nur hidayat binti mohd yunus - fp.utm.my · sihat dalam kalangan pelajar sekolah menengah teknik di...
TRANSCRIPT
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN MAKANAN
SIHAT DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI
DAERAH JOHOR BAHRU
NUR HIDAYAT BINTI MOHD YUNUS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN
MAKANAN SIHAT DALAM KALANGAN PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya NUR HIDAYAT BINTI MOHD YUNUS
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_________________________________ ______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
NO 301-D, KAMPUNG MAKAM, PUAN NORNAZIRA BT SUHAIROM
JLN DATO KRAMAT,
10150 GEORGETOWN,
PULAU PINANG. Tarikh: 11 MEI 2011 Tarikh: 11 MEI 2011
CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : ………………………………………
Nama Penyelia : PUAN NORNAZIRA BT SUHAIROM
Tarikh : ……………………………………...
11 MEI 2011
FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN MAKANAN
SIHAT DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI
DAERAH JOHOR BAHRU
NUR HIDAYAT BINTI MOHD YUNUS
Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………………...
Nama Penyelidik : NUR HIDAYAT BINTI MOHD YUNUS
Tarikh : .......................................................
11 MEI 2011
iii
DEDIKASI
TERISTIMEWA BUAT....
Ayahanda dan Bonda yang dikasihi
Mohd Yunus Bin Yusof dan Norhayati Bte Abd Rahman
“Terima kasih di atas segala sokongan, pengorbanan dan nasihat
yang diberikan...Sesungguhnya ia telah menjadi pendorong kepada kejayaan
anakanda ini”
UNTUK....
Adinda
Siti Aisyah Binti Mohd Yunus
Muhammad Huhsrin Bin Mohd Yunus
Muhammad Nur Falah Bin Mohd Yunus
“Di harap kejayaan ini memberi semangat buat kalian”
SALAM INGATAN….
Guru-Guru, Pensyarah-Pensyarah yang pernah menabur ilmu kepada ku, terima
kasih semuanya. Ilmu kalian telah menjadikan diriku seorang insan yang berjaya.
Dunia dan akhirat hendaknya
Untuk rakan-rakan seperjuangan…terima kasih atas segalanya.
Suka duka saat bersama kalian mematangkan diriku semoga kita berjaya
mencapai cita-cita
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan rahmat dan
limpah kurniaNya, saya berjaya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Saya
ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan penyelidikan ini.
Ucapan ribuan terima kasih saya tujukan buat pensyarah pembimbing iaitu Puan
Nornazira Bt Suhairom di atas segala maklumat, bantuan, nasihat, dan kesabaran beliau
sepanjang membimbing saya dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Segala ilmu
dan tunjuk ajar yang diberikan amat berguna dan dihargai. Terima kasih juga buat semua
pensyarah Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan serta Jabatan Asas Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia di atas kerjasama mereka dalam membantu melancarkan
proses penyelidikan saya. Untuk pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah
memberi kebenaran menjalankan projek ini dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang
telah memberikan maklumat terima kasih diucapkan.
Tidak dilupakan guru-guru dan para pelajar Sekolah Menengah Teknik
Perdagangan dan Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru di atas kerjasama dan
kesudian memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan. Buat teman-teman
seperjuangan yang memberi dorongan, terima kasih diucapkan. Buat pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung, jasa baik dan bantuan kalian tidak terbalas oleh
saya. Terima kasih semua.
v
ABSTRAK
Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang
mempengaruhi pemilihan makanan sihat dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah
Teknik di Daerah Johor Bahru. Faktor pemilihan makanan yang dikaji merangkumi
faktor pengetahuan, faktor kesihatan, faktor emosi, faktor kewangan, faktor pengiklanan
dan faktor aktiviti fizikal. Kajian ini melibatkan seramai 242 orang pelajar yang terdiri
daripada pelajar Sekolah Menengah Teknik Perdagangan dan Sekolah Menengah Teknik
Johor Bahru. Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan maklumat adalah
soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS version 15.0
untuk mendapatkan nilai frekuensi dan peratusan. Berdasarkan hasil penyelidikan,
didapati kesemua faktor mempengaruhi pelajar pada tahap sederhana dalam melakukan
pemilihan makanan sihat di sekolah. Oleh yang demikian, adalah diharapkan
penyelidikan ini dapat meningkatkan kesedaran pihak yang berkepentingan seperti
ibubapa, pentadbir sekolah, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan untuk
membimbing pelajar dalam memilih makanan sihat. Hasil penyelidikan ini juga telah
menggariskan beberapa cadangan untuk memperbaiki lagi fokus penyelidikan ini pada
masa akan datang.
vi
ABSTRACT
This research was conducted to determine the factors that influence healthy food
choices among students in technical secondary schools in Johor Bahru. Food choices
factors studied include factors of knowledge on food, medical factors, emotional factors,
financial factors, factors of advertising and physical activity factors. This study involved
242 students of Sekolah Menengah Teknik Perdagangan and Sekolah Menengah Teknik
Johor Bahru. Questionnaire has been used to obtain information needed for the study.
The data were analyzed using SPSS version 15.0 to obtain the frequencies and
percentages. Based on the findings, all factors affected students in selecting healthy food
at moderate level. Therefore, it is hoped that this study will enhance the awareness of the
stakeholders such as parents, school administrators, the Ministry of Education and
Ministry of Health in guiding student to select healthy food. The findings also outlined
several recommendations to further improve the focus of this research in the future.
vii
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
JUDUL i
PENGESAHAN ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvii
SENARAI SIMBOL xviii
SENARAI LAMPIRAN xix
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Penyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
viii
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.6.1 Pelajar Sekolah 10
1.6.2 Sekolah 11
1.6.3 Masyarakat 11
1.6.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 11
1.7 Skop Kajian 12
1.8 Batasan Kajian 12
1.9 Definisi Istilah 12
1.9.1 Pemakanan 13
1.9.2 Makanan 13
1.9.3 Diet 13
1.9.4 Nutrien 14
1.9.5 Kesihatan 14
1.9.6 Emosi 14
1.9.7 Pengiklanan 15
1.9.8 Fizikal 15
1.10 Kesimpulan 15
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 16
2.2 Faktor-Faktor Yang. Mempengaruhi
Pemilihan Makanan 17
2.2.1 Faktor Pengetahuan Pelajar
Terhadap Nutrisi-Nutrisi
Dalam Makanan 17
2.2.2 Faktor Kesihatan 21
ix
2.2.3 Faktor Emosi 22
2.2.4 Faktor Kewangan 24
2.2.5 Faktor Pengiklanan 26
2.2.6 Faktor Aktiviti Fizikal 28
2.3 Kesimpulan 30
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Tempat Kajian 32
3.4 Populasi Dan Sampel 32
3.5 Instrumen Kajian 34
3.5.1 Kaedah Analisis Nilai
Skor Min 36
3.6 Kajian Rintis 37
3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan 38
3.8 Prosedur Kajian 39
3.9 Analisis Data 40
3.10 Kesimpulan 41
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 42
4.2 Maklum Balas Soal Selidik 43
4.3 Bahagian A : Latar Belakang Responden 44
4.3.1 Jantina 44
x
4.3.2 Umur 45
4.3.3 Bangsa 45
4.3.4 Lokasi Tempat Tinggal 46
4.3.5 Penempatan 47
4.3.6 Pekerjaan Ibu 47
4.3.7 Pekerjaan Bapa 48
4.3.8 Jumlah Pendapatan Ibu Bapa 49
4.3.9 Jumlah Wang Saku Sekolah 49
4.3.10 Bekal 50
4.4 Bahagian B : Persoalan Kajian 51
4.4.1 Adakah Faktor Pengetahuan
Mempengaruhi Pelajar Membuat
Pemilihan Makanan Sihat
Di Sekolah 51
4.4.2 Adakah Faktor Kesihatan
Mempengaruhi Pelajar Membuat
Pemilihan Makanan Sihat
Di Sekolah 53
4.4.3 Adakah Faktor Emosi
Mempengaruhi Pelajar Membuat
Pemilihan Makanan Sihat
Di Sekolah 56
4.4.4 Adakah Faktor Kewangan
Mempengaruhi Pelajar Membuat
Pemilihan Makanan Sihat
Di Sekolah 58
xi
4.4.5 Adakah Faktor Pengiklanan
Mempengaruhi Pelajar Membuat
Pemilihan Makanan Sihat
Di Sekolah 60
4.4.6 Adakah Faktor Aktiviti Fizikal
Mempengaruhi Pelajar Membuat
Pemilihan Makanan Sihat
Di Sekolah 62
4.5 Analisis Keseluruhan 65
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 67
5.2 Rumusan 67
5.3 Perbincangan 70
5.3.1 Faktor Pengetahuan
Terhadap Pemilihan Makanan Sihat
Di Sekolah 70
5.3.2 Faktor Kesihatan
Terhadap Pemilihan Makanan Sihat
Di Sekolah 72
5.3.3 Faktor Emosi
Terhadap Pemilihan Makanan Sihat
Di Sekolah 74
5.3.4 Faktor Kewangan
Terhadap Pemilihan Makanan Sihat
xii
Di Sekolah 76
5.3.5 Faktor Pengiklanan
Terhadap Pemilihan Makanan Sihat
Di Sekolah 77
5.3.6 Faktor Aktiviti Fizikal
Terhadap Pemilihan Makanan Sihat
Di Sekolah 79
5.4 Cadangan 81
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 83
5.6 Kesimpulan 84
RUJUKAN 85
LAMPIRAN A Set Borang Soal Selidik 90
LAMPIRAN B Pengesahan Soal Selidik 99
LAMPIRAN C Pengesahan Status Pelajar 101
LAMPIRAN D Surat Kebenaran Menjalankan
Penyelidikan Di Sekolah 102
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Populasi Dan Peratusan Sampel 33
3.2 Pengiraan Jumlah Sampel 33
3.3 Pemilihan Pelajar Secara Kelompok 34
3.4 Skala Likert 35
3.5 Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan 35
3.6 Tafsiran Julat Dan Nilai Min 36
3.7 Instrumen Bahagian B 36
3.8 Nilai Alpha Cronbach 38
3.9 Ringkasan Analisis Data 40
3.10 Pertimbangan Skor Min 41
4.1 Jumlah Salinan Soal Selidik 43
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 44
4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 45
4.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa 45
4.5 Taburan Responden Mengikut Lokasi
Tempat Tinggal 46
4.6 Taburan Responden Mengikut Penempatan 47
xiv
4.7 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu 47
4.8 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa 48
4.9 Taburan Responden Mengikut Jumlah Pendapatan
Ibubapa 49
4.10 Taburan Responden Dengan Jumlah
Wang Saku Sekolah (Sehari) 49
4.11 Taburan Responden Mengikut Bekal 50
4.12 Analisis Faktor Pengetahuan Mempengaruhi
Pelajar Membuat Pemilihan Makanan
Sihat Di Sekolah 51
4.13 Analisis Faktor Kesihatan Mempengaruhi
Pelajar Membuat Pemilihan Makanan
Sihat Di Sekolah 54
4.14 Analisis Faktor Emosi Mempengaruhi
Pelajar Membuat Pemilihan Makanan
Sihat Di Sekolah 56
4.15 Analisis Faktor Kewangan Mempengaruhi
Pelajar Membuat Pemilihan Makanan
Sihat Di Sekolah 58
xv
4.16 Analisis Faktor Pengiklanan Mempengaruhi
Pelajar Membuat Pemilihan Makanan
Sihat Di Sekolah 61
4.17 Analisis Faktor Aktiviti Fizikal Mempengaruhi
Pelajar Membuat Pemilihan Makanan
Sihat Di Sekolah 63
4.18 Analisis Purata Min Keseluruhan Bagi Faktor
Pengetahuan, Faktor Kesihatan, Faktor Emosi,
Faktor Kewangan, Faktor Pengiklanan, Dan
Faktor Aktiviti Fizikal 65
xvi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Episod Keracunan Makanan Mengikut
Negeri, Malaysia Tahun 2009-2010
(Oktober). 7
2.1 Faktor- Faktor Yang Mempengaruhi Kesan
Makanan Dalam Emosi. 23
xvii
SENARAI SIMBOL
BPPDP Bahagian Perancangan Dan Penyelidkan Dasar Pendidikan
ERT - Ekonomi Rumah Tangga
FAO - Food and Agriculture Organization
JPN Jabatan Pendidikan Negeri
KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia
RDAs - Recommended Dietary Allowances
RNI - Recommended Nutritional Intake
SPSS Statistical Packages For The Sosial Scienc
UNESCO - United Nations Educational, Scientific and
Cultural Organization
WHO - World Health Organization
f - Kekerapan
% - Peratus
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Set Borang Soal Selidik
B Pengesahan soal selidik
C Pengesahan Status Pelajar
D Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Di Sekolah
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sebuah masyarakat dan generasi yang sihat bermulanya daripada seorang individu yang
sihat. Ini sejajar dengan harapan Falsafah Pendidikan Negara untuk memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi fizikal, emosi, rohani, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada tuhan. Adalah menjadi harapan kepada kerajaan Malaysia untuk memperkenalkan
pendidikan kesihatan dan gaya hidup yang sihat bagi melahirkan rakyat yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara.
Justeru itu, kerajaan telah mewujudkan satu Matlamat Dasar Pemakanan Kebangsaan
pada tahun 1996. Matlamat tersebut adalah memastikan kesejahteraan penduduk yang sihat dari
segi pemakanan untuk membolehkan mereka menyumbang secara berkesan ke arah
pembangunan negara selaras dengan Wawasan 2020.
Selain itu, dasar ini telah menggalakkan dan menyokong strategi amalan pemakanan
secara sihat kepada semua pihak. Dasar ini juga mengintegrasikan serta menggabungkan usaha-
usaha pihak yang berkepentingan dalam perancangan, pelaksanaan serta penilaian program-
program makanan dan pemakanan yang berkesan dan berkekalan.
Dasar ini telah membentuk tiga objektif iaitu tahap kesejahteraan pemakanan
ditingkatkan dan dikekalkan bagi semua penduduk, memastikan kedapatan makanan isi rumah
diperolehi oleh semua lapisan masyarakat, dan pemantapan dilakukan dalam hubungan
perantaraan dan dalaman sektor yang terlibat dalam pembangunan serta pelaksanaan semua
bentuk aktiviti berkaitan pemakanan.
Bagi tujuan mencapai ketiga- tiga objektif tersebut, beberapa strategi telah dibentuk dan
digunakan dalam merealisasikan Dasar Pemakanan Kebangsaan ini. Antara strategi yang
digunakan ialah melaksanakan objektif-objektif, membuat pertimbangan terhadap komponen-
komponen pemakanan ke dalam dasar-dasar serta program-program pembangunan kebangsaan,
memastikan bahawa semua golongan masyarakat berupaya mendapatkan bekalan makanan yang
selamat dan berzat secara berterusan, memastikan bahawa semua penduduk berupaya
mendapatkan pengetahuan, pendidikan pemakanan dan sumber, serta peluang untuk
membolehkan mereka membuat keputusan berdasarkan fakta mengenai pemilihan makanan yang
sihat.
Strategi lain ialah mencegah serta mengawal masalah kekurangan zat makanan dan
penyakit-penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan, mempertingkatkan penjagaan bagi
golongan yang kurang bernasib baik dan berisiko menghadapi kekurangan zat makanan,
menggalakkan amalan pemberian makanan yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak,
menggalakkan cara pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang aktif bagi semua lapisan
masyarakat, menyokong usaha-usaha melindungi pengguna dengan memperbaiki kualiti dan
keselamatan makanan, memastikan bidang pemakanan dan dietetik diamalkan oleh profesional
yang terlatih, mempertingkatkan keupayaan institusi dalam menjalankan aktiviti-aktiviti
pemakanan dan yang berkaitan dengannya, penilaian dan pemantauan berterusan situasi
pemakanan dalam negara, dan seterusnya menggalakkan penyelidikan dan pembangunan yang
berterusan di dalam bidang makanan dan pemakanan.
Selain dasar yang diwujudkan, galakan demi galakan daripada kerajaan terus dilihat.
Pada tahun 1997, komponen pemakanan telah dijadikan fokus utama untuk Kempen Cara Hidup
Sihat dengan bertemakan “Makan Secara Sihat‟. Kempen „Makan Secara Sihat‟ ini dilancarkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai usaha untuk mengubah corak
pengambilan makanan dan amalan pemakanan rakyat Malaysia supaya menjadi lebih sihat yang
akan dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat (Laporan Tahunan dan Aktiviti Tahun 2006).
Begitu juga di sekolah, beberapa projek oleh Kementerian Kesihatan dalam memandu pelajar-
pelajar mengamalkan pemakanan sihat dalam pemilihan makanan yang dilakukan telah
dijalankan antaranya ialah “Pilihan Sihatku Mengikut Warna”, “Projek Rintis Kantin Sekolah
Sihat”, “Panduan Mengelakkan Keracunan Makanan” dan terdapat banyak lagi projek serta
kempen berkaitan makanan dijalankan.
Walaupun dasar ini diwujudkan dan galakan-galakan diteruskan namun, ianya masih lagi
dipandang remeh oleh segelintir masyarakat yang enggan mengamalkan cara hidup yang sihat.
Kehidupan masyarakat yang semakin moden menyebabkan kurangnya perhatian mereka untuk
menyerapkan segala isu-isu tersebut ke dalam diri mereka. Selain itu, disebabkan kurangnya
kesedaran masyarakat terhadap jenis-jenis makanan yang sihat dan tidak sihat ia menyebabkan
seseorang itu membuat pemilihan makanan secara tidak terurus dan membawa kepada masalah
seperti penyakit-penyakit, kekurangan zat dan lain-lain melanda diri mereka sendiri. Justeru itu,
pengetahuan yang baik tentang nutrisi- nutrisi dalam pemakanan perlulah diambil berat oleh
semua pihak.
Pengetahuan ini perlu dititikberatkan oleh setiap orang supaya dapat meningkatkan
kesedaran diri masing-masing. Seperti yang diketahui, tubuh yang sihat dikaitkan dengan
pengambilan makanan yang baik. Terdapat 50 sebab mengapa setiap individu perlu
mengurangkan makanan berdaging yang kesemuanya dikaitkan dengan penyakit-penyakit kronik
seperti kanser, obesiti, arteroklerosis, divertikulosis, sakit jantung, artritis, diabetis, anemia,
ulser, apendiks, kegatalan kulit, lumpuh, kurang daya tahan penyakit, osteoporosis, hipoglisemia,
tekanan dan banyak lagi. Rakyat Malaysia didapati mengambil makanan berdaging dalam jumlah
yang banyak seperti yang dilaporkan pada tahun 1994 di mana rakyat Malaysia telah
menggunakan sebanyak 518,447 tan daging ayam, 69,317 tan daging lembu dan sebanyak 9,509
tan daging kambing (Utusan Konsumer, 2001).
Selain itu, bidang makanan dan pemakanan turut diajarkan kepada pelajar di tingkatan
satu, dua, dan tiga dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup bahagian elektif pilihan dua iaitu
pilihan Ekonomi Rumah Tangga (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992) manakala tingkatan
4 dan 5 di sekolah-sekolah aliran Ekonomi Rumah Tangga (ERT) yang bertujuan membekalkan
pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan urusan diri dengan berkesan
dari segi makanan dan pemakanan bagi membolehkan pelajar menyediakan makanan seimbang,
mengamalkan tabiat makan yang baik dan beretika semasa makan serta menjaga kebersihan
makanan.
Bidang ini lebih menumpukan perhatian kepada kepentingan makanan dan pemakanan
serta melatih masyarakat supaya lebih peka terhadap aspek makanan yang seimbang. Mata
pelajaran ini menekankan aspek teori dan meliputi peranan makanan, makanan dan budaya,
pemilihan makanan, peruntukan diet harian yang disarankan dalam pengiraan nlai tenaga (RDA),
makanan dan teknologi serta sanitasi pemakanan. Strategi pengajaran dan pembelajaran
berkaitan pemakanan yang diajarkan dalam matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah
berdasarkan pengalaman yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan
diri dan menggunakan pengetahuan dan kemahiran mata pelajaran ini dalam urusan kehidupan
harian.
Selain itu, matapelajaran kemahiran hidup ini telah menerapkan pengetahuan dan
kemahiran tentang makanan dan pemakanan daripada aspek penyediaan, pengurusan dan
teknologi kepada pelajar lanjutan. Melalui pengetahuan pemakanan yang diperoleh diharapkan
dapat menyediakan pelajar terhadap asas kesihatan yang baik, kejayaan hidup, keseimbangan
psikologi dan pengurusan yang baik seterusnya menyumbang kepada perkembangan minda dan
fizikal selain membantu mereka dalam mencapai kecemerlangan akademik di sekolah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pengetahuan yang kurang terhadap pemilihan makanan menyebabkan pelajar sering
membuat pilihan yang salah dalam memilih makanan yang dimakan. Hal ini menyebabkan
pelajar mudah mendapat penyakit berkaitan makanan. Pelbagai masalah-masalah yang berlaku
antaranya ialah masalah kegemukan atau obesiti, keracunan makanan, kurangnya perhatian
semasa belajar dan banyak lagi yang berlaku apabila pelajar tidak bersungguh- sungguh dalam
membuat pemilihan makanan yang baik.
Isu ini dapat dilihat apabila Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara dengan
bilangan terbesar golongan obes di rantau Asia, iaitu 25% daripada penduduknya. Daripada
penduduk seramai 26 juta orang, enam juta warga dewasa mempunyai berat badan berlebihan
dan dianggap sebagai obes dan tahap obesiti di kalangan warga dewasa meningkat tiga kali
ganda dalam tempoh kurang daripada 10 tahun, meningkat daripada 4.4% pada 1996 hingga
12.2% pada 2003 manakala selebihnya adalah golongan kanak-kanak, remaja dan golongan tua
(Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial Di Malaysia, 2001-2005).
Isu ini menunjukkan betapa masyarakat tidak mengambil peduli dalam hal kesihatan diri mereka.
Begitu juga pelajar-pelajar ketika di sekolah kurang memikirkan akibat yang serius terhadap
pemilihan makanan yang diambil seterusnya mengundang bahaya pada kesihatan diri dan
menambahkan risiko berpenyakit pada masa akan datang.
Seperti yang kita ketahui, makanan mempunyai dua ciri iaitu positif (menyihatkan badan
dan memulihkan penyakit) atau negatif (menyebabkan penyakit). Berdasarkan laporan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO),
didapati bahawa pembunuh utama manusia bukannya aids, malaria, kebuluran, kereta atau
merokok, tetapi tabiat pemakanan manusia sendiri (Utusan Malaysia, 2010). Jika diteliti, tabiat
pemakanan ini bukan sahaja melibatkan pemilihan makanan itu sendiri sebaliknya turut
melibatkan sikap cuai manusia di samping proses-proses penyediaan makanan oleh pengendali
makanan yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Sebagai contoh, kes keracunan yang disiarkan di media, terdapat sesetengah pengusaha
kantin gagal menyediakan makanan bersih dan berkhasiat kerana terlalu mementingkan
keuntungan. Malah, ada sesetengah pekerja di kantin bersikap sambil lewa apabila berhadapan
dengan aspek kebersihan dan kesihatan makanan. Pada masa sama, ada juga peniaga mengambil
kesempatan menjual makanan dan minuman ringan yang sepatutnya tidak dijual kepada pelajar
seperti gula-gula, jeruk, makanan ringan dan makanan dan minuman yang mengandungi alkohol.
Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana makanan dan minuman tersebut merupakan makanan
yang dilarang penjualannya di kantin sekolah dan melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-
Peraturan Makanan 1985 (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2007). Hal ini boleh menyebabkan
lebih banyak kes-kes keracunan seumpama ini berlaku.
Menurut Perangkaan Sosial Terpilih (2006) dalam tempoh 1999 – 2003, jumlah kes
tertinggi dicatatkan oleh Negeri Johor (4,423 kes), Kelantan (4,229 kes) dan Terengganu (3,243
kes). Dalam tempoh yang sama terdapat enam insiden di mana kes yang direkodkan melebihi
seribu kes. Dalam hal ini kes keracunan terus berlaku sehingga pada tahun 2008, kes keracunan
makanan di sekolah adalah 448 kes diseluruh negara, bertambah daripada tahun 2007 sebanyak
412 kes. Daripada jumlah tersebut 31 peratus berlaku di sekolah rendah dan selebihnya di
sekolah menengah (Utusan Malaysia, 2010).
Rajah 1.1: Episod Keracunan Makanan Mengikut Negeri, Malaysia, Tahun
2009 – 2010 (Oktober)
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, 2010)
Begitu juga yang berlaku pada tahun 2009 dan 2010 sehingga bulan Oktober di mana
beberapa episod keracunan terus berlaku di setiap negeri di seluruh Malaysia. Negeri Johor
antaranya mencatatkan jumlah episod keracunan di antara 15 hingga 20 episod yang melibatkan
sekolah dan premis-permis makanan.
Justeru itu pelajar-pelajar seharusnya mengamalkan dan perlu cuba untuk membuat
pemilihan makanan dengan baik. Tabiat pemilihan makanan sihat seharusnya diterapkan dalam
diri pelajar itu sendiri supaya dapat membentuk intelektual yang berminda cerdas dan berfizikal
cergas setiap masa.
0 5 10 15 20 25 30
Perlis
P.Pinang
N.Sembilan
WPKL
Melaka
Pahang
Perak
Kedah
Johor
Sarawak
Terengganu
Sabah
Selangor
Kelantan
2010 2009
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah dihuraikan, penyelidik mendapati
pelajar seringkali melakukan pemilihan makanan tanpa merujuk piramid makanan. Ini
menyebabkan pelbagai penyakit- penyakit yang disebabkan oleh pemilihan makanan yang tidak
baik dihidapi oleh segelintir masyarakat terutamanya pelajar sekolah.
Tanggungjawab ibu bapa adalah menyediakan pilihan makanan berkhasiat dalam
hidangan makanan utama seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam serta makanan
ringan seperti minum petang. Ibu bapa juga perlu mengamalkan tabiat pemakanan harian yang
sihat supaya anak-anak melihat dan mengikutnya sebagai contoh yang baik.
Kesimpulannya, sekiranya tabiat makanan anak-anak tidak diselaraskan dan dikawal
sebaiknya oleh ibu bapa, dikhuatiri mereka mudah menghidap penyakit-penyakit kronik yang
boleh mengundang kesan negatif dalam jangka masa pendek mahu pun panjang. Pemilihan
makanan yang tepat turut mampu membantu seisi keluarga untuk berjimat-cermat sekali gus
memiliki tubuh badan yang sihat (Utusan Malaysia, 2010).
Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor- faktor yang
mempengaruhi pemilihan makanan sihat dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Teknik di
Daerah Johor Bahru. Aspek yang akan dikaji ialah faktor pengetahuan, faktor kesihatan, faktor
emosi, faktor kewangan, faktor pengiklanan dan faktor aktiviti fizikal yang mempengaruhi
pelajar dalam memilih makanan sihat ketika di sekolah.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk;
i. Mengenalpasti faktor pengetahuan pelajar yang mempengaruhi pemilihan
makanan sihat di sekolah.
ii. Mengenalpasti faktor kesihatan yang mempengaruhi pemilihan makanan sihat di
kalangan pelajar sekolah.
iii. Mengenalpasti faktor emosi yang boleh mempengaruhi pemilihan makanan sihat di
kalangan pelajar sekolah.
iv. Mengenalpasti faktor kewangan boleh mempengaruhi pemilihan makanan sihat di
kalangan pelajar sekolah.
v. Mengenalpasti faktor pengiklanan boleh mempengaruhi pemilihan makanan sihat
di kalangan pelajar sekolah.
vi. Mengenalpasti faktor aktiviti fizikal boleh mempengaruhi pemilihan makanan
sihat di kalangan pelajar sekolah.
1.5 Persoalan Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab beberapa persoalan yang berkaitan
dengan amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar sekolah.
i. Adakah faktor pengetahuan mempengaruhi pelajar membuat pemilihan makanan
sihat di sekolah?
ii. Adakah faktor kesihatan mempengaruhi pelajar untuk membuat pemilihan
makanan sihat di sekolah?
iii. Adakah faktor emosi mempengaruhi pelajar untuk membuat pemilihan makanan
sihat di sekolah?
iv. Adakah faktor kewangan boleh memberikan kesan terhadap pemilihan makanan
sihat di kalangan pelajar?
v. Adakah faktor pengiklanan boleh memberikan kesan terhadap pemilihan makanan
sihat di kalangan pelajar?
vi. Adakah faktor aktiviti fizikal mempengaruhi pemilihan makanan sihat oleh
pelajar?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dilaksanakan dengan harapan dapat membantu pihak tertentu bagi menangani
masalah dalam mengamalkan pengambilan makanan sihat yang boleh mempengaruhi kehidupan
seharian terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah di seluruh Malaysia. Selain itu dapatan
kajian ini juga kelak dapat menjawab persoalan-persoalan kajian berkenaan pengaruh faktor-
faktor seperti pengetahuan, kesihatan, emosi, kewangan, pengiklanan dan aktiviti fizikal kepada
pemilihan makanan sihat dalam kalangan pelajar.
1.6.1 Pelajar Sekolah
Mendapat pengetahuan tentang kepentingan mengamalkan corak pemakanan yang betul
serta meningkatkan kesedaran pelajar berhubung amalan pemakanan sihat supaya dapat menjaga
kesihatan dengan baik dan sempurna di samping membantu pelajar untuk membuat pemilihan
makanan yang sihat dan bersih.
1.6.2 Sekolah
Menggalakkan pelajar-pelajar supaya mengamalkan amalan pemakanan sihat menerusi
program-program yang dianjurkan dengan kerjasama di antara sekolah dan pihak kantin sekolah.
1.6.3 Masyarakat
Maklumat ini meningkatkan lagi kefahaman masyarakat tentang kepentingan gaya
pemakanan sihat dalam kalangan generasi yang menjadi tunggak negara untuk masa hadapan.
Perancangan menu dalam pengambilan makanan diet harian akan dapat meningkatkan mutu dan
taraf kehidupan di sesebuah negara. Segala perancangan ini dapat dikawal oleh ibu bapa, guru-
guru dan lain-lain untuk membentuk sebuah masyarakat yang bebas dari masalah kesihatan.
1.6.4 Kementerian Pelajaran Malaysia
Maklumat dalam kajian ini dapat menerangkan kepada badan-badan kerajaan seperti
Kementerian Pelajaran Malaysia tentang kepentingan corak pemilihan pemakanan dalam kalangan
pelajar Sekolah. Menjelang menuju ke arah satu negara yang maju, negara kita memerlukan ramai
tenaga yang cerdik pandai dan sihat dari segi fizikal dan mental yang di pengaruhi pemakanan
sihat dalam kehidupan seharian untuk memastikan hasrat negara tercapai. Ini kerana merekalah
yang bakal mencorakkan masa depan negara suatu hari nanti.