faktor-faktor yang mempengaruhi masalah … · faktor-faktor yang mempengaruhi masalah ponteng...
TRANSCRIPT
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN
NORAINIZA BT SAINI
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
MEI 2008
iii
DEDIKASI
Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin,
rahmat serta limpah kurniaNya maka kertas laporan ini dapat disiapkan.
Teramat istimewa buat ayahanda,
SAINI B. KASAH
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak termampu diungkapkan
dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan membalasnya.
Kepada bondaku tersayang,
SAIMAH BT. MD.RAZI
Pengorbanan, sokongan, segala pertolongan dan dorongan yang diberikan sehingga
anakmu ini berjaya mencapai cita-citanya. Semoga bonda dipanjangkan usia dan
dirahmati Allah selalu hendaknya.
Kepada semua saudara-mara dan sahabat handai
Terima kasih tidak terhingga di atas segala pertolongan, dorongan dan nasihat yang
diberikan selama tempoh berkursus di UTM ini. Hanya Allah sahaja yang dapat
membalas dengan seadilnya segala budi baik kalian.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, saya dapat menyiapkan kajian ini.
Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia
projek sarjana muda, Dr. Yahya B. Buntat di atas bimbingan dan dorongan yang
diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Terima kasih yang tidak terhingga
dan hanya Allah S.W.T. yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.
Kerjasama daripada tenaga pengajar dan pelatih di Kolej Kemahiran Belia
Nasional, Pontian Johor di sepanjang tempoh pengedaran borang soal selidik amatlah
dihargai.
Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan idea
dalam menjayakan projek penyelidikan ini. Semoga segala bantuan yang dihulurkan
dirahmati Allah S.W.T.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi terjadinya masalah ponteng kelas di kalangan pelajar terutamannya di
Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN), Pontian. Faktor yang dikaji adalah dari aspek
sikap pelajar, tenaga pengajar, rakan sebaya dan prasarana. Kajian dijalankan dengan
mengedarkan set soalan kepada para responden yang mengandungi 30 item soalan.
Sebanyak 70 sampel daripada tiga jurusan di KKBN, Pontian telah menjadi responden
bagi kajian ini. Kebolehpercayaan item soal selidik yang digunakan menunjukkan pada
nilai Alpha Cronbach dengan nilai sebanyak 0.940. Analisis diperolehi dari statistik
deskriptif dengan mendapatkan peratusan dan kekerapan yang dibuat dengan
menggunakan Statistic Package For Social Sciences (SPSS) versi 13.0. Keputusan
menunjukkan bahawa sikap pelajar merupakan faktor utama dalam mempengaruhi
masalah ponteng kelas di pusat kemahiran ini. Beberapa cadangan telah dikemukakan
untuk mengatasi masalah ini dan diharapkan dapat dijadikan panduan dan rujukan
kepada sesiapa sahaja yang terlibat bagi mengatasi masalah ini.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify the factors that influence class truancy
problem among students especially in Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN),
Pontian. The factor has been studied from the aspects of student attitude, trainer/
instructor, peer and infrastructure. This research was in the form of a set of questionnaire
that has been distributed to respondents which contain of 30 items. A total of 70 samples
from three courses at KKBN, Pontian become a respondent for this research. Reliability
of the questionnaire used shown that the value of Alpha Cronbach is 0.940. The analysis
was obtained from descriptive statistic by getting the percentage and frequency using
Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 13.0 For Windows. The result
shows that attitude of students is the main factors of the class truancy problems. Several
suggestions were made to overcome the problems and hopefully it could be a guideline
and reference for those who involved.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4. Objektif Kajian 7
1.5. Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.6.1 Pusat kemahiran 8
1.6.2 Pihak Kementerian Belia dan Sukan 8
viii
1.6.3 Tenaga Pengajar 9
1.6.4 Pelajar 9
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Faktor 10
1.8.2 Mempengaruhi 10
1.8.3 Masalah 11
1.8.4 Ponteng 11
1.8.5 Pelajar 12
1.8.6 Latihan 12
1.8.7 Kemahiran 12
1.8.8 Kolej Kemahiran Belia Nasional 13
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Faktor Dalaman 15
2.2.1 Sikap Pelatih 15
2.3 Faktor Luaran 18
2.3.1 Rakan Sebaya 18
2.3.2 Tenaga pengajar 20
2.3.3 Prasarana 23
2.4 Kajian dan penulisan yang berkaitan 25
2.4.1 Dalam Negara 25
2.4.2 Luar Negara 25
2.5 Carta alir Prosedur Tatatertib KKBN 27
2.6 Kesalahan dan Hukuman 28
viii
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 29
3.2 Rekabentuk Kajian 29
3.3 Tempat Kajian 30
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 30
3.5 Kajian Rintis 31
3.6 Instrumen Kajian 32
3.7 Prosedur Kajian 34
3.8 Kaedah Pengumpulan Data 35
3.8.1 Pengumpulan data Primer 35
3.9 Kaedah Penganalisaan Data 36
3.10 Kesahan Kandungan Soal Selidik 38
3.11 Kesimpulan 39
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 39
4.2 Analisis Bahagian A 40
4.2.1 Bangsa 41
4.2.2 Jantina 41
4.2.3 Kursus 42
4.3 Analisis Bahagian B 42
4.3.1 Analisis Aspek Sikap 43
4.3.2 Rumusan Aspek Sikap 45
4.3.3 Analisis Aspek Rakan Sebaya 46
4.3.4 Rumusan Aspek Rakan Sebaya 48
4.3.5 Analisis Aspek Tenaga Pengajar 49
4.3.6 Rumusan Aspek Tenaga Pengajar 51
ix
4.3.7 Analisis Aspek Prasarana 52
4.3.8 Rumusan Aspek Prasarana 53
4.4 Kesimpulan 54
BAB 5 RUMUSAN ,PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 55
5.2 Rumusan 57
5.2.1 Aspek Sikap 57
5.2.2 Aspek Rakan Sebaya 57
5.2.3 Aspek Tenaga Pengajar 57
5.2.4 Aspek Prasarana 57
5.3 Perbincangan 58
5.4 Cadangan Kajian 65
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 67
5.6 Penutup 68
RUJUKAN 69
LAMPIRAN 73
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Kesalahan dan Hukuman 28
3.1 Pekali Alpha Cronbach 32
3.2 Instrumen Kajian 33
3.3 Peringkat perskalaan 36
3.5 Kod penganalisian 37
4.1 Kekerapan dan peratusan responden mengikut bangsa 41
4.2 Kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina 41
4.3 Kekerapan dan peratusan responden mengikut kursus 42
4.4 Kekerapan dan peratusan responden dari aspek sikap
yang mempengaruhi masalah ponteng kelas di KKBN,
Pontian. 43
4.5 Kekerapan dan peratusan responden dari aspek rakan
sebaya yang mempengaruhi masalah ponteng kelas di
KKBN,Pontian 46
4.6 Kekerapan dan peratusan responden dari aspek
tenaga pengajar yang mempengaruhi masalah ponteng
kelas di KKBN, Pontian 49
4.7 Kekerapan dan peratusan responden dari aspek
prasarana yang mempengaruhi masalah ponteng kelas di
KKBN, Pontian 52
xii
SENARAI RAJAH NO. TAJUK MUKA SURAT 2.5 Carta Alir Prosedur Tindakan Tatatertib 27
Pelajar IKBN/IKTBN/KKBN
xiii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
KKBN Kolej Kemahiran Belia Nasional
MKM Mekanik Kenderaan Motor
PPU Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
PBB Penyelia Binaan Bangunan
SPSS Statistical Package of Social Science.
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Pengesahan Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian.
B Surat Pengesahan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
C Rekod Pelatih Ponteng
D Pengesahan Soal Selidik
E Soal Selidik
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Gejala ponteng merupakan perbuatan yang menyalahi peraturan dan
menimbulkan kebimbangan kepada pelbagai pihak. Gejala ini sering melanda pelajar di
pelbagai peringkat sama ada di peringkat sekolah mahupun peringkat yang lebih tinggi
seperti di universiti dan pusat-pusat kemahiran. Di pusat kemahiran para pelajar sering
melakukan ponteng ketika melakukan kerja-kerja amali di bengkel. Gejala ponteng ini
mungkin berlaku disebabkan pelajar masih terbawa-bawa dengan tabiat ponteng semasa
di sekolah lagi.
Perlakuan seperti ini sebenarnya banyak mendatangkan masalah kepada pihak
pengurusan pusat kemahiran tersebut. Ini adalah kerana pusat kemahiran adalah tempat
bagi para pelajar menyambung pengajian mereka dalam bidang kemahiran. Pusat-pusat
kemahiran juga mempunyai fungsi yang hampir sama dengan sekolah iaitu tempat
penyebaran ilmu pengetahuan secara formal dan sistematik disamping membentuk,
mendidik dan melatih diri seseorang pelajar agar menjadi insan yang berilmu dan
berperibadi mulia.
2
Atan Long (1988) menyatakan peranan guru adalah amat penting bagi
menimbulkan minat pelajar terhadap pengajarannya dan mengelakkan kejadian ponteng
berlaku. Ini adalah kerana bilangan pelajar yang mempunyai minat untuk belajar secara
semulajadi amat sedikit, jadi gurulah yang berperanan untuk menyuburkan minat
mereka. Menurut Kamaruddin (1996) pula menyatakan guru atau pensyarah perlu
memainkan perananyan dalam menghidupkan suasana pembelajaran yang bermakna di
dalam kelas. Dengan ini, pelajar yang berminat dengan pelajarannya dan mesra dengan
pensyarahnya jarang sekali melakukan ponteng kuliah.
Gejala ponteng agak membimbangkan kita kerana ia akan memberi kesan kepada
perkembangan ilmu di kalangan remaja yang mengangap proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah menyekat kebebasan sosial mereka. Dengan melibatkan diri
dengan gejala ponteng maka generasi hari ini akan hilang jati diri, tidak terdidik mental
dan emosinya, lemah jasmani dan rohaninya dan akibat dari ketandusan ilmu akan
menyebabkan mereka mudah terjebak dalam kegiatan yang negatif.
Disamping itu para pelajar juga perlu menanamkan minat dan keinginan untuk
berjaya. Pelajar perlu rajin menghadirkan diri ke kelas dan bengkel dan menumpukan
sepenuhnya perhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan
oleh tenaga pengajar. Pelajar yang sering menghadirkann diri pada setiap kelas akan
mengikuti apa yang disampaikan oleh tenaga pengajar dengan baik. Manakala bagi
pelajar yang melakukan ponteng pula sudah tentu mereka akan keciciran dari segi
pelajaran. Mereka tidak akan dapat mengaplikasikan pengajaran yang disampaikan pada
hari tersebut.
Pusat kemahiran bukan sekadar tempat untuk menambah ilmu pengetahuan
semata-mata malah ia merupakan sebuah institusi pendidikan dalam masyarakat yang
akan membentuk budaya generasi akan datang. Peranan utama pusat kemahiran adalah
untuk merealisasikan harapan negara iaitu cita-cita dan matlamat negara bangsa yang
telah ditetapkan dalam Wawasan 2020.
3
Menurut Sufean Hussin (1983) tujuan pendidikan di negara ini ialah untuk
melahirkan individu, manusia atau rakyat Malaysia yang terdidik dalam pelbagai segi
agar mereka matang berfikir, berkemahiran untuk memikul tanggungjawab dan
mempunyai komitmen untuk mendukung aspirasi negara agar hasrat pembangunan
masyarakat dari segi fizikal, material dan spiritual dapat dicapai sepenuhnya. Bagi aspek
individu, pendidikan adalah untuk membentuk individu yang terdidik dari segi intelek,
moral, estetika, emosi dan menggalakkan perkembangan potensi dalam diri pada tahap
yang maksimum.
Negara memerlukan rakyat yang berakhlak mulia dan berupaya mendukung
wawasaan dan aspirasi negara. Malaysia juga ingin menjadi negara yang makmur selaras
dengan Wawasan 2020, maka tunjangnya adalah rakyat yang berilmu dan berpendidikan
agama. Oleh itu generasi hari ini wajar diberi pendidikan agama dan gejala ponteng
yang sedang berlaku kini wajar diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan.
1.2 Latar belakang masalah
Ponteng sekolah tidak asing lagi bagi pelajar, guru-guru, ibubapa dan juga
masyarakat di sekeliling. Gejala ponteng adalah gejala yang tidak sihat dan sering
berlaku di kalangan pelajar terutamanya di sekolah, universiti dan pusat-pusat
kemahiran. Walaupun terdapat peraturan dan undang-undang namun gejala ini tetap
berlaku. Di pusat kemahiran, tenaga pengajar selalu memberi penekanan kepada para
pelajar bahawa mereka perlu menghadiri kelas amali dan teori tidak kurang 90%.
Sekiranya peraturan tersebut tidak dipatuhi, pelatih tersebut akan dikenakan tindakan.
( Sumber: Peraturan Tatatertib Pelajar IKBN/IKTBN/KKBN )
4
Walau bagaimanapun masalah ponteng semakin menular di kalangan pelajar di
KKBN , Pontian. Mereka tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan malahan
mereka terus melakukan ponteng pada hari-hari tertentu. Hal ini diakui oleh tenaga
pengajar yang mengajar pelatih-pelatih tersebut.
Hampir setiap hari gejala ponteng kelas berlaku di kalangan pelajar di KKBN,
Pontian ini. Menurut tenaga pengajar dari unit Mekanik Kenderaan Motor (MKM),
En.Hairolizam Asri dalam sesi temubual pada 23 Ogos 2007, menyatakan bahawa gejala
ponteng kelas berlaku hampir setiap hari dan kekerapan pelajar tidak hadir ke kelas
sangat ketara pada hari Isnin dan Jumaat.
( Sumber: Rekod Kedatangan Pelajar Unit Kenderaan Motor 2007).
Merujuk pada Buku Kedatangan harian pelajar didapati pada bulan Mei
kehadiran pelajar adalah 100%. Pada bulan Jun kedatangan pelajar menjadi 94% dan
menurun pada bulan berikutnya iaitu bulan Julai iaitu 83.3%. Terdapat juga beberapa
pelajar yang sering melakukan ponteng ini dan peratus keseluruhan kehadirannya hanya
43% sahaja.
( Sumber: Rekod Kedatangan Pelajar Unit Kenderaan Motor 2007).
Antara punca pelajar melakukan ponteng ialah mereka kurang berminat terhadap
pengajaran dan pelajaran di pusat kemahiran tersebut. Berdasarkan pemerhatian, pelajar-
pelajar yang tidak menghadiri kelas pada waktu yang tepat seperti yang telah ditetapkan.
Ada juga diantaranya yang masuk ke kelas selepas waktu pertama sesi pengajaran dan
pembelajaran telah pun berlangsung. Terdapat juga pelajar yang pulang lebih awal
daripada waktu yang ditetapkan dan hal ini tidak disedari oleh tenaga pengajar.
5
Di samping itu, pelajar juga kurang berminat kerana mereka mungkin tidak
mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat
kelemahan diri mereka sendiri. Kebanyakannya mereka datang ke pusat latihan semata-
mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana hilang
minat belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan yang lain.
Selain itu, masalah yang sering dihadapi oleh para pelajar adalah berkaitan
dengan kemudahan prasarana. Sebagai contoh, bilangan pelajar yang ramai telah
ditempatkan di dalam sebuah bilik kuliah yang sempit dan pelajar akan menjadi kurang
selesa untuk belajar. Tambahan pula bilik kuliah tersebut tidak mempunyai sistem
pengudaraan yang baik terutamanya apabila alat penghawa dingin berlaku kerosakan.
Berdasarkan kajian lepas dan data-data yang diperolehi jelas menunjukkan gejala
ini berkembang dengan serius sekali dan berlaku hampir setiap hari. Berdasarkan hal
tersebut penyelidik ingin membuat kajian tentang faktor pendorong yang menyumbang
kepada timbulnya gejala ponteng ke atas pelajar di KKBN , Pontian.
Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan kadar segera, peratus pelatih yang
ponteng pasti akan meningkat dan akan mengugat cita-cita pihak kerajaan untuk
mewujudkan rakyat yang berpendidikan tinggi,cerdas dan pintar. Sekaligus masalah ini
akan membantutkan kemajuan negara kita. Peranan ibu bapa, pusat kemahiran serta
Kementerian Belia dan Sukan amat penting untuk memastikan gejala ini tidak berterusan
sehingga menjadi lebih serius.
6
1.3 Penyataan masalah
Ponteng berlaku di semua peringkat persekolahan sama ada di kalangan pelajar
sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi. Melalui pengalaman pengkaji sendiri
dalam menangani masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar, sememangnya terdapat
faktor yang menyebabkan pelajar melakukan perbuatan salah laku ponteng di sekolah.
Sama ada ponteng kelas, ponteng menghadiri kelas luar bilik darjah atau ponteng
sekolah.
Lee (1992), mendapati pelajar sendiri yang menjadi punca perlakuan salahlaku di
sekolah. Kajiannya menunjukkan bahawa pelajar yang melanggar disiplin sekolah terdiri
daripada pelajar yang tidak mempunyai minat untuk belajar, kurang motivasi, malas
serta kurang daya tumpuan terhadap pengajaran guru. Kebanyakkan mereka mempunyai
pencapaian akademik yang rendah. Pelajar begini tidak sedar bahawa menghadirkan diri
ke sekolah itu penting dan mereka tidak akan mempedulikan disiplin yang telah
ditetapkan.
Menurut Mustaza (1994), yang telah mengeluarkan kenyataan berhubung
dengan kes ponteng dengan merujuk kepada pendorong berlakunya situasi ini adalah
kerana sesi pembelajaran yang dikatakan membosankan. Beliau turut menyatakan
bahawa guru yang tidak kreatif adalah penyebab utama masalah ponteng terjadi.
Berdasarkan maklumat di atas, pengkaji ingin menjalankan satu kajian untuk
mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pelatih-pelatih di KKBN, Pontian
melakukan ponteng.
7
1.4 Objektif penyelidikan / tujuan penyelidikan
a. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah ponteng kelas di
Kolej Kemahiran Belia Nasional, Pontian dari aspek sikap pelajar.
b. Mengenal pasti faktor –faktor yang mempengaruhi masalah ponteng kelas di
Kolej Kemahiran Belia Nasional, Pontian dari aspek tenaga pengajar.
c. Mengenal pasti faktor –faktor yang mempengaruhi masalah ponteng kelas di
Kolej Kemahiran Belia Nasional, Pontian dari aspek rakan sebaya.
d. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah ponteng kelas di
Kolej Kemahiran Belia Nasional, Pontian dari aspek prasarana.
1.5 Persoalan kajian
a) Adakah faktor sikap pelajar mempengaruhi salahlaku ponteng di kalangan
pelatih di Kolej Kemahiran Belia Nasional, Pontian?
b) Adakah faktor tenaga pengajar mempengaruhi salahlaku ponteng di kalangan
pelatih di Kolej Kemahiran Belia Nasional, Pontian?
c) Adakah faktor rakan sebaya mempengaruhi salahlaku ponteng di kalangan
pelatih di Kolej Kemahiran Belia Nasional, Pontian?
d) Adakah faktor prasarana sekolah mempengaruhi salahlaku ponteng di kalangan
pelatih di Kolej Kemahiran Belia Nasional,Pontian?
8
1.6 Kepentingan kajian
Kajian ini dijalankan bagi melihat apakah faktor-faktor yang mendorong pelajar
di KKBN ini melakukan ponteng. Adalah diharapkan hasil kajian ini dapa memberi
garis panduan kepada tenaga pengajar di kolej ini dan beberapa pihak lain seperti
Kementerian Belia dan Sukan, anggota masyarakat dan individu agar dapat menyusun
strategi dan merancang langkah-langkah yang berkesan dalam usaha menangani gejala
ini. Berikut adalah pihak yang berkepentingan dalam menangani masaalah ini.
1.6.1 Pusat kemahiran
Kajian yang di jalankan ini boleh di jadikan panduan kepada pihak institut atau
pusat kemahiran untuk menambahbaik proses pembelajaran kemahiran untuk menarik
perhatian serta minat pelajar untuk menceburi bidang kemahiran yang disediakan.
Disamping itu, pihak pentadbiran institusi juga mungkin boleh mencari penyelesaian
untuk masalah ponteng yang dialami di kebanyakan institusi.
1.6.2 Pihak Kementerian Belia dan Sukan
Membantu pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk memantapkan aktiviti-
aktiviti belia di samping meningkatkan mutu perkhidmatan latihan. Selain itu, hasil
dapatan ini juga akan mencadangkan aktiviti yang sesuai untuk menarik minat belia
mengikuti latihan kemahiran dan mengelakkan mereka dari melakukan gejala ponteng
yang tidak sihat ini.
9
1.6.3 Tenaga Pengajar
Melalui kajian ini juga dapat menyedarkan kepada pengajar-pengajar di pusat
kemahiran. Melalui dapatan kajian ini nanti, pengajar seharusnya dapat mencari
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Pangajar juga poleh mencari
alternatif yang sesuai seiring dengan kemampuan pelajar untuk menerima pelajaran agar
minat untuk belajar dalam diri para pelatih dapat dipupuk sekaligus mengurangkan
berlakunya ponteng kelas.
1.6.4 Pelajar
Para pelajar perlu sedar bahawa aktiviti ponteng yang mereka lakukan tidak
mempunyai manfaat malahan mengganggu proses pembelajaran berlangsung. Pelajar di
sini perlu mengambil tindakan yang bijak agar tidak tercicir di dalam pembelajaran dan
mereka dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini dilakukan terhadap pelajar-pelajar di KKBN di daerah Pontian.
Kajian ini hanya membataskan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar
melakukan ponteng iaitu faktor dari rakan sebaya, sikap pelajar, tenaga pengajar dan
prasarana. Responden yang dipilih adalah di kalangan pelatih yang mempunyai masalah
dalam peratusan kehadiran mereka berdasarkan dari rekod kedatangan sekolah. Kriteria
mengenalpasti responden adalah melalui penelitian terhadap rekod kedatangan pelatih
pada setiap masa pengajaran dan pembelajaran. Rekod yang menunjukkan pelajar itu
tidak menghadirkan diri ke kelas kurang dari 90% sepanjang sesi persekolahan penggal
10
pertama dari bulan Januari hingga Mei 2007. Oleh yang demikian hasil daripada kajian
ini, faktor yang menyebabkan masalah ponteng dapat dikenalpasti. Di cadangkan
bahawa masalah ini perlu diberi perhatian dengan membuat kajian susulan oleh pihak
yang berkenaan.
1.8 Definisi Istilah
Di dalam kajian ini terdapat beberapa istilah-istilah yang digunakan secara
khusus dan mempunyai pengertian yang tersendiri. Definasi yang dibuat adalah untuk
memudahkan pembaca memahami istilah tersebut dengan lebih jelas setiap isu yang
dibincangkan di sini.
1.8.1 Faktor
Menurut Lacey(1970), faktor didefinisikan sebagai sesuatu yang secara aktif
menyumbang kepada pencapaian, keputusan atau proses. Sesuatu peristiwa, perihal,
pengaruh atau elemen yang memainkan sebahagian peranannya untuk menyumbang
kepada suatu keputusan.
1.8.2 Mempengaruhi
Dalam Kamus English yang diadaptasi daripada WordNet Universiti Princeton
(2003), mendefinisikan mempengaruhi sebagai menyebabkan sesuatu tanpa usaha yang
jelas atau secara langsung. Suatu kuasa yang boleh memberi kesan kepada seseorang
atau peristiwa terutamanya kuasa yang berpengaruh.
11
1.8.3 Masalah
Menurut kamus Dewan Edisi ketiga (2000) mendefinisikan sesuatu yang
memerlukan penyelesaian. Perkara atau keaadaan yang menimbulkan kesukaran atau
kesulitan.
Menurut Ralph M.Barnes (1949) mendefinisikan masalah sebagai perbezaan di
antara persepsi (sensor) dan kehendak (tujuan) tentang keadaan sesuatu yang
diperhatikan oleh entiti yang mengalaminya.
1.8.4 Ponteng
Mohd Yusri (2000) mengatakan ponteng bermaksud tidak datang ke sekolah
tanpa sebarang sebab yang boleh di percayai tanpa keizinan keluarga atau guru. Dalam
kajian ini, ponteng bermaksud gagal hadir ke sekolah untuk menyertai aktiviti rakan
sebaya di sekolah samaada di dalam atau di luar sekolah.
Mengikut Nasarudin (1997) ponteng kelas didefinisakan murid, pelajar atau
pelatih mmpunyai sebab-sebab tertentu untuk keluar dari tempat mnuntut ilmu tanpa
keizinan pihak yang berkenaan. Biasanya mereka menghadiri pada waktu pelajaran
yang tertentu sahaja dalam satu hari. Mereka tidak menghadiri bagi sesuatu
matapelajaran kerana bosan, tidak gemar cara pengajaran guru, ada daya tarikan yang
istimewa di luar atau pengaruh dari orang lain.
12
Mengikut Ismail (1983) ponteng kelas adalah masalah disiplin yang dianggap
sebagai penyakit berjangkit. Ponteng kelas atau ’tuang kelas’ adalah tindakan pelajar
yang tidak mengikuti pelajaran pada waktu yang seharusnyan pelajar itu wajib
mengikutinya di dalam bilik darjah. Biasanya, masalah ini berlaku apabila pengajaran
guru tidak menarik ataupun susah hendak memahami sesuatu pelajaran. Apabila mereka
bosan hendak mengikuti pelajaran itu, mereka akan keluar dari bilik darjah dan
merayau-rayau di sekitar sekolah ataupun menyembunyikan diri di sesuatu tempat.
1.8.5 Pelajar
Menurut Peraturan Tatatertib Pelajar IKBN,KKBN dan IKTBN mendefinisikan
pelajar sebagai individu yang menerima pelajaran, pengajaran dan latihan di sesuatu
institut.
1.8.6 Latihan
Kamus Oxford (1997) mendefinasikan latihan sebagai aktiviti mempraktikkan,
membuat ulangan aktiviti untuk meningkatkan kepandaian dan kemahiran. Dalam kajian
ini, latihan adalah pembelajaran atau didikan yang untuk memahirkan individu dengan
jurusan yang dipilih di KKBN Pontian.
13
1.8.7 Kemahiran
Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga (2000) kemahiran adalah keupayaan untuk
melakukan sesuatu dengan baik dan sempurna melalui latihan dan pengalaman. Dalam
kajian ini, kemahiran merujuk kepada pelbagai aktiviti berbentuk kerja tangan atau
pembentukan individu yang dipelajari di pelbagai jurusan di KKBN Pontian ini.
1.8.8 Kolej Kemahiran Belia Nasional
Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN) atau sebelum ini dikenali sebagai
Institut Kemahiran Belia Nasional (IKBN) merupakan sebuah pusat latihan kemahiran
yang diselia di bawah Kementerian Belia dan Sukan. KKBN/IKBN bertanggungjawab
untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan separa mahir di dalam pelbagai sektor di
industri.