personalit i

22
KONSEP DAN TEORI PERSONALITI PENGENALAN Dalam tajuk ini akan dibincangkan tentang maksud personaliti mengikut pandangan tokoh dan mengkaji mengenai perbezaan di antara personaliti, watak dan trait. Di sini kita akan mengetahui sama ada personaliti, watak dan trait adalah berbeza ataupun merupakan satu konsep yang sama. Kami juga akan melihat mengenai teori psikoanalisis yang telah diasaskan oleh Sigmund Freud dan membincangkan mengenai perkembangan personaliti berdasarkan teori psikoanalis serta aplikasi teori ini di dalam bilik darjah dimana semua guru harus mempraktikkannya. Kami juga akan membincangkan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti dan bagaimanakah faktor-faktor ini mempengaruhi personaliti seseorang?.Aspek terakhir yang akan dikaji didalam tugasan ini adalah mengenai pengaruh personaliti terhadap pembelajaran serta bagaimana cara guru melayani personaliti murid yang berbeza. PENGERTIAN PERSONALITI Secara umum personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang. Sebenarnya pengertian personaliti dapat dibahagikan kepada beberapa pendapat seperti berikut : 1

Upload: esther-ng-chai-suan

Post on 18-Dec-2015

246 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

PKK

TRANSCRIPT

Personaliti

KONSEP DAN TEORI PERSONALITIPENGENALAN

Dalam tajuk ini akan dibincangkan tentang maksud personaliti mengikut pandangan tokoh dan mengkaji mengenai perbezaan di antara personaliti, watak dan trait. Di sini kita akan mengetahui sama ada personaliti, watak dan trait adalah berbeza ataupun merupakan satu konsep yang sama.

Kami juga akan melihat mengenai teori psikoanalisis yang telah diasaskan oleh Sigmund Freud dan membincangkan mengenai perkembangan personaliti berdasarkan teori psikoanalis serta aplikasi teori ini di dalam bilik darjah dimana semua guru harus mempraktikkannya. Kami juga akan membincangkan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti dan bagaimanakah faktor-faktor ini mempengaruhi personaliti seseorang?.Aspek terakhir yang akan dikaji didalam tugasan ini adalah mengenai pengaruh personaliti terhadap pembelajaran serta bagaimana cara guru melayani personaliti murid yang berbeza.

PENGERTIAN PERSONALITISecara umum personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang. Sebenarnya pengertian personaliti dapat dibahagikan kepada beberapa pendapat seperti berikut :

BAHASA LATIN

Personaliti berasal daripada Bahasa Latin iaitu persona yang bermaksud topeng muka. Topeng muka ini di gunakan oleh pelakonpelakon Yunani di atas pentas untuk berlakon. Mereka memakai topeng yang bersesuaian dengan watak mereka yang hendak dipersembahkan.PEMBENTUKAN PSIKOLOGIPersonaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara kesuluruhan. Ini merangkumi pelbagai aspek seperti berikut:

Perangai

Kecerdasan

Sentimen

Sikap

Minat

Kepercayaan

Cita-cita

Nilai-nilaiPersonaliti seseorang individu dibayangkan oleh tensensinya untuk bertingkah laku mengikut suatu cara tertentu.MISHEL (1968)

Pada pandangan Mishel personaliti adalah pola-pola atau tingkah laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing. Ini bermaksud segala kerja atau kegiatan yang dilakukan oleh seseorang dapat mengambarkan personaliti mereka yang sebenar.ALLPORT (1961)

Allport pula mendefinasikan personaliti sebagai satu organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Dinamik membawa maksud perubahan yang boleh berlaku di dalam kualiti tingkah laku seseorang individu. Organisasi membawa implikasi bahawa semua trait seperti kerajinan, kesabaran dan daya tuju adalah saling berkait. Sistem psikofizikal pula merujuk kepada tabiat, sikap, nilai, kepercayaan, kebiasaan, emosi dan sentimen yang terdapat dalam bentuk psikologi tetapi yang mempunyai asas fizikal di dalam urat saraf dan tubuh badan.HANS EYSENCK (1981)

Menurut Eysenck pula personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya.KAGEN,J & SEGAL,J (1988)

Kagen,J dan Segal,J mentakrifkan personaliti sebagai corak kesuluruhan seseorang individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara dia berfikir, berasa, bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya.WATSON (1919)

Watson berpendapat bahawa personaliti merupakan teori tingkah laku seseorang dan behaviorisme. Perbezaan antara personaliti, watak dan trait

Daripada huraian tadi jelas diketahui bahawa watak itu hanya merupakan sebahagian daripada personaliti.

Watak biasanya merupakan satu bentuk penilaian yang dilakukan oleh ahli-ahli masyarakat dan adalah berdasarkan nilaitara-nilaitara budaya masyarakat. Watak biasanya merangkumi trait-trait seperti kejujuran, toleransi, belas kasihan, hormat-menghormati dan sebagainya. Kesemua ini adalah berdasarkan nilaitara-nilaitara yang ditentukan oleh sesuatu masyarakat.

Trait ialah ciri personaliti yang agak kekal. Selain daripada trait-trait yang dinyatakan, trait-trait lain termasuk kerjasama, agresif, pasif, tenang, cemas, tanggungjawab, terbuka, mudah mesra dan sebagainya.Personaliti merangkumi unsur-unsur individu yang diwarisi seperti kecerdasan, saiz badan dan juga unsur-unsur yang ditentukan oleh alam sekitar termasuk perangai, cara dia bertingkah laku, bercakap dan bertindak balas. Sebaliknya watak lebih merupakan suatu penilaian seseorang individu yang ditentukan oleh anggota-anggota masyarakat atau alam sekitar.Klasifikasi PersonalitiMenurut Carl Jung (1875 1961), personaliti individu boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan yang besar seperti berikut :

Ekstrovert

Introvert

Ambivert

Ekstrovert

Individu yang digolongkan ke dalam kumpulan ini biasanya menonjolkan ciri-ciri seperti relaks, gemar kepada keseronokan, suka bercampur gaul, aktif, inovatif atau gemar kepada perubahan, gemar akan aktiviti-aktiviti luar, mudah bercakap, cepat bertindak balas, tidak mudah bimbang dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan.Introvert

Individu yang disifatkan sebagai introvert pula menonjolkan ciri-ciri seperti pasif, gemar berseorangan, pemalu, sensitif, cermat reflektif atau sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu, boleh dipercayai, tenang, tingkah laku yang terkawal, dan kurang bersedia untuk menanggung risiko.Ambibert

Bagi individu-individu yang mempunyai trait-trait personaliti yang sukar digolongkan sebagai introvert atau ekstrovert, maka mereka boleh disifatkan sebagai ambivert. Ambivert mempunyai trait-trait seorang ekstrovert dan introvert.Pendapat ahli psikologi lain mengenai klasifikasi personaliti

Block (1971), dalam satu kajiannya yang melibatkan 100 orang lelaki dan perempuan masing-masing selama 25 tahun telah merumuskan bahawa ciri-ciri individu seperti kawalan emosi, minat, kesabaran, dan kebolehpercayaan tidak banyak berubah.

Conley (1984), menegaskan bahawa dengan berlalunya masa, kita tidak banyak berubah dari segi gaya, emosi dan cara kita berinteraksi dengan orang lain.

Mishel (1984), pula menyatakan bahawa kita tidak selalu bertingkah laku secara tekal dalam situasi yang amat berbeza. Contohnya, tingkah laku seseorang semasa melawat sebuah keluarga yang kehilangan seorang yang tersayang adalah amat berbeza dengan tingkal laku seseorang itu ketika berada dalam satu majlis perkahwinan atau hari jadi.

Epstein (1983), pula menyatakan bahawa ciri-ciri seorang individu adalah agak stabil serta boleh diramal.TEORI PSIKOANALISISPengenalan

Sigmund Freud Teori psikonalisis ini merupakan sebuah gerakan falsafah dan juga cabang psikolagi yang diasaskan oleh Sigmund Freud (6 Mei 1856 - 23 September 1939). seorang ahli neurologi Austria dan ahli psikologi dalam aliran psikoanalisis. dilahirkan di Freiburg, Moravia (sekarang dikenali sebagai Czechoslovakia) pada 6 Mei 1856. Sebahagian besar hidup beliau dihabiskan di Vienna. Meninggal di London pada tahun 1939 pada umur 83 tahun. Beliau mendapat pendidikan formal hingga ijazah perubatan dari Universiti Vienna. beliau menunjukkan minat yang mendalam dan melakukan berbagai-bagai penyelidikan dalam bidang neurologi. membuka klinik persendirian yang memberi rawatan khusus bagi penyakit saraf sahaja. menjadi pengamal perubatan pada tahun 1886. Pada tahun yang sama, beliau mendirikan rumah tangga dengan Martha Bernays. Beliau mempunyai empat orang anak. Salah seorang daripada anak beliau adalah Anna, iaitu tokoh psikologi yang terkenal. Psikoanalisis ditakrifkan rawatan yang dilakukan kepada seseorang yang mengalami tekanan jiwa dengan bertanyakan pengalamannya yang lalu untuk mencungkil masalah dan perasaannya yang tersembunyi yang menjadi punca penyakitnya (Kamus Dewan Edisi ketiga DBP). Professor Madya Dr. Othman Dato' Haji Mohamed pula menyatakan bahawa psikoanalisis itu sebagai satu kaedah merawati seseorang individu yang meminta bantuan berkaitan dengan masalah emosinya manakala melalui fahaman triadisi pula psikoanalisis lebih dianggap merawati individu yang mana masalah personalitinya sungguh tertekan dan mendalam. Psikoanalisis juga dikenali sebagai Psiko dinamik, psikoanalitik dan psiko terapi.Ciri- ciri utama teori psikoanalisis adalah berdasarkan kepada manusia itu sendiri. Freud percaya bahawa manusia lahir berdasarkan desakan atau dorongan kepada naluri semulajadi manusia. PERSONALITI MANUSIA MENGIKUT TEORI PSIKOANALISIS

Personaliti secara ringkasnya adalah keperibadian atau perwatakan sesorang (Kamus Dewan Edisi ketiga DBP). Berdasarkan teori psikoanalisis, umumnya personaliti manusia ini adalah dipengaruhi oleh kesan kesedaran dalam diri seseorang. Psikoanalisis telah membahagikan pesonaliti manusia kepada tiga struktur iaitu id, ego dan super ego. Model struktur personaliti Frued>http://www.wilderdom.com/personality/L83TopographyMindIceberg.html.

Id (Prinsip Kenikmatan - Pleasure Principle)

Id adalah bahagian minda berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar. (Kamus Dewan Edisi ketiga DBP). Teori psikoanalisis pula menyatakan bahawa semua perbuatan atau gejala manusia yang neutral dalam pemikiran manusia itu adalah id. Maksunya id itu diturunkan, semulajadi dalam diri, elemen yang diwarisi, dan memang suda ada sedia dalam diri manusia itu. Id keseluruhannya merupakan perbuatan atau tingkah laku bawah sedar iaitu menjadi sumber kepada LIBIDO (Naluri Kehidupan- life instinct) dan THANATOS( Naluri Kematian- death instinct), lebih primitif , tidak tersusun, tidak rasional, dan lebih kepada oreintasi kehendak nafsu. Objektif atau tujuan keseluruhannya adalah lebih kepada kepuasan. Ego (Prinsip Realiti - prinsip reality)

Ego adalah persepsi seseorang tentang harga dirinya yang seterusnya mempengaruhi kepada keyakinan dirinya (Kamus Dewan Edisi ketiga DBP). Ego secara keseluruhannya terbentuk melalui pengalaman. Ego berkembang secara berperingkat. Keseluruhannya ego mempengaruhi personaliti seseorang dan perkembangan ego haruslah melalui proses pendidikan.Fungsi ego yang yang boleh didapati adalah ego dapat bertindak terhadap keadaan yang mendatangkan kecemasan.keadaan yang digunakan konsep ego dalam keadaan kecemasan ini adalah melalui pengalaman. Maksudnya penyelesaian masalah lebih berasaskan kepada pengalaman dan keadah menetang, menolak dan tipu helah yakni pemesongan keadaan yang sebenar kepada tidak sebaliknya. Proses ini adalah dikenali sebagai makenisma bela diri ego.Super Ego (Prinsip Moral - Moral Principle)

Super ego adalah bahagian fikiran bawah sedar yang sentiasa menyedarkan kita tentang kebaikan dan keburkan sesuatu, dan yang menbuatkan kita berasa bersalah sekiranya kita melakukan kesalahan (Kamus Dewan Edisi ketiga DBP).

Keseluruhannya super ego ini adalah penetuan kepada ego dan id. Super ego ini mengenal ego dan id. Pendek kata super ego ini bertindak sebagai makenisma pengingat yang tertumpu kepada kebaikan seseorang.PERKEMBANGAN PERSONALITI BERDASARKAN TEORI PSIKOANALISISSecara keseluruhannya perkembangan ini terbahagi kepada lima peringkat. Peringkat - peringkat itu ialah;-a.) Peringkat Oral

b.) Peringkat Anal

c.) Peringkat Falik

d.) Peringkat Latensie.) Peringkat GenitialPeringkat Oral Peringkat ini adalah tertumpu kepada bayi yang berumur antara 0 hingga 18 bulan. Keseronokan dan kepuasan bayi itu boleh dicapai melalui mulut. Ini dibuktikan bahawa bahawa hampir semua objek dibawa ke mulut oleh bayi. bayi lebih menghabiskan masanya bermain dengan mulut contohnya ibunya menyusunya atau menyusu jarinya sendiri.Peringkat Anal berlaku pada lingkungan umur 2 hingga 4 tahun, sudah mampu menguasai fungsi biologi iaitu membuang najis. lebih kepada rangsangan melalui dubur. Kanak kanak dilatih bagaimana kaedah atau cara yang lebih sesuai untuk membuang najis. Keseluruhannya psikoanalisis menerangkan bahawa semua latihan tunjuk ajar yang dilalui oleh kanak-kanak akan membentuk sahsiahnya. Peringkat Falik berlaku pada lingkungan umur 4 hingga 6 tahun. Teori psikoanalisis - kanak-kanak lebih kepada organ jantinanya. Pada peringkat ini juga berlaku perkembangan kepada Oedipus kompleks dan Elektra kompleks. Peringkat Latensi

berlaku pada lingkungan umur 6 hingga 12 tahun. Teori psikoanalisis - pemikiran seksual mula berkembang. Maksudnya kanak-kanak mula mengalihkan perasaan kasih sayangnya kepada orang lain selain daripada ibu bapanya. Ini dapat dilihat bahawa kanak-kanak pada umur begini sudah mula bergaul dengan kanak-kanak yang berlainan jantina dengannya.Peringkat Genitial

berlaku pada lingkungan umur 12 tahun keatas. Teori psikoanalisis menerangkan lebih banyak tentang oreintasi seksual untuk peringkat genitial ini. Maksudnya remaja mula tertarik dan menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. APLIKASI TEORI PSIKOANALISIS DALAM BILIK DARJAH

para pendidik harus mengubah suai keadaan pengajaran dan pembelajaran supaya ianya dapat mengambil kira sikap, persepsi, dan tingkah laku pelajar secara keseluruhannya. Maksudnya pengajaran dan pembelajaran hendaklah mampu mengimbangi sikap,persepsi dan tingkah laku pelajar. para pendidik harus peka kepada keadaan pelajar-pelajar yang bermasalah. Ini kerana pelajar-pelajar yang bermasalah ini selalunya mengalami kecaleruan dalam memotivasikan diri mereka sendiri.

para pendidik harus peka dan tahu akan potensi atau setakat mana keupayaan pelajarnya.

Penerapan nilai yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran ini adalah amat penting. Ini kerana penerapan nilai agama dan moral yang baik ini yang mempengaruhi keseluruhan sahsiah dan perwatakan pelajar seterusnya. Keseluruhannya teori psikoanalisis ini banyak mempengaruhi keadaan manusia baik dalam pengajaran dan pembelajaran mahupun dalam kehidupan seharian.FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITI

Terdapat dua faktor utama yang akan mempengaruhi personaliti seseorang itu. factor baka/genetik factor persekitaran1. FAKTOR BAKA/GENETIKFaktor genetik merujuk kepada faktor baka. Secara umumnya baka ibu bapa akan mempengaruhi personaliti anak-anak mereka terutamanya dari segi bentuk badan, keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi anaknya.

a. Menurut Sheldon (1985), ciri personaliti seseorang adalah berkaitan rapat dengan bentuk tubuh badannya. Beliau telah menggolongkan bentuk badan manusia kepada tiga kategori, iaitu endomorf, mesomorf dan ektomorf, yang berkaitan dengan ciri-ciri personaliti. Jadual dibawah menerangkan serba ringkas berkenaan dengan perkaitan antara bentuk tubuh badan manusia dengan ciri-ciri personaliti yang berkenaan.Jenis bentuk badanRupa bentuk badanCiri-ciri personaliti

EndomorfBulat dan lembutTrait Viscerotinia:

Suka bergaul, cepat mesra, berlega, mengandur.

MesomorfOtot-otot kuat, berkemahiran psikomotorTrait Somatotonia:

Tegas, agresif, suka riadah, sedia menghadapi cabaran.

EktomorfKurus dan tinggiTrait Cerebrotonia:

Tidak suka bergaul, introvert, tidak suka aktiviti fizikal.

b. Selain daripada bentuk badan, keadaan fizikal, khasnya penyakit seperti lelah(asma), kencing manis dan sebagainya, yang kebanyakkannya disebabkan oleh faktor genetik, pula mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang. Seseorang kanak-kanak yang kerapkali jatuh sakit dan tidak dapat menyertai segala aktiviti sosial dan lambat laun akan membantutkan perkembangan sosialnya. Hal ini akan mempengaruhi perkembangan personalitinya. Kebiasaannya individu ini mempunyai personaliti introvert dan bersifat pendiam serta pemalu.

c. Sebagaimana yang diketahui umum, kecerdasan seseorang adalah berkait rapat dengan baka ibu bapa. Oleh sebab itu, baka memainkan peranan yang penting dalam pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang. Misalnya, individu yang mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi biasanya menonjolkan ciri personaliti yang berkeyakinan, berbudi bicara, berpewatakan bijaksana dan bersifat berani. Disamping itu, kadangkala pelajar yang terlalu cerdas juga mengalami masalah penyesuaian sosial. Ini adalah kerana kanak-kanak seperti itu mungkin berasa bongkak dan dengan itu boleh menjadikannya tidak popular.

d. Disamping itu emosi yang diwarisi juga boleh mempengaruhi personaliti seseorang. Seseorang individu yang mewarisi emosi yang tidak stabil akan menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan pemarah. Manakala seseorang individu yang mempunyai emosi yang lebih stabil serta dapat mengawal perasaan kekecewaan merupakan seorang individu yang lebih popular serta suka dihampiri oleh kanak-kanak yang lain.2. FAKTOR PERSEKITARAN

Persekitaran memang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi personaliti seseorang individu. Faktor persekitaran yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang merangkumi keadaan keluarga, sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan pengalamannya.A. KELUARGA

Suasana yang mesra dan harmonis boleh menggalakkan perkembangan personaliti yang sihat.

Pemakanan juga mempengaruhi didalam perkembangan personaliti seseorang itu. Makanan yang seimbang yang disediakan adalah penting perkembangan secara menyeluruh bermula dari peringkat kanak-kanak lagi. Tanpa makanan yang seimbang, mungkin akan membantutkan perkembangan seseorang individu tersebut dan akan mengangu didalam perkembangan personaliti seseorang itu.

Disamping itu, taraf sosioekonomi keluarga juga memainkan peranan didalam pembentukan dan perkembangan personaliti. Kedudukan kewangan sesebuah keluarga akan menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh disediakan untuk anak-anaknyaB. KEBUDAYAANKebudayaan yang berbeza memang mempunyai norma dan nilai yeng berbeza. Di dalam kebanyakan kebudayaan, banyak ditekankan mengenai nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi, tolong-menolong dan banyak lagi nilai-nilai murni yang ditekankan. Individu yang dibesarkan dengan kebudayaan seperti ini tentu akan menjadi seorang yang penuh kesopanan dan akan menonjolkan personaliti yang seimbang.C. PENGARUH SEKOLAHJenis kepimpinan dan suasana di sekolah amat mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak. Hal ini adalah bergantung kepada corak pentdbiran yang dibawa oleh guru besar ataupun pengetua. Jika corak pentadbiran menitik beratkan soal disiplin, maka akan membentuk personaliti pelajarnya menjadi seorang yang berdisiplin dan mematuhi arahan. Jika sikap yang ditonjolkan oleh guru adalah sikap yang positif, maka pelajar akan terikut-ikut dengan sikap positif yang ditonjolkan oleh guru tersebut dan begitu jugalah sebaliknya.D. RAKAN SEBAYARakan sebaya juga adalah merupakan salah satu faktor yang terpenting di dalam mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang. Oleh sebab itulah kebanyakkan tindak tanduknya dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. E. MEDIA MASSAOleh sebab itu, pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting untuk menjamin perkembangan personaliti yang sihat. Jika kanak-kanak sentiasa didedahkan kepada tayangan video atau filem yang berunsurkan keganasan, kezaliman dan sebagainya, maka mereka akan bertendensi untuk berkelakuan yang lebih agresif. Sebaliknya jika kanak-kank lebih didedahkan dengan tayangan yang bercorak ilmiah seperti taman sesame dan sebagainya, akan dapat membantu perkembangan intelek seseorang pelajar.F. PENGALAMAN AWALPengalaman awal kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan personliti sesorang individu. Sebagai contoh, kanak-kanak yang selalu dihukum kerana melakukan kesilapan seperti membuang air kecil di katil, membuat kotor dan sebagainya menyebabkan kanak-kanak tersebut sentiasa berasa bimbang dan bersalah.G. MASYARAKATAspirasi, harapan dan nilai sesuatu masyarakat boleh mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang individu. Sebagai contoh masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta benda. Dengan itu,kanak-kanak membesar menjadi individu yang sentiasa mengejar kekayaan harta benda. Nilai murni-murni mungkin akan ketinggalan. PENGARUH PERSONALITI TERHADAP PEMBELAJARAN

Gaya pembelajaran ialah cara seseorang individu itu belajar dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif. Oleh itu, setiap pelajar mempunyai gaya yang tersendiri untuk belajar. Terdapat pelajar yang suka belajar secara berkumpulan dan ada juga yang yang gemar belajar secara bersendirian.

Daripada perbezaan ini, dapat disimpulkan bahawa personaliti seseorang pelajar itu mempengaruhi gaya pembelajarannya. Menurut Dunn dan Dunn (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada cara bagaimana elemen-elemen dari lima rangsangan asas mempengaruhi keupayaan seseorang untuk memahami dan berinteraksi serta bertindak balas kepada persekitaran pembelajaran.

Elemen-elemen tersebut ialah rangsangan persekitaran, rangsangan emosi, rangsangan sosiologi, rangsangan fisiologi dan rangsangan psikologi.

Bermula daripada awal zaman kanak-kanak lagi, seorang murid mula membentuk gaya pembelajaran ini. Selepas itu, dia akan terus menggunakan gaya pembelajaran tersebut di dalam pelajarannya. Menurut Duna dan Duna (1981), elemen-elemen yang mempengaruhi gaya pembelajaran para pelajar adalah seperti berikut:1) Aspek persekitaran

2) Aspek emosi

3) Aspek sosiologi

4) Aspek fisiologi

5) Aspek psikologi

Aspek persekitaran bunyi merupakan salah satu aspek tersebut. Kajian menunjukkan terdapat sebahagian pelajar yang belajar dengan berkesan apabila mendengar muzik. Manakala ada pula pelajar yang hanya boleh belajar dengan berkesan tanpa mendengar muzik. Cahaya juga salah satu aspek persekitaran. Pada peringkat awal, kanak-kanak memerlukan cahaya yang sikit sahaja untuk pelajar. Tetapi apabila mereka membesar, mereka memerlukan cahaya yang lebih untuk belajar. Suhu. Kesan suhu terhadap keberkesanan pembelajaran adalah berbeza. Namun begitu, bilik yang berhawa dingin adalah lebih selesa dan mendorong pembelajaranAspek Emosi Apabila seseorang murid itu mempunyai motivasi yang tinggi, maka dia akan menunjukkan pembelajaran yang lebih berkesan. Motivasi diperlukan untuk menaikkan semangat dan keazaman dalam sesuatu pembelajaran. Terdapat sebahagian pelajar yang akan menyempurnakan tugasan dengan sekaligus apabila mereka mempunyai keazaman dan semangat yang tinggi. Tetapi terdapat juga pelajar yang memerlukan rehat dan hentian sejenak sebelum tugasan itu diselesaikan. Sifat bertanggungjawab perlu ada dalam setiap pelajar kerana dengan sifat ini, mereka akan sentiasa menghasilkan kerja yang bermutu. Mereka juga akan melalui pembelajaran yang lebih berkesan apabila sifat ini sentiasa dipraktikkan. Terdapat pelajar yang suka membuat tugasan apabila menerima atau mengikut arahan daripada gurunya. Bagi pelajar yang lebih kreatif, mereka lebih gemar menyempurnakan tugasan atas iniasitif mereka sendiri. Aspek Sosiologi Kita dapat melihat kecenderungan pelajar itu bersosiologi dengan erti kata yang lain, terdapat pelajar yang sukakan pelajar secara bersendirian manakala terdapat pelajar yang sukakan belajar secara berkumpulan.Fisiologi bermaksud secara umum adalah *anggota fizikal*. Aspek ini penting kerana melibatkan pergerakkan dan tubuh badan seseorang pelajar. Dalam aspek ini, gaya pembelajaran seseorang pelajar berlainan antara satu dengan yang lain kerana mereka mempunyai kekuatan persepsi yang berbeza seperti pelajar visual(pandang), pelajar auditor dan pelajar kinesthetic-tactile. Melalui kekuatan inilah mereka dapat membentuk gaya mereka sendiri dalam pembelajaran dan akan berkekalan selagi ianya tidak diubah.

Aspek Psikologi saintifiknya kita ketahui bahawa otak manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak sebelah kanan dan otak sebelah kiri. Di dalam pemprosesan data dan maklumat yang baru, para pelajar mungkin merupakan pengguna otak kiri atau pengguna otak kanan. Otak kanan menjalankan fungsi sebagai mengenal wajah, corak, lukisan, kreatif san sntesis. Bagi otak kiri pula, ianya bekerja dengan memproses maklumat berkaitan dengan nombor, logik, bahasa (membaca dan menulis) formal dan analisis. Bagi menjelaskan perbezaan pengguna otak kanan dan kiri, jadual disediakan seperti dibawah :

PEMPROSES OTAK KIRIPEMPROSES OTAK KANAN

1. Suka belajar di tempat senyap1. Suka belajar dengan muzik

2. Suka kepada cahaya yang lebih terang2. Suka pada keadaan yang sederhana terang

3. Suka pada tempat duduk yang tersusun3. Suka pada tempat duduk yang informal

4. Gigih ketika menyempurnakan tugasan4. Memerlukan rehat sebelum dapat menyempurnakan tugasan

5. Tidak suka makan atau minum ketika membuat verja5. Suka makan atau minum ketika membuat kerja

6. Gemar menyempurnakan satu tugasan pada satu masa6. Gemar menyempurnakan beberapa tugasan dalam satu masa

7. Lebih suka bekerja di hadapan pihak berkuasa7. Berusaha dengan lebih baik tanpa pihak berkuasa

8. Gemarkan tugasan berstruktur (iaitu ada arahan yang jelas)8. Lebih suka tugasan yang tidak berstruktur

Cara guru melayani personaliti murid yang berbeza.

gunakan teknik dapatan atau inkuiri bagi pelajar yang bersifat berdikari. Teknik ini memerlukan guru sentiasa mengajukan beberapa persoalan-persoalan yang dapat menimbulkan perasaan ingin tahu pelajar-pelajar terhadap sesuatu perkara dan mereka akan menyelesaikan persoalan-persoalan tersebut dengan sendiri. menggunakan teknik penerangan bagi pelajar yang bersifat bergantung kepada orang lain. Sesetengah pelajar mempunyai daya pemikiran yang agak lambat dan memerlukan orang lain untuk menerangkan sesuatu konsep. Maka, guru perlulah mengaplikasikan tip ini apabila berdepan dengan situasi tersebut iaitu dengan memberikan penerangan yang efektif kepada pelajar-pelajar tersebut. memberikan lebih pujian kepada mereka yang introvert. Bagi mereka yang mempunyai ciri introvert ini, dengan memberikan pujian kepada mereka akan dapat mendorong mereka berasa lebih yakin dan berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang. mengadakan perbincangan berkumpulan dengan kerap kepada pelajar yang bercirikan ekstrovert.Bagi individu yang ekstrovert ini, perbincangan merupakan suatu kaedah yang begitu disukai oleh mereka dan ini dapat menimbulkan rasa minat untuk mereka belajar dengan bersungguh-sungguh. melakukan eksperimen dengan kerap bagi pelajar-pelajar yang tactile. Eksperimen dapat menjadikan pelajar yang bercirikan tactile ini mudah memahami objektif yang disampaikan serta dapat memahami sesuatu konsep dengan senang, mudah dan praktikal. mengendalikan lawatan sambil belajar seperti ke kilang, estet,hutan simpan, air terjun dan tempat-tempat yang relevan. Tujuan mengendalikan lawatan ini adalah untuk menampung personaliti-personaliti pelajar yang berbeza. Kita dapati bahawa bukan semua pelajar mempunyai personaliti yang sama maka, dengan menggunakan kaedah ini, objektif akan tercapai dan semua pelajar dapat menerima proses pembelajaran dengan seadanya. mengadakan pengajaran yang susah atau kompleks disebelah pagi dan pelajaran yang senang di sebelah petang. Kaedah ini secara amnya telah pun digunapakai oleh sistem persekolahan di Malaysia pada masa kini dimana matapelajaran yang susah seperti matematik tambahan, bahasa inggeris,dan sebaginya telah diletakkan di sebelah pagi manakala matapelajaran yang senang seperti bahasa malaysia diletakkan di sebelah petang. Selain daripada itu, subjek yang berbentuk kemahiran seperti amali juga diletakkan di sebelah petang. mengadakan bengkel motivasi yang dikendalikan dari masa ke semasa. Tujuan bengkel motivasi ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat dan prestasi pelajar-pelajar supaya mereka yang mempunyai personaliti yang berbeza ini dapat dicungkil serta bagi pelajar-pelajar yang bermotivasi tinggi sentiasa akan menunjukkan prestasi akademik yang baik.Rujukan

1. Bootzin, R. R., Bower, G. H., (1991). Psychology Today, An Introduction (7th ed.).

New York : McGraw-Hill.

2. Kagan, J. Lang, C.(1986). Psychology and Education. New York3. Skinner, C. E.(1970). Educational Psychology, Prentice Hall of India, New Delhi.4. Mok, S. S., (2001). Psikologi Pendidikan, Untuk Kursus Diploma Perguruan

Semester 1 (2nd ed.). Kuala Lumpur : Percetakan Sentosa.

5. Ee, A. M., (2001). Psikologi Pendidikan 1, Psikologi Perkembangan (3rd ed.).

Selangor : Fajar Bakti.

6. Nazurah Ngah.(2006,Spetember).Mak Su tak jemu ajar orang dewasa mengaji. Retrieved September 14,2006, from http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Perspektif/20060827124744/Article/

PENGERTIAN PERSONALITI

PEMBENTUKAN PSIKOLOGI

MISHEL (1968)

ALLPORT (1961)

WATSON (1919)

BAHASA LATIN

KAGEN,J & SEGAL,J (1988)

EYSENCK

PERSONALITI

WATAK

PAGE 2