pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
DESCRIPTION
Elm : Pendidikan MoralTRANSCRIPT
Pentaksiran Pendidikan Moral Di
Sekolah RendahLIM SING NEE LOW JIA MIN NG KEE HAN
1.1 Pentaksiran Secara FormalHanna Gerald S dan Dettmer Peggy A (2004) ---
Pentaksiran secara formal ialah penilaian yang dilaksanakan secara rasmi.
Melibatkan suatu prosedur atau tatacara yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh semua calon.
Setiap kurikulum yang menjadi dasar dalam kursus akan diteliti serta dikaji untuk menentukan apakah jenis, bentuk dan bagaimana setiap
penilaian akan dilaksanakan.
Dirancang atau dibina berasaskan peraturan atau tatacara yang telah ditetapkan.
1.1.1 Jenis-jenis Pentaksiran formalTerdapat dua jenis penilaian di sekolah:
Pentaksiran FormatifEe Ah Meng (1998) ---
Pentaksiran Formatif
Pentaksiran Sumatif
Pentaksiran formatif ialah penilaian yang melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid dalam mencapai hasil
pembelajaran tentang sesuatu unit pembelajaran atau dalam satu bab yang berkaitan.
Ciri-ciri Pentaksiran Formatif
Penilaian formatif ialah penggunaan ujian untuk melihat pencapaian
murid dalam sesuatu bab pembelajaran.
Ia bersifat formatif kerana ada unsur pembentukan semula selepas
pelaksanaan sesuatu ujian.
Hasil yang diperolehi digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan
bukan semata-matanya untuk gred.
Objektif utama adalah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan.
Ciri-ciri Pentaksiran Formatif
Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta
potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang
sewajarnya.
Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek
termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.
Pentaksiran Sumatif
Ee Ah meng (1998) ---
Pentaksiran sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu kursus.
Ciri-ciri Pentaksiran Sumatif
Pentaksiran sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun
atau pada akhir semester.
Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian
seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk
membuat pemilihan.
Penilaian secara berpusat seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM juga
dikenali sebagai pentaksiran sumatif.
Keputusan penilaian sumatif dapat memberi maklumat tentang
pencapaian murid dalam sekolah.
Objektif Pentaksiran di Sekolah (Formatif dan Sumatif)
Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
dari semasa ke semasa.
Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid lebih awal.
Mengetahui keberkesanan pengajaran.
Merancang dan mengubah suai pengajaran.
Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.
Kepentingan Pentaksiran dan Penilaian dalam Pendidikan Moral
Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat
membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah
dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut
tidak terhimpun seterusnya.
Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan
secara bermoral dapat diperkukuhkan dan diperkayakan.
Penilaian juga akan membantu memotivasikan murid untuk terus
belajar dan mencapai kejayaan.
Kepentingan Pentaksiran dan Penilaian dalam Pendidikan Moral
Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu
murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan
seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian
sumatif dan penilaian di peringkat pusat serta dalam diri murid dari
aspek kognitif (pemikiran), afektif (perasaan) dan tingkah laku moral.
Kepentingan penilaian dalam system pengajaran terancang secara bersepadu
dapat dilihat melalui gambar Rajah 1.
Hubungan penilaian dalam proses pengajaran bersistematik ( Sumber:Brown J)
Rajah di atas menunjukkan proses gelungan perancangan pengajaran
secara bersistematik.
Hasil pembelajaran akan ditentukan bagi persediaan perancangan
pengajaran.
Isi kandungan akan menentukan langkah dan corak pengajaran.
Suatu penilaian akan dibuat pada akhir sesi pengajaran.
Penilaian ini penting untuk mengesan pengarahan dan pembelajaran sama
ada Berjaya ataupun tidak.
Pengukuhan, pemulihan, dan pengayaan akan dilaksanakan selepas proses
penilaian.
Penentuan Objektif Pembelajaran Hasil Pembelajaran
Penilaian dan Pembikinan
Penentuan Isi kandungan
Proses Pengajaran
Penentuan Kaedah danTeknik
Teknik
Kenyataan Penilaian Formatif Ujian Sumatif
FungsiMaklumat pencapaian murid dan dapat mengesan punca kelemahan untuk pemulihan
Pemberian sijil dan penggredan di akhir sesuatu kursus
Masa Sepanjang proses pengajaran Di akhir sesuatu unit pembelajaran atau
kursus
Penekanan dalam penilaian Kognitif, afektif dan psikomotor Kognitif
Penumpuan pengukuran Satu-satu segmen atau bahagian Objektif kursus yang dirancang
Satu sampelan Terhad kepada tugasan pembelajaran sahaja
Beraneka jenis
Kesukaran item soalan Berubah-ubah mengikut keperluan segmen Berasaskan Jadual Penentuan Ujian,
berbilang aras kesukaran
Contoh Ujian bulanan , lembaran kerja UPSR, PMR, SPM, STPM, semua
peperiksaan akhir
Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Sumatif
Jadual Spesikasi Ujian (JSU)
Jadual Spesikasi Ujian (JSU) ialah satu senarai objektif pengajaran
dan aras pemahaman yang akan diuji. Ia menghuraikan serta
menjelaskan domain pencapaian yang ingin diukur serta memberikan
satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.
Tujuan Jadual Spesikasi Ujian
JSU akan menjadikan setiap ujian yang dibina tidak sembarangan tanpa mengikut prosedur yang
ditetapkan.
Ia juga akan dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian yang dibina.
JSU juga ialah suatu panduan dan penentu kepada pihak penggubal soalan.
JSU juga dapat menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
JSU juga akan menentukan pemberatan setiap soalan berdasarkan Aras Taksonomi Bloom.
Panduan dan prosedur akan membolehkan penggubal lain membina soalan yang telah ditetapkan.
Ia juga membolehkan satu perbandingan dibuat antara satu ujian dengan satu ujian yang lain.
JSU juga dapat menggambarkan pembahagian aras kebolehan setiap murid tercapai disebabkan
adanya yang mudah, sederhana, dan juga sukar.
Elemen Penting Membina Jadual Spesikasi Ujian
Keseimbangan sasaran ujian.
Keseimbangan tahap pembelajaran yang telah dilaksanakan.
Format ujian sama ada jenis soalan objektif benar salah, objektif aneka pilihan, struktur, esei
dan sebagainya.
Jumlah item soalan juga perlu diketahui guru.
Bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran mengikut aras Taksanomi
Bloom.
Kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap JSU.
Spesikasi yang terbentuk berdasarkan keenam-enam elemen di atas akan membolehkan
keseimbangan tahap pengujian yang mewakili setiap unit dalam proses pembelajaran murid
sasaran dan tahap pembelajaran yang telah dilaksanakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
Langkah pembinaan Ujian Berdasarkan JSU
Merancang Ujian
Menggubal Soalan
Memilih dan Menyelaras Soalan
Memprauji Soalan
Memasang Kertas Soalan
Kepentingan Jadual Spesikasi Ujian
Jadual Spesikasi Ujian (JSU) yang lengkap dibina akan sangat-sangat membantu
penggubal soalan dan pembina ujian. Antara kepentingan adanya JSU ialah:
Ujian akan dibana secara sistematik.
Kesahan dari segi penyampelan sukatan pelajaran adalah terjamin dan taburan tajuk
adalah seimbang.
Pelajar diuji pada keseluruhan kurikulum.
Taraf , mutu , dan aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari setahun ke setahun,
walaupun dibina oleh Pembina yang berlainan. Ia menjadi panduan kepada
penggubal soalan dan Pembina ujian.
Bil
Topik
Aras Kemahiran Jumla
h
Pen
get
ahu
an
Kef
aha
ma
n
Apli
kasi
Ana
lisis
Sint
esis
Penil
aian
1 Unit 1 1 2 Unit 2 1 3 Unit 3 1 4 Unit 4 1 5 Unit 5 1 6 Unit 6 1 7 Unit 7 1 8 Unit 8 1 1 9 Unit 9 10 Unit 10 1
Contoh Jadual Spesikasi Ujian
Berdasarkan jadual JSU di atas, taburan dan pembahagian setiap soalan
adalah berdasarkan aras kemahiran Taksonomi Bloom.
Pengetahuan , kefahaman , aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Aras pengetahuan mewakili 4 soalan (40%) , aras kefahaman 2 soalan (20%),
aras aplikasi 2 (20%) , aras analisis 1 soalan ( 10%) , dan aras sintesis 1
soalan (10%) .
Aras penilaian tidak diuji kerana berkemungkinan aras ini agak tinggi dan
kurang sesuai untuk Tahun 5.
Taburan soalan adalah merangkumi kesemua unit, iaitu daripada unit 1
hingga 10.
Pelbagai jenis soalan boleh dibina: soalan objektif , jawapan pendek , salah
benar, padanan aneka pilihan dan soalan struktur .
1.2 Pentaksiran Secara Tidak Formal
Pentaksiran jenis ini adalah lebih kepada
membuat penilaian serta pemerhatian tentang
seseorang murid di dalam bilik darjah.
Pemerhatianserta penilaian ini boleh berasaskan
tingkah laku, emosi , dan juga kognitif.
1.2.1 Jenis-jenis Pentaksiran Tidak Formal
a) Pemerhatian
Adalah satu kaedah penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara
bersistematik dan tepat untuk mengumpul maklumat dan merekodnya dengan tepat
tentang murid yang menjadi sasaran pemerhatian ataupun secara keseluruhan kelas.
Jika melibatkan individu tertentu ia adalah bertujuan untuk mengenal pasti punca,
sebab atau permasalahan yang dihadapi sama ada berkaitan dengan pembelajaran
cara bersosialisasi ataupun isu moral yang dihadapi.
Pemerhatian akan dibuat dalam bentuk memerhati tentang tingkah laku , perbualan
atau interaksi sosial murid, dan juga hasilan kerja.
Tujuan Pemerhatian
Mengesan serta-merta
Mengesan kemajuan
Mengesan pencapaian
Mengesan fenomena tingkah laku
Digunakan untuk menilai :
- sikap
- perlakuan/amalan
- amali
- kemahiran manipulatif
- kemahiran bersosial
- kemahiran belajar
- kemahiran kinestetik
- kemahiran literasi komputer
- kemahiran mereka cipta
Perlaksanaan Pemerhatian:
Pemerhatian proses dan hasil kerja seperti lukisan,buku skrap, kraf
tangan dan kerja kursus
membolehkan pengajar menilai sikap serta penguasaan sesuatu
kemahiran.
Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu pendidik
melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh
melalui kaedah lisan dan penulisan.
Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala
kadar /marking scheme.
b) Merekod Pemerhatian
Senarai semak
Senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan
dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap , sahsiah, dan kebolehan
murid. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama
ada yang berkaitan dengan tingkah laku yang dapat diperhatikan,
kekerapan tingkah laku itu berlaku, dan lain-lain berdasarkan
keperluan pemerhatian. Ia memerlukan satu bentuk jadual dan setiap
pemerhatian yang dapat dilihat hanya akan dicatat dengan
menandakan ( ) atau cara lain.
BIL Tingkah Laku Pemerhatian
YA TIDAK
1 Menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan
kawasan sekolah
2 Menghormati rakan, guru dan kakitangan
lain di sekolah.
3 Mematuhi arahan , peraturan dan undang-
undang
4 Bersopan santun
5 Memberi kerjasama kepada rakan dan
guru
6 Selalu bersikap adil
7 Menepati masa
8 Menghabiskan tugasan yang diberikan
Senarai Semak Tingkahlaku MuridNama: __________ Kelas:_________ Tempoh:______
Rekod Berterusan
Catatan dalam bentuk cerita (narrative) yang dibuat ke atas
indidvidu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu
peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid
akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang
terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5-10 minit. Daripada
pemerhatian ini guru akan dapat mengukur tentang keupayaan
murid bertoleransi, berinteraksi, dan memahami konsep-konsep
moral yang perlu ada pada setiap individu.
c) Anekdot
Rekod anekdot menceritakan pencapaian akademik pelajar, perkembangan kognitif,
perkembangan persaingan dan pertumbuhan aspek-aspek kemanusiaan secara
menyeluruh.
Lapor mengikut keutamaan
Mula dengan aspek yang mudah ke aspek yang lebih kompleks
Biar proses mencatat anekdot berlaku secara semulajadi
Rekod pemerhatian boleh disimpan dalam bentuk portfolio yang bersistematik dan
mengandungi rekod peribadi murid, perkembangan diri murid sama ada dari segi
sahsiah, perlakuan dan juga contoh hasil kerja murid.
Membentuk Instrumen Pentaksiran Tidak Formal
REKOD ANEKDOT:
Satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkah laku murid yang
dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara
objektif menerangkan fenomena yang berlaku, bila dan di mana berlaku. Catatan
ringkas ini akan membantu guru memahami tentang diri murid berkenaan.
Perkara-perkara yang ditulis dalam rekod anekdot ialah yang menggambarkan
tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial , kemahiran
menyelesaikan masalah dan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh murid.
Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis rekod anekdot ialah:
- Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.
- Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek
-perkembangan kanak-kanak, merangkumi kelebihan dan kekurangan.
- Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku
- Menulis apa yang dilihat secara objektif
- Maklumat yang biasanya direkodkan adalah berpandukan peristiwa
-menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola
-interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Contoh Borang Rekod Anekdot
Nama Murid :
Tahun :
Umur :
Tarikh : __________ hingga ___________
Waktu :
Nama Guru :
Tempat :
Tujuan Pemerhatian:
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
Peristiwa Yang Di perhatikan
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
Catatan Ulasan:
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
d) Port Folio
Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina:
1. Porfolio kerja harian2. Portfolio hasil terbaik3. Portfolio dokumen.
e) Temu bual
Satu instrument yang digunakan dalam kajian yang berbentuk tinjauan.
Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara
optimum untuk menjawab persoalan kajian.
Bentuk temu bual: temu bual berstruktur, temu bual semi struktur, dan temu bual
yang tidak berstruktur.
Guru mestilah menentukan jenis temu bual dalam kajian, rancangan temu bual, stail,
kandungan dan susunan soalan temu bual.
Ciri-ciri soalan temu bual mestilah mudah, jelas , dan susunan temu bual, serta
tempoh yang sesuai dan tidak terlalu lama untuk menggelakkan kebosanan
responden.
f)Soal Selidik
Alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan.
Soal selidik yang digunakan dalam sesuatu kajian boleh
disediakan sendiri oleh pengkaji ataupun menggunakan soal
selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu
iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji
kebolehpercayaannya.
Soal selidik biasanya disokong dengan menggunakan temu bual
bersama responden. Ini akan menjadika hasil dapat lebih
bernas dan mantap.
g)Tugasan
Boleh dibahagikan kepada tugasan harian dan tugasan
untuk satu tempoh masa tertentu.Tugasan hendaklah
mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahaman
tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan.
Pentaksiran PM Di Sekolah
Pentaksiran Secara Formal
Pentaksiran Formatif
Pentaksiran Sumatif
Jadual Spesifikasi Ujian
Pentaksiran Secara Tidak Formal
a) Pemerhatian b) Rekod Pemerhatian - Senarai Semak - Rekod Berterusan c) Anekdot d) Portfolio e) Temubual f ) Soal Selidik g) Tugasan
Jenis-Jenis Pentaksiran
Rumusan