pembangunan sumber manusia

3
Pembangunan Sumber Manusia (PSM) sebagai suatu bidang pengamalan yang professional boleh menjadi perspektif pembinaan model dinamik pembangunan staf di institusi pendidikan. Ini adalah kerana amalan dalam PSM sentiasa didominasi oleh niat positif untuk meningkatkan kepakaran dan prestasi individu, kumpulan kerja, proses kerja, dan organisasi secara menyeluruh. Pembangunan sumber manusia keseluruhannya mempunyai matlamat untuk meningkatkan kepakaran dan prestasi individu, kumpulan kerja, proses kerja, dan organisasi secara menyeluruh. Matlamat khusus bagi program ini ialah untuk meningkatkan kualiti pengurusan pembangunan staf dengan lebih cemerlang, membangunkan kapasiti, kompetensi dan keupayaan serta inovasi dan kreativiti . Lebih tepat lagi program-program pembangunan staf yang dirancang berhasrat untuk memartabatkan kualiti profesionalisme guru-guru dari segi ‘intellectual quotient ‘, ‘ emotional quotient ‘, ‘ multiple intelligent quotient ‘ dan ‘ spiritual quotient’ agar setiap guru mampu menjadi ‘ a good specialist ‘ dan ‘ a strong generalist ’. Pembangunan staf merupakan satu aspek yang sangat penting dalam sesebuah organisasi. Kualitinya perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa untuk menjamin keberkesanan organisasi bagi menuju ke arah pencapaian matlamat. Selain itu staf juga perlu mempunyai akauntabiliti dan intergriti terhadap tugas yang diamanahkan di samping memiliki semangat yang tinggi serta sejajar dengan perkembangan semasa. Motivasi di kalangan staf juga sangat penting supaya semangat untuk bekerja bersungguh-sungguh sentiasa ada dan akan memberi faedah yang besar kepada organisasi.

Upload: cassandra-scott

Post on 08-Jul-2016

215 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembangunan Sumber Manusia

Pembangunan Sumber Manusia (PSM) sebagai suatu bidang pengamalan yang

professional boleh menjadi perspektif pembinaan model dinamik pembangunan staf di institusi

pendidikan. Ini adalah kerana amalan dalam PSM sentiasa didominasi oleh niat positif untuk

meningkatkan kepakaran dan prestasi individu, kumpulan kerja, proses kerja, dan organisasi

secara menyeluruh.

Pembangunan sumber manusia keseluruhannya mempunyai matlamat untuk

meningkatkan kepakaran dan prestasi individu, kumpulan kerja, proses kerja, dan organisasi

secara menyeluruh. Matlamat khusus bagi program ini ialah untuk meningkatkan kualiti

pengurusan pembangunan staf dengan lebih cemerlang, membangunkan kapasiti, kompetensi

dan keupayaan serta inovasi dan kreativiti . Lebih tepat lagi program-program pembangunan

staf yang dirancang berhasrat untuk memartabatkan kualiti profesionalisme guru-guru dari segi

‘intellectual quotient ‘, ‘ emotional quotient ‘, ‘ multiple intelligent quotient ‘ dan ‘ spiritual

quotient’ agar setiap guru mampu menjadi ‘ a good specialist ‘ dan ‘ a strong generalist ’.

Pembangunan staf merupakan satu aspek yang sangat penting dalam sesebuah

organisasi. Kualitinya perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa untuk menjamin keberkesanan

organisasi bagi menuju ke arah pencapaian matlamat. Selain itu staf juga perlu mempunyai

akauntabiliti dan intergriti terhadap tugas yang diamanahkan di samping memiliki semangat

yang tinggi serta sejajar dengan perkembangan semasa. Motivasi di kalangan staf juga sangat

penting supaya semangat untuk bekerja bersungguh-sungguh sentiasa ada dan akan memberi

faedah yang besar kepada organisasi.

Ini kerana motivasi yang tinggi akan menyumbang kepada kepuasan kerja di kalangan

staf. Motivasi dikalangan staf boleh dibangunkan secara intrinsik dan ekstrinsik. Selain itu,

kemahiran dan pengetahuan terhadap teknologi dan maklumat yang terkini juga sangat perlu

dibekalkan kepada staf supaya mereka dapat mengintergrasikannya di dalam pengajaran dan

pembelajaran serta pengurusan sekolah. PSM mempunyai objektif khusus dalam

memotivasikan staf iaitu

4.1 Mendedahkan guru kepada teknik pengajaran dan pembelajaran

yang lebih berkesan dan bersesuaian dengan perkembangan

teknologi masa kini.

4.2 Mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pengurusan sekolah.

Page 2: Pembangunan Sumber Manusia

4.3 Menjana idea di kalangan staf untuk penambahbaikan pengurusan

di sekolah.

4.4 Mewujudkan interaksi positif dalam kalangan staf bagi membentuk

semangat kerja secara kolaborasi.

4.5 Membangunkan nilai yang berkaitan dengan moral, etika,dan sikap

yang positif serta kerohanian yang tinggi mengikut pegangan

agama masing-masing.

4.6 Meningkatkan motivasi di kalangan staf melalui pengiktirafan dan

penghargaan yang diberikan.