pinjaman peribadi-10052012

7
Ruj Kami : ( ) JKWPKL/ (K)/131-1 Jld. 9 Tarikh : 2 Mei 2012 SEPERTI SENARAI EDARAN Tuan/puan , PINDAAN TERHADAP PROSEDUR PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Seperti tuan/puan sedia maklum, Jabatan telah mengedarkan prosedur permohonan pinjaman peribadi JKWPKL&P melalui surat bil (07) JKWPKL(K)/131-1 Jld.9 bertarikh 27 Julai 2011. Walau bagaimanapun, terdapat isu-isu yang berbangkit mengenai prosedur tersebut sehingga terdapat penjawat awam terjerumus ke dalam bebanan kewangan yang serius. Sehubungan itu, Jabatan telah membuat beberapa pindaan kepada prosedur tersebut bagi mengetatkan lagi proses permohonan pinjaman peribadi anggota JKWPKL&P. 3. Bersama ini dikemukakan Prosedur Permohonan Pinjaman Peribadi JKWPKL&P pindaan 01/2012 untuk panduan dan rujukan tuan/puan. Prosedur ini berkuatkuasa mulai 3 Mei 2012 dan ia juga boleh diakses di laman web Jabatan http://jknkl.moh.gov.my . 4. Adalah dimaklumkan Jabatan tidak tidak menggalakkan penjawat awam membuat pinjaman peribadi. Walau bagaimanapun, jika penjawat awam masih perlu membuat pinjaman atas sebab-sebab tertentu, surat akujanji seperti yang dilampirkan perlu ditandatangani. Ketua Jabatan boleh menimbangkan untuk menolak permohonan sekiranya jumlah potongan bagi pinjaman (termasuk pinjaman baru) akan melebihi 60%. Turut diingatkan bahawa hanya anggota yang telah disahkan dalam perkhidmatan sahaja yang boleh diberi pengesahan majikan untuk pinjaman peribadi. 5. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memanjangkan maklumat ini kepada semua penjawat awam seliaan masing-masing bagi mengelakkan permohonan yang tidak lengkap sampai ke Bahagian Pengurusan untuk pengesahan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, t.t (DR. MURNIATI HAJI HASSAN) b.p Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya SK. Pengarah Kesihatan Negeri

Upload: edmundo-de-san

Post on 27-Sep-2015

80 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pinjaman

TRANSCRIPT

  • Ruj Kami : ( ) JKWPKL/ (K)/131-1 Jld. 9

    Tarikh : 2 Mei 2012

    SEPERTI SENARAI EDARAN

    Tuan/puan ,

    PINDAAN TERHADAP PROSEDUR PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI

    Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

    2. Seperti tuan/puan sedia maklum, Jabatan telah mengedarkan prosedur permohonan

    pinjaman peribadi JKWPKL&P melalui surat bil (07) JKWPKL(K)/131-1 Jld.9 bertarikh 27

    Julai 2011. Walau bagaimanapun, terdapat isu-isu yang berbangkit mengenai prosedur

    tersebut sehingga terdapat penjawat awam terjerumus ke dalam bebanan kewangan yang

    serius. Sehubungan itu, Jabatan telah membuat beberapa pindaan kepada prosedur tersebut

    bagi mengetatkan lagi proses permohonan pinjaman peribadi anggota JKWPKL&P.

    3. Bersama ini dikemukakan Prosedur Permohonan Pinjaman Peribadi JKWPKL&P

    pindaan 01/2012 untuk panduan dan rujukan tuan/puan. Prosedur ini berkuatkuasa mulai 3

    Mei 2012 dan ia juga boleh diakses di laman web Jabatan http://jknkl.moh.gov.my.

    4. Adalah dimaklumkan Jabatan tidak tidak menggalakkan penjawat awam membuat

    pinjaman peribadi. Walau bagaimanapun, jika penjawat awam masih perlu membuat

    pinjaman atas sebab-sebab tertentu, surat akujanji seperti yang dilampirkan perlu

    ditandatangani. Ketua Jabatan boleh menimbangkan untuk menolak permohonan sekiranya

    jumlah potongan bagi pinjaman (termasuk pinjaman baru) akan melebihi 60%. Turut

    diingatkan bahawa hanya anggota yang telah disahkan dalam perkhidmatan sahaja yang

    boleh diberi pengesahan majikan untuk pinjaman peribadi.

    5. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memanjangkan maklumat ini kepada

    semua penjawat awam seliaan masing-masing bagi mengelakkan permohonan yang tidak

    lengkap sampai ke Bahagian Pengurusan untuk pengesahan.

    Sekian, terima kasih.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya yang menurut perintah,

    t.t

    (DR. MURNIATI HAJI HASSAN)

    b.p Pengarah Kesihatan Negeri

    Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan

    Kuala Lumpur dan Putrajaya

    SK. Pengarah Kesihatan Negeri

  • CARTA ALIR PROSEDUR PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI

    TAMAT Tidak Disokong

    Ketua Jabatan menimbang sama ada sokong/tolak permohonan

    Anggota membuat permohonan pinjaman peribadi

    Permohonan dikemukakan ke Unit Sumber Manusia PTJ

    Unit Sumber Manusia mengeluarkan surat pengesahan

    jawatan dan baki gaji

    Pegawai Sumber Manusia menandatangani borang bank & surat

    pengesahan jawatan jika mematuhi Surat Pekeliling KSU KKM Bil. 2/2007

  • TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

    1. Pemohon

    a) Melengkapkan borang permohonan pinjaman peribadi

    b) Mendapatkan pengesahan/penyata dari institusi yang menyatakan jumlah

    pinjaman dan potongan bulanan.

    c) Mengemukakan borang bank, pengesahan jumlah pinjaman dan penyata gaji

    terkini kepada Ketua Unit/Bahagian/YM untuk semakan dan sokongan.

    d) Hantar ke Unit Sumber Manusia PTJ masing-masing untuk mendapatkan surat

    pengesahan jawatan dan pengesahan majikan pada borang bank.

    2. Ketua Jabatan (Ketua Unit/Bahagian/YM Klinik)

    a) Menyemak kedudukan kewangan anggota yang memohon berdasarkan penyata

    gaji dan pengesahan jumlah pinjaman dari bank.

    b) Menandatangani surat sokongan ketua jabatan jika baki gaji tidak akan kurang

    daripada 40% selepas potongan pinjaman tersebut.

    3. Unit Sumber Manusia

    a) Mengeluarkan surat pengesahan jawatan anggota

    b) Menyemak dokumen-dokumen sokongan (penyata gaji, sokongan ketua jabatan,

    pengesahan jumlah amaun yang akan dipinjam dan surat akujanji jika ada)

    c) Menandatangani surat pengesahan jawatan dan borang institusi kewangan jika

    mematuhi Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM Bil. 2/2007.

  • SURAT SOKONGAN KETUA JABATAN

    Ruj Kami :

    Tarikh :

    Pengarah

    Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan

    Kuala Lumpur & Putrajaya

    Jalan Cenderasari

    (u.p : Unit Sumber Manusia)

    Tuan,

    SOKONGAN BAGI PINJAMAN PERIBADI

    Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

    2. Adalah dimaklumkan bahawa saya telah membuat semakan kedudukan kewangan

    penama seperti berikut :

    Nama :

    No Kad Pengenalan :

    Jawatan :

    4. Saya dengan ini menyokong/menolak permohonan pinjaman peribadi bagi calon ini.

    Sekian, terima kasih.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya yang menurut perintah,

    (Nama Ketua Jabatan)

    Jawatan

  • SURAT PENGESAHAN JAWATAN

    Ruj Kami :

    Tarikh :

    Nama dan Alamat Institusi Kewangan

    Tuan,

    PENGESAHAN JAWATAN DAN GAJI PENJAWAT AWAM JABATAN KESIHATAN WILAYAH

    PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

    Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

    2. Adalah dimaklumkan bahawa penama di bawah merupakan penjawat awam di

    Jabatan ini. Maklumat berhubung dirinya adalah seperti berikut :

    Nama :

    No Kad Pengenalan :

    Jawatan :

    Tarikh Mula Berkhidmat :

    Tarikh Sah Jawatan :

    Taraf/Status Jawatan :

    No Gaji :

    Gaji Pokok (termasuk elaun) :

    Gaji Bersih :

    Baki gaji (%) :

    3. Sehubungan itu, pegawai disokong/tidak disokong untuk tujuan permohonan apa-apa

    pinjaman tak bercagar tidak melebihi 60% daripada gaji bersih. selaras dengan arahan Surat

    Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bil. 2/2007.

    Sekian, terima kasih.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya yang menurut perintah,

    (Pegawai Sumber Manusia PTJ)

    b.p Pengarah

    Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan

    Kuala Lumpur & Putrajaya

  • SURAT AKUJANJI PEMOHON PINJAMAN PERIBADI

    Pengarah

    Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan

    Kuala Lumpur & Putrajaya

    Jalan Cenderasari

    (u.p : Unit Sumber Manusia)

    Tuan,

    AKUJANJI PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI BAGI BAKI GAJI KRITIKAL

    Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

    2. Saya .. bernombor kad pengenalan

    mengesahkan bahawa pinjaman yang saya mohon adalah bertujuan untuk mengecilkan

    potongan pinjaman sedia ada (overlapping) dan meningkatkan baki gaji saya.

    3. Saya telah membaca dan memahami Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian

    Kesihatan Bil. 2/2007 mengenai Larangan Meminjam Wang Dan Berada Dalam

    Keterhutangan Kewangan Yang Serius dan Jabatan boleh mengambil tindakan tatatertib

    terhadap saya jika ingkar arahan tersebut.

    Yang benar,

    (Nama pemohon)

    Tarikh :

    (nama pemohon) (nombor kad pengenalan)

  • SENARAI PUSAT TANGGUNGJAWAB

    BIL BAHAGIAN PEGAWAI

    1.

    Pejabat Pengarah

    Bahagian Kesihatan Awam

    Bahagian Perubatan

    Bahagian Pengurusan

    Bahagian Farmasi

    Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan

    Semua Klinik Kesihatan/ KKIA di bawah Bahagian

    Kesihatan Awam

    Pegawai Sumber Manusia

    Ibupejabat JKWPKL&P

    2. Bahagian Pegigian

    Semua Klinik Pergigian

    Pegawai Sumber Manusia

    Bahagian Pergigian

    3. Hospital Putrajaya Pegawai Sumber Manusia

    HPJ

    4. PKD Putrajaya

    Semua Klinik Kesihatan di bawah PKD Putrajaya

    Pegawai Sumber Manusia

    PKD Putrajaya