bantuan kecemasan ini dapat melaksanakan tugas-tugas
menyelamat secara efisen sebagai tindakan awal dalam memberi rawatan kecemasan dengan segera.
Sifatnya yang serbaguna yang boleh digunapakai mengikut situasi dan keadaan merupakan faktor
mengapa reka bentuk beg bantuan kecemasan ini dihasilkan dengan menggabungkan unsur-unsur
bersifat dwifungsi yang boleh digunakan di dalam satu-satu masa.
Gabungan Reka Bentuk Beg Bantuan Kecemasan
Reka bentuk beg bantuan kecemasan seharusnya mempunyai ciri-ciri ergonomik dan bersifat
dwifungsi. Rekaan beg bantuan kecemasan ini dikhaskan sebagai beg kecemasan di mana terdapat
gabungan rekaan pada beg seperti peralatan pengusung, reka letak alatan ubat-ubatan, alatan-alatan
sampingan, reka letak jaket keselamatan dan material yang digunakan bagi menghasilkan reka bentuk
beg bantuan kecemasan ini. Dengan adanya penghasilan rekaan ini, pasukan beruniform dapat
menggunakannya dengan lebih selamat, mudah dan boleh melaksanakan tugasan menyelamat dengan
lebih cekap dan efisen.
Selain itu, tempat penyimpanan khas bagi peralatan-peralatan dan ubat-ubatan seperti pembersih
antiseptik ringan. Ia berguna untuk membasuh calar atau luka ringan sebagai cecair khas yang amat
berguna ketika berlaku kecemasan. Peralatan lain seperti kain pengelap keperluan wajib yang perlu
ada dan sebaik-baiknya mempunyai kain berukuran besar kemudian boleh dipotong mengikut
5
keperluan serta kapas untuk mengelap luka dan menyapu ubat. Seterusnya, putik kapas juga
digunakan untuk mengelap luka dan menyapu ubat di kawasan yang lebih kecil.
Peralatan seperti gunting juga penting untuk memotong kain kasa pengelap, pita pelekat dan
seumpamanya. Dalam keadaan kecemasan dan memerlukan semua perkara harus dilakukan dengan
cepat, gunting amat berguna dan gunting seeloknya mempunyai gunting perubatan yang melengkung
dan tumpul di hujungnya. Di dalam reka bentuk beg bantuan kecemasan ini mengkhaskan reka letak
alatan kecil seperti pita pelekat ianya berguna untuk melekat pelapik kain kasa pada kulit.
Selain itu, keperluan lain yang perlu ada adalah Kain Anduh Tiga Segi dan pek penyejuk segera
yang berguna untuk mengurangkan bengkak apabila tidak mempunyai ais batu. Sarung tangan latek
berguna untuk semua pihak samada mereka yang sakit atau mereka yang merawat pesakit. Ia boleh
juga digunakan sekiranya perlu membersihkan sesuatu yang kotor. Seterusnya, di dalam reka bentuk
beg bantuan kecemasan ini terdapat simpanan alatan seperti termometer untuk menyukat kepanasan
badan, pad mata bagi mengelak mata dimasuki habuk, minyak atau salap yang sesuai untuk gigitan
serangga dan ubat-ubatan ringan pil untuk meredakan sakit kepala.
1.2 Penyataan Rekaan
Beg bantuan kecemasan dikhaskan untuk pasukan beruniform amat penting bagi menjalankan
aktiviti menyelamat. Beg bantuan kecemasan dengan rekaan gabungan alatan pengusung dan
peralatan sampingan juga digunakan untuk memudahkan kerja-kerja kecemasan atau di dalam situasi
genting di mana kebanyakkan peralatan yang digunakan diletakkan dalam beg bantuan kecemasan
tersebut. Oleh itu, penggunaan beg bantuan kecemasan oleh pasukan beruniform sangat praktikal. Beg
bantuan kecemasan ini digunakan di bahagian bahu, di mana kebiasaan dilihat pengguna
menggunakan dengan membimbit atau menggunakan kotak peti kecemasan dengan tidak mempunyai
ciri-ciri dwifungsi atau boleh digunakan dalam pelbagai keadaan mengikut situasi dan keadaan.
Antara peralatan yang ada di dalam beg bantuan kecemasan tersebut adalah seperti alatan pemotong,
ubat-ubatan serta digabung dengan peralatan pengusung dengan dilengkapi simpanan khas dan
peralatan lain.
6
Penggunaan beg bantuan kecemasan juga digunakan untuk menyenangkan proses-proses
menyelamat apabila berlaku kecemasan kepada anggota-anggota pasukan beruniform yang hanya
menggunakan rekaan produk beg bantuan kecemasan pelbagai fungsi dalam satu-satu masa. Dengan
adanya rekaan ini aktiviti menyelamat dapat dijalankan dengan lancar dan efisen kerana terdapat
peralatan dan fungsi alatan pengusung dan peralatan lain.
Material juga amat dittitikberatkan dalam pembuatan beg bantuan kecemasan seperti nylon,
rayon, kanvas, pvc leather, syntetic leather dan polyester. Material-material ini kebiasaan yang
digunakan dalam pembuatan beg bantuan kecemasan.
1.2.1 Antara jenis-jenis material yang digunakan:
Jadual 1.1 menunjukkan jenis-jenis material, sifat dan karakter material yang diaplikasikan pada
prototaip beg kecemasan multi-fungsi.
Bil Jenis Material Sifat Material
1 Leather ( kulit )
1. Tahan lama
2. Kalis air
3. Tahan kepada suhu panas
4. Lebih bermutu
5. Nilai yang tinggi
6. Digunakan untuk membuat beg, kasut, dan tali pinggang
2 Kanvas
1. Sesuai untuk membuat beg dan kasut
2. Sukar menyerap air
3. Lebih berat berbanding fabrik habotai
4. Ketahanan yang baik
3 Habotai
1. Jenis fabrik yang ringan
2. Mempunyai tekstur yang lembut
3. Menyerap air
4. Selalu dijadikan sebagai sarung bantal
5. Kurang tahap bebanan
7
4 Kain kapas
1. Menyerap air
2. Mempunyai tekstur yang lembut
3. Ringan
4. Material yang dapat membebaskan haba dengan baik
5. Sesuai dijadikan beg, peralatan tidur seperti cadar, selimut
dan sarung bantal
5 Rayon
1. Sukar menyerap air
2. Mudah terbakar
3. Ringan
4. Licin seperti plastik
5. Lebih keras berbanding dengan fabrik yang lain
6 Nylon
1. Material kalis air
2. Mudah terbakar
3. Material membuat beg, payung, dan khemah
4. Tahan lama
5. Ringan
7 Polyester
1. Material yang lembut
2. Fabrik yang ringan
3. Sesuai dijadikan pakaian
4. Sukar menyerap air
5. Tidak kalis air
Jadual 1.1 : Jenis-jenis fabrik yang biasa digunakan dalam pembuatan beg bantuan kecemasan ialah
Leather (kulit), Kanvas, Habotai, Kain Kapas, Rayon, Nylon dan Polyester.
8
1.2.2 Peralatan Bantuan Kecemasan
Kebanyakkan beg bantuan kecemasan dalam operasi menyelamat menyediakan keperluan
peralatan yang banyak dan mempunyai peralatan-peralatan yang kecil semasa berlakunya kecemasan
sekiranya berlaku kemalangan kecil atau sebarang musibah. Antara peralatan yang dibawa semasa
kerja-kerja operasi menyelamat jika berlaku kecemasan seperti jadual 1.2.
Bil Peralatan Kegunaan
1
Pembersih Antiseptik Tangan
- Ia berguna untuk membasuh calar atau luka ringan dan dapat
terhindar daripada kuman serta bakteria.
2
Kain Kasa Pengelap
- Kain pelbagai saiz ini merupakan alatan yang perlu ada di dalam
beg kecemasan.
- Elok mempunyai kain berukuran besar kemudian boleh di
potong mengikut keperluan.
3
Kapas
- Untuk mengelap luka dan menyapu ubat.
4
Putik Kapas
- Juga untuk mengelap luka dan menyapu ubat di kawasan yang
lebih kecil.
5
Gunting
- Ia berguna untuk memotong kain kasa pengelap, pita pelekat
dan seumpamanya.
- Dalam keadaan kecemasan dan memerlukan semua perkara
dilakukan cepat.
9
6
Pita Pelekat
- Ia berguna untuk melekatkan pelapik kain kasa pada kulit.
7
Kain Anduh Tiga Segi
- Kegunaan sebagai balutan pada anggota yang terseliuh atau
patah dengan cara-cara ikatan yang betul.
8
Sarung Tangan Latek
- Sarung tangan ini berguna untuk semua pihak samada mereka
yang sakit atau mereka yang merawat pesakit.
- Ia boleh juga digunakan sekiranya perlu membersihkan sesuatu
Kotoran.
9
Plaster
- Perlu disediakan dalam pelbagai saiz.
- Digunakan sebagai menutup luka kecil.
10
Termometer
- Untuk menyukat kepanasan suhu badan.
11
Pad Mata
- Bagi mengelak mata dimasuki habuk.
12
Minyak
- Minyak yang sesuai untuk gigitan serangga.
10
13
Ubat-ubatan Ringan
- Ubat-ubatan ringan seperti pil Panadol, 'painkiller', Paracetomol
dan Parafin untuk meredakan sakit kepala serta sakit-sakit badan.
14
Pek Penyejuk Segera
- Berguna untuk mengurangkan bengkak apabila tidak
Mempunyai ais batu.
- Ianya boleh digunakan sekali sahaja.
Jadual 1.2: Jenis-jenis peralatan yang digunakan sewaktu berlaku kecemasan.
1.3 Penyataan Masalah
Di dalam pasukan beruniform terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti lasak yang berkemungkinan
boleh mendatangkan kecederaan dan peralatan kecemasan amat diperlukan dalam operasi menyelamat
apabila berlakunya situasi yang mencemaskan. Alat-alat bantuan kecemasan yang bersifat praktikal
dan mudah digunakan amat diperlukan untuk menyempurnakan tugas-tugas menyelamat di samping
dapat mengelakkan keadaan yang lebih serius kepada mangsa.
Ruangan meletak peralatan ubat-ubatan juga amat diperlukan kerana memudahkan peralatan dan
ubatan dicapai semasa berlaku kecemasan. Apabila barangan dapat dicapai dan disimpan dengan
mudah dan betul serta sempurna dapat mengelak kecuaian dan stress semasa mengendalikan kes
kecemasan.
Beg kecemasan yang dikeluarkan di pasaran adalah kurang sesuai digunakan untuk para medik
atau sesuatu unit pasukan beruniform yang memberi rawatan kecemasan kerana sifatnya yang satu
fungsi. Sebagai contoh beg bantuan kecemasan tidak disertakan peralatan pengusung yang boleh
disatukan atau dilipat menjadi rekaan yang bersifat sejagat dan ergonomik serta boleh digunakan
dalam pelbagai fungsi dan mengikut situasi. Dengan beg yang berada di pasaran masih menggunakan
kaedah satu fungsi seperti rekaan beg kecemasan hanya untuk ubat-ubatan dan dapat dilihat alat
pengusung diletakkan pada bahagian lain. Selain itu, beg kecemasan yang berada di pasaran tidak
dapat mewujudkan penjimatan tenaga dan masa semasa membawa peralatan kecemasan.
11
Masalah lain yang dihadapi dalam memberi rawatan kecemasan adalah semasa penggunaan beg
kecemasan dari segi reka letak peralatan dan tempat simpanan khas yang berasingan seperti ubat-
ubatan dan benda untuk memotong seperti gunting ini menyukarkan untuk mencapai peralatan dengan
mudah. Selain itu, reka letak bagi simpanan peralatan kecil kurang dititikberatkan di dalam rekaan
beg bantuan kecemasan dan tidak bersifat dwifungsi serta pengunaan cara lama masih digunapakai
iaitu menggunakaa peti kecemasan yang kurang cekap dan efisen apabila berlaku sesuatu kecemasan.
1.3.1 Contoh masalah beg bantuan kecemasan digunakan semasa memberi pertolongan
cemas.
Jadual 1.3 menunjukkan antara beg bantuan kecemasan yang berada di pasaran terdapat masalah dan
kekurangan dari segi reka letak khas, saiz dan material yang digunakan.
Bil Contoh Beg Bantuan
Kecemasan
Masalah
1
Jenis : Poket Mini
1. Material yang digunakan kurang fleksibel atau tahan lama.
2. Tidak mempunyai poket khas untuk menyimpan peralatan
yang banyak.
3. Reka bentuk beg bantuan kecemasan yang terlalu kecil.
2
Jenis : Bimbit
1. Simpanan khas yang terlalu terhad.
2. Saiz beg yang terlalu kecil.
3
Jenis : Peti Besi
1. Kotak peti bantuan kecemasan berat untuk dibawa.
2. Hanya digunakan dengan satu fungsi sahaja seperti menyimpan
ubat-ubatan.
3. Peralatan di dalam peti mudah bercampur aduk.
12
4
Jenis : Poket mini
1. Tempat letak atau poket tidak sesuai untuk perlatan tajam
seperti gunting.
2. Poket melendur ke belakang.
3. Tidak mempunyai poket khas untuk alatan kecil.
Jadual 1.3 : Masalah yang terdapat pada beg bantuan kecemasan yang terdapat di pasaran.
1.4 Persoalan Kajian
1. Adakah reka bentuk beg bantuan kecemasan yang berada di pasaran sekarang memiliki rekaan
yang bersifat dwifungsi dan serbaguna ?
2. Apakah material yang bersesuaian untuk membuat beg bantuan kecemasan yang dilengkapi
oleh ciri-ciri keselamatan ?
3. Adakah alat ini bersesuaian digunakan dalam pelbagai keadaan ?
4. Bagaimanakah beg bantuan kecemasan mampu membantu pasukan beruniform dalam memberi
bantuan kecemasan dalam melakukan tugasnya ?
13
1.5 Objektif Kajian
Objektif utama penyelidikan ini dilakukan adalah:
i. Mengenalpasti sebuah beg bantuan kecemasan yang dikhaskan untuk pasukan beruniform
yang mudah dikendalikan apabila berlaku kemalangan atau musibah kepada pasukan
beruniform serta menjimatkan masa, tenaga dan mudah dikendali atau dioperasikan.
ii. Mengenalpasti struktur dan reka bentuk yang mengambil kira prinsip reka bentuk sejagat di
samping dapat membantu dalam mengisi peralatan yang digunakan oleh tugas penyelamat ini
untuk memudahkan pergerakan semasa melakukan tugas-tugas mereka.
iii. Menghasilkan beg bantuan kecemasan yang sesuai serta dilengkapi ciri-ciri keselamatan
untuk melindungi pasukan beruniform yang tercedera dapat menerima rawatan awal dengan
lebih cekap dan efisen serta menitikberatkan unsur-unsur ergonomik dalam rekaan.
iv. Membuat validasi terhadap pengguna beg bantuan kecemasan ini terhadap pasukan
beruniform. Melalui validasi ini pengkaji dapat mengetahui tahap praktikal dan keselesaan
semasa digunakan.
1.6 Skop Kajian
Kajian tertumpu kepada pasukan beruniform yang berada di negeri Sarawak yang melibatkan
Institut Pengajian Tinggi iaitu di Universiti Malaysia Sarawak ( Unimas ). Pasukan-pasukan
beruniform ditumpukan adalah siswa-siswi yang terlibat dalam Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (
PALAPES ) darat dan udara, Kor-Sukarelawan Siswa Polis ( SUKSIS ) dan Siswa Siswi Pertahanan
Awam ( SISPA ).
1.7 Limitasi Kajian
Walaupun kajian telah dijalankan namun terdapat beberapa masalah dalam menjalankan kajian.
Antara permasalahan yang dihadapi adalah berkaitan masalah pencarian maklumat melalui jurnal dan
artikel melalui internet. Hal ini kerana maklumat yang terdapat dalam internet tidak terperinci.