pengertian dan ciri,whang ho

24
PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI TAMADUN TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014 TEMA 7 (Bab 1 Tingkatan 4) MAKSUD DAN CIRI TAMADUN SKOP KAJIAN Pengertian tamadun dari segi bahasa dan pandangan sarjana Pusat tamadun awal dunia Ciri-ciri tamadun awal manusia Sumbangan tamadun awal manusia SOALAN CONTOH Soalan Struktur (a) Apakah yang dimaksudkan dengan tamadun dari sudut pandangan sarjana berikut : (i) Sarjana Barat (ii) Sarjana Islam [2 markah] (b) Berikan dua buah tamadun awal dunia yang muncul di kawasan lembah sungai. [2 markah] (c) Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat dalam tamadun awal membina tamadun mereka di kawasan lembah sungai ? [2 markah] (d) Nyatakan ciri tamadun awal dunia. [2 markah] (e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan tamadun awal kepada peradaban manusia pada masa kini ? [2 markah] Soalan Esei (a) Apakah maksud tamadun ? [4 markah] (b) Huraikan ciri tamadun awal dunia. 1

Upload: tilambayicomel

Post on 18-Jan-2016

67 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TAJUK

TRANSCRIPT

Page 1: Pengertian Dan Ciri,Whang Ho

PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI TAMADUN

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014 TEMA 7 (Bab 1 Tingkatan 4)

MAKSUD DAN CIRI TAMADUN

SKOP KAJIAN         Pengertian tamadun dari segi bahasa dan pandangan sarjana         Pusat tamadun awal dunia         Ciri-ciri tamadun awal manusia         Sumbangan tamadun awal manusia

SOALAN CONTOH

Soalan Struktur

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan tamadun dari sudut pandangan sarjana berikut :(i) Sarjana Barat(ii) Sarjana Islam

[2 markah]

(b) Berikan dua buah tamadun awal dunia yang muncul di kawasan lembah sungai.[2 markah]

(c) Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat dalam tamadun awal membina tamadun mereka di kawasan lembah sungai ?[2 markah]

(d) Nyatakan ciri tamadun awal dunia.[2 markah]

(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan tamadun awal kepada peradaban manusia pada masa kini ?[2 markah]

Soalan Esei

(a) Apakah maksud tamadun ? [4 markah]

(b) Huraikan ciri tamadun awal dunia. [10 markah]

(c) Apakah sikap yang perlu kita contohi daripada masyarakat dalam tamadun awal untuk membolehkan kita membina sebuah tamadun yang unggul ?

[6 markah]

NOTA

1

Page 2: Pengertian Dan Ciri,Whang Ho

PENGERTIAN TAMADUN

Maksud Tamadun         Berasal daripada bahasa Arab – mudun, madain dan madana         Bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar         Dalam bahasa Inggeris disebut civilization         Berasal daripada perkataan Greek – civitas         Bermaksud bandar         Bermaksud peradaban         Sarjana Barat – tamadun ialah pembangunan lahiriah         Kemajuan dalam aspek ekonomi, pembandaran, perundangan, kebudayaan dll         Tamadun tiada kaitan dengan unsur rohaniah         Sarjana Islam – tamadun ialah pembangunan lahiriah dan rohaniah         Kemajuan dalam bidang fizikal dan sahsiah         Mesti seimbang antara kemajuan lahiriah dan rohaniah

Jawapan

Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu mudun, madain dan madana. Perkataan tersebut bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Dalam bahasa Inggeris, tamadun disebut sebagai civilization. Perkataan civilization berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas. Perkataan civitas bermaksud bandar.

Dari segi konsep, tamadun membawa maksud peradaban, pembangunan atau kemajuan. Menurut pandangan sarjana Barat, tamadun bermaksud pembangunan dalam bidang lahiriah iaitu kemajuan manusia dalam aspek yang berkaitan dengan ekonomi, pembandaran, kebudayaan, undang-undang dan sebagainya. Menurut mereka, tamadun tidak ada kaitan dengan unsur rohaniah. Menurut sarjana Islam pula, tamadun bermaksud pembangunan dalam aspek lahiriah dan rohaniah iaitu kemajuan dalam bidang fizikal dan sahsiah manusia. Menurut mereka, tamadun mestilah wujud keseimbangan antara kemajuan lahiriah dan rohaniah.

PUSAT TAMADUN AWAL DUNIA

Pusat Tamadun Awal Dunia         Tamadun Mesopotamia – di lembah sungai Tigris dan Euphrates         Tamadun Mesir Purba – di lembah sungai Nil         Tamadun Indus – di lembah sungai Indus         Tamadun Hwang Ho – di lembah sungai Hwang Ho

CIRI TAMADUN AWAL DUNIA

Ciri Tamadun Awal Dunia         Mempunyai petempatan kekal

Penduduk nomad menetap di lembah sungaiLembah sungai dipilih kerana dapat menjamin kelangsungan bekalan makananContohnya di lembah sungai Tigris dan Euphrates, di lembah sungai Nil, di lembah sungai Indus dan di lembah sungai Hwang Ho.

         Mempunyai organisasi sosialTerjadi disebabkan penduduk bertambah ramaiMasyarakat mempunyai susun lapisTerdapat dua lapisan masyarakat iaitu lapisan atasan dan bawahanLapisan atasan terdiri daripada raja dan bangsawanLapisan bawahan terdiri daripada rakyat dan hamba

2

Page 3: Pengertian Dan Ciri,Whang Ho

         Mempunyai sistem pemerintahanDiperintah oleh rajaRaja berkuasa mutlakRaja berkuasa di peringkat pusatDibantu oleh bangsawan dan pendetaBangsawan menjadi pentadbir wilayahPendeta menjalankan urusan keagamaanMewujudkan undang-undang untuk melicinkan pentadbiran

         Mempunyai pengkhususan pekerjaanBerlaku kerana terdapat pelbagai keperluanContoh – petani, artisan, tentera, tukang dll.

         Mempunyai agama dan kepercayaanMempercayai animisme – unsur alam dikawal oleh semangatSemangat boleh mendatangkan kebaikan dan keburukanContohnya memuja bukit-bukau, laut, gunung dsb.Mempercayai politeisme – banyak tuhanContohnya tuhan bukit, tuhan syurga, tuhan matahari dll.

         Mempunyai bahasa dan tulisanBahasa digunakan untuk berhubung dengan masyarakat luarTulisan digunakan untuk merekodkan pelbagai urusanContoh tulisan ialah hieroglif, cuneiform, ideogram dan piktograf

Jawapan

Ciri tamadun awal dunia ialah mempunyai petempatan kekal. Penduduk nomad mula hidup menetap di kawasan lembah sungai yang subur. Mereka membina petempatan kekal di situ supaya dapat menjamin kelangsungan bekalan makanan. Mereka menjalankan aktiviti bercucuk tamam. Kawasan lembah sungai yang menjadi pusat petempatan kekal ialah di lembah sungai Tigris dan Euphrates, di lembah sungai Nil, lembah Indus serta lembah Hwang Ho.

Ciri yang kedua ialah mempunyai sistem organisasi sosial. Lebihan bekalan makanan menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk. Pertambahan penduduk menyebabkan wujudnya susun lapis dalam masyarakat. Masyarakat tamadun awal mempunyai dua susun lapis utama iaitu lapisan atasan dan lapisan bawahan. Lapisan terdiri daripada raja dan bangsawan. Lapisan bawahan pula terdiri daripada golongan rakyat dan hamba.

Ciri yang ketiga ialah mempunyai sistem pemerintahan. Sistem pemerintahan diterajui oleh raja. Raja mempunyai kuasa mutlak. Raja berkuasa di peringkat pusat. Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pendeta. Bangsawan dilantik menjadi pentadbir wilayah. Pendeta diberi kuasa menjalankan urusan keagamaan. Undang-undang diwujudkan untuk melicinkan pentadbiran.

Ciri yang keempat ialah mempynyai pengkhususan pekerjaan. Penduduk yang ramai menyebabkan wujudnya pelbagai keperluan. Ada yang memerlukan tukang untuk membina tempat tinggal dan ada yang memerlukan artisan untuk menghasilkan barang keperluan dan perhiasan. Oleh itu, wujudlah pelbagai jenis pekerjaan seperti petani, tukang, artisan, tentera dan sebagainya.

Ciri yang kelima ialah mempunyai agama dan kepercayaan. Masyarakat dalam tamadun awal mempercayai animisme. Mereka mempercayai bahawa setiap unsur alam dikawal oleh semangat. Semangat tersebut boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada manusia. Oleh itu, mereka memuja semangat supaya memberikan kebaikan kepada mereka. Masyarakat tamadun awal juga mempercayai politeisme iaitu mempercayai wujudnya banyak tuhan. Mereka mempercayai tuhan bulan, tuhan matahari, tuhan ibu, tuhan sungai dan sebagainya.

Ciri yang keenam ialah mempunyai bahasa dan tulisan. Bahasa digunakan untuk berhubung dengan masyarakat luar. Tulisan digunakan untuk merekodkan pelbagai urusan seperti mencatat doa, menulis surat kredit, menulis undang-undang dan lain-lain. Contoh tulisan tamadun awal ialah hieroglif, cuneiform, ideogram dan piktograf.

3

Page 4: Pengertian Dan Ciri,Whang Ho

SEBAB TAMADUN AWAL DUNIA BERTUMPU DI LEMBAH SUNGAI

Membina petempatan kekal di lembah sungai kerana .....         Tanah subur         Sesuai bercucuk tanam         Menjamin kelangsungan bekalan makanan         Tanah pamah yang luas         Sesuai membina tempat tinggal         Bekalan air untuk kegunaan harian         Bekalan air untuk pengairan         Bekalan sumber protin         Laluan perhubungan dan pengangkutan         Mana-mana jawapan munasabah

Jawapan

Masyarakat tamadun awal membina petempatan kekal di kawasan lembah sungai kerana tanah subur sesuai untuk bercucuk tanam dan dapat menjamin kelangsungan bekalan makanan. Selain itu, masyarakat tamadun awal membina petempatan kekal di lembah sungai kerana terdapat tanah pamah yang luas sesuai untuk membina tempat tinggal. Sebab yang lain ialah sungai dapat membekalkan sumber air untuk kegunaan harian dan sumber pengairan. Seterusnya sungai juga membekalkan sumber protin serta menjadi laluan untuk perhubungan dan pengangkutan.

SUMBANGAN TAMADUN AWAL DUNIA

Sumbangan Tamadun Awal Dunia

Tamadun Mesopotamia         Pembinaan negara kota         Penciptaan dan penggunaan roda         Penciptaan layar dan kapal layar         Pengenalan Kod Undang-Undang Hammrurabi         Mengkatalogkan ubat-ubatan dan cara penggunaannya

Tamadun Mesir Purba         Pengenalan sistem pemerintahan bercorak teokrasi         Menebusguna padang pasir menjadi kawasan pertanian         Perkembangan dalam ilmu matematik dan astronomi         Pengenalan kaedah pengawalan banjir         Penciptaan kalendar         Pengenalan teknik pembedahan         Penciptaan teknik memumiakan mayat

Tamadun Indus         Pengenalan bandar terancang         Penciptaan batu-bata daripada tanah liat melalui pembakaran         Perubahan sikap mengambil unsur baik daripada tamadun lain         Kebijaksanaan menggunakan persekitaran untuk membina tamadun

Tamadun Hwang Ho         Pengenalan sistem pemerintahan berasaskan dinasti         Penciptaan alat-alat pertanian         Penggunaan teknologi baru dalam pertanian         Penciptaan terusan         Pengenalan kaedah dan strategi peperangan

4

Page 5: Pengertian Dan Ciri,Whang Ho

Rangka Jawapan

Sumbangan tamadun Mesopotamia kepada peradaban manusia pada hari ini ialah pembinaan negara kota, penciptaan roda serta penggunaannya dan penciptaan layar kapal. Selain itu, sumbangan tamadun Mesopotamia juga ialah pengenalan Kod Undang-Undang Hammrurabi dan teknik mengkatalogkan ubat-ubatan serta cara-cara penggunaannya.

Sumbangan tamadun Mesir Purba kepada peradaban manusia pada hari ini ialah pengenalan sistem pemerintahan bercorak teokrasi, Menebusguna padang pasir menjadi kawasan pertanian serta mengembangkan ilmu matematik dan astronomi. Selain itu, sumbangan tamadun Mesir Purba juga ialah memperkenalkan kaedah mengawal banjir, mencipta kalendar, memperkenalkan teknik pembedahan dan mencipta kaedah memumiakan mayat.

Sumbangan tamadun indus kepada peradaban manusia pada hari ini ialah memperkenalkan kaedah membina bandar terancang serta mencipta batu-bata daripada tanah liat dengan menggunakan suhu yang tinggi. Selain itu, sumbangan tamadun Indus juga ialah mengajar agar bersikap mengambil unsur baik daripada tamadun lain dan bertindak bijak menggunakan persekitaran untuk membina tamadun.

TAMADUN HWANG HO

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014 TEMA 7 (Bab 1 Tingkatan 4)

TAMADUN HWANG HO

SOALAN STRUKTUR (Modul 1)

(a) Apakah ciri bandar dalam Tamadun Hwang Ho.

          Terletak di kawasan tanah tinggi          Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran

          Didiami oleh raja, golongan pembesar dan golongan agama          Dilengkapi tembok menghalang pencerobohan musuh          Dikelilingi oleh perkampungan petani

[2 markah]

(b) Berikan dua golongan bawahan yang terdapat dalam susun lapis masyarakat Hwang Ho.

          Petani,          Artisan           Pedagang          Hamba

[2 markah]

(c) Jelaskan sistem kepercayaan yang menjadi amalan dalam masyarakat Hwang Ho.

          Mempercayai kuasa raja adalah mandat tuhan.          Mempercayai animisme           Menyembah sungai, bukit dan gunung.

5

Page 6: Pengertian Dan Ciri,Whang Ho

          Mengamalkan politeisme.          Menyembah tuhan syurga (shang-ti), Dewa Syurga (Tien) dan tuhan bumi (Tu).          Memuja roh nenek moyang.          Mempercayai ramalan.          Mempercayai konsep Yin dan Yang.          Mempercayai konsep Feng Hsui.

[2 markah]

(d) Nyatakan kepentingan penggunaan kalendar dalam kehidupan harian masyarakat Hwang Ho.

          Menentukan bilangan hari dalam setahun          Meramalkan cuaca

          Menetapkan tarikh perkahwinan          Memulakan aktiviti bercucuk tanam          Menjalankan aktiviti harian          Memulakan pelayaran          Mana-mana jawapan munasabah

[2 markah]

(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan Tamadun Hwang Ho kepada peradaban manusia pada hari ini.

          Memperkenalkan sistem pemerintahan monarki.          Mengamalkan pemerintahan berasaskan putaran dinasti           Pembinaan terusan untuk tujuan pertanian dan mengelakkan banjir.          Membajak tanah pertanian.          Menggunakan peralatan cangkul dan sabit untuk pertanian.          Menggunakan batas untuk tujuan penanaman.

          Memperkenalkan sistem tulisan ideogram.          Mengamalkan pemujaan roh nenek moyang          Mengamalkan konsep Yin dan Yang           Mengamalkan konsep Feng Hsui           Memperkenalkan Sistem kalendar 12 bulan dan 360 hari setahun.          Mengamalkan penggunaan kalendar untuk menjalani aktiviti harian.          Memperkenalkan Falsafah perang Sun Tzu.

[2 markah]

6

Page 7: Pengertian Dan Ciri,Whang Ho

TAMADUN HWANG HO

SOALAN STRUKTUR (Modul 2)

(a) Apakah keistimewaan bandar Anyang ?

          Terletak di kawasan tanah tinggi          Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran

          Didiami oleh raja, golongan pembesar dan golongan agama          Dilengkapi tembok menghalang pencerobohan musuh          Dikelilingi oleh perkampungan petani

[2 markah]

(b) Bagaimanakah sistem pemerintahan beraja diamalkan dalam Dinasti Shang ?

          Pengganti raja adalah saudara lelaki atau anak lelaki raja.          Raja berkuasa dalam politik, ekonomi, sosial dan agama.          Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.          Kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.          Raja tidak perlu mendapatkan pengesahan politik.          Raja dibantu oleh bangsawan dan pegawai kerajaan.          Golongan bangsawan mentadbir wilayah.          Bangsawan boleh wujudkan sistem pentadbirannya sendiri.          Bangsawan dibenarkan memungut cukai, menguatkan pertahanan dan melaksanakan undang-undang sendiri.

[2 markah]

(c) Nyatakan amalan agama dan kepercayaan yang terdapat dalam masyarakat Shang.

           Mempercayai kuasa raja adalah mandat tuhan.          Mempercayai animisme           Menyembah sungai, bukit dan gunung.          Mengamalkan politeisme.          Menyembah tuhan syurga (shang-ti), Dewa Syurga (Tien) dan tuhan bumi (Tu).          Memuja roh nenek moyang.          Mempercayai ramalan.          Mempercayai konsep Yin dan Yang.          Mempercayai konsep Feng Hsui.

[2 markah]

(d) Kegemilangan tamadun Hwang Ho banyak bergantung kepada kemajuan masyarakat Dinasti Shang dalam bidang pertanian? Nyatakan kemajuan tersebut.

          Penggunaan sistem pengairan dalam pertanian.          Pembinaan terusan untuk pengairan dan mengelakkan banjir.          Teknologi pembajakan.          Penciptaan cangkul.          Penciptaan sabit.          Penggunaan batas untuk penanaman.          Penggunaan peralatan besi mengganti peralatan daripada kayu.

[2 markah]

7

Page 8: Pengertian Dan Ciri,Whang Ho

(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah peranan petempatan kekal terhadap pembinaan tamadun di lembah Hwang Ho ?

          Membolehkan masyarakat menjalankan kegiatan pertanian          Menyebabkan berlakunya kemajuan dalam pertanian          Menjalin bekalan makanan mencukupi          Menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk          Menyebabkan wujudnya pengkhususan pekerjaan          Menyebabkan wujudnya kegiatan perdagangan          Menyebabkan wujudnya susun lapis masyarakat          Mwujudkan sistem pemerintahan dan pentadbiran          Mana-mana jawapan munasabah

[2 markah]

PENINGKATAN TAMADUN MANUSIA (Sistem Pemerintahan)

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014 TEMA 7 (Bab 2 Tingkatan 4)

Tahun 2008 adalah tahun terkini yang memberi fokus kepada Bab 2 Tingkatan 4.   Tajuk SISTEM PEMERINTAHAN pernah diuji kepada calon dalam peperiksaan Sejarah Kertas 2 untuk item Struktur.  

PENINGKATAN TAMADUN

(SISTEM PEMERINTAHAN)

SKOP KAJIAN

         Latar Belakang kemunculan dan Ciri Sistem Demokrasi di Yunani         Perbandingan Demokrasi Yunani Dengan Demokrasi di Malaysia         Kepentingan Sistem Demokrasi         Perkembangandan Ciri Sistem Republik di Rom         Ciri pemerintahan Sistem Beraja Mutlak di India         Pelaksanaan Sisem Pemerintahan Bercorak Birokrasi di China

 

SOALAN STRUKTUR

Jadual di bawah menunjukkan bentuk pemerintahan pada zaman peningkatan tamadun manusia.

Tamadun Bentuk Pemerintahan

Yunani Sistem Demokrasi

8

Page 9: Pengertian Dan Ciri,Whang Ho

Rom Sistem Republik

India Sistem Beraja Mutlak

China Sistem Birokrasi

(a) Nyatakan ciri sistem demokrasi di Athens. [2 markah]

(b) Jelas peranan Dewan Perhimpunan dan Dewan Senat dalam sistem pemerintahan republik di Rom.

(i)      Dewan Perhimpunan[1 markah]

(ii) Dewan Senat [1 markah]

(c) Julius Caesar telah mengubah sistem republik di Rom kepada sistem beraja. Sebutkan perubahan yang dilakukan oleh beliau.

[2 markah]

(d) Bagaimanakah sistem pemerintahan beraja mutlak dilaksanakan dalam tamadun India ? [2 markah]

(e) Jelaskan sistem birokrasi awam dilaksanakan pada zaman Dinasti  Chin di China. [2 markah]

JAWAPAN

(a) Nyatakan ciri sistem demokrasi di Athens.

          Mempunyai Dewan Perhimpunan dan Majlis.          Dewan Perhimpunan dianggotai oleh semua warganegara lelaki yang dewasa.          Tempoh menjadi ahli Dewan Perhimpunan ialah antara enam bulan hingga setahun.          Dewan Perhimpunan bersidang tiga kali sebulan.          Dewan Perhimpunan bertanggungjawab mencadangkan dasar kerajaan.          Keputusan Dewan Perhimpunan dihantar kepada Majlis untuk dibincangkan.          Dewan Perhimpunan melantik ahli Majlis, Majistret dan Juri.          Dewan Perhimpunan boleh memecat ahli Majlis, Majistret dan Juri.

[2 markah]

(b) Jelas peranan Dewan Perhimpunan dan Dewan Senat dalam  sistem pemerintahan republik di Rom.

(i) Dewan Perhimpunan

          Melantik Konsul           Membantu Konsul menjalankan pentadbiran negara.          membincangkan hal-hal pentadbiran negara.          Merangka perundangan negara.

[1 markah]

(ii) Dewan Senat

          Menerima keputusan yang dibuat oleh Dewan Senat.          Membincangkan semula apa yang telah diluluskan oleh Dewan Senat.          Meluluskan keputusan Dewan Senat.

[1 markah]

9

Page 10: Pengertian Dan Ciri,Whang Ho

(c) Julius Caesar telah mengubah sistem republik di Rom kepada sistem beraja. Sebutkan perubahan yang dilakukan oleh beliau.

          Menjalankan pemerintahan bercorak empayar          Membentuk pemerintahan berpusat          Menyatukan wilayah kecil yang ditaklukinya          Menamatkan pemerintahan republik          Menguasai angkatan tentera dan Senat          Mengisytiharkan dirinya diktator dan memakai gelaran Maharaja

[2 markah]

(d) Bagaimanakah sistem pemerintahan beraja mutlak dilaksanakan dalam tamadun India ?

          Raja mempunyai kuasa mutlak          Raja menjadi ketua pemerintah          Raja mengetuai pentadbiran          Raja menjadi ketua agama          Kedudukan raja diperkukuhkan dengan upacara ritual          Raja dianggap suci          Golongan Brahmin merupakan penasihat          Golongan Ksyatria menjadi pegawai tertinggi

[2 markah]

(e) Jelaskan sistem birokrasi awam dilaksanakan pada zaman Dinasti Chin di China.

          Pegawai pentadbiran awam dilantik oleh maharaja          Pegawai dilantik daripada kalangan rakyat          Perlantikan dibuat oleh jawatankuasa perkhidmatan awam          Perlantikan pegawai berasaskan pencapaian dalam peperiksaan awam

[2 markah]

PENINGKATAN TAMADUN

(SISTEM PEMERINTAHAN)

SOALAN ESEI

Sistem demokrasi Yunani dan sistem republik Rom adalah dua bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh kebanyakan negara demokrasi pada hari ini.

JAWAPAN

(a) Terangkan perkembangan sistem pemerintahan di Athens sehingga munculnya sistem demokrasi.

          Pada mulanya Athens mengamalkan pemerintahan berajaRaja menjadi ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama.

Raja dibantu oleh konsul dalam pentadbiran.

          Pemerintahan beraja bertukar menjadi pemerintahan oligarkiKuasa dan peranan raja dibolot oleh Konsul.Raja mempunyai kuasa yang terhad.Pemerintahan dijalankan oleh konsul.

10

Page 11: Pengertian Dan Ciri,Whang Ho

          Pemerintahan oligarki bertukar kepada pemerintahan aristokrasiDaripada golongan konsul lahirnya golongan aristokrat yang kuat.Mereka memiliki kuasa yang besar.Mereka menguasai pentadbiran.

          Pemerintahan aristokrasi digantikan dengan pemerintahan diktator / tiraniRakyat yang dipimpin oleh tentera menggulingkan golongan aristokrasi.Pemimpin diktator memerintah secara kuku besi.

          Pemerintahan diktator ditukar kepada pemerintahan demokrasiGolongan aristokrat kembali menggulingkan pemerintahan diktator Pemerintahan bercorak demokrasi diperkenalkan.

[6 markah]

(b) Bagaimanakah sistem republik diamalkan di Rom ?

          Di Rom, tiada pemerintah berkuasa mutlak.          Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul.          Konsul dilantik oleh Dewan Senat.          Dewan Senat membantu Konsul menjalankan pemerintahan.          Dewan Senat dianggotai oleh golongan bangsawan.          Dewan Senat membincangkan pentadbiran dan merangka perundangan.          Konsul dilantik daripada kalangan ahli Dewan Senat.          Sebelum dilantik menjadi konsul seseorang itu mestilah seorang praeotor          Dewan Senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan.          Dewan Perhimpunan dianggotai semua rakyat Rom.          Keputusan Dewan Senat diluluskan oleh Dewan Perhimpunan

[6 markah]

(c) (i) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah perbezaan demokrasi di Yunani dengan demokrasi di Malaysia ?

          Demokrasi di Yunani berbentuk penyertaan langsung.           Semua warganegara lelaki dewasa menjadi ahli Dewan Perhimpunan          Demokrasi di Malaysia berbentuk penyertaan tidak langsung.           Rakyat diwakili oleh wakil dalam Dewan Rakyat.           Wakil rakyat dipilih melalui pilhan raya.

[4 markah]

(ii) Mengapakah sistem demokrasi sesuai diamalkan di negara kita ?

          Memberi peluang kepada rakyat terlibat dalam pemerintahan          Melicinkan pentadbiran negara          Menjamin pemerintahan yang ada          Membolehkan kerajaan ditukar jika tidak cekap          Memberi peluang kepada rakyat menyuarakan pendapat          Melancarkan pembangunan negara          Mana-mana jawapan munasabah

PENINGKATAN TAMADUN MANUSIA (Peningkatan Ekonomi dan Pendidikan)

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014 TEMA 7 (Bab 2 Tingkatan 4)

11

Page 12: Pengertian Dan Ciri,Whang Ho

PENINGKATAN TAMADUN (Peningkatan Ekonomi dan Pendidikan)

Tajuk Peningkatan Tamadun (Ekonomi dan Pendidikan) tidak pernah diuji kepada calon dalam peperiksaan Sejarah Kertas 2 SPM sejak tahun 2004 hingga sekarang.Tahun terakhir Tema 7 (Ba2 Tingkatan 4) diuji kepada calon ialah dalam SPM 2008.

PENINGKATAN TAMADUN (Peningkatan Ekonomi)

SKOP KAJIAN         Punca negara kota Yunani memberi tumpuan kepada bidang perdagangan         Faktor kepesatan perdagangan dalam tamadun India         Kemajuan bidang pertanian dalam tamadun China         Kepentingan dan sumbangan bidang perdagangan dan pertanian         Usaha meningkatkan bidang perdagangan dan pertanian di negara kita

SOALAN STRUKTUR

Peningkatan tamadun manusia telah membawa kepada kemajuan dalam pertanian hingga membawa kepada penghasilan yang berlebihan dan meningkatnya aktiviti perdagangan.

(a) Apakah faktor yang membantu kepesatan perdagangan dalam tamadun India pada abad ke-3 Sebelum Masihi. [2 markah]

(b) Apakah tujuan penubuhan persatuan perdagangan dan perusahaan (stresthin) di India pada Zaman Vedik ? [2 markah]

(c) Pada pandangan anda, apakah punca yang menyebabkan kebanyakan negara kota di Yunani memberikan tumpuan kepada aktiviti perdagangan ?

[2 markah]

(d) Senaraikan sumbangan tamadun China terhadap kemajuan pertanian sejak zaman Dinasti Han hingga ke zaman Dinati Shang.

[2 markah]

(e) Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemajuan pertanian di negara kita ? [2 markah]

JAWAPAN

(a) Apakah faktor yang membantu kepesatan perdagangan dalam tamadun India pada abad ke-3 Sebelum Masihi.

          Hubungan perdagangan dengan luar           Munculnya pusat perusahaan           Mempunyai barang dagangan yang banyak           Terdapat banyak pelabuhan           Terdapat persatuan perdagangan (stresthin)          Terdapat undang-undang perdagangan.           Menggunakan mata wang sebagai medium jual beli          Pelaksanaan sistem cukai

12

Page 13: Pengertian Dan Ciri,Whang Ho

          Mana-mana jawapan munasabah[2 markah]

(b) Apakah tujuan penubuhan persatuan perdagangan dan perusahaan (stresthin) di India pada Zaman Vedik ?

          Mengawal harga barang          Mengawal kualiti barang           Mengawal gaji pekerja          Menjaga kebajikan pekerja

[2 markah]

(c) Pada pandangan anda, apakah punca yang menyebabkan kebanyakan negara kota di Yunani memberikan tumpuan kepada aktiviti perdagangan ?

          Mahu mendapatkan makanan dari luar          Muka buminya tidak sesuai untuk pertanian          Wujudnya hubungan perdagangan dengan negara luar           Berkembangnya perdagangan melalui jalan laut.          Yunani mempunyai bekalan dagangan yang banyak          Mana-mana jawapan munasabah

[2 markah]

(d) Senaraikan sumbangan tamadun China terhadap kemajuan pertanian  sejak zaman Dinasti Han hingga ke zaman Dinati Shang.

          Penggunaan tenggala           Penggunaan batas          Penggunaan kolar kuda           Penciptaan alat kegunaan pertanian.          Pengenalan sistem tanaman bergilir          Penggunaan sistem teres          Pembinaan terusan untuk pengairan

[2 markah]

(e) Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemajuan pertanian di negara kita ?

          Menggunakan teknologi moden          Menjalankan kegiatan secara berskala besar          Memberi tumpuan kepada pertanian komersil          Memproses hasil pertanian menjadi barangan pengguna          Mengeksport hasil pertanian          Menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan hasil           Membantu petani mendapatkan kemudahan kredit          Mana-mana jawapan munasabah

[2 markah]

SOALAN ESEI

Peningkatan ekonomi yang berlaku dalam Tamadun India dan China telah membawa kepada perkembangan peradaban manusia

(a) Terangkan faktor yang membantu kepesatan aktiviti perdagangan dalam tamadun India pada abad ketiga sebelum masihi.

[6 markah]

(b) Jelaskan peningkatan kemajuan pertanian di China pada zaman Dinasti Chou.[6 markah]

(c) (i) Pada pandangan anda, apakah sumbangan bidang perdagangan terhadap kemajuan sesebuah negara ?[4 markah]

13

Page 14: Pengertian Dan Ciri,Whang Ho

(ii) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah usaha yang dilaksanakan untuk menjadikan pertanian di negara kita sebagai satu bidang perniagaan ?

[4 markah]

JAWAPAN

(a) Terangkan faktor yang membantu kepesatan aktiviti perdagangan dalam tamadun India pada abad ketiga sebelum masihi.

          Hubungan perdagangan dengan luar Kerajaan Maurya mengadakan hubungan dengan Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah dan Asia Tenggara.

          Munculnya pusat perusahaan Contohnya Anga, Kalinga dan Karusa.

          Berkembangnya bidang perusahaanContohnya perusahaan tekstil, dan sutera di Bengal dan Benares.Contohnya perusahaan emas, mutiara dan batu permata

          Mempunyai barang dagangan yang banyak Contohnya senjata, gading gajah, emas, berlian dll.

          Terdapat pelabuhan yang menghubungkan India dengan negara luar ContohnyaTamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul dan Cambay.

          Terdapat persatuan perdagangan (stresthin)Stresthin mengawal harga dan kualiti barang serta mengawal gaji pekerja.Contohnya persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit dsb.

          Terdapat undang-undang perdagangan. Undang-undang digubal untuk mengawal persatuan.Undang-undang diawasi oleh raja

          Menggunakan mata wang sebagai medium jual beliContohnya mata wang emas pada Zaman Gupta.

          Pelaksanaan sistem cukaiContohnya cukai hasil pertanian dan buah-buahan.

[6 markah]

(b) Jelaskan peningkatan kemajuan pertanian di China pada zaman Dinasti Chou.

          Penggunaan tenggala           Penggunaan batas          Penggunaan kolar kuda           Penciptaan alat kegunaan pertanian.          Pengenalan sistem tanaman bergilir          Penggunaan sistem teres          Pembinaan terusan untuk pengairan

[6 markah]

(c) (i) Pada pandangan anda, apakah sumbangan bidang perdagangan terhadap kemajuan sesebuah negara ?

          Membolehkan barangan negara kita dieksport          Menjana ekonomi negara          Menyediakan peluang pelaburan          Membekalkan peluang pekerjaan          Menggalakkan pengaliran dana asing          Mana-mana jawapan munasabah

[4 markah]

(ii) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah usaha yang dilaksanakan untuk menjadikan pertanian di negara kita sebagai satu bidang perniagaan ?

          Menjalankan kegiatan pertanian secara komersil          Mengeksport hasil pertanian          Menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan kualiti hasil pertanian          Memproses menjadi barangan pengguna

14

Page 15: Pengertian Dan Ciri,Whang Ho

          Mana-mana jawapan munasabah [4 markah]

PENINGKATAN TAMADUN (Peningkatan Pendidikan)

SKOP KAJIAN         Falsafah pendidikan Athens dan Sparta         Kesan penekanan negara kota Rom terhadap pendidikan ilmu yang praktikal         Matlamat dan Ciri pendidikan agama di India pada Zaman Vedik         Pelaksanaan sistem pendidikan dan peperiksaan awam di China         Kepentingan pendidikan kepada negara         Usaha menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan         Langkah meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita

SOALAN STRUKTUR

Jadual di bawah berkaitan dengan peningkatan sistem pendidikan dalam tamadun manusia.

Tamadun Sistem Pendidikan

Yunani Falsafah Pendidikan Athens

India Pendidikan Agama

China Pendidikan Awam

JAWAPAN

(a) Apakah matlamat Falsafah Pendidikan Athens ?

          Bertujuan melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani dan jasmani          Bertujuan melahirkan manusia seimbang dari segi fizikal dan mental.          Bertujuan melahirkan manusia yang cemerlang.          Bertujuan melahirkan manusia yang menguasai semua aspek.          Bertujuan melahirkan manusia yang dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat.

[2 markah]

(b) Nyatakan ciri pendidikan agama yang dilaksanakan dalam tamadun India pada Zaman Vedik.

          Mempelajari agama Hindu.          Didominasikan oleh kaum lelaki sahaja.          Mempelajari kitab Veda.          Menggunakan bahasa Sanskrit           Menggunakan kaedah hafalan          Dijalankan di rumah dan di istana.          Diajar oleh Brahmin / guru agama

[3 markah]

(c) Nyatakan kemahiran yang ditekankan dalam sistem pendidikan China pada tahap berikut :

(i) Pendidikan Tahap Rendah

          Peringkat rendah – dan menghafal tulisan ideogram serta menghafal sembilan buah buku suci [1 markah]

(ii) Pendidikan Tahap Menengah

          Peringkat menengah – Menulis karangan dan mempelajari karya sastera. [1 markah]

15

Page 16: Pengertian Dan Ciri,Whang Ho

(d) Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan memainkan peranan  penting dalam meningkatkan tamadun manusia ?

          Melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan          Melahirkan tenaga pekerja yang mahir          Melahirkan masyarakat yang patuh kepada ajaran agama          Memudahkan masyarakat menerima maklumat          Membasmi buta huruf dalam masyarakat          Memudahkan hubungan dengan negara luar          Membolehkan teknologi digunakan dengan lancar          Mana-mana jawapan munasabah

[3 markah]

SOALAN ESEI

Perkembangan pendidikan dalam tamadun dunia bertujuan membina kegemilangan dan meningkatkan martabat bangsa dalam tamadun tersebut.

[6 markah]

SOALAN ESEI

(a) Jelaskan tentang falsafah pendidikan berikut :

(i) Falsafah pendidikan Athens

          Bertujuan melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani dan jasmani          Bertujuan melahirkan manusia seimbang dari segi fizikal dan mental.          Bertujuan melahirkan manusia yang cemerlang.          Bertujuan melahirkan manusia yang menguasai semua aspek.          Bertujuan melahirkan manusia yang dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat.

[2 markah] (ii) Falsafah pendidikan Sparta

          Bertujuan melahirkan tentera yang gagah berani.          Bertujuan melahirkan manusia yang mempunyai semangat patriotik.          Bertujuan melahirkan munsia yang setia kepada negara.          Bertujuan mengutamakan latihan fizikal.          Menekankan kemahiran menggunakan senjata.

[2 markah]

(b) Terangkan pelaksanaan peperiksaan awam di China pada zaman peningkatan tamadun.

          Peperiksaan awam mempunyai tiga tahap iaitu tahap pertama (Hsiu Tai), tahap kedua (Chun Jen) dan tahap ketiga (Chin Shih).Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama.Tahap kedua setaraf dengan ijazah sarjana.Tahap ketiga setaraf dengan ijazah doktor falsafah.

          Tempat peperiksaan diadakan mengikut tahapnya.Tahap pertama dijalankan di peringkat daerah.Tahap kedua dijalankan di ibu kota daerah.Tahap ketiga dijalankan di istana.

          Lulusan peperiksaan akan mendapat faedah Lulus tahap pertama boleh jadi pegawai kerajaan.Lulus tahap ketiga layak menjadi pendidik.

          Tempoh peperiksaan mengikut tahap Tahap pertama diadakan dua kali dalam tiga tahun.Tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali.

          Peraturan peperiksaan sangat ketatMereka yang meniru akan dijatuhi hukuman mati.Pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan.Calon ditempatkan di dalam bilik selama tiga hari untuk menjawab.

16

Page 17: Pengertian Dan Ciri,Whang Ho

[6 markah]

(c) (i) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah matlamat pendidikan agama yang dilaksanakan dalam tamadun India pada Zaman Vedik ?

          Hendak mempelajari hukum agama          Sebagai persediaan menghadapi hari selepas mati.          Menjadikan manusia hidup sempurna           Supaya mengetahui nilai murni yang diajar agama          Bertujuan mendalami agama Hindu dan Buddha          Bertujuan melahirkan Brahmin yang berilmu.          Bertujuan menambahkan ilmu.          Bertujuan mengatasi buta huruf.          Untuk menjawat jawatan dalam pentadbiran.          Mana-mana munasabah

[4 markah]

(ii) Pada pandangan anda, bagaimanakah mutu pendidikan di negara kita dapat dipertingkatkan ?

          Melengkapkan prasarana pendidikan          Membekalkan guru terlatih yang mencukupi          Meningkatkan kaedah pengajaran secara berkesan          Menggunakan teknologi ICT dalam pendidikan          Menambahkan pusat pengajian tinggi          Membuat penambahbaikan terhadap sistem peperiksaan          Mana-mana jawapan munasabah

[6 markah] [4 marka

PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDDHA DI ASIA TENGGARA

TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014 TEMA 7 (Bab 3 Tingkatan 4)

PENGARUH HINDU DAN BUDDHA DI ASIA TENGGARA

17

Page 18: Pengertian Dan Ciri,Whang Ho

SKOP KAJIAN

         Cara Penyebaran Pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara         Pengaruh Hindu dan Buddha Dalam Sistem Pemerintahan         Pengaruh Hindu dan Buddha Dalam Seni Bina Candi Borubudur dan Angkor Wat         Pengaruh Hindu dan Buddha Terhadap Bahasa dan Kesusasteraan

SOALAN ESEI

Setelah wujud perhubungan dengan kerajaan India sejak abad ke-3 Masihi, masyarakat Asia Tenggara mula menerima dan mengamalkan aspek kebudayaan yang dipengaruhi agama Hindu – Biddha.

JAWAPAN ESEI

(a) Bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan Buddha datang ke Asia Tenggara ?

          Disebarkan oleh Ksyatria (tentera) semasa menakluki tanah jajahan           Disebarkan oleh Vaisya (pedagang) yang berdagang ke Asia Tenggara.           Disebarkan oleh golongan Brahmin (Pendeta) yang menerapkannya dalam pemerintahan, kesenian dan kesusasteraan.          Disebar oleh pedagang Asia Tenggara yang berdagang ke India           Mereka mengambil unsur kebudayaan India dan menyesuaikannya dengan budaya tempatan          Disebarkan oleh pemerintah yang menganut agama Hindu dan Buddha dan menjadi ikutan rakyat.

[6 markah]

(b) Terangkan pengaruh agama Hindu dan Buddha yang terdapat dalam sistem pemerintahan beraja di Asia Tenggara.

          Sistem pemerintahan meniru sistem beraja di India.          Pemerintah menggunakan gelaran raja.          Raja berada di puncak pemerintahan           Raja dinasihati Brahmin dalam pentadbiran dan agama.          Raja berkuasa mutlak.          Perintah raja adalah undang-undang.          Melanggar titah raja adalah derhaka.          Raja dianggap bayangan tuhan / dewaraja.          Raja dipercayai mempunyai kesaktian.          Unsur mitos digunakan untuk menunjukkan kehebatan raja.          Pelbagai istiadat diwujudkan untuk mengukuhkan raja.          Pembinaan kota yang melambang orde kosmos.

[6 markah]  

(c) (i) Jelaskan sistem pentadbiran Srivijaya yang menerima pengaruh India.

          Raja mengetuai pemerintahan.Raja menguasai pentadbiran pusat dan daerah.Raja boleh diganti oleh puteranya yuvaraja, pratiyuvaraja dan raja kumara.Raja putra tidak boleh menggantikan raja kerana dia anak gundik.

          Pentadbiran pusat diketuai oleh anak-anak raja Yuvaraja, Pratiyuvaraja, Raja Kumara dan Raja Putra mengetuai pentadbiran pusat.Anak raja dibantu oleh Parvanda / Senapati dalam pentadbiran.Di bawah Parvanda terdapat hakim, temenggung dan penghulu.

          Pentadbiran peringkat daerah ditadbir oleh datu.Datu dilantik oleh raja.Datu terbahagi kepada dua iaitu parvanda (berketurunan raja) dan bhupati (orang-orang kaya)

18

Page 19: Pengertian Dan Ciri,Whang Ho

Datu hendaklah mengangkat sumpah di Telaga Batu.

          Hamba raja adalah golongan paling bawah dalam sistem pentadbiran.Hamba raja menjadi orang suruhan.

[4 markah]

(ii) Pada pandangan anda, mengapakah sistem beraja di negara kita perlu dipertahankan ?

          Mengekalkan identiti          Menambahkan kecekapan pemerintahan          Menjamin keadilan          Mengekalkan ciri pemerintahan sedia ada          Menerima pakai unsur yang lebih baik          Memenuhi kehendak rakyat           Mengelakkan pengaruh unsur negatif          Mana-mana jawapan munasabah

[4 markah]

SOALAN STRUKTUR

Gambar rajah di bawah merujuk kepada pengaruh agama Hindu dan Buddha terhadap aspek budaya di Asia Tenggara.

JAWAPAN STRUKTUR

(a) Apakah tujuan pemerintah kerajaan awal di Asia Tenggara membina monumen ?

          Memperingati tokoh ternama          Mengingati peristiwa penting.          Menunjukkan kehebatan pemerintah          Menunjukkan kegemilangan sesebuah kerajaan          Menunjukkan kekayaan negara          Menjadi rumah ibadat          Tempat menyimpan abu jenazah raja           Tempat menyimpan patung dewa utama          Melambangkan orde kosmos

[2 markah]

(b) Nyatakan dua ciri binaan Angkor Wat.

          Tingginya 213 meter          Keluasan ialah 208 hektar.          Di tengahnya ada dewan pemujaan           Tempat pemujaan berbentuk teres bertingkat empat.          Setiap sudut mempunyai menara.          Di bahagian luarnya terdapat tembok.          Terdapat ukiran epik Ramayana dan Mahabharata di dinding tembok.

[2 markah]

(c) Jelaskan pengaruh agama Buddha yang terdapat pada binaan candi Borubudur di Jawa Tengah.

          Mempunyai tiga tingkat yang melambangkan tahap kehidupan dalam ajaran Buddha iaitu sila, samadhi dan panna.          Mempunyai lapan teres yang melambangkan Jalan Mulia Lapan Lapis.

19

Page 20: Pengertian Dan Ciri,Whang Ho

          Di tingkat pertama terdapat tiga teres yang melambangkan tiga jalan mulia iaitu “berusaha dengan benar”, “membuat pertimbangan dengan benar” dan “memberi tumpuan dengan benar”.

          Di tingkat pertama terdapat ukiran cerita riwayat hidup Gautama Buddha.          Tingkat kedua melambangkan samadhi (penumpuan)          Tingkat kedua ada tiga teres yang melambangkan tiga jalan mulia iaitu “bertindak benar”, “bercakap benar” dan “berfikir benar”.          Tingkat ketiga melambangkan panna.          Tingkat ketiga mempunyai dua teres yang melambangkan dua jalan mulia iaitu “memahami dengan benar” dan “berfikir dengan

benar”.          Setiap tingkat diletakkan stupa dan patung Buddha.

sebagai tanda ingatan kepada kematian. [2 markah]

(d) Nyatakan dua kegunaan bahasa Sanskrit dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.

          Menulis batu bersurat          Menulis kitab agama Hindu dan Buddha          Mendalami kitab agama Hindu dan Buddha          Menulis kesusasteraan          Menjadi bahasa diplomatik          Mencatat doa          Mencatat salasilah raja

[2 markah](e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah pengaruh agama Hindu dan Buddha yang terdapat dalam kesusasteraan masyarakat di Asia Tenggara ?

          Perkataan Sanskrit digunakan dalam kesusasteraan          Ditulis menggunakan bahasa Sanskrit          Terdapat unsur mitos dan lagenda dalam cerita          Meniru jalan cerita epik Ramayana dan Mahabharata          Cerita lisan membawa cerita Ramayana dan Mahabharata           Wayang kulit mengambil cerita Ramayana          Cerita hikayat adalah saduran epik Ramayana dan Mahabharata

[2 marka

20