ppik 3 (sce 3109)

8
Rashidatul Kamilah, Nur Amirah, Nur Adilah SUMBER TENAGA Petroleum,gas asli,kuasa hidroelektrik,tenaga suria,arang batu, tenaga nuklear dan tenaga biomas Petroleum dan Gas Asli Lokasi: Kerteh,Port Dickson,Bintu lu industri petrokimia SUMBER TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI SUMBER TENAGA TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI Hidroelek trik Stesyen: Emp. Kenyir dan Cenderoh -Kegunaan: menyalakan lampu, menggerakka n jentera, menghasilka n tenaga elektrik Tenaga Suria Menerima pancaran matahari 7-8jam sehari -Kegunaan: tenaga elektrik kalkulator dan pemanas air Tenaga Biojisim Terhasil dari pereputan sisa kepada gas metana Arang Batu - Kegunaan : Sumber tenaga stesen elektrik terma bahan kuasa dikilang- kilang sumber elektrik PPIK 3 ( PENGURUSAN Tenaga angin Penjana boleh dijalankan menggunakan kekuatan angin untuk menjanakan elektrik Tenaga Geoterma Lapisan batuan yang berada sangat jauh dibawah permukaan bumi yang sangat panas. Apabila air dipam ke dalam batuan yang sangat panas itu, air ditukarkan kepada stim yang boleh digunakan mengerakkan turbin dan menjana elektrik Tenaga Nuklear Stesen kuasa nuklear menggunakan nucleus untuk menjanakan arus nuklear. Uranium-235 mengalami tindakbalas belahan dan tenaga dibebaskan.

Upload: rashidatul-kamilah

Post on 12-Aug-2015

770 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

PPIK 3

TRANSCRIPT

Page 1: PPIK 3 (Sce 3109)

Rashidatul Kamilah, Nur Amirah, Nur Adilah

SUMBER TENAGAPetroleum,gas asli,kuasa

hidroelektrik,tenaga suria,arang batu, tenaga nuklear dan tenaga biomas

Petroleum dan Gas Asli

Lokasi: Kerteh,Port Dickson,Bintulu

-Kegunaan:Bahan api kenderaan bermotor,bahan mentah industri petrokimia

SUMBER TENAGA YANG BOLEH

DIPERBAHARUI

SUMBER TENAGA TIDAK BOLEH

DIPERBAHARUI

Hidroelektrik

Stesyen: Emp. Kenyir dan Cenderoh -Kegunaan: menyalakan lampu, menggerakkan jentera, menghasilkan tenaga elektrik

Tenaga Suria

Menerima pancaran matahari 7-8jam sehari

-Kegunaan:tenaga elektrik kalkulator dan pemanas air

Tenaga Biojisim

Terhasil dari pereputan sisa pertanian, sampah sarap, sisa haiwan dan boleh di boleh ditukar kepada gas metana

Arang Batu

- Kegunaan :Sumber tenaga stesen elektrik terma bahan kuasa dikilang-kilang

Tenaga Nuklear

-Kegunaan: Perubatan, pertanian, sumber elektrik

PPIK 3 ( PENGURUSAN GRAFIK )

Tenaga angin

Penjana boleh dijalankan menggunakan kekuatan angin untuk menjanakan elektrik

Tenaga Geoterma

Lapisan batuan yang berada sangat jauh dibawah permukaan bumi yang sangat panas. Apabila air dipam ke dalam batuan yang sangat panas itu, air ditukarkan kepada stim yang boleh digunakan mengerakkan turbin dan menjana elektrik

Tenaga Nuklear

Stesen kuasa nuklear menggunakan nucleus untuk menjanakan arus nuklear. Uranium-235 mengalami tindakbalas belahan dan tenaga dibebaskan.

Kegunaan: sumber elektrik

Page 2: PPIK 3 (Sce 3109)

Rashidatul Kamilah, Nur Amirah, Nur Adilah

PERANAN DALAM MENGURANGKAN PEMBAZIRAN TENAGA DALAM KEHIDUAN SEHARIAN

Menyokong pelaksanakan program-program kesedaran awam mengenai penggunaan tenaga

secara cekap melalui program Energy Month pada bulan November setiap tahun. Aktiviti-

aktiviti yang diadakan adalah seperti seminar, pameran, edaran-edaran risalah dan buku

panduan serta aktiviti-aktiviti peringkat sekolah mengenai kepentingan dan cara-cara untuk

menjimatkan penggunaan tenaga.

Menjimatkan penggunaan elektrik didalam rumah:

Tutup lampu pada waktu siang.

Setkan suhu pendingin hawa di antara 24darjahC hingga 26darjahC, iaitu

paras rendah (24darjahC) semasa cuaca panas dan paras tinggi (26darjahC)

pada musim hujan. Seboleh-bolehnya gunakan aliran udara semula jadi.

Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk

menjimatkan tenaga.

Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga.

Terdapat peralatan yang menggunakan 75% tenaga kurang daripada oven

yang besar.

30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan

yang sama untuk oven.

Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan

tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.

Menggalakkan penanaman pokok :

Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan.

Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan

kepada rumah.

Menggunakan peralatan elektrik dengan betul:

Jangan memasukkan makanan melebihi muatan peti sejuk. Ini kerana udara

sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan disimpan

pada suhu yang betul.

Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan letakkan

periuk atau kuali mengikut saiz pembakar.

Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang

betul.

Page 3: PPIK 3 (Sce 3109)

Rashidatul Kamilah, Nur Amirah, Nur Adilah

Keluarkan palam bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan

peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga

elektrik walaupun suisnya telah ditutup. Jika dinding di rumah atau pejabat

tidak ditebat, gunakan perkakas berat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk

diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah kemasukan

haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.

Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk

menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.

Beli alat pendingin hawa yang bersaiz betul untuk kegunaan di rumah atau

pejabat. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/

buka secara kerap

Menjimatkan ppenggunaan air:

Tutup kepala paip atau sumber air selepas digunakan.

Menadah air hujan untuk tujuan menyiram bunga dan membasuh kereta

Tidak menggunakan kuantiti air secara berlebihan dalam membuat kerja

rumah seperti membasuh baju dan membasuh pinggan

Membersihkan perkakas elektrik :

Membersihkan kipas angin bilik 2 bulan sekali untuk mengelakkan habuk-habuk

daripada melekat dan seterusnya menggunakan elektrik yang lebih untuk

bergerak.

Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50%

pengeluaran tenaga.

Menggunakan perkakas elektrik yang di sahkan SIRIM dan cekap tenaga:

Membeli peralatan elektrik yang mempunyai kemampuan 'Cekap Tenaga'.

Wang yang dijimatkan melalui penjimatan tenaga ini dapat memulangkan

kos pelaburan tersebut dalam beberapa tahun

Lampu kalimantang kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada

lampu kalimantang biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga.

Penukaran kepada lampu ini dapat menjimatkan tenaga. bilik atau kawasan

tertentu tidak digunakan.

Page 4: PPIK 3 (Sce 3109)

Rashidatul Kamilah, Nur Amirah, Nur Adilah

Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul. Pastikan anda membanding

alatan yang setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar

dalam jenama yang sama.

Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang

melebihi keperluan keluarga akan menyebabkan pembaziran wang dan juga

penggunaan tenaga.

Jika peralatan elektrik melebihi 10 - 15 tahun. Praktiskan penukaran semula

kepada peralatan baru yang cekap tenaga.

Pastikan label "EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini

menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan

menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap. Jika

peralatan tersebut buatan Malaysia, lihat label "Cekap Tenaga" yang

dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Page 5: PPIK 3 (Sce 3109)

Rashidatul Kamilah, Nur Amirah, Nur Adilah

Pada akhir aktiviti, jawap soalan berikut:

1. Apakah yang telah anda pelajari daripada kedua-dua aktiviti ini?

Dalam pembelajaran aktiviti saya dapat mengetahui dan mengenalpasti sumber –sumber

tenaga yang terdapat di dalam dan diluar Negara. Saya juga dapat mengetahui bahawa

sumber tenaga terbahagi kepada dua iaitu sumber yang boleh diperaharui dan sumber yang

tidak boleh diperbaharui. Di Malaysia sendiri mempunyai sumber tenaga seperti tenaga

suria, hidroelektrik, biojisim, arang batu, petroleum dan gas asli. Sumber-sumber tenaga

yang diperolehi sesebuah Negara itu bergantung kepada keadaan sekeliling seperti di

Malaysia penggunaan sumber tenaga dari hidroelektrik dan petroleum serta gas asli sangat

tinggi kerana Malaysia mempunyai kawasan yang sesuai untuk dijadikan empangan yang

boleh membekalkan tenaga. Ini berbeza dari Negara inidia yang menjadikan tenaga biojisim

sebagai sumber tenaga yang utama kerana meraka mempunyai sisa-sisa haiwan sperti

lembu yang sangat banyak yang boleh diproses dan kemudian dijadikan sebagai sumber

tenaga.

2. Bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah mengajar topik ini?

Tahun 5 /Tema : Menyiasat Daya Dan Tenaga

Topik : Memahami Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Dan Tidak Boleh Diperbaharui

3. Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti-aktiviti ini dalam pengajaran dan

pembelajaran anda?

Mengadakan perbincangan secara berkumpulan. Minta pelajar mengklasifikasikan

sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui.

Menggunakan powerpoint. Minta pelajar mempersembahkan jenis-jenis sumber

tenaga yang terdapat di dalam dan luar Negara. Kemudian bincangkan cara sumber

tenaga ini diperolehi.

Menggunakan teknik lakonan. Lakonkan scenario penggunaan sumber tenaga yang

berlebihan. Contohnya penggunaan air yang berlebihan di rumah ataupun tidak

menutup lampu rumah pada waktu siang, serta membiarkan kipas angin sentiasa

terbuka. Selepas itu, minta pandangan pelajar tentang cara mengurangkan

penggunaan tenaga.

Page 6: PPIK 3 (Sce 3109)

Rashidatul Kamilah, Nur Amirah, Nur Adilah

Mengadakan kuiz atau permainan stesen. Di setiap stesen pelajar dikehendaki

menjawab soalan berkaitan tentang sumber tenaga. Contohnya, cara penggunaan

tenaga yang betul, jenis sumber tenaga yang terdapat di Malaysia atau kesan

pembaziran sumber tenaga pada jangka masa yang panjang.

4. Apakah peranan guru dalam aktiviti ini?

Guru berperanan sebagai fasilitator dalam memandu murid memahami input-input yang

diperolehi. Guru juga dapat menguji tahap pemahaman pelajar melalui penyoalan. Melalui

penyoalan guru dapat mengenalpasti murid yang lemah dan kemudian guru perlu

membantu memberi penerangan yang lebih untuk mengukuhkan lagi pemahaman murid.

Guru juga boleh membimbing pelajar dengan memberi maklumat tambahan serta contoh

tentang penggunaan sumber tenaga.

Page 7: PPIK 3 (Sce 3109)

Rashidatul Kamilah, Nur Amirah, Nur Adilah