menteri - pengenalanespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/forwarding agent.pdf · third party logistic...

19

Upload: tranbao

Post on 24-Mar-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Forwarding Agent.pdf · Third Party Logistic (3PL) Dan Fourth Party Logistic (3PL) Third Party Logistic (3PL) Ini adalah konsep
Page 2: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Forwarding Agent.pdf · Third Party Logistic (3PL) Dan Fourth Party Logistic (3PL) Third Party Logistic (3PL) Ini adalah konsep

Menteri

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t di atas segala limpah rahmat dan keizinanNya maka dapat saya memberikan sepatah dua kata dalam buku panduan perniagaan ini. Kita sedia maklum bahawa bidang perniagaan adalah merupakan satu sektor penting dan amat diberi perhatian oleh Kerajaan terutamanya bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Dalam tempoh RMKe-8, bidang perniagaan merupakan penyumbang utama kepada KDNK negara dan ia dijangka akan terus meningkat dalam RMKe-9 dan di masa-masa akan datang. Dalam usaha untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera, Kerajaan telah menyediakan pelbagai dana dan program latihan keusahawanan bagi memberi peluang kepada pengusaha baru dan lama untuk menceburkan diri serta mengembangkan perniagaan. Sehubungan dengan itu, saya berpendapat usaha yang dijalankan oleh bahagian Perancagan dan Penilaian menerbitkan buku panduan perniagaan ini merupakan satu langkah untuk membantu dan mendorong orang ramai melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Akhir kata, saya amat berharap melalui penerbitan dan penyebaran bahan-bahan maklumat seperti ini, ia akan menjadi panduan agar ramai usahawan-usahawan bumiputera akan melibatkan diri dalam perniagaan sehingga mampu berdikari dan bersaing dalam pasaran semasa. Sekian, terima kasih serta wassalam,

Page 3: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Forwarding Agent.pdf · Third Party Logistic (3PL) Dan Fourth Party Logistic (3PL) Third Party Logistic (3PL) Ini adalah konsep

Yang Berhormat Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin.

Muka surat

PENGENALAN 1

POLISI DAN DASAR BARU KERAJAAN 2

KONSEP MODEN RANGKAIAN PENGURUSAN LOGISTIK 2

PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN 5

PENGURUSAN TENAGA KERJA 6

PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN 7

PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN 9

PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN SEBAGAI MULTIMODAL

TRANSPORT OPERATOR (MTO) 11

JARINGAN DAN PAKATAN STRATEGIK DENGAN SYARIKAT

LOGISTIK ANTARABANGSA 12

LIABILITI DAN PENGURUSAN RISIKO 12

BORANG DAN DOKUMENTASI BERSANGKUTAN 14

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN 15

Page 4: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Forwarding Agent.pdf · Third Party Logistic (3PL) Dan Fourth Party Logistic (3PL) Third Party Logistic (3PL) Ini adalah konsep

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

FORWARDING AGENT

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD. 1

1 PENGENALAN

Forwarding Agent atau Agen Penghantaran adalah satu komponen dalam Rangkaian

Logistik dan Bekalan (Logistic Supply Chain Management). Fungsi asasnya ialah

mengurus segala pergerakan dan dokumen berkaitan dengan pelepasan dagangan oleh

Jabatan Kastam. Di samping itu, Forwarding Agent juga menyediakan kemudahan-

kemudahan pengangkutan, pergudangan dan lain-lain perkhidmatan logistik.

Perkhidmatan Forwarding Agent merupakan proses koordinasi bagi melicinkan

pergerakan barangan import atau eksport dan menggembleng sumber-sumber aliran kerja

dokumentasi, jentera dan tenaga kerja yang terlibat dalam jangka masa yang ditetapkan

(specified time-frame).

Bakal-bakal usahawan dan usahawan-usahawan yang sedia ada, boleh memberi

pertimbangan untuk menceburi bidang perniagaan Forwarding Agent berasaskan kepada

faktor-faktor berikut:

• Tidak memerlukan kos permulaan perniagaan (start-up cost) yang tinggi.

Perniagaan boleh dimulakan dengan RM60,000 sahaja

• Tidak memerlukan persiapan yang rumit

• Tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai. Sebagai permulaan 3-5 orang

sahaja bergantung kepada jumlah pelanggan dan dokumen yang perlu

diuruskan.

• Mempunyai potensi yang baik khasnya untuk menceburi bidang

perkhidmatan logistik yang berkaitan seperti pengangkutan, pergudangan,

agen perkapalan dan sebagainya

• Pulangan modal yang baik

Page 5: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Forwarding Agent.pdf · Third Party Logistic (3PL) Dan Fourth Party Logistic (3PL) Third Party Logistic (3PL) Ini adalah konsep

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

FORWARDING AGENT

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD. 2

2 POLISI DAN DASAR BARU KERAJAAN

Untuk menceburi bidang perniagaan agen Kastam, (agen penghantaran, agen perkapalan,

consolidators dan freighters) memerlukan lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam

dengan syarat-syarat dan kelayakan tertentu. Mulai 1 Januari 2003, Kerajaan telah

meminda Akta Kastam 1967 Seksyen 90 dengan memasukkan syarat menghadiri kursus

dan lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh Jabatan Kastam sebagai syarat menjadi agen.

Dari segi perlaksanaannya dasar ini merangkumi keperluan baru kelulusan yang akan di

pertimbangkan kepada pemohon yang layak dan tatacara kawalan dan pentadbiran untuk

berurusan dengan Jabatan Kastam . Syarat-syarat yang diperlukan adalah:

• Mesti menghadiri kursus dan lulus peperiksaan Jabatan Kastam yang telah

ditetapkan

• Keperluan menghadiri panel temu duga dan memperoleh sijil yang diiktiraf

3 KONSEP MODEN RANGKAIAN PENGURUSAN LOGISTIK

Konsep Rangkaian Pengurusan Logistik telah menghadapi pelbagai pembaharuan

daripada rangkaian logistik tradisional. Konsep dan model rangkaian logistik moden

berkait rapat dengan kemajuan teknologi maklumat berkomputer, dasar

pembuat/pengilang yang tidak lagi mahu menyimpan inventori yang tinggi, dasar Just In

Time, keinginan memberi fokus kepada perniagaan asas (core-business) sahaja dan

penjimatan kos bagi menghadapi persaingan perniagaan yang kompetitif.

Komponen-Komponen Utama Logistik

Antara komponen-komponen utama logistik adalah:

• Forwarding Agent

• Pengangkutan Darat (Kontena / Konvensional)

• Perkapalan (Udara / Laut)

• Pergudangan

• Consolidators

Page 6: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Forwarding Agent.pdf · Third Party Logistic (3PL) Dan Fourth Party Logistic (3PL) Third Party Logistic (3PL) Ini adalah konsep

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

FORWARDING AGENT

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD. 3

Organisasi Lain Yang Mempunyai Hubung-Kait Dengan Perkhidmatan

Forwarding Agent :

• Jabatan Kastam

• Kementerian Kewangan

• Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

• Pihak Berkuasa Pelabuhan

• Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

• Pihak Berkuasa Kereta api Tanah Melayu

• Pihak Berkuasa Zon Bebas (Free Zone Authority)

• Syarikat Pengangkutan dan Syarikat Perkapalan

• Syarikat Insurans

• Syarikat Pelanggan

• Federation Of Malaysian Manufacturers (FMM) /Trade Chambers

• Electronic Data Interchange (EDI) / Dagang Net

Bidang Tanggungjawab Forwarder

Antara skop tanggungjawab penting Forwarder adalah:

• Menyedia dan menyiapkan dokumen-dokumen tertentu mengikut prosedur yang

ditetapkan untuk pelepasan dagangan import atau eksport oleh pihak berkuasa

khasnya Jabatan Kastam dan Pelabuhan

• Menentukan transaksi kewangan yang perlu diselesaikan (pembayaran cukai, duti,

levi dan lain-lain pembayaran) bagi pihak pelanggan atau pihak berwajib

• Mewakili pelanggan berurusan dengan pihak berkuasa tertentu (Jabatan Kastam,

Pelabuhan, Kementerian Kewangan, MITI, JPJ, syarikat pengangkutan atau

pembekal logistik, agen perkapalan dan lain-lain organisasi yang tertentu)

• Menasihati pelanggan tentang keperluan, pergerakan dan kedudukan dagangan atau

kargo semasa

• Mewakili pelanggan melaksanakan kemajuan aliran kerja pelepasan dagangan yang

teratur dan sistematik

Page 7: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Forwarding Agent.pdf · Third Party Logistic (3PL) Dan Fourth Party Logistic (3PL) Third Party Logistic (3PL) Ini adalah konsep

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

FORWARDING AGENT

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD. 4

Perkhidmatan–Perkhidmatan Lain Yang Boleh Diceburi Forwarder

Di samping tanggungjawab utama menentukan kelulusan pelepasan dagangan diperoleh

oleh pelanggan-pelanggan daripada Jabatan Kastam, Forwarder juga dapat

memperluaskan perkhidmatan di dalam aktiviti perniagaan tersebut yang berkait-rapat

dengan Forwarding. Antaranya:

• Pergudangan dan Pengedaran

• Pengangkutan Kontena dan Konvensional

• Konsolidasi Kargo

• Pengisian dan Pemunggahan Kontena

• Pembungkusan, pelabelan dan membekal tenaga kerja

• Mengendalikan projek dagangan kargo dan Turnkey Project

• Juru-runding kepada pelanggan untuk pengecualian atau menuntut balik cukai

• Tempahan Kapal

• Permohonan AP (permit) bagi pihak pelanggan

Third Party Logistic (3PL) Dan Fourth Party Logistic (3PL)

Third Party Logistic (3PL)

Ini adalah konsep moden penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan logistik pihak ketiga

oleh pengilang dan pembuat (manufacturer) bagi tujuan mengurangkan kos logistik dan

membolehkan mereka menumpu sepenuhnya terhadap perniagaan dan aktiviti asas

syarikat. Melalui konsep ini pihak pembuat dan pengilang dapat mengurangkan kos

logistik mereka dengan menggunakan kemudahan pergudangan, pengangkutan untuk

menyimpan dan pengedaran bahan mentah dan produk mereka. Dengan kemajuan

teknologi maklumat, pihak pengilang masih boleh melihat dan mengawal pergerakan

barangan tersebut melalui inter-facing system di antara sistem pengurusan pergudangan

dan pengedaran syarikat logistik dan sistem pengeluaran atau sistem inventori pengilang

tersebut.

Page 8: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Forwarding Agent.pdf · Third Party Logistic (3PL) Dan Fourth Party Logistic (3PL) Third Party Logistic (3PL) Ini adalah konsep

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

FORWARDING AGENT

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD. 5

Fourth Party Logistic (4PL)

Ini adalah konsep penggunaan perkhidmatan logistik yang terkini yang dipraktikkan oleh

banyak industri pengeluaran dan pembuatan yang besar. Mereka menggunakan sistem

pengurusan pergudangan dan pengedaran yang canggih bagi penghantaran produk-produk

mereka kepada pelanggan. Mereka juga menggunakan sistem Just in Time (JIT) bagi

penghantaran dan penyimpanan inventori, dan membeli terus bahan-bahan daripada

pembekal-pembekal utama.

4 PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN

Seperti yang diperlukan oleh Jabatan Kastam melalui DASAR BARU AGEN KASTAM,

bakal usahawan haruslah menubuhkan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Akta

Syarikat 1965 atau Pendaftaran Perniagaan dengan Modal Berbayar Syarikat tidak kurang

daripada RM50,000. Memandangkan banyak aktiviti-aktiviti perniagaan ini dijalankan di

pelabuhan atau lapangan terbang, adalah dinasihatkan bakal usahawan mencari lokasi dan

premis perniagaan berhampiran dengan tempat-tempat tersebut. Walaupun bukan pejabat

utama, sekurang-kurangnya pejabat operasi perlu ada di pelabuhan.

Kursus Dan Pelesenan

Kursus dan Pelesenan untuk mendapat Lesen daripada Jabatan Kastam boleh dirujuk di

dalam Buku DASAR BARU AGEN KASTAM. Lain-lain kursus yang dicadangkan dan

boleh diikuti adalah:

• Kursus Perakaunan.

• Kursus-kursus Motivasi.

• Kursus pendek Logistik

Page 9: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Forwarding Agent.pdf · Third Party Logistic (3PL) Dan Fourth Party Logistic (3PL) Third Party Logistic (3PL) Ini adalah konsep

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

FORWARDING AGENT

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD. 6

5 PENGURUSAN TENAGA KERJA

Seperti mana yang dikehendaki oleh Jabatan Kastam bagi mempertingkatkan

profesionalisme di dalam perkhidmatan ini, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada

kakitangan pengurusan syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan Forwarding

Agent atau agen Kastam lain perlu menghadiri dan lulus kursus yang dikendalikan atau

dibenarkan oleh AKMAL. Oleh itu, tenaga kerja khasnya peringkat pengurusan hendaklah

dipilih daripada mereka yang telah memperoleh sijil daripada AKMAL.

Untuk kategori penyeliaan dan perkeranian adalah wajar diambil dari calon-calon yang

mempunyai pengalaman di dalam bidang logistik khasnya perkhidmatan Forwarding

Agent. Di samping itu, kriteria lain seperti kelulusan akademik, perwatakan menarik,

kemampuan berbahasa Inggeris dan lain-lain bahasa juga perlu diambil kira.

KATEGORI PEKERJA

Kategori Pekerja yang diperlukan bergantung kepada aktiviti, saiz dan perkhidmatan-

perkhidmatan logistik lain yang ditawarkan. Aspek-aspek seperti jumlah pelanggan,

jumlah dokumentasi dan dagangan yang perlu diuruskan bagi mendapat pelepasan Kastam

juga perlu diambil kira. Pada asasnya sesebuah syarikat agen penghantaran yang

sederhana perlu mempunyai kategori pekerja berikut:

• Pasukan Pengurusan

• Pasukan Operasi

• Pasukan Pemasaran

• Bahagian Akaun & Pentadbiran

Page 10: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Forwarding Agent.pdf · Third Party Logistic (3PL) Dan Fourth Party Logistic (3PL) Third Party Logistic (3PL) Ini adalah konsep

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

FORWARDING AGENT

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD. 7

6 PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN

Sistem Pengurusan dan Strategi Pemasaran yang dipraktikkan oleh sesebuah syarikat

memainkan peranan penting membantu menjual produk atau perkhidmatan yang

ditawarkan. Sebagai pembekal perkhidmatan logistik yang kompetitif, para usahawan

Forwarding Agent perlu banyak mempelajari dan mencari kaedah serta pendedahan di

samping menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggan.

Pemilihan Jenis Pasaran

Pasaran untuk perniagaan Forwarding Agent boleh dibahagikan kepada beberapa jenis.

Walaubagaimanapun adalah lebih baik bakal usahawan memilih pasaran tertentu di mana

ia lebih mahir supaya dapat memberi fokus dan menguasai pasaran tersebut. Diantara

segmentasi pasaran utama yang boleh diceburi usahawan antaranya adalah seperti berikut:

• Pengguna

• Runcit (retailer)

• Minyak dan Gas

• Automatif

• Elektronik

• Makanan

Panduan Pemilihan Pelanggan

Usahawan perlu mengenali dan membuat kajian terperinci mengenai bakal-bakal

pelanggan sebelum berurusan dengannya. Panduan dan makluman berikut adalah penting

supaya ia lebih berhati-hati dalam berurus niaga:

• Profil pelanggan itu sendiri

• Rekod pembayaran

• Mengetahui tentang ahli pengurusan yang boleh membuat keputusan

tentang pemilihan vendor atau pembekal dan meluluskan pembayaran

• Kemudahan-kemudahan infrastruktur yang sedia ada oleh pelanggan bagi

membantu kita memberi perkhidmatan yang terbaik.

• Bajet dan peruntukan untuk perkhidmatan logistik

Page 11: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Forwarding Agent.pdf · Third Party Logistic (3PL) Dan Fourth Party Logistic (3PL) Third Party Logistic (3PL) Ini adalah konsep

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

FORWARDING AGENT

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD. 8

Panduan Untuk Mencari Pelanggan

Berikut adalah beberapa sumber yang boleh membantu bakal usahawan untuk mencari

pelanggan:

• Direktori perniagaan

• Media – media cetak

• Persatuan – persatuan perniagaan

• Hubungan perniagaan

Pakej Perkhidmatan Yang Boleh Ditawarkan

Pada masa kini ramai pelanggan memerlukan pembekal-pembekal perkhidmatan logistik

secara menyeluruh daripada pembekal yang hanya memberi perkhidmatan secara

berkomponen sahaja. Oleh yang demikian seharusnya pengusaha perniagaan berusaha

untuk memberi perkhidmatan yang dikehendaki oleh pelanggan bagi membantu pelanggan

memberi tumpuan kepada perniagaannya sahaja.

Tawaran Perkhidmatan Logistik Menyeluruh

Prinsip bidang perkhidmatan logistik menyeluruh (total logistik) adalah perkhidmatan dari

‘pintu ke pintu’. Iaitu daripada urusan logistik bermula daripada pembekal sehingga tiba

ke tempat pengimport dan pengguna. Komponen-komponen perkhidmatan logistik yang

boleh ditawarkan di dalam proses penghantaran/ dagangan ‘pintu ke pintu’ adalah :

• Forwarding

• Pengangkutan (darat, laut atau udara)

• Pergudangan

• Pengisian dan penurunan

• Pembungkusan dan pelabelan

• Pengedaran

• Membekal tenaga pekerja mahir

Page 12: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Forwarding Agent.pdf · Third Party Logistic (3PL) Dan Fourth Party Logistic (3PL) Third Party Logistic (3PL) Ini adalah konsep

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

FORWARDING AGENT

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD. 9

Penentuan Harga

Kadar harga perkhidmatan ditetapkan melalui rundingan atau sebut harga yang

dipersetujui di antara pelanggan dengan pembekal perkhidmatan Forwarding Agent.

Sebagai makluman harga-harga perkhidmatan logistik selalunya bergantung pada jenis

dan jumlah dagangan yang diuruskan dan bagi perkhidmatan logistik menyeluruh ianya

selalu berupa tawaran pakej. Walau bagaimana untuk perkhidmatan pengangkutan,

tambang kapal terbang, kereta api, kapal laut pengangkut kontena ianya berasaskan tarif

yang telah ditetapkan dan boleh diperoleh daripada syarikat-syarikat berkenaan.

7 PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN

Untuk maju di dalam apa jua bidang perniagaan, para usahawan haruslah bijak

menguruskan kewangan syarikat. Kelemahan di dalam pengawalan, kurang disiplin atau

menggunakan sumber kewangan sesebuah syarikat untuk aktiviti lain tanpa kajian teliti

selalunya akan merugikan dan menghadapi masalah aliran wang tunai. Perlu juga

diingatkan masalah kewangan akan mengganggu dan usahawan akan kehilangan fokus

terhadap tanggungjawab dalam perniagaan.

Modal

Untuk menceburi bidang Forwarding Agent asas, para usahawan perlu mempunyai modal

permulaan anggaran RM60,000 (meliputi modal berbayar yang diperlukan oleh Jabatan

Kastam untuk memperoleh Lesen Agen Kastam). Modal permulaan ini adalah untuk

digunakan seperti berikut:

• Kos Permulaan (Start-up Cost) - RM10,000

• Modal Pusingan (Operasi) - RM30,000

• Cagaran Jaminan Bank (Jabatan Kastam) - RM10,000

• Gaji & lain-lain kontigensi - RM10,000

Page 13: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Forwarding Agent.pdf · Third Party Logistic (3PL) Dan Fourth Party Logistic (3PL) Third Party Logistic (3PL) Ini adalah konsep

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

FORWARDING AGENT

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD. 10

Keperluan Kemudahan Bank

Beberapa kemudahan bank yang diperlukan adalah seperti berikut:

• Jaminan Bank – Untuk Bon Kastam, jaminan kredit daripada syarikat

pengangkutan dan sebagainya

• Sewa Beli atau Leasing – Pembelian lori dan lain-lain jentera, perkakas

pejabat, gudang dan sebagainya

• Overdraft – Menambah modal pusingan

Modal Pusingan

Modal pusingan (minimum) untuk perniagaan Forwarding Agent asas adalah dianggarkan

RM10,000 hingga RM50,000 terutamanya untuk pembiayaan sebelum mendapat bayaran

dari pelanggan. Walaubagaimana pun, sekiranya bayaran daripada pelanggan diterima

lebih awal jumlah modal pusingan diperlukan lebih rendah. Adalah dinasihatkan para

bakal usahawan membuat ramalan aliran wang tunai sendiri bagi membantu di dalam

aspek pengurusan wang atau modal.

Kos Operasi

Kos operasi adalah kos-kos yang dikenakan atau diperlukan untuk dibayar bagi operasi

perniagaan syarikat. Contohnya bayaran pengangkutan (minyak kenderaan, cukai jalan,

tol dan sebagainya), kos pergudangan, bayaran upah (bukan pekerja tetap) dan lain-lain

kos yang bersangkutan. Jumlah minimum yang diperlukan di antara RM10,000 hingga

RM50,000 bergantung kepada saiz perniagaan.

Anggaran Untung Kasar Perniagaan

Tiada peratusan tetap yang boleh diberikan kerana ianya bergantung kepada budi bicara

bakal usahawan sendiri yang menentukan. Bagaimanapun, sebagai panduan, 10 hingga 15

peratus adalah kebiasaan yang diunjur oleh banyak pengusaha logistik termasuk

Forwarding Agent.

Page 14: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Forwarding Agent.pdf · Third Party Logistic (3PL) Dan Fourth Party Logistic (3PL) Third Party Logistic (3PL) Ini adalah konsep

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

FORWARDING AGENT

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD. 11

8 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN SEBAGAI MULTIMODAL

TRANSPORT OPERATOR (MTO)

MultiModal Transport Operator (MTO) adalah syarikat logistik yang boleh dan mampu

menawarkan perkhidmatan menyeluruh (Total Logistic) kepada pelanggan-pelanggan

berasaskan kepada konsep perkhidmatan ‘pintu ke pintu’. Syarikat-syarikat yang berdaftar

dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan dipilih untuk diberi pengiktirafan

sebagai MTO layak memberi perkhidmatan logistik kepada mana-mana Jabatan Kerajaan

dan syarikat yang mempunyai kepentingan kerajaan seperti Tenaga Nasional Berhad

(TNB), Petronas, Telekom dan sebagainya. Biasanya pemilihan memberi kontrak oleh

Kerajaan kepada MTO bergantung kepada rekod perkhidmatan mereka dan diberi secara

bergilir-gilir. Buat masa sekarang terdapat kurang dari 15 syarikat sahaja yang diberi taraf

MTO oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

PENDAFTARAN DENGAN BADAN KERAJAAN DAN SYARIKAT

BERKEPENTINGAN KERAJAAN (GLC)

Untuk mendapat kebenaran membida kerja-kerja perkhidmatan logistik dengan Badan

Kerajaan dan Syarikat Berkepentingan Kerajaan (GLC), syarikat juga perlu berdaftar

dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai MTO. Kebiasaannya sebelum boleh

berdaftar dengan badan-badan kerajaan lain dan GLC, syarikat diminta menunjukkan

bukti kelulusan pendaftaran dengan MOF. Sebagai panduan untuk mendapat kelulusan

pendaftaran dengan GLC, syarikat hendaklah menghubungi syarikat-syarikat tersebut dan

menggunakan borang-borang pendaftaran yang telah disediakan oleh mereka.

Page 15: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Forwarding Agent.pdf · Third Party Logistic (3PL) Dan Fourth Party Logistic (3PL) Third Party Logistic (3PL) Ini adalah konsep

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

FORWARDING AGENT

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD. 12

9 JARINGAN DAN PAKATAN STRATEGIK DENGAN SYARIKAT

LOGISTIK ANTARABANGSA

Untuk berjaya dan mengembangkan perniagaannya sama ada di dalam atau keluar negara,

para usahawan haruslah mencari dan menjalin pakatan strategik dan pintar dengan

syarikat-syarikat logistik antarabangsa. Melalui pakatan ianya bukan sahaja memudahkan

pasaran baru dapat ditembusi, tetapi juga dapat menjadi wakil syarikat berkenaan di dalam

negeri kita sendiri. Melalui jaringan juga, kos untuk membuka cawangan di pasaran baru

dapat dikurangkan dan segala keperluan birokrasi pasaran baru dapat diatasi bersama. Di

samping itu, usahawan berpeluang mempelajari teknik-teknik baru di dalam perkhidmatan

logistik.

10 LIABILITI DAN PENGURUSAN RISIKO

Didalam menguruskan sesuatu perniagaan pengusaha perlu bersedia untuk menghadapi

risiko dan mengelak dari melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan kegagalan

perniagaan. Diantara kesalahan yang dilakukan mungkin hanya kelemahan dan kesalahan

biasa. Namun begitu denda akan dikenakan sekiranya pengusaha melanggar kesalahan-

kesalahan yang lebih besar.

Kelemahan Dan Kesalahan Biasa

• Tidak memahami dan mematuhi undang-undang dan prosedur Jabatan kastam.

• Salah menggunakan / mengisi dokumen kastam

• Menyediakan maklumat yang kurang lengkap

Kesalahan Besar

• Penipuan

• Pemalsuan dokumen

• Melakukan rasuah (seperti sogokan wang, pemberian hadiah dan sebagainya)

• Melakukan penyeludupan

Page 16: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Forwarding Agent.pdf · Third Party Logistic (3PL) Dan Fourth Party Logistic (3PL) Third Party Logistic (3PL) Ini adalah konsep

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

FORWARDING AGENT

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD. 13

• Melarikan duti dan cukai

• Mengedar barangan seperti dadah, senjata api dan barang larangan mutlak

• Menggunakan pas milik orang lain

• Menggunakan nama syarikat lain untuk berurusan bagi kepentingan diri sendiri

• Memulakan perniagaan sebelum mendapat lesen cukai perkhidmatan

Penalti Oleh Jabatan Kastam Di Atas Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Agen (Sama

Ada Secara Langsung Atau Sebaliknya)

• Memberi amaran

• Merampas pas

• Membatalkan pas

• Menyenaraihitamkan syarikat

• Memendekkan tempoh kelulusan

• Menurunkan kategori agen

• Menggantung operasi dengan Kastam

• Membatalkan lesen

• Mengambil tindakan undang-undang

• Menggantung operasi dengan Kastam

• Membatalkan lesen

• Mengambil tindakan undang-undang

Insurans (Pengagihan Risiko)

Diantara Jenis-jenis Perkhidmatan Insurans yang diperlukan:

• Insurans Kebakaran Dan Kecurian (Fire & Burglary Insurance)

• Insurans Tanggungan Awam (Public Liability Insurance)

• Insurans Kenderaan

• Marine Cargo Insurance

• Fidelity Guarantee Insurance

• Insurance Cargo-in-Transit

• Workmen’s Compensation

Page 17: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Forwarding Agent.pdf · Third Party Logistic (3PL) Dan Fourth Party Logistic (3PL) Third Party Logistic (3PL) Ini adalah konsep

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

FORWARDING AGENT

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD. 14

11 BORANG-BORANG DAN DOKUMENTASI BERSANGKUTAN

Borang Untuk Dagangan Import Atau Eksport

Adalah penting bagi Forwarder mengetahui menggunakan borang-borang yang betul bagi

mendapat pelepasan Jabatan Kastam dengan cepat semasa mengendali dagangan import

atau eksport bagi pihak pelanggan. Kegagalan mengetahui dan menggunakan borang-

borang yang salah atau membuat deklarasi yang tidak betul bukan sahaja melambatkan

pergerakan kargo tetapi juga melibatkan kos tertentu. Borang-borang yang digunakan

untuk dagangan import atau eksport antaranya adalah seperti berikut:

• Bill of Lading (BL)

• Invoice / Packing List

• Insurance Certificate

• Borang Kastam (Customs Forms 1,2,3,8 & 9)

• ATA Carnet Permit (Temporary Import Permit)

• Exchange Control

• Custom Harmonized Tariff

• Container Haulage Request Form

Borang-Borang Bersangkutan

Di samping borang-borang di atas, Forwarder juga perlu mengetahui kegunaan dokumen-

dokumen seperti berikut dan cara mengisi dengan betul:

• Space Booking Confirmation

• Damage Survey Report

• Fumigation Certificate

• SGS Inspection Certificate

• Delivery Instruction / Delivery Order (DO)

• Customs Appointment Letter

• Indemnity Certificate

• Freight/Storage Bill

• Approved Permit (AP)

Page 18: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Forwarding Agent.pdf · Third Party Logistic (3PL) Dan Fourth Party Logistic (3PL) Third Party Logistic (3PL) Ini adalah konsep

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

FORWARDING AGENT

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD. 15

12 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN

Sungguhpun terdapat banyak syarikat yang mendaftar sebagai Forwarder di Malaysia dan

diakui bidang perkhidmatan ini adalah kompetitif, tetapi usahawan yang mempunyai sikap

jati diri yang tinggi dan pro-aktif mempunyai peluang cerah untuk maju di dalam

perniagaan ini. Antara faktor-faktor yang boleh membantu usahawan-usahawan berjaya

dan maju adalah:

• Mempunyai dan memahami bidang tugas dan peluang perniagaan

Forwarding Agent di dalam konteks perniagaan Global

• Kesediaan mempelajari dan menggunakan teknologi dan peralatan baru

untuk integrasi proses perniagaan

• Sokongan kewangan yang cukup

• Mempunyai jaringan hubungan strategik atau pintar dengan syarikat-

syarikat antarabangsa (Strategic and Smart Partnership)

• Mempunyai pengetahuan dan memahami arah tuju konsep perniagaan dan

pemasaran yang baik

• Mempunyai pengurusan dan kakitangan yang berwibawa dan komited

• Mementingkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggan

• Berwawasan dan fokus terhadap kualiti perkhidmatan

• Jujur dan mempunyai etika kerja yang tinggi

• Bersedia menerima perubahan (flexibility and adaptive to changes)

• Sanggup menerima teguran dan tindak balas yang cepat dari pelanggan.

Page 19: Menteri - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Forwarding Agent.pdf · Third Party Logistic (3PL) Dan Fourth Party Logistic (3PL) Third Party Logistic (3PL) Ini adalah konsep

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

DAN KOPERASI (MECD)

Lot 2G6, Presint 2

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 Putrajaya Malaysia.

Tel : 603 - 8880 5000

Fax : 603 - 8880 5106

Http://www.mecd.gov.my