modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi · 2.1 pendahuluan 2.2 sejarah modul ... x iv hasil...
TRANSCRIPT
MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI
PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0
NUR FAZILA BINTI SALLEH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer
serta Pendidikan (Fizik).”
Tandatangan : ………………………….
Nama Penyelia : EN. NORAFFANDY YAHAYA
Tarikh : 18 NOVEMBER 2008
i
MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI
PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0
NUR FAZILA BINTI SALLEH
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2008
i
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : .....................................
Nama Penulis : NUR FAZILA BINTI SALLEH
Tarikh : 18 NOVEMBER 2008
iii
Dedikasi
Buat Ayahanda & Bonda tercinta;
Salleh Bin Tuhalus & Fatimah Abd. Kadir,
Semua kasih sayang, pengorbanan serta nasihatmu menjadikanku lebih matang
dalam menjalani kehidupan ini...
Teristimewa buat tunangku;
Mohd. Herman Bin Klivon ,
Jutaan terima kasih atas semua semangat, dorongan dan
bantuan yang dikau berikan ...
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, dapatlah
saya menyiapkan penulisan Projek Sarjana Muda ini.
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Penyelia Projek Sarjana Muda iaitu En. Noraffandy Bin Yahaya yang telah sudi
memberi galakan, mencurahkan idea serta tunjuk ajar dalam menyiapkan tesis ini.
Sekalung penghargaan khas buat keluarga tercinta dan insan tersayang yang telah
banyak memberi dorongan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang projek
dijalankan. Sesungguhnya, kehadiran kalian di sisi memberi inspirasi yang tidak ternilai
harganya, terima kasih.
Kepada rakan-rakan, terima kasih kerana sudi berkongsi idea dan memberi
membantu. Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama terlibat
sepanjang pembangunan tesis ini.
Akhir sekali buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
membantu dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Terima kasih di atas segalanya.
v
ABSTRAK
Pembelajaran bermodul (PB) seperti Modul Pembelajaran Kendiri (MPK)
merupakan satu kaedah pengajaran yang bersesuaian dan berkesan untuk memastikan
para pelajar menguasai pembelajaran dengan lebih baik. Justeru itu, pembangun telah
mangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi
perisian Microsoft Visual Basic 6.0 sejajar dengan keperluannya di Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Dengan MPK ini, pelajar dapat belajar mengikut
kemampuan sendiri. Selain itu, MPK ini dibangunkan adalah sebagai bahan rujukan
tambahan pelajar semasa pembelajaran amali di dalam makmal selain daripada pelajar
boleh mempelajari perisian Microsoft Visual Basic 6.0 pada bila-bila masa mengikut
kemampuan sendiri. Penggunaan Teori Beban Kognitif juga dapat memberikan kesan
pembelajaran yang baik dimana modul ini menekankan visualisasi berbanding teks yang
panjang dalam proses pembelajarannya. Oleh itu, pembinaan modul pembelajaran ini
diharap dapat mengurangkan beban kognitif di kalangan pelajar.
vi
ABSTRACT
Learning with module (LM) like self learning model (SLM) is one of the most
suitable teaching techniques to ensure students mastering their lesson. Therefore, the
developer has taken an initiative to develop SLM for Microsoft Visual Basic 6.0
software to fulfill Faculty of Education, University Technology Malaysia (UTM) needs
in present day. With this module, students can learn based on their ability. Besides that,
this SLM was developing to be an additional revision during practical learning in
computer lab. The usage of Cognitive Load Theory also gives the good impact to the
students where this model actually emphasize more on visualization other on long text.
Therefore, hopefully this module development will decrease cognitive load among the
students.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
TAJUK
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
ISI KANDUNGAN
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xii
xv
xvi
I
PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Skop Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.6.1 Pelajar Fakulti Pendidikan
1.6.2 Pensyarah
1.6.3 Fakulti Pendidikan
1
3
8
10
10
11
11
11
12
viii
1.7 Definisi Istilah
1.8 Penutup
13
16
II
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan
2.2 Sejarah Modul
2.3 Takrif Pengajaran Individu
2.4 Takrif Modul
2.5 Pembelajaran Kendiri
2.6 Model Pembelajaran Kendiri
2.7 Andaian Modul
2.8 Prinsip Modul
2.9 Objektif Penggunaan Modul
2.10 Proses Pembelajaran Modul
2.11 Kebaikan Modul Pembelajaran Kendiri
2.12 Modul dalam Sistem Pendidikan di Malaysia
2.13 Kesan Penggunaan MPK ke atas pencapaian
akademik
2.14 Pendekatan Pembelajaran
2.15 Teori Beban Kognitif
2.15.1 Cadangan Rekabentuk Modul
Pembelajaran Berdasarkan Teori Beban
Kognitif
2.15.2 Ciri Modul Pembelajaran Berdasarkan
Teori Beban Kognitif
2.16 Model Rekabentuk Pembangunan MPK
2.16.1 Model ADDIE
2.17 Penutup
17
18
19
20
22
24
27
28
28
29
30
33
34
35
36
37
41
41
42
46
ix
III REKA BENTUK MODUL
3.1 Pendahuluan
3.2 Fasa Analisis
3.2.1 Mengenalpasti Masalah
3.2.2 Matlamat Pembinaan Modul
3.2.3 Kumpulan Sasaran
3.2.4 Skop Isi Pelajaran
3.2.5 Hasil Pembelajaran Topik
3.3 Fasa Rekabentuk
3.3.1 Pendekatan
3.3.2 Susunan Modul
3.3.2.1 Kata-kata Motivasi
3.3.2.2 Hasil Pembelajaran
3.3.2.3 Pengenalan
3.3.2.4 Isi Pelajaran
3.3.2.5 Contoh Sebenar
3.3.2.6 Nota Tambahan
3.3.2.7 Tips
3.3.2.8 Latihan
3.4 Fasa Pembangunan
3.4.1 Perisisan yang digunakan
3.4.2 Isi kandungan
3.4.3 Rangsangan yang Menarik
3.5 Fasa Perlaksanaan
3.6 Fasa Penilaian
3.7 Penutup
47
48
49
49
49
49
50
50
51
51
51
52
52
52
52
53
53
53
53
54
54
54
55
56
56
x
IV
HASIL PEMBANGUNAN:
MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI
4.1 Pendahuluan
4.2 Kriteria Modul
4.2.1 Topik 1
4.2.1.1 Kata-kata Motivasi dan Hasil
Pembelajaran
4.2.1.2 Pengenalan
4.2.1.3 Isi Pelajaran
4.2.2 Topik 2
4.2.2.1 Kata-kata Motivasi dan Hasil
Pembelajaran
4.2.2.2 Pengenalan
4.2.2.3 Isi Pelajaran
4.2.3 Topik 3
4.2.3.1 Kata-kata Motivasi dan Hasil
Pembelajaran
4.2.3.2 Pengenalan
4.2.3.3 Isi Pelajaran
4.2.4 Topik 4
4.2.4.1 Kata-kata Motivasi dan Hasil
Pembelajaran
4.2.4.2 Pengenalan
4.2.4.3 Isi Pelajaran
4.2.4.4 Latihan
4.2.5 Topik 5
4.2.5.1 Kata-kata Motivasi dan Hasil
Pembelajaran
4.2.5.2 Pengenalan
58
59
59
60
60
61
62
63
64
65
66
68
69
69
71
72
73
xi
4.2.5.3 Isi Pelajaran
4.2.5.4 Latihan
4.3 Dapatan Kajian
4.4 Penutup
74
75
77
79
V
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.3 Masalah-masalah yang Dihadapi semasa
Pembinaan MPK
5.4 Cadangan
5.5 Kesimpulan
5.6 Penutup
80
80
87
88
90
91
RUJUKAN 92
LAMPIRAN
94
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1
2.2
2.3
2.4
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
Tiga Peringkat Proses Pembelajaran Modul
Reka bentuk screen capture skrin penuh
Reka bentuk screen capture sebahagian skrin
Model ADDIE
Kata-kata Motivasi dan Hasil Pembelajaran bagi Topik 1
Pengenalan bagi topik 1
Contoh yang menunjukkan sistem penomboran di
dalam penyampaian isi pelajaran bagi Topik 1
Kata-kata Motivasi dan Hasil Pembelajaran bagi Topik 2
Bahagian pengenalan bagi Topik 2
Contoh yang menunjukkan sistem penomboran di
dalam penyampaian isi pelajaran, penggunaan nota dan tip
29
40
40
43
59
60
61
62
63
64
xiii
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
4.14
4.15
4.16
4.17
4.18
bagi Topik 2
Kata-kata Motivasi dan Hasil Pembelajaran bagi Topik 3
Bahagian pengenalan bagi Topik 3
Contoh yang menunjukkan penyampaian isi
kandungan pelajaran bagi Topik 3
Contoh yang menunjukkan penggunaan nota dan tip bagi
Topik 3
Kata-kata Motivasi dan Hasil Pembelajaran bagi Topik 4
Bahagian pengenalan bagi Topik 4
Contoh yang menunjukkan sistem penomboran di
dalam penyampaian isi pelajaran, penggunaan nota dan tip
bagi Topik 4
Objektif dan Penerangan untuk Latihan pada Topik 4
Refleksi untuk Latihan pada Topik 4
Kata-kata Motivasi dan Hasil Pembelajaran bagi Topik 5
Bahagian pengenalan bagi Topik 5
Contoh yang menunjukkan sistem penomboran di
dalam penyampaian isi pelajaran, penggunaan nota bagi
Topik 5
65
66
67
67
68
69
70
71
72
73
74
75
xiv
4.19
4.20
4.21
Objektif dan Penerangan untuk Latihan pada Topik 5
Contoh kod beserta penerangan setiap kod
Refleksi untuk Latihan pada Topik 5
76
76
77
xv
SENARAI SINGKATAN
MPK - Modul Pembelajaran Kendiri
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PB - Pembelajaran Bermodul
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A
B
C
D
E
F
Borang Penilaian Pakar
Borang Penilaian Pelajar 1
Borang Penilaian Pelajar 2
Borang Penilaian Pelajar 3
Borang Penilaian Pelajar 4
Borang Penilaian Pelajar 5
94
95
96
97
98
99
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Wawasan 2020 merupakan satu matlamat atau jangkaan yang hendak dicapai
oleh Malaysia. Sesebuah negara yang mempunyai wawasan memerlukan rakyat yang
mempunyai kebolehan, kemampuan, daya tahan, daya saing serta daya juang yang tinggi
(Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad, 2005). Walau bagaimanapun, cita-cita
negara tidak akan tercapai hanya dengan meningkatkan infrastruktur atau menambah
bilangan sumber tenaga murah. Sebaliknya, pencapaian matlamat ini memerlukan satu
peningkatan tahap produktiviti dan daya saing negara. Maka, bidang pendidikan
merupakan bidang yang penting dalam membentuk dan membangunkan sesebuah
negara. Ia memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan
dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat
menangani cabaran-cabaran abad ke-21.
Justeru dapat dilihat dunia pendidikan adalah suatu bidang yang tidak dapat
diasingkan daripada proses perkembangan dan pembangunan sesebuah negara. Dunia
2
pendidikan banyak dipengaruhi oleh dasar dan matlamat negara dan dalam masa yang
sama kaedah pendidikan yang dipilih sering kali seiringan dengan matlamat negara.
(Abdullah Sani Yahaya, 2003). Oleh itu, ia perlu diberikan perhatian yang serius.
Dalam abad ke-21, masyarakatnya berlumba menguasai ilmu pengetahuan.
Masyarakat diberikan kesedaran tentang budaya menggalakkan ahli masyarakat
membaca. Tanpa kemahiran membaca, masyarakat mempunyai halangan untuk mencari
dan meningkatkan ilmu mereka. Usaha ini memerlukan pembangunan modal insan dari
segi keupayaan dan intelek. Justeru itu, Misi Nasional dan Rancangan Malaysia
Kesembilan telah menetapkan “pembangunan modal insan berminda kelas pertama”
sebagai salah satu daripada lima teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020 (Dato’
Seri Abdullah Ahmad Badawi, 2006). Sesungguhnya, kejayaan agenda pembangunan
modal insan amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara.
Kenyataan ini juga selari dengan sasaran UTM iaitu untuk meningkatkan kualiti
pendidikan di dalam usaha melahirkan sumber manusia yang berdaya saing dan kreatif.
Bagi melaksanakan hasrat ini, sewajarnya amalan pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran diberi nafas baru dan dipelbagaikan untuk merangsang minda pelajar
menjadi pelajar yang kreatif. Pelajar tidak seharusnya pasif dan hanya memberi respon
kepada rangsangan guru (Boud,1988; Kohonen, 1992; Knowles,1975). Pendekatan
pengajaran secara ‘spoon feeding’ seharusnya dikikis dari pemikiran para pendidik tetapi
diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan
maklumat. Maka, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak hidup
manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.
Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu di kalangan para
pelajar. Meskipun mereka berada dalam bidang yang sama, mereka tetap mempunyai
perbezaan individu seperti teknik dan gaya belajar, cara menyelesaikan masalah, tingkah
3
laku, motivasi, kesediaan dan kebolehan menguasai sesuatu kemahiran dan nilai
terhadap satu-satu pelajaran (Burn,1971). Walaubagaimanapun, kita dapati di
kebanyakan bilik darjah, para pelajar biasanya terikat pada urutan pengajaran dan bahan-
bahan pembelajaran yang sama seperti rakan-rakan mereka yang lain. Salah satu cara
yang boleh digunakan untuk menangani masalah ini ialah dengan mengindividukan
pengajaran iaitu membuatkan aktiviti-aktiviti pembelajaran sesuai mengikut kebolehan
para pelajar.
Modul pembelajaran kendiri adalah salah satu cara untuk mengindividukan
pengajaran. Modul pembelajaran kendiri adalah pakej pembelajaran yang bertujuan
untuk membolehkan para pelajar belajar sendiri dengan adanya bahan P&P bercetak
(Shaharom, 1994). Modul pembelajaran kendiri ini berfungsi sebagai tutor kepada
pelajar manakala pensyarah sebagai fasilitator sahaja. Hasil kajian yang telah dilakukan
oleh Habibah Elias (1991) membuktikan bahawa kegunaan modul boleh membantu
meningkatkan prestasi pencapaian seseorang pelajar. Shaharom Noordin (1990)
menjelaskan bahawa kegunaan modul pembelajaran kendiri memberikan pelajar sedikit
ruang kebebasan untuk meneruskan proses pembelajaran mereka mengikut kebolehan
dan cara masing-masing dalam menyudahkan aktiviti pembelajaran yang terkandung
dalam modul berkenaan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran komputer di universiti pada
masa kini, corak penyampaian pelajaran masih berada di tahap lama dan tradisonal. Ini
dapat dilihat menerusi kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan, di
mana kaedah kelas masih diamalkan. Pensyarah berdiri di hadapan kelas, membaca atau
4
menulis di papan putih manakala pelajar-pelajar menerima sahaja apa-apa yang
diberikan oleh pensyarah. Proses pengajaran dan pembelajaran begini berlaku secara
sehala dan pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak aktif. Ini kerana proses ini
hanya berlaku sehala, iaitu guru memberi seberapa banyak tunjuk ajar yang mungkin
dan pelajar hanya menerima apa-apa yang diberikan oleh guru (Salleh Long, 2000).
Selain itu, sesetengah pensyarah menggunakan teknik soal jawab untuk berinteraksi
dengan pelajar tetapi teknik ini juga menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran
masih bersifat teacher centered kerana pensyarah yang mengemukakan soalan dan
pelajar hanya memberi pendapat atau jawapan. Dalam tempoh masa semester yang
terhad pula, tidak semua pelajar berpeluang melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Hal ini menyebabkan para pelajar mudah merasa bosan
dan tidak menumpukan perhatian yang sepenuhnya ketika proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
Sesekali, dalam proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran komputer,
kaedah perbincangan kumpulan juga digunakan oleh pensyarah-pensyarah dan
pensyarah bertindak sebagai pemudah cara. Pensyarah juga sesekali menunjukkan cara-
cara menggunakan komputer secara langkah demi langkah. Contohnya dalam mata
pelajaran Bahasa Pengaturcaraan II (SPM 3112) yang diajarkan di UTM Skudai.
Perisian yang dipelajari ialah perisian Microsoft Visual Basic 6. 0 dan ini memerlukan
pensyarah menunjukkan langkah demi langkah cara-cara menghasilkan sesuatu projek.
Tetapi masa yang diperuntukkan tidak mencukupi. Pensyarah terpaksa mengajar dengan
pelajar yang banyak didalam kelas dengan laju dan pelajar tidak dapat mengikutinya.
Dengan kelas yang ramai pelajar, pensyarah sukar untuk memantau dan menguji
kefahaman pelajar. Dan di sinilah bergunanya sesuatu Modul Pengajaran Kendiri
(MPK). Pelajar boleh belajar sendiri dan mengikut kemampuan sendiri (Shaharom
Noordin, 1994).
Perbezaan individu di kalangan pelajar dari segi gaya pembelajaran, perhatian
5
terhadap pelajaran, kecepatan dalam pembelajaran, minat dan sebagainya merupakan
masalah yang seharusnya di ambil kira dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Perbezaan individu ialah perbezaan dalam apa jua ciri yang dapat dikenalpasti antara
individu termasuk aspek fisiologi, intelek, emosi, motivasi dan psikologi seperti
kecerdasan ( Siti Hawa Munji, 1993).
Masalah yang ketara yang berlaku dalam sistem pembelajaran matapelajaran
komputer pada masa kini ialah, ‘spoon feeding’. Pelajar-pelajar menerima apa-apa yang
diberikan oleh pensyarah. Oleh sebab kekangan waktu, peluang untuk pelajar-pelajar
berinteraksi dan berbincang dengan pensyarah terhad (Salleh Long, 2000). Sekiranya
mereka ada masalah, mereka terpaksa berjumpa pensyarah berkenaan pada waktu lain.
Tetapi bukan semua pelajar mahu berjumpa dengan pensyarah. Bagi pihak pensyarah
pula, mereka tidak dapat meluangkan masa untuk membantu pelajar-pelajar kerana
tugas-tugas lain. Oleh itu, mereka hanya dapat memantau kemajuan pelajar pada waktu
mata pelajaran itu dijalankan sahaja.
Perbincangan dan pertukaran pendapat antara pelajar pula hanya berlaku di
kalangan pelajar-pelajar kelas ataupun di dalam kumpulan mereka itu sahaja dan mereka
tidak berpeluang untuk berbincang dengan pelajar-pelajar kelas lain. Meskipun kini
UTM telah memperkenalkan “e-learning” iaitu salah satu tren penggunaan teknologi
yang utama dalam era ICT dewasa ini (Goh dan Azman, 2005), tetap tidak semua pelajar
yang melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan disebabkan oleh perasaan malu
dan rendah diri. Kebanyakan pelajar malu untuk mengeluarkan pendapat sendiri kerana
merasakan pendapat mereka itu tidak tepat dan takut tidak mendapat maklumbalas
daripada pelajar-pelajar lain.
Salah satu cara yang boleh digunakan untuk menangani masalah ini ialah dengan
mengindividukan pengajaran iaitu membuatkan aktiviti-aktiviti pembelajaran sesuai
6
mengikut kebolehan para pelajar. Di samping mengekalkan pendekatan sistem yang ada
sekarang, langkah ini juga boleh membuatkan proses pembelajaran yang berlaku akan
lebih humanistik. Ini adalah sejajar dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan insan
yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani (Falsafah
Pendidikan Negara, 1990; Shaharom, 1992).
Modul pembelajaran kendiri merupakan satu alternatif bagi memupuk dan
memberi pendedahan awal kepada pelajar untuk belajar sendiri tanpa bergantung kepada
pensyarah. Maka, pembinaan modul pembelajaran kendiri merupakan salah satu cara
untuk melaksanakan objektif ini. Keadaan ini akan membolehkan pelajar belajar sendiri
mengikut kebolehan dan kemampuan sendiri. Modul pengajaran kendiri perisian
Microsoft Visual Basic 6. 0 yang terdapat di pasaran adalah terlalu mahal. Maklumlah,
ia ditulis oleh pembangun luar negara dengan ayat-ayat bahasa inggeris yang berbelit-
belit serta menggunakan perbendaharaan kata yang tinggi. Seseorang pengguna yang
biasa tidak akan berusaha untuk merujuk pada kamus untuk setiap perkataan yang
pelajar tidak tahu. Pengguna akan mudah mengalah dan akan menganggap perisian
Microsoft Visual Basic 6.0 ini susah.
Selain bahasa yang digunakan sukar untuk difahami, contoh-contoh yang
digunakan pula terlalu rumit untuk diikut oleh pelajar. Urutan pelajaran dari susah ke
senang seharusnya diaplikasikan dalam setiap modul pembelajaran kendiri. Ini kerana
pengguna belajar dari senang ke susah, dari konkrit ke abstrak, dan dari am kepada yang
khusus (Saniah Sayuti, et al 2000). Di dalam buku-buku yang berada di pasaran tidak
mengaplikasikan cara ini. Pembangun menganggap semua pelajar sudah mahir dengan
asas-asas perisian Microsoft Visual Basic 6. 0. Ini tidak adil bagi pengguna yang baru
untuk belajar perisian Microsoft Visual Basic 6. 0
Memandangkan potensi modul yang semakin menyerlah, maka pembinaan dan
7
penghasilan modul telah dipertimbangkan dalam projek sarjana muda ini untuk tajuk
Microsoft Visual Basic 6. 0 bagi topik Misrosoft Visual Basic 6.0 Installation, Getting
Acquainted with Visual Basic, Creating Your First Application, Form dan Working with
Objects sahaja. Secara ringkasnya, bahan modul jika dibina dengan teliti dan digunakan
dengan cara yang betul boleh membantu pelajar menguasai aspek-aspek tertentu dalam
sesuatu aktiviti pembelajaran.
Cadangan untuk menggunakan program kaedah pengajaran dan pembelajaran
individu berbentuk modul untuk mengatasi masalah kekurangan guru dan bahan rujukan
adalah bagus untuk memperkenalkan cara baru untuk belajar (H. K. Chai, 1991). MPK
yang dihasilkan adalah modul berteraskan langkah demi langkah. Bermaksud pengguna
belajar mengikut urutan satu per satu, dari senang ke susah. Dengan menggunakan
bahasa Inggeris yang mudah, pengguna lebih mudah faham dan dapat mengikuti contoh-
contoh yang mudah yang diberikan dalam modul pengajaran kendiri. Pengguna boleh
belajar pada bila-bila masa mengikut kecepatan dan kebolehan pengguna itu sendiri
(Shahrom Noordin, 1994).
Selain itu juga, buku-buku yang terdapat di pasaran kurang menggunakan teks
dan rajah sebagai nota pengajaran dan pembelajaran.
“Pembaca-pembaca akan bergerak di dalam satu baris teks untuk membina satu
gambaran pangkalan teks. Mereka akan membina sebuah model mental tentang
keadaan yang diterangkan menggunakan maklumat daripada pangkalan teks
yang terdapat di dalam ingatan jangka panjang. Mereka akan cuba memahami
perkataan sukar atau tidak biasa secara perlahan-lahan. Jika terdapat sebuah
gambar, mereka mungkin akan merujuk kepada gambar untuk memahami teks.
Pemerhatian terhadap gambar akan meningkatkan pengetahuan domain pembaca.
Pembaca-pembaca akan memerhati berulang-kali antara teks dan gambar untuk
8
menjelaskan makna sepatah kata atau untuk membina atau untuk menghuraikan
makna teks. Semua strategi-strategi ini dan keputusan perwakilan mental boleh
digunakan dalam melengkapi kemahiran-kemahiran dan kekurangan-kekurangan
pelajar”
(Shebilske and Reid, 1979)
Berdasarkan petikan di atas, jelas penyelidik mengambil inisiatif untuk
menghasilkan modul pembelajaran kendiri yang menyediakan penerangan prosedur
secara teks dan rajah. Fakta ini disokong Kuntz, Drewniak dan Schott (1989), yang
menyatakan bahawa pelajar yang kurang cemerlang dalam pendiidkan akademik akan
bertambah baik jika mereka didedahkan dengan gambar dan diagram pepohon (tree
diagram). Pelajar yang mempunyai latar belakang akademik yang baik memadai
bergantung kepada model mental mereka dalam membantu pemahaman terhadap sesuatu
pembelajaran.
Dengan ini, modul pembelajaran kendiri ini amat berguna untuk membolehkan
pelajar menyesuaikan diri dengan baik dengan situasi pembelajaran bertepatan dengan
kaedah pembelajaran di peringkat tinggi yang lebih cenderung kepada pembelajaran
kendiri yang mana modul ini adalah sebagai inisiatif bagi menggalakkan pelajar untuk
belajar sendiri tanpa bergantung semata- mata kepada pensyarah.
1.3 Pernyataan Masalah
Pada era globalisasi serta teknologi maklumat yang pesat ini, penekanan kepada
9
aspek-aspek mutu pendidikan secara menyeluruh adalah penting. Aspek ini penting
kerana mutu pendidikan menjamin kejayaan atau kegagalan dalam sesebuah organisasi.
Sebagaimana yang kita ketahui, kini terdapat pelbagai bahan rujukan berada di
pasaran. Namun, kebanyakan daripadanya menggunakan Bahasa Inggeris aras tinggi
sebagai bahasa pengantar. Keadaan ini akan melambatkan kefahaman pelajar
dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran terutama bagi subjek komputer seperti yang
dikaji oleh pembangun iaitu subjek Bahasa Pengaturcaraan II seterusnya memberikan
kesukaran kepada pelajar dan juga pensyarah untuk menjalani dan meneruskan proses
pengajaran dan pembelajaran di fakulti.
Terdapat beberapa masalah yang dapat dikenal pasti bagi mata pelajaran Bahasa
Pengaturcaraan II, sebelum ini tiada modul pembelajaran kendiri yang khas bagi
pengajaran Bahasa Pengaturcaraan II di makmal yang dibina berdasarkan sukatan
pelajaran subjek ini di Fakulti Pendidikan, UTM. Ketiadaan modul yang khusus dan
sesuai menimbulkan kepayahan di kalangan pelajar untuk mendapatkan panduan selain
daripada nota kuliah yang diberi pensyarah serta beberapa bahan rujukan luar.
Kebanyakan bahan rujukan berada di pasaran mempunyai skop pembelajaran yang
terlalu luas dan berbeza dari sukatan pelajaran yang dibina oleh Jabatan Multimedia
Fakulti Pendidikan. Keadaan ini bertambah rumit kerana kebanyakan bahan rujukan
yang berada di pasaran adalah dari luar negara yang kebanyakannya sukar diperoleh dan
harganya mahal. Keadaan ini menyukarkan dan membebankan kognitif pelajar dan juga
pensyarah dari Fakulti Pendidikan di UTM ini untuk membuat rujukan dan memerlukan
buku rujukan yang banyak untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Bebanan
membawa nota atau rujukan yang pelbagai menyebabkan pelajar mengambil jalan
mudah dengan tidak membawa nota dan hanya mendengar pensyarah mengajar
dihadapan. Nota-nota yang diberikan oleh pensyarah secara berperingkat-peringkat
tidak dikemaskini menyebabkan ada nota yang tercicir secara tidak langsung
menyebabkan faktor keciciran berlaku.
1
Disebabkan hal ini, maka pembangun ingin membina Modul Pembelajaran
Kendiri bagi topik Misrosoft Visual Basic 6.0 Installation, Getting Acquainted with
Visual Basic, Creating Your First Application, Form dan Working with Objects dalam
subjek Bahasa Pengaturcaraan II bagi mengatasi masalah ini. Pembangun menggunakan
Teori Beban Kognitif dalam merekabentuk modul ini dan penyampaian isi kandungan
secara langkah demi langkah. Diharapkan penghasilan modul ini dapat membantu
semua pihak terutama kepada pelajar dan pensyarah di Fakulti Pendidikan ini.
1. 4 Objektif Kajian
Antara objektif kajian yang ingin dicapai dalam kajian ini dalah seperti berikut:
1. 4. 1 Merekabentuk satu Modul Pembelajaran Kendiri bagi topik Misrosoft
Visual Basic 6.0 Installation, Getting Acquainted with Visual Basic,
Creating Your First Application, Form dan Working with Objects
menggunakan aplikasi Visual Basic 6.0 bagi subjek Bahasa
Pengaturcaraan II.
1. 4. 2 Merekabentuk satu Modul Pembelajaran Kendiri yang berdasarkan Teori
Beban Kognitif.