05 pembangunan modal insan
DESCRIPTION
Pembangunan Modal Insan Di Malaysia berdasarkan kepada perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia.TRANSCRIPT
33
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Pendidikan
Nisbah guru kepada pelajar meningkat
Guru perempuan lebih ramai?
Pendidikan tertiari – Bidang Sastera dan Sains Sosial menjadi
pilihan
Australia tumpuan pelajar Malaysia
Pertubuhan pendidikan swasta - tadika lebih banyak
Belia
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk pembentukan
modal insan
Keusahawanan
Pelbagai program keusahawanan untuk belia...
Wanita dan guna tenaga
3.5 juta daripada 7.4 juta wanita bekerja
Lebih ramai wanita dalam sektor perkhidmatan
17.5 peratus wanita bekerja dalam industri pembuatan
Guna tenaga mahir
Guna tenaga mahir di Selangor…
34
Pembangunan Modal Insan
Pendidikan
Salah satu agenda penting Kerajaan adalah
untuk membangunkan satu sistem pendidikan
bertaraf dunia. Sistem pendidikan Malaysia
tidak hanya tertumpu kepada pembangunan
modal insan berpengetahuan dan
berkemahiran, yang mampu bersaing
di pasaran kerja global malah untuk
membangunkan modal insan yang bersifat
menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika
tinggi. Pelajar sekolah di Malaysia
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah mengenal
pasti enam (6) teras strategik untuk memperkukuhkan sistem pendidikan
negara seperti berikut:-
Teras 1 Membina negara bangsa
Teras 2 Membangunkan modal insan
Teras 3 Memperkasakan sekolah kebangsaan
Teras 4 Merapatkan jurang pendidikan
Teras 5 Memartabatkan profesion keguruan
Teras 6 Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
35
Nisbah guru kepada pelajar meningkat
Salah satu petunjuk yang digunakan untuk mengukur kualiti pendidikan
adalah nisbah guru-pelajar di sekolah rendah dan menengah.
Peningkatan nisbah guru-pelajar dapat dilihat di semua negeri di Malaysia
pada tahun 2000 hingga 2008. Bagi sekolah rendah, Kelantan
mencatatkan peningkatan nisbah guru-pelajar yang tertinggi iaitu
1:21 (2000) kepada 1:15 (2008). Bagi sekolah menengah pula, dua (2)
negeri telah mencatatkan peningkatan nisbah guru-pelajar yang tertinggi
iaitu Pahang dan Perlis dengan perbezaan nisbah daripada 1:17 (2000)
kepada 1:13 (2008).
Guru dan pelajar di sekolah
36
Jadual 4.1: Nisbah guru kepada pelajar, sekolah rendah dan menengah
kerajaan dan bantuan kerajaan, Malaysia, 2000 dan 2008
Negeri
Sekolah Rendah Sekolah Menengah
2000 2008 2000 2008
Johor 1:19 1:15 1:18 1:15
Kedah 1:18 1:16 1:16 1:15
Kelantan 1:21 1:15 1:17 1:14
Melaka 1:18 1:15 1:17 1:14
Negeri Sembilan 1:18 1:14 1:17 1:14
Pahang 1:17 1:13 1:17 1:13
Perak 1:18 1:14 1:17 1:14
Perlis 1:17 1:13 1:17 1:13
Pulau Pinang 1:19 1:16 1:17 1:14
Sabah 1:17 1:13 1:18 1:15
Sarawak 1:17 1:13 1:18 1:15
Selangor 1:21 1:19 1:18 1:16
Terengganu 1:18 1:14 1:16 1:13
W.P. K.Lumpur 1:21 1:17 1:18 1:15
W.P. Labuan 1:16 1:13 1:14 1:11
W.P. Putrajaya - 1:13 - 1:9
Sumber : Kementerian Pelajaran
37
Guru perempuan lebih ramai?
Dalam sistem pendidikan negara, keseimbangan bilangan guru lelaki dan
perempuan turut dititikberatkan. Walaupun data menunjukkan bilangan
guru perempuan adalah semakin ramai berbanding guru lelaki, namun
secara keseluruhannya, perbezaan nisbah seorang guru perempuan
kepada guru lelaki masih tidak begitu ketara.
Perbandingan antara tahun 2000 dan 2008 bagi sekolah rendah
mendapati negeri Kelantan dan Sabah mencatatkan nisbah guru lelaki
kepada guru perempuan iaitu 1:1. Perbezaan bilangan guru lelaki dan
guru perempuan adalah agak ketara bagi negeri Perak dan Negeri
Sembilan iaitu 1:2 (2000) kepada 1:3 (2008).
Perbandingan antara tahun 2000 dan 2008 bagi sekolah menengah pula
mendapati negeri Kelantan, Perlis dan Sabah masih lagi mengekalkan
nisbah guru lelaki kepada guru perempuan (1:1). Negeri Johor, Negeri
Sembilan, Pahang dan W.P. Labuan juga mengekalkan catatan nisbah
guru lelaki kepada guru perempuan (1:2). Bagi negeri lain pula
mencatatkan pertambahan seorang guru perempuan bagi setiap guru
lelaki, manakala W.P. Kuala Lumpur mencatatkan nisbah yang tertinggi
iaitu 1:4.
Guru di Malaysia
38
Jadual 4.2: Bilangan guru di sekolah rendah kerajaan dan bantuan
kerajaan, Malaysia, 2000 dan 2008
Negeri 2000 2008
Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
Johor 5,992 12,515 7,262 18,072
Kedah 4,389 7,919 4,927 10,660
Kelantan 4,804 6,505 5,914 8,842
Melaka 1,314 3,326 1,621 4,906
Negeri Sembilan 1,902 4,562 2,144 6,426
Pahang 4,077 6,409 4,339 8,974
Perak 4,956 10,479 5,637 14,554
Perlis 607 1,030 725 1,497
Pulau Pinang 1,920 5,508 2,219 7,665
Sabah 8,253 9,187 8,918 13,114
Sarawak 7,436 8,725 8,625 13,818
Selangor 5,423 14,699 7,110 22,053
Terengganu 3,396 5,108 3,678 7,207
W.P. K.Lumpur 1,905 5,582 2,213 6,646
W.P. Labuan 140 358 172 477
W.P. Putrajaya - - 122 375
Sumber : Kementerian Pelajaran
39
Jadual 4.3: Bilangan guru di sekolah menengah kerajaan dan
bantuan kerajaan, Malaysia, 2000 dan 2008
Negeri 2000 2008
Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
Johor 5,094 8,074 5,877 12,341
Kedah 4,057 5,368 4,562 7,650
Kelantan 3,975 4,313 4,988 6,967
Melaka 1,607 2,270 1,844 3,466
Negeri
Sembilan 2,033 3,462 2,160 4,743
Pahang 2,953 4,444 3,632 6,638
Perak 5,296 7,330 5,903 10,028
Perlis 652 772 827 1,174
Pulau Pinang 2,211 4,211 2,392 6,020
Sabah 4,226 5,067 5,657 7,333
Sarawak 4,133 5,712 5,362 8,747
Selangor 3,450 11,379 4,414 17,987
Terengganu 2,581 3,594 3,309 6,170
W.P. K.Lumpur 1,192 4,883 1,504 6,203
W.P. Labuan 155 260 227 351
W.P. Putrajaya - - 96 444
Sumber : Kementerian Pelajaran
Pendidikan Tertiari – Bidang Sastera dan Sains Sosial menjadi pilihan
Pada tahun 2008, kemasukan, enrolmen dan keluaran pelajar bagi Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
adalah tertinggi dalam bidang Sastera dan Sains Sosial.
40
Jadual 4.4: Jumlah kemasukan, enrolmen dan keluaran pelajar di Institusi
Pengajian Tinggi Awam mengikut bidang, Malaysia, 2008
Bidang Pengajian Utama Kemasukan Enrolmen Keluaran
Pendidikan 9,546 38,690 11,113
Sastera & Sains Sosial 62,666 171,912 39,645
Sains 24,778 69,786 15,775
Teknikal 27,731 83,326 19,816
Teknologi Maklumat 7,464 20,935 5,523
Lain-lain 915 762 0
Jumlah 133,100 419,334 94,662 Sumber : Kementerian Pengajian Tinggi
Jadual 4.5: Jumlah kemasukan, enrolmen dan keluaran pelajar di Institusi
Pengajian Tinggi Swasta mengikut bidang utama, Malaysia,
2008
Bidang Pengajian Utama Kemasukan Enrolmen Keluaran
Pendidikan 8,816 26,659 1,490
Sastera & Sains Sosial 95,160 191,818 40,796
Sains 35,869 70,045 12,938
Teknikal 24,024 59,414 11,774
Teknologi Maklumat 21,323 51,354 11,453
Lain-lain 654 562 110
Jumlah 185,846 399,852 78,561 Sumber : Kementerian Pengajian Tinggi
Pelajar di pusat pengajian tinggi
41
Australia tumpuan pelajar Malaysia
Pada tahun 2002 hingga 2008, bilangan pelajar Malaysia paling ramai
berada di Australia, diikuti dengan UK & Ireland dan Amerika Syarikat.
Pada tahun 2008 sahaja, 25 peratus daripada pelajar Malaysia luar
negara berada di Australia, diikuti dengan UK & Ireland (19.8%) dan Mesir
(11.6%).
Jadual 4.6: Bilangan pelajar Malaysia di luar negara mengikut negara,
2000-2008
Negara 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008
Amerika
Syarikat 7,395 7,611 5,519 6,411 6,142 5,281 5,281
Arab
Saudi 127 125 125 132 138 125 84
Australia 15,700 15,448 15,434 15,909 14,918 13,010 15,124
Indonesia 1,337 1,225 1,607 2,444 3,630 4,565 5,735
Jordan 361 361 310 444 490 655 655
Kanada 231 231 196 230 238 312 543
Mesir 4,664 4,330 5,768 6,256 5,780 6,896 6,912
New
Zealand 995 918 1,011 1,338 1,297 1,574 1,706
UK &
Ireland 11,970 11,860 11,041 15,189 12,569 11,490 11,810
Lain-lain
Negara - - 2,268 8,256 8,722 11,007 11,912
Jumlah 42,780 42,109 43,279 56,609 53,924 54,915 59,762
Sumber : Kementerian Pengajian Tinggi
42
Carta 4.1: Bilangan pelajar Malaysia di luar negara mengikut negara,
2000-2008
0
2
4
6
8
10
12
14
16
2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008
('000)
Amerika Syarikat Arab Saudi
Australia Indonesia
Jordan Kanada
Mesir New Zealand
UK & Ireland Lain-lain Negara
Sumber : Kementerian Pengajian Tinggi
Pertubuhan pendidikan swasta - tadika lebih banyak
Pada tahun 2007, terdapat sejumlah 6,318 pertubuhan dalam pendidikan
swasta. Purata pertumbuhan tahunan antara 2005 dan 2007 adalah
sebanyak 1.2 peratus. Daripada jumlah keseluruhan pertubuhan,
49.7 peratus adalah tadika.
Carta 4.2: Peratus taburan pertubuhan pendidikan swasta mengikut jenis,
Malaysia, 2007
Tadika
Sekolah/ Institut Lain
Sekolah Muzik & Tarian
Kolej & Universiti
Institut Perdagangan & Teknik Lain
Sekolah Menengah
Sekolah Rendah
Sekolah/Institut Menengah Teknik &
Vokasional
49.7
33.3
4.6
3.9
3.5
2.9
1.1
1.1
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia
43
Pendidikan swasta
Belia
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk pembentukan
modal insan
Jabatan Latihan Khidmat Negara telah ditubuhkan pada 16 Oktober 2003
di bawah Kementerian Pertahanan untuk melaksanakan PLKN. PLKN
adalah satu program yang unik bertujuan untuk membentuk modal insan
yang menyeluruh mempunyai keseimbangan pembangunan minda,
emosi, sosial dan fizikal. Proses pemilihan pelatih dibuat secara rawak
mengikut komposisi berikut iaitu Melayu (60%), Cina (28%), India (10%) dan
lain-lain (2%). Dari segi pecahan mengikut jantina, 55 peratus adalah
lelaki.
PLKN dilaksanakan mengikut Akta Latihan Khidmat Negara
(Akta 628). Mereka yang berumur 16 hingga 35 tahun
dikehendaki mengikuti latihan ini dan mereka yang ingkar jika
disabitkan kesalahan boleh dihukum tidak melebihi enam (6)
bulan penjara atau denda tidak melebihi RM3,000 atau
kedua-duanya sekali. Program dilaksanakan dalam tempoh
tidak melebihi 90 hari dengan mengikut empat (4) modul
utama iaitu Modul Fizikal, Modul Kenegaraan, Modul
Pembinaan Karakter dan Modul Khidmat Komuniti.
44
Jadual 4.7: Bilangan pelatih PLKN, 2004-2008
Sumber : PLKN
Aktiviti PLKN
Keusahawanan
Pelbagai program keusahawanan untuk belia...
Pelbagai program keusahawanan dilaksanakan untuk menyemai dan
memantapkan nilai dan budaya keusahawanan di kalangan belia.
Program ini melibatkan pelajar sekolah, IPT dan lepasan ijazah.
Ia direalisasikan melalui program-program yang dijalankan dengan
kerjasama antara universiti dan agensi-agensi kerajaan lain.
Siri/tahun Bilangan Pelatih
1/2004 85,000
2/2005 85,000
3/2006 95,000
4/2007 100,000
5/2008 110,000
45
Jadual 4.8: Antara penglibatan agensi kerajaan dalam program
keusahawanan untuk belia
46
Guna Tenaga
Wanita dan guna tenaga
3.5 juta daripada 7.4 juta wanita bekerja
Wanita yang merupakan separuh daripada penduduk negara ini telah
sama-sama menyumbang kepada pertumbuhan pesat ekonomi negara.
Namun, kadar penyertaan wanita dalam pasaran buruh masih rendah
iaitu antara 44.0 hingga 46.7 peratus dalam tempoh 1991 hingga 2007
berbanding dengan lelaki iaitu antara 79.5 hingga 85.3 peratus.
Sementara itu, jumlah tenaga buruh pada tahun 2007 adalah sebanyak
10.9 juta di mana kadar penyertaan lelaki adalah sebanyak 6.9 juta
(63.9%) dan wanita adalah sebanyak 3.9 juta (36.1%). Kadar penyertaan
wanita dalam pasaran pekerjaan adalah rendah jika dibandingkan
dengan negara maju dan juga beberapa negara sedang membangun.
Sebagai contoh, kadar penyertaan wanita dalam pasaran buruh
di Sweden adalah melebihi 78.2 peratus, Denmark 76.4 peratus dan
United Kingdom 69.8 peratus. Kadar penyertaan wanita dalam pasaran
buruh di negara sedang membangun seperti Thailand adalah pada
kadar 71.4 peratus, Kemboja (78.0 %), Indonesia (53.3 %) dan Laos (56.5 %).
Malaysia mempunyai 7.4 juta wanita yang berada dalam kategori umur
bekerja. Daripada jumlah itu, 3.5 juta orang (46.7%) bekerja dan
selebihnya berada di luar pasaran pekerjaan yang mana 72.4 peratus
adalah suri rumah. Daripada 5.7 juta ketua isi rumah di negara ini, 887 ribu
adalah ketua isi rumah wanita.
Kebanyakan wanita terlibat dalam Wanita penyumbang kepada bidang
pekerjaan bergaji tinggi ekonomi Negara
47
Lebih ramai wanita dalam sektor perkhidmatan
Pada tahun 2005, wanita paling ramai bekerja dalam kumpulan pekerja
perkeranian (19%). Keadaan ini berbeza pada tahun 2009 yang mana
paling ramai wanita bekerja dalam kumpulan pekerja perkhidmatan dan
pekerja kedai dan jurujual (21%).
Carta 4.3: Bilangan penduduk wanita bekerja mengikut pekerjaan,
Malaysia, 2005 dan 2009
0
100
200
300
400
500
600
700
800
900
2005 2009
Tahun
Bilangan ('000)
Penggubal undang-undang,
pegawai kanan dan pengurus
Profesional
Juruteknik dan profesional
bersekutu
Pekerja perkeranian
Pekerja perkeranian dan
pekerja kedai dan jurujual
Pekerja mahir pertanian dan
perikanan
Pekerja pertukangan dan yang
berkaitan
Operator loji dan mesin serta
pemasang
Pekerjaan asas
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
17.5 peratus wanita bekerja dalam industri pembuatan
Pada tahun 2009, guna tenaga wanita tertinggi dalam industri
pembuatan (17.5%). Industri lain yang menjadi tumpuan ialah
perdagangan jual borong dan jual runcit, pendidikan dan
hotel & restoran.
48
Carta 4.4: Bilangan penduduk wanita bekerja mengikut industri,
Malaysia, 2005 dan 2009
0
100
200
300
400
500
600
700
800
2005 2009
Tahun
Bilangan ('000)
Pertanian, pemburuan perhutanan
Perikanan
Perlombongan dan kuari
Pembuatan
Bekalan elektrik, gas dan air
Pembinaan
Perdagangan jual borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor, motosikal dan barangan
persendirian dan isi rumahHotel dan restoren
Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi
Pengantaraan kewangan
Aktiviti hartanah, penyewaan dan perniagaan
Pentadbiran awam dan pertahanan, keselamatan sosial wajib
Pendidikan
Kesihatan dan kerja sosial
Aktiviti perkhidmatan komuniti, sosial dan persendirian lain
Isi rumah persendirian dan pekerja bergaji
Organisasi dan badan-badan di luar wilayah
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Guna tenaga mahir di Selangor…
Negeri Selangor mencatatkan paling ramai juruteknik dan professional
bersekutu iaitu 377.1 ribu pekerja berbanding dengan Negeri Sabah yang
mempunyai pekerja mahir pertanian dan perikanan iaitu 339.2 ribu
pekerja.
49
Carta 4.5: Bilangan penduduk bekerja mengikut negeri dan pekerjaan,
Malaysia, 2009
0
500
1000
1500
2000
2500
Jo
ho
r
Ke
da
h
Ke
lan
tan
Me
laka
Ne
ge
ri S
em
bila
n
Pa
ha
ng
Pe
rak
Pe
rlis
Pu
lau
Pin
an
g
Sa
ba
h
Se
raw
ak
Se
lan
go
r
Tere
ng
ga
nu
W.P
. K
ua
la L
um
pu
r
W.P
. L
ab
ua
n
Bilangan ('000)
Pekerjaan asas
Operator loji dan mesin serta
pemasang
Pekerja pertukangan dan yang
berkaitan
Pekerja mahir pertanian dan
perikanan
Pekerja perkeranian dan pekerja
kedai dan jurujual
Pekerja perkeranian
Juruteknik dan profesional
bersekutu
Profesional
Penggubal undang-undang,
pegawai kanan dan pengurus
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Juruteknik kebanyakan di Selangor
50
Juruteknik dalam sektor pembinaan
Selangor mencatatkan bilangan pekerja dengan pendidikan tertiari
(322.5 ribu) dan pencapaian pendidikan menengah tertinggi (372.9 ribu).
Ini diikuti dengan Negeri Johor, Perak dan Sabah. W.P. Labuan pula
mempunyai bilangan terendah bagi bilangan pekerja bagi semua jenis
pencapaian pendidikan.
Carta 4.6: Bilangan penduduk bekerja mengikut negeri dan pencapaian
pendidikan, Malaysia, 2009
0
50
100
150
200
250
300
350
400
Bilangan ('000)
Tiada pendidikan rasmi Rendah Menengah Tertiari
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia