perkembangan professional oleh pengkaji ulas

8
Perkembangan professional oleh pengkaji ulas Artikel ‘Leadership That Gets Results’ yang ditulis oleh Daniel Goleman boleh diringkaskan kepada satu artikel yang mengupas tentang isu peranan pemimpin, strategi dan gaya kepimpinan seorang pemimpin. Menurut artikel ini seorang perunding firma Hay / Mc Ber telah melakukan satu kajian rawak kepada 3871 eksekutif dipilih daripada pangkalan data daripada lebih 20,000 eksekutif di seluruh dunia, mengambil banyak cara kepimpinan yang berkesan. Kajian ini mendapati enam gaya kepimpinan yang berbeza, setiap satunya dari bahagian kecerdasan emosi yang berbeza. Setiap keenam cara kepimpinan tersebut memberi impak yang unik kepada suasana bekerja, pembahagian kumpulan atau pasukan dan pencapaian kewangan. Dan yang paling penting, kajian menunjukkan bahawa para pemimpin mendapat hasil yang terbaik kerana tidak bergantung kepada hanya satu gaya kepimpinan. Perkara sebeginilah yang seharusnya mula dipraktikkan di dalam dunia perguruan agar profesionalisme yang dilaksanakan para usahawan dapat diterjemahkan kejayaannya ke dalam dunia pendidikan. Apakah keenam-enam cara kepimpinan tersebut? Apakah yang ingin artikel sampaikan dan boleh kita ambil bagi meningkatkan professional keguruan kita. Berdasarkan artikel Daniel Goleman ini, enam cara kepimpinan yang ditekankan kerana saling bergantung untuk mendapatkan kejayaan ialah coercive leaders,

Upload: aja-mohamad

Post on 19-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

gg

TRANSCRIPT

Perkembangan professional oleh pengkaji ulasArtikel Leadership That Gets Results yang ditulis oleh Daniel Goleman boleh diringkaskan kepada satu artikel yang mengupas tentang isu peranan pemimpin, strategi dan gaya kepimpinan seorang pemimpin. Menurut artikel ini seorang perunding firma Hay / Mc Ber telah melakukan satu kajian rawak kepada 3871 eksekutif dipilih daripada pangkalan data daripada lebih 20,000 eksekutif di seluruh dunia, mengambil banyak cara kepimpinan yang berkesan. Kajian ini mendapati enam gaya kepimpinan yang berbeza, setiap satunya dari bahagian kecerdasan emosi yang berbeza. Setiap keenam cara kepimpinan tersebut memberi impak yang unik kepada suasana bekerja, pembahagian kumpulan atau pasukan dan pencapaian kewangan. Dan yang paling penting, kajian menunjukkan bahawa para pemimpin mendapat hasil yang terbaik kerana tidak bergantung kepada hanya satu gaya kepimpinan. Perkara sebeginilah yang seharusnya mula dipraktikkan di dalam dunia perguruan agar profesionalisme yang dilaksanakan para usahawan dapat diterjemahkan kejayaannya ke dalam dunia pendidikan.Apakah keenam-enam cara kepimpinan tersebut? Apakah yang ingin artikel sampaikan dan boleh kita ambil bagi meningkatkan professional keguruan kita. Berdasarkan artikel Daniel Goleman ini, enam cara kepimpinan yang ditekankan kerana saling bergantung untuk mendapatkan kejayaan ialah coercive leaders, authoritative leaders, affiliative leaders, democtaric leaders, pace setting leaders dan coaching leaders.Coercive leaders atau kepimpinan secara paksaan merupakan cara kepimpinan yang paling kurang efektif untuk dilaksanakan dalam pelbagai situasi. Gaya kepimpinan ini menekankan ketua organisasi bersikap ganas, boleh membuli dan memperlekeh pegawai bawahan. Hal ini menyebabkan pegawai bawahan berasa kurang selesa. Malah idea pegawai bawahan biasanya kurang diambil kira hingga menyebabkan pegawai bawahan kurang berminat untuk melahirkan pendapat bagi penambahbaikan organisasi. Mereka juga akan berasa sukar untuk memberikan kerjasama kerana mereka berasakan tidak dapat bertindak atas inisiatif diri sendiri dan kehilangan rasa pemilikan dan berasa sedikit akauntabiliti terhadap prestasi mereka.Kepimpinan paksaan juga mempunyai kesan buruk kepada sistem ganjaran. Kebanyakan pekerja yang berprestasi tinggi didorong oleh wang daripada kepuasan kerja yang dilakukan dengan baik. Gaya paksaan menghakis kemuliaan pegawai bawahan. Dan akhirnya, gaya kepimpinan ini telah melemahkan motivasi pegawai bawahan dan pemimpinnya seterusnya memberi kerugian kepada sesuatu organisasi. Disebabkan kesan daripada gaya kepimpinan paksaan, kami beranggapan bawaha gaya kepimpinan ini seharusnya tidak sesuai digunakan di sekolah. Bagaimanapun, jika gaya kepimpinan ini dilaksanakan dengan baik dan pada waktu yang tepat, hasil yang memberangsangkan dapat dirasai sesuatu organisasi. Ini kerana tekanan dan paksaan yang melampau akan memberi kesan yang pantas dalam beberapa keadaan apabila ia benar-benar penting, seperti semasa pemulihan atau semasa penambahbaikan sesuatu organisasi. Di sekolah, gaya kepimpinan ini amat sesuai dilaksanakan sewaktu menambahbaik prestasi murid.Authoritative leaders atau gaya kepimpinan berwibawa menurut artikel ini merupakan gaya kepimpinan yang paling berkesan untuk dilaksanakan di dalam sesuatu organisasi. Pemimpin yang menggunakan gaya kepimpinan ini mempunyai visi untuk memajukan organisasi yang boleh mengubah cara berfikir pegawai bawahan. Pemimpin juga mampu menjelaskan kepada pegawai bawahan bagaimana kerja mereka sesuai dilaksanakan bagi meningkatkan kemampuan organisasi.Gaya kepimpinan berwibawa bukan sahaja memastikan pemimpinnya benar-benar menguasai matlamat dan strategi yang ingin dicapai malah dapat membantu pegawai bawahan memahami dan tahu apa yang harus mereka lakukan dan sebab mereka melakukan sesuatu tindakan yang diambil. Dengan merangka tugas-tugas individu dalam visi besar, pemimpin yang berwibawa mampu mentakrifkan piawaian kearah visi organisasi. Apabila dia memberikan maklum balas kepada prestasi pegawai bawahan sama ada positif atau negatif, piawaian untuk kejayaan pegawai bawahan adalah jelas kepada semua, begitu juga dengan ganjaran. Kepimpinan berwibawa juga menekankan gaya fleksibiliti dimana pegawai bawahan diberi kelonggaran menginterpretasi visi organisasi dengan cara mereka sendiri. Kelonggaran inilah yang akan memberikan keselesaan dalam bekerja kepada pegawai bawahan. Walaupun kepimpinan berwibawa kelihatan amat sesuai untuk dilaksanakan di sekolah mahupun mana-mana organisasi kami sedar melalui artikel ini bahawa gaya kepimpinan mungkin tidak sesuai di dalam semua situasi apabila pemimpin bekerjsama dengan pegawai bawahan yang lebih berpengalaman dan berilmu.Affiliative leaders atau kepimpinan affiliatif menurut artikel ini pula berkisar tentang gaya kepimpinan di mana pemimpin menghargai individu dan emosi pasukan mereka lebih daripada tugas dan matlamat. Pemimpin membina ikatan emosi yang kuat antara pasukan serta mewujudkan komunikasi yang aktif antara sesama ahli pasukan serta antara pemimpian dan ahli pasukan. Pemimpin affiliatif juga berusaha untuk mengekalkan perasaan gembira dalam diri pekerja dan mewujudkan keharmonian di antara mereka. Pekerja akan saling berkomunikasi lantas dapat berkongsi idea dan inspirasi dalam melaksanakan tugas yang diberikan selain mewujudkan kepercayaan antara pemimpin dan ahli pasukan.Pemimpin affiliatif menawarkan maklum balas positif yang mencukupi dalam memberi rasa pengiktirifan dan ganjaran di atas kerja-kerja yang dilakukan ahli pasukan. Pemimpin cuba untuk tidak mengetengahkan kegagalan atau kesilapan ahli pasukan sahaja, malah kejayaan ahli pasukan lebih diketengahkan. Sekaligus dapat membina hubungan baik yang semulajadi antara ahli pasukan dan pemimpin kerana pemimpin masih memberikan pengiktirafan walaupun di atas kejayaan-kejayaan kecil ahli pasukan. Menurut artikel ini juga gaya affiliative ini menjadikannya pendekatan ini sesuai digunakan didalam situasi dimana pemimpin cuba untuk membina pasukan keharmonian, meningkatkan semangat, meningkatkan komunikasi, atau memperbaiki amanah antara ahli pasukan. Walaupun bagaimanapun, gaya affiliatif tidak boleh digunakan semata-mata. Fokus eksklusif terhadap pujian boleh menyebabkan membolehkan prestasi yang lemah oleh ahli pasukan sukar untuk diperbetulkan, pekerja merasakan pemimpian akan sentiasa bersedia untuk bertoleransi. Malah, ahli pasukan juga mengalami masalah kerana perlu memikirkan sendiri jalan keluar dalam memperbaiki sesuatu kerana pemimpin affiliatif jarang menawarkan nasihat yang membina kepada ahli pasukannya. Gaya kepimpinan ini juga meninggalkan ahli pasukan untuk bergerak sendiri tanpa arahan yang jelas dari pemimpin. Malah, jika terlalu bergantung kepada gaya ini sebenarnya boleh membawa organisasi kepada kegagalan. Disebabkan hal ini jugalah, artikel menekankan tekan seorang pemimpin yang biasa menggunakan kepimpinan affiliatif iaitu Torre turut menggunakan gaya authoritative di dalam kepimpinananya. Pemimpin yang berwibawa mampu menyatakan visi, standard set, dan membiarkan ahli pasukan tahu bagaimana kerja mereka perlu dilaksanakan bagi mencapai visi dan matlamat organisasi itu. Begitu jugalah keadaan yang perlu dilakukan di sekolah dimana hubungan yang baik antara pihak pengurusan dan tenaga pengajar perlu wujud agar suasana bekerja menyenangkan dan mengalakkan output ahli pasukan yang berkualiti.Democtaric leaders pula berdasarkan artikel ini merupakan satu kepimpinan demokratik. Kepimpinan ini mengetengahkan pendapat ahli organisasi, pemimpin membina kepercayaan, hormat, dan komitmen. Ahli organisasi atau guru di dalam konteks system pendidikan mempunyai suara dalam keputusan yang memberi kesan matlamat organisasi dan bagaimana mereka melakukan kerja mereka. Pemimpin demokrasi bersikap fleksibel dengan ahli kumpulan malah sedia mendengar kebimbangan pekerja. Malah pemimpin juga belajar apa yang perlu dilakukan untuk mengekalkan semangat yang tinggi. Melalui kepimpinan demokratik, ahli organisasi mereka mempunyai suara dalam menetapkan matlamat mereka dan piawaian untuk menilai kejayaan. Oleh itu, kepimpinan yang demokrasi biasanya realistik tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan organisasi tersebut.Walaupun gaya kepimpinan ini kelihatan amat sesuai digunakan di sekolah kerana menitik beratkan kerjasama antara guru dan pentadbir bagi mencapai visi dan misi sekolah. Kepimpinan ini juga boleh menimbulkan keadaan yang kurang menyenangkan antara pemimpin dan anak buah apabila wujud mesyuarat diadakan dalam tempoh yang kerap sehinggan ada isu yang tidak berkesudahan. Malah ada pemimpin yang lebih senang menunda sesuatu keputusan penting sehingga menyebabkan ahli organisasi keliru dengan visi yang ingin dicapai sekaligus merasakan tiada ketua yang membuat keputusan serta membantu mereka memahami visi dan matlamat organisasi yang sebenar sehingga akhirnya menimbulkan konflik.Jadi berdasarkan artikel ini, dapat diringkaskan bahawa setiap kepimpinan mempunyai baik dan buruknya yang tersendiri. Kami mendapati bahawa perbezaan cara kepimpinan akan mempengaruhi pencapaian dan keberkesanan organisasi. Malah perbezaan kepimpinan juga dapat memberi panduan yang jelas berkenaan bila dan kenapa seseorang pemimpin harus ditukar. Jelas juga, gaya kepimpinan amat berkait rapat dengan kecerdasan emosi pemimpin sendiri.Artikel juga menekankan bahwa keenam-enam gaya kepimpinan mampu memberi impak yang unik kepada suasana bekerja, pembahagian kumpulan atau pasukan dan pencapaian organisasi. Paling penting berdasarkan artikel ini, gaya kepimpinan tidak boleh bergerak secara solo sebaliknya saling bergantung antara satu sama lain. Suasana kerja amat berkait rapat dengan fleksibel, tanggungjawab, tahap, imbuhan, visi dan misi serta komitmen organisasi. Kepimpinan yang dipengaruhi oleh suasana kerja dilihat mempunyai pencapaian yang lebih baik.Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa kepimpinan amat berkait rapat dengan dunia perkembangan professional guru. Sebagai guru, guru bukan sahaja bertindak sebagai ahli organisasi sebuah sekolah malah juga bertindak sebagai pemimpin di dalam bilik darjah, di dalam panitia, persatuan mahupun kelab. Oleh itu, adalah amat penting guru mengenali setiap gaya kepimpinan yang sesuai digunakan dengan situasi di sekolah agar matlamat organisasi yang dianggotai guru mahupun dipimpin guru boleh bergerak dengan lebih efektif, berjalan dalam suasana yang harmoni, ahli memahami matlamat, ahli diberi peluang meluahkan pendapat serta pemimpin benar-benar dapat membimbing ahli organisasi dengan baik dalam mencapai matlamat organisasi seperti pencapaian ujian akhir tahun mahupun prestasi pengajaran dan pembelajaran guru.