minit mesyuarat perjumpaan kelas ukm 3
TRANSCRIPT
Minit Mesyuarat Perjumpaan Kelas UKM
Tarikh : 17 Mac 2014
Masa : 5.00 petang
Tempat : Bangunan Bale Padjadjaran 4
Pengerusi : Muhammad Hafiz Yusree
Kehadiran : 9 orang
- Kehadiran penuh untuk semua ahli Majlis Tertinggi- Kehadiran Ketua-ketua Biro :
a) Ketua Biro Kumunikasi : Zuhur Al-Hayatb) Ketua Biro Keselamatan : Amir Thaqiffc) Wakil Biro Acara : Nawal
1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam dari saudara Muhammad hafiz Yusree dan bacaan Al- Fatihah.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa ini perjumpaan kali ini bertujuan untuk membincangkan masalah berkaitan dengan program terdahulu yang telah dipilih.
2 KANDUNGAN MINIT MESYUARAT
2.1 Mesyuarat diteruskan dengan membahaskan masalah berkaitan dengan program perkhemahan yang telah diputuskan dalam perjumpaan kali pertama.
2.2 Hal ini kerana, program perkhemahan yang telah diputuskan berdepan dengan krisis kewangan memandangkan program tersebut menelan perbelanjaan yang besar. Ada di antara ahli yang tidak mampu untuk membayar dan menanggung peruntukan untuk perlaksanaan projek. Selain itu, program perkhemahan ini turut berdepan masalah berkaitan dengan dana dan perlaksanaan.
2.3 Setelah dibahaskan, kesemua ahli Majlis Tertinggi bersama-sama Ketua-ketua biro yang turut hadir telah mencapai kata sepakat untuk membubarkan Program Perkhemahan tersebut, serta memilih Program Membantu Gelandangan sebagai menggantikan program yang telah dibubarkan. Program mambantu gelandangan, dipilih memandangkan program ini lebih rasional dan lebih dekat untuk mencapai konteks objektif dari pihak Universiti Kebangsaan Malaysia. Di samping itu, program ini mudah untuk mendapat sumber dana, memandangkan sifat program yang lebih dekat dengan masyarakat dan berbentuk kebajikan. Malahan, program ini juga tidak menelan perbelanjaan yang besar di samping perlaksanaannya yang lebih mudah.
2.4 Oleh itu, pembentukan ahli jawatankuasa yang terdahulu mengalami sedikit perubahan bersesuaian dengan keperluan program.
Biro Komunikasi1. Zuhur Al-Hayat2. Azizah Omar3. Suhaili
Biro Acara1. Syahirah Samsuri2. Wan Nor Shafiqah3. Nawal4. Shakirra
Biro Logistik1. Dg. Nur Iznie2. Shahirah Bistamam3. Najihah4. Hamiezah
Biro Keselamatan1. Amir Thaqiff2. Fauzan3. Niezamuddin
Biro Multimedia1. Aiman Najib2. Nadia Farhana3. Siti Khadijah4. Syafiqah
Biro Belanjawan1. Ummi2. Farwizah3. Sharifah Nur Syahirah4. Shuhada5. Azura
Biro Makanan1. Nur Nadhirah2. Nur Aqila3. Izzati4. Raja Nabilah
Biro Pengangkutan1. Dzulkifly2. Latiff
2.5 Maka, program baru telah dibincangkan. Berikut merupakan maklumat mengenai program tersebut :
Nama Projek : Haggard Project
Sasaran Projek : Gelandangan dan orang yang tidak bernasib baik
Tarikh Perlaksanaan : 12 dan 13 April 2014
Tempat Perlaksanaan : Sekitar Bandung
Misi : Melahirkan generasi yang berfikiran kritikal, penuh kebertanggungjawaban serta memiliki nilai sahsiah yang mantap dan jitu.
Visi : 1. Membina semangat berpasukan dalam sesuatu organisasi
2. Mengimplimentasi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
3. Menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dalam diri setiap individu.
2.6 Berkaitan soal lokasi perlaksanaan masih dalam perbincangan serta perincian, memandangkan, Biro Komunikasi dan Keselamatan masih belum memutuskan lokasi yang spesifik.
2.7 Pembahagian tugas mengikut setiap biro turut diagihkan seperti berikut
1. Biro Komunikasi dan Biro Keselamatan
- mencari lokasi dan sasaran kumpulan masyarakat
- anggaran sasaran
2. Biro Multimedia
- publisiti
3. Biro Acara
- menyusun tentatif program
4. Biro Logistik
- mencari kotak
- meninjau barang-barang keperluan projek
5. Biro Makanan
- meninjau harga makanan dan membuat senarai makanan yang akan diberikan
6. Biro Belanjawan
- menyediakan surat berkaitan dana
- perlaksanaan untuk meraih dana
7. Biro Pengangkutan
- memikirkan pengangkutan yang diperlukan bersesuaian dengan program
- meninjau harga sewa kenderaan
3 PENUTUP
3.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.
3.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.15 petang.
Disediakan oleh,
..............................
(KU NURMAHIRAH BINTI KU AHMAD NASIR)
Setiausaha Projek
Disemak oleh,
.......................
(MUHAMMAD HAFIZ YUSREE)
Ketua Pengarah Projek