persediaan guru pelatih pendidikan islam universiti ... · 2.2 pembangunan modal insan di zaman...
TRANSCRIPT
PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) BAGI MEMENUHI
KEPERLUAN MODAL INSAN
SITI MAISARAH BINTI BAHRUN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEDIAAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) BAGI MEMENUHI
KEPERLUAN MODAL INSAN
SITI MAISARAH BINTI BAHRUN
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi Sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
( Pengajian Islam )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : Nama Penulis : SITI MAISARAH BINTI BAHRUN Tarikh : 23 APRIL 2008
iii
Senarai Cinta dan Terima Kasih
Pertama dan terulung, adalah kesyukuran yang tidak terhitung buat Allah SWT, Tuhan
pencipta alam. Dialah Tuhanku yang memberikan segala-galanya. Menganugerahkan sebuah
kehidupan, cita-cita dan matlamat.
Kedua, buat bonda tercinta Hajjah Noraini binti Haji Abdul Latif yang melahirkan aku
dari rahim keibuannya. Berkongsi nafas dan nyawanya semenjak kelahiran sehingga
kedewasaanku. Sabar menanggung kerenah dan perangaiku dengan melafazkan kata-kata
kasih dan sayang.
Ketiga, buat ayahanda tercinta Haji Bahrun bin Mat Amin. Seorang bapa yang sukar
dimengerti dan difahami. Namun, mampu dirasai ketulusan hati. Memberikan pembiayaan
pengajian dari kecil hingga dewasa. Merealisasikan impian dan cita-citaku
menjadi satu kepastian.
Seterusnya buat adindaku, Mohd Aizuddin bin Bahrun dan Mohamad Aizamuddin bin
Bahrun. Kalian adalah adinda yang sangat kukasihi dan kumohon supaya kalian tetap
menghargai setiap jasa dan keringat yang kita telah sama-sama tumpahkan
dalam membina keluarga ini.
Tidak dilupakan juga kepada pensyarah-pensyarah yang mencurahkan ilmu dan bakti
kepada diriku yang penuh kelemahan dan kekurangan. Seterusnya ucapan terima kasih kepada
Mashitah Taib dan Siti Khairiyah Sejo yang banyak membantu. Juga kepada mereka yang
menyumbang masa, tenaga dan fikiran bagi menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Semoga Allah
SWT memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya kepada kalian.
Jazakumullahu khairan kathira.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat
dari-Nya dapat penulis menyiapkan Projek Sarjana Muda dengan jayanya. Setelah
bertungkus-lumus mencari, meneliti dan berbincang akhirnya inilah hasil yang dapat
penulis persembahkan. Segala usaha yang telah penulis curahkan Insya-Allah
semoga akan mendapat keredhaan dari Ilahi. Penulis berusaha dan merancang, Allah
Ta’ala juga merancang akhirnya penulis berdoa agar perancangan dan harapan
penulis selari dengan perancangan Allah Ta’ala dan Insya-Allah ganjarannya
keredhaan dari Ilahi.
Setinggi-tinggi penghargaan penulis hulurkan buat Dr. Azhar bin
Muhammad selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing, mendorong
dan memberi tunjuk ajar serta nasihat sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana
Muda.
Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian
Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia, pelajar tahun 3 dan 4 SPI. Tidak ketinggalan buat ahli keluarga serta
rakan-rakan yang memahami dan telah banyak menolong penulis sama ada secara
langsung ataupun tidak langsung. Segala jasa-jasa yang telah dicurahkan Insya-Allah
akan dibalas jua oleh Allah Ta’ala.
v
ABSTRAK
Pendidikan adalah satu wadah dalam usaha membangunkan modal insan yang
berkualiti sebagaimana yang diharapkan oleh kerajaan. Kajian ini bertujuan melihat
persediaan guru pelatih Pendidikan Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi
memenuhi keperluan modal insan yang meliputi keterampilan, keperibadian,
keupayaan, minat untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran serta
keupayaan mengaplikasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebanyak
86 orang pelajar kursus Pendidikan Islam yang telah menjalani program latihan
praktik telah dinilai melalui satu set soal selidik dan dianalisis secara diskriptif untuk
mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan Statistical Package
for Social Science 12.0 for Windows. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai
Cronbach’s Alpha 0.884. Secara keseluruhannya, hasil analisis menunjukkan bahawa
responden mempunyai persediaan yang tinggi bagi memenuhi keperluan
pembangunan modal insan dengan tahap min sebanyak 4.28. Di samping itu,
keupayaan dan minat mereka menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran berada
pada tahap nilai min 4.35, manakala keterampilan, keperibadian serta keupayaan
dalam pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga berada
pada tahap nilai min yang tinggi masing-masing mencatatkan 4.24. Namun terdapat
beberapa item yang perlu diberikan perhatian sewajarnya bagi memperlengkapkan
lagi persediaan tersebut khususnya apabila mereka berkhidmat ke sekolah-sekolah
nanti. Beberapa cadangan dikemukakan bagi penambahbaikan hasil daripada
rumusan kajian.
vi
ABSTRACT
Education is one of the platform in the performance to meat quality the
human capital as what the government hoped aspiration. The aim of the research is to
see the preparation done by the trainee teachers of Islamic Education UTM in order
to fulfil the needs of the human capital that includes capability, personality, the
ability, the interests to enrich knowledge and skills as well as their ability in the
application of ICT in their teachings. About 86 students from the course of Islamic
Education that had undergone their practicum that had been assessed and from the
descriptive analysis in order to get the assess in frequency, the percentage and the
min that used the Statistical Package for Social Science 12.0 for Windows. The
assessment shows that the assess of Cronbach’s Alpha was 0.884. In conclusion, the
analysis shows that the respondents have a high preparation in order to fulfil the
needs of the human capital. Besides the capability and their interest to gain were
knowledge and their skills were at the minimum achievement of 4.35, whereas the
capability, the personality and the ability in the application of ICT in their teaching
process must also be at the highest minimum effort that recorded 4.24. Yet there are
some items that should be given more attention in order to well equip the preparation
especially when they are in schools. Suggestions had been confronted in order to
improve the revenue from the overall research.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Persediaan 10
viii
1.8.2 Guru Pelatih 10
1.8.3 Modal Insan 11
1.9 Kesimpulan 11
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Pembangunan Modal Insan di zaman
Rasulullah SAW, Sahabat dan Ilmuwan 12
2.3 Makna Pembangunan Modal Insan 14
2.4 Pembangunan Modal Insan dari Perspektif Islam 15
2.5 Pembangunan Modal Insan di Malaysia 17
2.6 Pembangunan Modal Insan Berteraskan al-Quran 18
2.6.1 Al-Quran Melahirkan Insan Yang Beriman
dan Bertakwa 19
2.6.2 Al-Quran Membentuk Insan Yang Berakhlak
Mulia 20
2.6.3 Al-Quran Membentuk Insan Yang Berilmu
Pengetahuan, Cintakan Penerokaan Ilmu dan
Berfikiran Gemilang 21
2.6.4 Al-Quran Melahirkan Pewaris Kepimpinan
Bertaraf Tinggi 23
2.7 Guru Penjana Modal Insan 24
2.7.1 Modal Insan Dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan 25
2.7.2 Peranan Guru Pelatih Pendidikan Islam 25
2.7.2.1 Keterampilan dan Keperibadian
GPPI Melalui Pembangunan Modal
Insan 26
2.7.2.2 Keupayaan dan Minat GPPI
Menambah Ilmu Pengetahuan
dan Kemahiran Melalui
Pembangunan Modal Insan 28
2.7.2.3 Keupayaan GPPI Menggunakan ICT
ix
Melalui Pembangunan Modal Insan
Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran 30
2.8 Cabaran Membangunkan Modal Insan dalam
Profesion Perguruan 31
2.8.1 Keterampilan dan Keperibadian
GPPI Melalui Pembangunan Modal
Insan 31
2.8.2 Keupayaan dan Minat GPPI
Menambah Ilmu Pengetahuan
dan Kemahiran Melalui
Pembangunan Modal Insan 32
2.8.3 Keupayaan GPPI Menggunakan ICT
Melalui Pembangunan Modal Insan
Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran 32
2.9 Cara Mengatasi Cabaran Pembangunan Modal
Insan dalam Profesion Perguruan 33
2.9.1 Keterampilan dan Keperibadian
GPPI Melalui Pembangunan Modal
Insan 33
2.9.2 Keupayaan dan Minat GPPI
Menambah Ilmu Pengetahuan
dan Kemahiran Melalui
Pembangunan Modal Insan 34
2.9.2.1 Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) 34
2.9.2.2 Pembangunan Personal 35
2.9.2.3 Kursus Dalam Perkhidmatan 35
2.9.3 Keupayaan GPPI Menggunakan ICT
Melalui Pembangunan Modal Insan
Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran 36
2.9.3.1 Latihan dalam ICT untuk Tenaga
Pengajar 36
x
2.9.3.2 Latihan dalam ICT untuk Personal
KPM 36
2.10 Kajian Lepas 37
2.11 Kesimpulan 40
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 41
3.2 Reka Bentuk Kajian 41
3.3 Tempat Kajian 42
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 42
3.5 Instrumen Kajian 43
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 44
3.7 Prosedur Kajian 45
3.8 Kajian Rintis 46
3.9 Analisis Data 46
3.10 Kesimpulan 47
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 48
4.2 Bahagian A (Analisis Latar Belakang GPPI) 49
4.2.1 Latar Belakang GPPI Mengikut
Jantina 49
4.2.2 Latar Belakang GPPI Mengikut
Umur 50
4.2.3 Latar Belakang GPPI Mengikut
Taraf Perkahwinan 50
4.2.4 Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa
LM 51
4.3 Bahagian B (Analisis Deskriptif) 51
4.3.1 Analisis Keterampilan Dan
Keperibadian GPPI 51
4.3.2 Analisis Keupayaan Dan Minat GPPI
Menambah Ilmu Pengetahuan
xi
Dan Kemahiran 62
4.3.3 Analisis Keupayaan GPPI
Menggunakan ICT Dalam Proses P&P 70
4.3.4 Analisis Keseluruhan 78
4.4 Kesimpulan 78
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 80
5.2 Perbincangan 80
5.2.1 Maklumat Latar Belakang GPPI 81
5.2.2 Keterampilan Dan Keperibadian GPPI 82
5.2.3 Keupayaan Dan Minat GPPI Menambah
Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran 84
5.2.4 Keupayaan GPPI Menggunakan ICT
Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 85
5.3 Rumusan 87
5.4 Cadangan 87
5.5 Cadangan Kajian Lanjut 88
5.6 Penutup 89
BIBLIOGRAFI 90
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Jumlah populasi guru pelatih SPI, UTM,
Skudai, Johor 43
3.2 Maklumat setiap bahagian soal selidik 43
3.3 Pengkelasan skala Likert 44
3.4 Nilai skor min 47
4.1 Taburan jantina GPPI 49
4.2 Taburan umur GPPI 50
4.3 Taburan taraf perkahwinan GPPI 50
4.4 Taburan mata pelajaran yang diajar semasa LM 51
4.5 Taburan skor min bagi item satu 52
4.6 Taburan skor min bagi item dua 52
4.7 Taburan skor min bagi item tiga 53
4.8 Taburan skor min bagi item empat 53
4.9 Taburan skor min bagi item lima 54
4.10 Taburan skor min bagi item enam 54
4.11 Taburan skor min bagi item tujuh 55
4.12 Taburan skor min bagi item lapan 55
4.13 Taburan skor min bagi item sembilan 56
4.14 Taburan skor min bagi item sepuluh 56
4.15 Taburan skor min bagi item 11 57
4.16 Taburan skor min bagi item 12 57
4.17 Taburan skor min bagi item 13 58
4.18 Taburan skor min bagi item 14 58
xiii
4.19 Taburan skor min bagi item 15 59
4.20 Taburan skor min bagi item 16 59
4.21 Taburan skor min bagi item 17 60
4.22 Taburan skor min bagi item 18 60
4.23 Taburan skor min bagi item 19 61
4.24 Taburan skor min bagi item 20 62
4.25 Taburan skor min bagi item 21 63
4.26 Taburan skor min bagi item 22 63
4.27 Taburan skor min bagi item 23 64
4.28 Taburan skor min bagi item 24 64
4.29 Taburan skor min bagi item 25 65
4.30 Taburan skor min bagi item 26 65
4.31 Taburan skor min bagi item 27 66
4.32 Taburan skor min bagi item 28 67
4.33 Taburan skor min bagi item 29 67
4.34 Taburan skor min bagi item 30 68
4.35 Taburan skor min bagi item 31 68
4.36 Taburan skor min bagi item 32 69
4.37 Taburan skor min bagi item 33 69
4.38 Taburan skor min bagi item 34 70
4.39 Taburan skor min bagi item 35 71
4.40 Taburan skor min bagi item 36 72
4.41 Taburan skor min bagi item 37 72
4.42 Taburan skor min bagi item 38 73
4.43 Taburan skor min bagi item 39 73
4.44 Taburan skor min bagi item 40 74
4.45 Taburan skor min bagi item 41 75
4.46 Taburan skor min bagi item 42 75
4.47 Taburan skor min bagi item 43 76
4.48 Taburan skor min bagi item 44 76
4.49 Taburan skor min bagi item 45 77
4.50 Nilai min bagi keseluruhan konstrak item 78
xiv
SENARAI SINGKATAN
Bil Bilangan
GPPI Guru Pelatih Pendidikan Islam
IAB Institut Aminuddin Baki
ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi
IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam
JNS Jemaah Nazir Sekolah
KDPM Kursus Diploma Perguruan Malaysia
KPLI Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
KS Kurang Setuju
LDP Latihan Dalam Perkhidmatan
LM Latihan Mengajar
MTeST Malaysian Teachers Selection Test
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
PJJ Pendidikan Jarak Jauh
PKPG Program Khas Pensiswazahan Guru
PMI Pembangunan Modal Insan
r.a radiallahuanhu
RMK-9 Rancangan Malaysia Kesembilan
S Setuju
SAW Sallallahu Alaihi Wasallam
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
SMKA Sekolah Menegah Kebangsaan Agama
SPSS Statistical Package For Social Science
SS Sangat Setuju
xv
STS Sangat Tidak Setuju
SWT Subhanahu Wa Taala
TS Tidak Setuju
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 97
B Surat Kelulusan Fakulti Pendidikan
Untuk Menjalankan Kajian 103
C Surat Pengesahan Menjalankan Kajian
(Perpustakaan Sultanah Zanariah) 104
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pembangunan modal insan (PMI) ataupun sebelumnya dikenali sebagai
pembangunan sumber manusia merupakan antara perkara yang diberi penekanan oleh
kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Penekanan yang diberikan
amat wajar memandangkan PMI amat penting dalam menjana kejayaan sesebuah
organisasi, apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan negara kerana modal insanlah yang
akan menentukan kejayaan atau kegagalan pencapaian sesuatu wawasan negara.
Sekiranya modal insannya tidak berkualiti, maka sesebuah negara akan lemah kerana
ahlinya (sumber tenaga manusia) itu tidak mampu berperanan sewajarnya sebagaimana
yang dikehendaki oleh negara. Dalam hal ini, diri manusia sendirilah yang amat penting
untuk dibangunkan supaya mereka dapat menjadi aset kepada negara sebagai modal
insan berkualiti.
Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal
insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020.
modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif,
2
berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru,
mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia
global yang sering berubah-ubah.
Program Kursus Pendidikan Perguruan Malaysia dirancang untuk melahirkan
insan guru yang berkualiti bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Insan
guru yang dihasratkan diharap dapat memainkan peranan dalam merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Menyedari hasrat itu sewajarnya bakal
guru dibekalkan dengan pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran (P&P) agar
bersedia untuk menghadapi cabaran dalam bidang pendidikan di alaf baru nanti.
Profesion perguruan memerlukan guru menjalani latihan dan pendidikan guru
yang diadakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Badan Berkanun.
Latihan dan pendidikan guru diadakan di maktab perguruan dan universiti tempatan
mengikut kesesuaian kurikulum masing-masing (Esah Sulaiman, 2003 : 7).
Pengalaman praktik yang dinyatakan di atas ialah melalui latihan mengajar
(LM). LM bertujuan mendedahkan guru pelatih Pendidikan Islam (GPPI) kepada
pengalaman awal dengan masyarakat sekolah. Ia merupakan proses yang perlu dilalui
oleh GPPI. GPPI akan mengalami sendiri proses pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan interaksi mereka dengan pelajar yang diajar (Aziz Nordin, 1987:1). GPPI
perlu mengaplikasikan segala kemahiran perguruan sepanjang menjalani LM.
Walaupun pengalaman sewaktu menjalani LM bukanlah pelengkap kepada diri
seseorang guru yang berjaya, namun pendedahan yang diperolehi akan membina
pengetahuan dan kemahiran asas tentang tugas dan tanggungjawab guru secara praktis.
Sudah pasti pengetahuan yang disokong dengan pengalaman akan memantapkan
keupayaan bakal guru apabila menjawat jawatan guru nanti.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan
inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai
inteleknya serta diperkaya modal budayanya. PMI adalah penentu bagi meningkatkan
daya saing dan produktiviti negara.
Salah satu hasrat KPM adalah untuk membangunkan modal insan yang memiliki
penampilan unggul untuk mendukung cita-cita negara serta menyediakan kepimpinan
yang utuh (towering personality). Seseorang dengan penampilan unggul mempunyai
ciri-ciri berhemah mulia, berpendidikan serta berjaya dalam bidang yang diceburi. Di
samping itu, seseorang yang memiliki penampilan unggul akan memiliki sifat-sifat
seperti amanah, berbudi pekerti, rajin, berdisiplin, ikhlas dan tekun dalam semua
usahanya (Rancangan Malaysia ke-9, 2006: 53). Modal insan berkualiti bukan sahaja
memiliki upaya ilmu dan keterampilan yang sifatnya semasa dan canggih tetapi juga
tidak menolak kepentingan nilai dan etika sebagai asas pedoman.
Modal insan (human capital) adalah antara agenda yang akan diberi penekanan
oleh kerajaan dalam (RMK-9). Perdana Menteri sewaktu ucapan pembentangan
cadangan tersebut menegaskan,
“Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan
pengetahuan, jika kita mahu negara maju dan kekal pada tahap tersebut,
pembangunan modal insan harus dipertingkatkan. Tiga strategi utama
untuk melahirkan modal insan kelas pertama akan dilaksanakan.
Pertama: Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan.
Kedua: Memperkukuhkan keupayaan sains, penyelidikan dan
pembangunan dan inovasi. Ketiga: Memupuk masyarakat berbudaya dan
memiliki kekuatan moral.” (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, MASA,
6: 2006).
4
Modal insan yang ditekankan oleh Perdana Menteri ini merujuk kepada individu
seperti bakal guru yang dapat memperkasakan diri baik dari segi ilmu mahupun berdaya
saing dari segi teknikal ataupun profesional. Mereka yang dapat berdaya saing inilah
yang mampu membentuk personaliti unggul yang sememangnya menjadi aset untuk
mencapai Wawasan 2020.
PMI mesti bertunjangkan ilmu yang mampu menyuburkan keterampilan
mengurus diri dan keupayaan mengurus sistem. Kualiti modal insan bergantung kepada
kekuatan ilmu dan kecanggihan keterampilan yang dimiliki oleh bakal guru. Modal
insan ini jika digerakkan dengan betul, mampu untuk menjana kemajuan dalam semua
bidang dan akhirnya mampu pula menempa kemajuan dan perubahan. PMI dalam proses
pengilmuan dan pendidikan dalam konteks acuan kita sendiri mesti mampu menyaring
faktor keilmuan dan pendidikan serta menyumbang supaya manusia yang bakal lahir
mampu membina tamadun baru yang tidak menolak kepentingan nilai dalam
membangunkan akhlak. Pada masa yang sama tidak menolak kepentingan ilmu sebagai
alat untuk mengurus sistem dan kehidupan itu sendiri.
Profesion perguruan antara profesion yang paling mendapat tempat di kalangan
rakyat Malaysia. Guru merupakan suatu profesion yang mempunyai ahli yang begitu
ramai. Pada tahun 1999 sahaja jumlah guru yang terdapat di Malaysia ialah kira-kira
157,415 orang (Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani, 2005: 309).
Sejak kebelakangan ini, banyak krisis yang melanda profesion keguruan dan
pendidikan dibincangkan sebagai agenda nasional yang perlu ditangani dengan
berkesan. Pelbagai isu dan masalah yang berlaku dalam dunia pendidikan dan keguruan
sudah tentu akan menjejaskan kualiti pendidikan dan boleh menyebabkan banyak
masalah yang berkaitan dengan pendidikan akan timbul dan mendapat kecaman
masyarakat.
5
Profesion keguruan menghadapi banyak masalah dan krisis disebabkan golongan
yang memasuki profesion ini menjadikannya sebagai pilihan terakhir setelah usaha bagi
mendapatkan pekerjaaan lain yang berstatus tinggi tidak berjaya. Golongan ini bukan
sahaja tidak berminat dengan profesion ini tetapi tidak dapat menghayati kerjaya
pendidikan ini dengan berkesan untuk membina kepuasan dan kecemerlangan. Profesion
ini juga menerima calon-calon yang berkualiti rendah dari segi kelayakan dan
kecemerlangan akademik, ketokohan dan kewibawaan personal dan kepimpinan,
semangat bekerja yang rendah dan sebagainya. Pilihan yang salah menyebabkan
profesion ini menghadapi masalah, terutama dalam mencorakkan dan melahirkan guru-
guru yang cemerlang dan mempunyai minat yang tinggi berkhidmat dan berjuang
sebagai penggerak kemajuan masyarakat.
Peranan sosial guru sebagai seorang warganegara akan melibatkannya secara
aktif dalam kehidupan komuniti, membangunkan negara untuk kesejahteraan generasi
sekarang dan akan datang. Berdasarkan keperluan dan peranan baru yang akan
dimainkan oleh para guru dalam masyarakat yang berubah-ubah dan kian kritikal, taraf
pendidikan guru perlu dipertingkatkan lagi dari segi kurikulum ataupun pedagoginya.
Latihan mengajar adalah tahap permulaan kepada latihan yang berterusan. Pendidikan
berterusan ini akan membantu guru-guru untuk mendapatkan latihan lanjutan bagi
mengemaskinikan taraf profesional mereka di samping memberi peluang kepada mereka
untuk mendapatkan kelayakan-kelayakan tambahan.
LM yang dijalankan di maktab dan universiti perlu dirancang dan dipergiatkan
lagi supaya meliputi banyak bidang pengetahuan, kemahiran profesional dan kaedah.
Guru-guru pelatih perlu mempunyai semangat bekerja, berusaha dan bertekad untuk
mencapai falsafah pendidikan kebangsaan iaitu melahirkan:
“Guru-guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara, menjamin perkembangan individu
6
dan memelihara satu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif dan berdisiplin.” (Omar Mohd. Hashim, 1999: 338).
Sebagai guru pelatih di sekolah, mereka seharusnya sentiasa memikirkan tentang
kualiti sebagai guru, personaliti sebagai seorang guru, peranan kepada murid-murid dan
harapan ibu bapa dan peranan kepada masyarakat. Apabila kesemuanya terlaksana
dengan baik, maka guru pelatih akan dihormati dan diberi kepercayaan untuk memimpin
sesebuah organisasi. Sekiranya amalan dan sikap tidak berdisiplin yang bercanggah
dengan harapan masyarakat yang selalu melihat guru sebagai manusia unggul dan
budiman akan melunturkan imej dan pengaruh serta keberkesanan guru dalam
masyarakat.
KPM telah diberitahu oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan bahawa
terdapat bakal guru yang kurang menyenangkan, iaitu seperti berambut panjang, kurang
kemas, berpakaian menjolok mata, tidak bersopan santun, tidak tahu dan tidak faham
tentang tugas, peranan dan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, cetek
pengetahuan am, kurang faham tentang peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam
Perintah Am, hal-hal perkhidmatan, proses dan prosedur tindakan tatatertib. Kelemahan-
kelemahan yang dinyatakan ini boleh menjejaskan peluang seseorang bakal guru itu
untuk dilantik ke jawatan tetap perkhidmatan pelajaran (Omar Mohd. Hashim, 1999:
338).
Apabila seseorang guru pelatih tamat menjalani LM, maka dengan rasmilah
mereka mendapat gelaran “Guru Terlatih”. Mereka akan dihantar untuk bertugas ke
sekolah menengah di seluruh pelosok tanah air. Di situlah mereka berpeluang untuk
mempraktikkan segala teori pendidikan yang telah dipelajari semasa menjalani sesi LM.
Apa yang perlu diberikan perhatian ialah, selain mengecapi nikmat kehidupan
sebagai guru lepasan ijazah, tidak dilupakan juga tanggungjawab dalam soal membina
kecekapan dan kemahiran, berwibawa, dicontohi dan dihormati. Untuk mencapai tujuan
7
tersebut, bakal guru ini haruslah menggunakan segala peluang serta kesempatan yang
ada sepanjang menjalani LM dengan menambahkan ilmu dan membiasakan diri dengan
kemahiran teknologi serta pelbagai kemudahan yang terdapat di sekolah. Di samping itu,
guru pelatih perlu memahami dan menggunakan segala sumber yang ada untuk
menambahkan lagi keterampilan sebagai pendidik.
1.3 Pernyataan Masalah
GPPI adalah bakal guru yang sedang menjalani LM di sekolah-sekolah. LM yang
dilalui merupakan program yang akan mendedahkan GPPI kepada pengalaman sebenar
profesion keguruan. Kualiti modal insan bergantung kepada kekuatan ilmu dan
kecanggihan keterampilan yang dimiliki. Tanpa mempraktikkan perkara-perkara teori
yang telah dipelajari dan menonjolkan keperibadian yang unggul, seorang GPPI tidak
mungkin berjaya melaksanakan tugasnya dengan lebih berkesan dan bermutu.
GPPI merupakan pelajar yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Pengajian Islam). Sejak kursus ini diperkenalkan, beberapa kumpulan telah
menjalani LM. Didapati terdapat rungutan ketidakpuasan hati daripada pensyarah
pembimbing dan guru pembimbing.
Masalah yang sering timbul ketika GPPI menjalani LM ialah kekurangan
pengetahuan untuk disampaikan kepada para pelajar. GPPI kebanyakannya masih
menggunakan buku teks semata-mata tanpa mengaitkan isi pelajaran dengan keadaan
semasa yang berlaku. Selain itu, kurangnya kesediaan GPPI menjalani LM semasa di
tahun 3 semester 1. Pada masa ini, kematangan GPPI masih kurang kerana GPPI masih
baru dan banyak perkara yang belum dipelajari. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk
melihat persediaan guru pelatih Pendidikan Islam Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) bagi memenuhi keperluan modal insan.
8
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Melihat keterampilan dan keperibadian GPPI melalui PMI ketika
menjalani LM di sekolah.
1.4.2 Mengenal pasti keupayaan dan minat GPPI menambah ilmu pengetahuan
dan kemahiran melalui PMI untuk menjadi guru yang berkualiti dan
bermutu.
1.4.3 Mengenal pasti keupayaan GPPI menggunakan ICT melalui PMI dalam
proses P&P.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Bagaimana keterampilan dan keperibadian GPPI melalui PMI ketika
menjalani LM di sekolah?
1.5.2 Bagaimana keupayaan dan minat GPPI menambah ilmu pengetahuan dan
kemahiran melalui PMI untuk menjadi guru yang berkualiti dan bermutu?
1.5.3 Apakah keupayaan GPPI menggunakan ICT melalui PMI dalam proses
P&P?