mohd radi mohamed lwn

20
MOHD RADI MOHAMED lwn. RANGKAIAN PENGANGKUTAN INTEGRASI DERAS SDN BHD MAHKAMAH PERUSAHAAN, KUALA LUMPUR ASLINA JONED AWARD NO. 564 TAHUN 2015 [KES NO: 3(5)/4-1280/11] 11 MEI 2015 Kaunsel: Bagi pihak menuntut - Varathan Panner Selvam; Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Bagi pihak syarikat - Zaikon Jaafar; Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA [KES NO: 3(5)/4-1280/11] DI ANTARA

Upload: alanz123

Post on 12-Feb-2016

249 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kes

TRANSCRIPT

Page 1: Mohd Radi Mohamed Lwn

MOHD RADI MOHAMED lwn. RANGKAIAN PENGANGKUTAN INTEGRASI DERAS SDN BHD

MAHKAMAH PERUSAHAAN, KUALA LUMPURASLINA JONED

AWARD NO. 564 TAHUN 2015 [KES NO: 3(5)/4-1280/11]11 MEI 2015

Kaunsel:

Bagi pihak menuntut - Varathan Panner Selvam; Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)

Bagi pihak syarikat - Zaikon Jaafar; Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF)

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

[KES NO: 3(5)/4-1280/11]

DI ANTARA

MOHD RADI MOHAMED

Page 2: Mohd Radi Mohamed Lwn

DAN

RANGKAIAN PENGANGKUTAN INTEGRASI DERAS SDN BHD

AWARD NO. 564 TAHUN 2015

Di hadapan: Y.A. PUAN ASLINA JONED - PENGERUSI

Tempat: Mahkamah Perusahaan Malaysia, Kuala Lumpurr

Tarikh Rujukan: 13 Oktober 2011

Tarikh Sebutan: 14.2.2012, 12.4.2012, 15.6.2012, 29.10.2012, 28.11.2012, 29.1.2013, 30.7.2013, 21.8.2013 dan 17.9.2014.

Tarikh Bicara: 29.11.2012, 23.4.2013, 13.6.2013, 13.12.2013 dan 30.12.2013.

Perwakilan:Bagi pihak menuntut - Varathan Panner Selvam; Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)

Bagi pihak syarikat - Zaikon Jaafar; Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF)

Rujukan:

Ini adalah suatu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 mengenai pembuangan kerja Mohd Radi bin Mohamed (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai "Pihak Syarikat") pada 23.12.2009.

AWARD

Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Menteri Sumber Manusia bertarikh 13 Oktober 2011 dan diterima oleh

Page 3: Mohd Radi Mohamed Lwn

Mahkamah ini pada 23 Disember 2011.

LATAR BELAKANG

Perbicaraan kes ini telah bermula pada 29.11.2012 dan diselesaikan pada 30.12.2013. Penghujahan bertulis Pihak Menuntut telah diterima pada 17.2.2014. Pihak Syarikat tidak memfailkan hujah balasan bertulis walaupun tarikh yang ditetapkan telah lama berlalu. Penolong Pendaftar Mahkamah 5, Puan Maziah Maon telah memberi beberapa perlanjutan masa namun Pihak Syarikat masih tidak memfailkan hujah bertulis mereka. Melalui surat bertarikh 28.5.2014 suatu tarikh lanjutan terakhir telah ditetapkan sehingga 27.6.2014. Surat tersebut menyatakan jika hujah bertulis Pihak Syarikat masih gagal difailkan, kes akan bertukar status sebagai menunggu keputusan berkuatkuasa pada 1.7.2014. Pada 29.5.2014 saya telah menerima surat arahan pertukaran sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Sivil) di Jabatan Bantuan Guaman berkuatkuasa pada 2.6.2014.

Pada 10.10.2014, Y. Brs Puan Yang Dipertua Mahkamah Perusahaan telah mengarahkan kes ini dipindahkan ke Mahkamah 3 untuk diperturunkan Award memandangkan saya telah bertukar ke Jabatan Bantuan Guaman. Pada 11 Mac 2015 kes ini telah diserahkan semula kepada saya untuk diperturunkan award atas alasan terdapat suatu keputusan Mahkamah Rayuan (kes tidak dilaporkan) yang menyatakan award hendaklah diperturunkan oleh mantan Pengerusi sekiranya pihak-pihak tidak bersetuju award tersebut diperturunkan oeh Pengerusi lain.

Selain daripada menjalankan tugas hakiki saya sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Sivil) Jabatan Bantuan Guaman, saya juga telah menurunkan 6 award berstatus menunggu keputusan yang dibawa dari Mahkamah Perusahaan semasa bertukar. Setelah saya meninggalkan Mahkamah Perusahaan, atas permohonan kedua-dua Pihak Menuntut dan Pihak Syarikat saya telah diarahkan menurunkan 3 lagi award berstatus menunggu hujahan termasuk award ini. Berdasarkan latar belakang terpencil kes ini maka

Page 4: Mohd Radi Mohamed Lwn

kelewatan menurunkan award ini tidak dapat dielakkan dan amat dikesali.

FAKTA KES

1. Pihak Syarikat menjalankan perniagaan Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras di Bandaraya Kuala Lumpur.

2. Pihak Menuntut telah memulakan penggajian dengan pihak Syarikat mulai 15.12.2004 sebagai Customer Service Assistant (CSA) dengan gaji terakhirnya sebanyak RM1,392.00.

3. Pihak Menuntut telah menerima surat pemecatan kerja bertarikh 23.12.2009. Setelah Panel Siasatan Dalaman (SD) dijalankan pada 19.11.2009 Pihak Syarikat mencapai persetujuan bahawa Pihak Menuntut didapati bersalah atas tiga tuduhan salahlaku.

4. Pihak Menuntut menyatakan keputusan Pihak Syarikat memecat kerja Pihak Menuntut adalah tidak menentu, sewenang-wenangnya dan melanggar amalan pemburuhan adil dan dicapai tanpa sebab atau alasan adil.

5. Pihak Menuntut memohon agar beliau dikembalikan ke kedudukan jawatan tanpa kehilangan upah, faedah kewangan, gaji tertunggak dan gantirugi.

6. Pihak Syarikat menyatakan keputusan untuk memecat kerja Pihak Menuntut telah melalui proses sewajarnya dan tidak melanggar amalan perburuhan adil. Oleh itu pemecatan kerja Pihak Menuntut adalah dengan sebab atau alasan adil.

UNDANG-UNDANG

Fungsi Mahkamah Perusahaan telah dilakarkan dengan jelas oleh kes Goon Kwee Phoy v. J & P Coats (M) Bhd. [1980] 1 LNS 30; [1982] 2 MLJ 129 di mana Raja Azlan Shah CJ (Malaya) (DYMM Tuanku pada masa itu) bercakap bagi pihak Mahkamah Persekutuan di mukasurat 136, (dalam petikan bahasa asal)

"Where representations are made and are referred to the Industrial

Page 5: Mohd Radi Mohamed Lwn

Court for inquiry, it is the duty of that Court to determine whether the termination or dismissal is with or without just cause or excuse. If the employer chooses to give a reason for the action taken by him the duty of the Industrial Court will be to inquire whether that excuse or reason has or has not been made out.

If it finds as a fact that it has not been proved, then the inevitable conclusion must be that the termination or dismissal was without just cause or excuse. The proper inquiry of the Court is the reason advanced by it and that Court or the High Court cannot go into another reason not relied on by the employer or find one for it." [Goon Kwee Poy]

Peranan ini juga dijelaskan di dalam kes Milan Auto Sdn. Bhd. v. Wong Seh Yen [1995] 4 CLJ 449 di mukasurat 445, di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan sedemikian: (dalam petikan bahasa asal)

"As pointed out by this Court recently in Hong Leong Assurance Sdn. Bhd. v. Wong Yuen Hock [1995] 3 CLJ 344, the function of the Industrial Court in dismissal cases on a reference under s. 20 is twofold, firstly to determine whether the misconduct complained of by the employer has been established and secondly whether the proven misconduct constitutes just cause or excuse for the dismissal." [Milan Auto]

Mahkamah Persekutuan dalam kes Wong Yuen Hock v. Syarikat Hong Leong Assurance Sdn. Bhd. & Anor Appeal [1995] 3 CLJ 344 di mukasurat 352 memutuskan inter alia: (dalam petikan bahasa asal)

"On the authorities, we were of the view that the main and only function of the Industrial Court in dealing with a reference under section 20 of the Act (unless otherwise lawfully provided by the terms of reference) is to determine whether the misconduct or irregularities complained of by the management as the grounds of dismissal were in fact committed by the workman, and if so, whether

Page 6: Mohd Radi Mohamed Lwn

such grounds constitute just cause or excuse for the dismissal." [Wong Yuen Hock]

Sebagai sebuah Mahkamah Timbangtara saya diperingatkan bahawa Seksyen 30(5) Industrial Relations Act 1967 (Act 177) menghendaki Mahkamah memutuskan kes berdasarkan ekutiti dan perasaan nurani (equity and good conscience). Dalam melakukan sedemikian saya berpandukan keputusan HMR Gopal Sri Ram JCA's dalam kes Harris Solid State (M) Sdn. Bhd. & Ors v. Bruno Gentil Pereira & Ors [1996] 4 CLJ 747 CA yang menyatakan adalah penting untuk Mahkamah ini mempertimbangkan merit kes dan bukannya perkara teknikal. [Harris Solid State]

Dalam kes Wong Yuen Hock v. Syarikat Hong Leong Assurance Sdn. Bhd. & Anor [1995] 3 CLJ 344; [1995] 2 MLJ 753, HMP Moh Azmi menyatakan di mukasurat 765: (dalam petikan bahasa asal)

"In our opinion, Dreamland did not belittle the importance of complying with any statutory or contractual inquiry before dismissal in all master and servant cases outside the purview of theIndustrial Relations Act 1967. What dreamland, following the curable principle in Motipur and Calvin laid down, was the failure on the part of the employer to hold a proper domestic inquiry should not deprive the Industrial Court of jurisdiction nor excuse it from the obligation to hear the reference on its merits. We therefore could not find any reason to reject the two authorities. Thus, even where there was a breach of a contractual or statutory obligation to hold an inquiry, the Industrial Court should proceed to determine on the merits first, whether the misconduct complained of was in fact committed by the employee, and secondly whether the nature and extent of the misconduct could constitute just cause or excuse for the dismissal."[Wong Yuen Hock]

Dalam kes Dreamland Corp. Sdn. Bhd. v. Choong Chin Soo [1988] 1 CLJ Rep 39; [1988] 1 CLJ 1; [1988] 1 MLJ 111, HMP Wan Suleiman (pada masa itu) menyatakan:

Page 7: Mohd Radi Mohamed Lwn

(dalam petikan bahasa asal)

"(i) The absence of DI or the presence of a defective inquiry is not a fatality but merely an irregularities, it is open to the employer to justify his action before the Industrial Court by leading all relevant evidence before it and by having the entire matter referred before the Court.

(ii) Unless the Industrial Court has found that the dismissal is without just cause or excuse, the Court has no jurisdiction to offer any relief whatsoever." [Dreamland]

DARJAH PEMBUKTIAN

Adalah menjadi prinsip jurispruden dalam Hubungan Perusahaan bahawa dalam suatu kes pemecatan kerja, majikan mesti mengemukakan keterangan kukuh bahawa pekerja itu telah melakukan salahlaku seperti yang didakwa sebelum pemecatannya. Beban pembuktian terletak di bahu majikan iaitu Pihak Syarikat dalam kes ini. Pihak Syarikat harus membuktikan kes mereka berdasarkan imbangan kebarangkalian dan mengemukakan keterangan bahawa pemecatan kerja itu adalah dengan sebab atau alasan yang adil. Lihat Telekom Malaysia Kawasan Utara v. Krishnan Kutty Sanguni Nair & Anor [2002] 3 CLJ 314, HMR Abdul Hamid (pada masa itu) menyebut: (dalam petikan bahawa asal)

"...the Industrial Court should not be burdened with the technicalities regarding the standard of proof, the rules of evidence and procedure that are applied in a court of law. The Industrial Court should be allowed to conduct its proceedings as a "court of arbitration" and be more flexible in arriving at its decision, so long as it gives special regard to substantial merits and decides a case in accordance with equity and good conscience". [Krishnan Kutty]

Y.A. Hakim selanjutnya menyatakan di mukasurat 326:

Page 8: Mohd Radi Mohamed Lwn

"Where the employee was dismissed on the basis of an alleged criminal offence such as theft of Company property, the Industrial Court is not required to be satisfied beyond a reasonable doubt that such an offence was committed. The standard of proof applicable is the Civil Standard ie, proof on a balance of probabilities which is flexible so that the degree of probability required is proportionate to the nature and gravity of the issue."

PENILAIAN KETERANGAN DAN DAPATAN

Mahkamah ini menghargai penyelidikan melalui hujah bertulis yang dikemukakan oleh Wakil Pihak Menuntut.

Berdasarkan prinsip mantap yang dibincangkan di atas isu-isu yang perlu dipertimbangkan dalam kes ini adalah:

(1) Samada dakwaan salahlaku terhadap Pihak Menuntut telah dibuktikan oleh pihak Syarikat. [Milan Auto, supra ]

dan

(2) Samada salahlaku Pihak Menuntut itu wajar dijadikan sebab atau alasan yang adil kepada pemecatannya. [Milan Auto, supra ]

Berpandukan otoriti mantap Bumiputra Commerce Bank Berhad v. Mahkamah Perusahaan Malaysia & Anor [2004] 7 CLJ 77; [2004] 7 MLJ 441, sekiranya Syarikat telah menjalankan SD, sebelum memecat seseorang pekerja, adalah penting untuk Mahkamah meneliti proses SD tersebut. Ini bagi memastikan SD yang dijalankan adalah sah (valid) dan nota prosidingnya tepat sebelum keterangan atas merit di Mahkamah dianalisis. Oleh yang demikian bagi memutuskan 2 soalan yang diutarakan di atas Mahkamah ini berhasrat menilai keterangan dalam kes ini dengan mengambil langkah dwi peringkat. [Bumiputra Commerce ]

Dalam langkah peringkat pertama, Mahkamah ini akan menilai proses

Page 9: Mohd Radi Mohamed Lwn

membuat keputusan (decision making process) dalam prosiding SD tersebut. Manakala dalam langkah peringkat kedua Mahkamah berhasrat menilai merit kes ini melalui keterangan lisan dan dokumentar yang dikemukakan di Mahkamah.

Langkah Peringkat Pertama

Dalam menilai suatu proses SD, Mahkamah ini mengambil maklum bahawa suatu proses membuat keputusan mesti mematuhi prinsip Keadilan Asasi (Natural Justice). Prinsip Keadilan Asasi adalah didokong oleh dua asas yang dijelaskan oleh Privy Council dalam kes Surinder Singh Kanda v. Govt. of Federation of Malaya [1962] MLJ 169 seperti berikut:

(i) Prinsip hak untuk didengar atau prinsip audi alteram partem yang bermaksud tiada sesiapa boleh dihukum tanpa diberi hak membela diri.

(ii) prinsip menentang berat sebelah (bias) atau nemo judex in causa sua yang bermaksud tiada sesiapa boleh menghakimi perkara di mana dia mempunyai kepentingan.

Mahkamah Perusahaan juga telah merujuk kepada prinsip ini dalam konteks SD. Dalam kes Skypak International Sdn. Bhd. and Foong Kah Tin (Award 16 of 1987), dinyatakan (petikan dalam bahasa asal):

"In gist, the principles of natural justice in the context of a disciplinary inquiry maybe stated to be as follows:

(i) that the workman whose conduct or misconduct is being inquired into must have reasonable notice of the case he has to meet.

(ii) that he must have a reasonable opportunity of being heard in his own defence according to the maxim audi alteram partem, and this includes inter alia, the opportunity to face and challenge his accusers,

Page 10: Mohd Radi Mohamed Lwn

witnesses and whatever evidence there is against him and

(iii) that the hearing must be held before an impartial tribunal, ie, a person who is neither directly nor indirectly a party to the case..." [Skypak]

Undang-undang tidak mengharapkan suatu SD memperlihat segala ciri dan karenah yang ada pada suatu perbicaraan formal di Mahkamah (lihat Hj. Ali Hj. Othman v. Telekom Malaysia Bhd. [2003] 3 CLJ 310).

Dalam kes di hadapan saya ini ada isu mengenai kecacatan prosedur SD dibangkitkan iaitu Panel Siasatan Dalaman yang mendapatinya bersalah adalah khilaf dan tidak konsisten dari segi prosedur.

Wakil terpelajar Pihak Menuntut menghujahkan bahawa terdapat kekhilafan prosedur di mana Panel Siasatan Dalaman mendapati secara sebulat suara bahawa tidak ada keputusan yang muktamad diperoleh merujuk kepada ketiga-tiga pertuduhan. Perkara ini telah disahkan oleh COW-4 melalui pemeriksaan balas yang rapi oleh Wakil Pihak Menuntut. COW-4 juga mengesahkan dapatan ini. Melalui Domestik Inquiry Report di mukasurat 46 sehingga 48 COB yang berbunyi "The Panel unanimously found the accused guilty for failing to follow Standard Operations Procedures" for Charges 1 and 2" adalah dibuat oleh Puan Zooridah Harun, Director of Group Corporate Services dan beliau mungkin telah diberi representasi yang khilaf. Oleh yang demikian Mahkamah ini berpendapat terdapat kecacatan prosedur dalam prosiding dan dapatan salah terhadap ketiga-tiga pertuduhan ke atas Pihak Menuntut adalah tidak sah.

Langkah Peringkat Kedua

Memandangkan perbicaraan di hadapan Mahkamah Perusahaan adalah suatu perbicaraan semula maka Pihak Syarikat telah mengemukakan 4 orang saksi untuk membuktikan kesnya. [Wong Yuen Hock, Dreamland, supra ]

Page 11: Mohd Radi Mohamed Lwn

1. SALAHLAKU

Pihak Syarikat telah memanggil 4 orang saksi bagi membuktikan kesnya terhadap Pihak Menuntut.

COW-4, Eksekutif Perhubungan Perusahaan, Modal Insan bagi Pihak Syarikat pada masa yang matan menyatakan beliau telah dilantik sebagai Pengerusi SD untuk mengendalikan 3 pertuduhan yang telah dikenakan terhadap Pihak Menuntut seperti yang berikut:-

TUDUHAN 1

Bahawa anda, Mohd Radi bin Mohamed (No. Kakitangan P1732) pada 02 Jun 2009, sewaktu ditugaskan syif pagi di Stesyen KLCC telah melakukan penyelewengan apabila dengan sengaja melakukan transaksi tiket 'Store Value' secara tidak sah. Anda juga pada tarikh yang sama telah gagal mengisytihar penjualan 17 keping tiket 'Store Value' berjumlah RM944.70 pada Laporan Kutipan Tunai (Cash Collection Report).

TUDUHAN 2

Bahawa anda, Mohd Radi bin Mohamed (No Kakitangan P1732) pada 03 Jun 2009, sewaktu ditugaskan syif pagi di Stesen KLCC telah melakukan penyelewengan apabila dengan sengaja melakukan transaksi tiket 'Store Value' secara tidak sah. Anda juga pada tarikh yang sama telah gagal mengisytihar penjualan 3 keping tiket 'Store Value' berjumlah RM176.00 pada Laporan Kutipan Tunai (Cash Collection Report).

TUDUHAN 3

Bahawa anda, Mohd Radi bin Mohamed (No. Kakitangan 1732) pada 21 Jun 2009, antara jam 2.30 petang hingga jam 3.00 petang bertempat di belakang Bilik Krew Dato' Keramat telah bertindak

Page 12: Mohd Radi Mohamed Lwn

agresif dengan mencekak leher CSA Khairul Asraff bin Zakaria (No. Kakitangan R2847). Anda juga telah memulakan pergaduhan apabila telah menumbuk Khairul Asraff di dalam perbalahan tersebut.

COW-4 mengesahkan Pihak Menuntut ada menghadiri sesi Siasatan Dalaman pada 19.11.2014. COW-4 menyatakan lagi semasa Siasatan Dalaman, Pihak Menuntut tidak mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut. COW-4 menyatakan Pihak Menuntut diberi peluang mengemukakan saksi iaitu Encik Shahbarizam Ahmad dan menyoalbalas saksi-saksi Pihak Syarikat. COW-4 menyatakan di dalam Nota Siasatan Dalaman (mukasurat 43 - 44) Pihak Menuntut didapati bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Laporan dan rumusan Panel Siasatan Dalaman telah dihantar kepada Puan Zooridah Hj. Haroon, Director Shared Services. Keterangan COW-4 ini turut disokong oleh keterangan COW-3 yang merupakan salah seorang Ahli Panel Siasatan Dalaman.

Walaubagaimanapun, keterangan COW-4 semasa pemeriksaan balas adalah berbeza di mana beliau mengesahkan bahawa Panel Siasatan Dalaman sebenarnya mendapati bagi tuduhan pertama dan kedua, Tertuduh bersalah tidak mematuhi polisi dan prosedur yang sedia ada. Bagi pertuduhan ketiga, Panel Siasatan Dalaman mendapati ada pergaduhan dan tolak menolak dan bukan seperti apa yang dinyatakan dalam pertuduhan dan tiada keputusan dibuat terhadap pertuduhan ini.

COW-3, Pengurus Operasi Planning and Logistic telah menjelaskan mengenai prosedur penjualan tiket dan "collectio n" di Syarikat. Beliau mengesahkan penjualan tiket dibuat melalui Passenger Service Machine (PSM) yang dikelolakan oleh Customer Service Assistant (CSA). Tugas CSA adalah apabila memulakan tugas hendaklah membuka kaunter dengan log-in Idnya pada PSM. Setiap transaksi yang dilakukan akan direkodkan dalam PSM. Pada akhir syif (end of shift) laporan akan dikeluarkan oleh PSM. CSA akan istiharkan semua jualan ke Cash Collection Report (CCR) dan disertakanend-of-shift receipts. Kemudian CCR akan diserahkan kepada TCM dan kemudiannya kita buat penyelarasan sebelum diserahkan kepada Finance Department. Selain

Page 13: Mohd Radi Mohamed Lwn

mengelola PSM, CSA juga mengendali counter Touch-n-Go. Ada sistem yang direkodkan setiap transaksi. Dia bertugas pada syif pagi di stesen KLCC.

Berdasarkan keterangan saksi-saksi di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa Pihak Syarikat telah gagal membuktikan kes mereka terhadap Pihak Menuntut bagi pertuduhan pertama dan kedua. Ini kerana pertuduhan pertama dan kedua berasaskan kepada kesalahan "penyelewengan apabila dengan sengaja melakukan transaksi tiket "store value " secara tidak sah". Saksi COW-2 hanya mengesahkan mengenai ketidakpatuhan prosedur kerana menggunakan ID pekerja (CSA) yang lain. Tiada saksi untuk mengesahkan semasa Siasatan Dalaman mahupun semasa perbicaraan di Mahkamah ini bahawa Pihak Menuntut telah melakukan penyelewengan yang dinyatakan dalam pertuduhan itu. Kegagalan memanggil saksi-saksi tersebut telah menjejaskan kes Pihak Syarikat kerana membangkitkan anggapan buruk di bawah seksyen 114 illustrasi (g) Akta Keterangan 1950. Skop pemakaian seksyen ini telah dijelaskan dengan terperinci dalam kes Munusamy v. Public Prosecutor[1987] 1 MLJ 492 di mana diputuskan (dalam bahasa asal):

"It is essential to appreciate the scope of section 114(g) lest it be carried too far outside its limit. Adverse inference under that illustration can only be drawn if there is withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just any document, but material document by a party in his possession, or for non production of not just any witness but an important and material witness to the case."

Bagi pertuduhan ketiga iaitu bertindak agresif dan memulakan pergaduhan, Pihak Syarikat telah memanggil COW-2. COW-2 ialah Operations Supervisor di Syarikat pada masa matan. Beliau mengesahkan kejadian tersebut berlaku pada 21.6.2009 ketika beliau bertugas memberi taklimat pada syif petang di antara jam 2.30 petang dan 3.00 petang. Setelah selesai membuat taklimat beliau mendapati Pihak Menuntut tidak berada dalam sesi taklimat itu. Ketika itu beliau terdengar ada pertelagahan dan beliau nampak Pihak Menuntut menumbuk Khairul Asraff. Tumbukannya terkena pada leher Asraff di bawah

Page 14: Mohd Radi Mohamed Lwn

telinga sebelah kanan dan Asraff membalas tumbukan Radi tetapi tidak mengena. Tangan kiri Pihak Menuntut sedang memegang walkie talkie pada waktu itu. COW-2 bersama-sama 3 CSA cuba meleraikan pergaduhan itu. Beliau seterusnya mengarahkan Asraff beredar dari tempat pergaduhan itu dan beliau telah meneruskan sesi taklimat beliau. Kemudian COW-2 berjumpa dengan Operations Executive, Mohd Syafiq dan tanya kepadanya apa perlu beliau buat. Encik Mohd Syafiq mengarahkan beliau supaya membuat suatu Station Operations Report.

Darjah keterangan COW-2 adalah jelas apa yang dilihat oleh beliau ialah Pihak Menuntut sedang terlibat dalam suatu pergaduhan dengan seorang yang bernama Khairul Asraff. Tidak ada dalam keterangan COW-2 yang menunjukkan Pihak Menuntut telah bertindak agresif dengan mencekak leher CSA Khairul Ashraff bin Zakaria. Keterangan COW-2 juga tidak menyatakan Pihak Menuntut yang telah memulakan pergaduhan tersebut. Malah yang paling penting CSA Khairul Ashraff sendiri enggan hadir ke Siasatan Dalaman untuk memberi keterangan. Semasa perbicaraan di Mahkamah ini juga Pihak Syarikat gagal membawa CSA Khairul Ashraff untuk memberi keterangan. Tanpa keterangan beliau, Mahkamah ini berpendapat Pihak Menuntut hanya bersalah kerana terlibat dalam pergaduhan yang bukan merupakan asas pertuduhan iaitu "bertindak agresif dengan mencekak leher....". Kegagalan Pihak Syarikat memanggil CSA Khairul Ashraff telah membangkitkan anggapan buruk di bawah seksyen 114 illustrasi (g) Akta Keterangan 1950 seperti yang dijelaskan dalam kes Munusamy v. Public Prosecutor, supra.

Setelah memperhalusi rantaian keterangan lisan dan dokumentar yang dikemukakan di Mahkamah ini, saya berpuashati bahawa berdasarkan prinsip Imbangan Kebarangkalian (sila lihat Telekom Malaysia v. Krishnan Kutty, supra ), Pihak Syarikat telah gagal membuktikan Pihak Menuntut bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan.

2. SEBAB ATAU ALASAN ADIL

Memandangkan salahlaku gagal dibuktikan terhadap Pihak Menuntut maka

Page 15: Mohd Radi Mohamed Lwn

seharusnya pemecatan kerjanya adalah tidak berdasarkan sebab atau alasan adil [lihat Milan Auto, supra ]. Mahkamah juga membuat permerhatian bahawa surat rayuan oleh Pihak Menuntut bertarikh 1.1.2010 tidak pernah dijawab oleh Pihak Syarikat. Berdasarkan keterangan COW-1, Eksekutif Perhubungan Perusahaan, Modal Insan rayuan Pihak Menuntut tidak diterima dan Pihak Syarikat memutuskan untuk mengekalkan hukuman pemecatan Pihak Menuntut.

Mahkamah ini sedar usaha mencari keseimbangan dalam mempertahankan hak pekerja dan hak majikan adalah suatu proses yang rumit. Mahkamah ini mengambil perhatian bahawa Majikan mempunyai kuasa prerogatif merekrut dan mempertahankan bakat terbaik dalam pasaran agar mereka boleh berdaya saing. Namun demikian perlu ditekankan pekerja tidak seharusnya dilayan seperti barang atau objek yang boleh dikorbankan. [lihat Naza Motor Trading Sdn. Bhd. v. Abd. Rahman Mohd Sheriff [2005] 1 ILR 868] yang memetik Selwyn dalam bukunya bertajuk The Law of Employment di mukasurat 881. Memetik Mahkamah Persekutuan dalam kes Hong Leong Equipment Sdn. Bhd. v. Liew Fook Chuan [1996] 1 MLJ 481, "the right of livelihood quite apart from being a proprietary right, is one of the fundamental liberties guaranteed under Part II of the Federal Constitution. The expression of "Life" in Art 5(1) of the Federal Constitution is wide enough to encompass right of livelihood. The employee's right to a livelihood should also be protected".

Adalah jelas dari otoriti mantap yang dibincangkan di atas, mata pencarian seseorang pekerja adalah hak yang dipertahankan oleh Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin pekerja dari dianiayai. Dalam kes ini Mahkamah mendapati Pihak Syarikat telah membuat keputusan dan mendapati Pihak Menuntut bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan berdasarkan fakta yang khilaf tanpa mempertimbangkan dapatan yang dibuat oleh Panel Siasatan Dalaman.

Akhir kalam, bertindak mengikut ekuiti, perasaan nurani, dengan mengambilkira merit teguh kes tanpa menghiraukan keteknikan dan bentuk undang-undang section 30(5) Industrial Relations Act 1967 [Act 177], Mahkamah ini mendapati Pihak Syarikat telah gagal membuktikan salahlaku Pihak Menuntut.

Page 16: Mohd Radi Mohamed Lwn

Oleh yang demikian, pemecatan kerja Pihak Menuntut adalah tanpa sebab atau alasan adil. Kes Pihak Menuntut adalah dengan ini dibenarkan.

3. REMEDI

Pihak Menuntut telah memohon dikembalikan ke kedudukan asal di Syarikat tanpa hilang kekananan, upah, elaun dan faedah dengan tunggakan gaji, elaun, bonus dan gantirugi sebagai ganti pengembalian kedudukan asal. (Compensation in lieu of reinstatement). Berdasarkan fakta terpencil kes ini, mengembalikan Pihak Menuntut ke kedudukan asal jawatan tidak selari dengan keharmonian industri. Hubungan kepercayaan dan keyakinan di antara Pihak Menuntut dan Pihak Syarikat telah retak.

Mahkamah Persekutuan dalam kes Dr. A. Dutt v. Assunta Hospital [1981] 1 MLJ 304 memutuskan Mahkamah Perusahaan mempunyai kuasa menganugerahkan gantirugi kewangan jika pengembalian ke kedudukan asal tidak sesuai. Gantirugi dalam keadaan itu terbahagi kepada dua:

(a) Pampasan sebagai gantirugi pengembalian kedudukan asal jawatan

(b) Upah kebelakangan

Lihat juga kes Koperasi Serbaguna Bhd. Sabah v. James Alfred Jabu & Anor [2000] 3 CLJ 758.

(a) Pampasan sebagai gantirugi pengembalian kedudukan asal jawatan

Pihak Menuntut telah bekerja di Syarikat selama 5 tahun iaitu mulai 15.12.2004 sehingga 24.12.2009 berdasarkan tandatangan Pihak Menuntut di surat penamatan kerjanya. Amalan biasa Mahkamah Perusahaan di rantau ini adalah menyandarkan 1 (satu) bulan gaji bagi setiap tahun berkhidmat sebagai multiplicand manakala pendarabnya adalah gaji terakhir pekerja. Gaji terakhir Pihak Menuntut ialah RM1,392.00, oleh yang demikian gantirugi yang dibenarkan oleh Mahkamah ini ialah:

Page 17: Mohd Radi Mohamed Lwn

5 bulan x RM1,392.00 = RM6,960.00

(b) Upah kebelakang:

Section 30(6A) dibaca dengan item 1 Second Schedule Industrial Relations Act 1967 (Act 177) membenarkan upah kebelakang diberikan tertakluk kepada jumlah maksima 24 bulan didarab gaji terakhir pekerja. Potongan boleh dibuat mengambilkira pendapatan pasca pemecatan kerja dan salahlaku sumbangan. Keterangan menunjukkan Pihak Menuntut tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak dipecat kerja oleh Pihak Syarikat. Oleh kerana tiada pendapatan tetap, kehidupannya bergantung kepada isterinya yang bekerja. Oleh itu Mahkamah ini membenarkan upah kebelakangan mengikut kiraan berikut:-

RM1,392.00 x 24 bulan = RM33,408.00

Jumlah : RM6,960.00 + RM33,408.00 = RM40,368.00

4. KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan Mahkamah ini memerintahkan jumlah RM40,368.00 hendaklah dibayar oleh Syarikat kepada Wakil Pihak Menuntut dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh award tertakluk kepada potongan cukai pendapatan dan sumbangan KWSP atau PERKESO di mana berkenaan.

DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH 11hb. MEI 2015

(ASLINA BINTI JONED)PENGERUSI

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

DI KUALA LUMPUR