pendidikan di malaysia

Upload: crystal-wong

Post on 29-Feb-2016

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sistem pendidikan di malaysia

TRANSCRIPT

Pendidikan di MalaysiaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Pendidikan di Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Menteri-menteri PendidikanMuhyiddin Yassin,Idris Jusoh

Belanjawan pendidikan negara(2006?)

Belanjawan:RM32 bilion (ASD10 bilion)1

Perincian umum

Bahasa asas:Melayu,Inggeris,Cina Mandarin,Tamil

System Type:Kebangsaan

Ditubuhkan1956

Celik huruf(2009)

Jumlah:95% (semua usia 15 tahun ke atas)

Lelaki:95% jumlah, 98% 15-24 tahun

Wanita:95% jumlah, 98% 15-24 tahun

Pendaftaran

Jumlah:5,407,865 dengan 405,716 guru (nisbah 13:1), termasuk 163,746 prasekolah

Rendah:2,899,228 (kadar tekal sampai darjah terakhir sekolah rendah, Darjah 6 adalah 99%)

Menengah:2,344,891 (66% pelajar lelaki & 72% pelajar wanita meningkat ke Tingkatan 1 dari Darjah 6)

1"Budget 2010", mstar

l b s

Sistem pendidikan di Malaysiadiselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).PendidikanMalaysiaboleh didapatkan darisekolahtanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian. Terdapat peperiksaan piawai yang merupakan ciri yang biasa bagi negara-negara Asia seperti di Singapura dan China (PR).Isi kandungan[sorokkan] 1Ciri-ciri 2Pendidikan prasekolah 3Pendidikan rendah 4Pendidikan menengah 5Pendidikan pra-universiti 6Pengajian tinggi 7Jenis sekolah rendah dan menengah 7.1Sekolah Kebangsaan 7.2Sekolah Kluster 7.3Sekolah Jenis Kebangsaan 7.4Sekolah Wawasan 7.5Sekolah Agama Islam 7.6Sekolah Mubaligh 7.7Sekolah Bestari 7.8Sekolah Teknik dan Vokasional 7.9Sekolah Berasrama Penuh 8Ujian awam kebangsaan 9Lihat juga 10Rujukan 11Pautan LuarCiri-ciri[sunting|sunting sumber]Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat: Prasekolah Pendidikan rendah Pendidikan menengah Pengajian tinggiHanya pendidikan di sekolah rendah diwajibkan dalam undang-undang. Oleh itu, pengabaian keperluan pendidikan selepas sekolah rendah tidak melanggar undang-undang. Sekolah rendah dan sekolah menengah diuruskan olehKementerian Pelajaran Malaysiatetapi dasar yang berkenaan dengan pengajian tinggi diuruskan olehKementerian Pengajian Tinggi Malaysiayang ditubuhkan pada tahun 2004. Sejak tahun 2003, kerajaan memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran yang berkenaan denganSains. dan matematik.Pendidikan prasekolah[sunting|sunting sumber]Sekolah tadika (prasekolah) menerima kemasukan kanak-kanak daripada 4-6 tahun. Pengajian tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia. Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan. Setakat ini, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah. Namun kemasukan ke kelas ini dibuka kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah.Pendidikan rendah[sunting|sunting sumber]Pendidikan rendahbermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun.Bahasa Melayudanbahasa Inggerismerupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua jenis sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah bahasa pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan.Bahasa Tamilataubahasa Mandarindigunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan.Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakanUjian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR).Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah.Pendidikan menengah[sunting|sunting sumber]Sekolah menengahawam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran selain Sains (Biologi, Fizik dan Kimia) dan Matematik (termasuk Matematik Tambahan) Para pelajar perlu belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Seperti di sekolah rendah, setiap tingkatan (darjah) mengambil masa selama satu tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga (digelar peringkat menengah rendah), para pelajar akan mendudukiPenilaian Menengah Rendah(PMR). Berdasarkan pencapaian PMR, mereka akan dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera. Aliran Sains menjadi pilihan ramai. Pelajar dari Aliran Sains dibenarkan untuk keluar dari Aliran Sains lalu menyertai Aliran Sastera tetapi sebaliknya tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan pula boleh memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah teknik.Pada akhir Tingkatan Lima (digelar peringkat menengah atas), para pelajar perlu menduduk peperiksaanSijil Pelajaran Malaysia(SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat menengah. SPM adalah berdasarkan peperiksaanSchool CertificateUnited Kingdom lama sebelum menjadi peperiksaan Tahap 'O'General Certificate of Education(Kelulusan Umum Pelajaran) yang menjadi GCSE (General Certificate of Secondary School/ Kelulusan Umum Sekolah Menengah). Sejak tahun 2006, para pelajar turut menduduki kertas GCE Tahap 'O' bagi bahasa Inggeris selain kertas SPM Bahasa Inggeris biasa. Keputusan lain ini adalah berdasarkan markah penulisan karangan dalam kertas Bahasa Inggeris SPM. Penilaian karangan kertas Bahasa Inggeris SPM diadakan di bawah pengawasan pegawai dari peperiksaan Tahap 'O' British. Walaupun keputusan ini bukan sebahagian daripada SPM, keputusan ini akan dinyatakan pada kertas keputusan.Selepas keputusan SPM 2005 dikeluarkan pada Mac 2006, Kementerian Pelajaran mengumumkan bahawa mereka sedang menimbang untuk memperbaharui sistem SPM kerana orang ramai terlalu mementingkan bilangan A yang didapati. Pendidik-pendidik tempatan bersetuju dengan cadangan ini. Salah seorang profesor di Universiti Malaya mengesali keadaan sesetengah pelajar universiti yang tidak mampu menulis surat dan berbahas. Beliau berkata, "Mereka tidak memahami apa yang saya katakan ... Saya tidak dapat berkomunikasi dengan mereka." Tambah beliau, "Sebelum 1957, wira sekolah bukan mereka yang mendapat 8A atau 9A tetapi merupakan pembahas yang baik, pelakon yang baik, ahli sukan yang baik dan mereka yang memimpin Persatuan Pengakap."Selepas menamatkan pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sesetengah pelajar dapat belajar diSekolah Tinggi Persendirian Cina. Di sekolah jenis ini, para pelajar menduduki peperiksaan piawai yang dikenali sebagai Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate/UEC). Sesetengah pelajar di sekolah-sekolah ini turut menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian. UEC diadakan olehDong Jiao Zong(Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina) sejak tahun 1975.Terdapat tiga tahap dalam UEC, iaitu Vokasional (UEC-V), Junior (UEC-JML/JUEC) dan Senior (UEC-SML/SUEC). Bahasa Cina merupakan bahasa pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML. Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan. Kesusahan UEC-SML adalah hampir sama denganA-levelkecuali Bahasa Inggeris.Pelajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina belajar dari tiga tahap rendah (Junior) sehingga ke tiga tahap tinggi (Senior). Setiap tahap mengambil masa selama satu tahun. Mereka tidak dibenarkan untuk belajar dalam tahap yang lebih tinggi jika gagal dalam peperiksaan sekolah, sebaliknya perlu mengulang. Mereka yang gagal mara ke tahap yang lebih tinggi selepas belajar dalam tahap yang sama selama tiga tahun akan disingkirkan dari sekolah. Oleh itu, sesetengah pelajar mengambil masa yang lebih daripada enam tahun untuk menamatkan pelajaran di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Pada akhir Junior 3, para pelajar perlu menduduki peperiksaan UEC-JML. Sesetengah pelajar juga akan menduduki peperiksaan PMR. UEC-JML lebih susah daripada PMR. Seperti pelajar di sekolah menengah awam, pelajar di sekolah tinggi persendirian Cina juga akan dikategorikan kepada aliran Sains dan aliran Perdagangan/Sastera bermula Senior 1. Pada akhir Senior 2, sesetengah pelajar menduduki peperiksaan SPM. Mereka mungkin meninggalkan sekolah selepas SPM. Sesetengah pelajar pula menyambung pelajaran ke Senior 3. Pada akhir Senior 3, mereka akan menduduki peperiksaan UEC-SML.UEC-SML telah diakui sebagai kelayakan kemasukan banyak universiti luar negara seperti Singapura, Australia, Taiwan, China dan sesetengah negara Eropah tetapi tidak diakui oleh kerajaan Malaysia sebagai kelayakan kemasukan ke universiti-universiti awam Malaysia. Akan tetapi, kebanyakan kolej persendirian mengakui UEC. Pada Mei 2004, kerajaan Malaysia mewajibkan pelajar-pelajar yang menggunakan kelayakan kemasukan yang selain daripada SPM perlu lulus dalam kertas Bahasa Malaysia SPM. Ini menyebabkan banyak bantahan, dan Menteri Pengajian Tinggi ketika itu, Dr Shafie Salleh, mengecualikan pelajar UEC daripada keperluan tersebut.Pendidikan pra-universiti[sunting|sunting sumber]Selepas SPM, para pelajar dapat membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6matrikulasi, pengajian diploma di pelbagai institut pendidikan seperti Politeknik. Jika mereka melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam, mereka akan menduduki peperiksaanSijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM). Tingkatan 6 yang terdiri daripada Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas mengambil masa selama dua tahun. STPM dianggap lebih susah daripadaA-levelkerana merangkumi skop yang lebih mendalam dan luas. Walaupun STPM biasanya diduduki bagi mereka yang ingin belajar di universiti awam di Malaysia, STPM turut diakui di peringkat antarabangsa.Selain itu, para pelajar boleh memohon kebenaran untuk mengikuti program matrikulasi yang mengambil masa selama satu atau dua tahun. Pada suatu ketika dahulu, matrikulasi hanya mengambil masa selama satu tahun. Sejak tahun 2006, 30% daripada semua pelajar matrikulasi diberikan program yang mengambil masa selama dua tahun. 90% daripada tempat matrikulasi adalah disimpan untuk bumiputera. Program matrikulasi tidak seketat dengan STPM. Ramai berpendapat bahawa program ini mudah daripada STPM, dan dikatakan untuk membantu bumiputera belajar di universiti dengan mudah. Matrikulasi dikenalkan selepas kuota kemasukan universiti awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. 70% daripada pelajar kursus krtikal seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan ialah pelajar matrikulasi. Sebaliknya, kebanyakan kursus-kursus seperti Sarjana Muda Sains yang kurang diminati diambil oleh pelajar STPM. Pembela program matrikulasi mendakwa bahawa Tingkatan 6 adalah berbeza dengan program matrikulasi. Akan tetapi, program matrikulasi dan Tingkatan Enam memainkan peranan yang sama (kelayakan kemasukan universiti).Sesetengah pelajar menerima pendidikan pra-universiti di kolej persendirian. Mereka mungkin memilihdiploma,A-level, Program Matrikulasi Kanada atau kursus yang sama dari negara lain.Kerajaan mendakwa bahawa kemasukan universiti adalah berdasarkan meritokrasi tetapi terdapat terlalu banyak program pra-universiti yang berlainan tanpa piawai yang boleh dibandingkan.Pengajian tinggi[sunting|sunting sumber]Lihat juga:senarai universiti di Malaysia.Banyak subsidi diberi oleh kerajaan untuk menanggung pendidikan di universiti-universiti awam tempatan. Pemohon memerlukan kelayakan STPM, matrikulasi atau diploma yang diiktiraf, serta kelulusan-kelulusan lain yang setara yang diiktiraf Kerajaan. Keputusan yang baik dalam peperiksaan tidak menjamin kemasukan universiti awam. Ini adalah kerana tempat pengajian bagi sesetengah program adalah terhad. Contohnya, tempat untuk bidang perubatan adalah terhad dan adalah mustahil untuk universiti awam menerima semua pelajar-pelajar yang mendapat semua A dalam STPM. Justeru, adalah penting bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dari pihak sekolah ketika mengisi borang permohonan.Pada tahun 2004, kerajaan menubuhkanKementerian Pengajian Tinggi Malaysiauntuk mengawasi pendidikan pengajian tinggi. Kementerian ini dipimpin oleh Mustapa Mohamed pada ketika itu. Kini, KPT telah bergabung bersama denganKementerian Pelajaran Malaysiabagi membentukKementerian Pendidikan Malaysiayang diterajui olehTan Sri Muhyiddin Yassin.Kebebasan akademik fakulti universiti umum telah diragui. Pengkritik seperti Bakri Musa menggunakan contoh seperti ahli sains ditegur oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak kerana menerbitkan "kajian mengenai pencemaran udara".Para pelajar juga dapat membuat pilihan untuk pergi ke institusi swasta bagi pendidikan peringkat tinggi. Banyak institusi memberi kursus dengan bekerjasama dengan institut atau universiti di luar negeri. Sesetengah universiti di luar negeri pula membuka cawangan di Malaysia.Aliran keluar mereka yang cemerlang dari Malaysia menyebabkan Perdana Menteri pada masa itu (1995), Tun Dr Mahathir Mohamed melancarkan program menarik mereka pulang ke kampung halaman. Matlamat rancangan ini adalah untuk menarik 5000 orang yang cemerlang setiap tahun. Pada tahun 2004, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata dalam jawapan parlimen bahawa rancangan ini telah menarik 94 ahli sains (24 orang Malaysia) dalam bidang farmakologi, perubatan, teknologi semikonduktor dan kejuruteraan dari tahun 1995 hingga 2000. Semasa jawapan ini diberikan, hanya seorang masih berada di Malaysia.Selain itu, terdapat jugaInstitut Pendidikan Guru Malaysiayang menawarkan program ijazah sarjana muda perguruan danpoliteknikyang menawarkan kursus diploma dan sijil bagi yang berminat.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai Sistem penilaian prestasi pelajar[1]Jenis sekolah rendah dan menengah[sunting|sunting sumber]Sekolah Kebangsaan[sunting|sunting sumber]Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah.Sekolah Kluster[sunting|sunting sumber]Sekolah klustersatu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.Sekolah Jenis Kebangsaan[sunting|sunting sumber]Bahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah Jenis Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah. Dari tahun 1995 hingga 2000, pengagihan Rancangan Malaysia Ketujuh membahagikan 96.5% kepada Sekolah Kebangsaan yang hanya mempunyai 75% daripada pelajar sekolah rendah. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (21% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 2.4% daripada pengagihan manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (3.6% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 1% daripada pengagihan.Sekolah Wawasan[sunting|sunting sumber]Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum. Akan tetapi, kebanyakan orang Cina dan orang India membantah Sekolah Wawasan kerana mereka percaya bahawa Sekolah Wawasan akan mengehadkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah.[2]Sekolah Agama Islam[sunting|sunting sumber]Sekolah pondok,madrasahdan sekolah agamaIslamlain merupakan bentuk sekolah asal di Malaysia. Sekolah-sekolah sedemikian masih wujud di Malaysia tetapi bukan sebahagian daripada pelajaran kanak-kanak di kawasan bandar. Pelajar di kawasan luar bandar masih belajar di sekolah-sekolah ini. Keputusan pelajaran di sekolah-sekolah ini diterima oleh kebanyakan universiti di Malaysia dengan menduduku peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM),dan kebanyakan pelajar ini melanjutkan pelajaran ke kawasan seperti Pakistan atau Mesir.Sekolah Mubaligh[sunting|sunting sumber]Terdapat juga sekolah mubalighKristian.[3]Sekolah Bestari[sunting|sunting sumber]Sekolah bestaricuba menerapkan komputer dan teknologi dalam kaedah pembelajaran.Sekolah Teknik dan Vokasional[sunting|sunting sumber]Sekolah Menengah Teknikdan vokasional memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional atau profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.Sekolah Berasrama Penuh[sunting|sunting sumber]Sekolah berasrama penuh(SBP) sertaMaktab Rendah Sains MARA(MRSM) merupakan sekolah menengah perdana yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PMR.Ujian awam kebangsaan[sunting|sunting sumber]Terdapat empat ujian awam kebangsaan: Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) diadakan semasa tahun 6 sekolah rendah. Penilaian Menengah Rendah(PMR) diadakan semasa tingkatan 3 sekolah menengah. Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) diadakan semasa tingkatan 5 sekolah menengah. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) diadakan semasa tingkatan 6 sekolah menengah. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) diadakan semasa tingkatan 6 sekolah menengah agama.Lihat juga[sunting|sunting sumber] Kementerian Pelajaran Malaysia Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris Pendidikan seks di MalaysiaRujukan[sunting|sunting sumber]1. Panjat"Hasan Basari, Abd. Samad (2002) Sistem penilaian prestasi pelajar."Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository, Univesiti Teknologi Malaysia2. PanjatJangan tunduk pada desakan - Polemik penubuhan sekolah wawasan.3. PanjatKenyataan Mukhriz Wujud Sekolah Satu Aliran Tiada Unsur Perkauman, Kata Hishammuddin, BernamaPautan Luar[sunting|sunting sumber] Pendidikan moral di Malaysia: tantangan dan implementasi pendidikan karakter di sekolah Model eklektik dalam sistem pendidikan Malaysia[sorok] l b sPendidikan di Malaysia

PeringkatPrasekolah Taska Tadika Prasekolah Pendidikan Khas

Pendidikan rendah Darjah Satu Darjah Dua Darjah Tiga Darjah Empat Darjah Lima Darjah Enam

Pendidikan menengahMenengah Rendah Tingkatan Satu Tingkatan Dua Tingkatan Tiga

Menengah Tinggi Tingkatan Empat Tingkatan Lima

Pendidikan pra-universiti Tingkatan Enam Matrikulasi

Pengajian tinggi Universiti Politeknik Kolej Diploma Ijazah Ijazah kehormat Kedoktoran

Jenis sekolah Sekolah Berprestasi Tinggi Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Sekolah Jenis Kebangsaan Sekolah Kluster Sekolah Wawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sekolah Mubaligh Sekolah Bestari Sekolah Menengah Teknik Sekolah Vokasional Sekolah Berasrama Penuh Maktab Rendah Sains MARA Sekolah Sukan Malaysia Sekolah Tinggi Persendirian Cina Sekolah Pendidikan Khas

Peperiksaan dan kelayakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) Penilaian Sekolah Rendah Agama(PSRA) Ujian Penilaian Kelas KAFA(UPKK) Pentaksiran Tingkatan Tiga(PT3) Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM) A-level Malaysian University English Test(MUET)

Pengawalseliaan Kementerian Pendidikan Malaysia Lembaga Peperiksaan Malaysia Majlis Peperiksaan Malaysia Agensi Kelayakan Malaysia

Laporan pendidikan Laporan Barnes 1950 Laporan Fenn-Wu 1951 Penyata Razak 1956 Penyata Rahman Talib 1960 Laporan Keciciran 1973 Penyata Mahathir 1979

Undang-undang berkaitan Ordinan Pelajaran 1952 Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996

Lain-lain Sekolah (kategori) Permata Negara Memorandum Dong Jiau Zong 2011 Pendidikan khas

Sistem yang dimansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris Penilaian Menengah Rendah(PMR) Sijil Rendah Pelajaran(SRP) Penilaian Darjah 5(PD5) Ujian Darjah 3(UD3)

Kategori: Laman yang menggunakan argumen pendua dalam panggilan templat Pendidikan di Malaysia