portfolio_2584_16032012_094426

Upload: gaya-gaya

Post on 02-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Laman sosial

TRANSCRIPT

Jaringan laman sosial merupakan satu laman web yang menyediakan platform untuk masyarakat yang mempunyai minat yang sama untuk berkomunikasi serta berkongsi pendapat dan pengetahuan mereka. Penggunaan laman web sosial pada tahun kebelakangan ini menunjukkan peningkatan yang begitu ketara. Antara laman web sosial popular di kalangan rakyat negara ini ialah Facebook, Twitter, MySpace, Friendster , dan Tagged. Laman web sosial membolehkan perhubungan seseorang individu dengan individu yang lain baik dalam negara ataupun luar negara dengan kos yang rendah. Laman web sosial mampu memberi impak yang berbeza kepada individu, masyarakat, dan negara. Kewujudan laman web sosial membolehkan kita bertemu dengan sahabat baru, mengekalkan hubungan silaturahim dengan sahabat lama, membolehkan kita bertemu dengan sahabat yang terpisah, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin, dan mengetahui keadaan sahabat-sahabat yang terkini. Pengguna laman web sosial bukan sahaja berkomunikasi dalam talian, malah mereka juga menunjukkan penglibatkan diri dalam aktiviti lain seperti perkongsian foto, mikroblog, muat naik video dan sebagainya. Pengguna juga menggunakan laman web sosial sebagai platform perniagaan. Laman web sosial membolehkan mereka mempromosikan sesuatu barang dengan kos yang rendah dan membawa pulangan yang tinggi dan lumayan. Laman web sosial juga membolehkan pengguna memulakan perniagaan dengan modal yang kecil. Dengan adanya laman web sosial, mereka dapat mempromosikan barangan dan tidak perlu menanggung perbelanjaan iklan di televisyen yang tinggi. Selain itu, promosi di laman web sosial mampu meningkatkan populariti barangan mereka dan seterusnya meningkatkan nama kedai mereka dalam masa yang pendek. Selain itu, laman web sosial mampu mendekatkan pemimpin dengan rakyat. Laman web sosial adalah pendekatan paling berkesan untuk berhubung dengan rakyat Malaysia kerana rakyat Malaysia banyak menghabiskan masa dalam melayari laman web sosial. Di samping itu, laman web sosial mampu merapatkan jurang politik antara generasi baru dan lama. Sebagai contoh, Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak juga gemar melayari laman web sosial seperti Facebook dan Twitter untuk menjawab sebarang pertanyaan dan cadangan yang dikemukan dalam kedua-dua laman sosial berkenaan. Tetapi tidak dinafikan terdapat penyalahgunaannya oleh segelintir masyarakat. Laman web sosial seperti Facebook menyediakan pelbagai aplikasi dan permainan menarik kepada penggunanya. Aplikasi ini menyebabkan pengguna sanggup melayari Facebook 24 jam dan sanggup untuk tidak tidur pada waktu malam. Hal ini akan menyebabkan mereka merasa mengantuk pada keesokan hari dan menjejaskan rutin mereka. Emosi mereka mudah terganggu dan mereka mudah berasa tertekan. Mereka yang ketagih kepada aplikasi ini tidak akan mendapat kepuasan mereka atau lebih biasa disebut gian apabila mereka tidak bermain. Pelbagai kes tragik yang berlaku gara-gara dengan aplikasi ini. Sebagai contoh, kes yang berlaku di Korea Selatan, pasangan muda suami-isteri membiarkan bayi mereka mati kelaparan. Lebih mengejutkan masyarakat ialah pada saat itu mereka sibuk dengan permainan membesarkan bayi virtual di internet. Melayari laman web dengan masa yang panjang akan menyebabkan pergaulan secara realiti terhakis. Menurut kajian yang dijalankan, pengguna yang banyak menghabiskan masa di laman web sosial lebih cenderong untuk memencilkan diri dan menghadapi masalah pergaulan dengan orang lain. Hubungan sesama ahli keluarga dan jiran semakin renggang kerana mereka sibuk dengan permainan online mereka. Mereka lebih selesa berkomunikasi dan berinteraksi dengan komuniti online dari komuniti sebenar. Selain itu, melayari laman web dengan tidak terkawal akan berlakunya kegilaan terhadap laman sosial sehingga sukar untuk berengang darinya. Pengguna yang tidak dikawal dalam melayari laman web mudah melupakan diri dan sanggup tahan kelaparan dan keletihan. Sebagai contoh, kes yang berlaku di Taiwan, seorang lelaki bernama Chen Rong-yu berusia 23 tahun dilaporkan mati selepas bermain permainan computer selama 23 jam terus-menerus di sebuah kafe Internet. Jaringan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog telah disalahgunakan sebagai platform utama yang menyumbang kepada penularan seks songsang di negara ini. Menurut tinjauan Utusan Malaysia mendapati golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menggunakan medium dalam talian itu untuk mencari pasangan sejenis. Di laman social Facebook sahaja, berpuluh-puluh kumpulan itu dikesan secara terang-terangan mendedahkan identity songsang mereka dan bertindak mengumpul ahli-ahli baharu. Lebih mengejutkan, terdapat kumpulan itu yang menerima sambutan cukup menggalakkan berdasarkan jumlah Like menerusi laman Facebook yang mencecah antara 3,000 hingga 8,000 penyertaan menurut tinjauan Utusan Malaysia. Pada kesimpulannya, laman web sosial mempunyai kebaikan dan pada masa yang sama ia juga membawa keburukan kepada masyarakat. Pendek kata, kematangan fikiran pengguna adalah paling penting dalam segalanya. Kita sebagai pengguna perlulah berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab ke atas segala perlakuan, pertuturan dan tingkah laku kita.

Rujukan:Chong, G. T. (2011, Jun 12). Laman Web Sosial. Retrieved Mac 16, 2012, from Wordpress.com: http://goaypastpm.wordpress.com/2011/06/12/karangan-a-laman-web-sosial/Hamzah, S. (2011, Mac 26). Twitter, Facebook dekatkan pemimpin dengan rakyat. Retrieved Mac 16, 2012, from Berita Harian Online: http://www.bharian.com.my/articles/Twitter_Facebookdekatkanpemimpindenganrakyat/Article/print_htmlSiti Ezaleila, & Azizah Hamzah (2010). Media Sosial: Tinjauan Terhadap Laman Jaringan Sosial dalam Talian Tempatan. Jurnal Pengajian Media Malaysia Jilid 12 , 37-52.Utusan Malaysia (2011, Mac 11). Laman sosial 'sarang' penularan seks songsang. Utusan Malaysia, p.7