modul separation

17
MODUL/SUBMODUL/FUNGSI : MODUL SEPARATION 1.0 PENGENALAN 1.1 Modul Penamatan Perkhidmatan adalah salah satu daripada 14 modul yang telah dibangunkan di dalam HRMIS. Pelaksanaan modul ini akan membantu pengurus sumber manusia dalam urusan peralihan keluar pegawai dan memberikan maklumat kepada Kerajaan untuk menilai trend dan pola penamatan perkhidmatan dalam sektor awam. Fungsi dan urusan yang dilaksanakan ini telah dibangunkan berasaskan kepada dasar dan peraturan perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang sedang berkuat kuasa. Oleh itu anggota berpencen adalah tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. Objektif: memudahkan urusan peralihan keluar Pemilik Kompetensi (Penjawat Awam) dari perkhidmatan kerajaan menguruskan Penamatan Perkhidmatan, sama ada secara Sukarela, Paksa, Penswastaan dan Atas Sebab Kematian Pemilik Kompetensi dari sesebuah organisasi secara dalam talian melalui aplikasi HRMIS menyediakan maklumat untuk menilai trend dan pola penamatan perkhidmatan dalam sektor awam Faedah: Individu : Kemudahan ‘One-stop centre’ bagi membolehkan Pemilik Kompetensi menyemak faedah persaraan dan memulakan proses permohonan penamatan perkhidmatannya. Pengurusan Sumber Manusia : Kemudahan bagi meramal bilangan penjawat awam yang akan tamat perkhidmatan dan seterusnya membantu dalam perancangan pengambilan dan penempatan semula penjawat awam ke jawatan-jawatan yang dikosongkan. Organisasi : Menggalakkan kesinambungan yang lancar melalui proses penyerahan tugas kepada pegawai-pegawai yang mengisi jawatan yang dikosongkan hasil dari penamatan perkhidmatan. 2.0 FUNGSI-FUNGSI 2.1 1. Maklumat Asas Bakal Pesara Maklumat yang dihantar oleh agensi, sebelum persaraan Perlu bagi Bahagian Pasca Perkhidmatan menghantar maklumat ke KWSP 2.2 2. Percantuman Perkhidmatan Lepas

Upload: vudieu

Post on 14-Jan-2017

273 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: MODUL SEPARATION

MODUL/SUBMODUL/FUNGSI : MODUL SEPARATION

1.0 PENGENALAN

1.1 Modul Penamatan Perkhidmatan adalah salah satu daripada 14 modul yang telah dibangunkan di dalam HRMIS. Pelaksanaan modul ini akan membantu pengurus sumber manusia dalam urusan peralihan keluar pegawai dan memberikan maklumat kepada Kerajaan untuk menilai trend dan pola penamatan perkhidmatan dalam sektor awam. Fungsi dan urusan yang dilaksanakan ini telah dibangunkan berasaskan kepada dasar dan peraturan perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang sedang berkuat kuasa. Oleh itu anggota berpencen adalah tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

Objektif: memudahkan urusan peralihan keluar Pemilik Kompetensi (Penjawat

Awam) dari perkhidmatan kerajaan menguruskan Penamatan Perkhidmatan, sama ada secara Sukarela,

Paksa, Penswastaan dan Atas Sebab Kematian Pemilik Kompetensi dari sesebuah organisasi secara dalam talian melalui aplikasi HRMIS

menyediakan maklumat untuk menilai trend dan pola penamatan perkhidmatan dalam sektor awam

Faedah: Individu : Kemudahan ‘One-stop centre’ bagi membolehkan Pemilik

Kompetensi menyemak faedah persaraan dan memulakan proses permohonan penamatan perkhidmatannya.

Pengurusan Sumber Manusia : Kemudahan bagi meramal bilangan penjawat awam yang akan tamat perkhidmatan dan seterusnya membantu dalam perancangan pengambilan dan penempatan semula penjawat awam ke jawatan-jawatan yang dikosongkan.

Organisasi : Menggalakkan kesinambungan yang lancar melalui proses penyerahan tugas kepada pegawai-pegawai yang mengisi jawatan yang dikosongkan hasil dari penamatan perkhidmatan.

2.0 FUNGSI-FUNGSI

2.1 1. Maklumat Asas Bakal Pesara

Maklumat yang dihantar oleh agensi, sebelum persaraan

Perlu bagi Bahagian Pasca Perkhidmatan menghantar maklumat ke KWSP

2.2 2. Percantuman Perkhidmatan Lepas

Page 2: MODUL SEPARATION

Proses mengagregatkan tempoh perkhidmatan sekarang dengan tempoh perkhidmatan lepas dalam perkhidmatan Angkatan Tentera bagi membolehkan keseluruhan tempoh perkhidmatan tersebut diambil kira untuk tujuan faedah persaraan atau faedah terbitan di bawah undang-undang pencen

2.3 3. Penamatan Perkhidmatan Sukarela

Penamatan Perkhidmatan atas kehendak Pemilik Kompetensi sendiri iaitu bersara pilihan, menamatkan kontrak atau meletakkan jawatan

2.4 4. Penamatan Perkhidmatan Paksa

Penamatan perkhidmatan yang diwajibkan oleh Kerajaan atas alasan tertentu iaitu dibuang kerja, ditamatkan kontrak, persaraan paksa, persaraan atas kehendak Kerajaan dan persaraan setelah dilantik untuk berkhidmat dalam pertubuhan

2.5 5. Penamatan Perkhidmatan atas sebab kematian

Kematian Pemilik Kompetensi semasa dalam perkhidmatan

2.6 6. Penswastaan

Proses menguruskan penamatan perkhidmatan Pemilik Kompetensi bagi agensi awam yang diswastakan atau dikorporatkan

2.7 7. Melaksanakan penamatan perkhidmatan

Proses umum yang dilaksanakan oleh Pengurus Sumber Manusia apabila Pemilik Kompetensi meninggalkan perkhidmatan awam sama ada secara paksa, sukarela dan kematian

3.0 PERANAN

3.1

1. Urusan Penghantaran Maklumat Asas Bakal Pesara

Tempoh Aktiviti Tindakan Peranan Dalam HRMIS

Selewatlewatnya dua (2) tahun sebelum tarikh persaraan

i. Memilih anggota yang akan bersara mengikut bulan persaraan

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

ii. Memapar dan menyemak maklumat bakal pesara Sekiranya terdapat perubahan maklumat, sila kemas kini di modul berkaitan

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan Pentadbir modul berkaitan

iii. Menghantar maklumat asas Pengurus Pentadbir

Page 3: MODUL SEPARATION

bakal pesara ke Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA melalui integrasi HRMIS – POWER

Sumber Manusia

Penamatan Perkhidmatan

iv. Mencetak borang Urusan Maklumat Asas Bakal Pesara Melalui Aplikasi HRMIS (JPA.BP.HRMIS03)

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

v. Menghantar borang JPA.BP.HRMIS03 yang telah dicetak berserta dengan dokumen sokongan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

2. Urusan Permohonan Percantuman Perkhidmatan Lepas

Tempoh Aktiviti

Tindakan Peranan Dalam HRMIS

Selewatlewatnya dua (2) tahun sebelum tarikh persaraan

i. Memohon percantuman perkhidmatan lepas melalui HRMIS

Anggota / Pengurus Sumber Manusia

Pemilik Kompetensi /Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

ii. Memperakukan permohonan percantuman perkhidmatan lepas

Pengurus Sumber Manusia

Pengesah Penamatan Perkhidmatan

iii. Menghantar maklumat permohonan percantuman perkhidmatan lepas ke Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA melalui integrasi HRMIS – POWER

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

iv. Mencetak dan melengkapkan borang Urusan Percantuman Perkhidmatan Lepas Melalui Aplikasi HRMIS (JPA.BP.HRMIS04)

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

v. Menghantar borang JPA.BP.HRMIS04 yang telah dicetak berserta dengan dokumen sokongan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

Tujuh (7) hari selepas dokumen lengkap diterima oleh

i. Meluluskan permohonan percantuman perkhidmatan lepas melalui sistem POWER oleh Bahagian Pasca

Perkhidmatan, JPA Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

Pihak Melulus Penamatan Perkhidmatan

Page 4: MODUL SEPARATION

Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

ii. Melaksanakan penghantaran maklumat kelulusan permohonan percantuman perkhidmatan lepas melalui integrasi POWER – HRMIS Nota : Hardcopy penyata kelulusan permohonan percantuman perkhidmatan lepas akan dihantar oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA kepada bakal pesara dan agensi

Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

Pihak Melulus Penamatan Perkhidmatan

Tujuh (7) hari selepas dokumen lengkap diterima oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

i. Melaksanakan penerimaan maklumat kelulusan permohonan percantuman perkhidmatan lepas melalui integrasi POWER – HRMIS

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Integrasi (Penamatan Perkhidmatan)

ii. Memapar maklumat kelulusan permohonan percantuman perkhidmatan lepas

Anggota / Pengurus Sumber Manusia

Pemilik Kompetensi / Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

3. Urusan Persaraan Kerana Mencapai Umur 55/56/58 Tahun

Tempoh Aktiviti

Tindakan Peranan Dalam HRMIS

Sekurangkurangnya enam (6) bulan sebelum tarikh persaraan

i. Mula mencapai Menu Modul Penamatan Perkhidmatan dalam HRMIS

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

ii. Mengenal pasti anggota yang akan bersara dalam tempoh 6 bulan sebelum mencapai umur 55/56/58 tahun dan memberitahu anggota berkenaan

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

iii. Mengesahkan anggota yang akan bersara

Pengurus Sumber Manusia

Pengesah Penamatan Perkhidmatan

iv. Mengemas kini maklumat alamat selepas bersara dan akaun bank

Anggota / Pengurus Sumber Manusia

Pemilik Kompetensi / Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

v. Mengesahkan maklumat alamat selepas bersara dan akaun bank

Pengurus Sumber Manusia

Pengesah Penamatan Perkhidmatan

Page 5: MODUL SEPARATION

vi. Mencetak surat ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) melalui HRMIS dan menghantarnya ke agensi tersebut

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

vii. Merekodkan maklumat hutang setelah menerima penyata daripada LHDN dan BPP Sekiranya tiada maklumat hutang diterima dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh bersara, terus ke aktiviti berikutnya

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

Tiga (3) bulan sebelum tarikh persaraan

i. Memapar dan menyemak maklumat bakal pesara Sekiranya terdapat perubahan maklumat, sila kemas kini di modul berkaitan

Pengurus Sumber Manusia Pentadbir

Penamatan Perkhidmatan Pentadbir modul berkaitan

ii. Menghantar maklumat bakal pesara ke Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA melalui integrasi HRMIS – POWER

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

iii. Mencetak dan melengkapkan borang Urusan Persaraan Dan Pencen Melalui Aplikasi HRMIS (JPA.BP.HRMIS01)

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

iv. Menghantar borang JPA.BP.HRMIS01 yang telah dicetak berserta dengan dokumen sokongan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

Dua (2) bulan selepas dokumen lengkap diterima oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

i. Meluluskan faedah persaraan melalui sistem POWER oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

Pihak Melulus Penamatan Perkhidmatan

ii. Melaksanakan penghantaran maklumat kelulusan faedah persaraan melalui integrasi POWER – HRMIS Nota : Hardcopy penyata kelulusan faedah persaraan akan dihantar oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan,

Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

Pihak Melulus Penamatan Perkhidmatan

Page 6: MODUL SEPARATION

JPA kepada anggota dan agensi

Dua (2) bulan selepas dokumen lengkap diterima oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

i. Melaksanakan penerimaan maklumat kelulusan faedah persaraan melalui integrasi POWER – HRMIS

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Integrasi (Penamatan Perkhidmatan)

ii. Memapar maklumat kelulusan faedah persaraan

Anggota / Pengurus Sumber Manusia

Pemilik Kompetensi / Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

4. Urusan Permohonan Persaraan Pilihan

Tempoh Aktiviti

Tindakan Peranan Dalam HRMIS

Sekurang - kurangnya enam (6) bulan sebelum tarikh persaraan pilihan

i. Memohon bersara pilihan melalui HRMIS

Anggota

Pemilik Kompetensi

ii. Mengesah permohonan yang dibuat oleh anggota

Pengurus Sumber Manusia

Pengesah Penamatan Perkhidmatan

iii. Menyemak sama ada anggota masih terikat dengan ikatan kontrak biasiswa /pinjaman pengajian dan merekodkannya dalam HRMIS

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Ikatan

iv. Memperakukan/tidak memperakukan permohonan anggota Permohonan yang diperakukan bagi : a) Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri, terus ke aktiviti v dan seterusnya b) Selain pegawai Perkhidmatan Awam Negeri, terus ke aktiviti vi dan seterusnya

Pengurus Sumber Manusia

Pihak Memperaku Penamatan Perkhidmatan

Nota : Permohonan yang tidak diperakukan bagi semua jenis perkhidmatan, hantar permohonan kepada Pihak Berkuasa Melulus secara offline. Keputusan Pihak Berkuasa Melulus perlu dihantar kepada anggota dan agensi serta mengambil

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbiran Penamatan Perkhidmatan

Page 7: MODUL SEPARATION

tindakan berikut: _ Tidak diluluskan - tiada maklumat yang perlu direkodkan dalam HRMIS _ Diluluskan - maklumat kelulusan perlu direkodkan dalam HRMIS bagi tujuan memutuskan sandangan anggota

v. Meluluskan permohonan persaraan pilihan pegawai Perkhidmatan Awam Negeri

Pihak Berkuasa Melulus

Pihak Melulus Penamatan Perkhidmatan

vi. Mengemas kini maklumat alamat selepas bersara dan akaun bank

Anggota / Pengurus Sumber Manusia

Pemilik Kompetensi / Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

vii. Mengesahkan maklumat alamat selepas bersara dan akaun bank

Pengurus Sumber Manusia

Pengesah Penamatan Perkhidmatan

viii. Mencetak surat ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) melalui HRMIS dan menghantarnya ke agensi tersebut

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

x. Merekodkan maklumat hutang setelah menerima penyata daripada LHDN dan BPP Sekiranya tiada maklumat hutang diterima dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh bersara, terus ke aktiviti berikutnya

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

Tidak lewat dari tiga (3) bulan sebelum tarikh persaraan yang dipohon

i. Memapar dan menyemak maklumat bakal pesara Sekiranya terdapat perubahan maklumat, sila kemas kini di modul berkaitan

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan Pentadbir modul berkaitan

ii. Menghantar maklumat bakal pesara ke Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA melalui integrasi HRMIS – POWER

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

Page 8: MODUL SEPARATION

iii. Mencetak dan melengkapkan borang Urusan Persaraan dan Pencen Melalui Aplikasi HRMIS (JPA.BP.HRMIS01)

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

iv. Menghantar borang JPA.BP.HRMIS01 yang telah dicetak berserta dengan dokumen sokongan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

Tiga (3) hari bekerja selepas data dan dokumen lengkap diterima

i. Meluluskan persaraan pilihan ii. Melaksanakan penghantaran maklumat kelulusan persaraan pilihan melalui integrasi POWER – HRMIS Nota : Hardcopy kelulusan persaraan akan dihantar oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA kepada bakal pesara dan agensi

Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

Pihak Melulus Penamatan Perkhidmatan

iii. Melaksanakan penerimaan maklumat kelulusan persaraan pilihan melalui integrasi POWER – HRMIS di agensi

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Integrasi (Penamatan Perkhidmatan)

Dua (2) bulan selepas dokumen lengkap diterima oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

i. Meluluskan faedah persaraan melalui sistem POWER oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

Pihak Melulus Penamatan Perkhidmatan

ii. Melaksanakan penghantaran maklumat kelulusan faedah persaraan melalui integrasi POWER – HRMIS Nota : Hardcopy penyata kelulusan faedah persaraan akan dihantar oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA kepada bakal pesara dan agensi

Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

Pihak Melulus Penamatan Perkhidmatan

Dua (2) bulan i. Melaksanakan penerimaan Pengurus Pentadbir

Page 9: MODUL SEPARATION

selepas dokumen lengkap diterima oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

maklumat kelulusan faedah persaraan melalui integrasi POWER – HRMIS

Sumber Manusia

Integrasi (Penamatan Perkhidmatan)

ii. Memapar maklumat kelulusan faedah persaraan

Anggota / Pengurus Sumber Manusia

Pemilik Kompetensi / Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

5. Urusan Merekodkan Maklumat Kematian

Tempoh Aktiviti

Tindakan Peranan Dalam HRMIS

Selewat– lewatnya lima (5) hari selepas tarikh kematian anggota

i. Merekodkan maklumat kematian dalam HRMIS

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

ii. Mengesahkan maklumat kematian

Pengurus Sumber Manusia

Pengesah Penamatan Perkhidmatan

iii. Mengemas kini maklumat alamat dan akaun bank orang tanggungan yang layak faedah terbitan

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

iv. Mengesah maklumat alamat dan akaun bank orang tanggungan yang layak faedah terbitan

Pengurus Sumber Manusia

Pengesah Penamatan Perkhidmatan

v. Mencetak surat ke LHDN dan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) melalui HRMIS dan menghantarnya ke agensi tersebut

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

vi. Memapar dan menyemak maklumat gemulah dan orang tanggungan yang layak faedah terbitan Sekiranya terdapat perubahan maklumat, sila kemas kini di modul berkaitan

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan Pentadbir modul berkaitan

vii. Menghantar maklumat gemulah dan orang tanggungan yang layak faedah terbitan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA melalui integrasi HRMIS

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

Page 10: MODUL SEPARATION

– POWER

vi. Mencetak dan melengkapkan borang Urusan Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam Perkhidmatan Melalui Aplikasi HRMIS (JPA.BP.HRMIS02)

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

vii. Menghantar borang JPA.BP.HRMIS02 berserta dengan dokumen sokongan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

Selewat-lewatnya lima (5) hari selepas dokumen lengkap diterima oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

i. Meluluskan faedah terbitan melalui sistem POWER oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

Pihak Melulus Penamatan Perkhidmatan

ii. Melaksanakan penghantaran maklumat kelulusan faedah terbitan melalui integrasi POWER – HRMIS Nota : Hardcopy penyata kelulusan faedah terbitan akan dihantar oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA kepada orang tanggungan yang layak faedah terbitan dan agensi

Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

Pihak Melulus Penamatan Perkhidmatan

iii. Melaksanakan penerimaan maklumat kelulusan faedah terbitan melalui integrasi POWER – HRMIS

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Integrasi (Penamatan Perkhidmatan)

iv. Memapar maklumat kelulusan faedah terbitan

Pengurus Sumber Manusia

Pentadbir Penamatan Perkhidmatan

4.0 FAQ – punca masalah, penyelesaian masalah/ aliran kerja / Kes

4.1 Apakah objektif Modul Penamatan Perkhidmatan?

Objektif modul ini adalah seperti berikut:

a) Memudahkan urusan peralihan keluar Pemilik Kompetensi dari perkhidmatan kerajaan

Page 11: MODUL SEPARATION

dilaksanakan secara dalam talian; dan

b) Menyediakan maklumat untuk memahami dan menilai pola penamatan perkhidmatan

dalam sektor awam.

4.2 Apakah prasyarat pelaksanaan Modul Penamatan Perkhidmatan ?

1. Melengkapkan DATA ASAS di modul/submodul berikut dengan TEPAT dan BETUL: a) Modul Pengurusan Rekod Peribadi. b) Modul Profil Perkhidmatan c) Modul Data Perjawatan d) Modul Pembangunan e) Submodul Pengurusan Cuti f) Submodul Pengurusan Tatatertib g) Submodul Pengurusan Saraan (Elaun) a) Submodul Pengurusan Pinjaman

4.3 Siapakah yang bertanggungjawab melengkapkan Data Asas Modul/Submodul berikut?

Modul/Submodul Peranan

Modul Pengurusan Rekod Peribadi Pemilik Kompetensi Pengesah Rekod

SubModul Profil Perkhidmatan

Pentadbir Profil Perkhidmatan

Modul Data Perjawatan

Pakar Pembangunan Organisasi (ED)

Modul Pembangunan

Pentadbir Ikatan

Submodul Pengurusan Cuti

Pentadbir Cuti

Submodul Pengurusan Tatatertib

Peraku Penamatan Perkhidmatan

Submodul Pengurusan Saraan

Pentadbir Saraan

Submodul Pengurusan Saraan (Elaun)

Pakar Saraan

Submodul Pengurusan Pinjaman Pentadbir Pinjaman

.

4.4 Apakah data asas yang wajib dilengkapkan di Modul Pengurusan Rekod Peribadi?

Maklumat Keluarga Nombor KWSP Nombor dan Jenis Kad Pengenalan Semasa

Page 12: MODUL SEPARATION

Nombor dan Jenis Kad Pengenalan Dahulu Nama Jantina Bangsa Keturunan Agama Gelaran Tarikh Lahir Taraf Perkahwinan Tarikh Kematian Ahli Keluarga (mana yang berkaitan)

4.5 Apakah data asas yang wajib dilengkapkan di SubModul Profil Perkhidmatan

Skim Perkhidmatan Jenis Perkhidmatan Jawatan Akhir Kumpulan Perkhidmatan Status Lantikan Pertama Tarikh Lantikan Pertama Tarikh Disahkan Lantikan Pertama Tarikh Lantikan Akhir Tarikh Disahkan Lantikan Akhir Gred Gaji Akhir Gaji Akhir Tangga Gaji Akhir Tarikh Mula Perkhidmatan Tarikh Akhir Perkhidmatan

4.6 Apakah data asas yang wajib dilengkapkan di Modul Data Perjawatan Alamat Tempat Kerja 1 Alamat Tempat Kerja 2 Alamat Tempat Kerja 3 Poskod Tempat Kerja Bandar Tempat Kerja Negeri Tempat Kerja Negara Tempat Kerja Kumpulan Agensi

4.7 Apakah data asas yang wajib dilengkapkan di Modul Pembangunan

Status Ikatan Perjanjian

4.8 Apakah data asas yang wajib dilengkapkan di Submodul Pengurusan Cuti Maklumat Sejarah Cuti Maklumat Gantian Cuti Rehat (GCR)

4.9 Apakah data asas yang wajib dilengkapkan di Submodul Pengurusan Tatatertib Status Bankrap Status Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Status Bebas dari Tindakan Mahkamah

4.10 Apakah data asas yang wajib dilengkapkan di Submodul Pengurusan Saraan

Page 13: MODUL SEPARATION

Skim Gaji Gred Gaji Akhir Tangga Gaji Gaji Akhir

4.11 Apakah data asas yang wajib dilengkapkan di Submodul Pengurusan Saraan (Elaun) Imbuhan Tetap Khidmat Awam Imbuhan Tetap Perumahan Imbuhan Tetap Keraian Imbuhan Tetap Jawatan Utama/Gred Khas Elaun Berpencen

4.12 Apakah data asas yang wajib dilengkapkan di Submodul Pengurusan Pinjaman

Kod Potongan Nombor Akaun Hutang Nombor Rujukan Fail Jumlah Hutang Jumlah Potongan Bulanan

4.13 Siapakah yang boleh menggunakan modul ini?

Penjawat awam yang hendak menamatkan perkhidmatan dengan kerajaan dan pegawai sumber

manusia yang menguruskan hal ehwal penamatan perkhidmatan.

4.14 Apakah fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Modul Penamatan Perkhidmatan

Terdapat 7 fungsi utama didalam Modul Penamatan Perkhidmatan iaitu:

1. Fungsi Persaraan Paksa

2. Fungsi Persaraan Sukarela

3. Fungsi Maklumat Kematian/Kehilangan

4. Fungsi Pencantuman Perkhidmatan Lepas

5. Fungsi Penswastaan

6. Fungsi Maklumat Asas Bakal Pesara

7. Fungsi Pengaktifan Semula

4.15 Apakah yang dimaksudkan dengan penamatan perkhidmatan secara sukarela

Penamatan perkhidmatan sukarela bermaksud pemilik kompetensi boleh menamatkan

perkhidmatan secara pilihan atau meletakkan jawatan.

4.16 Apakah yang dimaksudkan dengan penamatan perkhidmatan secara paksa

Penamatan Perkhidmatan secara paksa bermaksud seseorang pemilik kompetensi perlu

meninggalkan perkhidmatan awam atas sebab-sebab tertentu seperti yang dinyatakan dalam akta

pencen 1980.

Page 14: MODUL SEPARATION

4.17 Saya hendak memohon persaraan pilihan sendiri. Bila saya klik pull-down menu untuk

membuat pilihan hanya ada pilihan peletakan jawatan sahaja yang dipaparkan.

Pull-down menu bagi permohonan persaraan pilihan tidak memaparkan ‘Persaraan Pilihan

Sendiri’ kerana pemohon tidak memenuhi salah satu syarat berikut:

a) Perlu berumur 40 tahun atau lebih;

b) Telah berkhidmat dengan kerajaan sekurang-kurangnya 10 tahun;

4.18 Gambar tidak dipaparkan semasa hendak mencetak borang JPA.BP.HRMIS01 walaupun

semasa membuka borang tersebut gambar tersebut ada.

Pemilik Kompetensi / Pentadbir Rekod Peribadi perlu memuat naik gambar bersaiz kurang 204K

di modul Pengurusan Rekod Peribadi untuk membolehkan imej ditukar ke format PDF.

4.19 Saya hendak membuat pengesahan sumber logistik pemilik kompetensi yang akan

menamatkan perkhidmatan tetapi tiada maklumat logistik di dalam UI berkenaan.

Maklumat sumber logistik di ambil dari Jawatan Sebenar (AP) pemilik kompetensi berkenaan.

Pentadbir Data Perjawatan perlu mengemaskini maklumat sumber logistik tersebut dalam Modul

Data Perjawatan.

4.20 Bolehkah saya membatalkan permohonan Persaraan Pilihan yang telah disahkan di dalam

sistem?

4.21 Bolehkah saya membatalkan permohonan Persaraan Pilihan yang belum disahkan di dalam

sistem?

Boleh.Untuk membatalkan permohonan Persaraan Pilihan anda masuk ke menu Penamatan

Perkhidmatan Sukarela > Memohon Penamatan Perkhidmatan > Tab Membatalkan Permohonan

Penamatan Perkhidmatan

4.22 Saya memilih skim KWSP dan ingin menamatkan perkhidmatan lebih awal. Bagaimanakah proses penamatan saya ini dapat dilaksanakan melalui HRMIS?

4.23 Saya telah klik ‘Hantar’ untuk permohonan persaraan namun ia tidak dipaparkan di dalam inbox Penyokong / Pengesah / Pelulus / Pentadbir untuk proses seterusnya? Pentadbir Aliran Kerja perlu menyemak aliran kerja di Menu Menjejaki Aliran Kerja. Sekiranya aliran kerja adalah salah, Pentadbir Aliran Kerja perlu memajukan permohonan itu kepada penerima yang betul melalui Menu Memantau Senarai Transaksi. Pentadbir Aliran Kerja perlu set semula aliran kerja dengan betul.

4.24 Saya adalah Pentadbir Penamatan Perkhidmatan. Saya telah memproses permohonan persaraan dan di peringkat menghantar permohonan tersebut ke Bahagian Pasca Perkhidmatan di Menu Notis ke Pasca Perkhidmatan, tetapi butang ‘Hantar’ tidak dipaparkan. Apa tindakan yang perlu saya lakukan?

Page 15: MODUL SEPARATION

4.25 Saya telah menghantar permohonan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan tetapi masih belum dicetak. Bagaimana cara untuk saya mencetak borang-borang yang telah dihantar: Mohon Pentadbir Penamatan Perkhidmatan untuk kembali ke Menu Notis ke Pasca Perkhidmatan untuk mencetak borang-borang yang berkaitan.

4.26 Bagaimana saya hendak menyemak permohonan yang telah Berjaya dihantar ke POWER?

a) Pentadbir Integrasi perlu menyemak status penghantaran di Modul Pentadbiran Sistem > Menu Integrasi > Penamatan Perkhidmatan > Status Penghantaran

b) Pentadbir Penamatan Perkhidmatan boleh menyemak di Menu Notis ke Pasca Perkhidmatan – Mesej Berjaya diHantar ke POWER akan dipaparkan di dalam Hyperlink ke Integrasi

4.27 Kenapa Pentadbir tidak dapat selenggara umur bersara apabila mesej ‘Tiada rekod ditemui’ dipaparkan?

a) Pemilik Kompetensi tidak mengemaskini maklumat tarikh lahir di Modul Pengurusan Rekod Peribadi

b) Mohon membuat carian Unit Organisasi (BU) Pemilik Kompetensi dengan tepat di Menu Selenggara Umur Bersara

c) Pastikan maklumat profil perkhidmatan adalah betul dan lengkap

4.28 Apa perlu saya buat jika mesej ‘Penerima tiada kelapangan’ dipaparkan apabila saya ‘hantar’ permohonan? Pentadbir Aliran Kerja perlu menyemak dan mengemaskini aliran kerja proses yang berkenaan

4.29 Kenapa rekod pesara tidak ditemui setelah selesai kemas kini di Menu Pemberitahuan Persaraan Penamatan Perkhidmatan? Sila klik tab ‘Draf Penamatan Perkhidmatan’. Anda akan dapati rekod pesara berada di situ

4.30 Kenapa mesej ‘Anda tidak layak memohon persaraan pilihan’ dipaparkan apabila saya memilih Menu Memohon Persaraan Pilihan? Antara sebab-sebab yang mungkin:

a) Tidak selenggara umur bersara b) Tempoh perkhidmatan tidak cukup 10 tahun

c) Profil perkhidmatan tidak lengkap

5.0 TIPS PENGGUNAAN

5.1 Maklumat asas di dalam modul-modul teras perlu dilengkapkan

5.2 Pastikan peranan dan aliran kerja adalah diberikan kepada pentadbir yang sebenar

5.3 Pengesah / Pelulus / Pentadbir perlu peka kepada mesej yang dipaparkan di setiap proses penghantaran dilakukan

6.0 PERKAITAN SUBMODUL/FUNGSI

6.1 Modul Pengurusan Rekod Peribadi

6.2 Modul Profil Perkhidmatan

6.3 Submodul Pengurusan Pinjaman

Page 16: MODUL SEPARATION

6.4 Modul Data Perjawatan

6.5 Modul Pembangunan

6.6 Submodul Pengurusan Cuti

6.7 Submodul Pengurusan Tatatertib

6.8 Submodul Pengurusan Saraan (Elaun)

7.0 PEKELILING BERKAITAN

7.1 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2010 berkuatkuasa 1 Ogos 2010

7.2 Surat Edaran Bil. JPA/PEN(S)228/25/11(2) bertarikh 23 Jun 2010

8.0 LINK BERKAITAN

8.2 Rujuk kepada (URL Pekeliling di Portal HRMIS)

9.0 RUJUKAN

9.2

10.0 IMEJ/GAMBAR RAJAH/CARTA ALIR YANG BERKAITAN

9.2

11.0 TARIKH TERAKHIR KEMAS KINI

Tarikh:

Page 17: MODUL SEPARATION

Format Tamplet FAQ HRMIS

KUMPULAN :

MODUL/SUBMODUL :

BIL SOALAN JAWAPAN Link

Berkaitan/Muat Turun

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.