proposal by rozie

19
SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG ULU REMIS LAYANG-LAYANG, KLUANG, JOHOR. KAJIAN TINDAKAN SAINS 2010 MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENUKARAN UNIT BAGI SISTEM METRIK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “RULER” TERHADAP MURID TAHUN 4 SEK. KEB. LADANG ULU REMIS, LAYANG-LAYANG.

Upload: rozilaila-rahmat

Post on 29-Jun-2015

395 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROPOSAL by Rozie

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG ULU REMIS

LAYANG-LAYANG, KLUANG, JOHOR.

KAJIAN TINDAKAN

SAINS 2010

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENUKARAN UNIT BAGI

SISTEM METRIK

DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “RULER”

TERHADAP MURID TAHUN 4

SEK. KEB. LADANG ULU REMIS, LAYANG-LAYANG.

DISEDIAKAN OLEH:

ROZILAILA BINTI RAHMAT

Page 2: PROPOSAL by Rozie

(PANITIA SAINS)

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 4

2. Fokus Kajian 5

3. Objektif Kajian 5

4. Kumpulan Sasaran 5

5. Tinjauan Masalah 6

5.1Analisis Item 6

5.2Temubual Bersama Guru Besar 6

5.3Temubual Bersama Guru Matematik 7

5.4Temubual Bersama Murid 7

6. Analisis Tunjauan Masalah 8

6.1Analisis keputusan Peperiksaan 8

6.2Analisis Temubual 9

6.3Analisis Pemerhatian 9

7. Jadual Pelaksanaan Kajian (Carta Gantt) 10

8. Tindakan Yang Dicadangkan dan Dilaksanakan 11

8.1Kaedah “RULER” 11

8.2Aplikasi Kaedah “RULER” 13

8.3Temubual Ke Dua (2) Bersama Guru 14

8.4Temubual Ke Dua (2) Bersama Murid 15

8.5Analisis Temubual Ke Dua (2) 15

9. Refleksi Kajian Di Dalam P&P 16

10.Cadangan Untuk Kajian Seterusnya 17

11.Kesimpulan 17

12.Bibliografi 18

2

Page 3: PROPOSAL by Rozie

Nama dan Alamat Sekolah:

Sekolah Kebangsaan Ladang Ulu Remis,

Layang-Layang, Kluang, Johor

Nama Pengkaji :

Rozilaila Binti Rahmat

(821203-01-6060)

Tajuk Kajian :

Meningkatkan Kemahiran Penukaran Unit Bagi Sistem Metrik Dengan Menggunakan

Kaedah “Ruler” Terhadap Murid Tahun 4 Bijak

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Proses mengingati dan memahami sesuatu konsep adalah satu proses yang

sangat lemah di kalangan murid. Lebih – lebih lagi apabila ianya melibatkan satu

fakta bertulis dan bernombor yang mengaitkan antara Sains dan Matematik.

Lantaran itu saya memberikan banyak contoh-contoh penggunaan dan aplikasi

pengukuran dan pengiraan di dalam kehidupan seharian murid. Contohnya seperti

pergi ke kedai runcit untuk membeli gula dengan timbangan satu setengah

kilogram. Murid perlu tahu bagaimana untuk menyamakan timbangan gula di dalam

kilogram dan juga gram. Di mana penukaran unit perlu tepat agar kita tidak mudah

tertipu sewaktu membeli barangan tersebut.

Walau bagaimanapun masih lagi terdapat murid yang tidak dapat menentukan

penukaran unit dengan tepat sedangkan sudah ditunjukkan berkali – kali dengan

contoh yang berbeza bagi setiap jenis pengukuran iaitu pengukuran panjang,

isipadu dan juga berat. Ini menyebabkan murid saya kurang berminat untuk

mempelajari tajuk ini dengan betul dan bersungguh - sungguh.

3

Page 4: PROPOSAL by Rozie

Sebagai guru Sains yang baru bertatih di dalam bidang perguruan ini, saya

kurang berpengalaman dalam mengajar topik tersebut. Pengalaman mengajar yang

baru setahun jagung menyebabkan murid saya tidak dapat memahami konsep

penukaran unit tersebut dengan jelas dan tepat. Lantaran itu, saya telah membuat

perbincangan dengan beberapa orang guru bagi mengatasi masalah tersebut. Hasil

daripada perbincangan, penelitian dan pencarian maklumat, maka kami telah

mendapat satu kaedah yang membolehkan murid untuk memahami dengan mudah

konsep penukaran unit ini.

2. Fokus Kajian

Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid adalah seperti berikut:

i. Murid tidak memahami konsep penukaran unit,

ii. Murid keliru dengan istilah – istilah unit di dalam pengukuran

iii. Murid tidak dapat menjawab soalan pengiraan yang berbentuk penyelesaian

masalah.

3. Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, para murid diharap akan mencapai objektif

berikut:

i. Objektif Umum

Meningkatkan penguasaan Matapelajaran Sains dengan baik dengan

peningkatan peratus kelulusan Sains.

ii. Objektif Khusus

Meningkatkan murid menguasai semua penukaran unit di dalam Sistem

Metrik.

Membantu murid dalam menguasai tajuk Pengukuran melalui penguasaan di

dalam penukaran unit Sistem Metrik

Membantu murid menyelesaikan soalan pengiraan.

4. Kumpulan Sasaran

4

Page 5: PROPOSAL by Rozie

Kajian ini melibatkan 22 orang murid Tahun 4 yang lemah dalam mata pelajaran

Sains.

5. Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, tinjauan terhadap masalah

yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam

masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut:

5.1 Analisis Item

Berdasarkan analisis item yang dibuat daripada keputusan Peperiksaan

Semester yang lepas didapati kebanyakkan murid dapat menjawab soalan Sains

dengan keputusan yang agak baik.

Tetapi, melalui Ujian Formatif 3 di Semester 2 ini, yang telah dijalankan, didapati

kebanyakkan murid tidak dapat menjawab soalan pengiraan mahupun

penyataan yang melibatkan penukaran unit.

5.2 Temubual bersama Guru Penolong Kanan 1

Memandangkan Guru Penolong Kanan 1 merupakan guru pakar yang

mengajar matapelajaran Sains, saya mengadakan temubual bersama beliau

untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai masalah dan isu ini. Berikut

adalah temubual yang telah dijalankan:

Penyelidik (P)

Guru Penolong Kanan 1 (PK1)

P : Bagaimanakah prestasi murid Tahun 4 semasa Peperiksaan

Semester yang lalu?

PK1 : Kurang memuaskan. Melibatkan separuh daripada murid yang

tidak lulus.

P : Adakah mereka pernah merungut mengatakan tidak faham dan

susah memahami konsep yang diajar sebelum ini?

PK1 : Tidak pernah. Kerana sebelum ini semua tajuk yang dipelajari tidak

melibatkan pengiraan.

P : Apakah pendapat Puan terhadap Tajuk Pengukuran bagi Tahun 4?

PK1 : Agak sukar. Murid perlu menguasai sifir dengan baik di samping

5

Page 6: PROPOSAL by Rozie

menguasai bentuk – bentuk penukaran unit bagi Sistem Metrik.

Berdasarkan pengalaman saya, murid lebih mudah menguasai

mata pelajaran Sains yang melibatkan Sains Biologi dan Kimia

berbanding Fizik. Mereka tidak dapat menggambarkan sesuatu

yang mereka tidak dapat lihat seperti di dalam fizik. Tetapi mudah

bagi mereka melihat benda maujud seperti di dalam Biologi dan

Kimia.

5.3 Temubual bersama Guru Matematik

Penyelidik (P)

Guru Matematik (GM)

P : Bagaimanakah prestasi murid Tahun 4 di dalam Matematik?

GM : Agak lemah. Hanya sebahagian kecil yang menguasainya.

P : Bagaimanakah pula bagi soalan yang berbentuk penyelesaian

masalah?

GM : Murid tidak dapat menguasainya dengan baik. Mereka keliru

dengan maklumat yang ada di dalam soalan. Mereka perlukan

bimbingan untuk memahami kehendak soalan tersebut.

P : Apakah yang menjadi punca kepada masalah ini?

GM : Minat yang kurang dan murid tidak ada motivasi intrinsik untuk

memajukan diri mereka terutama dalam menguasai matapelajaran

Matematik ini.

5.4 Temubual bersama Murid

Penyelidik (P)

Murid (M)

Murid 1 (M1)

P : Apakah yang menyebabkan anda tidak dapat menguasai tajuk

Pengukuran terutamanya di dalam penukaran unit?

M1 : Saya tidak meminati Sains.

P : Adakah sukar untuk menguasai tajuk ini?

M1 : Ya. Sangat sukar. Terlalu banyak yang perlu difahami dan

6

Page 7: PROPOSAL by Rozie

diketahui.

P : Bahagian mana di dalam tajuk ini yang sukar untuk dikuasai?

M1 : Soalan pengiraan yang melibatkan penukaran unit Sistem Metrik.

Murid 2 (M2)

P : Apakah anda merasakan Sains ini membosankan?

M2 : Tidak. Saya suka belajar Sains kerana ia menyeronokkan.

P : Jika anda meminati Sains, mengapa anda tidak dapat menguasai

tajuk pengukuran ini?

M2 : Terlalu banyak yang perlu dipelajari. Mula – mula perlu faham fakta

yang ada. Kemudian perlu faham cara untuk membuat kiraan yang

melibatkan penukaran unit. Ianya susah.

6. Analisis Tinjauan Masalah

6.1 Analisis keputusan Peperiksaan Semester 1 dan Ujian Formatif 3

Graf 1 di atas menunjukkan jumlah bilangan murid Tahun 4 di dalam

Peperiksaan Semester 1 yang dibandingkan dengan jumlah mereka semasa

Ujian Formatif 3 bagi Semester 2. Jelas dapat dilihat wujudnya perbezaan yang

ketara bagi kedua – dua peperiksaan tersebut. Peratusan kelulusan mereka

7

Graf 1:

Jumlah Murid Lulus/Gagal semasa Peperiksaan Semester dan Ujian Formatif 3

Page 8: PROPOSAL by Rozie

semasa Peperiksaan Semester 1 adalah 64% berbanding dengan 32% lulus

semasa Ujian Formatif 3.

Setelah pemerhatian dijalankan selama beberapa minggu sebelum Ujian

Formatif 3 ini dijalankan, didapati, lebih daripada separuh murid Tahun 4 ini tidak

dapat menguasai penukaran unit bagi tajuk Pengukuran ini. Dan ianya terbukti

melalui penilaian Ujian Formatif 3 di mana soalannya 100% hanya melibatkan

tajuk Pengukuran. Keadaan ini amat merungsingkan. Walaupun hanya 2 atau 3

soalan yang akan keluar bagi tajuk ini di dalam peperiksaan UPSR, tetapi jika

mereka tidak dapat menguasai penukaran unit ini, ia akan mendatangkan

masalah di masa akan datang kerana bahagian penukaran ini akan terus

digunakan selagi wujudnya Sains dimuka bumi ini. Satu jalan penyelesaian

harus dijalankan segera demi kebaikan mereka.

6.2 Analisis Temubual

Daripada temubual – temubual yang telah dijalankan, didapati ada

benarnya kata – kata Puan Guru Penolong Kanan 1 yang menyatakan

kesukaran murid (terutamanya murid Melayu) untuk menguasai matapelajaran

Sains yang melibatkan Fizik. Selain itu, kelemahan murid di dalam menguasai

matapelajaran Matematik turut menyumbang kelemahan mereka di dalam

menguasai tajuk Pengukuran ini.

Murid – murid ini memerlukan motivasi intrinsik lebih dari motivasi

ekstrinsik di dalam hidup mereka agar mereka dapat menguasai matapelajaran

ini sebaiknya. Sokongan daripada keluarga dan semangat serta tunjuk ajar

daipada guru amat diperlukan dalam membantu meningkatkan penguasaa

mereka di dalam matapelajaran ini terutamanya di dalam tajuk Pengukuran ini.

Sebagai guru baru, saya berazam untuk memilih satu cara atau bentuk

pengajaran yang mudah dan ringkas bagi murid – murid tersebut benar – benar

menguasai cara untuk menukar unit – unit di dalam Sistem Metrik.

6.3 Analisis Pemerhatian

8

Page 9: PROPOSAL by Rozie

Melalui pemerhatian saya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran saya

dapati murid-murid kelihatan tidak bersemangat . Mereka tidak aktif di dalam

kelas apatah lagi untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Ada

dikalangan mereka yang bermain dan tidak menumpukan perhatian di dalam

kelas.

“Saya tidak faham apa yang cikgu ajar”, “Banyak sangat yang nak kena

belajar”, ”Saya tidak suka Sains, lagipun susah nak hafal unit – unit dalam

Sistem Metrik”. Inilah antara rungutan yang pernah saya dengar dari mulut

mereka.

Bagi murid yang memang meminati Sains, mereka jadi hilang tumpuan

dan mula merasakan rumitnya Sains itu. Saya menjadi takut dengan kenyataan

ini. Betapa ruginya bidang ini untuk kehilangan bakat – bakat muda yang bakal

mempelopori bidang ini. Satu usaha yang tegar harus dimulakan secepatnya.

Melalui kajian tindakan ini, saya mula merealisasikan satu kaedah baru yang

saya kaji dan berharap agar ia dapat membantu murid – murid tersebut dan

generasi yang seterusnya.

7. Jadual Pelaksanaan Kajian (Carta Gantt)

Perkara / Aktiviti Mulai Bulan Julai (Sesi Pertemuan Kelas)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

1. Membuat carian maklumat dan

pembacaan mengenai Kajian

Tindakan

x x x x x x x x x x x x

2. Mengenalpasti masalah / isu yang

berkaitan.x x x x

3. Menjalankan temubual bersama

guru dan murid terlibatx x x x x x x

4. Merancang kajian tindakan x x x x

5. Melaksanakan tindakan x x x x

9

Page 10: PROPOSAL by Rozie

6. Mengumpulkan dapatan x x x x x x

7. Menganalisis dapatan x x x x

8. Menulis laporan / refleksi x x

8. Tindakan Yang Dicadangkan dan Dilaksanakan

8.1 Kaedah “RULER”

i. Lukis gambar rajah seperti di bawah ini:

ii. Susunkan mengikut urutan menurun di dalam satu barisan dan gantikan ia

kepada istilah yang mudah diingat di dalam satu ayat yang mudah seperti di

bawah ini:

Kilo : Kakak

Hekta : Husna

Deka : Dah

Meter / Gram / Liter : Makan

Desi : Duku

Centi : Ciku

Mili : Manggis

iii. Tekankan kepada murid bahawa Makan adalah penting bagi kita untuk

hidup. Tetapi hidup bukan semata – mata untuk makan. Jadi perkataan

makan berada di tengah – tengah “RULER”, yang bermaksud ia penting

tetapi bukannya keutamaan di dalam kehidupan.

iv. Murid diberi masa 10 minit untuk menghafal ayat yang diberi di atas.

10

Kilo Hekta Deka Meter Desi Centi Mili

Gram

Liter

Page 11: PROPOSAL by Rozie

v. Kemudian, murid di arahkan untuk menulis semula ayat tersebut di atas

kertas kosong tanpa merujuk mana – mana sumber berkaitan.

Kakak Husna Dah Makan Duku, Ciku, Manggis

vi. Selepas itu, murid harus menukarkan perkataan tadi mengikut huruf pertama

di dalam Sistem Metrik (kilo, hekta, deka, meter, desi, centi, dan mili)

Kakak Husna Dah Makan Duku Ciku Manggis.

Kilo Hekta Deka M eter Desi Centi Mili

vii. Setelah murid berjaya menghafal dan menulis ayat tersebut, soalan contoh

diberikan untuk pengaplikasian Kaedah “RULER”

Contoh 1:

100 cm bersamaan dengan berapa meter?

Penyelesaian:

a. Lihat kedudukan cm (centimeter) dan meter di skala RULER.

b. Kemudian, lukiskan lengkungan di dalam skala seperti berikut:

c. Arah pergerakan lengkungan bergantung pada permintaan soalan

samada penukan unit dari yang kecil kepada yang besar atau sebaliknya.

d. Jika gerakan lengkungan adalah kekiri, maka titik perpuluhannya

mengundur kekiri juga dengan jumlah lengkungan bersamaaan dengan

jumlah perubahan titik perpuluhan.

11

Kilo Hekta Deka Meter Desi Centi Mili

Gram

Liter

Page 12: PROPOSAL by Rozie

e. Jika lengkungan itu bergerak kekanan, titik perpuluhannya bergerak ke

kanan juga dengan jumlah lengkungan diganti dengan angka sifar

dengan jumlah yang sama.

Seperti contoh tadi:

100cm = ? m

Mengikut arah gerakan lengkungan yang kekiri, maka:

100cm = 1m

Contoh 2:

125km + 118m = ? m

Berdasarkan gerakan lengkungan kekanan, maka, titik perpuluhan juga

akan bergerak kekanan dengan jumlah pemindahan titik perpuluhan yang

sama dengan jumlah lengkungan terhasil.

Jadi,

125km = 125000m

Maka,

125000m + 118m = 125118m

8.2 Aplikasi Kaedah “RULER”

i. Murid diberikan masa 30 minit untuk menjawab set soalan Ujian Formatif 3

yang mengandungi hanya soalan daripada tajuk Pengukuran untuk melihat

perubahan dan hasil daripada pengaplikasian Kaedah “RULER”.

12

Kilo Hekta Deka Meter Desi Centi Mili

Gram

Liter

Page 13: PROPOSAL by Rozie

ii. Penyelidik akan menanda jawapan murid dan menjalankan analisis item

untuk mendapatkan hasil keputusan murid di dalam ulangan Ujian Formatif 3

yang dijalankan selepas pengaplikasian Kaedah “RULER”.

iii. Hasilnya seperti dinyatakan di dalam Graf 2 di bawah:

iv. Seperti yang dapat dilihat, peratus kenaikan markah murid adalah 36%

daripada hanya 7 orang murid kepada 16 orang murid yang mendapat

markah melebihi 50%. Di mana, peratus peningkatan mencapai 41%. Ini

menunjukkan satu perkembangan yang baik di mana murid – murid boleh

menerima dan memahami cara untuk membuat penukaran unit di dalam

Sistem Metrik menggunakan Kaedah “RULER”.

8.3 Temubual Ke Dua (2) bersama Guru

Guru Sains(G)

P : Apakah pendapat puan mengenai kaedah ini?

GS : Ianya ringkas dan memudahkan murid. Tetapi boleh menimbulkan

kekeliruan kepada murid dengan 2 istilah yang baru iaitu hekta dan

deka. Kerana ianya tidak termasuk di dalam sukatan pelajaran

sekolah rendah dan menengah.

P : Menurut Puan, bagaimanakah cara yang sesuai untuk mengatasi

13

Graf 2:

Jumlah Murid Lulus/Gagal semasa Ujian Formatif 3 Sebelum Kajian Tindakan dan Sesudah Kajian Tindakan Dilaksanakan

Page 14: PROPOSAL by Rozie

masalah ini?

GS : Penekanan yang lebih perlu untuk mengelakkan kekeliruan dengan

terma yang baru seperti ini.

8.4 Temubual Ke Dua (2) bersama Murid

Murid 1 (M1)

P : Bagaimanakah perasaan anda setelah mempelajari Kaedah

“RULER” ini?

M1 : Seronok, kerana saya sudah mula memahami bagaimana cara

untuk menukar unir di dalam Sistem Metrik.

P : Adakah Sukar untuk memahami kaedah ini?

M1 : Tidak terlalu sukar dan tidak terlalu mudah. Mungkin jika latihan

yang lebih banyak diberikan untuk pengaplikasian kaedah ini,

ianya akan menjadi amat mudah.

Murid 2 (M2)

P : Apakah pendapat anda mengenai Kaedah “RULER” ini?

M2 : Ianya mudah dan ringkas.

P : Adakah mudah untuk mengingati susunan kedudukan di dalam

kaedah ini?

M2 : Tidak juga. Tetapi mungkin ada cara yang lebih mudah untuk

menghafal susunan ini selain daripada menghafal satu ayat

sahaja.

8.5 Analisis Temubual Ke Dua (2)

Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan para guru dan murid, mereka

merasakan Kaedah “RULER” ini mudah dan ringkas cuma memerlukan

pengubahsuaian dan penekanan yang lebih sedikit untuk menjadikan ia lebih

mudah dan mesra pengguna. Guru Sains juga bersetuju dan berpuashati

dengan kajian yang telah dijalankan. Namun, kesedaran bahawa murid – murid

ini amat memerlukan bimbingan setiap masa menyedarkan kami betapa

14

Page 15: PROPOSAL by Rozie

perlunya pendekatan yang lebih efektif dicari untuk membantu mereka.

Walaubagaimanapun, kaedah ini telah membawa kepada perubahan yang

positif walaupun bukan 100% positif.

9. Refleksi Kajian Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Pada peringkat awal saya dapati murid-murid ini mengalami kesukaran untuk

memahami konsep baru yang saya bawakan terutamanya dngan istilah yang baru

seperti hekta dan deka. Banyak kekeliruan yang timbul apabila pendekatan ini

dikemukakan, Namun begitu apabila penekanan ini dilakukan secara berulang-ulang,

akhirnya mereka mula memahami dan menguasai kaedah ini.

Dalam pemerhatian saya, didapati murid-murid ini lebih memberikan tumpuan di

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran setelah kaedah ini saya gunakan. Mereka

lebih seronok untuk belajar lebih – lebih lagi saya telah menyelitkan elemen hiburan

seperti permainan di samping belajar. Maklumbalas yang saya terima daripada murid-

murid ini begitu memberangsangkan kerana dapat menguasai penukaran unit dengan

begitu mudah sehinggakan mereka menunjukkan kepada rakan-rakan mereka

pendekatan ini secara tidak formal. Respon daripada murid amat positif sekali. Guru

turut menyediakan latihan pengukuhan serta beberapa aktiviti permainan yang

menambahkan lagi penguasaan mereka dalam menguasai penukaran unit Sistem

Metrik ini.

Sesungguhnya saya amat berpuashati dengan pencapaian dan perkembangan

positif yang telah mereka tunjukkan. Saya dapati juga pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah juga adalah menarik. Murid-murid tidak mengantuk dan masing-

masing ingin melibatkan diri di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Dalam pada itu, kajian tindakan ini secara langsung telah membantu murid-

murid menguasai konsep penukaran unit di dalam Sistem Metrik. Hasilnya mereka

dapat menguasai tajuk Pengukuran ini yang banyak melibatkan pengiraan berserta

penukaran unit pada masa yang sama.

Sungguhpun begitu, penguasaan ini masih belum mencapai tahap yang saya

ingini. Saya mahu murid – murid ini benar – benar menguasai dan mamahami setiap

15

Page 16: PROPOSAL by Rozie

istilah dan maksud yang ada di dalam tajuk Pengukuran ini. Bukan itu sahaja, bagi

murid yang lemah, untuk menghafal susunatur Kaedah “RULER” sahaja sudah mampu

mengelirukan mereka. Pendekatan yang lebih wajar, kreatif dan efektif perlu

dilaksanakan segera demi kebaikan mereka di masa akan datang.

10.Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Untuk kajian yang seterusnya saya bercadang agar dapat menggunakan sumber

yang ada di persekitaran yang boleh diaplikasikan sebagai alat bantu mengajar untuk

memahirkan lagi penguasaan penukaran unit.

Saya bercadang juga untuk mengubah ayat “Kakak Husna Dah Makan Duku

Ciku Manggis” ke dalam bentuk nyanyian. Terbukti melalui kajian Sains, minda kita

lebih mudah menghafal sesuatu dalam bentuk nyanyian lagu. Saya juga berjaya

menemukan satu laman web dari kajian barat yang menggunakan nyanyian lagu untuk

murid mengingat istilah Sains yang bersesuaian melaui penceritaan yang kreatif.

Alangkah bagusnya dan eloknya jika kita para guru di Malaysia juga turut

menggunakan kaedah yang sama demi kesejahteraan generasi kita disamping

meningkatkan lagi martabat bidang pendidikan dan pembelajaran kita dimata dunia.

11.Kesimpulan

Secara keseluruhannya saya mendapati bahawa Kaedah “RULER” ini adalah

sangat sesuai dan mudah kerana keputusan menunjukkan bahawa murid-murid

berjaya menguasai penukaran unit Sistem Metrik dengan baik. Setelah melibatkan diri

dalam kajian tindakan ini akhirnya saya dapat membuat satu kesimpulan iaitu

seseorang guru itu perlu sentiasa mencari perubahan dan mengkaji keberkesanan

pengajaran mereka demi anak didik dana anak bangsa.

Bak kata pepatah ”Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”.

Setiap masaalah itu pasti ada jalan penyelasaiannya. Semoga kajian yang dijalankan

ini akan memberi manfaat kepada semua khususnya para guru yang sedikit sebanyak

16

Page 17: PROPOSAL by Rozie

akan dapat membantu anak didik mereka dalam menguasai cara penukaran unit bagi

Sistem Metrik ini. Semoga usaha ini sentiasa diberkati oleh-Nya. Insya Allah. Doakan

Kejayaanku sebagai guru muda.

12.Bibliografi

i. Kajian Tindakan: Panduan Asas –

http://www.teachersrock.net/kajian%20tindakan.htm

ii. Contoh Kajian Tindakan Yang dijalankan di Sekolah -

http://researchipbmm2008.blogspot.com/2008/01/contoh-kajian-tindakan-yang-dijalankan.html

iii. Konvensyen kajian Tindakan 2004 – VCD

iv. Songs For Teaching –

www.songsforteaching.com/sciencesongsphysical.htm

17