gru proposal (2)

31
HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN 4 MRSM FELDA SUNGKAI PERAK DARUL RIDZUAN ABSTRAK Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar tingkatan 4 MRSM Sungai Perak bagi membolehkan ia diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan empat gaya pembelajaran yang diperkenalkan oleh Honey dan Mumford (1992) iaitu aktif, reflektif, teoris dan pragmatik. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui pencapaian akademik pelajar dan hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Seramai 132 orang responden yang terlibat dalam kajian ini.Kajian ini berbentuk deskriptif dan inferansial dan data diperolehi dengan menggunakan soal selidik. Kaedah ujian deskriptif dan inferansi digunakan dan di analisis dengan menggunkan perisan statistic SPSS 15.0. 1

Upload: opie-mohamad

Post on 19-Aug-2015

108 views

Category:

Education


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gru  proposal (2)

HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK

PELAJAR TINGKATAN 4 MRSM FELDA SUNGKAI PERAK DARUL RIDZUAN

ABSTRAK

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar

tingkatan 4 MRSM Sungai Perak bagi membolehkan ia diaplikasikan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran berdasarkan empat gaya pembelajaran yang diperkenalkan oleh Honey dan

Mumford (1992) iaitu aktif, reflektif, teoris dan pragmatik. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk

mengetahui pencapaian akademik pelajar dan hubungan antara gaya pembelajaran dengan

pencapaian akademik pelajar. Seramai 132 orang responden yang terlibat dalam kajian ini.Kajian

ini berbentuk deskriptif dan inferansial dan data diperolehi dengan menggunakan soal selidik.

Kaedah ujian deskriptif dan inferansi digunakan dan di analisis dengan menggunkan perisan

statistic SPSS 15.0.

1

Page 2: Gru  proposal (2)

BAB 1

PENGENALAN

1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami perubahan sesuai dengan kemajuan yang

semakin dikecapi. Sekolah dan guru memainkan peranan yang besar dalam mendidik pelajar ke

arah memenuhi matlamat dan harapan Falsafah Pendidikan Negara yang bermatlamat melahirkan

insan seimbang dari aspek jasmani, rohani, emosi, dan intelek yang mampu menghadapi cabaran

dunia global. Bagi membuktikan bahawa sekolah telah melaksanakan tugas ini dengan baik,

maka prestasi pelajarnya akan dinilai dan dibandingkan. Hal ini demikian kerana, ilmu

pengetahuan yang diperolehi melalui proses pembelajaran adalah suatu perkara yang penting

kepada pelajar sebelum mereka masuk ke alam kerjaya.

Selain daripada itu, kejayaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

sememangnya bergantung kepada kemampuan guru untuk mentafsir dan menyampaikan

kandungan pelajaran dan kesediaan pelajar untuk menerima perubahan sama ada dari segi

perlakuan ataupun tanggapan seiring dengan sukatan pelajaran. Pendekatan pembelajaran yang

berpusatkan pelajar dapat menggerakkan mereka untuk meneroka pengalaman baru melalui

aktiviti pembelajaran yang disediakan. Oleh itu, tugas guru dalam pengajarannya adalah

membimbing pelajar agar dapat menguasai isi pelajaran yang diperuntukkan seterusnya pelajar

dapat mencapai objektif yang dikehendaki. Oleh itu, memahami gaya pembelajaran perlu kerana

setiap individu mungkin mengamalkan gaya pembelajaran dan memiliki tahap penaakulan

saintifik yang berbeza-beza.

Setiap pelajar merupakan entiti dan individu yang berbeza memandangkan latar belakang

mereka yang berlainan. Hakikatnya, individu membesar dalam kepelbagaian sosiobudaya yang

terbentuk hasil interaksi dalam persekitaran masing-masing. Sosio bermaksud masyarakat dalam

kajian adalah pelajar, kebudayaan pula bermaksud satu keseluruhan gaya hidup manusia yang

merangkumi aktiviti seperti bertindak, berkelakuan dan berfikir Syed Ismail dan Ahmad Subki,

(2012). Walaubagaimanapun, perbezaan yang wujud ini tidak harus dijadikan sebagai tembok

2

Page 3: Gru  proposal (2)

pemisah yang mewujudkan pelbagai jurang dalam sistem pendidikan negara . Oleh itu, pelajar di

sekolah perlu didedahkan dengan kepelbagaian sosiobudaya agar mereka dapat belajar dalam

suasana yang kondusif walaupun berhadapan dengan pelajar dari kaum atau bangsa yang

berlainan. Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara ini akan

memberikan kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya

dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya.

Berdasarkan kajian, pembelajaran ialah proses kognitif dan fizikal yang membawa

kepada perubahan dalam tingkah laku. Kebijaksanaan bukan suatu elemen yang statik tetapi

adalah satu sistem yang dinamik, terbuka yang sentiasa berkembang sepanjang hayat.

Kebanyakan proses pembelajaran yang bermakna adalah daripada apa yang telah diaplikasikan

sama ada melalui tindakan atau pemerhatian. Pembelajaran bukan hanya berkaitan dengan proses

mengingat dan menghafal semata-mata, tetapi merupakan aktiviti yang bertujuan untuk

menguasai konsep dan memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasinya

ke dalam kehidupan. Pembelajaran melibatkan usaha menguasai kemahiran dan pengetahuan di

samping membentuk sikap. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan

individu mempunyai kemahiran yang berbeza memproses maklumat. Kaedah tersendiri individu

mencari, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat dikenali sebagai gaya pembelajaran

Oleh itu untuk berjaya, pelajar perlu memiliki sifat belajar dan menguasai kaedah belajar untuk

mendapatkan pengetahuan dan kemahiran.

Perhatian yang diberikan kepada gaya pembelajaran adalah merupakan perhatian

terhadap perbezaan individu dan perbezaan kekuatan individu. Gaya pembelajaran yang

diamalkan oleh setiap pelajar berbeza antara satu sama lain. Seseorang pelajar itu telah

membentuk gaya pembelajaran mereka sendiri sejak ia dilahirkan. Selepas itu, individu tersebut

akan terus menggunakan gaya pembelajaran tersebut dalam proses pembelajaran.

Selain daripada itu, gaya pembelajaran pula ialah cara seseorang pelajar memberi

tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman

yang baru Mok (2012). Menurut Chambers (1991) dalam Zubaidah (2007) gaya pembelajaran

yang sesuai adalah penting untuk meningkatkan pencapaian akademik seseorang pelajar,

Chambers berpendapat bahawa pelajar harus menggunakan gaya pembelajaran sebagai kekuatan

mereka dalam bidang akademik, hal ini kerana cara yang bersesuaian dengan ciri-ciri

3

Page 4: Gru  proposal (2)

pembelajaran akan menyebabkan pelajar di semua peringkat lebih bermotivasi dan seterusnya

akan meningkatkan pencapaian akademik.

Di samping penyesuaian gaya pembelajaran dengan sifat individu, penguasaan kemahiran

belajar juga penting untuk mencapai keputusan cemerlang. Menurut Selmes (2011), kemahiran

belajar adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar mencari, menilai, memilih,

menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Kemahiran belajar merupakan

keupayaan atau kecekapan yang dikuasai oleh seseorang pelajar untuk mengumpul, memproses

dan menyimpan maklumat serta menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pelajar mempunyai tahap motivasi yang berbeza- berbeza terhadap pengajaran dan

pembelajaran, kesannya mereka akan memberi respon yang berbeza kepada persekitaran bilik

darjah dan amalan pengajaran. Sedia maklum, bahawa pelajar belajar dalam berbagai cara

antaranya dengan melihat dan mendengar, merefleksi dan melakukan, berfikir secara logik dan

intuitif, dan menghafal, mengingat dan menggambarkan.

Menurut, Bass dan Greary (2012) salah satu cara untuk menentukan kecekapan atau

prestasi seseorang individu dalam mempelajari dan menguasai ilmu adalah dengan mengenal

pasti gaya pembelajarannya. Penggunaan kaedah atau gaya pembelajaran dapat membantu

seseorang mengetahui dan memahami pengetahuan dan kemahiran dalam proses pembelajaran.

Gaya pembelajaran yang dimiliki juga dapat membantu seseorang untuk mengenalpasti situasi

pembelajaran dan mempertingkatkan prestasi pembelajaran (Dunn dan Stevenson, 1997). Pelajar

yang tahu menggunakan gaya pembelajaran yang terbaik dengan dirinya akan lebih mudah

membantu mereka mencapai keputusan yang lebih cemerlang.

Sejak 1850, pakar teori pembelajaran telah mengkaji tentang fenomena pembelajaran dan

cara untuk mengaplikasikan teori pembelajaran tersebut di dalam bilik darjah. Antaranya ialah

Teori Pembelajaran Behavioris oleh Pavlov, Thomdike, dan Skinner, Teori Pembelajaran

Kognitif oleh Kohler, Gagne, Bruner dan Ausubel, Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura,

Teori Humanis oleh Rogers dan banyak lagi teori pembelajaran yang telah diaplikasikan dalam

4

Page 5: Gru  proposal (2)

pembelajaran. Oleh itu, tidak mustahil apabila setiap sekolah di Malaysia mempunyai pelbagai

cara pembelajaran dalam kalangan pelajar seperti membaca, memerhati, berbincang, perlakuan,

pembelajaran secara sendiri, pembelajaran secara berkumpulan, belajar dalam keadaan tenang,

pembelajaran dengan memasang muzik dan sebagainya. Lantaran daripada itulah wujudnya lebih

ramai penyelidik yang mengkaji mengenai gaya pembelajaran bagi mengetahui gaya

pembelajaran yang mana lebih berkesan dan sesuai diamalkan oleh pelajar-pelajar seiring dengan

kemajuan global.

Daripada itu jugalah terdetik di hati penyelidik untuk mengenal pasti gaya pembelajaran

di kalangan pelajar MRSM Felda Sungkai. Untuk merealisasikan harapan tersebut, penyelidik

menyandarkan model gaya pembelajaran Honey dan Mumford (1992) sebagai instrumen

pengukuran. Mereka telah menghasilkan satu set soal selidik yang dikenali sebagai Learning

Styles Questionnaines (LSQ) yang mengandungi lapan puluh item yang berkaitan dengan tingkah

laku pelajar. Responden akan bertindak menyatakan sama ada bersetuju atau sebaliknya ke atas

penyataan yang diberikan. Setiap penyataan dianalisis dan dihubungkaitkan dengan gaya

pembelajaran tertentu yang dikenal pasti sebagai pragmatis, aktivis, teoris dan reflektor. Sudah

terbukti melalui banyak kajian LSQ dapat digunakan bagi mengenal pasti gaya pembelajaran

tertentu individu yang terlibat. Menurut Honey dan Mumford (1992) dengan mengenal pasti

gaya pembelajaran individu, ia bukan sahaja dapat mengeksploitasi gaya pembelajaran yang

diamalkan oleh individu malahan dapat meningkatkan potensi seseorang dalam proses

pembelajaran.

Setelah gaya pembelajaran pelajar dapat dikenal pasti, adalah diharapkan agar ianya

boleh membantu guru-guru di dalam membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran .Oleh

itu, guru-guru perlu bersedia untuk membuat perubahan dan pendekatan pengajaran supaya lebih

proaktif serta responsif terhadap kumpulan sasaran iaitu pelajar-pelajar yang menjadi sumber dan

matlamat dunia pendidikan Dengan pendekatan pengajaran yang telah dikenalpasti ini, guru-guru

akan dapat memberi peluang dan pengalaman bermakna kepada pelajar yang mempunyai latar

belakang gaya pembelajaran yang berbeza secara lebih yakin dan konsisten.

5

Page 6: Gru  proposal (2)

1.2 MASALAH KAJIAN

Walaubagaimanapun, kemungkinan wujudnya pelajar yang berhadapan dengan konflik

belajar apabila tidak memiliki gaya pembelajaran yang sesuai. Masalah berlaku apabila gaya

pembelajaran pelajar tidak dapat disesuaikan dengan aktiviti dan gaya pengajaran guru.

Mempelajari kemahiran belajar yang sesuai merupakan masalah yang sering dihadapi oleh

pelajar yang ingin mencapai kejayaan yang cemerlang. Pelajar sering menghadapi masalah

dalam mencatat nota, merancang kerja, mengagihkan masa untuk belajar dan selalu tidak sempat

habis membaca nota menjelang peperiksaan. Akibatnya pelajar menjadi bosan dan tidak

menumpukan perhatian, menyebabkan mereka gagal mendapat markah tinggi dalam

peperiksaan, kurang berminat pada subjek tertentu dan seterusnya berputus asa.

Berdasarkan keputusan pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun 2014, terdapat

kemerosotan dalam pencapaian pelajar manakala dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

baru-baru ini , didapati bilangan pelajar yang lulus telah bertambah dari tahun ke setahun tetapi

bilangan yang mendapat A menurun berbanding tahun sebelumnya. Menurut sumber

Kementerian Pendidikan Malaysia seramai 11,289 daripada 455,839 calon menduduki SPM pada

2014 mendapat keputusan cemerlang iaitu hanya 2.63 peratus, berbanding 3.16 peratus (13,970

calon) pada SPM 2013. Walau bagaimanapun, sejumlah besar daripada pelajar yang lulus masih

berada di peringkat sederhana sahaja. Dengan erti kata lain, keputusan peperiksaan mereka tidak

begitu cemerlang. Situasi yang sama juga berlaku di MRSM Felda Sungkai meskipun sekolah ini

dikategorikan sebagai sekolah cemerlang. Pelbagai usaha telah dan terus digerakkan dan

dipertingkatkan oleh pihak pentadbir sekolah demi memenuhi kehendak pendidikan dan

meningkatkan prestasi akademik pelajar. Antaranya, mengadakan kursus-kursus motivasi seperti

penerapan budaya belajar berkesan, bengkel-bengkel kecemerlangan, memberi khidmat

kaunseling, ceramah-ceramah dan sebagainya. Sekolah juga ada mengadakan kelas-kelas untuk

pelajar-pelajar baik dan kelas pemulihan untuk pelajar lemah. Namun masih ramai di antara

pelajar yang mencapai tahap kelulusan yang mendatar dan rendah, Di manakah silapnya

sehingga mengakibatkan keadaan dan dilema ini membelenggu masyarakat semenjak dari dulu

lagi. Apakah permasalahan-permasalahan tersebut dipengaruhi oleh perbezaan gaya

pembelajaran para pelajar?.

6

Page 7: Gru  proposal (2)

Antara punca berlakunya kemerosotan pencapaian akademik pelajar adalah mereka gagal

menyesuaikan diri dengan cara pengajaran dan pembelajaran di sekolah, di samping tidak

mempunyai gaya pembelajaran yang tepat (Baharin Abu, 2000, 2003; Abdul Ghani Awang,

1996). Akibatnya, ramai pelajar yang kurang berjaya dan gagal mencapai keputusan cemerlang

mengakui diri mereka kekurangan pengetahuan dalam kemahiran belajar. Mereka tidak dapat

mencari kemahiran belajar yang paling sesuai dengan ciri kendiri. Ini jelas menunjukkan betapa

perlunya seseorang pelajar mengetahui gaya pembelajaran dan menguasai kemahiran belajar

yang paling sesuai dengan diri mereka terutamanya ketika menghadapi peperiksaan. Gaya

pembelajaran yang diamalkan oleh setiap individu adalah berbeza di antara satu sama lain.

Oleh itu, adakah pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza atau adakah

mereka mengamalkan gaya pembelajaran yang sama? Apakah gaya pembelajaran yang menonjol

(atau dominan) yang diamalkan oleh mereka? Di samping itu, adakah mereka mempunyai tahap

amalan kemahiran belajar yang betul atau sebaliknya? Apakah sikap mereka terhadap kemahiran

belajar dan aspek kemahiran belajar yang manakah yang kurang ditekankan oleh pelajar?

Justeru kajian ini dibuat untuk mengkaji gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah

belajar di kalangan pelajar tingkatan 4 MRSM Felda Sungkai supaya langkah yang betul dapat

diambil untuk memperbaiki situasi yang berlaku, di samping mempertingkatkan kualiti

pendidikan dan prestasi akademik pelajar.

7

Page 8: Gru  proposal (2)

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar tingkatan empat di MRSM Felda Sungkai,

Perak.

2. Mengenal pasti pencapaian akedamik pelajar tingkatan empat di MRSM Felda Sungkai,

Perak.

3. Mengenal pasti hubungan gaya pembelajaran reflektor dengan pencapaian akademik

pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak.

4. Mengenal pasti hubungan gaya pembelajaran teoris dengan pencapaian akademik pelajar

tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak.

5. Mengenal pasti hubungan gaya pembelajaran pragmatis dengan pencapaian akademik

pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak.

6. Mengenal pasti hubungan gaya pembelajaran teoris dengan pencapaian akademik pelajar

tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar tingkatan empat MRSM Felda

Sungkai, Perak?

2. Apakah pencapaian akedamik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak?

3. Adakah terdapat hubungan signifikan gaya pembelajaran reflektor dengan pencapaian

akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak?

4. Adakah terdapat hubungan signifikan gaya pembelajaran teoris dengan pencapaian

akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak?

5. Adakah terdapat hubungan signifikan gaya pembelajaran pragmatis dengan pencapaian

akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak?

6. Adakah terdapat hubungan signifikan gaya pembelajaran aktivis dengan pencapaian

akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak?

8

Page 9: Gru  proposal (2)

1.5 HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis Nul 1: Tidak terdapat hubungan antara gaya pembelajaran reflektor dengan

pencapaian akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak.

Hipotesis Nul 2: Tidak terdapat hubungan antara gaya pembelajaran teoris dengan pencapaian

akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak.

Hipotesis Nul 3: Tidak terdapat hubungan antara gaya pembelajaran pragmatis dengan

pencapaian akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak.

Hipotesis Nul 4: Tidak terdapat hubungan antara gaya pembelajaran aktivis dengan pencapaian

akademik pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai, Perak.

1.6 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini meliputi pelajar-pelajar tingkatan empat di MRSM Felda Sungkai sahaja. Umum

mengetahui sistem pembelajaran di MRSM agak berbeza berbanding sekolah menengah harian

biasa. Maka kajian ini dijalankan untuk mendapatkan hasil yang diingini. Kajian yang sama juga

telah dijalankan di kalangan pelajar-pelajar universiti, sekolah menengah harian biasa dan di

sekolah menengah teknik.

9

Page 10: Gru  proposal (2)

1.7 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Pemboleh ubah Bersandar :

Gaya Pembelajaran

1) Visual

2) Kinestetik

3) Analitik

4) Reflektif

5) Teoris

6) Pragmatis

7) Aktivis

Pemboleh ubah tidak bersandar

1) Pelajar Tingkatan 4

10

Hubungan

1) Pencapaian Akademik

Page 11: Gru  proposal (2)

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

Gaya pembelajaran dapat dihuraikan sebagai kecenderungan individu dalam cara

menerima dan memproses maklumat. Menurut Kolb (1984), gaya pembelajaran adalah faktor

kognitif, afektif dan fisiologi yang merupakan indikator tentang bagaimana pelajar melihat,

berinteraksi dan bertindak balas terhadap persekitaran pembelajaran. Menurut teori gaya

pembelajaran, pelajar menggemari lebih daripada satu gaya pembelajaran dan mereka lebih suka

belajar menurut gaya pembelajaran mereka sendiri.Walaubagaimanapun, seseorang individu

boleh mengubah gaya pembelajarannya mengikut kehendak kerja pada waktu itu (Kolb, 1976).

Jonassen dan Grabowski (1993) menjelaskan bahawa konsep gaya pembelajaran adalah

kesinambungan daripada konsep gaya kognitif yang membawa maksud perbezaan

kecenderungan pelajar dalam memproses maklumat. Kesahan gaya pembelajaran sebagai satu

konstruk adalah bergantung kepada andaian ketepatan gaya kognitif pelajar mengikut persepsi

mereka sendiri.

Keupayaan kognifitf

Kawalan kognitif

Gaya kognitif

Gaya pembelajaran

Gaya Pembelajaran sebagai kesan dari gaya kognitif.

Sumber: Jonassen dan Grabowski (1993)

11

Page 12: Gru  proposal (2)

Penulisan ini menjelaskan tentang Hubungan Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian Akademik

Pelajar Tingkatan 4 MRSM Felda Sungkai, Perak. Menurut Dunn dan Dunn (1978), elemen-

elemen yang mempengaruhi gaya pembelajaran para pelajar adalah seperti persekitaran, emosi,

sosiologi, fisiologi dan psikologi. Ekoran daripada itulah, penyelidik ingin mengetahui sama ada

terdapat hubungan antara faktor-faktor seperti keluarga, pengajaran guru dan rakan sebaya

dengan gaya pembelajaran.

Gaya Pembelajaran Yang Diberi Keutamaan Dalam Proses Pembelajaran Keputusan daripada

beberapa hasil kajian mendapati bahawa sebilangan besar pelajar mengamalkan gaya

pembelajaran Reflektor. Pelajar golongan ini mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan

kreatif, suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara dari pelbagai sudut pandangan, prinsip,

keputusan atau projek, membuat refleksi kendiri, sentiasa berhati-hati, memikirkan pelbagai

pilihan dengan teliti serta mendalam sebelum membuat sebarang kesimpulan, belajar dan

membuat kerja secara sistematik.

Gaya pembelajaran yang kedua banyak diamalkan oleh pelajar adalah gaya pembelajaran Teoris.

Berdasarkan kajian Honey & Mumford (1992), pelajar Teoris menggunakan fikirannya yang

logik dan rasional dalam membuat sesuatu keputusan. Pelajar jenis ini biasanya berminat kepada

teori-teori dan menganalisis. Mereka lebih cenderung ke arah ketepatan dan kesempurnaan.

Mereka rasa kurang senang dengan perkara yang tiada ketentuan dan tidak teratur.

Gaya pembelajaran yang kurang diamalkan oleh pelajar adalah Pragmatis dan Aktivis. Menurut

Hon dan Mufrad (1992), pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran Pragmatis adalah pelajar

yang berminat dalam menguji keberkesanan sesuatu teori, model, teknik melalui aplikasinya.

Dapatan yang boleh dikatakan membimbangkan adalah di mana tidak ramai pelajar yang

mengamalkan gaya pembelajaran Aktivis. Pelajar jenis ini gemar mencari pengalaman baru.

Golongan aktivis adalah golongan yang kreatif dan dapat mewujudkan idea serta jalan

penyelesaian yang menarik dalam situasi-situasi pengajaran dan pembelajaran yang

ditimbulkan oleh guru. Kelemahan mereka adalah sering mengambil sesuatu tindakan tanpa

berfikir dengan lebih mendalam.

Kebanyakan penyelidikan menunjukkam gaya pembelajaran boleh menghalang atau

meningkatkan pencapaian akademik dalam beberapa aspek (Riding dan Grimley, 1999).

12

Page 13: Gru  proposal (2)

Kejayaan dan kegagalan seseorang berpunca dari cara pembelajarannya sendiri sama ada

berkesan atau sebaliknya. Menurut Maznah Ismail dan Yoong Suan (1995), pendekatan

pembelajaran yang digunakan bergantung kepada ciri-ciri diri, motif pembelajaran dan persepsi

mereka terhadap tugasan yang diberi. Kajian lain oleh Kamsani Bin Md. Saad (2012) mendapati

bahawa pelajar perempuan yang mempunyai kecenderungan terhadap gaya pembelajaran visual,

kinestetik, analitik dan reflektif mencerminkan bahawa prestasi pencapaian mereka adalah lebih

baik berbanding pelajar lelaki. Hasil pengujian korelasi Pearson menjelaskan bahawa terdapat

sejumlah pelajar yang menghadapi masalah untuk mengadaptasikan diri mereka terhadap gaya

pembelajaran auditori

Menurut Emram Bin Yunus(2008), mendapati bahawa gaya pembelajaran utama yang

menjadi amalan kebanyakkan pelajar adalah Reflektor manakala gaya pembelajaran sampingan

adalah Teoris. Ini diikuti oleh gaya pembelajaran Pragmatis dan akhirnya gaya pembelajaran

Aktivis. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya

pembelajaran Reflektor, Teoris dan Pragmatis dengan faktor keluarga, pengajaran guru dan

rakan sebaya. Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran Teoris

dengan faktor keluarga, pengajaran guru dan rakan sebaya.

Rajshree S. Vaishnav (2013) menyatakan di dalam kajiannya bahawa, gaya pembelajaran

kinestetik didapati lebih lazim daripada gaya pembelajaran visual dan auditori di kalangan

pelajar sekolah menengah. Ada wujud korelasi yang tinggi positif antara gaya pembelajaran

kinestetik dengan pencapaian akademik. Lorna L. Gappi (2013), mendapati hasil kajiannya

menunjukkan bahawa tidak ada kesan yang ketara jantina, umur dan program akademik pada

pilihan gaya pembelajaran pelajar. Berdasarkan keputusan, tidak ada korelasi statistik yang

signifikan antara pencapaian akademik dan pilihan gaya pembelajaran pelajar

. Selain itu, Emeliana Elias et al (2012) dalam kajiannya, Hubungan Antara Gaya

Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik

Perdagangan Johor Bahru menunjukkan bahawa pelajar tingkatan 4 sekolah ini telah

mengaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan gaya pmbelajaran Honey dan

Mumford (1992) iaitu aktif, reflektif, teoris dan pragmatik. Kajian berbentuk deskriptif dan

inferansial telah dijalankan ke atas 40 orang responden. Hasil dapatan yang diperolehi dengan

menggunakan soal selidik menunjukkan bahawa pelajar paling banyak mengamalkan gaya

13

Page 14: Gru  proposal (2)

pembelajaran reflektif. Hasil juga menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang hubungan yang

signifikan antara gaya pembelajaran aktif, reflektif, teoris dan pragmatik dengan pencapaian

akademik.

Kajian ini jelas menunjukkan bahawa pelajar Tingkatan 4 Sek Men Teknik Perdangangan

menggemari gaya pembelajaran jenis reflektif iaitu secara mengulas pengalaman. Menurut Mohd

Nor dan Hazwani (2007), pelajar golongan ini mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan

kreatif, suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara dari pelbagai sudut pandangan, prinsip,

keputusan atau projek, membuat refleksi kendiri, sentiasa berhati-hati, memikirkan pelbagai

pilihan dengan teliti serta mendalam sebelum membuat sebarang kesimpulan, belajar dan

membuat kerja secara sistematik

Namun, kajian yang sedang pengkaji jalankan masih belum disentuh dengan lebih

mendalam. Oleh hal yang demikian, penelitian harus dijalankan dari aspek hubungan pemilihan

gaya pembelajaran dengan pencapaian sesuatu subjek di sekolah berasrama penuh khususnya di

dalam matapelajaran Matematik.

14

Page 15: Gru  proposal (2)

2.1 KERANGKA TEORI

Bil Teori Penemuan Pengkaji

1. Gaya pembelajaran adalah faktor kognitif,

afektif dan fisiologi

Kolb (1984)

2. Pendekatan pembelajaran yang digunakan

bergantung kepada ciri-ciri diri, motif

pembelajaran dan persepsi mereka terhadap

tugasan yang diberi

Maznah Ismail dan Yoong Suan

(1995)

3. Pelajar perempuan kecenderungan terhadap

gaya pembelajaran visual, kinestetik, analitik

dan reflektif

Kamsani Bin Md. Saad (2012)

4. Gaya pembelajaran utama adalah Reflektor

kemudian Teoris diikuti oleh Pragmatis dan

akhirnya gaya pembelajaran Aktivis.

Emram Bin Yunus(2008)

5. Hubungan yang signifikan di antara gaya

pembelajaran Reflektor, Teoris dan Pragmatis

dengan faktor keluarga, pengajaran guru dan

rakan sebaya

Emram Bin Yunus(2008)

6. Gaya pembelajaran kinestetik didapati lebih

lazim daripada gaya pembelajaran visual dan

auditori di kalangan pelajar sekolah menengah.

Rajshree S. Vaishnav (2013)

7. Menunjukkan bahawa pelajar paling banyak

mengamalkan gaya pembelajaran reflektif

Emeliana Elias et al (2012)

15

Page 16: Gru  proposal (2)

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENDAHULUAN

Penyelidikan ini dijalankan untuk melihat perbezaan antara gaya pembelajaran pelajar

tingkatan empat MRSM Felda Sungkai dan impaknya terhadap pencapaian akademik mereka.

3.1 REKABENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian adalah perancangan untuk mengumpul bukti ataupun maklumat yang

boleh digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Kajian ini merupakan kajian yang

menggunakan kaedah kuantitatif. Teknik pengumpulan data secara tinjaun juga telah digunakan

kerana ia lebih spesifik dan mampu mengumpul maklumat tentang sekumpulan besar kelompok

dengan cara memperoleh maklumat daripada sebahagian kelompok tersebut. Hasilnya, dapatan

kajian ini mampu menunjukkan kekuatan pemboleh ubah yang dikaji. Selain daripada itu, kaedah

tinjauan memudahkan pengkaji ini untuk bertanya kepada responden dalam bentuk soal selidik

bertulis sama ada secara pos, email ataupun secara serahan dalam jangka masa yang singkat.

3.2 POPULASI DAN PERSAMPELAN KAJIAN

Pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai telah dipilih sebagai sampel penyelidikan.

Berdasarkan kajian dan penelitian sekolah tersebut memiliki pelajar seramai 945 dan pelajar

tingkatan empat seramai 269 orang. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis

(strata). Pendekatan ini dijalankan apabila elemen dalam rangka persampelan atau sampling

frame yang bersifat heterogenous. Kaedah persampelan rawak berlapis merupakan satu proses

untuk memilih sampel agar ia dapat mewakili pelbagai sub kumpulan berbeza yang terdapat

dalam sesuatu populasi dan menjamin ahli dalam setiap strata bersifat homogeneous supaya

16

Page 17: Gru  proposal (2)

dapat mengurangkan variabiliti dalam strata (Gay, 1996; Mohd Majid Konting, 1998). Menurut

jadual penentuan sample Krejcie dan Morgan (1970) jumlah sampel yang sesuai dengan populasi

tersebut adalah seramai 132 orang. Oleh itu kajian ini akan diedarkan kepada semua pelajar

tingkatan empat yang terlibat.

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Soal selidik mengandungi soalan berbentuk demografik bagi mengetahui profil

responden dan empat puluh soal selidik yang berdasarkan instrumen daripada” Learning Styles

Questionnaires Honey and Mumford “(1992). Set soal selidik ini mengandungi dua bahagian

iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

Bahagian A mengandungi lima soalan berkaitan biodata responden iaitu jantina, bangsa, tempat

tinggal, pencapaian PMR pelajar dan pencapaian peperiksaan pertengahan tahun. Bahagian B terdiri

daripada 40 soalan yang dibuat oleh Honey dan Mumford (1992). Soal selidik ini akan menentukan

empat jenis gaya pembelajaran iaitu gaya pembelajaran aktif, reflektif, teoris dan pragmatis.

Gaya Pembelajaran Item

1 Teoris 3, 7, 10, 13, 17, 22, 26, 30, 34 dan 39

2 Reflektif 2, 8, 11, 16, 19, 21, 27, 32, 35 dan 38

3 Pragmatis 4, 5, 9, 15, 20, 23, 28, 31, 33 dan 37

4 Aktif 1, 6, 12, 14, 18, 24, 25, 29, 36 dan 40

Pengukuran dan penilaian item dilakukan menggunakan skala tiga mata bagi

memudahkan responden membuat pilihan yang tepat terhadap setiap persoalan yang

dikemukakan. Responden dikehendaki memilih salah satu daripada darjah pemeringkatan dalam

pengukuran skala tiga mata berdasarkan jadual 2 dibawah.

17

Page 18: Gru  proposal (2)

Skala TS S S S

Skor Tidak Setuju Setuju Sangat

Setuju

Jadual 2 :Taburan Skor Mengikut Skala Tiga Mata

Skor bagi setiap item akan dijumlahkan dan satu nilai peratusan diperolehi bagi menentukan

darjah kekerapan persetujuan oleh responden. Soal selidik dikemukakan oleh responden kepada

para pelajar sekolah setelah mendapat kebenaran daripada Pengetua MRSM Felda, Sungkai. Set

soal selidik yang telah siap dijawab oleh responden dikumpulkan pada hari yang sama untuk

menggelakkan berlakunya kehilangan.

3.5 KEBOLEHPERCAYAAN SOAL SELIDIK

Setelah kajian rintis dijalankan, set soal selidik dianalisis menggunakan perisian

Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 15.0 bagi mengukur kebolehpercayaan

instrumen kajian. Nilai Alpha (Cronbach) bagi kajian rintis yang dijalankan adalah 0.73 bagi kesemua 40

item yang diuji. Menurut Mohd Najib (1999), nilai koefisien yang melebihi 0.20 menunjukkan bahawa

item tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang sederhana. Ini menunjukkan bahawa item yang

dibina mempunyai kebolehpercayaan yang sederhana. Tahap kebolehpercayaan sesuatu item mengikut

julat-julat tertentu adalah seperti jadual 3 di bawah:

Julat (Positif/Negatif) Kebolehpercayaan

0.00 – 0.20 Rendah

0.21 – 0.80 Sederhana

0.81 – 1.00 Tinggi

Jadual 3: Nilai Alpha Cronbach (Sumber: Mohd Najib, 1999)

18

Page 19: Gru  proposal (2)

3. 6 KESAHAN SOAL SELIDIK

Untuk mendapatkan kesahan soalan kaji selidik ini, pengkaji telah menjalankan beberapa

langkah. Antaranya, pengkaji telah menghantar borang soal selidik kepada pengetua sekolah dan

beberapa pihak di Pejabat Pendidikan Daerah. Tujuan pengkaji berbuat demikian adalah untuk

memastikan soal selidik yang dibuat bersesuaian dan dapat difahami oleh pelajar. Pengkaji juga

mendapat beberapa saranan dan kritikan yang boleh dipertimbangkan daripada pihak-pihak

tersebut.

3.7 KAJIAN RINTIS

Kajian rintis telah dijalankan di kalangan 30 orang pelajar sekolah lain.Tujuan kajian rintis ini

ialah untuk mendapat satu analisis kebolehpercayaan instrumen yang digunakan.

3.8 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Data-data dalam penyelidikan ini dikumpul dengan mengemukakan tiga set soalan selidik

untuk dijawab oleh pelajar-pelajar tingkatan empat MRSM Felda Sungkai tersebut. Soal selidik

tersebut ialah soal selidik demografi pelajar dan soal selidik berkaitan gaya pembelajaran

mereka.

Soal selidik telah dihantar sendiri oleh penyelidik ke MRSM Felda Sungkai yang terlibat.

Pelajar tingktan empat tersebut akan diberi penjelasan tentang cara pengendalian soal selidik.

Penyelidik juga akan menyertakan surat kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia

dan Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang.

3.9 CARA ANALISIS DATA

19

Page 20: Gru  proposal (2)

Data-data dan maklumat yang diperolehi dari soal selidik yang dijawab oleh guru-guru dan

diproses dengan menggunakan pengaturcaraan Statistical Package For the Social Sciences

(SPSS) 15.0 Windows (2003). Analisis data melibatkan penggunaan statistik deskriptif dan

statistik inferensi. Aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05 (p < 0.05). Aras signifikan ini

secara umumnya diterima dalam membuat keputusan statistik oleh kebanyakan pengkaji

(Sekaran, 1992).

3.9.1 Statistik Deskriptif

Statistik deskriptif digunakan dalam kajian ini kerana data yang dihasilkan dapat dianggap

sebagai ringkasan daripada keseluruhan set data. Ia juga dapat memberi maklumat secara

langsung dan mudah (Walsh, 1990). Ujian ini untuk menjelaskan pandangan responden terhadap

taburan tingkah laku atau gaya pembelajaran pelajar, dan tahap pencapaian akademik

berdasarkan peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai.

3.9.2 Statistik Inferensi

Statistik inferensi yang digunakan di dalam kajian ini ialah Ujian-t (t-test), dan korelasi Pearson

(The Pearsons Correlation Matrix). Kaedah statistik ini akan menguji semua hipotesis kajian

yang telah digunakan. Ujian-t akan digunakan ke atas hipotesis – hipotesis yang melibatkan

perbezaan antara skor purata dua kumpulan. Korelasi Pearson dan Regresion digunakan untuk

menguji hipotesis-hipotesis yang akan menjelaskan sama ada terdapatnya hubungan antara

pembolehubah- pembolehubah kajian.

4.0 KESIMPULAN

20

Page 21: Gru  proposal (2)

Hasil kajian rintis yang telah dilakukan menunjukkan bahawa pelajar tingkatan 4 MRSM Felda

Sungkai Perak Darul Ridzuan paling banyak mengamalkan gaya pembelajaran reflektif. Hasil

juga menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang hubungan yang signifikan antara gaya

pembelajaran aktif, reflektif, teoris dan pragmatik dengan pencapaian akademik. Adalah

diharapkan kajian ini akan dapat membantu pelajar dan guru khususnya dalam bidang

pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka seharian.

21