proposal gru (siap)

33
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM FAKULTI PERNIAGAAN DAN EKONOMI KAEDAH PENYELIDIKAN GRU 6013 TAJUK : PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN BUKU TEKS BAHASA INGGERIS DI DAERAH HULU SELANGOR METODOLOGI KAJIAN BAB 3 NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK NURUL HAWA BINTI ABDULLAH M 20122001478 NOR AZLIN BINTI AB RANI M 20122001449 KHADRATUN NOR BINTI MOHAMED NASROKH M 20122001383 NORZILAWATI BINTI ISMAIL M20122001379 1

Upload: azlin

Post on 25-Dec-2015

280 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

gru

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal GRU (Siap)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISTANJONG MALIM

FAKULTI PERNIAGAAN DAN EKONOMI

KAEDAH PENYELIDIKANGRU 6013

TAJUK :

PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN BUKU TEKS BAHASA INGGERIS DI DAERAH HULU SELANGOR

METODOLOGI KAJIANBAB 3

NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK

NURUL HAWA BINTI ABDULLAH M 20122001478NOR AZLIN BINTI AB RANI M 20122001449KHADRATUN NOR BINTI MOHAMED NASROKH M 20122001383NORZILAWATI BINTI ISMAIL M20122001379

NAMA PENSYARAH DR. HJ. NEK KAMAL YEOP YUNUS

TARIKH SERAHAN : 11 MEI 21

Page 2: Proposal GRU (Siap)

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

BAB 1

1.0 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 2

1.3 Pernyataan Masalah 3

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

BAB 2

2.0 Kajian Literature 8

BAB 3

3.1 Pengenalan 13

3.2 Rekabentuk Kajian 13

3.3 Prosedur Kajian 13

3.4 Lokasi Kajian 14

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 14

3.5 Instrumen Kajian 14

3.6 Kajian Rintis 15

3.7 Borang Soal Selidik 16

2

Page 3: Proposal GRU (Siap)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN

Buku teks merupakan antara sumber maklumat terpenting yang masih dominan penggunaannya

berbanding bahan-bahan lain. Dalam dunia pendidikan ia masih merupakan sumber utama yang

digunakan dalam aktiviti pembelajaran. Di Malaysia penggunaan buku teks dalam sistem

pendidikan masih merupakan bahan asas dalam pembelajaran sama ada pada peringkat prasekolah,

sekolah rendah ataupun sekolah menengah dalam kebanyakan bidang. Ia juga masih dijadikan

bahan pembelajaran asas dalam kebanyakan bidang pada peringkat tinggi (Kamarulzaman Abdul

Ghani, 2011).

Buku teks ditulis berdasarkan kehendak Kurikulum, Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan

Pelajaran (HSP). Sukatan Pelajaran menjelaskan objektif, organisasi kandungan serta strategi

pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran pula menjelaskan objektif dan organisasi

kandungan mengikut tahun persekolahan. Selain itu, penulisan buku teks dikehendaki menepati

keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dalam konteks pendidikan, bahasa sama ada bahasa ibunda atau bahasa asing, tujuan dan objektif

pembelajarannya bergantung kepada keperluan bahasa yang dipelajari. Untuk mencapai objektif

pembelajaran, bahan-bahan yang digunakan perlulah sesuai dengan keperluan pembelajarannya

serta dapat memberi galakan kepada pelajar untuk menggunakannya.

Dalam pembelajaran Bahasa Inggeris, buku teks merupakan bahan asas dalam pengajaran dan

pembelajaran di sekolah-sekolah. Ini kerana isi kandungan, aktiviti - aktiviti dan latihan – latihan

yang terdapat di dalam buku teks mengikut standard yang telah ditetapkan seperti dalam sukatan

pelajaran.

3

Page 4: Proposal GRU (Siap)

Dalam aspek ini, sama ada buku teks memenuhi isi kandungan, persembahan buku teks tersebut,

istilah-istilah serta bahasa yang mudah difahami oleh murid dan kekerapan penggunaan buku teks

di dalam kelas merupakan penentu kepada sikap guru bahasa inggeris terhadap penggunaan buku

teks di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

1.1 Latar Belakang Kajian

Sikap adalah sesuatu perasaan atau pandangan yang terdapat di dalam diri manusia yang bertindak

untuk mendapatkan sesuatu perkara. Di mana sikap tersebut juga akan memberikan respon yang

positif atau negatif berdasarkan situasi yang di hadapi. Sehubungan itu, komunikasi bahasa

menerusi pembacaan merupakan satu proses interaksi antara pembaca dan penulis. Medium yang

menjadi pengantara antara dua pihak ini adalah buku teks atau bahan bacaan lain yang dihasilkan

oleh penulis.

Kajian berkaitan buku teks biasanya dikaitkan dengan sejauh mana sesuatu bahan itu berupaya

membuatkan seseorang pembaca memahami isi kandungannya. Dengan erti lain susah senangnya

sesuatu teks itu boleh menentukan tahap kefahaman seseorang pembaca. Dari segi

persembahannya pula, susun atur sesuatu maklumat atau tulisan di dalam buku teks kadangkala

boleh mempengaruhi pembaca. Contoh sekiranya gambar menarik dan susunan gambar tersebut

teratur, secara tidak langsung menarik minat murid untuk membaca.

Kajian berkaitan dengan sikap adalah berkenaan kekerapan penggunaan buku teks Bahasa Inggeris

oleh guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Jika diperhati buku teks adalah satu bahan

yang mesti di gunakan di dalam kelas tetapi ada sesetengah buku teks itu isi kandungannya kurang

sesuai terutama untuk latih tubi dan dan menjawab soalan-soalan. Ini menyebabkan guru-guru

terpaksa mencari bahan lain untuk pengukuhan dan latih tubi yang berkaitan dengan isi pelajaran

yang diajar pada waktu tersebut. Ini menyebabkan kebanyakan guru lebih suka mengajar

4

Page 5: Proposal GRU (Siap)

berpandukan buku rujukan atau buku-buku latihan yang boleh didapati di pasaran. Disamping itu,

ada sesetengah guru lebih suka menggunakan bahan bantu mengajar ketika proses pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini adalah kerana mereka percaya ianya dapat menarik minat para pelajar untuk

belajar dan senang untuk faham terhadap pengajaran guru di dalam kelas.

1.2 Pernyataan Masalah

Dalam pembelajaran bahasa Inggeris, buku teks adalah sumber utama guru dan murid. Ini

bermakna ia merupakan salah satu fakor penting yang berperanan dalam menentukan tahap

penguasaan dan pencapaian bahasa Inggeris dalam kalangan murid yang mempelajarinya selain

faktor-faktor lain seperti guru, persekitaran dan pelajar itu sendiri (Kamarulzaman Abdul Ghani,

2011).

Tetapi pada masa kini, murid-murid sudah tiada kesedaran untuk membaca buku termasuk buku

teks. Hal ini disebabkan oleh sesetengah buku teks yang kurang menarik seperti tiada warna,

gambar tidak jelas dan susunan yang tidak teratur. Selain itu, isu berkaitan tahap kebolehbacaan

sesuatu buku teks perlu bersesuaian dengan kumpulan sasaran atau pun berdasarkan prestasi

pemikiran murid-murid terhadap sesuatu pembacaan. Oleh yang demikian, penilaian semula

terhadap kesesuaian reka bentuk buku teks perlu dilakukan sejajar dengan perkembangan sistem

pendidikan pasca kini.

Menurut bekas Setiausaha Agung Kesatuan Profesion Perguruan Kebangsaan (NUTP) N. Siva

Subramaniam (Zamri Mahamod, Mahidin Awang Itam dan Afendi Hamat) “jadual waktu

pembelajaran perlu dirancang dengan teliti, murid-murid tidak perlu membawa buku teks ke

sekolah kerana guru banyak bergantung kepada buku kerja bukan buku teks ketika mengajar.” Ini

menyebabkan buku teks tidak akan digunakan sehingga akhir persekolahan. Selain itu, masalah

yang timbul juga berkaitan dengan teknologi pada masa kini. Terdapat banyak program yang boleh

dilayari oleh murid untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan selain yang terkandung di dalam

buku teks. Sebagai contoh penggunaan zoom A DAN e-TRIM. Murid boleh menjawab soalan-

5

Page 6: Proposal GRU (Siap)

soalan secara online tanpa merujuk kepada buku teks. Pada zaman serba moden ini, buku rujukan

boleh didapati di mana-mana sahaja kedai buku. Lambakan buku rujukan dipasaran pada hari ini

adalah disebabkan oleh permintaan yang tinggi daripada pihak pengguna iaitu para guru dan

murid. Para guru gemar meminta muridnya membeli buku-buku rujukan yang terdapat dipasaran

yang dirasakan dapat membantu muridnya memahami lebih mendalam sesuatu subjek. Mereka

percaya dan yakin isi kandungan di dalam buku rujukan adalah lebih padat dan terdapat pelbagai

maklumat yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajarnya. Selain itu, soalan-soalan latihan juga

mudah dan senang diperolehi.

Penggunaan buku kerja dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) Bahasa Inggeris pada hari ini

merupakan satu fenomena yang sudah diterima pakai oleh guru-guru termasuk anak murid sekolah

rendah di daerah Hulu Selangor. Malah ada yang berusaha sendiri mempelbagaikan buku kerja

sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas. Senario penggunaan buku teks yang semakin

berkurangan tidak menjadi satu kebimbangan buat guru-guru malah terdapat juga kes-kes di mana

anak murid yang tidak membawa buku teks bukanlah satu masalah namun satu faedah apabila

dapat meringankan beban membawa buku teks. Namun begitu, menurut Pekeliling Ikhtisas

bilangan 1/2000 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menunjukkan

bahawa penggunaan buku teks adalah wajib untuk diberikan fokus utama. Manakala penggunaan

buku kerja adalah hanya sebagai bahan tambahan. Antara kandungan pekeliling tersebut

menegaskan bahawa murid tahap I tidak dibenarkan menggunakan buku kerja manakala bagi tahap

II, hanya satu buku kerja yang dibenarkan bagi satu matapelajaran iaitu Bahasa Melayu,

Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains.

Biarpun kandungan buku kerja yang baik dan sesuai kandungannya, namun hanya boleh dirujuk

sebagai bahan tambahan tanpa mengabaikan penggunaan buku teks. Biarpun penggunaan buku

kerja semakin mendapat tempat di kalangan guru-guru sekolah, namun KPM menegaskan

penggunaan buku kerja tidak boleh sepenuhnya semasa PDP. Pengeluaran atau penerbitan buku

kerja yang pelbagai di pasaran turut menarik minat guru-guru untuk mempelbagaikan sumber

bahan rujukan. Antara faktor yang menarik minat guru-guru untuk menggunakan buku kerja

6

Page 7: Proposal GRU (Siap)

sebagai bahan rujukan utama berbanding buku teks adalah isi kandungan, persembahan, aktiviti

dan latihan yang disediakan.

Sungguhpun begitu, sebagaimana yang telah jelas menyatakan buku kerja sebagai rujukan dan

ulangkaji sahaja dan tidak digalakkan penggunaannya pada awal tahun namun sejauh mana

kepatuhan guru-guru menggunakan buku teks berbanding dengan perubahan teknologi yang

sentiasa menuntut guru-guru supaya seiring. Kebanyakan kajian yang dijalankan banyak tertumpu

kepada kandungan Buku Teks Bahasa Melayu dan Sejarah. Menurut kajian oleh Zamri Mahamod,

Mahidin Awang Itam dan Afendi Hamat (2011) mengenai Sikap Guru Bahasa Melayu Sekolah

Rendah Terhadap Penggunaan Buku Teks Bahasa Melayu (BTBM), hasil dapatan menunjukkan

keberkesanan BTBM bagi aspek kandungan hanya berada pada tahap sederhana sahaja. Guru-guru

menerima penggunaan BTBM sebagai rujukan asas kepada murid-murid.

Biarpun kandungan buku teks tidak bertentangan dengan Dasar Pendidikan Negara (KPM, 2005),

namun ada isi kandungan yang kurang sesuai terutama untuk latih tubi peperiksaan menyebabkan

guru terpaksa mencari bahan lain untuk pengukuhan dan latih tubi yang mengaitkan dari aspek isi

kandungan. Kebanyakan sekolah juga digalakkan membina latihan sendiri untuk penggayaan dan

pengukuhan khususnya dalam subjek bahasa inggeris. Guru pula dikatakan memilih menggunakan

pelbagai buku kerja berbanding penggunaan Buku Teks Bahasa Inggeris (BTBI) itu sendiri. Sejauh

mana kebenaran kandungan BTBI yang semakin kurang relevan berbanding dengan perubahan

keperluan murid di era ini akan disingkap melalui kajian kali ini.

1.3 Objektif Kajian

1. Menentukan sikap guru Bahasa Inggeris terhadap keberkesanan isi kandungan Buku Teks

Bahasa Inggeris.

2. Menentukan sikap guru Bahasa Inggeris terhadap keberkesanan aspek persembahan Buku Teks

Bahasa Inggeris.

3. Menentukan sikap guru Bahasa Inggeris terhadap keberkesanan aspek aktiviti dan latihan Buku

Teks Bahasa Inggeris.7

Page 8: Proposal GRU (Siap)

4. Menentukan tahap kekerapan guru Bahasa Inggeris menggunakan Buku Teks Bahasa Inggeris

semasa Pengajaran dan Pembelajaran.

1.4 Persoalan Kajian

1. Apakah sikap guru Bahasa Inggeris terhadap keberkesanan isi kandungan Buku Teks Bahasa

Inggeris

2. Apakah sikap guru Bahasa Inggeris terhadap keberkesanan aspek persembahan Buku Teks

Bahasa Inggeris

3. Apakah sikap guru Bahasa Inggeris terhadap keberkesanan aspek aktiviti dan latihan Buku

Teks Bahasa Inggeris

4. Apakah tahap kekerapan guru Bahasa Inggeris menggunakan Buku Teks Bahasa Inggeris

semasa Pengajaran dan Pembelajaran

1.5 Kepentingan Kajian

1. Menurut kajian oleh Zamri Mahamod, Mahidin Awang Itam dan Afendi Hamat (2011)

mengenai sikap guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan BTBM, kesimpulannya guru adalah

sumber terpenting kepada semua murid, apatah lagi kepada murid sekolah rendah. Kajian tersebut

mendapati pengetahuan guru tentang pedagogi dan kandungan pelajaran adalah pembolehubah

yang kritikal di sekolah-sekolah yang pencapaian akademiknya sangat baik. Guru hendaklah

berkemahiran dan efisien terutamanya dalam kemahiran menggunakan Buku Teks Bahasa Melayu

dalam Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru yang tidak cekap akan membuang

masa, malahan turut memberikan kesan negatif kepada murid.

2. Kajian juga ingin melihat sejauh mana guru-guru berusaha menggunakan teknik yang

diubahsuai dalam pengajaran mereka. Selain daripada itu juga, kajian dapat melihat usaha yang

akan dilakukan oleh guru-guru dalam memberikan kefahaman sama ada masih menggunakan cara

tradisi seperti kaedah menghafal dan menggunakan lembaran kerja atau menggunakan kaedah lain

8

Page 9: Proposal GRU (Siap)

dalam mengimbangkan keperluan Pengajaran dan Pembelajaran murid-murid di dalam kelas agar

keupayaan mereka dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.

3. Selain daripada itu, kajian akan dapat mengetahui tahap keberkesanan BTBI dan

penggunaannya berada pada tahap yang sepatutnya.

4. Hasil kajian juga akan dapat memberi maklum balas kepada pihak yang bertanggungjawab

agar kandungan BTBI boleh dikemaskini, dibuat penambahbaikan bagi memastikan kandungannya

seiring dengan keperluan semasa dan tidaklah semata-mata menjadi beban kepada murid

membawa buku teks yang banyak.

9

Page 10: Proposal GRU (Siap)

BAB 2

KAJIAN LITERATURE

Buku teks merupakan antara sumber maklumat terpenting yang masih dominan penggunaannya

berbanding bahan-bahan lain. Dalam dunia pendidikan ia masih merupakan sumber utama yang

digunakan dalam aktiviti pembelajaran. Di Malaysia penggunaan buku teks dalam sistem

pendidikan masih merupakan bahan asas dalam pembelajaran sama ada pada peringkat prasekolah,

sekolah rendah ataupun sekolah menengah dalam kebanyakan bidang. Ia juga masih dijadikan

bahan pembelajaran asas dalam kebanyakan bidang pada peringkat tinggi (Kamarulzaman Abdul

Ghani, 2011).

Buku teks ditulis berdasarkan kehendak Kurikulum, Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan

Pelajaran (HSP). Sukatan Pelajaran menjelaskan objektif, organisasi kandungan serta strategi

pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran pula menjelaskan objektif dan organisasi

kandungan mengikut tahun persekolahan. Selain itu penulisan buku teks dikehendaki menepati

keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dalam konteks pendidikan, bahasa sama ada bahasa ibunda atau bahasa asing, tujuan dan objektif

pembelajarannya bergantung kepada keperluan bahasa yang dipelajari. Untuk mencapai objektif

pembelajaran, bahan-bahan yang digunakan perlulah sesuai dengan keperluan pembelajarannya

serta dapat memberi galakan kepada pelajar untuk menggunakannya.

Dalam pembelajaran bahasa inggeris, buku teks merupakan bahan asas dalam pengajaran dan

pembelajaran di sekolah-sekolah. Ini kerana isi kandungan, aktiviti - aktiviti dan latihan – latihan

yang terdapat di dalam buku teks mengikut standard yang telah ditetapkan seperti dalam sukatan

pelajaran.

10

Page 11: Proposal GRU (Siap)

Dalam aspek ini, sama ada buku teks memenuhi isi kandungan, persembahan buku teks tersebut,

istilah-istilah serta bahasa yang mudah difahami oleh murid dan kekerapan penggunaan buku teks

di dalam kelas merupakan penentu kepada sikap guru bahasa inggeris terhadap penggunaan buku

teks di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Kajian Mohd Zaini bin Mejo (2012), mengkaji tentang kesesuaian isi kandungan ilmu morfologi

yang terkandung di dalam buku teks Bahasa Arab Kurikulum Baru Sekolah Menengah. Ia

berkaitan dengan pengetahuan asas bahasa yang sangat lemah yang melibatkan aspek kata dan

penggunaannya dalam ayat. Satu penilaian akan dilakukan yang mana berdasarkan tiga kriteria

iaitu kandungan, persembahan dan latihan. Dapatan kajian akan melibatkan semua pihak iaitu

Kementerian Pelajaran, penulis buku teks, guru-guru dan para pelajar sendiri dalam usaha untuk

meningkatkan pencapaian dan penguasaan Bahasa Arab di Malaysia.

Dapatan kajian oleh Mohd Nazri Abdul Rahman, Norlidah Alias, Saedah Siraj dan Zaharah

Hussin mendapati wujud persaingan diantara buku teks sedia ada dengan kewujudan pelbagai

bahan bantu mengajar yang hebat. Oleh yang demikian ciri-ciri asas penulisan tentang buku teks

dinilai semula supaya lebih berinovasi dan kreatif bersesuaian dengan matlamat transformasi

pendidikan negara ke arah pendidikan bertaraf dunia. Kajian yang dijalankan oleh Breana

J.Sylvester Dacy, et.al (2011), membincangkan tentang isu sama ada buku teks boleh dijadikan

bukti serta boleh dijadikan bahan penyelidikan di masa hadapan. Guru tidak boleh sentiasa

bergantung kepada buku teks semata-mata. Bahan sokongan juga amat penting untuk penambahan

maklumat. Secara keseluruhan, kajian lepas melaporkan bahawa pentingnya penggunaan buku teks

di dalam pengajaran dan pembelajaran. Tetapi penambahbaikan ke atas buku teks tersebut harus

dijalankan dengan kadar segera supaya dapat memberikan kesan yang positif kepada semua pihak.

11

Page 12: Proposal GRU (Siap)

Jika dilihat aspek penggunaan buku teks di peringkat antarabangsa pula, terdapat perbezaan yang

ketara berbanding penggunaan buku teks di Malaysia. Hal ini diterangkan oleh Katsura Yuasa,

(2010), di mana beliau membuat kajian berkaitan penggunaan buku teks bahasa inggeris di negara

Korea dan Jepun dan didapati penggunaan buku teks di dua buah negara tersebut masih relevan

digunakan dan dapat membantu dalam penguasaan dan pemahaman murid-murid baik diperingkat

sekolah rendah dan sekolah tinggi. Beliau menjelaskan melalui kajiannya bahawa dengan

menggunakan buku teks murid dapat melalui proses pembelajaran dengan lebih berkesan kerana

murid boleh membuat pengulangan ayat, murid dapat melakukan aktiviti berdasarkan kepada

ilustrasi atau penggunaan bahan yang diletakkan di dalam buku teks tersebut.

Di dua buah negara timur ini, penggunaan bahasa inggeris tidaklah terlalu diambil serius kerana

mereka lebih gemar dan lebih senang menggunakan bahasa ibunda dan hanya menjadikan bahasa

inggeris sebagai bahasa alternatif akibat ledakan globalisasi yang menjadikan bahasa inggeris

sebagai bahasa “lingua franca”. Oleh yang demikian isi kandungan buku teks tersebut perlu

mempunyai daya kretiviti yang tinggi untuk menarik minat muid mempelajari bahasa tersebut

kerana jumlah jam untuk murid sekolah rendah mempelajari bahasa inggeris ini hanya 2 jam dalam

seminggu dan sekiranya didapati murid mengalami tekanan atau bebanan maka jam pengajaran

tersebut akan dikurangkan lagi sehingga menjadi sekali untuk seminggu.

Justeru, proses pembinaan isi kandungan buku teks tersebut perlu benar-benar mampu menarik

minat murid dan mempunyai informasi yang banyak kerana murid kedua buah negara tersebut

menggunakan teknik yang berbeza dengan murid di negara lain. Proses pembinaan isi kandungan

buku teks ini adalah sangat penting berbanding illustrasi serta silibus pengajaran kerana seperti

mana yang berlaku di Sepanyol, satu kajian telah dilakukan oleh Raquel Criado & Aquiline

Sanchez, 2009 memberikan kejelasan bahawa penggunaan buku teks bahasa inggeris yang

digunakan dalam proses pengajaran perlu mengikut standard atau garis panduan yang betul yang

telah ditetapkan oleh kementerian pendidikan di negara tersebut.

12

Page 13: Proposal GRU (Siap)

Berdasarkan sudut pandangan Raquel, beliau menyifatkan dengan adanya buku teks dapat

membantu melancarkan proses pembelajaran kerana mengikut pendapat beliau bukan isi

kandungan yang perlu diberi penekanan untuk mendapatkan kefahaman dan menjadikan seseorang

itu boleh bertutur dengan baik dalam bahasa inggeris tetapi penggunaan bahan yang diberikan

seperti buku teks perlu bijak digunakan sepenuhnya oleh guru untuk membantu murid memahami

isi kandungan buku teks tersebut. Walau pun kita agak ghairah menggunakan bahan sampingan

lain, buku teks masih dilihat relevan penggunaannya kerana murid sekolah, remaja dan orang

dewasa memerlukan bahan kekal yang boleh dijadikan rujukan serta dapat membantu mereka

mendapatkan maklumat lanjut berbanding penggunaan bahan lain.

Untuk membina sesebuah modul buku teks memang bukan mudah dan perlu kepada kemahiran

berfikir yang tinggi serta pengalaman yang tinggi di dalam bidang pendidikan. Hal ini diterangkan

oleh Nazarova & Gospodarik, 2006 di dalam jurnal mereka strategi untuk membina buku teks.

Menurut penulis ini, permasalahan yang berlaku dalam proses pembinaan buku teks ialah pihak

yang dilantik tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam membina isi kandungan bahan

bacaan, kebanyakan penulis bukanlah orang yang berkelayakan dalam bidang ini tetapi hanya

dilantik berdasarkan kelayakan akademik untuk tugas sebagai golongan professional. Selain itu

juga penulis yang diberi tanggungjawab membina bahan mempunyai pandangan sendiri dan

meletakkan pandangan mereka sebagai panduan di dalam fakta yang dibincangkan, sehingga

menyebabkan berlakunya pertindihan maklumat yang akhirnya mengelirukan pembaca. Hal ini

berlaku akibat tiada persefahaman dalam membina bahan.

Penulis juga mempunyai kreativiti yang kurang untuk menyampaikan maklumat kerana mereka

tidak menggunakan sumber-sumber luar lain seperti internet dan saluran media lain yang dapat

membantu mereka menghasilkan sesuatu yang unik dan kreatif sekaligus dapat menarik minat

murid untuk membaca. Struktur teks serta ilustrasi yang tidak menarik juga menyumbang kepada

kurangnya minat murid untuk menggunakan buku teks sebagai bahan utama sumber pembelajaran

mereka begitu juga dengan guru yang menggunakan buku teks sebagai alat bantu mengajar dan

13

Page 14: Proposal GRU (Siap)

sumber untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sesuatu fakta. Justeru, sebagaimana yang

telah dijelaskan tadi seseorang penulis bukan hanya perlu layak sebagai seorang yang professional

tetapi perlu mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan dan pernah terlibat dalam

proses pembinaan isi kandungan buku teks. Beliau juga perlu memiliki daya kreativiti yang tinggi

dan kemahiran berfikir melebihi pembacanya agar bahan yang dibina tidak menimbulkan rasa

kurang minat dikalangan pembaca serta perlu bijak menyatukan bahan dengan illustrasi kerana

tidak semua murid mempunyai daya berfikir yang tinggi.

14

Page 15: Proposal GRU (Siap)

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sikap guru Bahasa Inggeris sekolah rendah terhadap penggunaan buku teks Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Keberkesanan buku teks dinilai daripada tiga aspek, iaitu (i) keberkesanan isi kandungan, (ii) persembahan, serta (iii) aktiviti dan latihan. Selain itu, tahap kekerapan penggunaan buku teks bahasa melayu semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga turut dikaji.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian ini dijalankan secara kajian tinjauan jenis deskriptif menggunakan data kuantitatif dan korelasi. Bentuk kajian ini dipilih untuk mendapatkan maklumat dari sampel yang besar. Melalui kajian deskriptif, data dikutip daripada seluruh populasi dan statistik asas seperti min, peratusan, frekuensi, sisihan piawai dan taburan skor digunakan. Persampelan secara rawak mudah merupakan proses mencabut sampel unit-unit dipilih secara individu dan langsung melalui proses yang rawak.

Dalam kajian ini, kaedah pengumpulan data melibatkan dua fasa iaitu kajian rintis dan kajian sebenar. Data yang diperoleh dari kajian rintis digunakan untuk menguji kesahan instrumen yang digunakan. Program yang digunakan dalam mentafsir data bagi kajian ini adalah perisian statistik berkomputer SPSS (Statistical Packages for The social Science) versi 17.0. Program ini digunakan untuk menganalisis data kuantitatif.

3.3 Prosedur Kajian

Sebelum melaksanakan kajian, pengkaji membuat perancangan yang rapi untuk memastikan kajian dapat dijalankan dengan lancar dan teratur. Langkah-langkah yang sistematik telah dirancang sebagai panduan di sepanjang pelaksanaan kajian. Langkah pertama pengkaji mengenalpasti populasi kajian yang sesuai iaitu guru-guru di sekolah sekitar Daerah Hulu Selangor. sebelum set soal selidik diedarkan kepada responden atau populasi kajian, satu perbincangan telah dilakukan

15

Page 16: Proposal GRU (Siap)

dengan penyelia dan setelah beberapa perubahan dibuat, set soal selidik diedarkan kepada guru-guru di sekolah terpilih. Pengkaji akan memberikan penerangan yang ringkas kepada responden agar mereka mendapat gambaran yang jelas sebelum menjawab soalan dalam set soal selidik tersebut. Masa tidak dihadkan untuk menjawab soal selidik ini namun purata masa yang diambil oleh sampel adalah di antara 5 hingga 10 minit. Soal selidik yang telah dijawab dengan lengkap akan diproses dan dianalisa dari segi kekerapan berdasarkan skala likert. Akhir sekali pengkaji akan membuat kesimpulan dan cadangan berdasarkan analisa data yang diperolehi.

3.4 Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan (rendah) dalam Daerah Hulu Selangor. Daerah ini dipilih kerana mempunyai kuantiti guru yang ramai. Mereka terdiri daripada guru yang mungkin telah mengikuti kursus penggunaan Buku Teks Bahasa Inggeris (BTBI) semasa di Institut Perguruan dan yang mengikuti kursus jangka pendek di Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan sebagainya. Lokasi daerah ini juga berhampiran tempat-tempat latihan seperti Institut Aminuddin Baki, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Industri Selangor (UNISEL).

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian adalah terdiri dari guru-guru bahasa inggeris dalam Daerah Hulu Selangor. Daerah ini terbahagi kepada 4 zon utama iaitu Zon Sungai Tenggi, Zon Kuala Kubu Bharu, Zon Batang Kali dan Zon Bukit Beruntung. Sebanyak 24 sekolah kebangsaan (SK) berada di bawah PPD Hulu Selangor. Seramai 365 orang guru bahasa inggeris telah ditempatkan untuk mengajar di 24 sekolah ini.

Mengikut Krejcie dan Morgan (1970) dalam Azizi Yahaya et al. (2007), seramai 200 orang sampel diperlukan secara rawak untuk kesahan kajian. Sampel dipilih secara rawak dikalangan guru-guru di 24 buah sekolah tanpa mengira sama ada guru opsyen atau bukan opsyen. Guru yang dipilih pula adalah dari kalangan guru tahun 1 sehingga guru tahun 5 kerana bagi guru tahun enam, kaedah pengajaran yang dijalankan adalah sedikit berbeza memandangkan fokus lebih diberikan untuk UPSR.

3.5 Instrumen Kajian

Penggunaan borang soal selidik telah dipilih untuk mendapatkan data-data yang dikehendaki dari responden. Soal selidik dipilih sebagai instrumen kerana arahan dan soalan adalah ringkas dan

16

Page 17: Proposal GRU (Siap)

tujuan kajian juga dapat diterangkan secara bercetak. Mengikut Fink dan Kosecoff (1998) dalam Zainon et al., (2008), kaedah soal selidik ini amat bermakna apabila maklumat yang diperlukan hanya boleh diperolehi secara terus daripada pemberi maklumat. Soal selidik dibentuk berdasarkan pembacaan dan temu bual tidak langsung bersama guru-guru bahasa inggeris sebelum penyediaan instrumen. Item-item soal selidik diperolehi melalui pelbagai bacaan seperti jurnal, artikel, buku rujukan, suratkhabar dan informasi internet.

Soal selidik merupakan kaedah yang lebih baik berbanding dengan instrumen yang lain kerana ia lebih jimat masa, kos dan tenaga selain kesilapan hasil daripada merekod maklum balas berkurang berbanding dengan temu bual (Azizi Yahaya et al., 2007). Semua maklumat yang didapati daripada pembacaan akan disenaraikan dan digunakan maklumat tersebut untuk membina item-item kajian. Maklumat yang didapati melalui temu bual juga disenaraikan untuk memastikan sama ada maklumat yang didapati dalam temu bual bercanggah dengan maklumat yang didapati dalam bacaan atau tidak.Kemudian barulah bermula pembinaan item-item soalan dibuat berdasarkan senarai yang dibuat. Item-item soalan disenaraikan dalam bilangan yang banyak untuk membuat penilaian pada setiap item. Penilaian pada setiap item dijalankan bagi memastikan setiap item mempunyai sifat kebolehpercayaan dan benar. Begitu juga, ingin menghasilkan item-item yang baik dan dapat membawa respon yang dikehendaki bagi menjawab persoalan kajian.

Memandangkan kajian dibuat di sekolah kebangsaan dan rata-rata responden yang terlibat adalah dari kalangan guru melayu, maka pembinaan soalan agak mudah dilakukan dengan anggapan bahawa responden terpilih mahir dan mampu memahami Bahasa Malaysia dengan baik. Oleh itu kesemua item soalan sebanyak 26 item yang dibahagikan kepada 4 bahagian telah diterima pakai sebagai soal selidik akhir.

3.6 Kajian Rintis

Menurut Mohd Najib (1999) dalam Azizi et al (2008), menyatakan bahawa soal selidik perlu diuji bagi mengekalkan kualiti dan mencapai objektif penyelidikan. Soal selidik yang disediakan mestilah bebas dari kesalahan ejaan, ketinggalan perkataan atau isi yang tidak jelas. Oleh itu set soalan ini telah diberikan kepada responden sebenar bagi menguji kesahan, kebolehpercayaan,isi kandungan, tatabahasa dan kefahaman.

Instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi akan memberikan keputusan yang baik manakala semakin banyak kesalahan, semakin kurang stabil dan kurang ketepatan ukuran (Azizi

17

Page 18: Proposal GRU (Siap)

Yahaya et al.,2007). Kajian rintis bagi penyelidikan ini telah dijalankan di SK Rawang dan SK Seri Garing (di bawah PPD Gombak). Sekolah ini dipilih kerana mempunyai responden yang ada ciri-ciri sama seperti responden sebenar. Walaupun berada di bawah PPD Gombak, namun jarak antara sekolah ini dengan kawasan kajian hanyalah sekitar 7km – 10 km. Bermakna persekitaran dan iklim persekolahan boleh dianggap homogenus.

Seramai 12 orang guru bahasa inggeris di kedua-dua sekolah ini telah diberikan set soal selidik secara individu. Hasil keseluruhan kajian rintis ini, nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang diperolehi adalah sebanyak 0.8859. Manakala pekali bagi dimensi setiap persoalan kajian pula adalah 0.8956 (persoalan pertama), 0.8843 (persoalan kedua), 0.8637 (persoalan ketiga) dan 0.8343 (persoalan keempat). Ini menunjukkan kejituan dan kebolehpercayaan yang tinggi bagi setiap item yang digunakan.

3.7 Borang Soal Selidik

Borang soal selidik yang digunakan dalam instrumen ini (rujuk lampiran) mengandungi 5 bahagian dalam bahasa melayu. Taburan item dan sumber rujukan binaan konstruk item-item mengikut bahagian yang ditunjukkan dalam jadual 3.1 seperti berikut:

Jadual 3.1 : Jadual Penentuan Ujian Soal Selidik

Bahagian Item Sumber Rujukan

a. Kandungan buku 1-5 binaan pengkaji sendiri

b. Penilaian aktiviti dan latihan 6-11 binaan pengkaji sendiri

c. Persembahan isi kandungan 12-16 binaan pengkaji sendiri

d. Bahasa dan istilah 17-21 binaan pengkaji sendiri

e. Kekerapan guru menggunakan 22-26 binaan pengkaji sendiribuku teks

Bahagian yang diterangkan di dalam jadual hanya merangkumi soalan bahagian B yang mana soalan-soalan ini berkaitan dengan isi kandungan buku teks. Bahagian B ini dibina bertujuan untuk meminta maklumbalas atau pandangan responden tentang isi kandungan buku teks bahasa

18

Page 19: Proposal GRU (Siap)

inggeris yang digunakan, sama ada ia sesuai dengan persepsi guru yang mengajar mata pelajaran bahasa inggeris tersebut di sekolah.

Menurut Sakaran (2003), jenis dan bentuk soalan-soalan dalam satu soal selidik akan menentukan kualiti soal selidik itu. Oleh kerana pengkaji ingin melihat sejauh mana persepsi guru dalam menggunakan buku teks bahasa inggeris dalam proses P&P maka maklum balas daripada sampel akan digunakan untuk mendapatkan hasil dapatan kajian. Kaedah yang digunakan dapat dinilai menggunakan skala likert. skala likert adalah yang terbaik digunakan dalam kajian kerana ia berupaya mengeluarkan tindak balas yang berkaitan dengan objek, peristiwa atau orang yang dikaji (Sakaran, 2003). Jadual di bawah menunjukan skor dan pemeringkatan skala likert yang digunakan dalam kajian.

Jadual 3.2 : Skor Dan Pemeringkatan Skala Likert

Skor Pemeringkatan Simbol

1 Sangat Tidak Setuju STS

2 Tidak Setuju TS

3 Kurang Setuju KS

4 Setuju S

5 Sangat Setuju SS

Pengkaji menggunakan skala likert lima mata untuk soalan-soalan dalam bahagian B seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.2.

19

Page 20: Proposal GRU (Siap)

ISTILAH OPERASI

1. Buku Teks – buku yang digunakan di sekolah, kolej dan universiti sebagai satu bahan mengajar

mengikut prosedur kerja dalam sesuatu kursus atau matapelajaran. Buku teks tradisional hanya

diterbitkan dalam format bercetak. Walaubagaimanapun, seiring dengan perkembangan

teknologi terkini, semakin banyak syarikat penerbitan menghasilkan buku teks secara

elektronik atau e-book. Buku teks juga bermaksud buku yang digunakan pelajar sebagai buku

rujukan yang standard untuk sesuatu mata pelajaran tertentu

2. ISBN (International Standard Book Number) – pengindentikasi unik untuk buku-buku yang

digunakan secara komersial. ISBN diperuntukkan bagi penerbitan buku.

3. Guru – orang yang kerjanya mengajar dan dikenali sebagai pengajar dalam institusi pendidikan

seperti sekolah, kolej atau universiti.

4. Pelajar / murid – sesiapa yang sedang atau dalam keadaan belajar.

5. Pedagogi – kajian mengenai pengajaran khususnya pengajaran dalam pendidikan formal.

Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah.

6. Sekolah – satu bangunan atau lembaga untuk belajar dan mengajar serta tempat menerima dan

memberi pelajaran.

7. Sikap – perilaku dan pemikiran seseorang akan sesuatu perkara dan hanya boleh dikenalpasti

setelah orang lain melihat akannya. Maksud lain juga adalah ditafsirkan kepada perkara luaran

yang wujud pada diri manusia.

8. Persembahan – sesuatu yang dipersembahkan kepada umum atau dipertunjukkan.

9. Keberkesanan – keadaan atau hal yang berkesan atau sesuatu tindakan itu dapat dilihat

daripada hasil yang diperoleh sesudahnya.

10. Kekerapan – keadaan kerap, kerapnya berlaku sesuatu yang berulang atau keseringan.

11. Aktiviti – sesuatu yang dilakukan, kegiatan, usaha, selain mata pelajaran yang diajarkan dalam

bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di

sekolah.

12. Latihan – pelajaran untuk memahirkan atau untuk memperoleh sesuatu kepandaian.

20

Page 21: Proposal GRU (Siap)

RUJUKAN

1. Affandi Ag Ghani, (2006). Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Buku Teks Jawi

Pendidikan Islam Dalam Pembelajaran : Satu Kajian Ke Atas Pelajar Tingkatan Empat, SMK

Kota Masai, Johor Bharu, , Fakulti Pendidikan, UTM.

2. Criado, R. & Sanchez, A. (2009). English language teaching in spain: Do textbook comply with the official methodological regulations? A sample analysis. International Journal Of English Studies, Vol 9(1). Pg. 1-28.

3. Haji Shaharuddin Basri, Chan Lee Chiun dan Muslimin Fadzil, (2004). Penggunaan Buku Teks

Secara Berkesan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Untuk Murid Berprestasi

Rendah di Peringkat Sekolah Menengah.

4. J.Sylvester Dacy, Priya K. Nihalani, Christina M. Cestone dan Daniel H. Robinson (2011). (Lack of) Support for Prescriptive Statements in Teacher Education Textbooks. The Journal of Educational Research, 104:1-6

5. Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Fareez Ilias, Ab Halim Tamuri, (2011). Amalan Penggunaan

Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah

di Malaysia. Jurnal Of Islamic and Arabic Education 3(1).

6. Kamarulzaman Abdul Ghani (2011). Kebolehbacaan Buku Teks Bahasa Arab Tinggi

Berasaskan Ujian Kloz Dalam Kalangan Pelajar SMKA. GEMA Online Jurnal of Language

Studies volume 11(2)

7. Katsura Yuasa, (2010). English textbooks in Japan and Korea. Pan-Pacific Association Of Applied Linguistics, Vol 14(1). Pg. 147-158.

8. Md Sidin Ahmad Ishak, (2009). Perspektif Penerbit Tentang Isu-isu Kritikal Dalam

Penyediaan dan Pembekalan Buku Teks Sekolah di Malaysia. Jurnal Pengajian Media

Malaysia Jild 11, No 1.

9. Mohd Nazri Abdul Rahman, Norlidah Alias, Saedah Siraj dan Zaharah Hussin (2013). Inovasi dan Kreativiti Dalam Rekabentuk Buku Teks Sekolah Menengah: Aplikasi Pendekatan Interpretive Structural Modeling (ISM). JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Bil 1 Isu 1

10. Mohd Zaini Bin Sejo. Penekanan Ilmu Morfologi Dalam Buku Teks Bahasa Arab Kurikulum Baru Sekolah Menengah.

11. Mudarwan Juni, (2012). Perkembangan Buku Teks Pelajaran, Jurnal Pendidikan Penabur No

18, Tahun ke-11.

21

Page 22: Proposal GRU (Siap)

12. Nazarova, T.S. & Gospodarik, IU.P. (2006). Strategy for development of the textbook. Russian Education And Society, Vol 47(6). Pg 89-102.

13. Noor Rohana Mansor, (2009). Model Analisis Aras Soalan Kognitif: Kajian Terhadap Buku

Teks Bahasa Melayu Sekolah Menengah Atas. Jurnal Melayu 4.

14. Pekeliling Ikhtisas bilangan 1/2000 (2000). Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

15. Prof. Madya Dr Wan Hasmah Wan Mamat, (2001). Penggunaan Buku Teks Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

16. Renuka Ramakrishnan, Siti Hawa Abdullah, (2012). Penggunaan Sumber Digital Sejarah

Dalam Kalangan Guru Sejarah. Universiti Sains Malaysia.

17. Sakaran, U. (2003). Research Methods For Business: A Skill Building Approach. Edisi ke-4. US : John Wiley & Sons.

18. Zamri Mahamod, Mahidin Awang Itam dan Afendi Hamat, (2011). Sikap Guru Bahasa Melayu

Sekolah Rendah Terhadap Penggunaan Buku Teks Bahasa Melayu.

19. http://kaimislam.wordpress.com/2012/03/26/antara-sifat-dan-sikap/

20. http://mykamus.com/free/2010/09/persembahan

21. http://prpm.dbp.gov.my/search.aspx?k=sikap

22. http://www.abebooks.com/books/textbooks/textbook-glossary.shtml

23. http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/21552/juku_v1_1.pdf

24. http://www.ukm.my/ppbl/GEMA%20vol%2011%20(2)%202011/53-66.pdf

25. http://www.ukm.my/uba/sebar2012/Prosiding%20SEBAR2012/15.Mohd%20Zaini.pdf

26. http://ehis.ebscohost.com/ehost/pdfviewer/pdfviewer?sid=eabe20c4-aaa2-43ae-a467-

fd964030cec3%40sessionmgr111&vid=2&hid=102

22