moral assignment p2mt

30
Menurut pengertian bahasa, moral berasal daripada bahasa latin moralis atau mores iaitu yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi peker ti dan perangai ataupun tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila atau peraturan hidup bermasyarakat. Dictionary of Education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk menentukan batas- batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan secara layak dapat dikatakan benar, salah, baik, atau buruk. Moral merangkumi segala nilai murni seperti merendah diri, ben ar, belas kasihan, keadilan, persefahaman, kasih sayang, berdikari dan lain-lain. Moral merupakan persoalan yang praktikal namun tidak semua persoalan praktikal adalah moral. Moral membicarakan persoalan betul atau salah, apa yang perlu dilakukan dan ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu dan dalam keadaan tertentu. Pertimba ngan moral bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu. Misalnya sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti. Rakyat Malaysia memang terkenal dengan amalan budaya keti muran seperti berbudi bahasa dan bersopan santun. Melalui subjek Pendidikan Moral, n ilai-nilai ketimuran dapat dipupuk kepada setiap pelajar awal- awal lagi. Ini juga amat berkait rapat dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan “Budi Bahasa Budaya Kita” yang boleh direalisasikan melalui amalan nilai murni yang terkandung dalam Pendidikan Moral.

Upload: manimeglay-rajandran

Post on 19-Nov-2015

56 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

esei

TRANSCRIPT

Menurutpengertianbahasa,moralberasaldaripadabahasalatinmoralis atau moresiaituyangberertikebiasaaniaituperbuatan,budipekertidanperangai ataupuntingkah lakuyangsejajardengantatasusilaatauperaturanhidup bermasyarakat. DictionaryofEducation menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang digunakanuntukmenentukanbatas-batasdarisifat,perangai,kehendak, pendapat atau perbuatan secara layak dapat dikatakan benar, salah, baik, atau buruk. Moralmerangkumisegalanilaimurnisepertimerendahdiri,benar, belaskasihan, keadilan,persefahaman,kasihsayang,berdikaridanlain-lain.Moralmerupakan persoalan yang praktikal namun tidak semua persoalan praktikal adalah moral. Moral membicarakan persoalan betul atau salah, apa yang perlu dilakukan dan ditinggalkan atassebab-sebabtertentudandalamkeadaantertentu.Pertimbanganmoral bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu. Misalnya sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti.RakyatMalaysiamemangterkenaldenganamalanbudayaketimuranseperti berbudi bahasadanbersopansantun.MelaluisubjekPendidikanMoral,nilai-nilai ketimuran dapat dipupuk kepada setiap pelajar awal-awal lagi. Ini juga amat berkait rapat dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Budi Bahasa Budaya Kita yang boleh direalisasikan melalui amalan nilai murni yang terkandung dalam Pendidikan Moral.Insan bermoral merupakan individu yang melakukan kebaikan. Insan bermoral merujukkepadaindividuyangmempunyaitingkahlakubaikyangditerimaoleh sesebuahmasyarakat.Perlakuanseseorangindividuitubiasanyamenggambarkan bentukatausifatpemikirannyaterhadapperlakuantersebut.Insanyangbermoral adalah individu yang mempunyai niat yang baik dan dijelmakan dengan perbuatan yang baik. Secara keseluruhannya, insan yang bermoral tidak akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral walaupun niatnya baik. Ini kerana perbuatan yang tidak bermoral itu bertentangan dengan nilai norma dan peraturan dalam sesebuah masyarakat.Insan bermoral juga adalah lahir daripada amalan nilai murni berasaskan kepada dimensi dan pegangan prinsip moralnya. Kekuatan untuk mengamal dan mempertahankan prinsip moral yang selari dengan peraturan masyarakat menjadi faktor utama dalam melahirkan insan bermoral. Ketekalan moral menguatkan pegangan aku tetap aku walau dalam apa keadaan dan di mana seseorang itu berada. Insan yang bermoral meliputi tiga dimensi iaitu penaakulan, emosi dan tingkah laku moral.Insan yang bermoral merupakan insan-insan yang mempunyai sifat-sifat moral. Konsep insan bermoral ini berkait rapat dengan pendidikan agama. Insan bermoral merupakanseseorangyangberkelakuanyangbolehditerimaolehmasyarakatnya dengan caramematuhisegalasetperaturanyangtelahditetapkanolehautoriti. Seharusnyaorangyangbermoralmempunyaihemahtinggi.Walaupunbegitu pemikiran,kefahamandanautoritimoralpelajarharuslahdikembangkanuntuk melahirkaninsanbermoralyangberkesandenganmengembangkanpenaakulan mereka dalam menangani sesuatu masalah. Ini penting supaya tidak terjadi kekeliruan atau konflik di antara nilai tradisi dengan nilai barat disebabkan pengaruh daripada media massa. Oleh sebab ituseseorang insanbermoral seharusnyamampu bersabar, menerima, berintegriti, bermeritokrasi, menghormati orang lain, berendah diri, bersyukur, kesetiaan kepada negara, berbudaya cemerlang, memahami personaliti dan sebagainya.Menurut John Wilson (1973), komponen yang perlu ada dalam diri seseorang insan yang bermoral dikategorikan sebagai konsep peraturan dan prinsip yang difikirkan perlu digunakan dalam tindakan dan perasaan atau emosi yang akan menyokong kepercayaan bahawa sesuatu konsep atau tindakan itu perlu dilakukan. Dalam halini, seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan tentang keadaan persekitarannya, berupaya untuk berinteraksi dengan orang di sekelilingnya, dan bertindak mengikut keputusan yang telah dibuat.Sabar merupakan salah satu sifat manusia yang harus dimiliki oleh semua insan yang bermoral. Sifat sabar akan membawa kebaikan dan banyak sekali manfaat dalam kehidupan kita. Kesabaran akan menjadikan kita tidak mudah marah, awet muda, tidak mudah terserang penyakit hati, banyak teman dan berbagai manfaat lain yang sangat berguna bagi kehidupan kita sebagai makhluk sosial. Menjadi orang yang sabar memang tidak mudah. Untuk membentuk insan yang mempunyai kesabaran, maka kita haruslah memahami pengertian sabar menurut para ahli dahulu supaya kita lebih memahami apakah itu kesabaran.Sabar merupakan sebuah istilah yang berasal dari bahasa Arab, dan sudah menjadi istilah dalam bahasa Indonesia. Asal katanya adalah Shobaro, yang membentuk infinitif (masdar) menjadi Shabran. Dari segi bahasa, sabar bermakna menahan dan mencegah. Sabar dalam bahasa Indonesia bererti : Pertama, tahan menghadapi cobaan seperti tidak lekas marah, tidak lekas putus asa dan tidak lekas patah hati, sabar dengan pengertian sepeti ini juga disebut tabah, kedua sabar bererti tenang; tidak tergesa-gesa dan tidak terburu-buru. Dalam kamus besar Ilmu Pengetahuan, sabar merupakan istilah agama yang bererti sikap tahan menderita, hati-hati dalam bertindak, tahan uji dalam mengabdi mengemban perintah-perintah Allah serta tahan dari godaan dan cubaan duniawi. Aktualisasi pengertian ini sering ditunjukan oleh para sufi. Dalam pendekatan ilmu Fikih, sabar didefinisikan sebagai tabah, yakni dapat menahan diri dari melakukan hal-hal yang bertentangan dengan huum Islam, baik dalam keadaan lapang mahupun sulit, mampu mengendalikan nafsu yang dapat menggoncangkan iman. Menurut Ibnu Qayyim sabar bererti menahan diri dari kelih kesah dan rasa benci, menahan lisan dari mengadu, dan menahan anggota badan dari tindakan yang mengganggu dan mengacaukan.Cendekiawan telah membahagikan sifat sabar kepada empat jenis. Jenis yang pertama ialah sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa kepada kita. Antara yang dirumuskan Al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan atau ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda. Seterusnya ialah sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina termasuk bersabar menahan marah. Hal ini dapat mengelakkan pergaduhan antara satu sama lain. Dengan ini, maka insan yang bersahsiah tinggi dapat dibentukkan. Salah satu jenis ialah sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain seperti tidak merebutkan benda yang kita mahu ataupun mahal dari orang lain. Kita haruslah bergantung kepada diri sendiri untuk mendapatkan sesuatu.Jenis yang terakhir ialah sabar terhadap kesusahan yang dihadapi. Kesusahan adalah suatu usaha mulia dan murni. Walaupun ia mempunyai banyak halangan, namun dia akan memberikan kebaikan dan pengalaman yang akan menjadi berguna kepada kita pada masa depan. Seseorang yang mempunyai nilai yang tinggi tidak patutlah berputus asa dengan mudah. Pendek kata, kita haruslah sedar bahawa kesabaran merupakan separuh daripada iman.Kesabaran adalah antara sikap paling penting bagi manusia sekiranya mereka ingin menjadi orang yang disegani oleh kawan dan lawan. Kesabaran adalah asas yang penting ke arah membentuk seorang insan yang bermoral. Sekiranya manusia tidak dapat menahan sabar, yakni menyerahkan dirinya pada nafsu kemarahan, mereka akan menjadi golongan yang mudah ditundukkan oleh hasutan syaitan. Kemarahan adalah api yang tidak sahaja membakar orang lain tetapi sekiranya salah perhitungan, api akan membakar diri sendiri.Kesabaran sewajarnya dilihat dalam perspektif yang jelas. Selain fungsinya sebagai alat pemantap keterampilan diri, kesabaran juga memainkan peranan ke arah menghasilkan satu kelegaan emosi kepada manusia. Apabila berhadapan dengan tekanan dan dugaan. Tanpa kesabaran, manusia akan mudah dibendung oleh perasaan dendam, tersinggung, dengki dan egoistik.Paling penting, kesabaran adalah cermin peribadi yang menjadi tali pengukur sejauh mana ketinggian moral seseorang itu. Kesabaran juga menjadi sebahagian daripada gambaran keimanan. Bagaimana penilaian masyarakat terhadap manusia yang mudah panas baran? Tentunya perlakuan kurang sopan itu dilihat sebagai sebahagian daripada gambaran rendahnya harga diri seseorang itu. Dalam sebuah hadis. Rasulullah pernah menyebut yang Sabar itu sebahagian daripada Iman.Lebih dijelaskan secara terbuka mengenai kepentingan sabar sebagai banteng ke arah memperkuatkan nilai diri seseorang manusia. Kesabaran bersikap pendorong dan bagi mereka yang lebih cenderung memilih untuk bersabar, peribadi dalam konteks kejiwaan dan intelektual akan lebih mudah berkembang. Kemarahan merupakan racun yang bukan sahaja membunuh emosi manusia tetapi ia mempengaruhi perkembangan dan kemajuan manusia dalam soal keagamaan, kerjaya, pergaulan dan juga nilai diri.Pelbagai fenomena yang merombak arus kehidupan manusia dalam zaman sains dan teknologi serta perlumbaan terbuka dalam pelbagai bidang memerlukan manusia sentiasa merujuk nilai kesabaran dalam dirinya. Kesabaran dalam kehidupan sekarang bukan setakat perwatakan tetapi merupakan satu nilai hidup yang memberi pengaruh secara langsung ke arah pembentukan tamadun sesuatu masyarakat.Kita renungkan saja watak manusia di jalan raya hari ini. Semua pengguna mahu sampai cepat ke destinasi kerana urusan peribadi. Keghairahan ini membuatkan mereka membelakangkan kepentingan orang lain. Apabila ukuran diri diutamakan dan berlaku halangan dalam usaha untuk merealisasikannya maka berlakulah kemarahan.Apabila marah, nilai kemuliaan yang menjadi asas dalam perhubungan sesame manusia mulai luntur dan akhirnya musnah. Di tempat kerja, fenomena depresi berlaku bukan semata-mata kerana faktor kerja tetapi ada kalanya terjadi kerana kelemahan manusia menguasai emosi diri dan fikirannya sendiri. Apabila wujud pertentangan antara kepentingan atau keinginan diri dengan persekitaran, manusia akan memberontak sama ada secara terbuka atau dalaman.Apabila kemarahan dalaman tidak dapat dikuasai, maka berlakulah tekanan. Institusi kekeluargaan juga turut teruji. Kesabaran menjadi tembok ke arah pengukuhan hubungan kekeluargaan manakala kemarahan menjadi pemusnah yang bakal meruntuhkan segala kebahagiaan yang terbina. Suami isteri harus mengerti persoalan ini kerana banyak kes perceraian berlaku kerana pasangan-pasangan terbabit membiarkan diri mereka dikuasai oleh rasa marah. Keadaan hubungan rumah tangga menjadi lebih kritikal dalam konteks masa kini di mana suami dan isteri bekerja. Depresi yang wujud di kedua-dua belah pihak akibat tekanan pekerjaan akan membuatkan suasana di rumah terdedah kepada bahaya. Sabar adalah sifat yang wajar diasuh sejak individu berada dalam institusi yang kecil lagi iaitu di rumah.Kesimpulannya, sifat kesabaran harus diamalkan oleh semua individu bagi membentuk insan yang bermoral. Hal ini dapat mengelakkan huru-hara, pergaduhan dan perselisihan faham dalam kalangan lapisan masyarakat.Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur paksaan. Malaysia memerlukan insan yang mengamalkan sifat penerimaan yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama. Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini. Penerimaan tidak bermakna bahawa kita berasa gembira bahawa apa yang berlaku kepada kita. Ia hanya bermakna kita berdamai dengan keadaan tertentu dan tidak menggunakan tenaga kita untuk menegakkan sesuatu yang diingini. Mengapa berjuang dengan realiti? Insan yang bermoral haruslah sentiasa bersedia untuk menguruskan fikiran kita dan menyesuaikan diri dengan keadaan di tangan. Dengan ini, maka pergaduhan dan konflik akan dikurangkan..Penerimaan juga tidak bermakna menafikan atau mengabaikan perasaan kita tentang keadaan. Sebagai manusia, kita mempunyai pelbagai emosi yang menyakitkan. Menyesakkan mereka hanya akan memanjangkan kewujudan mereka. Sakit adalah satu bahagian yang tidak dapat dielakkan daripada menjadi manusia. Penderitaan, di sisi lain, tidak. Semasa kita menambah emosi negatif yang tidak perlu untuk menyakitkan kita, maka kita telah mencipta penderitaan. Oleh itu, insan yang bermoral haruslah dapat mengawal emosi mereka dengan baik. Emosi yang negatif akan menjejaskan orang di sekeliling kita. Maka, sikap penerimaan memang amat penting untuk seseorang untuk mengawal emosi mereka. Penerimaan bukan untuk menerima semua perlakuan orang lain yang tidak betul. Kita haruslah menyedari bahawa dunia ini tidak mempunyai insan yang sempurna. Kita haruslah memaafkan sebarang tindakan salah orang lain dan memberikan mereka peluang untuk insaf. Kita hendaklah sentiasa menerima keperibadian mereka dan mendapat pengajaran dari kelakuan orang lain supaya dapat meningkatkan nilai keperibadian diri.Perdana Menteri kita Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menggariskan satu konsep yang baru untuk sebagai panduan setelah beliau dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru iaitu konsep 1 Malaysia. Prinsip penerimaan merupakan salah satu dari tiga prinsip teras gagasan 1 Malaysia selain dari prinsip kenegaraan dan prinsip keadilan sosial. Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia yang akrab dan bersatu. Jika kita rujuk kembali kepada sejarah Malaysia, nilai penerimaan sebenarnya sudah lama kita praktikkan antara rakyat Malaysia sendiri. Kita mengambil contoh tentang Kontrak Sosial, di mana kaum Melayu, Cina dan India sudah pun bersetuju dan berjanji dengan menerima beberapa perkara untuk bersatu. Bagi kaum Melayu, mereka sudah bersetuju untuk menerima kaum Cina dan India untuk menjadi warganegara Malaysia. Manakala bagi kaum Cina dan India mereka telah bersetuju untuk menerima dan mengakui tentang perkara hak keistimewaan melayu, kedudukan raja-raja dan Sultan, Islam sebagai agama persekutuan dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Jika kita lihat nilai penerimaan ini sudah lama dilakukan di Malaysia ini.Kita boleh kaitkan Kontrak Sosial dengan nilai penerimaan yang telah dicadangkan oleh Perdana Menteri kita dari segi sosial. Pendidikan yang utamanya, di mana semua rakyat perlu menerima dengan kuota yang diberikan kepada orang Melayu, contohnya kuota untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Matrikulasi dan universiti-universiti awam. Begitu juga dengan kuota untuk biasiswa-biasiswa kerajaan, seperti biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan menetapkan kuota melayu nisbah kaum lain ialah 55%:45%, dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) khas untuk Melayu dan bumiputera. Seterusnya dengan penerimaan agama Islam sebagai agama persekutuan Malaysia, semua kaum perlu menerima ini memandangkan ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, malahan agama-agama lain juga boleh mengamalkan agama masing-masing di negara ini. Amat penting bagi semua rakyat Malaysia untuk memahami nilai penerimaan dalam perkara sosial ini.Dengan contoh ini, maka kita lebih memahami kepentingan sikap penerimaan untuk mengelakkan sebarang pertikaian antara satu sama lain. Nilai penerimaan yang harus seorang insan bermoral hayati dan fahami ialah mengenai perbuatan, sikap, anggapan dan pandangan terhadap hakikat sesuatu kebenaran fakta, misalnya hakikat sejarah Malaysia dan sifat kepelbagaian yang ada. Nilai penerimaan itu ditandai oleh suatu perlakuan yang positif, menerima sesuatu kebenaran dengan hati yang tulus, ikhlas dan terbuka. Jangan ada sebarang rasa tidak puas hati terhadap apa juga yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan tercatat dalam Rukun Negara. Persetujuan bersama antara para pemimpin silam harus diakuri tanpa sebarang kompromi demi perpaduan dan kesejahteraan bersama.Lantaran itu, impian untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang benar-benar bersatu padu hanya boleh dicapai sekiranya rakyat mengamalkan nilai yang terkandung dalam gagasan 1 Malaysia. Nilai itu jika dikaitkan dengan pemikiran rakyat untuk berubah dari satu paradigma dengan paradigma asas ialah sikap bertolak ansur, saling hormat menghormati antara satu sama lain, akur dengan apa yang telah dipersetujui bersama. Dalam gagasan 1 Malaysia, bertoleransi hanya permulaan, paradigma selepas itu telah berubah dari sikap toleransi kepada penerimaan sepenuhnya. Hakikat ini harus difahami oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan.Dengan kata lain, apabila kita ikhlas menerima perbezaan dalam masyarakat kita, tulus menerima kepelbagaian sebagai sesuatu yang unik, sesungguhnya ini adalah sesuatu yang memberi kekuatan kepada kita dan bukan sebaliknya. YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak berkata bahawa,Jika kepelbagaian diterima sepenuhnya di kalangan masyarakat sebagai satu sumber kekuatan dan sesuatu yang unik, barulah kita bergerak dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Dan apabila kita bergerak dari paradigma bertoleransi kepada penerimaan sepenuhnya, terdapat satu kemuncak muktamad iaitu meraikan kepelbagaian kita. Apabila kita meraikan kepelbagaian kita barulah ia bermakna kita telah mencapai destinasi akhir Bangsa Malaysia 1 Malaysia, dan barulah kita akan berfikir dan kita akan bertindak sebagai 1 Rakyat, 1 Negara dan 1 Impian.Penerapan nilai penerimaan ini mewujudkan sifat keikhlasan dan bukan paksaan untuk menerima kaum lain. Insan akan mendapat apa yang terbaik bagi mereka jika mereka sanggup menerima apa yang terbaik bagi kaum lain. Sebagai contoh, penerimaan semua pelajar yang berbeza kaum terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pembelajaran kokurikulum adalah perkara terbaik bagi semua pihak. Hal ini kerana, dengan penerimaan atau perkongsian bahasa ini akan melahirkan pelajar yang saling memahami dan bermoral.Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris integration yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus ke arah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP (1985), ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan. Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya dan sebagainya.Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pad berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. Integriti boleh dibincangkan kepada dua bahagian iaitu, pertama bersabit dengan individu dan kedua integriti di peringkat organisasi. Namun begitu, pada umumnya integriti merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud di kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi.Integriti individu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya, keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Apabila seseorang bertindak atau bertingkah laku demikian secara konsisten dalam pelbagai segi, dia dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya, dia dikatakan tidak berintegriti atau lemah integritinya. Dengan ini, maka bolehlah kita lihat dengan jelas bahawa integriti memang merupakan salah satu ciri insan yang bermoral yang amat penting. Selain individu, organisasi juga mesti mempunyai integriti. Integriti organisasi boleh dicerminkan dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi. Seseorang individu yang bermoral haruslah sentiasa memberi perkhidmatan yang baik kepada pelanggannya tanpa mengira kaum, bangsa, jantina ataupun umurnya.Bagi individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat jawatan awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Hal ini akan mencerminkan sama ada penjawat awam itu ialah seorang yang bersahsiah mulia. Dengan demikian penjawat itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang dibawahnya dan kepada pihak lain.Selain itu, integriti juga amat penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan. Pemimpin haruslah sentiasa bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan. Contohnya, bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima. Mereka juga haruslah berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu ataupun organiasi bermaksud code of behavior. Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun, nescaya sebuah masyarakat atau negara itu akan maju dan bertamadun.Walaubagaimanapun, terdapat banyak kes yang menjadi bukti mengapa integriti sukar dicapai malah masalah tiada integriti masih menjadi masalah utama kepada negara. Kita sering mendengar bagaimana seorang penjawat awam mahupun swasta menerima rasuah untuk memudahkan sesuatu proses yang melibatkan kepentingan umum. Rasuah untuk mendapatkan tender, rasuah untuk memotong barisan, rasuah untuk mengelak dari dikenakan hukuman dan macam-macam lagi. Pada satu tahap amalan tidak berintegriti seperti memberi dan menerima rasuah ini, seakan-akan sudah menjadi sebahagian dari budaya yang diamalkan oleh sebilangan ahli masyarakat. Dengan budaya ini, maka seseorang yang berkeperibadian tinggi tidak dapat dibentuk dalam kalangan lapisan masyarakat. Pegawai yang terlibat dalam amalan rasuah kebanyakannya ialah golongan yang sepatutnya bertanggungjawab bagi penguatkuasaan undang-undang. Untuk membasmi amalan ini, semua agensi penguatkuasaan undang-undang perlu mempunyai sistem audit dan kawalan dalaman yang boleh mengesan penyelewengan. Usaha berterusan perlu dilakukan untuk memupuk integriti dan nilai-nilai etika yang tinggi kerana orang yang berintegriti tidak mungkin melakukan amalan rasuah dalam apa jua keadaan. Penerapan nilai-nilai murni dan etika dengan disertai kepatuhan kepada sumpah tadbir urus yang baik adalah cara yang paling berkesan untuk memerangi amalan rasuah dalam perkhidmatan awam.Bagi mempertingkatkan intergriti, tumpuan harus diberi kepada peningkatan secara menyeluruh iaitu bermula daripada peringkat akar umbi hingga ke peringkat atas. Semua pihak serta sektor perlu mengambil bahagian iaitu institusi keluarga, komuniti, masyarakat, sektor agama, sosiobudaya, ekonomi, politik dan pentadbiran. Dengan penglibatan yang menyeluruh semua pihak dari semua lapisan dan sektor masyarakat dalam usaha meningkatkan integriti maka ia mempunyai kekuatan dan keampuhannya yang tersendiri. Tugas untuk mempertingkatkan intergriti merupakan tanggungjawab semua rakyat Malaysia. Setiap individu dalam pelbagai peranan yang berbeza perlu memastikan supaya nilai murni diterapkan dan diamalkan pada diri sendiri, anggota keluarga serta masyarakat di sekeliling. Keluarga adalah unit paling asas bagi pembentukan sikap dan nilai murni dalam diri. Keluarga membimbing tingkah laku dan membentuk serta memantapkan integriti. Tumpuan pembentukan nilai-nilai murni harus bermula daripada kanak-kanak manakala ibu bapa dan penjaga harus membimbing dan menjadi teladan yang baik. Dengan demikian, dalam gerakan pemantapan intergriti, institusi keluarga memainkan peranan utama.Komuniti terdiri daripada keluarga dan kelompok-kelompok kejiranan yang menjalin rangkaian sehingga menjadi komuniti yang lebih luas. Dalam komuniti terdapat pelbagai institusi tradisional seperti ketua kampung, imam, penghulu, pemanca dan ketua kaum yang sepatutnya menyemai nilai-nilai murni masyarakat kepada generasi baru. Kewujudan institusi seperti ini membantu pembentukan identiti berlandaskan nilai tradisi. Pertubuhan dan institusi ini perlu diperkukuhkan dan peranan mereka ditingkatkan untuk bersama-sama dengan institusi keluarga dan lain-lain dalam gerakan pemantapan intergriti ini akan menyumbang kepada usaha pembudayaan intergriti dalam kalangan anggota masyarakat. Cabaran terbesar parti dan ahli politik terutamanya bagi parti yang memegang kuasa ialah memantapkan intergriti dan menangani harapan rakyat yang kian meningkat. Hasil kemajuan pendidikan dan pendedahan kepada dunia luar, rakyat semakin sedar tantang hak mereka. Dengan itu mereka semakin tidak teragak-agak untuk mengemukakan tuntutan bagi mendapatkan hak mereka itu. Rakyat juga mahu gelanggang politik menjadi medan yang bersih dan landasan memajukan masyarakat dan negara. Justeru rakyat menuntut mereka yang menceburi politik atau yang berkuasa supaya bersifat amanah, telus, bertanggugjawab, serta benar-benar berkhidmat demi kepentingan rakyat dan negara. Wakil-wakil rakyat juga dikehendaki berpegang pada etika dan prinsip bekerja bersama-sama ketua, bukan untuk ketua, tetapi untuk rakyat dan Negara.Institusi agama sangat penting dalam membina intergriti individu, masyarakat dan negara. Pembinaan ini dilakukan dengan menyemai nilai-nilai moral dan etika di dalam diri individu dan keluarga berlandaskan ajaran agama masing-masing. Ia juga dilakukan dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengurusan pelbagai institusi lain termasuk pendidikan, media, ekonomi, politik dan pentadbiran. Oleh yang demikian, institusi agama perlu memainkan peranan sebaik mungkin. Sikap saling menghormati antara penganut pelbagai agama perlu ditingkatkan. Nilai-nilai murni yang sejagat sifatnya daripada pelbagai agama perlu diketengahkan serta dimanfaatkan untuk meningkatkan perpaduan dan saling kefahaman antara penganut mereka. Pemacu utama dalam bidang ekonomi ialah sektor swasta yang menjadi penjana pertumbuhan ekonomi Negara. Kejayaan sektor swasta bergantung kepada keupayaan menangani persaingan dan persekitaran yang mencabar. Dalam kontek ini sungguhpun sektor swasta memainkan peranan penting sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan menyediakan pekerjaan untuk rakyat, ia juga terlibat dalam gejala rasuah dan amalan tidak beretika yang lain. Pelbagai skandal melibatkan syarikat besar di negara maju menunjukkan pentingnya isu integriti menjadi agenda utama untuk dilaksanakan tanpa mengira negara maju ataupun negara membangun seperti Malaysia. Keuntungan menjadi titik tolak dan juga matlamat syarikat dan perniagaan. Apabila berdepan dengan cabaran yang menjejaskan keuntungan, pihak majikan sering memindahkan beban cabaran itu kepada pekerja. Justeru soal etika dan intergriti dalam perniagaan dan keseluruhan ruang ekonomi sangat penting. Perkara di atas menegaskan satu hakikat pokok bahawa peningkatan etika dan intergriti amat perlu diterapkan dalam bidang ekonomi.Institusi sosiobudaya yang merangkumi pendidikan, kesihatan, rekreasi dansukan, media massa serta seni sastera dan warisan turut memainkan peranan membina dan mengukuhkan integriti masyarakat dan negara. Institusi ini menyumbang kepada pembinaan modal sosial, meningkatkan kesihatan dan keceriaan, memupuk perasaan kekitaan, menangani gejala sosial dan lain-lain. Institusi pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam pembinaan insan yang beretika dan bertanggungjawab, selain berperanan menyediakan sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran, komited dan cekap. Dengan demikian institusi ini mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap pengukuhan intergriti keluarga,komuniti dan seterusnya masyarakat dan negara. Komponen lain seperti media massa, seni, sastera dan warisan membentuk sikap serta pandangan mengenai dunia dan kehidupan masyarakat dan negara. Kesemua komponen tersebut turut menyemai nilai-nilai bagi pembinaan insan dan pembentukan identiti. Justeru itu komponen-komponenini perlu digembeleng dalam usaha pemantapan intergriti.Menyedari tentang pentingnya integriti di kalangan masyarakat, kerajaan juga telah menyediakan dan melaksanakan Pelan Integriti Nasional (PIN). Pelan ini dibangunkan dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti dalam kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Pelan seumpama ini membolehkan kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha yang dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak konsisten dan tidak menyeluruh, dan hasilnya sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan kerjasama semua sektor. Skop dan konsep yang dibawa oleh PIN kelihatannya lebih menyeluruh dalam memberi panduan kepada setiap komponen masyarakat untuk membudayakan integriti. PIN yang dilancarkan pada 23 April 2004, oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, adalah selaras untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. PIN menetapkan lima sasaran keutamaan yang perlu dicapai. Pertama sekali ialah mengurangkan gejala rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasa secara berkesan. Selain itu, PIN juga berharap dapat meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi. Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan juga merupakan salah satu sasaran PIN. Seterusnya ialah memantapkan institusi keluarga. Sasaran PIN yang terakhir ialah meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. Pemantapan integriti memerlukan perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan pemantauan berkesan. Gerakan oleh semua sektor masyarakat diyakini dapat mengkoordinasi segala tindakan ini secara lebih holistik dan menjurus ke arah pencapaian matlamatnya. Sinergi bersama secara kolektif ini menjadikan pemantapan integriti satu gagasan dan wadah yang sangat penting dan perlu dilakukan dengan sistematik, komitmen yang tinggi dan sepenuh keikhlasan. Hanya dengan kerjasama semua pihak sahaja cabaran melahirkan pegawai perkhidmatan awam yang berintegriti tinggi dapat diatasi, dan seterusnya melahirkan pegawai yang mempunyai integriti kelas pertama. Kita perlu menangani masalah ini secara menyeluruh dan menyuburkan semula nilai-nilai murni dalam segala tingkah laku dan tindakan kita. Tidak ada gunanya jika masyarakat malaysia kaya dari segi kebendaan, tetapi muflis dari segi nilai moral, etika dan integriti. Pembudayaan etika dan integriti individu harus melalui satu proses seumur hidup. Ia melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat seperti keluarga, pendidikan dan media massa. Pembudayaan etika dan integriti dalam organisasi pula, menuntut kepimpinan bertindak sebagai teladan (role model) manakala anggota lain menzahirkan kod itu dalam tindakan mereka. Organisasi juga perlu mempunyai matlamat yang jelas dan realistik yang dikongsi bersama oleh anggota organisasi. Ia perlu mempunyai sistem dan prosedur yang baik bagi melicinkan pelaksanaan tugasnya secara cekap, teratur, dan tepat, di samping mempunyai sistem kawalan kualiti, pemantauan, ganjaran dan penghukuman. Etika dan integriti yang digariskan itu perlu dipatuhi supaya insan yang bermoral dapat dibentuk.Menurut Amir Hasan Dawi (2002) dalam bukunya yang berjudul Penteorian Sosiologi dan Pendidikan meritokrasi adalah satu pandangan atau memberi peluang kepada orang untuk maju berdasarkan meritnya, yakni berdasarkan kelayakkan dan kecekapannya atau kecemerlangannya. Manakala, menurut Kamus Dewan (Edisi ketiga) meritokrasi ialah satu sistem sosial yang menyanjung tinggi kedudukan seseorang kerana kebolehannya dan bukan kerana keturunan atau kekayaan. Pendek kata, meritokrasi adalah satu sistem sosial yang menyanjung tinggi kebolehan dan keupayaan seseorang tanpa mengira pangkat, keturunan, kaum danagama. Sistem ini telah lama diaplikasikan dalam sistem pendidikan di negara kita, Malaysia. Pengambilan para pelajar ke sekolah berasrama penuh adalah berdasarkan pencapaian mereka di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Kaedah ini dianggap sesuai oleh semua pihak memandangkan kekosongan yang ada di sekolah berasrama penuh dan universiti-universiti tempatan adalah terhad. Kebolehan seseorang dikaitkan dengan kepandaiannya yang diukur melalui sistem penilaian yang objektif dan diterima oleh masyarakat. Singapura adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem meritokrasi dalam setiap aspek kehidupan bermasyarakat.Secara asas, semua faham maksud prinsip meritokrasi. Akan tetapi, ianya tidak boleh digunakan sepenuhnya kerana ada kalanya anda perlu mengambil kira faktor-faktor lain. Contohnya, ada golongan yang tidak berkemampuan atau masyarakat yang tinggal di luar bandar, di estet-estet atau juga di kampung-kampung baru. Mereka berada di luar kawasan atau di luar lingkungan masyarakat yang lebih dinamik, dan sememangnya mereka perlukan perhatian dan pertimbangan. Sungguhpun demikian, meritokrasi kekal menjadi satu prinsip yang mulia dan diperlukan untuk memacu Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.Nilai meritokrasi mempunyai kaitan rapat dengan nilai budaya kecemerlangandan nilai ketabahan. Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Penerapan nilai meritokrasi dalam nilai budaya kecemerlangan membolehkan rakyat Malaysia memberikan yang terbaik. Oleh yang demikian, nilai meritokrasi memainkan peranan yang penting sebagai asas kepada budaya kecemerlangan. Nilai meritokrasi dan nilai budaya kecemerlangan adalah adunan yang diperlukan untuk memaksimumkan potensi Malaysia. Kehidupan bukan semuanya mudah. Sebarang tanggapan bahawa kehidupan adalah lakaran lurus yang sentiasa mendaki tanpa penghujungnya merupakan satu salah anggapan. Seseorang itu hendaklah menerima kehidupan sebagai satu siri naik dan turun. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan. Rakyat Malaysia yang mengamalkan nilai ketabahan akan mempunyai semangat juang yang tiggi yang seterusnya menjurus kepada masyarakat yang bermoral. Dasar meritokrasi juga penting kerana penghijrahan manusia berlaku hampir diseluruh dunia. Hari ini, sukar untuk kita dapati sebuah negara yang memiliki anak watan daripada satu bangsa sahaja. Kalau kita mampu untuk mengenal pasti sesebuah negara seperti itu, pastinya di kalangan rakyatnya ada yang berasal daripada perkahwinan campur di mana ibunya adalah warga asing. Biasanya di kebanyakan negara, warga yang berasal daripada perkahwinan campur seperti ini menikmati kedudukan sosial yang berlainan daripada warga yang lain. Oleh itu, wujudnya perbezaan sosial di kalangan masyarakat menjejas keharmonian hidup bermasyarakat di antara golongan yang berbeza. Keharmonian masyarakat akan lebih tergugat jika kedudukan dan kekuasaan seseorang dalam masyarakat tidak dilandaskan kepada prinsip meritokrasi tetapi atas dasar bangsa dan keturunannya. Singapura sering dijadikan contoh negara yang berbilang bangsa di mana kehidupan bermasyarakatnya aman. Kejayaan Singapura selalunya dikaitkan dengan dasar meritokrasi yang diamalkan oleh pemerintah di negara itu.Sesebuah negara akan maju jika para pemimpinnya dipilih atas dasar meritokrasi. Melalui sistem meritokrasi para pemimpin yang dipilih untuk menerajui pelbagai bidang dalam sesebuah negara pastinya yang benar-benar berkebolehan. Hari ini, kita dapat saksikan negara yang mengamalkan sistem feudal di mana para pemimpinnya dipilih mengikut dasar keturunan tidak terserlah walaupun negara itu mempunyai sumber asli negara yang berharga. Sebagai contoh, negara Brunei Darussalam yang kaya dengan sumber minyak tetapi pencapaiannya tidak terkenal dipersada dunia. Sistem meritokrasi lebih objektif dalam menilai kebolehan seseorang. Melalui sistem ini hanya mereka yang dikenal pasti berkelayakan walaupun daripada lapisan kehidupan bermasyarakat yang berbeza diberikan peluang untuk memimpin. Sebagai sebuah negara maju, Singapura beruntung kerana sejak kemerdekaan, hanya para pemimpin yang berkelayakan dipilih untuk tampil menerajui pucuk kepimpinan negara dalam pelbagai bidang. Pelaksanaan meritokrasi secara berperingkat-peringkat dilihat sebagai ubat mujarab untuk memulihkan jati diri pelajar yang dikatakan semakin lesu. Sesungguhnya dalam melaksanakan agenda pendidikan kebangsaan para pemimpin, pelajar dan masyarakat perlu mengkaji pro dan kontranya sesuatu isu tersebut sebelum menerima dan melaksanakannya dalam pendidikan. Berikut adalah kebaikkan meritokrasi. Pertama sekali, dengan adanya sistem ini para pelajar dapat bersaing secara sihat untuk mendapat atau merebut peluang yang ada di hadapan mereka. Tiada kaum yang akan mempertikaikan kemasukkan kaum-kaum lain ke institut pengajian tinggi awam. Kedua, institut pengajian tinggi awam dapat melahirkan graduan yang benar-benar mahir dalam bidang yang diambil oleh para pelajar. Ini kerana pelajar sentiasa berusaha dengan sedaya upaya untuk membuktikan kebolehan mereka. Ketiga, para pelajar diluar bandar akan mendapat faedah yang banyak kerana jika sistem ini dilaksanakan sudah pasti pihak kerajaan akan mewujudkan frasarana yang lebih baik seperti wujudnya kelas atau bilik komputer yang lengkap dengan peralatan terkini, perpustakaan yang mempunyai buku-buku rujukan yang berkualiti dan terkini serta lain-lain kemudahan yang difikirkan sama dengan sekolah bandar.Oleh yang demikian setiap individu itu hendaklah bersaing antara satu sama lain untuk mengecapi kejayaan. Mereka perlu berlumba-lumba untuk mendapatkan sesuatu kerana peluang antara satu sama lain adalah sama rata.Sikap menghormati hak orang lain boleh ditakrifkan sebagai memberi penghargaan yang baik kepada seseorang dengan penuh kesopanan. Setiap individu diberikan hak dan kebebasan untuk menjalani kehidupan mereka mengikut peraturandan undang-undang yang diperuntukkan.Manusia dilahirkan sebagai makhluk sosial yang mengakibatkan mereka harus bersilang dan berinteraksi dengan orang-orang sekitarnya walaupun tidak diingini kerana pada hakikatnya manusia tidak boleh hidup sendiri dan memerlukan bantuan orang lain. Dalam kehidupan nyata kita tidak boleh melakukan dan memenuhi keperluan kita sendiri tanpa bantuan orang lain, contohnya ketika kita pergi ke bengkel motor ataupun membina rumah kita memerlukan bantuan orang lain, sehingga untuk memenuhi keperluan kita tersebut kita harus menjaga sikap dan perilaku kita semasa berinteraksi dengan orang lain dan yang paling penting adalah sikap menghargai hak orang lain.Selain itu, sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, sikap saling menghormati dan toleransi perlu dijadikan amalan. Terdapat tiga perkara utama yang perlu diamalkan oleh anggota masyarakat iaitu menghormati perbezaan individu, menghormati kebolehan dan bakat orang lain serta menghormati pendapat orang lain. Setiap anggota masyarakat perlu menyedari bahawa setiap individu adalah berbeza segi kebolehan, pemikiran, agama dan kepercayaan. Perbezaan ini berpunca daripada faktor keturunan, latar belakang ekonomi keluarga, baka, persekitaran tempat tinggal, agama dan didikan yang diperoleh daripada keluarga. Justeru, untuk hidup dalam kelompok masyarakat yang harmoni, perbezaan ini perlu difahami dengan sepenuhnya.Jika kita bercakap tentang sebab kita perlu menghormati orang lain maka ada beberapa alasan kuat sebab kita harus menghormati hak orang lain iaitu kerana kita saling memerlukan, saling menguntungkan, saling mengisi, dan saling menguatkan. Mungkin sebahagian orang selalu menuntut kerana orang lain tidak menghargai haknya, namun jika kita lihat balik mengapa seseorang tidak dihargai haknya, hal itu kerana mereka juga tidak menghargai hak orang lain. Bagaimana orang lain boleh menghargai kita kalau kita sendiri tidak menghargai hak orang lain. Bakat dan kebolehan individu lain juga perlu dihormati ke arah pengekalan keharmonian masyarakat. Setiap individu dilahirkan dengan bakat dan potensi yang berbeza dan memberi sumbangan berasaskan potensi dan bakat yang mereka miliki dengan cara mereka tersendiri. Justeru, seseorang individu tidak boleh menganggap dirinya sahaja yang mampu memberi sumbangan dan mengenepikan peranan orang lain. Setiap anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang harmoni jika mereka mengamalkan sikap saling menghormati. Sikap menghormati hak orang lain membolehkan kita menerima hakikat bahawa Tuhan mencipta manusia berpuak-puak dan berbeza-beza. Kita mungkin tidak memahami cara hidup orang lain yang berbeza dengan cara hidup yang kita amalkan, namun melalui amalan sikap toleransi dan menghormati hak orang lain kita akan menerima perbezaan tersebut dan memahami cara hidup orang lain. Sikap ini membuatkan kita lebih empati terhadap kesukaran yang ditempuh oleh orang lain dan menjadikan kita lebih fleksibel untuk hidup bersama dalam pelbagai situasi. Setiap orang menginginkan keberadaannya diakui dan hak-haknya dihormati. Rasa harga diri sebagai manusia akan terusik jika hak-haknya diabaikan oleh orang lain, kerana harga diri merupakan identiti manusia yang pada dasarnya memang butuh pengakuan dari pihak lain, sehingga kadang orang akan berbuat nekad jika harga dirinya dilanggar dan diusik oleh orang lain. Namun tidak dibenarkan jika kita terlalu memaksakan kehendak kita kepada orang lain, kerana setiap orang memilki hak individual namun jangan sampai hak individu menjadi alasan untuk tidak menghargai hak orang lain. Jika berlaku dua kepentingan yang berbeza di antara kedua-dua belah pihak, kita harus mencarikan jalan keluarnya dengan cara musyawarah untuk mencapai titik temu.Selain itu, setiap individu juga berhak menyuarakan pendapat masing-masing secara berhemah. Namun kebebasan tersebut perlu berdasarkan norma mesyarakat dan tidak menimbulkan prasangka dan perselisihan faham dalam kalangan masyarakat. Sikap menghormati pendapat orang lain akan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Pengamalan sikap menghormati hak orang lain akan mewujudkan perpaduan, menonjolkan keperibadian mulia dan melahirkan sebuah negara yang aman dan harmoni.Sikap saling menghargai sangat diperlukan dalam pertemuan atau dalam pergaulan sehingga hubungan tersebut dapat berjalan secara harmonis, kerana masing-masing berasa hak-haknya dihormati. Kita tentu tidak mahu dipaksa oleh orang lain, dan orang lain pun tidak suka jika kita memaksa mereka. Jika semua orang mengembangkan sifat-sifat menghargai hak orang lain maka sikap perpaduan akan terjalin kuat dan negara ini akan semakin maju. Kerana jika kita masih tidak boleh menghargai hak orang lain maka perselisihan dan kehidupan harmonis tidak boleh dicapai dan hanya menjadi angan-angan belaka. Banyak contoh kes dalam kehidupan sehari-hari yang kita tidak menyedari bahawa kita tidak menghormati hak-hak orang lain. Contohnya, seorang perokok yang sedang merokok di kawasan bandar yang penumpangnya mendesak, dengan tanpa rasa bersalah dia mengepulkan asap yang membuat orang di sekitarnya berasa rimas dan resah. Walaupun telah ada peraturan yang melarang merokok di kawasan umum, namun perokok tetap merokok dan merampas hak-hak orang lain untuk mendapatkan kemudahan dalam pengangkutan awam. Peraturan tersebut tidak harus diendahkan dan hanya menjadi formaliti sahaja. Para perokok sepatutnya memikirkan tentang kebiasaan mereka yang memberi kesan buruk kepada orang lain, sekurang-kurangnya para perokok haruslah menghargai hak orang-orang yang tidak merokok kerana pada saat ini perokok pasif yang harus menghargai para perokok aktif, tanpa ada timbal balik sikap menghargai dari para perokok. Sebagai seorang insan yang bermoral, kita haruslah saling menghormati hak-hak masing-masing. Selain contoh di atas masih banyak contoh lain yang menunjukkan sikap acuh tak acuh kita terhadap hak orang lain yang biasa kita lakukan tanpa kita sedari.Dari contoh tersebut menunjukkan bahawa moral bangsa masih sangat rendah. Dalam usaha untuk membolehkan negara Malaysia menjadi negara yang maju dan lebih baik, maka prinsip asas kehidupan menghormati hak orang lain harus ditanamkan sejak awal, supaya tidak menyebabkan seseorang lebih mengutamakan kepentingan peribadi dan mula berkembang sikap individualisme. Jika kita sedar terhadap persekitaran kita, sebenarnya dengan sikap menghargai hak orang lain maka manfaatnya akan kembali pada masing-masing individu seperti pepatah barang siapa menabur benih, dia yang memetik buahnya yang ertinya secara garis besar seperti berikut barang siapa melakukan kebaikan maka dia akan memperoleh kebaikan itu suatu masa nanti. Namun sikap menghargai orang lain mula menurun hal ini kerana setiap orang berasa boleh memenuhi keperluan mereka sendiri tanpa orang lain dan dengan kemajuan teknologi membuat semua orang lebih mudah untuk melakukan aktiviti mereka. Kesimpulannya, sebagai seorang insan yang bermoral kita haruslah menghormati orang lain tanpa mengira umur, bangsa dan warna kulit.