pembinaan negara bangsa_bab 1_pengenalan kenegaraan malaysia
DESCRIPTION
Note for those who need it.TRANSCRIPT
BAB 1: PENGENALAN KENEGARAAN MALAYSIA
Malaysia
Pembinaan Negara Bangsa
PENGENALAN
Kenegaraan dirujuk sebagai pembinaan negara
bangsa (Asnarulkhadi dan Jayum, 1997)
Kursus kenegaraan:-
Satu wacana ilmiah yang membincangkan isu-isu utama
dengan negara dengan menggunakan pelbagai displin ilmu
(sejarah, undang-undang, ekonomi, sosialogi, sains politik
dan strategi dan agama).
Membantu memahami negara Malaysia secara tepat, adil
dan menyeluruh.
KEPENTINGAN DAN KEPERLUAN ILMU KENEGARAAN
Satu kursus yang mengajar tentang hal ehwal sesebuah
negara untuk melahirkan warganegara yang baik dan
bertanggungjawab.
Berkait rapat dengan rakyat, budaya, politik, ekonomi dan
sejarah sesebuah negara.
Membentuk sebuah negara dan bangsa yang bersatu padu
dan dihormati di peringkat antarabangsa.
Dalam disiplin sains politik, kenegaraan selalu di rujuk
sebagai pembinaan negara bangsa.
WARGANEGARA YANG BAIK DAN BERTANGGUNGJAWAB
Mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri,
keluarga, masyarakat, dan negara.
Mengetahui latar belakang warisan budayanya,
perkembangan sejarah bangsa dan negaranya -
menghargai perjuangan kemerdekaan dan
kemajuan-kemajuan yang telah dicapai oleh negara.
Cinta, setia, besyukur serta sedia berkorban
mempertahankan kedaulatan negara (patrotisme).
PENGHAYATAN SEJARAH
Merupakan teras utama kenegaraan.
Teras falsafah dalam memberikan ikhtbar kepada
manusia. Sejarah itu sendiri berperanan untuk
memberikan pengajaran dan ikhtibar kepada manusia
melalui peristiwa-peristiwa yang telah berlaku.
Sejarah juga mempunyai kepentingan yang rapat
dengan negara:- China: jatuh bangun sesebuah dinasti
Yunani: sejarah sebagai satu garis lurus yang menyaksikan
kelahiran sesebuah negara.
PENGHAYATAN SEJARAH
Melahirkan masyarakat yang cintakan negara.
Kecintaan kepada negara dan bangsa akan
melahirkan warganegara yang patriotik.
Warganegara yang mempunyai semangat
nationalisme yang tinggi semestinya mempunyai
jati diri yang tinggi dan nilai kesetiaan yang sejati
kepada bangsa dan negara.
NEGARA
Satu wilayah dan pemerintah yang wujud secara sah
disisi undang-undang, ia mempunyai penduduk dan
sempadan yang jelas serta berdaulat.
Robert A.Dahl (1983):-
Satu sistem politik yang dibina oleh penduduk yang
mendiami wilayah tersebut.
Zainal Abidin (1977):-
Wilayah atau unit politik yang mempunyai sempadan
yang jelas didiami oleh sekumpulan manusia
dibawah penyelenggaraan sesebuah kerajaan.
CIRI-CIRI SEBUAH NEGARA
(penduduk, wilayah dan sempadan, kerajaan, kedaulatan)
Penduduk
Merupakan warganegara negara tersebut.
Jenis kewarganegaraan:-
Jus soli: kerakyatan mengikut tempat lahir dan
permaustatinan.
Jus sanguinis: kerakyatan mengikut etnisi atau
tanah leluhur serta asal keturunan.
Warganegara subnasional: pengiktirafan oleh dua
negara terhadap individu.
Warganegara supranasional: kerakyatan yang
melampaui beberapa negara.
Wilayah atau Sempadan
Keperluan asas kepada kewujudan sesebuah
negara.
Wilayah menjadi petunjuk kepada pemilikan
khazanah semulajadi dan hak sesuatu bangsa.
Pembentukan wilayah
Berlandaskan kepada keadaan geografi dan sempadan
sesebuah negara.
Sempadan sesebuah negara seringkali ditentukan oleh
sempadan perairan, batas-batas gunung-ganang, sungai
dan lembah (kelihatan jelas dan sah bagi sesebuah
negara)
Kerajaan
Sebuah negara yang dilengkapi dengan sistem
yang teratur.
Kerajaan akan menjadi sah apabila ia diterima
umum oleh rakyat.(contoh: Pilihanraya)
Kerajaan Tradisi:
Bermula dengan penempatan kecil kumpulam dan
kemunculan kerajaan dipengaruhi oleh adaptasi
manusia setempat dengan alam dan keperluan mereka
berasaskan kepada sumber daya yang wujud.
Kerajaan
Kerajaan juga merupakan manifestasi kehidupan manusia
atau rakyat yang teratur dan tersusun dan menjadi
lambang ketamadunan kelompok manusia tersebut.
Kepentingan kerajaan:
Membentuk pentadbiran negara
Mengurus segala aspek berkaitan dengan pembangunan dan
pemerintahan negara yang terancang dan teratur.
Kedaulatan
Merupakan hak sesebuah negara dan ia perlu dihormati
dan dipatuhi oleh mana-mana negara lain di dunia ni.
Merupakan hak eksklusif untuk menguasai sepenuhnya
sesebuah kawasan pentadbiran, rakyat atau diri sendiri.
Pihak berdaulat berhak mengubal undang-undang sendiri
dan tidak perlu tunduk kepada undang-undang luar.
Akibat dari tidak menghormati kedaulatan negara lain,
peperangan dan konflik akan tercetus.
Contoh pihak tidak menghormati kedaulatan negara:
Jepun – manchuria
Amerika Syarikat – Iraq
BANGSA
Merupakan sekumpulan manusia yang memiliki asal-usul yang
hampir sama atau mempunyai persamaan dari segi sifat.
Mempunyai nilai-nilai yang sama dan mengamalkan budaya yang
sama yang menjadi pengikat mereka dalam satu kumpulan
manusia.
Pembentukan bangsa tidak berlaku mengikut perancangan.
Kewujudan sesuatu bangsa tidak semestinya berasal daripada
satu bangsa sahaja bahkan boleh wujud hasil dari percampuran
pelbagai ras dan kaum serta etnik yang dibatasi oleh faktor-faktor
keturunan dan geografi.
bersambung..
BANGSA
Perkongsian budaya dan nilai-nilai yang sama telah
melahirkan satu bangsa yang sering merujuk kepada
negara atau faktor geografi.
Contoh: Bangsa Eropah Anglo-saxon (Spanish dan
Norwegian). Dikenali sebagai European.
sambungan..
NEGARA-BANGSA
Merupakan gabungan dua elemen: bangsa dan negara.
Ditubuhan berasakan bangsa serumpun serta mempunyai tradisi
yang sama.
Negara-bangsa terbentuk apabila manusia berkongsi sejarah,
kebudayaan serta bahasa yang sama dan seteusnya menghasilkan
satu identiti.
Negara-bangsa merupakan sebuah negara yang merdeka dan
berdaulat.
Pembentukan negara bangsa merupakan kemuncak kepada
perkembangan sesebuah negara.
USAHA PEMBENTUKAN NEGARA-BANGSA
Tidak mudah dan perlu melalui tempoh yang panjang
dan tertakluk kepada beberapa syarat utama seperti:
Masyarakat dalam sesebuah negara perlu bersatu tanpa wujud
sebarang pemisahan ataupun diskriminasi sesama mereka.
Anggota masyarakat dalam sesebuah negara-bangsa perlu
menerima bahawa mereka merupakan pewariskepada asas dan
nilai-nilai yang telah diteinggalkan oleh generasi terdahulu
iaitu nenek-moyang mereka. bersambung…
USAHA PEMBENTUKAN NEGARA-BANGSA
Kesediaan rakyat untuk berkongsi pegangan dan ideologi politik yang sama yang
bermatlamat untuk mencapai perpaduan dan kejayaan yang seimbang serta
dikongsi bersama.
Setiap anggota masyarakat perlu mempunyai keyakinan terhadap sistem
pemerintahan dan undang-undang negara.
Pembentukan negara-bangsa akan berjaya dilaksan sekira semua rakyat bersedia
untuk menerima nilai-nilai bersama dan juga masing-masing bersetuju untuk
membawa aspirasi atau cita-cita pembentukan satu bangsa dan satu negara
sebagai keutamaan melebihi kepentingan diri dan kaum sendiri.
…..sambungan
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI NEGARA-
BANGSA(Integrasi, Nationaliti, Nationalisme, Patriotisme dan
Demokrasi)
Integrasi
Beerti pengabungan atau penyatuan dan merupakan proses utama
dalam mewujudkan negara-bangsa.
Merupakan satu usaha mewujudkan identiti nasional.
Integrasi boleh ditakrifkan sebagai proses penyesuaian bersama
oleh pelbagai kebudayaan dan ciri sosial yang diterima oleh
semua anggota masyarakat.
Dalam integrasi, identiti, nilai-nilai dan hak tidak disingkirkan
malah akan disuburkan.
Dalam menwujudkan penyatuan masyarakat, usaha yang biasa
dilakukan ialah akomodasi,asimilasi, amalgamasi dan akulturasi.
Integrasi
Akomodasi
setiap masyarakat menghormati nilai-nilai budaya lain namun pada
masa yang sama mepertahankan budaya sendiri.
Asimilasi
proses percantuman dan penyatuan antara kelompok atau individu dari
kumpulan yang berlainan agar menjadi satu kelompok yang
mengamalkan kebudayaan yang sama.
Contoh: masyarakat cina di Kelantan, masyarakat Baba-Nyonya di
Melaka.
Dominasi kumpulan yang lebih dominan ke atas kumpulan yang kurang
dominan.
Integrasi
Amalgamasi
Proses penyatuan pelbagai-bagai etnik dari segi biologi.
Semua etnik budaya dicampur-aduk melalui perkahwinan campur dan akan
melahirkan bangsa baru.
Memakan masa lama dan berlangsung dalam beberapa generasi.
Akulturasi
Penyerapan budaya ke dalam budaya lain yang lebih dominan.
Sesuatu budaya yang mengambil budaya lain dan mengubahsuai sehingga
membentuk budaya baru.
Terbentuk hasil dari interaksi yang berlansung dalam tempoh yang panjang.
Mengakibatkan perubahan dalam satu budaya mahupun kedua-duanya.
Perubahan dari segi fizikal, biologikal, budaya dan psikologikal.
Nationaliti
Ciri-ciri sifat yang wujud dalam diri seseorang
individu yang bersifat kebangsaan yang mana
merujuk kepada perkaitan dengan negara dan
tanah air dan juga budaya mereka.
Berkaitan dengan identiti negara.
Nationalisme
Merupakan perasaan sayang terhadap bangsa dan
negara.
Satu perasaan yang menyerap masuk ke dalam diri
seseorang individu yang merujuk kepada perasaan
individu tersebut yang cintakan bangsa dan
negaranya.
Patriotisme
Rasa cinta yang mendalam kepada tanah air, tanah
tumpah darah yang merupakan hak kepada diri
seorang warga.
Rasa kecintaan ini dilahirkan dengan rasa yakin
dan semangat sanggup berkorban
mempertahankan negara sehingga ke titisan darah
yang terakhir.
Demokrasi
Sistem demokrasi merupakan satu sistem
pemerintahan yang dibina oleh rakyat untuk
kepentingan rakyat dan mementingkan rakyat.
Kuasa rakyat menjadi penentu kepada penubuhan
dan kekuasaan kerajaan yang memerintah yang
dilantik melalui pilihanraya.
HALANGAN DALAM USAHA-USAHA PEMBINAAN NEGARA
(Globalisme, Kepelbagaian budaya, Pluralisme, Neo-feudalisme dan Liberalisme)
Globalisme
Memperlihatkan dimensi dunia tanpa sempadan atau
kesejagatan.
Globalisme atau kesejagatan ialah dunia tanpa sempadan
dengan setiap negara berpaut kepada jaringan maklumat
secara global yang ditunjangi oleh kecanggihan teknologi.
Pertukaran maklumat dan komunikasi secara pantas
menyebabkan dunia menjadi seolah-olah kecil.
Boleh melenyapkan negara-bangsa dan dunia akan berada
dibawah satu sistem dan identiti yang baru.
Kepelbagaian Budaya
Kepelbagaian budaya akan menghapuskan nilai-nilai
dan identiti nasional yang perlu dimiliki oleh sesebuah
bangsa.
Satu pengamalan budaya yang terlalu rencam tanpa
memperlihatkan satu bentuk budaya yang
melambangkan nilai dan identiti bangsa itu sendiri.
Kepelbagaian budaya boleh berlaku akibat dari
pengamalan budaya asing yang didatangkan dari luar.
Pluralisme
Turut dikenali sebagai sifat kepelbagaian.
Terbentuk daripada proses kepelbagaian penduduk dalam
jangka masa panjang dan dipengaruhi oleh faktor-faktor
sejarah negara.
Boleh dilihat melalui peristiwa 13 Mei 1969 (akibat
daripada ketidakseimbangan ekonomi da sosial.
Dasar-dasar yang diperkenalkan bagi mengatasi masalah
ini ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pelajaran
Kebangsaan (DPK), Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK),
Rukun negara dan lain-lain.
Neo-feudalisme
Merujuk kepada ciri-ciri penguasaan politik konservatif
yang mirip kepada ciri-ciri politik tradisional.
Bersifat penguasaan pusat oleh sesentengah pihak yang
menganggap diri mereka sebagai kumpulan elit politik.
Wujudnya neo-feudalisme akan menyekat pembaharuan-
pembaharuan dalam sistem politik dan pemikiran rakyat
(mementingkan status quo dan menolak perubahan demi
kepentingan dan pengekalan elit politik mereka).
Liberalisme
Perkembangan kapitalisme dan Laissez faire (perkembangan ekonomi
bebas)
Kesannya:-
Akan membawa kepada pertumbuhan daya saing ekonomi yang hebat.
Jika tidak dipantau dengan baik akan membawa kepada penindasan oleh
sesetengah pihak.
Liberalisme membawa kepada penyuaraan pandangan pihak-pihak
tertentu terhadap kerajaan lantas menimbulkan salah faham (digunakan
bagi menjatuhkan kerajaan).
Liberalisme membantutkan proses negara-bangsa kerana terlalu
mementingkan diri.
Kesimpulan
Kefahaman terhadap sejarah negara, penghayatan dan
semangat nasionalisme serta patriotisme yang
pragmatik merupakan keperluan utama dalam usaha
pembinaan negara-bangsa.
Menjadi tanggungjawab semua dalam memastikan
usaha ini berjaya.
Pembinaan sebuah negara amat penting dalam
memastikan negara yang maju, makmur dan terpelihara
kedaulatannya.