minit mesyuarat panitia kemanusiaan 2015

6
Minit Mesyuarat Panitia Kemanusiaan 1/2015 Sekolah Kebangsaan Sri Layang 69000 Genting Highlands Pahang Tarikh : 20 Januari 2015 Hari : Selasa Masa : 2.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat SK Sri Layang Kehadiran : 1. En. Mohd Hafiszan bin Mohd Nor (Pengerusi) 2. Pn. Zaimah binti Anuar (GPK Pentadbiran) 3. Pn. Sakinah bt Saad (GPK HEM) 4. En. Derahim bin Jaapar (GPK KoKurikulum) 5. En. Muhammad Faizal bin Saadon (KP RBT/KH) 6. Muhammad Amri bin Haji Osman (KP Sejarah/KT/PSK) 7. Pn. Leong Oi Thing (KP TMK) 8. Pn. Rosyati bt Ismail 9. Cik Norakma Liyana bt Mohamed Salleh 10. En. Mohd Hairun Nizam bin Muhamad Saman 11. Pn. Siti Aisyah bt Hassan 12. Cik Rohana bt Mustapha Tidak Hadir : 1. Cik Noor Ain bt Mohd Yusoff (Setiausaha) (Cuti Sakit) 2. En. Afifi bin Ahmad Pahmin (KP PJK) (Cuti Sakit)

Upload: norkiki

Post on 02-Feb-2016

106 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

meeting

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Panitia Kemanusiaan 2015

Minit Mesyuarat Panitia Kemanusiaan 1/2015

Sekolah Kebangsaan Sri Layang

69000 Genting Highlands Pahang

Tarikh : 20 Januari 2015

Hari : Selasa

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Sri Layang

Kehadiran : 1. En. Mohd Hafiszan bin Mohd Nor (Pengerusi)

2. Pn. Zaimah binti Anuar (GPK Pentadbiran)

3. Pn. Sakinah bt Saad (GPK HEM)

4. En. Derahim bin Jaapar (GPK KoKurikulum)

5. En. Muhammad Faizal bin Saadon (KP RBT/KH)

6. Muhammad Amri bin Haji Osman (KP Sejarah/KT/PSK)

7. Pn. Leong Oi Thing (KP TMK)

8. Pn. Rosyati bt Ismail

9. Cik Norakma Liyana bt Mohamed Salleh

10. En. Mohd Hairun Nizam bin Muhamad Saman

11. Pn. Siti Aisyah bt Hassan

12. Cik Rohana bt Mustapha

Tidak Hadir : 1. Cik Noor Ain bt Mohd Yusoff (Setiausaha) (Cuti Sakit)

2. En. Afifi bin Ahmad Pahmin (KP PJK) (Cuti Sakit)

Perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah seperti berikut:-

Perkara 1

Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah dan mengucapkan terima

kasih dan selamat datang di atas kehadiran ke mesyuarat panitia kali pertama.

1.2 Pengerusi memaklumkan subjek yang terlibat seperti Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik

dan Kewarganegaraan, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Kemahiran

Hidup, Rekabentuk dan Teknologi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pendidikan

Page 2: Minit Mesyuarat Panitia Kemanusiaan 2015

Moral, Pendidikan Muzik, Sejarah dan Pendidikan Seni adalah di bawah Panitia

Perkembangan Diri dan Individu.

1.3 Kesemua subjek ini digabungkan dibawah satu panitia hanya untuk menjalankan

mesyuarat sahaja tetapi setiap panitia perlu mewujudkan fail masing-masing.

Tindakan : Makluman

Perkara 2

Ucapan Guru Besar/GPK

2.1 Ucapan terima kasih dan selamat datang di atas kehadiran guru-guru dan

mengharapkan aktiviti-aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar serta mengalu-

alukan Ustaz Hafiszan sebagai Ketua Panitia

2.2 Semua Ketua Panitia hendaklah mengemaskini fail panitia masing-masing.

2.3 Setiap Panitia perlu ada kerjasama yang erat untuk sebarang penambahbaikkan dari

masa ke semasa.

2.4 Memaklumkan kepada semua guru subjek sejarah merupakan subjek teras yang akan

menggantikan subjek PSK bermula 2014 secara berperingkat dan akan bergabung di

bawah Panitia Kemanusiaan.

2.5 Panitia perlu mengadakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

2.6 Ketua Panitia perlu merancang penggunaan duit sebaik mungkin untuk sebarang

program dan pembelian peralatan dan berbincang dengan Pembantu tadbir.

2.7 Minit Mesyuarat perlu disiapkan secepat mungkin setiap kali bermesyuarat.

2.8 Panitia perlu menyelaraskan tarikh RPT mengikut ketetapan.

Tindakan : Makluman

Perkara 3

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Harian (RPH)

3.1 Guru perlu mendapatkan RPT yang terkini daripada GPK 1 ataupun secara online.

3.2 RPT perlu dihantar selewat-lewatnya pada hujung Januari.

3.3 Rancangan Pengajaran Harian perlu ditulis mengikut kursus DSKP yang terkini dan

wajib menulis impak.

Tindakan : Guru Subjek

Page 3: Minit Mesyuarat Panitia Kemanusiaan 2015

Perkara 4

Dokumen KSSR dan PBS

4.1 Semua guru yang mengajar perlu melakukan pentaksiran dan merekodkan di dalam

template offline yang disediakan semasa kursus DSKP

Tindakan : Guru Subjek

Perkara 5

Pengurusan Fail Panitia

5.1 Setiap Panitia perlu menyediakan dan melengkapkan 3 fail iaitu A, B dan C

Tindakan : Guru Subjek dan Pentadbir

Perkara 6

Takwim dan Program Tahunan Panitia

6.1 Setiap Panitia perlu merancang dua ke tiga program berserta tarikh dilaksanakan.

6.2 Guru yang mengajar RBT dan TMK perlu selaraskan giliran mengajar.

6.3 Penyelarasan pakaian pendidikan jasmani iaitu;

(a) T-Shirt koku atau T-Shirt putih sahaja

(b) Kasut sukan dibenarkan

(c) Tudung uniform sekolah dan tudung hitam sahaja dibenarkan.

Tindakan : Makluman

Perkara 7

Peperiksaan dan Penggubalan Soalan

7.1 Peperiksaan akan dilaksanakan dua kali setahun.

7.2 Penyediaan soalan perlu mengikut JSU yang betul.

Tindakan : Guru

Page 4: Minit Mesyuarat Panitia Kemanusiaan 2015

Perkara 8

Semakan Buku Latihan

8.1 Semua guru perlu merujuk buku panduan pengurusan 2015 untuk jadual semakan buku

latihan.

8.2 Ketua Panitia perlu membuat pemantauan dan mengisi borang yang disediakan.

Perkara 9

Hal-hal lain

9.1 Puan Sakinah memaklumkan gotong royong akan dilaksanakan sekali sebulan.

9.2 Puan Zaimah memaklumkan ujian SEGAK bagi tahun 4 dan 5 perlu dijalankan.

9.3 Guru kelas perlu mengisi nama dalam system target 2015 dan guru-guru perlu mengisi

target.

9.4 LADAP PBS akan dijalankan pada 22 Januari 2015 (Khamis)

9.5 Perjumpaan Ibubapa Tahun 6 dan Motivasi akan dijalankan pada 22 Januari 2015.

9.6 Pertukaran Puan Leong masih tiada pengganti dan kelas Bahasa Cina akan ditutup

sementara.

9.7 Cik Norakma Liyana akan mengajar kelas arus perdana dan kelas pemulihan akan

ditutup sementara

9.8 Pelancaran program NILAM akan dilaksanakan pada 26 Januari 2015.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

...................................................... .....................................................

(CIK NOOR AIN BT MOHD YUSOFF) (EN. MOHD HAFISZAN B. MOHD NOR)

Setiausaha, Ketua Panitia,

Panitia Perkembangan Diri dan Individu Panitia Perkembangan Diri dan Individu

Sekolah Kebangsaan Sri Layang Sekolah Kebangsaan Sri Layang

69000 Genting Highlands 69000 Genting Highlands

Pahang Darul Makmur. Pahang Darul Makmur