garis panduan kandungan kreatif media untuk kanak final march 15-v2 2.pdf

Upload: jameyah-sheriff

Post on 06-Jul-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    1/25

     

    NATIONAL CHILD DEVELOPMENT RESEARCH CENTRE

    GARIS PANDUAN KANDUNGANKREATIF MEDIA UNTUK

    KANAK-KANAKBAWAH 6 TAHUN 

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    2/25

    "#$%& '#()*#( +#()*("#( +$,#-%. /,)%# *(-*+ +#(#+0+#(#+ 1#2#3 4 -#3*(   5678

    5

    GARIS PANDUAN KANDUNGAN MEDIA KREATIF UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

    PENDAHULUAN

    National Child Development Research Centre (NCDRC) telah ditubuhkan dengan kebenaran Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Jun 2006

    bagi tujuan pengendalian dan penganjuran penyelidikan yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Sebagai sebuah agensi

    kerajaan NCDRC bertanggung jawab bagi memastikan peningkatan kualiti dan kesejahteraan

    kanak-kanak di Malaysia melalui penyelidikan dan pelbagai program. Bagi melaksanakan tugasan

    ini NCDRC mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta melalui Mesyuarat

    Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan dan Pembangunan Kanak-kanak Kebangsaan yangbertemu 4 kali setahun untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kanak-kanak di

    Malaysia. Antara isu yang dibincangkan dalam mesyuarat Kali ke 4 Bil 2/2013 (13.6.2013) ialah isu

    pendedahan kanak-kanak hari ini sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada pelbagai

    kandungan media. Setakat ini tidak ada satu badan yang bertanggungjawab untuk memantau dan

    memberi panduan kepada para penyiar dan penerbit untuk memastikan setiap kandungan media

    kreatif yang diterbitkan selaras dengan standard kandungan pembelajaran dan juga standard

    kandungan penyiar.

    Sehubungan dengan itu Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Pembangunan Kanak-kanak Kebangsaan (MJPPPKK) kali ke 4

    Bil 2/2013 dan kali ke 5 Bil 3 /2013 telah bersetuju untuk membangunkan garis panduan kandungan media kreatif bagi memastikan semua

    program yang diterbitkan untuk kanak-kanak adalah bersesuaian dengan perkembangan dan keperluan mereka. Pihak NCDRC telahmenjemput pelbagai agensi dari pihak kerajaan dan swasta (KKM, RTM, JAKIM, EPU, KEMAS, KPM, dll) untuk bersama-sama berbincang dan

    menyediakan garis panduang kandungan media kreatif untuk kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Hasilnya satu kertas cadangan bagi Garis

    Panduan Kandungan Media Kreatif untuk Kanak-kanak Bawah 6 Tahun Malaysia telah di bentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa

    Penyelarasan Penyelidikan dan Pembangunan Kanak-kanak Kebangsaan kali ke 6, Bil 1/2014.

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    3/25

    "#$%& '#()*#( +#()*("#( +$,#-%. /,)%# *(-*+ +#(#+0+#(#+ 1#2#3 4 -#3*(   5678

    9

    TUJUAN

    Untuk membina garis panduan bagi penerbitan kandungan media kreatif kanak-kanak di Malaysia bagi memastikan rancangan yang

    diterbitkan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak, norma kehidupan dan juga budaya serta nilai moral yang bertepatan dengan

    prinsip rukun negara.

    LATAR BELAKANG

    Dasar Kanak-Kanak Negara adalah satu dasar mengenai hak kelangsungan hidup, perlindungan,

    perkembangan dan penyertaan kanak-kanak agar dapat menikmati peluang dan ruang untuk

    mencapai perkembangan holistik dalam persekitaran yang kondusif. Dasar Kanak-Kanak Negara

    bertujuan untuk melahirkan individu yang sihat, cergas, berilmu, inovatif, kreatif, berjati diri,

    berdaya saing, progresif dan mempunyai nilai-nilai murni. Antara objektif utama Dasar Kanak-

    Kanak Negara ialah untuk memastikan setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk perkembanganholistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan kerohanian dan setiap kanak-

    kanak mempunyai hak untuk bersuara, menyertai (turut serta) dan melibatkan diri mengikut tahap

    keupayaan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan terbaik dan kesejahteraan

    mereka. Bagi mencapai objektif ini strateginya adalah seperti memperluaskan akses kepada

    maklumat dan bahan bersesuaian daripada pelbagai sumber supaya kanak-kanak mendapat pengetahuan dan kemahiran demi kelangsungan

    hidup mereka.

    Dasar Kanak-Kanak Negara ini juga menggalakkan media massa dan pihak swasta untuk menyebarkan maklumat yang bersesuaian dan

    berkualiti. Bagi tujuan ini kanak-kanak juga turut digalakkan menyuarakan pendapat dan pandangan secara bertanggungjawab dan beretika

    sebagai input dalam merangka program untuk mereka atau program yang berkaitan dengan kepentingan mereka (Dasar Kanak-Kanak Negara,2013). Hak kanak-kanak dan media ini juga turut digariskan dalam Media and Children’s Right (2005) yang dikeluarkan oleh UNICEF.

    Jika dahulu media yang dikenali masyarakat mungkin hanya surat khabar, radio dan televisyen tetapi pada masa kini kandungan media kreatif

    adalah terdiri daripada integrasi media utama seperti televisyen, radio, surat khabar, majalah dan internet yang dikenali sebagai multi media

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    4/25

    "#$%& '#()*#( +#()*("#( +$,#-%. /,)%# *(-*+ +#(#+0+#(#+ 1#2#3 4 -#3*(   5678

    8

    atau integrasi media yang menjadikan teknologi digital sebagai platformnya. Justeru, dengan berlakunya perkembangan mendadak teknologi

    digital, definisi media turut berubah dan ditambah dengan integrasi pelbagai media yang terkini (Nor Azah, 2014) mengikut perkembangan

    teknologi.

    Penggunaan media juga semakin berkembang sejajar dengan perkembangan masa. Di Amerika Syarikat, bagi keluarga yang mempunyaianak-anak berumur 8 tahun ke bawah, terdapat peningkatan lima kali ganda dalam pemilikan peranti tablet seperti iPad, dari 8% daripada

    semua keluarga pada tahun 2011 kepada 40% dalam 2013. Peratus kanak-kanak dengan akses kepada beberapa jenis peranti pintar mudah

    alih di rumah seperti telefon pintar dan tablet melonjak daripada 52% kepada 75% daripada semua kanak-kanak dalam tempoh 2 tahun dari

    tahun 2011 ke tahun. Namun begitu , televisyen masih menguasai media kanak-kanak pada masa kini, tetapi terdapat perubahan dramatik

    terhadap cara menonton dan penggunaan media yang berbeza seperti DVD, permainan video, tablet dan telefon pintar 2013 (Zero to Eight,

    2013). Ini menyebabkan kadar menonton televisyen berkurangan kepada satu setengah jam setiap hari tetapi ditambah dengan penggunaan

    media yang berbeza. Perkembangan penggunaan media ini memberi kesan negatif kepada kanak-kanak yang membawa kepada

    kebimbangan yang tinggi dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat. Kajian Kamaruzaman Jusoff dan Nurul Nadiah Sahimi (2009) telah

    menyatakan beberapa kesan negatif menonton antaranya ‘attention disorder ’, masalah pembelajaran dan juga keganasan. Ini kerana kanak-

    kanak yang terdedah pada keganasan dalam media menyebabkan mereka melakukan tindakan agresif dan hubungan antara media ganasdengan jenayah pula makin meningkat secara konsisten sejak 1975 (Anderson, Berkowitz, Donnerstein,Huesmann, Johnson, Linz, Malamuth,

    Wartella, 2003). Di atas faktor kebimbangan ini FOMCA (2008) juga telah menggariskan kaedah perlindungan kanak-kanak terhadap kesan

    buruk media. Menurut agensi ini adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengawal selia media dan industri telekomunikasi bagi

    melindungi anak-anak, sementara pihak industri pula harus meletakkan keutamaan terhadap kesihatan dan kebajikan kanak-kanak melebihi

    faktor keuntungan.

    Perlu disedari media elektronik adalah sebahagian daripada kehidupan dalam masyarakat kita dewasa ini dan tidak semua kajian menyatakan

    kesan negatif media elektronik. Terdapat juga kajian yang menunjukkan kesan yang positif seperti kajian Rice, Huston dan Tru gulio dan

    Wright (1990; dalam Kamaruzaman Jusoff dan Nurul Nadiah Sahimi, 2009) yang menunjukkan perkembangan bahasa berlaku kepada kanak-

    kanak berusia 24 bulan dan ke atas yang menonton ‘Sesame Street’. Begitu juga kajian (Uchikoshi, 2005; dalam Kamaruzaman Jusoff dan

    Nurul Nadiah Sahimi,2009) yang menunjukkan peningkatan bahasa Inggeris oleh kanak-kanak yang menggunakan Spanish sebagai bahasaibunda. Justeru, kita harus memastikan rancangan yang ditonton oleh kanak-kanak adalah berkualiti yang boleh membawa kepada kesan yang

    signifikan terhadap perkembangan dan pembelajaran mereka. Walaupun di negara kita telah ada rancangan televisyen pendidikan tetapi

    masih kurang berkualiti dan kurang menarik minat kanak-kanak, serta kebanyakan program adalah dari luar negara yang tidak menunjukkan

    sosial budaya setempat.

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    5/25

    "#$%& '#()*#( +#()*("#( +$,#-%. /,)%# *(-*+ +#(#+0+#(#+ 1#2#3 4 -#3*(   5678

    :

    Oleh kerana kandungan media kreatif amat penting dalam mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, langkah segera perlu diambil bagi

    menghasilkan lebih banyak kandungan media kreatif yang berkualiti supaya kanak-kanak mendapat akses terhadap kandungan media yang

    dapat memberikan faedah kepada mereka. Justeru, Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan dan Pembangunan Kanak-kanak

    Kebangsaan bersetuju menyediakan konsep garis panduan kandungan kreatif media kanak-kanak bawah 6 tahun bagi kegunaan badan

    penyiaran yang akan menyediakan bahan media kreatif untuk kanak-kanak di Malaysia. Kanak-kanak adalah asset kepada negara,  kerajaan

    harus menggunakan peluang ini dalam usaha menghasilkan generasi yang lebih cemerlang yang bakal mewarisi negara kita dimasa hadapan.

    MATLAMAT

    Diharapkan garis panduan yang disediakan menjadi panduan kepada semua yang terlibat dengan kanak-kanak dan juga badan penyiaran

    yang membangunkan bahan kandungan media kreatif kanak-kanak.

    JUSTIFIKASI PEMBINAAN GARIS PANDUAN KANDUNGAN MEDIA KREATIF KANAK-KANAK

    1. Kanak-kanak mencapai lima puluh peratus (50%) perkembangan menyeluruh di bawah usia 6 tahun iaitu hampir semua kemahiran

    sama ada psikomotor, awal literasi dan kefahaman konsep sudah tercapai.

    2. Garis panduan kandungan media kreatif bagi kanak-kanak di bawah 6 tahun di Malaysia kurang memberi fokus kepada aspek

    perkembangan kanak-kanak mengikut umur dan kebolehan.

    3. Penerbit professional memerlukan maklumat terperinci mengenai perkembangan kanak-kanak bagi menerbitkan kandungan media

    kreatif yang bersesuaian dengan umur kanak-kanak.

    4. Pihak akademik memahami perkembangan kanak-kanak tetapi kurang pengetahuan tentang kaedah penerbitan rancangan yang

    memerlukan kreativiti dan kemahiran tertentu.

    5. Ibu bapa memerlukan panduan yang jelas tentang kandungan media kreatif yang bersesuaian untuk anak-anak mereka bagi tujuan

    pemantauan.

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    6/25

    "#$%& '#()*#( +#()*("#( +$,#-%. /,)%# *(-*+ +#(#+0+#(#+ 1#2#3 4 -#3*(   5678

    4

    OBJEKTIF

    1. Menyediakan satu garis panduan yang mudah difahami oleh semua pihak terutamanya penyiar dan penerbit rancangan media kreatif

    kanak-kanak.

    2. Memberi kefahaman tentang aspek-aspek penting perkembangan kanak-kanak bagi tujuan rujukan badan penyiar dan penerbit.3. Menjadi bahan rujukan bagi badan penyiaran yang akan menyediakan program atau kandungan media untuk kanak-kanak di Malaysia.

    4. Menggalakkan penghasilan kandungan media kreatif kanak-kanak yang bersesuaian dengan kanak-kanak bawah usia 6 tahun.

    5. Memberi peluang kepada pendidik untuk menggunakan kandungan media kreatif yang berkualiti dalam pengajaran dan pembelajaran.

    PRINSIP-PRINSIP YANG MEMANDU GARIS PANDUAN KANDUNGAN MEDIA KREATIF KANAK-KANAK

    BAWAH 6 TAHUN

    1. Bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.

    2. Menghormati kefahaman agama, budaya dan nilai moral masyarakat Malaysia.

    3. Kandungan yang mempunyai unsur kreativiti dan inovasi yang tinggi.

    4. Berunsurkan didik hibur yang seimbang.

    5. Kandungan yang disediakan mampu mencapai standard antarabangsa.

    6. Tidak mempunyai unsur-unsur keganasan, seksualiti, tahyul, seram dan juga buli.

    7. Kandungan yang disediakan tidak mempunyai agenda politik.

    8. Kandungan yang disediakan menjaga kebajikan dan hak privasi kanak-kanak.

    DEFINISI

    Media

    Media masa kini adalah media yang terdiri dari integrasi media utama seperti televisyen, radio, surat khabar, majalah dan internet yang

    dikenali sebagai multi media atau integrasi media. Integrasi media boleh didefinisikan sebagai gabungan pelbagai jenis media untuk tujuan

    memberikan manfaat dan kesan terbaik kepada pengguna (Austin, 2002).

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    7/25

    "#$%& '#()*#( +#()*("#( +$,#-%. /,)%# *(-*+ +#(#+0+#(#+ 1#2#3 4 -#3*(   5678

    ;

    Kandungan Kreatif

    Kandungan kreatif ini boleh didefinisikan dari pelbagai perspektif. Kandungan media kreatif pula boleh didefinisikan sebagai pemikiran yang

    kreatif atau pemikiran yang keluar dari kepompong pemikiran biasa kepada daya tarikan yang luar biasa kepada pengguna media untuk

    memahami sesuatu perkara seperti yang dilakukan oleh industri iklan, fesyen, filem, televisyen dan lain-lain (Nor Azah, 2014).

    Kanak-kanak

    Menurut Akta Kanak-kanak 2001 dan Konvensyen Hak Kanak-kanak Bangsa-bangsa Bersatu 1986, kanak-kanak didefinisikan sebagai

    seseorang yang di bawah umur 18 tahun. Garis panduan ini merujuk kepada peringkat awal usia kanak-kanak iaitu lahir ke usia 6 tahun.

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    8/25

    "#$%& '#()*#( +#()*("#( +$,#-%. /,)%# *(-*+ +#(#+0+#(#+ 1#2#3 4 -#3*(   5678

    <

    GARIS PANDUAN KANDUNGAN MEDIA KREATIF UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN MENGIKUT PERKEMBANGAN DAN

    BIDANG PEMBELAJARAN

    Kanak-kanak 0- 4 tahun

    Objektif Standard:

    Garis panduan Kandungan Media Kreatif adalah untuk:

    1. Mendapat pendedahan tentang dunia persekitaran.2. Meningkat kefahaman dan kemahiran komunikasi dan interaksi.3. Menggalakkan elemen bermain dalam kalangan kanak-kanak sebagai salah satu cara pembelajaran yang efektif.4. Menggalakkan penerokaan dan meningkatkan perasaan ingin tahu kanak- kanak terhadap sesuatu peristiwa atau keadaan.5. Merangsang semua bidang perkembangan pembelajaran kanak-kanak melalui pelbagai genre kandungan media kreatif yang menarik

    minat kanak-kanak.

    6. Menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam memastikan anak-anak terdedah dengan bahan kandungan media kreatif yang mempunyainilai-nilai murni yang baik.

    7. Meningkatkan keyakinan diri untuk mencuba sesuatu yang baru tanpa rasa malu.

    UMUR BIDANG

    PERKEMBANGAN

    BIDANG PEMBELAJARAN STANDARD PEMBELAJARAN KANDUNGAN KREATIF

    MEDIA

    0-4 tahun Kognitif  Awal Matematik dan Pemikiran

    Logik

    Deria dan Pemahaman Dunia

    Persekitaran

      Mengenal objek dan ruang dalam persekitaran.  Mengesan dan membeza bunyi dan pergerakan.

      Mengecam wajah orang-orang dalam lingkungan

    persekitaran – ibubapa, ahli keluarga, pengasuh.

      Berupaya untuk meneroka dan memahami persekitaran.

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    9/25

    "#$%& '#()*#( +#()*("#( +$,#-%. /,)%# *(-*+ +#(#+0+#(#+ 1#2#3 4 -#3*(   5678

    =

    UMUR BIDANG

    PERKEMBANGAN

    BIDANG PEMBELAJARAN STANDARD PEMBELAJARAN KANDUNGAN KREATIF

    MEDIA

    Sains dan Teknologi

      Berupaya untuk mengklasifikasi dan seriasi.

      Berupaya untuk mendemonstrasi pengetahuan

    mengenai kuantiti dan pra-nombor.

      Memperolehi maklumat mengenai persekitaran melalui

    pemerhatian dan manipulasi.

      Boleh membezakan ketinggian, saiz dan simbol

      Mengenali corak mudah dan warna asas.

      Boleh berfikir dan memberi alasan apabila berlaku

    sesuatu terhadap diri mereka.

    Bahasa dan

    Komunikasi

    Komunikasi

    Literasi Awal

    0  Mendengar

    0  Bertutur

    0  Membaca

    0  menulis

      Mengeluarkan pelbagai bunyi dan perkataan mudah.

      Bercakap dan berkomunikasi dalam ayat yang pendek.

      Mendengar dan memahami percakapan/arahan.

      Bertanya soalan berkaitan pengalaman yang dilalui.

      Bercerita mengenai sesuatu yang dilihat/dengar.

      Melahirkan perasaan dan pendapat tentang peristiwa

    yang dialami.

      Ingat pengalaman seharian yang dilalui.

      Ingat semula apa yang dilihat/tonton.

      Penambahan perbendaharaan kata melalui perbualan

    harian

    Sosio Emosi Perapatan  Rapat dengan ahli keluarga dan pengasuh/pendidik.

      Memberi reaksi yang berbeza kepada individu yang

    berlainan contohnya: sangat gembira bila bertemu

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    10/25

    "#$%& '#()*#( +#()*("#( +$,#-%. /,)%# *(-*+ +#(#+0+#(#+ 1#2#3 4 -#3*(   5678

    76

    UMUR BIDANG

    PERKEMBANGAN

    BIDANG PEMBELAJARAN STANDARD PEMBELAJARAN KANDUNGAN KREATIF

    MEDIA

    Interaksi

    Sifat kendiri

    Interpersonal

    Intrapersonal

    Urus diri

    dengan ibu bapa atau ahli keluarga dekat; malu atautersipu-sipu bila ditegeur oleh orang asing.

      Mengenal diri dan ahli keluarga – nama, jantina, status

    dalam keluarga.

      Bersikap positif – boleh berkongsi, mengambil giliran.

      Mencuba untuk berdikari dengan melakukan sesuatu

    “task” dengan penuh keyakinan.

      Mempunyai daya imaginasi yang tinggi.

      Menerima bahawa semua objek dalam persekitarnya

    adalah hidup dan boleh berinteraksi.  Berkeyakinan dan kompeten dalam berinteraksi dengan

    persekitaran dan rakan sebaya.

      Memahami dan mengawal perasaan sendiri.

      Bercakap dengan lemah lembut tetapi ada kalanya

    menunjukkan rasa marah yang berlebihan untuk

    mendapat perhatian.

      Memahami reaksi orang – marah, gembira

      Prihatin terhadap rakan sebaya.

    Kerohanian dan Moral KepercayaanKeimanan

    Nilai-nilai murni 

      Melafaz doa mudah semasa aktiviti tertentu – makan;

    mandi, tidur dan lain-lain.  Membaca asas tulisan jawi.

      Bercakap benar terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku

    ke atas dirinya.

      Menghormati orang lebih tua- bersalaman.

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    11/25

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    12/25

    "#$%& '#()*#( +#()*("#( +$,#-%. /,)%# *(-*+ +#(#+0+#(#+ 1#2#3 4 -#3*(   5678

    75

    UMUR BIDANG

    PERKEMBANGAN

    BIDANG PEMBELAJARAN STANDARD PEMBELAJARAN KANDUNGAN KREATIF

    MEDIA

    Penerokaan

    Bermain

    Kreatif dan inovasi

    berusaha membuat sesuatu “task” sehingga selesai.  Menggunakan kreativiti sendiri dalam lukisan atau

    menghasilkan sesuatu rekacipta.

      Belajar daripada pengalaman berbeza.

    Kretiviti dan Estetika Seni Visual

    Seni Persembahan

    Seni muzik

      Selesa dan gembira mendengar muzik yang ceria dan

    rancak.

      Gembira dengan permainan berwarna warni dan

    mengeluarkan muzik.

      Membezakan bunyi-bunyian.

      Suka melihat gambar yang berwarna warni.

      Suka main peranan dan berkebolehan meniru gaya dan

    watak.

      Berupaya menghasilkan bentuk-bentuk kreatif melalui

    aktiviti melukis gambar atau membentuk doh.

      Menghayati, melahirkan perasaan melalui muzik.

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    13/25

    "#$%& '#()*#( +#()*("#( +$,#-%. /,)%# *(-*+ +#(#+0+#(#+ 1#2#3 4 -#3*(   5678

    79

    GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN MENGIKUT

    PERKEMBANGAN DAN BIDANG PEMBELAJARAN

    Kanak-kanak 4  – 6 tahun

    Objektif Standard:

    1. Membina kecergasan badan.

    2. Mempunyai tubuh badan yang sihat.

    3. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.

    4. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.

    5. Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.

    6. Mempunyai kematangan emosi.

    7. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.

    8. Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.9. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.

    10. Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.

    11. Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk

    perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya.

    12. Mengamalkan nilai murni.

    13. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

    14. Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian.

    15. Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.

    16. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.

    17. Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.

    18. Mengembangkan daya kreatif dan estetika.

    19. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    14/25

    "#$%& '#()*#( +#()*("#( +$,#-%. /,)%# *(-*+ +#(#+0+#(#+ 1#2#3 4 -#3*(   5678

    78

    UMUR TUNJANG DANPERKEMBANGAN

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN RANCANGAN KREATIFMEDIA

    4-6 tahun Tunjang Bahasa dan

    Komunikasi

    Komunikasi

    Literasi Awal

    0  Mendengar

    0  Bertutur

    0  Membaca

    0  Menulis

    0  Respon terhadap perbualan, permintaan, cerita dan

    mampu untuk berkomunikasi dengan lancar.

    0  Mengemukakan persoalan/idea untuk mendapat

    kepastian melalui program/rancangan yang disiarkan.

    0  Memainkan peranan mengikut situasi yang

    digambarkan. Contohnya situasi positif dapat menjadiikutan kepada kanak-kanak mengadaptasikan dalam

    kehidupan harian samada melalui pertuturan atau

    perlakuan. 

    0  Mengenalpasti jenis simbol/huruf melalui media

    elektronik, cetak dan sosial dan seterusnya mampu

    untuk menjawab persoalan yang dikemukakan.

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    15/25

    "#$%& '#()*#( +#()*("#( +$,#-%. /,)%# *(-*+ +#(#+0+#(#+ 1#2#3 4 -#3*(   5678

    7:

    UMUR TUNJANG DAN

    PERKEMBANGAN

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN RANCANGAN KREATIF

    MEDIA

    Tunjang Kerohanian,

    sikap dan Nilai  – 

    Pendidikan Islam

     Akidah

    Ibadah

     Akhlak

    Sirah

     Asas tulisan Jawi

     Asas Bahasa Arab

    Hemah tinggi

    Hormat menghormati

    Kasih sayang

    Keadilan

    Keberanian

    Kejujuran

    Kerajinan

    Kerjasama

    Kesederhanaan

    0  Menerapkan pendidikan asas Islam dan unsur-unsur

    keagamaan dalam rancangan/program sebagai

    panduan untuk kanak-kanak. 

    0  Penerapan nilai-nilai murni dalam bahan media yang

    dihasilkan. 

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    16/25

    "#$%& '#()*#( +#()*("#( +$,#-%. /,)%# *(-*+ +#(#+0+#(#+ 1#2#3 4 -#3*(   5678

    74

    UMUR TUNJANG DAN

    PERKEMBANGAN

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN RANCANGAN KREATIF

    MEDIA

    Toleransi

    Berdikari

    Berdisiplin

    Tunjang Ketrampilan

    diri dan

    Perkembangan Sosi0-

    Emosi

    Mengenali dan Mengurus Emosi

    Sendiri.

    Mencapai Emosi yang Positif

    Membina Kemahiran Sosial

    0  Berkemahiran mengawal emosi dan bertindak dalam

    kawalan diri sendiri.

    0  Berkemahiran untuk menunjukkan ekpresi diri melalui

    bahan/rancangan yang dilihat terutama aura positif.

    0  Berkemahiran mewujudkan keyakinan diri melalui

    persekitaran semasa dan rakan sebaya.

    0  Berkemahiran untuk menjalani pergaulan secara sihat

    di kalangan rakan sebaya, keluarga dan komuniti. 

    Tunjang

    Perkembangan Fizikal

    Dan Estetika -

    Perkembangan FizikalDan Penjagaan

    Kesihatan

    Kesihatan fizikal

    Kesihatan Persekitaran

    Keselamatan

    Motor kasar

    Motor halus 

    0  Mempunyai tubuh badan yang sihat melalui amalan

    kesihatan yang baik.

    0  Mempraktiskan langkah-langkah penjagaan

    keselamatan diri.

    0  Mengenalpasti asas-asas penjagaan kesihatan diri.

    Contohnya penjagaan kuku, rambut, BMI dan lain-

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    17/25

    "#$%& '#()*#( +#()*("#( +$,#-%. /,)%# *(-*+ +#(#+0+#(#+ 1#2#3 4 -#3*(   5678

    7;

    lain.

    UMUR TUNJANG DAN

    PERKEMBANGAN

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN RANCANGAN KREATIF

    MEDIA

    0  Mengenalpasti penggunaan lima deria dalam

    kehidupan harian.

    0  Mengenalpasti perkara-perkara yang negatif yang

    ditonjolkan oleh media. Contohnya katakan tak nak

    pada asap rokok, menolak pemberian atau

    permintaan orang yang tidak dikenali yang

    mempunyai niat jahat. 

    Tunjang

    Perkembangan Fizikal

    Dan Estetika -

    Kreativiti

    Seni Visual

    Seni Persembahan

    Seni muzik

    Pergerakan Kreatif

    0  Berkebolehan mengikut instrumen seni visual,

    persembahan dan muzik yang dihasilkan. 

    0  Mengembangkan kreativiti dan inovatif melalui deria

    lihat, dengar dan berfikiran kritis. 

    0  Berkemahiran melakukan pergerakan mengikut

    instrument alunan muzik/lagu. 

    Tunjang Sains Dan

    Teknologi  – Awal

    Sains Dan AwalMatematik

    Sikap saintifik

    Kemahiran Saintifik

    Menyiasat Alam Sekitar

    Menyiasat Alam Bahan

    0  Berkebolehan meneroka dan menilai kemahiran

    berfikir secara informative. 

    0  Berkebolehan mengenal penggunaan nombor

    matematik dengan baik dan boleh aplikasi dalam

    kehidupan sebenar. 

    0  Berkemahiran dalam menggunakan ICT. 

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    18/25

    "#$%& '#()*#( +#()*("#( +$,#-%. /,)%# *(-*+ +#(#+0+#(#+ 1#2#3 4 -#3*(   5678

    7<

    Pengalaman Pranombor

    Konsep Nombor

    0  Berkemahiran menghargai alam sekitar. 

    UMUR TUNJANG DAN

    PERKEMBANGAN

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN RANCANGAN KREATIF

    MEDIA

    Operasi Nombor

    Nilai Wang

    Konsep Waktu

    Bentuk dan ruang

    Pembinaan

    Penggunaan ICT

    0  Berkemahiran untuk manipulasi bahan sedia ada. 

    0  Berkemahiran membezakan waktu/masa sebenar.

    Tunjang

    Kemanusiaan

    Diri Saya

    Saya dan Keluarga Saya

    Saya dan Sekolah

    Saya dan Komuniti

    Saya dan Alam Sekitar

    Saya dan Warisan Budaya

    Saya dan Negara Malaysia

    0  Berkemahiran mengenal diri sendiri, keluarga, rakan

    sebaya, komuniti, alam sekitar, warisan budaya dan

    negara. 

    0  Mengemukakan elemen nilai menghormati dan

    kebertanggungjawaban terhadap keluarga dan

    masyarakat. 

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    19/25

    "#$%& '#()*#( +#()*("#( +$,#-%. /,)%# *(-*+ +#(#+0+#(#+ 1#2#3 4 -#3*(   5678

    7=

    GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 0-6 TAHUN

    MENGIKUT STANDARD PENYIARAN PROFESIONAL

    Standard PenyiaranProfessional Mematuhi Garis Panduan Lembaga Penapisan Filem, Kod Kandungan dan mana-mana garis panduan

    yang berkaitan dengan Kandungan Kreatif Media Kanak-kanak contohnya:

    JAKIM

    NCDRC, UPSI

    KKLIU

    KPDNDK

    KKM

    BTP,KPM

    Menghormati dan melindungi hak kanak-kanak mengikuti Konvesye Hak Kanak-kanak (CRC) 

    Tujuan Penerbitan  Proses penerbitan program kanak-kanak perlu mengambil kira semua aspek perkembangan

    pembelajaran kanak-kanak:

      Perkembangan Bahasa

      Perkembangan Fizikal

      Perkembangan Sosio-Emosi

      Perkembangan Kognitif  Mengambil kira kefahaman serta keperluan kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran

    bagi mengalakkan kanak-kanak belajar secara langsung dan tidak langsung.

      Memberi kesan dan tauladan yang baik pada kanak-kanak.

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    20/25

    "#$%& '#()*#( +#()*("#( +$,#-%. /,)%# *(-*+ +#(#+0+#(#+ 1#2#3 4 -#3*(   5678

    56

      Mengalakkan kanak-kanak belajar secara sendiri atau secara bimbingan daripada orangdewasa, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

      Menggalakkan kanak-kanak menjadi kreatif dan inovatif.

      Menghargai agama, budaya dan nilai-nilai murni.

      Membina jati diri.

      Menonjolkan lebih banyak ciri positif.

      Peka kepada nilai-nilai kemasyarakatan.

    Bahasa  Menggalakkan penggunaan bahasa ibunda (Bahasa Melayu).

      Jika menggunakan dwi bahasa sesuatu ayat hendaklah lengkap dalam setiap bahasa yangdigunakan.

      Elakkan penggunaan bahasa “rojak”.

      Penggunaan ayat ringkas dan mudah difahami kanak-kanak pada laras bahasa yang betul.

      Tidak menggunakan bahasa/isyarat kesat, lucah, pasar dan bahasa yang memberi maksudyang negatif.

      Intonasi yang bersesuaian dengan situasi dan watak dan tidak keterlaluan.

      Semasa penerangan, sentiasa mengekalkan eye contact   serta pergerakan badan yangbersesuaian.

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    21/25

    "#$%& '#()*#( +#()*("#( +$,#-%. /,)%# *(-*+ +#(#+0+#(#+ 1#2#3 4 -#3*(   5678

    57

    Host/Talent/ Watak

    Pengacara hendaklah memainkan peranan membantu kanak-kanak dan ibubapa memahami objektifdan kandungan program. Kriteria seorang pengacara ialah:

      Peramah dan berbakat.

      Penampilan yang menarik bersesuaian dengan watak.

      Penyampaian yang menyokong tahap pemikiran, kefahaman dan umur kanak-kanak.

      Sopan dan tidak menggunakan bahasa yang kasar.

      Penyampaian dan penampilan tidak mempamerkan imej kecelaruan gender.

      Pakaian yang sopan dan bersesuaian dengan watak dan kandungan program.

    Watak:

    0  Menggunakan watak orang dewasa yang tegas tetapi lemah lembut apabila bercakap dengankanak-kanak.

    0  Menggunakan watak kanak-kanak yang berkelakuan dan berperawakan seperti kanak-kanak danbukannya seperti orang dewasa.

    0  Saiz badan tidak terlalu besar.

    0  Intonasi suara yang lembut dan mudah difahami kanak-kanak.

    0  Pergerakan pantas tetapi terkawal.

    0  Senyum dan mesra.

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    22/25

    "#$%& '#()*#( +#()*("#( +$,#-%. /,)%# *(-*+ +#(#+0+#(#+ 1#2#3 4 -#3*(   5678

    55

    Setting/ Props

    Pentas atau studio:

      Saiz yang bersesuaian dan mesra kanak-kanak.

      Berwarna warni dan menarik perhatian.

      Boleh dilihat dan dicapai oleh kanak-kanak.

      Memenuhi keperluan kanak-kanak supaya mudah bertindakbalas dan persekitaran yangmerangsang perkembangan kanak-kanak.

    Lokasi Luar/ Outdoor

      Menggunakan persekitaran / lokasi yang menarik minat kanak-kanak:

      Zoo

      Taman Permainan

      Pantai

      Taman Tema

      Pusat Sains/ Pusat Pembelajaran

      Kawasan Awam

      Bas Stesen/ Keretapi

      Pejabat Pos

      Hospital  Dll

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    23/25

    "#$%& '#()*#( +#()*("#( +$,#-%. /,)%# *(-*+ +#(#+0+#(#+ 1#2#3 4 -#3*(   5678

    59

    Muzik/Bunyian

      Muzik ringan.

      Mudah/ringkas dan menarik.

      Lagu Instrumental.

      Rentak / Muzik terkini.

      Lagu-lagu rakyat.

      Nursery rhymes.

    Nilai Estetika/Moral dan

    Kerohanian

      Menggunakan kesan visual untuk menyokong corak persembahan menjadi lebih menarik.

      Penggunaan teknologi multi media.

      Berasaskan budaya setempat dan elemen global.

      Sensitif terhadap keperluan dan perbezaan gender, kaum, agama dan bahasa dan budaya.  Kandungan hendaklah mengandungi nilai-nilai murni dan boleh dijadikan tauladan oleh kanak-

    kanak.

    Kesimpulan

    Garis Panduan Kandungan Media Kreatif untuk kanak-kanak ini telah disediakan hasil kerjasama oleh pakar dalam bidang pendidikan awal

    kanak-kanak dan pihak industri media kreatif. Hasil garis panduan ini memberikan pendedahan kepada keperluan perkembangan kanak-kanak

    mengikut usia tertentu. Diharapkan garis panduan ini akan dapat membantu pihak industri media kreatif dalam menghasilkan program yangbersesuaian mengikut target usia dan juga dapat mempertingkatkan kualiti program kanak-kanak di Malaysia untuk menghasilkan generasi

    akan datang yang lebih cemerlang.

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    24/25

    "#$%& '#()*#( +#()*("#( +$,#-%. /,)%# *(-*+ +#(#+0+#(#+ 1#2#3 4 -#3*(   5678

    58

    RUJUKAN

     Anderson, C.A, Berkowitz, L., Donnerstein, E., Huesmann, L.R., Johnson, J.D., Linz,D., Malamuth, N. M., Wartella, E. (2003), The influence of

    media violence on youth. Psychological Science in the Public Interest .

    Dasar Kanak-Kanak Negara (2013), Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakathttp://www.jkm.gov.my/content.php?pagename=dasar_kanak-kanak_negara&lang=bm. 

    FOMCA(2008), Lindungi Anak-anak Kita dari Risiko Pengaruh Media, www.fomca.org.my/v2.index.php/penerbitan

    Hak Untuk Semua Kanak- Kanak: Panduan Media (2009), http://www.unicef.org/malaysia/media-guide-child-rights-malay.pdf  

    Kamaruzaman Jusoff & Nurul Nadiah Sahimi (2009). Television and Media Literacy in Young Children: Issues and Effects in Early Childhood.

    International Education Studies.Vol. 2, No.3

    Nor Azah, A. A. (2014), Integrasi Media: Neo-perspektif. Dalam penerbitan.

    Rice, M.L., Huston, A.C., Trugulio R. & Wright, J. (1990). Words from Sesame Street: Learning Vocabulary While Viewing. Developmental

    Psychology, 26, 421-428.

    Uchikoshi, Y. (2005). Narrative Development in Bilingual Kindergartners: Can Arthur Help? Developmental Psychology, 41(3), 464-478.

    UNICEF (2003). The Media and Children’s Right. https://www.unicef.org 

    Zero to Eight: Children’s Media Use in America, Common Sense Media (2013), https://www.commonsensemedia.org/research/zero-to-eight-

    childrens-media-use-in-america-2013 

    http://www.arcx13.com/2012/11/pdf-percuma-kajian-psikologi.htmlhttp://www.arcx13.com/2012/11/pdf-percuma-kajian-psikologi.htmlhttp://www.arcx13.com/2012/11/pdf-percuma-kajian-psikologi.htmlhttp://www.arcx13.com/2012/11/pdf-percuma-kajian-psikologi.htmlhttp://www.jkm.gov.my/content.php?pagename=dasar_kanak-kanak_negara&lang=bmhttp://www.jkm.gov.my/content.php?pagename=dasar_kanak-kanak_negara&lang=bmhttp://www.unicef.org/malaysia/media-guide-child-rights-malay.pdfhttp://www.unicef.org/malaysia/media-guide-child-rights-malay.pdfhttp://www.unicef.org/malaysia/media-guide-child-rights-malay.pdfhttps://www/https://www/https://www/https://www.commonsensemedia.org/research/zero-to-eight-childrens-media-use-in-america-2013https://www.commonsensemedia.org/research/zero-to-eight-childrens-media-use-in-america-2013https://www.commonsensemedia.org/research/zero-to-eight-childrens-media-use-in-america-2013https://www.commonsensemedia.org/research/zero-to-eight-childrens-media-use-in-america-2013https://www.commonsensemedia.org/research/zero-to-eight-childrens-media-use-in-america-2013https://www.commonsensemedia.org/research/zero-to-eight-childrens-media-use-in-america-2013https://www/http://www.unicef.org/malaysia/media-guide-child-rights-malay.pdfhttp://www.jkm.gov.my/content.php?pagename=dasar_kanak-kanak_negara&lang=bmhttp://www.arcx13.com/2012/11/pdf-percuma-kajian-psikologi.htmlhttp://www.arcx13.com/2012/11/pdf-percuma-kajian-psikologi.html

  • 8/18/2019 GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK final march 15-v2 2.pdf

    25/25

    "#$%& '#()*#( +#()*("#( +$,#-%. /,)%# *(-*+ +#(#+0+#(#+ 1#2#3 4 -#3*(   5678

    5:

    Penghargaan kepada:

    Universiti Pendidikan Sultan Idris

    National Child Development Reseach Centre (NCDRC)

    Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    Kementerian Kesihatan Malaysia

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

    Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

    Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

    Unit Perancang Ekonomi, Putrajaya

    Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak (E2L)

    Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

    Rancangan Televisyen Malaysia (RTM)

    Media Prima Berhad

    RAPTOR Film Sdn Bhd

    Kynite Sdn Bhd

    Big Fish Media