persepsi pelajar-pelajar terhadap faktor- faktor … · kokurikulum di sekolah menengah sekitar...
TRANSCRIPT
i
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya NURUL AINSHAH BT HJ. AWANG KECHIK
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap :
Tarikh: 26 April 2006 Tarikh: 26 April 2006
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
◆ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
◆
PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN DALAM PENCAPAIAN MATLAMAT KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH SEKITAR DAERAH MARAN, PAHANG. SATU
(HURUF BESAR)
CIK SARIMAH BT ISMAIL Nama Penyelia
LOT 423, KG BERKAT SATU, 26500 MARAN, PAHANG DARUL MAKMUR
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).”
Tandatangan :
Nama Penyelia :
Tarikh : 21 APRIL 2006
iii
PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI KEGAGALAN DALAM PENCAPAIAN MATLAMAT
KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH SEKITAR DAERAH MARAN,
PAHANG. SATU TINJAUAN
NURUL AINSHAH BINTI HAJI AWANG KECHIK
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis :
Tarikh : 21 APRIL 2006
v
DEDIKASI
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Segala pujian dan syukur kupanjatkan di atas nikmat dan limpah kurnia Allah S.W.T tuhan
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
KU ABADIKAN HALAMAN INI ISTIMEWA BUAT…….
Ayahanda dan Ibundaku yang tercinta..... Hj. Awang Kechik Bin Jaafar dan Hjh Jeriah Binti Othman
Sesungguhnya doa dan jasa kalian adalah sumber kejayaanku. Semoga kehidupan mu
senantiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya selalu.
Buat Kekanda-kekandaku & Adinda-adindaku yang Tersayang, Kekanda Mamnun Syukri, Sarina Fitri, Norzamilawati, Norsham, Mastura, Nurul Izzah, Mohd. Jamal,
Mohd. Nasir dan Hishamuddin serta adindaku Mohd. Khairul Amin
Segala sokongan dan dorongan kalian adalah sumber kekuatanku.
Semoga cabaran kehidupan masa mendatang ditempuhi dengan segala kekuatan yang ada
disamping lembaran rahmat dan kasih-Nya dari yang Maha Pencipta.
Buat Guru-guru & Pensyarah-pensyarah yang Disanjungi, ...Terutama buat Allahyarham Mad. Yusup Bin Kayat...
Ilmu yang kalian curahkan, akan anak didikmu ini manfaatkan ke jalan yang diredhai-Nya.
Semoga Allah memberkati, meredhai dan merahmati perjuangan murni kalian dalam
mendidik anak bangsa. Terima kasih untuk segalanya....
Buat Teman Seperjuangan yang Dikasihi, Fatma, Pidah, Faiz, Nir, Ina, Yati, AinG, Yana, Jaja, Mek Yoh, Ino, Ecah, Kak Azwah, & Lain-lain...
Kenangan bersama tak mungkin hilang diluput zaman,
Suka duka perjalanan hidup telah direntasi bersama,
Semoga Allah memberkati kejayaan kita semua.
Sekian, Wassalam.
vi
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan segala
pujian untuk Allah s.w.t serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah
s.a.w.
Alhamdulillah, berkat rahmat dan keizinan-Nya yang telah memberi
semangat dan ketenangan kepada saya dalam menyiapkan projek penyelidikan ini
bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan Kejuruteraan Awam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya kalungkan kepada
penyelia saya, Cik Sarimah binti Ismail yang telah banyak memberi bimbingan,
tunjuk ajar, nasihat dan motivasi yang amat berguna dalam usaha untuk
menyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya
jadikan sebagai panduan dan pegangan dalam meneruskan cabaran hari mendatang.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua, guru-guru dan pelajar-
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Maran dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Maran Dua, di atas kerjasama dan perhatian yang diberikan dalam menjayakan
penyelidikan ini.
Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang pernah membimbing,
rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang terlibat secara langsung dalam
menyiapkan penyelidikan ini, semoga segala jasa baik yang diberikan mendapat
keberkatan di dalam kehidupan kalian semua, InsyaAllah.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
vii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
kagagalan dalam pencapaian matlamat kokurikulum di sekolah menengah. Dalam
konteks kajian ini, terdapat empat faktor yang dikaji oleh penyelidik iaitu faktor
pengurusan dan pentadbiran pihak sekolah, sistem pendidikan yang berorientasikan
peperiksaan, pelaksanaan aktiviti yang tidak menarik serta faktor sosio-ekonomi
keluarga. Seramai 207 orang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 1 dan
2 telah terlibat dalam kajian ini. Set soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan
maklumat berkaitan tajuk kajian. Nilai kebolehpercayaan item dalam set soal selidik
ini adalah α = 0.94. Dapatan data dianalisis dengan menggunakan perisian
“Statistical Package for the Social Science Version 11.5 (SPSS).” Analisis
kuantitatif secara deskriptif dalam bentuk frekuensi, peratus dan min telah digunakan
dalam tatacara penganalisaan data. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan
bahawa kesemua faktor yang dikaji berada pada tahap yang sederhana. Faktor
pendidikan yang berorientasikan peperiksaan berada pada tahap yang paling tinggi di
antara ke-empat-empat faktor dalam mempengaruhi kegagalan dalam pencapaian
matlamat kokurikulum di sekolah menengah.
viii
ABSTRACT
The purpose of this research is to evaluate the factors that influence the
failure of the co-curriculum vision in secondary school. For this research, there were
four factors had been determined by researcher, which were school’s administration
and management, education based on examination, executant’s activities that not
interesting and socio-economy of parents. The research involved 207 of form two
and four students at Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 1 and 2. A set of
questionnaire was carried out to obtain information of the research topic. The
reliability value of the items of the questionnaire was α = 0.94. “Statistical Package
for the Social Science Version 11.5 (SPSS)” was used to analyze the data.
Descriptive quantitative analysis in a form of frequency, percentage and mean was
used for data analysis process. For the overall result, the research shown that all of
four factors were at the moderate level. However, education based on examination
factor was a higer factor that influence the failure of the co-curriculum vision in
secondary schools.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PEMBIMBING ii
JUDUL iii
PENGAKUAN PENYELIDIK iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAHAGIAN SATU
PENDAHULUAN
BAB I 1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan masalah 8
1.4 Objektif kajian 8
1.5 Persoalan kajian 9
x
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Skop dan Batasan Kajian 10
1.8 Definisi operasional 11
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB II 2.1 Pengenalan 14
2.2 Gerak Kerja Kokurikulum 18
2.3 Kepentingan kegiatan kokurikulum 19
2.4 Pihak Pengurusan Sekolah 21
2.5 Pendidikan Berorientasikan Peperiksaan 22
2.6 Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum
Yang Berkesan 24
2.7 Sosio-Ekonomi Keluarga 25
2.8 Penutup 26
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI
BAB III 3.1 Pengenalan 27
3.2 Rekabentuk Kajian 28
3.3 Tempat Kajian 28
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 29
3.5 Instrumen Kajian 30
3.6 Keesahan Soal selidik 33
3.7 Kajian Rintis 33
3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik 34
3.9 Prosedur Kajian 35
xi
3.10 Analisis Data 38
3.11 Penutup 39
BAHAGIAN EMPAT
DAPATAN KAJIAN
BAB IV 4.1 Pengenalan 41
4.2 Bahagian A : Maklumat Latar Belakang
Responden 42
4.2.1 Jantina 42
4.2.2 Bangsa 43
4.2.3 Pendapatan keluarga 43
4.3 Bahagian B : Persoalan Kajian 44
4.3.1 Adakah faktor pengurusan pihak
pentadbiran sekolah dapat
mempengaruhi kegagalan pencapaian
matlamat kokurikulum 45
4.3.2 Adakah pendidikan yang
berorientasikan peperikasaan mampu
memberi kesan terhadap kegagalan
pencapaian matlamat kokurikulum 49
4.3.3 Apakah pelaksanaan aktiviti
kokurikulum yang berkesan
boleh mempengaruhi kejayaan dalam
pencapaian matlamat kokurikulum? 52
4.3.4 Adakah faktor sosio-ekonomi keluarga
boleh memberi impak terhadap
kegagalan pencapaian matlamat
ko-kurikulum? 56
4.4 Kesimpulan 60
xii
BAHAGIAN LIMA
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
BAB V 5.1 Pengenalan 62
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian
Bahagian A 63
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian B 64
5.3.1 Perbincangan Dapatan Kajian
Persoalan Kajian 1: Adakah faktor
pengurusan pihak pentadbiran sekolah
dapat mempengaruhi kegagalan
pencapaian matlamat kokurikulum? 64
5.3.2 Perbincangan Dapatan Kajian
Persoalan 2: Adakah pendidikan
berorientasikan peperikasaan mampu
memberi kesan terhadap kegagalan
pencapaian matlamat kokurikulum? 66
5.3.3 Perbincangan Dapatan Kajian
Persoalan Kajian 3: Apakah pelaksanaan
aktiviti kokurikulum yang tidak berkesan
mempengaruhi kegagalan dalam
mencapai matlamat kokurikulum? 68
5.3.4 Perbincangan Dapatan Kajian
Persoalan Kajian 4: Adakah faktor
sosio-ekonomi keluarga memberi impak
terhadap kegagalan pencapaian matlamat
ko-kurikulum? 69
5.4 Rumusan 71
5.5 Cadangan Kajian 73
5.5.1 Pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia 73
5.5.2 Pihak Pengurusan dan Pentadbiran
Sekolah 74
xiii
5.5.3 Guru 74
5.6 Cadangan KajianLanjutan . 75
5.7 Penutup 76
BAHAGIAN ENAM
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 78
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
LAMPIRAN
Lampiran A – H 82 - 95
xiv
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL
TAJUK MUKA
SURAT
1.1 Jenayah Melibatkan Pelajar Berusia 10 – 18 tahun pada
1996
7
2.1 Unsur Pendidikan Dalam GERKO 19
3.1 Pemilihan populasi kajian 28
3.2 Pemilihan sampel kajian 29
3.3 Taburan item berdasarkan persoalan kajian 31
3.4 Skala Likert lima mata 32
3.5 Nilai Alpha Cronbach 34
3.6 Perubahan skala Likert lima mata kepada tiga mata 38
3.7 Skor %dan Tahap pertimbangan 38
3.8 Nilai min dan Tahap Penilaian responden terhadap soal
selidik
38
4.1 Taburan Jantina 41
4.2 Taburan Bangsa 42
4.3 Taburan pendapatan keluarga 43
4.4 Analisis keberkesanan pengurusan pihak pentadbiran
sekolah terhadap kegagalan pencapaian matlamat
kokurikulum
44
4.5 Analisis faktor pendidikan yang berorientasikan
peperikasaan terhadap kegagalan pencapaian matlamat
kokurikulum
48
xv
4.6 Analisis faktor pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang
berkesan terhadap kejayaan dalam pencapaian
matlamat kokurikulum
51
4.7 Analisis faktor sosio-ekonomi keluarga terhadap
kejayaan dalam pencapaian matlamat kokurikulum
55
4.8 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 58
xvii
SENARAI SINGKATAN
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
GERKO - Gerak Kerja Kokurikulum
SPSS - Statistical Package For Social Science
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
HEM - Hal Ehwal Murid
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik Pelajar 82
B Surat Akuan Fakulti Pendidikan 87
C Surat Kebenaran JPN 88
D Surat Kebenaran EPRD 89
E Keesahan Soal selidik 92
F Nilai Kebolehpercayaan Kajian Rintis 91
G Laporan Akhbar: Aktiviti Kokurikulum Ditambah
Atasi Disiplin Pelajar 94
H Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970) 95
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Aktiviti kokurikulum sudah sekian lama wujud di sekolah mengikut
Peraturan Kursus Pengajian Akta Pelajaran 1956. Ini kerana, sekolah sebagai satu
institusi pendidikan bertanggungjawab untuk mendidik dan memperkembangkan
potensi individu ke peringkat maksimum bagi melahirkan individu atau warganegara
yang dapat menghayati tanggungjawabnya terhadap bangsa dan negara. Matlamat ini
terkandung sepertimana dalam Falasafah Pendidikan Negara (FPN) yang berbunyi:
“ Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berasaskan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
(Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Menengah, 1985, m.s 3)
Kokurikulum bukanlah satu konsep pendidikan yang terasing dari kurikulum
sekolah. Ia adalah satu aktiviti lanjutan kepada apa yang telah dipelajari dalam bilik
darjah. Pengetahuan yang diperolehi dari mata pelajaran akademik dapat
diintegrasikan dengan aktiviti praktis semasa menjalani gerak kerja ko-kurikulum
dalam bentuk gunaan. Misalnya, dalam latihan sukan waktu kokurikulum,
2
pengetahuan dalam biologi mengenai sistem kardio-vaskular, dapat dikaitkan
ataupun diintegrasikan dengan kaedah pembinaan daya tahan atau stamina. Ini bukan
sahaja dapat memperkukuhkan lagi pembelajaran, tetapi pelajar juga akan dapat
memahami konsep dalam sukan dan penggunaan pengetahuan akademik yang
berkaitan dalam konteks yang lebih bermakna dan realistik.
Selain itu, kokurikulum juga dapat memberi peluang untuk mempraktiskan
pengetahuan pelajar dalam situasi yang ada kaitan dengannya. Pengalaman-
pengalaman seperti ini akan meluaskan lagi pandangan dan pengetahuan pelajar,
seterusnya menghasilkan perkembangan dan kematangan fizikal, mental, sosial dan
emosi pelajar dalam keadaan yang lebih bermakna, riang dan menyeronokkan.
Di samping itu, kegiatan kokurikulum mampu membentuk watak dan
peribadi seseorang pelajar. Antara perkembangan diri individu yang diharapkan
melalui kegiatan kokurikulum ini adalah seperti memupuk sifat kepimpinan,
membina dan membentuk sahsiah yang sihat dan seterusnya membentuk generasi
yang berdisiplin. Kegiatan kokurikulum juga mampu membentuk personaliti yang
positif dan rasa tanggungjawab yang tinggi. Sifat-sifat tersebut berguna dalam
meningkatkan kualiti diri dan mutu kepimpinan dalam sesebuah organisasi kelak.
Secara umumnya, bidang kokurikulum merupakan aktiviti-aktiviti pendidikan
tidak formal yang mana segala kegiatannya dijalankan diluar bilik darjah.
Kadangkala, aktiviti kokurikulum juga dilaksanakan di dalam bilik darjah iaitu
mengikut kesesuaian sesuatu gerak kerja yang akan dijalankan. Pada umumnya,
bolehlah dikatakan bahawa aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti dan pengalaman
pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sesuatu institusi pendidikan supaya
mencapai tujuan tertentu. Proses pembelajaran dan pengajaran dalam aktiviti
kokurikulum lebih banyak dilaksanakan secara tidak langsung. Aktiviti tersembunyi
seperti nilai, bakat, peranan, kepimpinan dan sosial sentiasa akan diterapkan. Aktiviti
ini juga dikenali sebagai kurikulum tersembunyi. Secara amnya, kokurikulum
terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu Unit Pakaian Seragam, Kelab dan
Persatuan dan Sukan dan Permainan.
3
Unit Pakaian Seragam merupakan kegiatan seperti Pengakap, Persatuan
Bulan Sabit Merah, Kadet Bomba, Kadet Polis dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti yang
dirancang dan dilaksanakan merupakan satu latihan gerakan untuk menggalakkan,
memperbaiki dan memperkembangkan lagi kesuburan rohani, jasmani, akal dan
pergaulan di kalangan pelajar di samping membina sikap kepimpinan dalam diri
pelajar.
Kelab dan Persatuan pula merupakan kegiatan seperti kelab Usahawan,
Persatuan Pelajar Islam, Persatuan Sejarah dan lain-lain. Aktiviti yang dilaksanakan
dalam komponen ini biasanya mendedahkan pelajar mengenai cara-cara serta
kaedah-kaedah yang betul dalam mengendalikan organisasi, di mana penekanan
penting akan diberikan kepada pengetahuan asas tentang kepimpinan, pengurusan,
perlembagaan dan pentadbiran sesebuah organisasi.
Sukan dan Permainan adalah aktiviti yang merangkumi kegiatan sukan
seperti bola jaring, bola sepak, badminton, hoki dan lain-lain. Di dalam aktiviti sukan
ini, penekanan lebih dititikberatkan terhadap aspek latihan fizikal dan mental seperti
cara berpakaian, menepati masa, etika dalam sukan, semangat berpasukan dan latihan
kecerdasan diri (Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah
Menengah, 1985).
1.2 Latar belakang Masalah
Pada tahun 1985, Menteri Pelajaran Malaysia yang pada ketika itu adalah
Datuk Abdullah Hj. Ahmad Badawi telah mengumumkan supaya aktiviti
kokurikulum perlu dititik beratkan di sekolah. Ini memandangkan aktiviti ko-
kurikulum ini dapat memberi sumbangan kepada perkembangan jasmani dan rohani
pelajar, sejajar dengan tuntutan FPN untuk mewujudkan keseimbangan antara
perkembangan pemikiran dengan perkembangan sosial, rohani dan jasmani. Ini
adalah untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan di kalangan
4
pelajar berbagai kaum dan keturunan yang mempunyai latar belakang dan lenggang
hidup yang berlainan (Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran, 1985).
Selain itu, pendidikan tidak seharusnya bersifat terlalu mementingkan
pencapaian akademik semata-mata kerana kanak-kanak atau remaja yang juga
golongan pelajar juga perlu dipupuk dengan nilai sosial yang tinggi supaya mereka
menjadi manusia yang berhemah dan berketrampilan. Pemupukan norma sosial
mengikut keperluan masyarakat setempat dan pembangunan perasaan yang halus
akan mewujudkan masyarakat yang seimbang antara daya intelektual yang tinggi dan
juga akal budi yang murni. Ini bertepatan dengan petikan ucapan dari Menteri
Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn (2005) dari sebuah
artikel yang menyatakan:
“Pastinya tidak wajar jika pelajar hanya melihat sekolah sebagai tempat untuk menduduki dua atau tiga peperiksaan penting. Latihan akademik lebih daripada persiapan peperiksaan dan pendidikan lebih daripada latihan akademik. Masa depan anak-anak kita sebagai pekerja, usahawan, pemimpin, dan warga negara, tidak terletak kepada kemahiran menduduki peperiksaan semata-mata, tetapi bergantung kepada daya intelek dan kemampuan sosial dalam konteks individu serba boleh dan unggul”
(Latifah Yusof, 2005 m.s 13)
Justeru itu, sistem pendidikan kita pada masa kini yang terlalu
berorientasikan peperiksaan dan tidak menumpukan pada aspek keunikan individu
sebagai manusia perlu diubah. Harus diingat, kualiti manusia bukanlah dilihat
daripada kepandaian menjawab soalan peperiksaan tetapi banyak lagi aspek
kehidupan lain yang dapat dinilai seperti aktiviti harian yang dilakukan terutamanya
dalam bidang pekerjaan, kerja sosial dan hubungan kemasyarakatan. Maka tidak
hairanlah banyak jenayah yang berlaku pada masa kini seperti rasuah dan pecah
amanah melibatkan pegawai yang berkelulusan tinggi. Ini mungkin disebabkan oleh
kurang pengamalan nilai-nilai murni disebabkan rendahnya ilmu yang berbentuk
kerohanian. Justeru itu, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dilihat dapat
menerapkan nilai-nilai murni di samping dapat melepaskan ketegangan perasaan,
emosi dan kepenatan fisiologi yang dihadapi semasa belajar atau bekerja (Abdul
Alim Abdul Rahim, 1999).
5
Melihat kepada kepentingan aktiviti kokurikulum serta lapan matlamat yang
telah digariskannya (rujuk Bab II), ternyata idealisme pendidikan di negara ini benar-
benar mampu untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin serta mempunyai nilai-nilai
murni yang tinggi. Walau bagaimanapun, dunia pendidikan baru-baru ini telah
digemparkan dengan pelbagai berita negatif dari golongan pelajar. Kewujudan
‘gengsterisme’ misalnya, amat menakutkan pelbagai pihak terutamanya pelajar dan
guru. Isu pelajar memukul pelajar lain telah menggemparkan dunia pendidikan dan
seterusnya membuka mata pelbagai pihak agar tidak mengambil ringan tentang mutu
disiplin pelajar-pelajar (Berita Minggu, 14 Mei 2000).
Dalam kejadian yang berlaku pada bulan Jun 2000, bilik guru disiplin di
Sekolah menengah Seksyen 19, Shah Alam Selangor telah musnah dibakar yang
dipercayai dilakukan oleh sekumpulan pelajar. Bukan itu sahaja, pelajar terbabit juga
dikatakan telah memecah masuk dan membakar bilik berkenaan setelah menconteng
perkataan lucah di hampir keseluruhan bangunan tersebut. Selain dari kes ini,
terdapat banyak lagi laporan kes yang berkaitan dengan jenayah pelajar yang berusia
antara 10 ke 18 tahun pada 1996 seperti dalam Jadual 1.1 (Mohd. Sofian Omar
Fauzee et al. 2003).
Jadual 1.1: Jenayah Melibatkan Pelajar Berusia 10 – 18 tahun pada 1996
Kesalahan Jumlah Kes Bunuh 6 Cuba bunuh 2 Samun senjata api 6 Rogol 30 Mendatangkan cedera 82 Rusuhan 26 Menjatuhkan maruah 21 Culik 1 Peras ugut 8 Tipu 1 Perhimpunan haram 6 Judi 9 Dadah 15 Kesalahan lain 116 Jenayah harta benda 597
(Sumber: Mohd. Sofian Omar Fauzee et al. 2003, m.s 33)
6
Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama
Universiti Kebangsaan Malaysia, menunjukkan satu lagi tabiat remaja yang
menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung ialah kegemaran
mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan masa kini ialah "budaya
lepak " (Utusan Malaysia, 16 November, 1993). Jika dikaji dengan teliti, salah satu
punca kejadian ini berlaku ialah kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak sekolah seperti kegiatan kokurikulum. Pelajar-pelajar lebih
berminat dengan aktiviti masing-masing seperti melepak di kompleks membeli-
belah, mengunjungi pusat snuker atau boling serta beberapa aktiviti lain yang
dilakukan bersama rakan-rakan. Ini menunjukkan kepada kita seolah-olah
kesepaduan pencapaian matlamat aktiviti kokurikulum yang telah ditetapkan gagal
dicapai oleh segelintir golongan pelajar.
Sehubungan dengan itu, setiap pelajar perlu menyertai kegiatan kokurikulum
kerana penglibatan mereka dalam kegiatan itu dapat mengelakkan mereka daripada
menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak di
kompleks membeli-belah dan bergaul dengan budak-budak nakal yang mendedahkan
mereka dengan gejala-gejala negatif seperti penagihan dadah, pergaulan bebas dan
sebagainya (Omar Mohd. Hashim, 1991). Walaupun masyarakat mengakui kebaikan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum, namun, realiti yang kita saksikan sekarang
adalah sebaliknya. Kebejatan sosial dan keruntuhan akhlak remaja serta masyarakat
seperti gejala penagihan dadah, AIDS, vandalisme, samseng, pembunuhan dan buli
memberi gambaran bahawa pencapaian dalam kesepaduan aktiviti kokurikulum
sekolah masih jauh matlamatnya sebagai pelengkap dalam sistem pendidikan negara
(Idris Ahmad,2005).
Memang tidak dapat dinafikan bahawa gejala sosial yang tidak diatasi dengan
segera akan membawa kepada implikasi buruk kepada negara kita. Dengan wujudnya
gerak kerja kokurikulum, sekurang-kurangnya ia dapat membantu dalam
mengurangkan masalah sosial pelajar. Melalui aktiviti kokurikulum seperti
berpersatuan, pelajar akan diajar cara bergaul, bermuafakat, bekerjasama dan
bertolak ansur dan ini merupakan latihan untuk menjadikan mereka anggota
masyarakat yang lebih baik. Secara tidak langsung, aktiviti kokurikulum ini juga
7
akan menjadikan pelajar lebih berdisiplin dan matang dalam menguruskan masa
lapang dengan cara yang berfaedah, sekaligus membolehkan aktiviti kokurikulum ini
berfungsi dalam membantu mengurangkan gejala sosial yang melanda golongan
pelajar masa kini (Abdul Alim Abdul Rahim, 1999).
Oleh itu, guru-guru serta sekolah dilihat dapat menangani masalah sosial para
pelajar ini dengan mempergiatkan lagi aktiviti kokurikulum di sekolah. Ini selaras
dengan tuntutan dari pihak kementerian pelajaran yang akan menambah aktiviti
kokurikulum di sekolah bagi mengurangkan masalah disiplin pelajar yang berlaku
kerana mereka mempunyai terlalu banyak masa terluang. Ini disokong oleh Menteri
Pelajaran Malaysia, Hishammuddin Tun Hussein (2005) yang menyatakan bahawa
kekurangan kegiatan kokurikulum di sekolah dilihat menyumbang kepada pelbagai
masalah disiplin seperti kes buli (http://www.kpm.gov).
Fenomena ini diakui oleh dapatan dari hasil tinjauan yang dibuat oleh
Bahagian Sekolah-Sekolah yang menunjukkan pelaksanaan kokurikulum di sekolah
boleh dikatakan tidak begitu menggalakkan atau tidak mendapat sepenuh sokongan
daripada pelajar mahupun guru. Ini berkemungkinan terdapat beberapa masalah yang
perlu diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan dalam memastikan pelaksanaan
kokurikulum ini menepati matlamat yang telah digariskannya (Mohd. Sofian Omar
Fauzee et al. 2003).
8
1.3 Pernyataan Masalah
Kebejatan sosial dan moral pelajar kian meruncing akhir-akir ini. Dari segi
pelaksanaan kurikulum sekolah, pihak kementerian telah melakukan pelbagai
reformasi dengan memasukkan banyak elemen pemupukan nilai murni bagi
menangani masalah ini. Antaranya ialah dengan mewajibkan pelaksanaan aktiviti
kokurikulum di setiap sekolah. Walau bagaimanapun perlaksanaan kokurikulum ini
menghadapi masalah kerana kurang sokongan daripada guru dan penglibatan pelajar
dalam aktiviti ini. Banyak kes salah laku dan kepincangan sosial di kalangan pelajar
menunjukkan matlamat pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini masih belum tercapai.
Justeru itu, penyelidik telah mengambil inisiatif dari fenomena ini untuk mengkaji
apakah faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan dalam usaha untuk mencapai
matlamat kokurikulum ini di sekolah. Tinjauan dilakukan ke atas dua buah sekolah
Menengah di Daerah Maran untuk mengkaji pengaruh pihak pentadbiran sekolah,
pendidikan yang berorientasikan peperiksaan, pelaksanaan aktiviti yang tidak
menarik serta sosio ekonomi keluarga pelajar dalam menyumbang kepada kegagalan
dalam usaha untuk mencapai matlamat kokurikulum ini.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ditumpukan kepada beberapa faktor yang menyentuh
aspek-aspek kegagalan pencapaian matlamat kokurikulum di sekolah. Objektif
tersebut adalah untuk :
i) Mengenalpasti pengaruh pengurusan dan pentadbiran pihak sekolah ke
atas kegagalan dalam pencapaian matlamat kokurikulum.
9
ii) Mengenalpasti sistem pendidikan yang berorientasikan peperikasaan
mampu memberi kesan terhadap kegagalan dalam pencapaian matlamat
kokurikulum.
iii) Mengenalpasti pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang tidak berkesan
boleh mempengaruhi kegagalan dalam pencapaian matlamat
kokurikulum.
iv) Mengenalpasti faktor sosio-ekonomi keluarga boleh memberi kesan
terhadap kegagalan dalam pencapaian matlamat ko-kurikulum.
1.5 Persoalan kajian
Secara khususnya, kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan jawapan
terhadap beberapa persoalan kajian yang telah ditetapkan. Antara persoalan kajian di
dalam kajian ini adalah:-
i) Adakah faktor pengurusan pihak pentadbiran sekolah dapat
mempengaruhi kegagalan dalam pencapaian matlamat kokurikulum?
ii) Adakah sistem pendidikan yang berorientasikan peperikasaan mampu
memberi kesan terhadap kegagalan dalam pencapaian matlamat
kokurikulum?
iii) Apakah pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang tidak berkesan
mempengaruhi kegagalan dalam mencapai matlamat kokurikulum?
iv) Adakah faktor sosio-ekonomi keluarga memberi impak terhadap
kegagalan dalam pencapaian matlamat ko-kurikulum?