pendaftaran e-bayar (kompaun kenderaan) · • setelah klik pada butang “buat pembayaran” anda...

11
PENDAFTARAN E-BAYAR (KOMPAUN KENDERAAN) Bagi pengguna yang belum mendaftar, anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan Sistem e-Bayar. Sila ikuti langkah-langkah berikut : 1. Klik pada butang “Daftar”

Upload: others

Post on 10-Feb-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENDAFTARAN E-BAYAR (KOMPAUN KENDERAAN)

• Bagi pengguna yang belum mendaftar, anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan Sistem e-Bayar. Sila ikuti langkah-langkah berikut :

1. Klik pada butang “Daftar”

2. Lengkapkan Borang Pendaftaran e-Bayar

• Sila klik pada butang “Saya Bersetuju. Daftarkan akaun saya” setelah anda selesai mengisi ruangan kosong pada borang pendaftaran,

3. Sila masukkan “Kod Pengesahan” pada ruangan yang disediakan dan setelah itu sila klik pada butang “Aktifkan Akaun”

4. Setelah anda klik pada butang “Aktifkan Akaun” , akaun anda kini telah diaktifkan.

• Sila klik pada butang “OK” untuk meneruskan transaksi lain.

• Setelah anda klik pada butang “OK”, anda kini akan kembali kepada Lokasi “Maklumat Akaun & Senarai Transaksi”

• Sila klik pada butang “Buat pembayaran” untuk meneruskan sebarang transaksi pembayaran.

• Setelah klik pada butang “Buat pembayaran” anda kini akan dipaparkan dengan laman “Pilihan Jenis Pembayaran” seperti berikut:

• Sila pilih jenis bayaran yang anda ingin lakukan dan seterusnya klik pada butang “Langkah Seterusnya”.

• Sekiranya anda memilih jenis bayaran adalah “Pembayaran Kompaun Kenderaan” , anda akan dipaparkan dengan paparan laman yang berikut:

• Masukkan nombor daftar kenderaan anda dan kemudian klik pada butang “Seterusnya”

• Untuk meneruskan dengan pembayaran kompaun kenderaan, sila pilih senarai kompaun yang ingin anda bayar dengan klik pada ruangan pilih □.

• Seterusnya sila klik pada butang “Teruskan dengan pembayaran”

• Anda kini akan masuk kepada laman “Transaksi Akan Dilakukan” seperti berikut :

• Sekiranya anda ingin meneruskan dengan pembayaran, sila klik pada butang “Teruskan Pembayaran” dan anda akan dipaparkan pula dengan paparan berikut:

• Tunggu sehingga paparan berikutnya dipaparkan, dan sekiranya paparan tersebut tidak dipaparkan, sila klik pada butang “Jika tiada perubahan, klik disini” untuk meneruskan transaksi.

• Kini anda akan dipaparkan dengan laman “Internet Banking Account” seperti dibawah ;

• Langkah seterusnya ialah :

1. Nyahaktifkan pop-up blocker2. Pilih akaun perbankan internet anda.3. Tandakan √ pada “ □ Please tick to agree on our Terms and Conditions ”4. Klik pada butang “Proceed”

• Setelah anda klik pada butang “Proceed” , anda akan dipaparkan dengan paparan yang berikut:

• Kini anda akan dipaparkan dengan laman “Perbankan Internet” pilihan anda. Untuk meneruskan pembayaran, anda perlulah log masuk ke Perbankan Internet yang telah anda daftar. Sesudah itu barulah anda dapat meneruskan dengan proses pembayaran.