kps lwn mkzaz & mmr lwn mkzaz... · menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum...

21
1 KPS Lwn MKZAZ & MMR [Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor. Kes Jenayah Bil : 10002-136-0015-2011 & 10002-136-0016-2011] (Tuan Kamarulzaman Bin Ali, HMRS Gombak Barat)] [02 Rabiulawal 1434H bersamaan 14 Januari 2013 M] Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 - Pertuduhan berdasarkan peruntukan Seksyen 12 (c) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 Menghina Pihak Berkuasa Agama (Fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti) Seksyen 46 (c) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995- sama ada elemen membantu pengembangan agama dan elemen menyampaikan ceramah dapat dibutikan. Fakta Kes [1] Dalam kes ini, Tertuduh Pertama telah dipertuduhkan berdasarkan peruntukan Seksyen 12 (c) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 di mana pada 15 Disember 2010 di antara jam 9.00 malam hingga 10.40 malam di dalam sebuah premis beralamat XXX,Taman Seri Gombak, 68100 Batu Caves dalam daerah Gombak Negeri Selangor didapati membantu dalam mengembangkan kumpulan Syiah yang melanggar Fatwa Tentang Fahaman Syiah yang telah diwartakan pada 24 September 1998. [2] Tertuduh Kedua pula telah dipertuduhkan berdasarkan bawah Seksyen 46 (c) dibaca bersama Seksyen 12 (c) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 kerana didapati bersubahat dengan Tertuduh Pertama membantu dalam mengembangkan kumpulan Syiah yang melanggar Fatwa Tentang Fahaman Syiah yang telah diwartakan pada 24 September 1998 dengan cara menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

Upload: doanthien

Post on 11-Mar-2019

283 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KPS Lwn MKZAZ & MMR lwn MKZAZ... · menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen ... dengan apa-apa perbuatan atau ... taklimat berkaitan

1

KPS Lwn MKZAZ & MMR

[Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor. Kes Jenayah Bil : 10002-136-0015-2011 &

10002-136-0016-2011] (Tuan Kamarulzaman Bin Ali, HMRS Gombak Barat)]

[02 Rabiulawal 1434H bersamaan 14 Januari 2013 M]

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 - Pertuduhan berdasarkan peruntukan Seksyen

12 (c) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 – Menghina Pihak Berkuasa Agama (Fatwa

yang dikeluarkan oleh Mufti) – Seksyen 46 (c) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995-

sama ada elemen membantu pengembangan agama dan elemen menyampaikan ceramah dapat

dibutikan.

Fakta Kes

[1] Dalam kes ini, Tertuduh Pertama telah dipertuduhkan berdasarkan peruntukan Seksyen 12 (c)

Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 di mana pada 15 Disember 2010 di antara

jam 9.00 malam hingga 10.40 malam di dalam sebuah premis beralamat XXX,Taman Seri

Gombak, 68100 Batu Caves dalam daerah Gombak Negeri Selangor didapati membantu dalam

mengembangkan kumpulan Syiah yang melanggar Fatwa Tentang Fahaman Syiah yang telah

diwartakan pada 24 September 1998.

[2] Tertuduh Kedua pula telah dipertuduhkan berdasarkan bawah Seksyen 46 (c) dibaca bersama

Seksyen 12 (c) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 kerana didapati bersubahat

dengan Tertuduh Pertama membantu dalam mengembangkan kumpulan Syiah yang melanggar

Fatwa Tentang Fahaman Syiah yang telah diwartakan pada 24 September 1998 dengan cara

menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (c)

Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

Page 2: KPS Lwn MKZAZ & MMR lwn MKZAZ... · menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen ... dengan apa-apa perbuatan atau ... taklimat berkaitan

Diputuskan

Setelah Mahkamah mendengar dan meneliti pertuduhan, fakta kes yang dibentangkan, alasan rayuan

Tertuduh serta hujahan Pendakwa Syarie dan setelah Mahkamah menimbangkan perkara tersebut,

maka Mahkamah memerintahkan seperti berikut:

(1) Mahkamah membatalkan pensabitan ke atas Tertuduh Pertama di bawah Seksyen 12 (c) dan

Tertuduh Kedua di bawah Seksyen 46 (c) yang dibaca bersama Seksyen 12 (c) Enakmen

Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

(2) Mahkamah memerintahkan Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua dilepaskan dan dibebaskan.

Pendakwaan : diwakili oleh Ketua Pendakwa Syarie

Peguam Syarie Tertuduh 1 & 2 : diwakili oleh Tn. Abdul Halim bin Bahari dari Tetuan Azra &

Associates.

Kitab-kitab yang dirujuk

1. Kitab Imam Ibnu Farhun تبصرة الحكام في أصول األقضية ومناهج األحكام, Jilid 1, mukasurat 17.

2. Kitab القواعد الفقهية موسوعة , Jilid 8, muka surat 122

3. Kitab إعالم الموقعين عن رب العالمين karangan Syeikh Ibnul Qayyim Al-Jawziyyah.

Undang-undang yang dirujuk

1. Seksyen 12 (c) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

2. Seksyen 46 (c) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

3. Seksyen 54 Enakmen Tata Cara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

4. Seksyen 96 (f) Enakmen Tata Cara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Page 3: KPS Lwn MKZAZ & MMR lwn MKZAZ... · menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen ... dengan apa-apa perbuatan atau ... taklimat berkaitan

3

Kes-kes yang dirujuk

1. Emperor v. Khwaja Nazir Ahmad [1945] AIR PC 18

2. Hanumat's v. State of M.P. [1953] SCR 1091.

3. Mukhlis Jafar v. PP [2010] 7 CLJ 696

4. Positive Well Marketing Sdn. Bhd. v. Oka Concrete Industries Sdn. Bhd. [2011] 1 LNS 836

5. PP v. Balveer Singh [2009]

6. PP v. Che Saufi Kadir [2005] 8 CLJ 455

7. PP v. Foong Chee Cheong [1970] 1 MLJ 97

8. PP v. KK [2007] 6 CLJ 367

9. PP v. Mohammad Terang bin Amit [1999] 1 MLJ 154

10. PP v. Muhamad Nasir Shaharuddin [1994] 2 MLJ 576

11. Public Prosecutor lwn. Tai Mei Yuen [1990] 1 CLJ 1208

12. Sharad Birdhi Chand Sarda v State Of Maharashtra [1984] AIR 1622

13. Tan Cheng Kooi v. PP [1972] 2 MLJ 115

Lain-lain sumber rujukan

1. Fatwa No. 20 bertarikh pada 24 September 1998.

Penghakiman Tuan Kamarulzaman Bin Ali, HMRS Gombak Barat

[3] Kes ini merupakan kesalahan jenayah syariah berkaitan dengan kesalahan menghina pihak

berkuasa agama sama ada dalam bentuk mengingkari, melanggar atau mempertikaikan

perintah atau arahan Mufti yang dinyatakan melalui Fatwa berdasarkan peruntukan Seksyen

12 (c) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 dan kesalahan bersubahat dengan

sengaja membantu perkara itu di bawah Seksyen 46 (c) dan dibaca bersama Seksyen 12 (c)

Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

[4] Sebagai kemudahan rujukan, saya nyatakan di sini peruntukan Seksyen 12 (c), Seksyen 46 (c)

Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 dan Fatwa tersebut yang telah ditanda sebagai

Eksibit P1 in pleno:

Page 4: KPS Lwn MKZAZ & MMR lwn MKZAZ... · menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen ... dengan apa-apa perbuatan atau ... taklimat berkaitan

Seksyen 12. Menghina pihak berkuasa agama

Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah,

atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan:-

a) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas sifat Baginda

sebagai Ketua agama Islam;

b) Majlis;

c) Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak

melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua

tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 46. Penyubahatan sesuatu perkara.

Seseorang menyubahati pelakuan sesuatu perkara jika dia perkara.

(a) …...…

(b) ………

(c) dengan sengaja membantu, dengan apa-apa perbuatan atau

ketinggalan yang menyalahi undangundang, pelakuan perkara

itu.

Fatwa No. 20 bertarikh warta pada 24 September 1998

Page 5: KPS Lwn MKZAZ & MMR lwn MKZAZ... · menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen ... dengan apa-apa perbuatan atau ... taklimat berkaitan

5

Page 6: KPS Lwn MKZAZ & MMR lwn MKZAZ... · menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen ... dengan apa-apa perbuatan atau ... taklimat berkaitan
Page 7: KPS Lwn MKZAZ & MMR lwn MKZAZ... · menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen ... dengan apa-apa perbuatan atau ... taklimat berkaitan

7

[5] Pertuduhan kes ini telah dibacakan kepada Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua

sebagaimana berikut :-

Page 8: KPS Lwn MKZAZ & MMR lwn MKZAZ... · menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen ... dengan apa-apa perbuatan atau ... taklimat berkaitan

Pertuduhan Pertama (Tertuduh Pertama)

“Bahawa kamu pada 15 Disember 2010 di antara jam 9.00 malam hingga 10.40

malam, di dalam sebuah premis beralamat No. 9C, Jalan SG. 3/16, Taman Seri

Gombak, 68100 Batu Caves dalam daerah Gombak Negeri Selangor didapati

membantu dalam mengembangkan kumpulan Syiah yang melanggar Fatwa

Tentang Fahaman Syiah yang telah diwartakan pada 24 September 1998. Maka

dengan itu, kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(c) Enakmen

Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 dan boleh dihukum mengikut seksyen

dan enakmen yang sama”

Pertuduhan Kedua (Tertuduh Kedua)

Bahawa kamu pada tarikh 15 Disember 2010 di antara jam 9.00 malam hingga

10.40 malam, di dalam sebuah premis beralamat No. 9C, Jalan SG. 3/16, Taman

Seri Gombak, 68100 Batu Caves dalam daerah Gombak Negeri Selangor

didapati bersubahat dengan Mohd Kamil Zuhairi Bin Abd. Aziz membantu

dalam mengembangkan kumpulan Syiah yang melanggar Fatwa Tentang

Fahaman Syiah yang telah diwartakan pada 24 September 1998 dengan cara

menyampaikan ceramah. Maka dengan itu, kamu telah melakukan kesalahan di

bawah Seksyen 46(c) dibaca bersama Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah

Negeri Selangor 1995 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(c) Enakmen

Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

KES DI PERINGKAT PENDAKWAAN

[6] Dalam membuktikan kes pendakwaan, pihak pendakwaan telah memanggil 18 orang saksi

yang terdiri daripada pegawai-pegawai penyiasat yang terlibat secara langsung dengan serbuan

pada malam kejadian, pegawai yang menyelia barang rampasan, saksi awam dan saksi pakar.

Sebanyak 335 eksibit telah diterima masuk sebagai keterangan.

[7] Fakta kes mengikut keterangan saksi-saksi Pendakwa diringkaskan seperti berikut:-

1) Sekitar jam 9 malam pada 15 Disember 2010, taklimat berkaitan operasi

serbuan dibuat di Pejabat Agama Islam Gombak Timur, Keramat yang terdiri

daripada Pegawai-pegawai Penguatkuasa Agama, Polis, Pihak Berkuasa

Page 9: KPS Lwn MKZAZ & MMR lwn MKZAZ... · menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen ... dengan apa-apa perbuatan atau ... taklimat berkaitan

9

Tempatan dan wartawan. Taklimat adalah berkaitan pembahagian tugas

untuk satu serbuan ke atas suatu kumpulan yang disyaki berfahaman Syiah

di Gombak.

2) Selepas taklimat, serbuan terus dibuat ke atas premis XXX, Taman Seri

Gombak, 68100 Batu Caves Selangor.

3) Serbuan ke premis tersebut mendapati terdapat seramai lebih kurang 200

orang hadir bagi satu majlis. Serbuan turut membuat tangkapan ke atas

tertuduh-tertuduh dan membuat rampasan ke atas beberapa barangan di

dalam premis tersebut.

DAPATAN MAHKAMAH

[8] Sebelum Mahkamah membuat apa-apa dapatan ke atas keterangan pihak pendakwaan,

Mahkamah terlebih dahulu ingin menarik perhatian kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh

pihak Pembelaan sepanjang prosiding ini, seriatim.

Isu : Ketiadaan Borang 5

[9] Pihak pembelaan menghujjahkan ketiadaan Borang 5 seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen

54 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor 2003 adalah kecacatan prosidur yang

fatal yang mengakibatkan pertuduhan ke atas tertuduh-tertuduh menjadi tidak berasas. Pihak

pendakwaan menghujjahkan sebaliknya. Mahkamah ini, data venia, tidak bersetuju dengan

hujahan Pembelaan.

[10] Mahkamah berpendapat bahawa ketiadaan Borang 5 di dalam kes ini tidak menjadikan kes

pendakwaan fatal dan bukanlah alasan pertuduhan dibuang begitu sahaja. Borang 5 adalah

penggerak kepada suatu siasatan (it sets investigation into motion). Akan tetapi Borang 5 bukan

pra-syarat sebelum suatu siasatan boleh dijalankan. Mahkamah merujuk kes Tan Cheng Kooi

v. PP [1972] 2 MLJ 115 di mana Chang Min Tat J menyebut verbatim:

Page 10: KPS Lwn MKZAZ & MMR lwn MKZAZ... · menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen ... dengan apa-apa perbuatan atau ... taklimat berkaitan

Although of great importance, the omission of a first information report

does not however appear per se to be fatal to the prosecution.

[11] Nas tersebut menunjukkan, ex visceribus verborum, bahawa ketiadaan First Information Report

atau Borang 5 bukanlah suatu yang fatal kepada kes pendakwaan. (Juga vide PP v. Balveer

Singh [2009], PP v. Foong Chee Cheong [1970] 1 MLJ 97, PP v. Mohammad Terang bin Amit

[1999] 1 MLJ 154 Emperor v. Khwaja Nazir Ahmad [1945] AIR PC 18)

Isu : Eksibit P5 (1) sehingga P5 (295)

[12] Eksibit-eksibit tersebut merupakan gambar digital yang diambil oleh SP4 melalui kamera digital

kemudian dimuatkan ke dalam cakera padat. Pihak pembelaan membantah eksibit-eksibit

tersebut atas alasan kad memori yang menyimpan gambar-gambar tersebut tidak ditunjukkan

ke Mahkamah. Mahkamah menolak bantahan tersebut dan telah menerima masuk sebagai

keterangan kerana :

a) Gambar-gambar tersebut diperkenalkan kepada Mahkamah melalui SP4 yang

merupakan orang yang bertanggungjawab mengambil gambar-gambar tersebut;

b) SP4 juga mengesahkan, under oath, bahawa kamera dan laptop yang digunakan untuk

memindahkan gambar-gambar tersebut berfungsi dengan baik dan di bawah

seliaannya; dan

c) SP4 juga telah menjelaskan bahawa kad memori tidak ditunjukkan kepada Mahkamah

atas sebab kerosakan.

[13] Hakim Hanipah Farikullah di dalam kes Positive Well Marketing Sdn. Bhd. v. Oka Concrete

Industries Sdn. Bhd. [2011] 1 LNS 836 menyatakan:

…in today's modern society where digital technology is vastly used, it is

almost impossible to suggest that memory cards must be provided in court in

all circumstances as primary evidence. Digital photographs in general

should be admitted as evidence provided that the maker of the photographs

is able to attend court to confirm their authenticity under oath. In R v. Tolson

Page 11: KPS Lwn MKZAZ & MMR lwn MKZAZ... · menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen ... dengan apa-apa perbuatan atau ... taklimat berkaitan

11

[1864] F&F 103, the court held that: - "Photographs properly verified on

oath by a person able to speak to their accuracy are generally admissible."

Similarly in Re Stephens LR 9 CP 187, the court held that: - "Photographs of

non-removable records were received, but the accuracy of a photographic

copy, particularly of external objects, must be established on oath, to the

satisfaction of the judge, either by the photographer or someone who can

speak to its correctness."

Isu : Eksibit P17, P18, P19, P20, P22, P24, P35, P36 & P38

[14] Pihak pembelaan semasa perbicaraan membantah eksibit-eksibit tersebut untuk diterima masuk

sebagai keterangan kerana terdapat kecelaruan pada penulis, penandatangan dan pentarikhan.

Mahkamah telah menolak bantahan tersebut dan telah menerima masuk eksibit-eksibit

tersebut. Mahkamah berpendapat bahawa adalah tidak perlu pihak pendakwaan memanggil

kesemua saksi yang ada dalam rantaian keterangan mengenai pergerakan sesuatu eksibit yang

dipertikaikan. Soalan yang penting ialah sama ada eksibit yang dikemukakan dalam

perbicaraan di mahkamah adalah eksibit yang sama yang telah dirampas oleh pegawai penyita

di tempat kejadian. Jika pegawai yang telah merampas eksibit tersebut mengecam eksibit yang

dikemukakan di mahkamah sebagai eksibit yang sama yang telah dirampasnya dari tempat

kejadian ini adalah memadai (Vide Mukhlis Jafar v. PP [2010] 7 CLJ 696).

[15] Tanggungjawab Mahkamah pada peringkat ini adalah seperti diperuntukkan di bawah Sekyen

96 (f) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor 2003 seperti berikut:

Sekyen 96 (f) : Tatacara dalam perbicaraan

(f) jika, selepas mengambil segala keterangan yang disebut dalam perenggan

(c), (d) dan (e), Mahkamah mendapati bahawa tiada kes terhadap tertuduh

telah diwujudkan yang jika tak dipatahkan akan mewajarkan sabitannya,

maka Mahkamah hendaklah merekodkan perintah pembebasan;

Page 12: KPS Lwn MKZAZ & MMR lwn MKZAZ... · menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen ... dengan apa-apa perbuatan atau ... taklimat berkaitan

[16] Dalam menentukan sama ada suatu kes telah diwujudkan terhadap tertuduh atau tidak,

Mahkamah akan melihat sama ada setiap elemen di dalam pertuduhan telah dibuktikan

secukupnya atau tidak melalui keterangan-keterangan pihak pendakwaan.

[17] Setelah Mahkamah meneliti keseluruhan keterangan Pendakwaan, Mahkamah ingin membuat

beberapa dapatan fakta.

[18] Adalah menjadi dapatan spesifik mahkamah ini bahawa tiada keterangan untuk mengaitkan dan

menghubungkan eksibit-eksibit yang diambil di dalam premis kejadian pada malam itu dengan

tertuduh-tertuduh. Eksibit-eksibit P5, P6, P7A, P7B, P8, P9, P10, P11, P12, P13, P14, P15,

P16, P21, P23, P26, P27, P28, P29, P30, P31, P32, P33, P34 dan P37 diambil di dalam premis

No. 9C, Jalan SG. 3/16, Taman Seri Gombak, 68100 Batu Caves Selangor. SP16 ketika disoal

balas:

Pemeriksaan Balas SP16

S : Setuju semua barang-barang kes ini kamu tak dapat siasat milik OKT 1 dan OKT 2?

J: Ini milik OKT1 kerana dia tandatangan borang bongkaran

S : Termasuk buku-buku nota (P37)?

J : Tidak.

S : Ada buat siasatan kepada milik premis itu?

J : Ada.

S : Setuju pemilik premis tersebut adalah sebuah syarikat?

J : Tidak. Milik orang perseorangan.

S : Adakah premis tersebut milik OKT1 atau OKT 2?

J : Tidak.

Soalan Mahkamah

S : Kamu tidak pasti siapa pemilik barang-barang kes ini?

Page 13: KPS Lwn MKZAZ & MMR lwn MKZAZ... · menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen ... dengan apa-apa perbuatan atau ... taklimat berkaitan

13

J : Saya hanya berdasarkan borang bongkaran.

Pemeriksaan Semula SP16

S : Kamu tak tahu milik siapa barang-barang tersebut? Siasatan macam mana yang kamu

buat untuk tentukan pemilik barangbarang kes?

J : Saya tak buat siasatan satu persatu barang-barang kes siapa punya. Walau

bagaimanapun, saya beranggapan kesudian OKT untuk tandatangan borang

memungkinkan dia merupakan pemilik barang-barang tersebut. Kalau dia tak punya

dia tak tandatangan.

[19] Borang bongkaran bukanlah, ipso facto, bukti pemilikan. Mahkamah tidak dapat menerima

penjelasan SP16 ini. Mahkamah tidak dapat memastikan sama ada eksibit-eksibit tersebut

dimiliki oleh tertuduh atau di dalam kawalan tertuduh atau dirujuk oleh tertuduh, atau diajar

oleh tertuduh atau diedar oleh tertuduh atau apa sahaja yang boleh menyimpulkan bahawa

tertuduh membantu dalam mengembangkan kumpulan Syiah. Adalah menjadi dapatan spesifik

Mahkamah ini bahawa tiada sebarang nexus dibuktikan melalui keterangan lansung atau tidak

lansung, antara kedua-dua tertuduh dengan barang-barang kes yang dirampas di premis

tersebut pada malam kejadian.

[20] Seterusnya Mahkamah ingin membuat beberapa cuplikan keterangan saksi-saksi dari rekod

keterangan seperti berikut :-

Pemeriksaan Balas SP1

S : Setuju kamu sebenarnya tidak mendengar apapun masa kamu naik ke premis?

J : Setuju.

S : Kamu ada baca Eksibit P1? Faham?

J : Ya sudah baca. Saya faham P1.

S : Setuju tidak ada satu pun perkara-perkara yang dinyatakan dalam P1 kamu dengar

berlaku dalam premis tersebut?

J : Setuju.

Page 14: KPS Lwn MKZAZ & MMR lwn MKZAZ... · menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen ... dengan apa-apa perbuatan atau ... taklimat berkaitan

S : Setuju kamu sendiri tidak tahu dan tidak faham apakah kesalahan yang dilakukan oleh

tertuduh terhadap P1 ini secara spesifik?

J : Setuju.

Pemeriksaan Balas SP2

S : Berdasarkan pemerhatian kamu, kamu tak pasti apa yang sebenarnya yang melanggar

fatwa?

J : Setuju.

S : Setuju kamu tak faham apa yang tertuduh cakap?

J : Ya.

S : Setuju tertuduh-tertuduh tidak melanggar apa-apa semasa kamu masuk ke premis?

J : Setuju.

Pemeriksaan Balas SP3

S : Setuju berdasarkan pemerhatian kamu yang pertama, tiada apa-apa pelanggaran

kepada fatwa ini oleh kedua-dua tertuduh ini?

J : Setuju.

S : Setuju tidak ada apa-apa yang kamu dengar yang melanggar fatwa?

J : Setuju kerana waktu itu saya tak faham.

Pemeriksaan Semula SP3

S : Apa maksud kamu kata kamu tak ada lihat dan dengar perkaraperkara yang

bertentangan dengan fatwa?

J : Secara khususnya tak ada berlaku pelanggaran waktu itu. Secara umumnya, mereka

memang kelihatan menggambarkan pengikut Syiah contohnya gambar-gambar Imam

Syiah dan perkataan yang menggagungkan Imam Hussin.

Pemeriksaan Utama SP17

S : Apa yang kamu dengar?

Page 15: KPS Lwn MKZAZ & MMR lwn MKZAZ... · menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen ... dengan apa-apa perbuatan atau ... taklimat berkaitan

15

J : Bacaan doa.

S : Selain doa apa lagi?

J : Saya tak sempat dengar lama kemudian serbuan terus datang.

Pemeriksaan Balas SP17

S : Setuju kamu tak pasti dan kamu tak dengar apa yang Tertuduh Pertama dan Tertuduh

Kedua cakap?

J : Ya saya tak pasti

Page 16: KPS Lwn MKZAZ & MMR lwn MKZAZ... · menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen ... dengan apa-apa perbuatan atau ... taklimat berkaitan

[21] Mahkamah mendapati melalui keterangan-keterangan ini bahawa saksi-saksi pendakwaan

tidak dapat menyatakan dan memastikan apa yang sebenarnya diucapkan oleh kedua-dua

tertuduh pada malam kejadian sedangkan saksi-saksi ini adalah terdiri daripada pegawai yang

terlibat secara lansung dengan serbuan pada malam tersebut. Mereka adalah saksi-saksi yang

mustahak yang sepatutnya dapat menjelaskan secara first-hand apa yang sebenarnya dilakukan

oleh kedua-dua tertuduh pada malam kejadian itu. Maka adalah menjadi dapatan spesifik

Mahkamah ini bahawa tiada sebarang keterangan lansung atau tidak langsung yang

menunjukkan apa yang sebenarnya yang dilakukan oleh OKT 1 dan OKT 2 semasa kejadian.

[22] Mahkamah mendapati pasukan serbuan pada malam tersebut telah bertindak terlalu cepat untuk

menangkap (too quick to arrest) dan sepatutnya menunggu lebih lama dan membuat perhatian

apakah sebenarnya yang dilakukan dan disampaikan oleh Tertuduh Pertama dan kedua pada

malam kejadian.

[23] Pendakwaan berhujah dengan merujuk keterangan SP18 yang mengatakan perhimpunan pada

malam tersebut merupakan perhimpunan kumpulan Syiah. Mahkamah tidak menolak, atas

dapatan fakta dan keterangan, bahawa perhimpunan pada malam tersebut adalah perhimpunan

yang ada kaitan dengan Fahaman Syiah. Fakta ini jelas terbuktikan melalui keterangan Saksi

Pakar SP18 setelah dirujukkan dengan barang-barang kes yang dirampas di dalam premis

tersebut. Namun bukan elemen fahaman Syiah sahaja yang menjadi intipati pertuduhan dan

perlu dibuktikan tapi juga elemen “membantu mengembangkan” dan elemen “menyampaikan

ceramah” juga perlu dibuktikan kerana itu juga intipati pertuduhan.

[24] Pendakwaan juga berhujah pada muka surat 25, 26 & 27 yang menyatakan, inter alia, qarinah

yang menunjukkan kedua-dua tertuduh berada di hadapan dan di depan sejumlah hadirin,

merupakan qarinah kuat menunjukkan tindakan membantu mengembangkan. Dengan penuh

hormat, Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan ini yang tidak disokong dengan sebarang

otoriti. Pendakwaan tidak menunjukkan di bawah peruntukan mana di bawah Enakmen

Keterangan Mahkamah Syariah yang menjadikan kedudukan atau posisi seseorang itu menjadi

suatu qarinah atau fakta relevan. Fakta yang menunjukkan keberadaan tertuduh di hadapan

khalayak adalah terlalu asing dan jauh untuk menyimpulkan bahawa mereka sedang

mengembangkan kumpulan Syiah. Jika diterima hujahan ini, maka khalayak ramai juga itu

Page 17: KPS Lwn MKZAZ & MMR lwn MKZAZ... · menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen ... dengan apa-apa perbuatan atau ... taklimat berkaitan

juga boleh dikatakan mengembangkan kumpulan Syiah kerana merekalah yang sebenarnya

berada di hadapan kedua-dua tertuduh.

[25] Jika hendak dikatakan ia suatu qarinah sekalipun. Maka adalah menjadi prinsip mantap bahawa

untuk menggunapakai qarinah sedemikian, qarinah tersebut mestilah kompak/kuat hingga ke

tahap di mana tiada sebarang inferen dan kesimpulan lain melainkan inferen bahawa tertuduh

melakukan perbuatan tersebut.

[26] In casu, adalah jelas kepada Mahkamah bahawa keterangan dalam kes ini, setelah diambil kira

dan dinilai secara kumulatif bukanlah sebegitu rupa sehingga cuma satu inferen semata-mata

boleh dibuat, iaitu, bahawa Tertuduh Pertama sedang membantu mengembangkan Kumpulan

Syiah dan Tertuduh Kedua sedang menyampaikan ceramah. Malah, tidak diketahui apakah

status, peranan dan kedudukan kedua-dua Tertuduh di premis tersebut pada masa kejadian.

Mereka bukanlah pihak yang mempunyai pengurusan dan jagaan ke atas premis berkenaan,

bukan juga penganjur, atau menggunakan barang-barang kes sebagai alat bantuan mereka.

Persoalan bagaimana Tertuduh Pertama membantu mengembangkan kumpulan Syiah semasa

kejadian tidak dapat dijawab. Dan persoalan apakah tindakan Tertuduh Kedua yang boleh

menjadikannya particeps criminis tidak dapat dijelaskan. Qarinah-qarinah yang cuba dikaitkan

oleh pihak pendakwaan adalah terlalu remote dan adalah tidak selamat bagi Mahkamah

membuat keputusan berdasarkan qarinah sebegini.

[27] Mahkamah merujuk ipsissima verba Hakim Ahmad Maarop dalam kes PP v. KK [2007] 6 CLJ

367 yang menyatakan:

Ertinya, keterangan circumstantial hendaklah dilihat dan dinilaikan

bersekali. Setiap keterangan circumstantial saling sokong menyokong

antara satu dengan lain. Kuat atau tidaknya keterangan circumstantial itu

bergantung kepada kesan keseluruhan (cumulative effectnya). Persoalan

yang mesti ditanya ialah apakah kesan keseluruhan keterangan

circumstantial itu? Adakah kesan keseluruhan (cumulative effect)

keterangan circumstantial dalam sesuatu kes itu membawa kepada hanya

satu kesimpulan, iaitu, orang yang kena tuduhlah yang melakukan

Page 18: KPS Lwn MKZAZ & MMR lwn MKZAZ... · menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen ... dengan apa-apa perbuatan atau ... taklimat berkaitan

kesalahan yang menjadi subjek pertuduhan itu? Atau adakah terdapat

penjelasan bagi keterangan tersebut.

[28] Mahkamah juga ingin merujuk kes Sharad Birdhi Chand Sarda v State Of Maharashtra [1984]

AIR 1622, di mana Mahkamah Agong menyatakan:

Before a case against an accused vesting on circumstantial evidence can

be said to be fully established the following conditions must be fulfilled as

laid down in Hanumat's v. State of M.P. [1953] SCR 1091.

1. The circumstances from which the conclusion of guilt is to be

drawn should be fully established;

2. The facts so established should be consistent with the hypothesis

of guilt and the accused, that is to say, they should not be

explainable on any other hypothesis except that the accused is

guilty;

3. The circumstances should be of a conclusive nature and tendency;

4. They should exclude every possible hypothesis except the one to

be proved; and

5. There must be a chain of evidence so complete as not to leave any

reasonable ground for the conclusion consistent with the

innocence of the accused and must show that in all human

probability the act must have been done by the accused.

[29] Mahkamah ini berpendapat bahawa rantaian keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan

adalah tidak lengkap dan telah membiarkan alasan munasabah untuk memutuskan bahawa

tertuduh pada tarikh dan waktu seperti dipertuduhkan, kedua-dua tertuduh tidak membantu

mengembangkan kumpulan Syiah dan menyampaikan ceramah. Kelompangan ini tidak dapat

ditampung oleh Mahkamah tanpa sebarang keterangan. Mahkamah tidak boleh membuat

sebarang inferen atau anggapan fakta hanya berdasarkan tekaan semata atau berdasarkan

keterangan tidak lansung yang lemah. “Realm of conjecture has no legal consideration and

cannot be substituted for realm of proof” (PP v. Che Saufi Kadir [2005] 8 CLJ 455).

Page 19: KPS Lwn MKZAZ & MMR lwn MKZAZ... · menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen ... dengan apa-apa perbuatan atau ... taklimat berkaitan

[30] Mahkamah ini mendapati bahawa pasukan siasatan dan serbuan gagal menjalankan siasatan

dengan lebih terperinci, komprehensif dan mendalam untuk mendapatkan keterangan-

keterangan yang penting bagi menambah, mengukuhkan dan menguatkan keterangan ikut

keadaan. Serbuan yang tergopoh gapah menyebabkan rantaian keterangan menjadi tidak

lengkap dan meninggalkan gap. Lemahnya siasatan boleh dilihat apabila pendakwaan

bergantung banyak pada keterangan ikut keadaan padahal pasukan yang terlibat pada malam

operasi ramai dan saksi-saksi pendakwaan hampir 16 orang adalah saksi mata dan telinga yang

berada pada masa dan tempat kejadian. Sepatutnya, pendakwaan boleh banyak bergantung

kepada keterangan mereka. Tapi malang sekali, siasatan kes yang lemah oleh pasukan siasatan

dan serbuan menyebabkan pihak lain yang menerima akibatnya di mana manfaat sebarang

keraguan harus diberi kepada tertuduh. Di mahkamah, keterangan ditimbang, bukan dibilang.

Di dalam obiter, Mahkamah ini memperingatkan agensi siasatan, dalam mengendalikan

serbuan dan mengendalikan barang-barang kes agar lebih efektif, lebih cermat dan lebih tuntas.

[31] Pihak Pendakwaan juga tidak boleh mengelak daripada tanggungjawab dan tugasnya untuk

membuktikan setiap intipati pertuduhan seperti dikehendaki dari segi undang-undang. Dalam

kes PP v. Muhamad Nasir Shaharuddin [1994] 2 MLJ 576, Hakim Visu Sinnadurai berkata:

“.. . an accused per son cannot be convicted of any offence with which he

is charged unless it has been established by the prosecution that each one

of the factual ingredients which are included in the legal definition of that

specific offence was present in the case that has been brought against him

by the prosecution ….”

[32] Pihak pembelaan berhak mengambil kesempatan ke atas setiap kelemahan di pihak

pendakwaan. Hakim Edgar Joseph Jr. H dalam kes Public Prosecutor lwn. Tai Mei Yuen [1990]

1 CLJ 1208 berkata:

... the defence were perfectly entitled to take advantage of any frailty which

appeared in the prosecution case. Furthermore, where the evidence is

circumstantial, the court is not at liberty to bridge any material gap in the

chain of evidence for this would amount to relaxing the requirements of

strict proof in a criminal case.

Page 20: KPS Lwn MKZAZ & MMR lwn MKZAZ... · menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen ... dengan apa-apa perbuatan atau ... taklimat berkaitan

[33] Sekalipun menjadi sebahagian dapatan Mahkamah bahawa perhimpunan pada malam kejadian

tersebut mempunyai kaitan somehow dengan fahaman Syiah, namun masih wujud intipati-

intipati lain di dalam pertuduhan yang tidak dapat dibuktikan kerana kekurangan keterangan.

Perlu diigat bahawa Mahkamah membuat keputusan berdasarkan keterangan yang ada di

hadapannya. Bukanlah tugas Mahkamah untuk bergerak di luar rekod keterangan di

hadapannya bagi tujuan menampung sebarang jurang yang wujud. Prinsip berkaitan hakim

tidak boleh memutuskan sesuatu yang tidak dibawa kepada perhatiannya sudah mantap. Prinsip

ini ada disebut oleh Imam Ibnu Farhun di dalam kitabnya, تبصرة الحكام في أصول األقضية ومناهج

:jilid 1, m/s 17, katanya ,األحكام

وأما القاضي فال يحكم إال فيما رفع إليه

[34] Al-Syeikh Dr. Muhammad Sidqi Al-Burnu juga ada menukilkan satu maxim perundangan

berkaitan isu ini di dalam kitabnya موسوعة القواعد الفقهية , Jilid 8, muka surat 122 :-

القاضي مأمور باتباع الظاهر

[35] Dr. Mahmood Muhamad Nasir Barakat, supra, juga ada mengungkap satu maxim yang

dipetiknya daripada kitab إعالم الموقعين عن رب العالمين karangan Syeikh Ibnul Qayyim Al-

Jawziyyah, viz :

األحكام تجري على الظواهر

[36] Hakim VT Singham dalam kes PP v. Che Saufi Kadir [2005] 8 CLJ 455 ada menyebut seperti

berikut:

The requirement of strict proof in a criminal case cannot be relaxed to

bridge any material gap in the prosecution evidence. Irrespective of

whether the court is otherwise convinced in its own mind of the guilt or

innocence of an accused, its decision must be based on the evidence

adduced and nothing else.

Page 21: KPS Lwn MKZAZ & MMR lwn MKZAZ... · menyampaikan ceramah dan dengan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen ... dengan apa-apa perbuatan atau ... taklimat berkaitan

[37] Mahkamah ini berpendapat jika di dalam suatu kes terdapat lompang dalam kes pendakwaan

atau keterangan yang diberikan membenarkan lebih dari satu inferen, maka bolehlah dikatakan

tiada kes telah berjaya diwujudkan ke atas si tertuduh. In casu, secara ringkasnya, Mahkamah

mendapati elemen-elemen di dalam pertuduhan telah dibuktikan secukupnya melainkan

elemen “membantu mengembangkan” bagi pertuduhan pertama dan elemen “menyampaikan

ceramah” bagi pertuduhan yang kedua. Ini telah menyebabkan satu lompang (gap) yang serius

dalam kes pendakwaan.

[38] In finé, setelah Mahkamah menghalusi keseluruhan keterangan dan mendengar serta

mengamati penghujahan lisan dan bertulis kedua-dua belah pihak, Mahkamah mendapati pihak

pendakwaan telah gagal membuktikan wujudnya kes atas kedua-dua tertuduh. Oleh yang

demikian, Mahkamah memeritahkan Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua dilepaskan dan

dibebaskan.

KEPUTUSAN

Setelah Mahkamah mendengar dan meneliti pertuduhan, fakta kes yang dibentangkan, alasan rayuan

Tertuduh serta hujahan Pendakwa Syarie dan setelah Mahkamah menimbangkan perkara tersebut,

maka Mahkamah memerintahkan seperti berikut:

(1) Mahkamah membatalkan pensabitan ke atas Tertuduh Pertama di bawah Seksyen 12 (c) dan

Tertuduh Kedua di bawah Seksyen 46 (c) yang dibaca bersama Seksyen 12 (c) Enakmen Jenayah

Syariah Negeri Selangor 1995.

(2) Mahkamah memerintahkan Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua dilepaskan dan dibebaskan.