pjj

8
Soalan 6 PENDIDIKAN JARAK JAUH Sistem Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan sistem pengajaran secara jauh, maknanya pengajar dan pelajar terpisah atau berada pada suatu jarak antara satu sama lain, ataupun tidak bersemuka. Dalam sistem PJJ bahan-bahan atau keseluruhan sukatan pelajaran disediakan dalam bentuk cetak atau bukan cetak dan dibekalkan kepada pelajar pada masa yang sesuai dengannya. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran tidak berlaku pada masa yang sama iaitu tidak perlu berada di tempat yang sama atau berdepan dengan tenaga pengajar dan yang paling utama ialah pengurusan masa yang baik (Mohd. Noor Saleh, 1994) 1. TEKNOLOGI PENYAMPAIAN Jenis-jenis teknologi digital yang sedia digunakan dalam pendidikan jarak jauh boleh dibahagikan kepada dua kelompok iaitu teknologi segerak (synchronous) dan teknologi tidak segerak (asynchronous). Teknologi segerak adalah cara penyampaian maklumat melalui talian di mana semua peserta perlu "hadir" pada masa yang sama dan ia memerlukan jadual untuk ditetapkan. Persidangan talian adalah satu contoh teknologi segerak di mana semua pihak yang

Upload: rickyip87

Post on 12-Dec-2015

240 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Note

TRANSCRIPT

Page 1: PJJ

Soalan 6

PENDIDIKAN JARAK JAUH

Sistem Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan sistem pengajaran secara jauh, maknanya

pengajar dan pelajar terpisah atau berada pada suatu jarak antara satu sama lain, ataupun tidak

bersemuka. Dalam sistem PJJ bahan-bahan atau keseluruhan sukatan pelajaran disediakan dalam

bentuk cetak atau bukan cetak dan dibekalkan kepada pelajar pada masa yang sesuai dengannya.

Oleh itu pengajaran dan pembelajaran tidak berlaku pada masa yang sama iaitu tidak perlu berada

di tempat yang sama atau berdepan dengan tenaga pengajar dan yang paling utama ialah

pengurusan masa yang baik (Mohd. Noor Saleh, 1994)

1. TEKNOLOGI PENYAMPAIAN

Jenis-jenis teknologi digital yang sedia digunakan dalam pendidikan jarak jauh boleh

dibahagikan kepada dua kelompok iaitu teknologi segerak (synchronous) dan teknologi tidak

segerak (asynchronous). Teknologi segerak adalah cara penyampaian maklumat melalui talian di

mana semua peserta perlu "hadir" pada masa yang sama dan ia memerlukan jadual untuk

ditetapkan. Persidangan talian adalah satu contoh teknologi segerak di mana semua pihak yang

terlibat perlu “hadir” di talian pada masa yang telah ditetapkan. Teknologi segerak termasuklah

Web-based VoIP, telefon, persidangan video, persidangan talian, siaran langsung melalui talian,

radio internet, dan lain-lain lagi. Teknologi tidak segerak adalah cara penyampaian maklumat

dalam talian di mana peserta boleh mendapatkan bahan kursus mereka sendiri pada bila-bila masa.

Pelajar tidak perlu bersama-sama pada masa yang sama. Forum papan mesej, e-mel dan video

yang dirakam adalah contoh teknologi tidak segerak.

Page 2: PJJ

1.1 Sidang Video

Sidang video menandakan pendidikan jarak jauh telah memasuki satu era baru, iaitu era

teknologi digital dan gentian optik. Gabungan internet, kamera digital dan monitor televisyen telah

menghasilkan penyampaian ilmu pengetahuan melalui sidang video dalam Rancangan Pendidikan

Jarak Jauh. Sidang video merupakan salah satu cara untuk berbincang dengan profesor sepanjang

kursus pendidikan jarak jauh. Oleh itu, ia memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan

pembelajaran pendidikan jarak jauh.

Telesidang video adalah telesidang yang menggabungkan aspek audio, grafik dan juga

video. Sistem telesidang ini adalah mirip kepada penyampaian bersemuka konvensional. Sistem ini

mengandungi mikrofon, pembesar suara, kamera video dan dua kaca TV. Mikrofon dan pembesar

suara adalah untuk penyampaian audio manakala kamera video adalah untuk tujuan merakam imej

video. Sebuah kaca TV adalah untuk imej pensyarah, tulisannya dan grafik yang ingin

disampaikannya, manakala sebuah kaca TV lagi adalah untuk imej pelajar, imej kelas dan grafik

yang ingin disampaikan oleh pelajar. Kajian mendapati keberkesanan sistem telesidang ini

bergantung kepada beberapa faktor. Faktor ini termasuklah faktor kemahiran pensyarah dan juga

pelajar dalam mengendalikan sistem ini untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran di samping

faktor penglibatan yang menyeluruh daripada pelajar. Oleh itu, pelajar hendaklah mahir dalam

mengendalikan sistem telesidang video di samping turut serta dengan aktif dalam sesi

perbincangan dan soal jawab yang diadakan.

Sidang video akan dijalankan serentak di semua pusat wilayah di seluruh Malaysia pada

waktu yang ditetapkan. Semua pelajar berkumpul di pusat wilayah masing-masing untuk mendengar

syarahan daripada profesor pensyarah melalui video internet secara langsung “live”. Pengajaran dan

pembelajaran menjadi lebih efisien berkesan kerana pelajar-pelajar boleh berinteraksi dengan

profesor pensyarah di samping mendengar penerangan daripada profesor pensyarah walaupun

Page 3: PJJ

mereka berada di Sabah dan Sarawak. Sebarang masalah dalam pembelajaran dapat ditujukan

kepada profesor pensyarah dan mendapat jawapan pada masa itu juga. Tanpa teknologi digital dan

gentian optik, perkara ini tidak akan berlaku.

Sebelum sidang video diperkenalkan kepada pelajar-pelajar pendidikan jarak jauh, mereka

terpaksa berjalan bergerak jauh ke universiti untuk menghadiri kuliah. Ini bukan sahaja membuang

masa dan tenaga, malah memerlukan kos yang tinggi untuk menamatkan kursus pendidikan jarak

jauh. Kini, segalanya telah berubah, pelajar-pelajar boleh merancang masa pembelajaran dengan

lebih fleksibel dan efisien berkesan. Mereka tidak perlu menghabiskan masa, tenaga dan wang yang

banyak untuk mengikuti kursus pendidikan jarak jauh. Sebaliknya boleh memilih apa, bila dan

bagaimana mereka belajar. Apabila seseorang pelajar tidak dapat menghadiri sidang video pada

masa yang ditetapkan, beliau dia masih mempunyai cara lain untuk menonton sidang video tersebut

iaitu melalui e-portal.

Sidang video telah dimuatkan di e-portal supaya pelajar-pelajar dapat memuat turun fail

sidang video untuk ditonton selepas itu. Kemudahan ini membolehkan mereka yang sibuk dengan

pekerjaan boleh mengambil kursus pendidikan jarak jauh tanpa rintangan. Profesor pensyarah juga

boleh menggunakan sidang video untuk menyampaikan maklumat terkini tentang perubahan kerja

kursus universiti supaya pelajar-pelajar sempat membuat pembetulan. Sessi Sesi perbincangan juga

berlaku di sidang video di mana pelajar-pelajar berbincang dengan profesor pensyarah tentang

masalah pembelajaran dan kerja kursus yang dihadapi mereka. Teknologi digital dan gentian optik

telah memudahkan para pelajar yang mengikuti kursus pendidikan jarak jauh.

1.2 Pita Audio / Video

Pita audio dan pita video adalah merupakan bahan pembelajaran tambahan kepada sesuatu

kursus dan digunakan untuk menyokong bahan pembelajaran yang telah sedia ada di dalam modul.

Dalam kes tertentu, pita audio dan video ini digunakan secara bersepadu bersama modul. Ini

Page 4: PJJ

bermakna pelajar perlu mendengar pita audio dan melihat pita video sebelum meneruskan

pembelajaran. Kelebihan pita audio sebagai penyampai bahan pembelajaran iaitu mengeluarkan

bunyi atau suara yang boleh diubah suai daripada segi nada dan intonasi dan menjadikan aktiviti

pembelajaran lebih menarik. Di samping itu, pita audio juga lebih fleksibal dari segi komunikasi

yang lebih mudah dan mempunyai unsur-unsur kemanusiaan. Ini menjadikan pelajar merasai

dirinya berdepan dengan pensyarah dan seterusnya menggalakkan penyertaan yang aktif dalam

pembelajaran. Audio juga membolehkan sesetengah konsep dapat diterangkan dengan lebih jelas

dengan makna yang lebih mendalam berbanding dengan bahan cetak. Manakala pita video pula

adalah sama seperti melihat program disiaran TV yang menggabungkan imej video yang bergerak

bersama-sama dengan audio. Berbeza dengan program TV, pita video ini boleh ditonton pada bila-

bila masa oleh pelajar dan tidak bergantung kepada waktu siaran. Kelebihan pita video ialah

penyampaian proses pembelajaran dengan imej video dan grafik yang dinamik dengan impak yang

dramatik bersama audio yang bersesuaian dengan imej video yang dipamerkan. Ini membolehkan

pelajar mengikuti jalan cerita dengan jelas dan dapat menumpukan perhatian kepada fakta dan

konsep yang ingin disampaikan dengan lebih berkesan walaupun tidak mengikuti sidang video

yang dijalankan kerana pelajar boleh mengekses atau menggunakan internet untuk “download”

pita video tersebut pada bila-bila masa sahaja.

Page 5: PJJ

Soalan 3

Teknologi komputer dalam pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu suasana yang kondusif

bagi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi boleh memberi pengalaman sebenar

yang dapat merangsang aktiviti sendiri di kalangan pelajar dan membina pemikiran yang

berterusan. Laurillard (1992) berpendapat bahawa kaedah simulasi[4] dan bantuan komputer dapat

meningkatkan tahap pemahaman pelajaran dengan mudah. Integrasi teknologi komputer dalam p

& p memberikan peluang kepada guru memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada

murid-murid berdasarkan aktiviti masalah sebenar dan meletakkan murid sebagai penyelesai

masalah (Rosenberg, 2001). Interaksi antara murid dan guru juga akan bertambah dan ini akan

menyebabkan guru tersebut mudah didekati oleh murid.

Teknologi komputer mampu memudahkan kerja seseorang guru dalam penyampaian

maklumat. Penggunaan bahan teknologi pendidikan yang boleh dilihat dan menghasilkan bunyi

dan suara telah didapati memberikan banyak faedah seperti melicinkan lagi proses pengajaran dan

pembelajaran. Sistem multimedia berasaskan komputer membolehkan pencapaian maklumat yang

bersesuaian (Mauer, 1993) dan memberikan kebaikan dari aspek interaksi pengguna melalui

dokumen dalam perisian multimedia yang boleh dikorelasikan dengan mana-mana aplikasi dalam

komputer di samping kombinasi video dan audio dengan teks dan grafik[5] (Fisher, 1994).

Selain itu,teknologi komputer berguna dalam menjadikan pendidikan lebih produktif.

Heinich (1993) menyatakan komputer berkemampuan untuk mengawal dan mengurus bahan

pengajaran yang banyak. Penggunaannya juga akan memberikan kelainan(variasi) kepada kaedah

mengajar, misalnya dengan menggabungkan kaedah dan alat (misalnya penggunaan perisian

pembelajaran). Penggunaan teknologi dalam pendidikan akan mempercepatkan kadar pengajaran

dan kurikulum dapat diselesaikan mengikut perancangan.

Kajian turut mendapati pembelajaran menggunakan komputer dapat meningkatkan

pencapaian pelajar dan mengurangkan masa pengajaran (Schaumburg & Issing, 2002; Tuldoziecki

& Herzig, 2002). Unsur interaktif membolehkan pelajar belajar dengan lebih mudah, pantas,

selesa, murah, mudah mengingat, memindah serta mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi

baru mengikutgaya pembelajaran mereka (Alessi & Trollip, 2001). Sesuatu masalah dapat

diulangkaji dengan berulangkali dan kemampuan mereka dapat diukur.Oleh itu, multimedia

membolehkan pelajar mengulangi pelajaran secara sendirian dan juga membantu pelajar-pelajar

mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.

Page 6: PJJ