membina daya kreatif kanak

Upload: nor-adilah-ali

Post on 03-Apr-2018

313 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Membina Daya Kreatif Kanak

    1/22

    Membina daya kreatif kanak-kanak

    Membina daya kreatif kanak-kanak

    DAYA kreatif bukan hanya bergantung kepada keupayaan, tetapi juga sikap seseorang dalammenghadapi kehidupan.

    Daya kreatif paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya adalahbaru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambilmeneroka dunia di sekeliling mereka.

    Bagaimanapun, jika ibu bapa ingin menanamkan daya kreatif ini dalam diri anak-anak, perkarapenting yang perlu diketahui ialah perbezaan antara kreativiti dan kepintaran.

    Semua orang mempunyai potensi atau bakat kreatif semula jadi. Sebagai guru, ibu bapa ataupenjaga, mereka boleh mempengaruhi kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreatif .

    Tugas membesarkan anak-anak yang kreatif adalah lebih mudah daripada yang disangkakan.

    Ibu bapa hanya perlu memberikan sedikit galakan dan peluang untuk mereka mendapatkebebasan untuk bertindak dan bersuara.

    Ibu bapa boleh menyediakan pelbagai jenis bahan untuk mainan kreatif anak seperti alat-alatlukisan, pakaian lama, plastisin dan doh mainan buatan sendiri, blok binaan atau kotak, dansebagainya.

    Ibu juga boleh membacakan buku untuk anak-anak dan menggalakkan mereka membaca.Tunjukkan kepada mereka bahawa membaca adalah kegiatan yang menyeronokkan.

    Sesetengah kanak-kanak memang gemar melukis dan mewarnakan lukisan. Mereka akanmelakukannya tanpa disuruh. Tetapi kanak-kanak yang lebih penakut atau pemalu mungkinmemerlukan idea untuk mendorong mereka memulakannya.

    Ada kanak-kanak yang mungkin gemar melukis objek, orang atau haiwan yang mereka lihat. Iniadalah cara yang baik untuk meningkatkan kemahiran pemerhatian atau pengamatan mereka.

    Jangan galakkan mereka melukis watak-watak kartun popular. Sebaik-baiknya, galakkan kanak-kanak mencipta atau melukis watak mereka sendiri.

    Secara umum, elakkan aktiviti-aktiviti seni membabitkan langkah demi langkah yangmembawakan hasil yang boleh diramalkan.

    Gunakan bahan-bahan berlainan untuk aktiviti-aktiviti lama. Sebagai contoh, semburkan krim

    pencukur pada cermin tingkap atau ke atas meja dan biarkan mereka melukis dengan jari.

    Atau, warnakan beras dengan menggunakan pewarna makanan dan biarkan mereka cuba

    membuat koolam. Atau, izinkan mereka menggunakan selimut, kerusi dan kotak untuk membuatistana.

    Galakkan mereka memikirkan sesuatu dengan sendiri. Ibu bapa seharusnya menyokong idea atau

    ciptaan mereka - bukan mengkritik atau cuba membetulkan rupa atau bentuk hasil kreatif mereka.

    Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa individu yang sangat kreatif biasanya lahir daripadakeluarga yang mengenakan terlalu sedikit peraturan penting tetapi bermakna.

    Pakar pendidikan awal Itali, Loris Malaguzzi yang menulis dalam The Hundred Languages ofChildren berkata, kreativiti lahir daripada pelbagai pengalaman.

    Ia disertakan dengan pembangunan sumber peribadi yang mendapat sokongan, termasukkebebasan untuk meneroka luar daripada batas pengetahuan.

  • 7/28/2019 Membina Daya Kreatif Kanak

    2/22

    Dalam usaha untuk meningkatkan daya kreatif anak-anak, tugas ibu bapa ialah untuk membantumereka mendaki gunung mereka sendiri, setinggi yang terdaya. Tiada sesiapa yang dapatmelakukan lebih daripada itu.

    - Artikel ini dibawakan oleh Walls Paddle Pop - jenama aiskrim keluaran Unilever (M) Holdings.

    macademia posted at 4-8-2006 14:57

    Mac gemar biarkan anak2 berkreatif dgn alatan seni..... alhamdullillah sekolah sekarang jugamemberi ruang utk pelajar2nya kreatif melalui matapelajaran pendidikan seninya, pendidikan senibukan hanya setakat melukis dan mewarna dgn crayon dan water colour....... mereka gunakan

    bahan2 buangan, barangan hidupan semulajadi, etc......

    Syd posted at 2-10-2006 15:25

    yang nih via email (e-group)

    [quote]3 Ciri Anak Kreatif

    assalamualaikum,hari ni kita sembang pasal anak2 kita pulak yeacalah manalah tau kita dapat menonjolkan

    potensi anakanda2 kita.

    1. Spontan

    2. Rasa ingin tahu3. Tertarik pada hal-hal yang baru

    Jika diperhatikan pada tiga perkara tersenarai diatas, mesti kita akan mendapati bahawa semuaciri itu ade pada anakanda kita. Ke tak perasan? He he. Dari apa yang dinyatakan tu fahamla kitabahawa semua anak adelah kreatif secara semulajadi tetapi kaedah kita mendidiklah yang boleh

    menjunamkan kekreatifan diorg. So, kenelah reti yang kita mak bapak nih mempertahankan

    kebolehan diorg.

    Soalan di bawah mungkin dapat membantu saya dan semua yang membaca memahami dahberapa jauh kemampuan kita dalam hal nih

    Adakah kita menerima segala kelebihan dan kekurangan anak dan adakah kita menghargaikelebihannya dan membantu dia mengatasi kelemahannya?Adakah kita menyedari bahawa setiap individu adalah unik tak sama dan tak akan dapatdisamakan dengan anak orang lain?Tahukah kita bahawa kreativiti tu byk dimensi dan mungkin dimensi kreatif anak kita tak samadari kita?Sudahke kita mengenalpasti minat dan bakat anak kita satu persatuAdakah kita bagi dorongan atas apa yang diorang lakukan atau kita marah diorang pulak?Adakah kita memberikan perhatian atas apa yang diorg buat cthnya join sekaki melakukan aktiviti

    bersamaAdakah kita sering memperkenalkan perkara2 baru pada mereka? Atau kita lebih relamenyembunyikannya?Adakah kita berinteraksi dgn anak2 dgn cara santai atau kita cakap ala2 marah gitu?Adekah kita memberi ruang waktu, tempat dan kemudahan dan bahan2 agar anak kita menjadi

    lebih kreatif?Pernahke kita bagi projek khusus berkaitan dgn minat diorg utk diorg praktikkan kekreatifanmereka?Adakah selama ini kita berminat dengan hasil projek mereka atau kita hanya minat dengan prosesmereka sahaja?Adakah kita menilai hasil tangan mereka dari sudut pandangan kita tanpa menggunakanperspektif penilaian anak2?

    Adakah kita membantu mereka menguatkan lagi kebolehan mereka?

    Empat kunci untuk mempertahankan kreativiti anak

  • 7/28/2019 Membina Daya Kreatif Kanak

    3/22

    Membangunkan keperibadian anak dengan kasih sayang

    Dengan kasih sayang ibu bapa akan menerima anak seadanya. Jangan memaksa dia menjadi

    orang lain memandangkan setiap individu adalah unik. Sebagai contohnya saidina Umar r.a danAbu Bakar r.a. meskipun dilatari latar belakang agama, mereka tetap berbeza. Ibaratnya bintang,semua bintang akan bergemerlapan. Terangnya satu bintang tidak akan gelapkan cahaya bintangyang lain.

    Seperti yang kita perhatikan dikalangan sahabat2 Baginda Rasulullah SAW. Mereka semuanyakreatif tapi dimensinya berbezaalman Al-Farisi mahir dalam perang parit, Umar Bin Khattab

    mahir dalam tertib lalu lintas, Abu Bakar Ash-Shiddiq mahir dalam ekonomi Islam, Khalid bin AlWalid mahir dalam perang moden dan lain-lain lagi. Masalah orang sekarang adalah seolah2nyakita mahu fotostat kepandaian anak2 jiran kita pada anak kita sedangkan perkara nihmustahilkan?

    Memberi motivasi dan semangat

    Sama seperti kita berpuasa, solat berjemaah bersama2 kenapa tidak melakukan bersama2 untukaktiviti yang boleh mengembangkan lagi bakat mereka.

    Membantu anak2 membuat system atas apa yang dihasilkannya

    Pertama : ruang waktu yang mencukupi, tempat yang selesa dan bahan yang mencukupi untukmenampung bakat mereka

    Kedua : menggilirkan keterlibatan kita kerana ada masa mungkin anak mahu bersendirianmembuat kerja mereka dan ada masanya mereka memerlukan kita.

    Ketiga : sediakan mereka bilik yang selesa untuk menghasilkan sesuatu

    Keempat : memelihara suasana harmoni yang tidak menyekat kebolehan anak2.

    Menilai hasil kreativiti anak2

    Pastikan kita tidak menilai ikut perspektif kita. Tambah pulak kalau kita nih jenis cerewet kan nanti

    terbantut perkembangan anak2. contoh bila anak boleh kira dari satu hingga sepuluh, kita puji ladan kita bagi ganjaran walaupun dia mengambilk masa untuk mencapai kemajuan itu.

    Semoga apa yg ditulis nih membantu kita sama2 membangunkan pemimpin yg berfikiran positif dimasa hadapan yealam sayang buat semua

    salam,YM : sitisifir100199147161

    sitisifir10@ yahoo.com[/quote]

    KakFie posted at 5-10-2006 14:59

    [quote]Originally posted by [i]Syd[/i] at 4-8-2006 02:11 PMMembina daya kreatif kanak-kanak

    DAYA kreatif bukan hanya bergantung kepada keupayaan, tetapi juga sikap seseorang dalammenghadapi kehidupan.

    Daya kreatif paling jelas dapat dilihat pada kan ... [/quote]

    Nak cerita sikit tentang Hundred Languages of Children dalam artikel tu...

  • 7/28/2019 Membina Daya Kreatif Kanak

    4/22

    Asalnya adalah satu pameran yang mempamerkan hasil-hasil kerja kanak-kanak pre school diItaly yang menggunakan [color=Blue]Reggio Emilia [/color]philosophy. Ini salah satu earlychildhood education philosophy yang lebih menekankan pada luahan fikiran kanak-kanak melaluihasil seni. Cikgu-cikgu pulak banyak ambil gambar kanak-kanak beraktiviti dalam kelas sebagai

    laporan harian. Tiap-tiap hari cikgu akan tulis dalam log book segala aktiviti dan dialogue antaracikgu dan murid tentang sesuatu isu. Parents boleh baca daily report ni hari-hari beserta dengangambar.

    Memang banyak hasil kerja tangan diorang. Boleh buat art exhibition. Apabila bincang sesuatuisu, diorang akan berkreatif sendirilah tak kisahlah dengan apa cara sekalipun untuk express hasilfikiran diorang tentang isu tu melalui hasil seni. Cikgu pun akan berdialogue dengan budak-budak

    kecik ni tentang isu tersebut. SEMUA kena bagi pendapat sebab cikgu akan tulis dalam daily logbook apa response tiap-tiap orang . Memang betul-betul stimulate theri thinking process.

    Tadika anak sulung akak dulu gunakan approach ni (bukan di Malaysia)...sememangnya sangat-sangat menarik. Walaupun tadika tak ada uniform tapi akak memang asingkan baju2 casualuntuk tadika dan untuk pakai harian sebab comotnya dengan paint Tuhan saja yangtahu....walaupun pakai art smock. Tahulah budak-budak bila disuruh brekreatif memang all outhabis...

    Dan cikgu-cikgu dia kena rajinlah sebab nak buat report, ambik gambar hari-hari. Tapi puas hatisebab kita tahu apa anak kita buat kat sekolah.

    [[i] Last edited by KakFie at 5-10-2006 03:02 PM [/i]]

    andah_amon posted at 8-11-2006 14:44

    nak bagik anak kreatif bagik jer derang conteng dinding....macam macam karya dah kat dinding umah haku sampai dah tak kuasa aku nak marah....nanti raya taun depan aku cat ler balik.....hehehehheheheh :lol

    tina^^ posted at 8-11-2006 15:10

    eh skang dah ada cat dinding yg kalau kena conteng kiter boleh lap jek balik bahan contengan tuekan??

    brand aper eh?

    Page: [1]

    View Full Version:Membina daya kreatif kanak-kanak

    http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=230055http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=230055http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=230055http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=230055
  • 7/28/2019 Membina Daya Kreatif Kanak

    5/22

    Pengenalan Seni, Definisi Seni, Definisi Pendidikan &

    Definisi Pendidikan SeniPengenalan

    Apabila membicarakan tentang seni, masyarakat umumnya lebih tertarik dengan seni yang lebih

    popular seperti seni muzik mahupun seni lakonan. Ini bertitik tolak daripada pendedahan yang

    meluas diterima bagi kedua-dua cabang seni tersebut. Lantaran itu, seni muzik dan seni lakonan ini

    mempunyai impak yang bukan sedikit ke atas khalayak di negara ini. Nama-nama kecil dan besar

    yang menguasainya begitu mudah bermain di bibir masyarakat, baik anak kecil, mahupun golongan

    yang lebih tua.

    Namun begitu, apabila memperkatakan tentang seni visual, ianya seakan jauh terpinggir. Walaupunsebenarnya ia telah wujud lebih awal di kalangan masyarakat, kita masih merasakannya sebagai

    suatu cabang seni yang duduknya pada kelas kedua. Hanya golongan tertentu sahaja yang bener-

    benar menghayati seni visual dalam erti kata penghayatan estetika selayaknya.

    Walaupun kewujudan seni visual adalah seusia dengan peradaban manusia, namun masyarakat di

    Malaysia masih memandang sinis akan kepentingannya di dalam membentuk nilai-nilai kemanusiaan

    dan budaya bangsa. Bermula dengan lebih dikenali sebagai Seni Lukis dan Pertukangan/ Pekerjaan

    Tangan di era sebelum merdeka sehinggalah beralih kepada Seni Visual sejak kebelakangan ini,

    namun martabatnya masih diletakkan pada tempat yang sama.

    Lantaran itu, sejajar dengan hasrat untuk membentuk warga negara yang tahu menghargai budaya,mempunyai nilai-nilai norma kemasyarakatan yang luhur berpaksikan kepada Rukun Negara, maka

    perubahan demi perubahan dilakukan ke atas kurikulum pendidikan negara. Perubahan ini

    merangkumi pelbagai mata pelajaran di sekolah merangkumi peringkat rendah persekolahan

    sehinggalah ke peringkat tertinggi. Perubahan ini turut merangkumi mata pelajaran Pendidikan Seni

    yang dikira akan dapat mengangkat martabat seni visual khasnya ke suatu kedudukan yang lebih

    baik.

    Di samping itu, ia juga menjadi serampang dua mata sebagai uasaha membentuk minda baru

    masyarakat Malaysia, tidak sekadar memandang seni dari sudut estetikanya sahaja malahan mampu

    mengangkat darjat dan peranan seni visual di dalam pembentukan ketamadunan negara.

    i) Definisi Seni

    Apa sebenarnya yang dinamai seni itu sendiri? Terlalu banyak kupasan dan pendefinisian

    mengenai seni, baik melalui tokoh-tokoh sejagat mahupun tokoh seni tempatan. Baik kupasan

    berlandaskan estetika semata-mata mahupun pengertian seni yang dapat dikutip melalui kacamata

    agama. Ini melambangkan betapa luasnya kesenian itu sendiri lantaran manusia yang normal secara

    totalnya amat senang dengan sesuatu yang mempunyai nilai-nilai dan unsur seni.

  • 7/28/2019 Membina Daya Kreatif Kanak

    6/22

    Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan lain-

    lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung

    mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan

    serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan

    dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan

    Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyainilai estetika yang tinggi.

    Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman,

    menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara

    seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata

    lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang

    mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi

    pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni,

    ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak

    mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di

    antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri.

    Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) seni adalah penghasilan rupa bentuk yang

    menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ).

    Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh

    penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan

    juga termasuk di dalam kesenangan ini.

    Kesimpulannya, biar dari sudut pandangan mana sekalipun, seni merupakan sesuatu yang berkait

    rapat dengan estetika dan keindahan. Keindahan yang mampu memukau dan mempersonakan mata

    dan hati yang menghayatinya dengan segenap pancaindera yang ada.

    ii) Definisi Pendidikan

    Pendidikan menurut Plato, seorang filosofis Yunani, ialah mengasuh jasmani dan rohani seseorang

    agar dapat sampai ke satu tahap keindahan dan kesempurnaan yang paling tinggi. Secara jelasnya,

    pendidikan adalah suatu usaha membentuk kesempurnaan dan keindahan di dalam diri individu.

    Pengertian ini adalah sejajar dengan apa yang diungkapkan oleh salah seorang lagi filosofis Yunani

    iaitu.

    Aristotle di mana beliau mengungkapkan pendidikan sebagai satu usaha untuk menyediakan akal-

    fikiran untuk diisikan dengan ilmu pengetahuan, sebagaimana menyiapkan tanah untuk diisikan

    dengan tanam-tanaman.

    Berdasarkan Kamus Dewan, pendidikan berasal daripada kata dasar didik yang membawa

    pengertian memelihara dan memberi latihan berupa ajaran ataupun pimpinan mengenai akhlak dan

    kecerdasan fikiran. Pendidikan pula membawa maksud proses mengubah sikap dan tata laku

    seseorang dalam usaha mematangkan individu tersebut. Secara jelasnya, pendidikan bolehlah

    ditakrifkan sebagai proses penyemaian ilmu secara berterusan kepada seseorang.

    Oleh kerana luasnya konsep pendidikan itu disamping pertalian intimnya dengan ilmu, para

    cendikiawan seringkali memberi pendefinisian tentang pendidikan berdasarkan cabang ilmu masing-

    masing bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas. Umpamanya, di dalam Islam sendiri, konsep

    ilmu terbahagi kepada dua, iaitu ilmu akhirat ( ukhrawi ) dan ilmu keduniaan ( duniawi ). Bertitik-tolak

  • 7/28/2019 Membina Daya Kreatif Kanak

    7/22

    daripada kefahaman tersebut, Abdul Halim el-Muhammady mentakrifkan pendidikan daripada

    kacamata Pendidikan Islam sebagai suatu proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan

    emosi manusia berasaskan sumber wahyu, Quran dan Sunnah, pengalaman salaf al-soleh serta

    ilmuwan muktabar dengan matlamatnya bagi melahirkan insan yang soleh.

    Manakala penganut aliran Fungsionalisme melihat individu tidak penting dalam menentukan apa yangsesuai untuk dirinya. Pendidikan bagi mereka bukanlah untuk membentuk potensi dan kebolehan

    individu bagi dirinya tetapi untuk keperluan komuniti dan masyarakatnya. Ini adalah lantaran

    masyarakatlah yang menentukan baik dan buruknya sesuatu perkara.

    Salah seorang penganut aliran ini, Durkheim ( 1956 ) umpamanya mendefinisikan pendidikan sebagai

    penerapan pengaruh generasi dewasa kepada mereka yang memasuki era baru dalam kehidupan

    sosial. Mereka yang dididik adalah dikehendaki mempelajari dan mempraktikkan nilai-nilai keperluan

    sebagaimana yang dikehendaki oleh generasi yang lebih awal. Oleh itu, secara umumnya Durkheim

    menganggap fungsi pendidikan adalah untuk mengekalkan masyarakat dengan menyediakan rangka

    normatif dan kognitif masyarakat dalam diri invidu.

    John Dewey, seorang pakar pendidikan Amerika Syarikat mentakrifkan pendidikan sebagai satu

    proses perkembangan individu. Menurut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu

    pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat

    hidup dengan lebih berguna dan selamat.

    Hj. Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih di kenali sebagai Hamka iaitu salah seorang tokoh

    pendidikan Islam yang paling berpengaruh di Indonesia. Beliau mendefinisikan pendidikan sebagai

    suatu proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti

    yang mulia seperti sikap rendah diri, sabar, menghormati orang tua dan sebagainya.

    Rabindranath Tagore, salah seorang ahli falsafah dan penyair India yang terkemukamenyatakanpendidikan sebagai suatu proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran

    sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan dengan penuh makna. Menurut beliau,

    pendidikan tidak seharusnya hanya terikat dengan buku, tetapi harus dihubungkaitkan dengan

    pengalaman kehidupan sebenar manusia.

    Oleh itu, pendidikan secara jelasnya boleh dilihat sebagai suatu proses berterusan dalam usaha

    membentuk individu bagi memenuhi keperluan diri dan masyarakatnya, berlaku samada secara

    formal ataupun non-formal. Ini adalah kerana, setiap individu, terutamanya individu muslim, telah

    ditetapkan secara jelas tujuan matlamat pendidikan tersebut.

    iii) Definisi Pendidikan Seni

    Pendidikan Seni Di Dalam Sistem Pendidikan Formal Negara bermaksud program pendidikan yang

    bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi keperluan individu dan aspirasi

    negara. Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran

    tangan yang lain yang diadunkan daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari.

    Feldman ( 1996 ) memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan

    pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia

    dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah meliputi apa jua cabang seni

    visual seperti catan, arca, seni bina, reka bentuk industri, garafik komputer, serta apa jua yang

    berkaitan dengan seni, baik yang berupa seni tampak tradisional mahupun seni moden.

  • 7/28/2019 Membina Daya Kreatif Kanak

    8/22

    Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di dalam penghasilan

    produk seni, mempelajari sejarah dan antropologi seni, membezakan makna seni serta melihat nilai

    produk seni individu. Lantaran itu, pendidiikan seni lebih menitik beratkan pemikiran, perbuatan dan

    penilaian yang original di samping memberi kesempatan untuk individu itu memperkembangkan idea

    semulajadinya secara teratur menerusi peringkat-peringkat perkembangan yang artistik.

    Kesimpulannya, pendidikan seni merupakan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran seni tampak

    yang terancang dan mempunyai hala tuju serta matlamat yang jelas. Pendidikan seni adalah suatu

    sistem pengajaran dan pembelajaran yang bermatlamat melahirkan individu yang celik seni bagi diri

    dan masyarakatnya

    Apa itu Seni Lukis???

    MengenalSeniLukis Seni lukis adalah hasil karya yang diciptakan dengan

    menggunakanmediaduadimensiberupakertas,kainkanvas,

    triplek, kaca,kulit dan sebagainya dengan menggunakan alat

    melukis kuas, pisau palet dan lainya dengan menggunakan

    unsur-unsursenirupaberupatitik,garis,bidang,warna,gelap

    terang,danteksturdenganmemperhatikanprinsip-prinsipseni

    rupa yaitu komposisi/susunan, gelap terang, proporsi,dan

    sebagainya,denganmenggunakanteknikmelukisyangsesuai.

  • 7/28/2019 Membina Daya Kreatif Kanak

    9/22

    TOPIK 1 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

    1.1 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL

    Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses

    tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi

    pemikiran kanakkanak.

    1.2 KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN

    PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK

    (a) Aspek Kognitif

    Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang empunyai keupayaan

    menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

    (b) Aspek Fizikal

    Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan

    koordinasi tangan serta mata.(c) Aspek Kreativiti

    Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti

    dan projek di dalam pendidikansenivisual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.

    (d) Aspek Persepsi

    murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan

    hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

    (e) Aspek Sosial dan Emosi

    Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran

    pendidikan seni juga menganjurkansemangat ekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

    1.3 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS

    (a) Melukis sebagai Medium Komunikasi

    Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan

    alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.(b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri

    Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak

    dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu

    menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

    (c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem)

    Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan

    semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-

    kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

    1.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK

    1.4.1 Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day

    (a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun) kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada

    pergerakan tangan.

    Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisandengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. -tidak bersifat

    realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej.

    -terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan

    garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa.

    (b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun)

    kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh

    dengan keadaan sekelilingnya.

    (c) Pra-Remaja (10-13 Tahun)

    Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul.

    Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek.

    1.4.2 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain

    (a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)

    Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. mereka mula melukis dari

    peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

  • 7/28/2019 Membina Daya Kreatif Kanak

    10/22

    (b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun)

    Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di

    sekelilingnya dengan menggunakan garisan.

    (c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun)

    Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu.

    Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang

    terdapat disekelilingnya. lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar.(d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun)

    kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. imej yang dilukis secara realistik dan

    teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya

    sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan

    sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.

    (e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun)

    Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistic di dalam menghasilkan lukisan. Mereka

    menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan

    atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi.

    (f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)

    Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat

    ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan

    karya seni.

    1.4.3 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Georges-

    Henri Luquet

    (a) Peringkat Fortuitous Realism

    Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan pada peringkat contengan

    telah membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar.

    (b) Peringkat Failed Realism

    Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej sebenar. Lukisan yang

    hampir sama dihasilkan berulang kali.

    (c) Peringkat Intelectual Realism

    Pada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka lihat. Bentuk

    lukisan yang lebih ringkas namun dilukis dengan agak baik.

    (d) Peringkat Visual Realism

    Melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding.

    Percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dapat dilihat pada peringkat ini dan percubaan melukisimej secara 3 dimensi dianggap satu kejayaan dan pencapaian baik.

    1.5 KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK

    (a) Untuk Bergerak, Berjaya dan Diiktiraf, Diterima dan Disanjung (hasil karya di[uji,dipamerkan)

    (b) Untuk Bersaing, Ketangkasan Fizikal dan Memahami (pertandingan)

    (c) Untuk Meneroka, Pencapaian Kreatif dan Meluahkan Perasaan (beri peluang meneroka dan bereksperimentasi.

    TOPIK 2 TEORI-TEORI DALAM SENI

    2.1 DEFINISI SENI

    Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-

    elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di

    dalam bentuk yang difikirkan paling efektif.

    2.2 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN

    Pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka kerana resepsi deria yangmengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang emosi.

    2.3 PERKEMBANGAN ESTETIK

    Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Di dalam kehidupan seharian, kita

    berkomunikasi secara verbal ataupun bukan verbal. Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan tangan, memek

    muka, pandangan mata dan pergerakan bahagian badan yang lain. Pergerakan estetik pula menjurus kepada isyarat

    virtual. Isyarat virtual ini merupakan jendela kepada emosi dalaman kanak-kanak dan juga jiwa dan pemikiran mereka.

    2.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK

    (a) Faktor sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak.

    Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan.

    (b) Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana

    ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan

    warna.

    (c) Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkatperingkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkinmempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.

  • 7/28/2019 Membina Daya Kreatif Kanak

    11/22

    2.5 TEORI-TEORI KOGNITIF

    2.5.1 Teori Gestalt- Prinsip asas teori ini menitikberatkan keseluruhan daripada sebahagian. Dalam erti kata lain,

    melihat sesuatu objek secara keseluruhan (contohnya rumah) memberi makna yang lebih mendalam daripada melihat

    komponenkomponen individu (tiang, lantai, dinding, pintu, tangga). Proses melihat secara keseluruhan melibatkan

    proses kognitif minda membuat anjakan daripada memahami setiap komponen dalam menghasilkan makna daripada

    pandangan yang menyeluruh.

    Hukum-hukum Teori Gestalt(a) Hukum Pragnanz

    Hukum Pragnanz menyatakan bahawa apabila individu berhadapan dengan pengalaman yang baru, persepsi individu

    tersebut adalah tidak teratur.

    (b) Hukum Persamaan (Similarity)

    Konsep hukum persamaan adalah lebih mudah untuk difahami.

    Individu akan lebih cenderung untuk mengklasifikasikan rangsangan yang mempunyai persamaan di dalam kumpulan

    yang sama.

    (c) Hukum Keintiman (Proximity)

    Mengikut hukum keintiman, pengklasifikasian setiap rangsangan adalah berdasarkan elemen jarak dan hubungan.

    Rangsanganrangsangan yang mempunyai hubung kait di antara satu sama lain akan diletakkan di dalam kumpulan

    yang sama.

    (d) Hukum Lengkap (Closure)

    Hukum lengkap menganjurkan bahawa individu cenderung untuk meletakkan rangsangan yang telah lengkap di dalam

    kumpulan yang sama.

    (e) Hukum Kesinambungan Positif (Good Continuation)

    Hukum ini menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akan berubah, dan pada masa yang akan datang sifat

    yang sama akan dikekalkan. Contohnya, garis yang lurus dilihat sebagai akan tetap lurus pada masa yang akan datang

    dan tidak akan berubah sifatnya.

    (f) Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character)

    Di dalam hukum ini, individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan pandangan mereka secara keseluruhan terhadap

    sesuatu objek

    tersebut, dan bukannya melihat setiap bahagian daripada keseluruhan objek tersebut.

    - Teori Gestalt juga

    mempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis dan banyak diaplikasikan di dalam kaedah

    penyelesaian masalah.

    - Di dalam konteks pembelajaran seni visual, teori Gestalt bukan sahaja melihat kepada produk atau hasil kerja tetapi

    memberikan penekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan produk itu sendiri.2.5.2 Teori Sosial-Interaksi Piaget(ahli epistemologi genetik di dalam bidang biologi dan falsafah.)

    -Piaget merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir, cuma kanak-kanak

    dewasa mempunyai lebih pengalaman yang mengasah minda mereka.

    Jawapan kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana cara berfikir mereka yang berbeza. - prinsip

    penyelidikan biologinya :

    (a) Penyerapan (Assimilation) dan Ubahsuai (Accommodation)

    Piaget menjelaskan dua proses yang digunakan oleh individu sepanjang hayat dalam menyesuaikan diri mereka

    dengan persekitaran, iaitu asimilasi (assimilation) dan akomodasi (accommodation). Kedua-dua proses ini sentiasa

    berlaku dalam diri individu dan sentiasa menimbulkan ketegangan yang memerlukan penyelesaian. Hasil daripada

    penyelesaian kepada ketegangan ini akan mempengaruhi perkembangan kognitif.

    (b) Refleksi, Skema, Struktur dan Hierarki

    Piaget juga mengemukakan hipotesis bahawa setiap bayi dilahirkan dengan skema fungsi yang dikenali sebagai

    refleksi. Refleksi pada bayi ini berfungsi dalam membantu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru (daripadadunia janin ke dunia sebenar). Apabila bayi mula biasa dengan persekitaran yang baru, refleksi ini akan digantikan

    dengan skema tersusun.

    Perkembangan Kebolehan Kognitif

    (a) Peringkat Deria-Pergerakan (0-2 Tahun)

    Kanak-kanak masih belum dapat menguasai simbol ataupun bahasa untuk menamakan objek di sekitarnya. Satu-

    satunya cara interaksi dengan persekitaran ialah melalui kesan deria dan gerak-gerinya.

    Apabila umur bayi meningkat 10 bulan, bayi tersebut mula memahami konsep kekal (permanence) iaitu kesedaran

    bahawa walaupun sesuatu objek hilang daripada pandangannya, objek tersebut tidak ghaib begitu sahaja.

    (b) Peringkat Pra-olahan (2 6 Tahun)

    Di peringkat ini, kanak-kanak telah mula menguasai bahasa dan menggunakan nama untuk panggilan objek di

    sekelilingnya.

    Walaupun begitu, penguasaan ini masih baru dan terbatas dan akan berkembang sepenuhnya sehinggalah kanak-

    kanak tersebut mencapai peringkat pengolahan formal.(c) Peringkat Pengolahan Konkrit (7 11 Tahun)

  • 7/28/2019 Membina Daya Kreatif Kanak

    12/22

    Kebolehan kanak-kanak menguasai konsep pengekalan tentang paduan, nombor, berat dan padatan. Kebolehan ini

    membantu mereka memahami konsep lain yang lebih rumit seperti susunan

    angka, pengklasifikasian bahan mengikut sifat, serta kemampuan melihat sesuatu perkara daripada pelbagai perspektif.

    d) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas)

    Kanak-kanak ini mencapai tahap kemuncak kecerdasan mental di penghujung zaman remaja, namun kekurangan

    pengalaman mengehadkan pengetahuan dan kebolehan mereka untuk menggunakan apa yang mereka tahu. Di

    peringkat ini juga, perkembangan fizikal kanak-kanak adalah lebih pantas berbanding perkembangan mental apabilamereka mula melangkah ke awal alam remaja.

    Pendekatan Teori Sosial-Interaksi Piaget dalam Pembelajaran

    (a) Peringkat Pra-olahan (2-6 Tahun)

    Imaginasi kanak-kanak adalah sangat tinggi pada peringkat praolahan, iaitu apabila kanak-kanak mencapai umur dua

    hingga enam tahun. Adalah penting bagi guru-guru prasekolah ataupun ibu bapa menggalakkan kanak-kanak untuk

    berimaginasi kerana secara tidak langsung ia juga akan menggalakkan daya cipta kanak-kanak.

    (b) Peringkat Pengolahan Konkrit

    Di peringkat ini, kanak-kanak mempunyai kepetahan bercakap yang sangat tinggi dan sentiasa ingin bertutur untuk

    menarik perhatian.

    Namun begitu, di dalam kelas yang sama mungkin ada sebilangan kanak-kanak yang sangat petah bertutur dan sangat

    aktif, manakala sebilangan lagi lebih suka mendiamkan diri.

    (c) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas)

    Di peringkat ini, pelajar telah mula faham konsep-konsep abstrak dan mula membentuk identiti diri. Mereka mula

    memahami kepentingan falsafah hidup dan prinsip, politik dan konsep agama. Guru boleh membantu dengan

    mengadakan perbincangan dalam topiktopik ini agar dapat dijadikan panduan oleh pelajar. Antara bentuk perbincangan

    ialah membantu dalam menentukan hala tuju pelajar, persediaan yang perlu dilakukan serta menetapkan matlamat.

    Pendekatan Konstruktivis

    Pendekatan Konstruktivis dalam Pengajaran

    Bruner telah menggariskan tiga prinsip utama di dalam konteks pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivis.

    1. Pengajaran perlu menitikberatkan pengalaman pelajar serta mengikut konteks kesanggupan pelajar untuk belajar

    (kesediaan).

    2. Pengajaran perlu mengikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh pelajar dengan mudah (organisasi).

    3. Pengajaran perlu dirangka untuk memudah cara penghasilan i lmu (melangkaui maklumat yang dibekalkan guru).

    Kaedah ini mengaplikasikan empat cara tertentu di dalam penyampaian sesuatu topik.

    1. Menekankan perbezaan iaitu melatih pelajar agar bijak membezakan jenis dan sifat maklumat yang diterima.

    2. Menstruktur maklumat agar lebih mudah diterima dan difahami

    3. Susunan paling berkesan di dalam menyampaikan material pengajaran4. Sifat dan bentuk ganjaran (reward) atau hukuman (punishment)

    yang akan dikenakan sekiranya pelajar berjaya atau gagal melakukan sesuatu.

    TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

    - Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual

    iaitu:

    Garisan

    Rupa

    Bentuk

    Jalinan

    Ruang

    Warna

    - Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenisgarisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni

    visual.

    - Rupa

    Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada

    rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula

    yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza

    dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan

    permulaannya.

    Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Terdapat 2 jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk

    dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang

    bersifat 3 dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh

    dihasilkan melalui lakaran, catan dan

    lukisan berkomputer 3 dimensi.Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan

  • 7/28/2019 Membina Daya Kreatif Kanak

    13/22

    ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan

    sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan

    sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa

    melalui sentuhan.

    Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara

    dua objek.

    warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tigakumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah

    dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada

    warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier

    terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.

    PRINSIP-PRINSIP REKAAN

    -Harmoni wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya

    yang tertentuTujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu gubahan, objek atau

    imej.

    - Kontra wujud apabila salah satu daripada unsur-unsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu

    sama. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik pada sesebuah karya seni. Kontra berkait rapat dengan

    penegasan (semakin tinggi kadar kontra semakin jelas penegasan).

    - penegasan ialah sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi

    sebagai daya penarik, pemusatan karya, mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih dramatik.

    Imbangan ialah keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan

    dan sama gaya penampilan.

    Terdapat tiga jenis imbangan iaitu imbangan simetri, imbangan tidak simetri dan imbangan semua arah.

    Pergerakan wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar, bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar dan

    sebagainya.

    Pergerakan bertujuan untuk memberi nyawa, rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi.

    Kepelbagaian merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza. Susunan atau ulangan

    unsur-unsur seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya akan mewujudkan kepelbagaian.

    Kesatuan merupakan olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan

    tema atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan

    kesatuan.

    ORGANISASI REKAAN

    Komunikasi visual merujuk kepada pembelajaran yang membolehkan pelajar berkomunikasi secara visual melalui hasil

    kerja seni. Komunikasi visual terdiri daripada dua tumpuan utama iaitu; reka bentuk grafik dan multimedia. Reka bentukgrafik meliputi pengenalan reka bentuk grafik, poster, simbol, logo dan maskot, kaligrafi, tipografi, pembungkusan, grafik

    persekitaran, ilustrasi, dan komputer grafik.

    Poster merupakan reka bentuk komunikasi yang berfungsi menyampaikan mesej dan intipati daripada gubahan idea.

    Ianya juga merupakan elemen dalam promosi, kempen dan sebagainya.

    Simbol

    Ialah reka bentuk grafik yang diringkas dan dipermudahkan daripada imej sumber alam semula jadi dan alam buatan

    manusia.

    Simbol terdiri daripada flora dan fauna serta benda-benda yang terdapat di sekeliling manusia. Ianya lebih ringkas dan

    mudah daripada tanda yang menggunakan teks.

    Logo

    Logo ialah visual grafik yang menjadi identiti kepada firma perniagaan, kelab, persatuan, organisasi dan bandan-badan

    tertentu.

    MaskotMaskot pula digunakan untuk menarik minat pada sesuatu sambil menampilkan ciri-ciri kemesraan.

    Tipografi (Muka Taip)

    Tipografi merupakan seni menyusun atur atau merekaletak sesebuah muka surat dengan menggunakan huruf untuk

    mendapatkan hasil yang menarik. Terdapat 3 kumpulan muka taip yang diaplikasikan dalam rekaan grafik iaitu muka

    taip serif, san serif dan hiasan.

    Pembungkusan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pembungkusan jenis lembut dan pembungkusan jenis keras.

    Pembungkusan seni lembut terdiri daripada beg plastik, kertas, plastik pembalut dan kertas pembalut. Manakala

    pembungkusan jenis keras terdiri daripada kotak, tin, botol dan sebagainya.

    Grafik Persekitaran

    Ialah reka bentuk grafik yang ada pada alam sekeliling. Ianya berkonsepkan pengiklanan untuk menyampaikan

    maklumat di samping mempromosi kepada pembaca dan pengguna.

    Ilustrasi

    Ilustrasi merupakan seni yang menggambarkan idea dan kata-kata dalam bentuk gambar. Pada zaman dahulu, ilustrasidigunakan untuk merakamkan legenda dan peristiwa bersejarah. Kini ianya lebih bersifat komersial dan berkembang

  • 7/28/2019 Membina Daya Kreatif Kanak

    14/22

    pesat seiring dengan penemuan teknik percetakan.

    Komputer Grafik

    Komponen grafik dalam perisian menggunakan komputer grafik ialah teks, warna, bentuk, ilustrasi dan garisan yang

    boleh membantu pelajar. Penggunaan komputer grafik membantu pelajar meningkatkan mutu hasil kerja kerana

    komponen grafik telah tersedia dalam pelbagai perisian.

    Multimedia

    Multimedia ialah penggunaan komputer untuk sesuatu persembahan dengan menggunakan sokongan teks, grafik,audio dan video. Ianya menggunakan rangkaian hubungan dan alat untuk membolehkan pengguna melayari,

    berinteraksi, mencipta dan berkomunikasi.

    KRAF TRADISIONAL DAN DIMENSI BARU

    Tembikar/Seramik

    merupakan hasil kraf tradisional yang paling awal dapat dikesan oleh tamadun manusia. Ia menggunakan tanah liat

    yang didapati di kawasan persekitaran atau tepian sungai, sawah dan sebagainya. objek ini berfungsi sebagai bekas

    kegunaan harian, hiasan dan dalam kematian.

    Anyaman

    adalah warisan yang terkenal di kawasan luar bandar terutamanya di negerinegeri Terengganu, Perak, Melaka dan

    Kedah. Anyaman bukanlah produk tetapi lebih merupakan kemahiran dalam penghasilan produk. Biasanya produk

    yang dianyam diperbuat daripada daun mengkuang atau pandan, dan dijadikan sebagai perkakas atau objek harian

    seperti tikar, tudung saji dan sebagainya.

    Ukiran

    Merupakan sejenis seni warisan yang menerapkan unsur-unsur alam sekitar yang menjadi identiti ukiran mereka.

    Antara motifnya ialah awan larat yang mempunyai unsur-unsur flora dan fauna, kosmo, geometri dan lain-lain.

    Tekat

    Tekat lebih dikenali sebagai tekat bersuji atau sulaman timbul. Ia merupakan seni sulaman benang pada kain dasar dan

    dibentuk dengan menggunakan kertas yang diliputi benang emas.

    Batik

    Produk batik mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi. Tidak hairanlah ia menjadi salah satu

    produk pelancongan yang terlaris. Di antara jenis-jenis batik termasuklah batik tulis/lukis, terap/blok, pelangi, skrin dansebagainya. Motif yang digunakan adalah seperti flora dan fauna, geometri dan sebagainya.

    Tenunan

    Tenunan adalah proses menjalinkan sehelai benang sehingga menjadi sebidang kain. Tenunan merupakan hasilan

    jalinan benang losen (benang dasar) dengan benang pakan (benang sisip).

    REKA BENTUK DALAMAN DAN LANSKAP

    Salah satu cara peningkatan kehidupan dalam kediaman atau ruang awam supaya dapat meningkatkan status ruang

    tersebut agar selesa, selamat dan sesuai dengan cita rasa pemiliknya. Reka bentuk ruang dalaman terhasil daripada

    kombinasi beberapa elemen asas seni bina seperti tiang, dinding, lantai, siling dan atap.

    Kategori reka bentuk hiasan dalaman terbahagi kepada dua iaitu reka bentuk ruang kediaman dan reka bentuk ruang

    awam dan komersil.

    REKABENTUK PERSEKITARAN

    Lanskap

    Lanskap merupakan pemandangan yang boleh dilihat secara semula jadi ataupun buatan manusia. Ianya boleh

    dibahagikan kepada beberapa kategori yang merangkumi lanskap, kediaman, komersial, institusi, pinggir jalan dan

    kemudahan awam.

    Jenis-jenis Lanskap

    Lanskap lembut merangkumi penggunaan tumbuh-tumbuhan yang

    meliputi pelbagai jenis pokok, tumbuhan renek dan tumbuhan tutup

    bumi. Satu lagi jenis lanskap ialah lanskap keras atau kejur.

    Peranan dan Fungsi Lanskap

    Secara umumnya, lanskap mempunyai beberapa fungsi dan peranan utama.(a) Fungsi Fizikal Tumbuhan Lanskap

  • 7/28/2019 Membina Daya Kreatif Kanak

    15/22

    mengawal hakisan tanah

    memberi perlindungan dan teduhan

    meredakan iklim

    mengawal pencemaran alam

    menjadi tirai dan dinding

    mengarah pergerakan atau petunjuk arah

    imbangan ekologi dan kehidupan fauna (b) Fungsi Estetik Tumbuhan Lanskap

    membentuk ruang

    merangka pemandangan

    melembutkan

    mengikat bangunan dan struktur dengan permukaan bumi

    menjadi penyatu pelbagai elemen

    (c) Fungsi Ekonomi Tumbuhan Lanskap

    Selain daripada yang dinyatakan di atas, tumbuhan lanskap mampu menyediakan pemandangan yang baik dan indah

    serta memberikan faedah kepada masyarakat dan negara dari segi rekreasi, kesihatan, pendidikan dan pelancongan.

    TOPIK 4 MENINGKATKAN DAYA IMAGINATIF KANAK-KANAK

    4.1 kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya imaginasi mereka.

    Kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam.

    4.1.1 Pelbagai Jenis Alat dan Media

    (a) Alatan Asas

    Alatan-alatan asas seperti kertas lukisan, berus, warna dan krayon.

    (b) Gambar

    Gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan daripada imej yang pelbagai, contohnya gambar keluarga, haiwan,

    bangunan, pemandangan dan pelbagai lagi objek alam yang lain. Pelajar meniru imej di dalam foto untuk

    dimanifestasikan di dalam karya lukisan mereka.

    (c) Rakaman Video dan Penggunaan ICT

    guru boleh menggunakan rakaman video dan menayangkan kepada para pelajar di bilik media atau bilik pandang

    dengar yang terdapat di sekolah-sekolah.

    Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan digital dan elektronik dengan memanipulasikan perisian-perisian

    yang ada. penggunaan komputer, pengimbas, kamera digital, pencetak dan Internet pembelajaran yang lebih kreatif

    dan menyeronokkan.

    4.2 PENGALAMAN DERIASetiap insan normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat dan deria sentuh.

    Penggunaan deria yang baik akan dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat pemerhatian secara aktif, dan

    ianya menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan.

    4.2.1 Cara Belajar

    4.2.1.1 Belajar Secara Visual

    Pelajar visual, secara amnya, dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang gemar menggunakan deria penglihatan

    lebih daripada deria yang lain untuk mendapatkan maklumat semasa proses pembelajaran berlaku. Pelajar di dalam

    golongan ini lebih cenderung menggunakan maklumat bertulis, nota, diagram dan gambar.

    4.2.1.2 Belajar Secara Auditori

    Pelajar auditori mendengar dengan tekun untuk memahami, dan proses menulis nota dilakukan kemudian. Adakalanya

    pelajar auditori tidak memahami maklumat bertulis dan perlu mendengar dengan sendiri penjelasan guru.

    4.2.1.3 Belajar Secara KinestetikPelajar golongan ini dapat belajar dengan lebih efektif melalui sentuhan dan pergerakan. golongan ini memerlukan

    aktiviti yang lebih berbentuk hands-on.

    TOPIK 5 KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

    5.1 KREATIVITI

    Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula

    jadi kanakkanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

    5.2 PENGERTIAN KREATIVITI

    Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat. Manakala daripada

    perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu

    kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan

    mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

    Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru danasli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada

  • 7/28/2019 Membina Daya Kreatif Kanak

    16/22

    sebelumnya.

    5.3 PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI

    KREATIVITI

    Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor

    dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan

    bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.

    June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan padamasa yang sama mampu untuk mengolah idea.

    Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi

    dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba

    menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu

    kreatif. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang

    kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya.

    Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun sains,

    Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat omponen utama iaitu

    kelancaran,( secara spontan serta pantas )

    fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian (mencari idea baru dan asli

    kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa,

    mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses engamatan dan merekod.)

    TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI

    5.4.1 Perkembangan Kreativiti Fisher

    (a) Peringkat Rangsangan

    Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda

    pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.

    (b) Peringkat Penerokaan

    Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh

    guru atau permasalahan yang timbul.

    (c) Peringkat Perancangan

    Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala

    kemungkinan.

    Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:

    Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan,

    pemerhatian, interaksi dan sebagainya. Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.

    (d) Peringkat Aktiviti

    Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana

    segala aktiviti.

    Pada peringkat ini segala perancangan dibantu me lalui persoalanpersoalan seperti Bagaimana harus kita mengambil

    tindakan ke atas cadangan tersebut?

    (e) Kajian Semula

    Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat

    pencapaian objektif kerja.

    Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk

    refleksi diri.

    Laura H. Chapman 3 kaedah diperkenalkan :

    (a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. guru dimestikan untuk

    membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea.

    (b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)

    Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun.

    Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan

    dengan tema dan objektif penghasilan.

    (c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)

    guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru

    perlu menjelaskan

    melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

    Calvin W. Taylor

    (a) Kreativiti Bersifat Ekspresif

    Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas.Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontandan bebas mengikut kemampuan

  • 7/28/2019 Membina Daya Kreatif Kanak

    17/22

    yang sesuai dengan perkembangan fizikal mereka yang belum stabil.

    Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan contengan mudah.

    (b) Kreativiti Melalui Penghasilan

    guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada

    kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun.

    (c) Kreativiti Bersifat Inventif

    Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses eksprimentasi.Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikan motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus

    asa.

    (d) Kreativiti Bersifat Inovatif

    Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna.

    pelajar mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan alternative bagi setiap perancangan.

    (e) Kreativiti Bersifat Emergen

    Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip

    formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagi contoh, figura manusia digambarkan

    tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya oleh kanakkanak apabila melukis.

    CIRI-CIRI KREATIVITI

    (a) Bersifat Fleksibel

    Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai

    keyakinan optimis.

    (b) Sensitif dan Peka

    Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan,

    persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.

    (c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen

    Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna,

    cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak

    stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa.

    Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.

    (d) Bersifat Terbuka

    Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja

    mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik.

    (e) Logik

    Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa.

    (f) Berfikiran Bebas

    Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu perkara sahaja. Golongan ini

    pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya

    mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.

    5.6 STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI

    5.6.1 Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)

    (a) Kaedah Pertama

    Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk

    menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu dilaksanakan.

    (b) Kedah Kedua

    Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu

    atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid.Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak

    langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut.

    (c) Kaedah Ketiga

    Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan

    penambahbaikan dalam proses kemudiannya.

    (d) Kaedah Keempat

    Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan

    merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat

    konvensional dan bersifat biasa sahaja.

    Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance

    proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.

    (a) Penyoalan

    Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.(b) Penemuan

  • 7/28/2019 Membina Daya Kreatif Kanak

    18/22

    Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagi

    menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian.

    (c) Pemerhatian

    proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata malahan proses pemerhatian turut

    melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya.

    (d) Percubaan

    Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu yang kreatif akan terusbereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki.

    (e) Penerokaan

    Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di

    sekeliling.

    (f) Memanipulasi

    murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks

    pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran.

    (g) Aktiviti/Bermain

    Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak, masa bermain merupakan masa yang penuh

    dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik.

    Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah.

    5.7 MENINGKATKAN MOTIVASI

    Strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses kreativiti.

    (a) Memilih Bahan dan Alat

    Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni

    visual.

    (b) Masa

    Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat

    eksperimentasi, dan meneroka.

    (c) Rangsangan

    Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil karya murid boleh merangsang

    pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual.

    (d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel

    Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara

    mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid.

    (e) Hormat-menghormati

    Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmenyang ditunjukkan

    (f) Memberikan Galakan dan Motivasi

    Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan

    penghasilan karya.

    (g) Penghargaan

    Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas.

    http://umrefjournal.um.edu.my/filebank/published_article/2498/841.pdf

    http://umrefjournal.um.edu.my/filebank/published_article/2498/841.pdfhttp://umrefjournal.um.edu.my/filebank/published_article/2498/841.pdfhttp://umrefjournal.um.edu.my/filebank/published_article/2498/841.pdf
  • 7/28/2019 Membina Daya Kreatif Kanak

    19/22

    Seni LukisAdalah salah satu cabang dari seni rupa. Dengan dasar pengertian yang sama,

    seni lukis adalah sebuah pengembangan yang lebih utuh dari menggambar.

    Adapun beberapa aliran seni lukis yang dianut oleh beberapa seniman lukis

    antara lain:

    SurrealismeLukisan dengan aliran ini kebanyakan menyerupai bentuk-bentuk yang sering

    ditemui di dalam mimpi. Pelukis berusaha untuk mengabaikan bentuk secara

    keseluruhan kemudian mengolah setiap bagian tertentu dari objek untuk

    menghasilkan sensasi tertentu yang bisa dirasakan manusia tanpa harus

    mengerti bentuk aslinya.

    KubismeAdalah aliran yang cenderung melakukan usaha abstraksi terhadap objek ke

    dalam bentuk-bentuk geometri untuk mendapatkan sensasi tertentu. Salah satu

    tokoh terkenal dari aliran ini adalah Pablo Picasso.

    Romantisme

  • 7/28/2019 Membina Daya Kreatif Kanak

    20/22

    Merupakan aliran tertua di dalam sejarah seni lukis modern Indonesia. Lukisan

    dengan aliran ini berusaha membangkitkan kenangan romantis dan keindahan di

    setiap objeknya. Pemandangan alam adalah objek yang sering diambil sebagai

    latar belakang lukisan.

    Romantisme dirintis oleh pelukis-pelukis pada zaman penjajahan Belanda dan

    ditularkan kepada pelukis pribumi untuk tujuan koleksi dan galeri di zaman

    kolonial. Salah satu tokoh terkenal dari aliran ini adalah Raden Saleh.

    EkspressionismeAdalah kecenderungan seorang seniman untuk mendistorsi kenyataan dengan

    efek-efek emosional. Ekspresionisme bisa ditemukan di dalam karya lukisan,

    sastra, film, arsitektur, dan musik. Istilah emosi ini biasanya lebih menujukepada jenis emosi kemarahan dan depresi daripada emosi bahagia.

    Pelukis Matthias Grnewald dan El Greco bisa disebut ekspresionis.

    Fauvisme

    Adalah suatu aliran dalam seni lukis yang berumur cukup pendek menjelang

    dimulainya era seni rupa modern. Nama fauvisme berasal dari kata sindiran

    "fauve" (binatang liar) oleh Louis Vauxcelles saat mengomentari pameran Salon

    d'Automne dalam artikelnya untuk suplemen Gil Blas edisi 17 Oktober 1905,

    halaman 2.

    Kepopuleran aliran ini dimulai dari Le Havre, Paris, hingga Bordeaux.

    Kematangan konsepnya dicapai pada tahun 1906.

  • 7/28/2019 Membina Daya Kreatif Kanak

    21/22

    RealismeDi dalam seni rupa berarti usaha menampilkan subjek dalam suatu karya

    sebagaimana tampil dalam kehidupan sehari-hari tanpa tambahan embel-embel

    atau interpretasi tertentu. Maknanya bisa pula mengacu kepada usaha dalam

    seni rupa unruk memperlihatkan kebenaran, bahkan tanpa menyembunyikan hal

    yang buruk sekalipun.

    Pembahasan realisme dalam seni rupa bisa pula mengacu kepada gerakan

    kebudayaan yang bermula di Perancis pada pertengahan abad 19. Namun karya

    dengan ide realisme sebenarnya sudah ada pada 2400 SM yang ditemukan di

    kota Lothal, yang sekarang lebih dikenal dengan nama India.

    NaturalismeDi dalam seni rupa adalah usaha menampilkan objek realistis dengan penekanan

    setting alam. Hal ini merupakan pendalaman labih lanjut dari gerakan realismepada abad 19 sebagai reaksi atas kemapanan romantisme.

    Salah satu perupa naturalisme di Amerika adalah William Bliss Baker, yang

    lukisan pemandangannya dianggap lukisan realis terbaik dari gerakan ini. Salah

    satu bagian penting dari gerakan naturalis adalah pandangan Darwinisme

    mengenai hidup dan kerusakan yang telah ditimbulkan manusia terhadap alam.

  • 7/28/2019 Membina Daya Kreatif Kanak

    22/22

    Itulah beberapa aliran yang dikenal dalam dunia seni lukis.

    http://forum.vivanews.com/hobi-lainnya/55120-jenis-jenis-aliran-dalam-seni-lukis.html

    http://forum.vivanews.com/hobi-lainnya/55120-jenis-jenis-aliran-dalam-seni-lukis.htmlhttp://forum.vivanews.com/hobi-lainnya/55120-jenis-jenis-aliran-dalam-seni-lukis.htmlhttp://forum.vivanews.com/hobi-lainnya/55120-jenis-jenis-aliran-dalam-seni-lukis.html