pusat tuisyen didikan genius program bahasa melayu ......kertas 1 (pemahaman) bahagian a (20 markah)...
TRANSCRIPT
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest
Ulang Kaji II
SR2B Set 1
Nama : ____________________________
Catatan Kerja Rumah
Tarikh Jenis Muka surat / Sumber
Soalan Tanda √ Jika Sudah
Disiapkan
Tarikh Jenis Muka surat / Sumber
Soalan Tanda √ Jika Sudah
Disiapkan
Tarikh Jenis Muka surat / Sumber
Soalan Tanda √ Jika Sudah
Disiapkan
Tarikh Jenis Muka surat / Sumber
Soalan Tanda √ Jika Sudah
Disiapkan
Kertas 1 (Pemahaman)
Bahagian A (20 Markah)
Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.
1. Encik Hamid membawa keluarganya ke Air Terjun Lata Kinjang.
_____ pergi dengan menaiki sebuah van.
A. Kami C. Mereka
B. Kalian D. Beliau
2. “_____ cantiknya Air Terjun Lata Kinjang!” kata Afizi kepada
bapanya.
A. Eh C. Aduh
B. Wah D. Amboi
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B01 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. Para pengunjung mengambil kesempatan untuk bermandi-manda
di sungai yang _____ airnya.
A. segar C. jernih
B. damai D. terang
4. Terdapat _____ bahan bacaan di perpustakaan mini itu.
A. segala C. beberapa
B. berbagai D. pelbagai
5. “Berhati-hati jika melangkah di atas batu-batu yang _____
itu,” pesan Puan Aliya kepada anaknya Aina.
A. kekuk C. rata
B. licin D. kesat
6. Suasana di Perpustakaan Negara sungguh _____ minda setiap
pengunjungnya.
A. mengagumkan C. menghairankan
B. mententeramkan D. memeranjatkan
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.
7. Profesor Mansor telah menghasilkan ensiklopedia Sejarah dan
Budaya yang mempunyai sepuluh _____ kesemuanya.
A. helai B. lembar C. jilid D. rangkap
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B01 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
8. “Ameena, _____ beri surat khabar itu kepada ayah,” kata Encik
Azli kepada anaknya.
A. usah C. harap
B. tolong D. jemput
9. Pelancong dari Jerman itu berasa sedih kerana kameranya
tercicir _____ kawasan peranginan itu.
A. di C. pada
B. oleh D. kepada
10. Para penduduk bergotong-royong membersihkan
Perpustakaan Desa di Kampung Relang bermula _____ pagi
_____ ke petang.
A. sejak … ke C. pada … akan
B. dari … hingga D. daripada … sampai
11. "Kakak, marilah lihat ____ yang cantik di ranting pokok ini,"
kata Adli kepada kakaknya, Mira.
A. biri-biri C. tupai-tupai
B. kura-kura D. rama-rama
Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B01 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
12. Pokok-pokok di hutan lipur ini menghasilkan _____ yang
amat berharga.
A. kayu-kayan C. sayur-mayur
B. tanah-pamah D. bukit-bukau
13. Encik Zainal dan Puan Maziyah memilih beberapa
cenderamata yang menarik sebagai _____ .
A. ikut-ikutan C. kenang-kenangan
B. tawar-menawar D. terang-terangan
Soalan 14 hingga 15
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
14. Wanis menghadiahi sepupunya sebentuk cincin mutiara
dari Sabah.
A. “Terimalah sebentuk cincin bertatah mutiara Sabah ini,” kata
Wanis kepada sepupunya.
B. “Berapakah harga sebentuk cincin mutiara Sabah ini?” Tanya
sepupu Wani kepadanya.
C. “Cincin mutiara ini dari Sabah,” kata Wanis kepada
sepupunya.
D. Sepupu Wanis memberinya sebentuk cincin mutiara dari
Sabah.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B01 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
15. Pengawas perpustakaan meminta murid-murid supaya tidak
membuat bising.
A. "Harap kalian lebih tekun belajar di perpustakaan ini," kata
pengawas perpustakaan.
B. "Mana-mana murid yang tidak membawa kad pinjaman, anda
dilarang membuat pinjaman buku," kata pengawas
perpustakaan.
C. "Kamu dikehendaki menarik kerusi dengan perlahan," kata
murid-murid kepada pengawas perpustakaan itu.
D. "Sila perlahankan suara kalian semasa berada di
perpustakaan ini," kata pengawas perpustakaan.
Pilih ayat yang betul.
16. A. Kita mestilah menjaga kebersihan di tapak
perkhemahan yang disediakan.
B. Para pengunjung dikehendaki patuh jika papan tanda di
hutan lipur.
C. Berapa aktiviti boleh dilakukan ketika berada di
kawasan air terjun.
D. Udara sungguh nyaman sekali ketika berada di kawasan
perkelahan.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B01 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Hutan hujan tropika di Semenanjung Malaysia merupakan salah
satu ekosistem yang sangat sempurna. Hutan hujan tropika ini
merupakan warisan alam semula jadi yang telah wujud lebih dari
berjuta-juta tahun yang lalu. Dianggarkan dalam hutan hujan tropika
ini menjadi habitat semula jadi kepada berbagai-bagai jenis
tumbuhan dan hidupan liar termasuklah 2,500 spesies pokok, 200
spesies mamalia, 600 spesies burung, 110 spesies ular, 80 spesies
cicak dan beribu-ribu serangga.
Hutan memainkan peranan yang penting dalam menjaga
kehidupan alam sejagat. Hutan amat penting sebagai habitat bagi
berbagai variasi flora dan fauna. Hutan hujan tropika meliputi
sebanyak 12% daripada jumlah kawasan dunia. Seterusnya, hutan juga
membekalkan makanan secara langsung atau tidak langsung kepada
haiwan yang memakan buah-buahan, putik bunga, pucuk daun, bijian
dan bahagian pokok lain.
Selain itu, hutan juga merupakan salah satu habitat yang sesuai
kepada burung-burung yang hijrah semasa musim sejuk di negeri asal.
Di kawasan pedalaman hutan pula, menjadi tempat perlindungan bagi
golongan Orang Asli. Orang Asli menyara hidup mereka melalui
sumber hutan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kegiatan seharian
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B01 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
mereka amat bergantung kepada hutan untuk memburu binatang,
bercucuk tanam, sumber pakaian serta tempat perlindungan.
17. Berdasarkan petikan, apakah peranan hutan kepada
kehidupan?
A. Membantu mengurangkan oksigen.
B. Mempunyai nilai sejarah zaman lampau.
C. Menjadi tempat penyelidikan saintis.
D. Menjadi habitat flora dan fauna.
18. Hutan hujan tropika menjadi habitat kepada
I spesies cicak
II serangga
III spesies pokok
IV spesies ikan
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV
19. Apakah aktiviti Orang Asli yang tinggal di dalam hutan?
A. Membuat penyelidikan pokok-pokok herba.
B. Mencari fosil yang berharga.
C. Memburu binatang dan bercucuk tanam.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B01 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
D. Menjaga hutan supaya tidak dicerobohi.
20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
A. Hutan hujan tropika telah wujud puluhan tahun yang lalu.
B. Terdapat pelbagai haiwan liar di dalam hutan hujan tropika.
C. Burung-burung hijrah akan menetap secara kekal di hutan
hujan tropika.
D. Kegiatan menebang pokok dilakukan oleh Orang Asli.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B01 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bahagian B (30 Markah)
Soalan 21 (4 markah)
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong
dalam petikan yang diberikan.
Hutan Lipur Kanching terletak __________ di Hutan Simpan
Kanching. Hutan lipur ini terletak lebih kurang 2 kilometer
__________ Templer Park. Di kawasan ini terdapat air terjun yang
cantik. Selain itu, Hutan Lipur Kanching mempunyai kolam yang cantik
dan sangat sesuai __________ aktiviti mandi-manda. Pengunjung-
pengunjung juga boleh berkhemah dan menyusur denai hutan sambil
menikmati suasana yang hijau di sekeliling air terjun. Kemudahan
awam yang telah disediakan adalah seperti tempat letak kereta,
tandas awam dan tempat mandi. Para pengunjung dinasihatkan agar
patuh __________ arahan yang terdapat pada papan tanda
keselamatan.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B01 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:
_______________________________________________
_______________________________________________
Jawapan: Ya, saya berharap agar dapat berkunjung lagi ke
tempat ini nanti.
[2 markah]
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.
_______________________________________________
_______________________________________________
[2 markah]
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B01 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Apakah simpulan bahasa yang paling sesuai berdasarkan gambar
di atas?
_______________________________________________
_______________________________________________
[2 markah]
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
“Ilmu Itu Jambatan Hidup” merupakan kata-kata para
cendekiawan tentang pentingnya kita menuntut ilmu. Setiap manusia
haruslah berusaha untuk mencari ilmu sepanjang hidupnya. Jika
seseorang mengabaikan ilmu, maka hidupnya akan dilanda kesusahan
dan dipandang rendah dalam masyarakat. Oleh yang demikian, kita
mesti berusaha dengan gigih untuk menimba ilmu dari usia muda
hinggalah ke usia tua.
Seseorang yang berilmu lazimnya mempunyai akhlak yang baik.
Seseorang yang berilmu pastinya akan memanfaatkan ilmu yang
dimilikinya ke arah kebaikan dalam kehidupan seharian. Nilai-nilai
murni bagi orang yang berilmu akan terserlah dengan sikap
menghormati, bertanggungjawab, bertolak ansur dan sebagainya. Jika
nilai-nilai murni ini diamalkan, pastinya kita akan disegani oleh
masyarakat.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B01 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Seterusnya, jika kita mempunyai ilmu yang tinggi kita akan
dapat berkhidmat untuk masyarakat contohnya para doktor,
jurutera, arkitek, pendakwah, guru dan sebagainya. Melalui ilmu yang
dimiliki, seseorang itu dapat menabur bakti kepada masyarakat. Oleh
yang demikian, secara tidak langsung dengan adanya ilmu kita dapat
membangunkan negara, agama dan bangsa.
a. Kita mestilah berusaha mencari ilmu sejak _______________.
[1 markah]
b. Mengapakah ilmu itu sangat penting dalam kehidupan kita?
_______________________________________________
_______________________________________________
[2 markah]
c. Padankan BETUL atau SALAH pada setiap pernyataan di bawah
berdasarkan petikan. Satu contoh telah diberikan.
[2 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B01 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Melancong merupakan salah satu aktiviti yang amat
menyeronokkan dan memberi banyak manfaat. Banyak perkara yang
boleh dipelajari semasa melancong. Setiap orang pasti ada impian
untuk pergi melancong ke sesebuah lokasi yang menjadi idaman.
Sekiranya aktiviti melancong ini dilakukan bersama rakan-rakan
mahupun keluarga, suasana pasti menjadi lebih menarik lagi.
Di Malaysia terdapat pelbagai lokasi menarik untuk dilawati dan
sangat sesuai dijadikan sebagai lokasi percutian yang hebat. Antara
tempat pelancongan terkenal di Malaysia ialah Pulau Sipadan, Pulau
Kapas, Pulau Langkawi, Taman Negara Pahang, Melaka dan banyak lagi.
Aktiviti melancong bukan sahaja dapat menambah pengetahuan
malah pengalaman juga akan bertambah. Semasa melancong, kita
dapat melihat adat resam masyarakat setempat serta mengendli
pelbagai jenis makanan unik. Dengan melancong juga akan memberi
ketenangan fikiran kepada sesiapa jua. Keindahan alam yang dinikmati
dapat merehatkan minda setelah penat bekerja.
Seterusnya, melancong juga dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan. Ahli keluarga dapat menghabiskan masa bersama-sama
tanpa gangguan. Ahli keluarga dapat bergurau senda dan lebih mesra.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B01 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Ibu bapa yang sibuk dapat mengambil kesempatan ini untuk melayani
karenah anak-anak dan bergembira bersama-sama.
a. Perkataan impian dalam petikan juga boleh digantikan dengan
perkataan ______________________________. [1 markah]
b. Apakah faedah yang diperoleh daripada aktiviti melancong?
_______________________________________________
_______________________________________________
[2 markah]
c. Bagaimanakah melancong dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan?
_______________________________________________
_______________________________________________
[2 markah]
d. Adakah anda bersetuju jika dikatakan melancong dalam negara
lebih baik berbanding melancong di luar negara? Mengapa?
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
[3 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B01 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Soalan 25
Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Mari memetik anggerik di hutan,
untuk diberi kepada Cik Ummu;
Mari kita ke perpustakaan,
Baca buku tambah ilmu.
Bunga dahlia di tempat redup,
Daun kering disiat-siat;
Ilmu itu panduan hidup,
penyuluh diri sepanjang hayat.
Kian sutera kain belacu,
Mari diletak bunga sakura;
Dengan ilmu kita maju,
Tanpa ilmu hidup melara. Bunga melati, bunga kecubung,
Petik bunga di Kuala Lipis;
Banyak ilmu usah sombong,
Orang berilmu fikiran optimis.
Bunga gugur di laman Cik Najwa,
Hilanglah seri tidak terkira;
Tingkatkan ilmu di mana jua,
Maju diri majulah negara.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B01 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
a. Apakah maksud rangkap ketiga pantun di atas?
_______________________________________________
_______________________________________________
[2 markah]
b. Mengapakah kita perlu menambah ilmu?
_______________________________________________
_______________________________________________
[1 markah]
c. Suaikan sama ada pernyataan itu betul atau salah.
[1 markah]
d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
[3 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B01 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Kertas 2 (Penulisan)
Bahagian A (10 Markah)
Gambar di bawah menunjukkan kebaikan melancong dalam negara.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang kebaikan melancong dalam
negara sendiri.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B01 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bahagian B (15 Markah)
Gambar di bawah menunjukkan poster sayangi ibu dan bapa.
Tulis ulasan tentang pentingnya kita menyayangi ibu dan bapa.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah
perkataan.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B01 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bahagian C (25 Markah)
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah
perkataan.
Soalan 1
Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia, anda dikehendaki
menulis laporan tentang pertandingan bercerita yang diadakan di
sekolah kamu baru-baru ini.
Tulis laporan kamu itu selengkapnya.
ATAU
Soalan 2
Baris-baris pantun di atas mempunyai mesej tentang kebaikan
teknologi. Keratan pantun tersebut menggambarkan keperluan
teknologi maklumat untuk kita pelajari kini.
Berdasarkan pantun tersebut, tuliskan sebuah karangan tentang
kebaikan teknologi. Tulis karangan kamu selengkapnya.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B01 19
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my