membangunkan modul perisian bahan bantu …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu...
TRANSCRIPT
MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU MENGAJAR
(BBM) BAGI TAJUK LINES AND PLANES IN THREE DIMENSIONS
DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK TINGKATAN EMPAT
MOHD AZAHAR BIN MOHD NOOR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat ayah dan ibu
Mohd Noor Bin Sulaiman dan Zubaidah Binti Hamat
yang tidak pernah putus asa memberikan sokongan
serta kasih sayang dari kecil hingga dewasa
terima kasih di atas doa kalian untuk anakmu ini...
Jutaan terima kasih kepada abang dan adik-adik
Wan, Sue dan Arif
Kehadiran kalian menceriakan suasana serta memberi kekuatan
untuk menempuh hari-hari yang penuh cabaran
Tahniah di atas kejayaan kalian...
Buat Tuan Muslim Bin Jonid
Segala tunjuk ajar yang diberikan amat berguna...
Khas buat teman-teman
Oja, Jamil, Eddy, Mat Lae, Zulfi, Parauk
Logen, Khairi, Arif, Fiza, Ani, Nadiah
Suka duka kita bersama amat tinggi nilainya...
Untuk Dira, Hasnol, Rizal,
Wani, Kak Nina dan lain-lain
bekerja bersama kalian amat menyeronokkan....
Tidak lupa teman-teman sekursus
Yang menjadi pendorong serta pemberi semangat
Masing-masing berbeza karenah
namun kita punyai tujuan yang sama...
Terima kasih kepada semuanya
Juga kepada diri sendiri....
iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya, penulisan ini
serta perisian yang dibina dapat disiapkan dengan sempurna. Tanpa restu dari Nya,
sia-sialah segala usaha kita.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Muslim Bin Jonid selaku
penyelia projek ini yang tidak pernah jemu memberikan tunjuk ajar, nasihat serta
menilai projek sepanjang perlaksanaannya.
Dikesempatan ini juga, penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan yang
tidak terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
dalam menyiapkan kajian ini termasuk yang telah memberi dorongan dan sokongan
kepada penulis serta memberi kekuatan dan ilham dalam menyiapkan Projek Sarjana
Muda ini dengan jayanya.
Berkat kerjasama semua pihak, akhirnya projek ini berakhir dengan
terhasilnya satu modul perisian bahan bantu mengajar berasaskan komputer. Semoga
modul perisian ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua.
v
ABSTRAK
Teknologi komputer yang semakin berkembang pesat telah menjadi satu
agenda yang penting dalam kehidupan manusia pada masa kini. Pelbagai bidang
termasuklah bidang pendidikan telah menjadikan penggunaan komputer sebagai
salah satu elemen penting dalam meningkatkan mutu perkhidmatan. Jesteru modul
perisian Bahan Bantu Mengajar (BBM) versi Bahasa Inggeris yang bertajuk Lines
And Planes In Three Dimension telah dibangunkan untuk meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tajuk ini dipilih memandangkan
isi pelajarannya memerlukan daya visualisasi yang tinggi di kalangan pelajar.
Penyampaian dalam bentuk animasi tiga dimensi dapat mengurangkan kemungkinan
berlakunya salah konsep di kalangan pelajar. Modul perisian ini dibangunkan
mengikut model reka bentuk Hanaffian dan Peck yang ringkas dan mudah diurus.
Perisian Microsoft Power Point 2003 merupakan perisian utama yang digunakan
dalam pembinaan modul perisian bahan bantu mengajar ini. Perisian-perisian
sokongan yang lain adalah seperti Adobe Photoshop CS2, Ulead 3D Production
Studio, Macromedia Flash MX, Sony Sound Forge 8.0 dan Sony Vegas 5.0. Perisian-
perisian sokongan tersebut adalah untuk menghasilkan animasi, audio serta video
yang bersesuaian untuk dimuatkan dalam modul perisian ini. Selain mengandungi isi
pelajaran, modul perisian ini juga mengandungi latihan, pengetahuan am serta glosari
sebagai langkah menarik minat pelajar. Modul ini dipakejkan dalam bentuk cakera
padat supaya mudah dibawa dan disimpan. Fail-fail modul ini juga boleh diubahsuai
oleh pengguna mengikut kesesuaian. Kandungan isi pelajaran modul adalah
berdasarkan sukatan Mata Melajaran Matematik tingkatan empat yang ditetapkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
vi
ABSTRACT
The development of computer technology has been an important agenda
nowadays. The uses of computer become an element in several fields including
education. Therefore, a teaching aid software in English version has been developed
to improve teaching and learning process. The software was covered Lines and
Planes in three Dimension topics for mathematics form four. It is so because the
topic requires students to have a high level of visualization in order to understand its
contents. Some three dimension animations can help students to avoid
misconceptions that may occur. Hanaffian and Peck’s model was the guide to
develop this software it is simple and can be managed easily. This teaching aid
software used Microsoft Power Point 2003 as its base. Other support softwares are
Adobe Photoshop CS2, Ulead 3D Production Studio, Macromedia Flash MX, Sony
Sound Forge 8.0 and Sony Vegas 5.0 that helped to build appropriate animations,
audios and videos. In order to make it interesting, this software also has exercises,
some general knowledge and glossary. It has been packaged in compact disc form for
the user convenience. Besides that, all files in this software can be modified
according to the requirement. The contents of this software are based on form four
mathematics syllabuses by Malaysia’s Ministry of Education.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS -
PENGESAHAN PENYELIA -
HALAMAN TAJUK i
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan masalah 5
1.4 Objektif Projek 7
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 7
1.6 Kepentingan Projek 8
1.7 Skop Projek 9
1.8 Definisi Istilah 10
viii
1.8.1 Modul 10
1.8.2 Perisian 11
1.8.3 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 11
1.8.4 Multimedia 11
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar (BBM) 13
2.3 Ciri-ciri Modul Perisian BBM yang baik 15
2.4 Kelebihan Modul perisian BBM 16
2.4.1 Memudahkan Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran 16
2.4.2 Menjimatkan Masa 17
2.4.3 Menarik Dan Menyeronokkan 17
2.4.4 Pembelajaran Yang Realistik 17
2.4.5 Mudah Alih, Tahan Guna dan Mudah
Disimpan 18
2.4.6 Boleh Guna Secara Serentak 18
2.5 Kelemahan Modul Perisian BBM 18
2.5.1 Masa Pembangunan Yang lama 18
2.5.2 Kepakaran Bagi Menyenggara
Perkakasan-perkakasan Sokongan 19
2.5.3 Tertakluk Kepada Perkakasan Dan
Perisian 19
2.5.4 Kos Yang Tinggi 20
2.6 Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PBK) 20
2.7 Perbezaan Dan Persamaan Modul Perisian BBM
dengan Perisian BBK 22
2.7.1 Perbezaan 22
2.7.2 Persamaan 23
2.8 Teori Pembelajaran Dalam Modul Perisian BBM 23
2.8.1 Teori Behaviorisme (Tingkah Laku) dan 24
ix
Aplikasinya
2.8.2 Teori Kognitif dan Aplikasinya 25
2.8.3 Teori Konstruktivisme dan Aplikasinya 25
BAB 3 METODOLOGI REKA BENTUK PERISIAN
3.1 Pengenalan 27
3.2 Model Reka Bentuk Perisian 28
3.3 Fasa Analisis Keperluan 29
3.3.1 Pemilihan Tajuk Dan Skop Perisian 29
3.3.2 Penyataan Objektif Pembelajaran 29
3.3.3 Pengenalpastian Kumpulan Sasaran 30
3.4 Fasa Reka Bentuk 30
3.4.1 Pelaksanaan 30
3.4.2 Spesifikasi 31
3.4.2.1 Perkakasan 31
3.4.2.2 Perkakasan Minimum 31
3.4.2.3 Perisian Pembangunan 32
3.4.2.4 Perisian Sokongan 33
3.4.3 Carta Alir 34
3.4.4 Reka Bentuk Antara Muka Pengguna 37
3.5 Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan 38
3.5.1 Perisian Pembangunan yang Digunakan 38
3.5.2 Perisian Sokongan yang Digunakan 39
3.5.2.1 Adobe Photoshop CS 39
3.5.2.2 Sony Vegas 5.0 39
3.5.2.3 Ulead Cool 3D Production Studio
(Animasi dan grafik) 40
3.5.2.4 Macromedia Flash MX (Animasi) 41
3.5.2.5 Sony Foundry Sound Forge 8.0.
(Audio) 41
3.5.2.6 Ulead GIF Animator 5.0 41
3.6 Fasa Penilaian dan Semakan 42
x
BAB 4 PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Pengenalan 44
4.2 Struktur Asas Perisian 45
4.2.1 Paparan Persembahan Tajuk 45
4.2.2 Paparan Menu Utama 45
4.2.3 Paparan Menu Pembelajaran 46
4.2.4 Paparan Objektif Pembelajaran 46
4.2.5 Paparan Set Induksi Pengajaran 47
4.2.6 Paparan Isi Pembelajaran 48
4.2.6.1 Subtopik: Satah 49
4.2.6.2 Subtopik: Garis dan Satah 49
4.2.6.3 Subtopik: Sudut 49
4.2.7 Bahagian Contoh 50
4.2.8 Bahagian Latihan 51
4.2.9 Bahagian Maklumat 52
4.2.10 Bahagian E-Link 52
4.2.11 Bahagian Fun 52
4.2.12 Paparan Penilaian 53
4.2.13 Paparan Glosari 54
4.3 Pempakejan Perisian 54
4.4 Cara Penggunaan Perisian 54
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 56
5.2 Perbincangan 56
5.3 Cabaran Yang Dihadapi Semasa Membangunkan
Modul Perisian BBM 58
5.3.1 Kekurangan Kepakaran 58
5.3.2 Masa Pembangunan Terhad 59
5.4 Kekuatan dan Kelemahan Perisian 59
5.4.1 Kekuatan Perisian 60
5.4.2 Kelemahan Perisian 61
xi
5.5 Cadangan Bagi Pembinaan Lanjutan 62
5.6 Kesimpulan 62
BIBILIOGRAFI 63
xii
SENARAI JADUAL
NOMBOR TAJUK HALAMAN
2.1 Perbezaan antara modul perisian BBM dan
perisian PBK 22
3.2 Simbol-simbol piawai dalam pembangunan
perisian 34
xiii
SENARAI RAJAH
NOMBOR TAJUK HALAMAN
3.1 Model reka bentuk instruksi bersistem
Hanaffin dan Peck 28
3.2 Carta Alir Umum Perisian 35
3.3 Carta Alir Terperinci Pelajaran 36
3.4 Carta Alir Terperinci Latihan 37
4.1 Paparan Menu Utama 47
4.2 Paparan Menu Pembelajaran 47
4.3 Paparan Objektif Pelajaran 47
4.4 Paparan Set Induksi 47
4.5 Paparan Isi Pelajaran 48
4.6 Paparan Planes 50
4.7 Paparan Animasi 50
4.8 Paparan Senarai Sub Topik 50
4.9 Paparan Angle 50
4.10 Paparan Contoh 51
4.11 Paparan Demonstrasi 51
4.12 Paparan Latihan Formatif 51
4.13 Paparan Penilaian Sumatif 53
4.14 Paparan Contoh Soalan 53
xiv
SENARAI SINGKATAN
BBM - Bahan Bantu Mengajar
CAI - Computer Aided Instruction
CAL - Computer Aided Learning
CAT - Computer Assisted Testting
CBI - Computer Based Instruction
CBL - Computer Based Learning
ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and
Communication Technology)
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
LCD - Liquid Crystal Display
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Teknologi komputer mula dibangunkan pada tahun 1642 apabila Blaise
Pascal berjaya mencipta mesin penambahan mekanikal pertama. Sejak itu, teknologi
tersebut semakin berkembang sehingga sekarang. Dengan adanya teknologi
komputer yang begitu canggih sekarang, tidak hairanlah jika bidang pendidikan juga
memerlukan memerlukan penggunaan komputer sebagai medium pengajaran dan
pembelajaran.
Menurut Tengku Azman (1998), terdapat tiga sebab utama mengapa
komputer diperlukan dalam pendidikan. Pertama, banyak maklumat yang boleh
dicapai daripada komputer tidak boleh dilakukan oleh manusia itu sendiri. Kedua,
kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat
dikelolakan dengan cekap oleh komputer. Ketiga, maklumat dan pengetahuan
menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia.
2
Disebabkan kepentingan komputer dalam menyampaikan maklumat, maka
bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan komputer telah digunakan untuk subjek
matematik di sekolah. Walaupun matematik dilabelkan sebagai subjek yang
melibatkan pengiraan, namun gambaran yang jelas tentang isi pelajaran dapat
disampaikan dengan jelas dan menarik melalui komputer. Bahan bantu mengajar
dalam bentuk perisian komputer juga lebih tahan lama dan mudah dibawa ke mana-
mana.
Penggunaan komputer dan perisian yang sesuai dengan sesuatu konsep
matematik dapat menukarkan kelas matematik menjadi suatu makmal. Keadaan ini
menggalakkan proses menyiasat, membuat hipotesis dan menyemak dapatan
dijalankan. Seterusnya mereka dapat menghubungkan idea tersebut dengan konsep
matematik berkaitan serta memudahkan pelajar memahami konsep tersebut. (Lim,
Fatimah dan Munirah, 2003)
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk menjadikan sistem
pendidikan negara sebagai asas untuk memperkembangkan potensi secara
menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, harmonis
dan bermoral tinggi, maka penggunaan komputer adalah salah satu cara untuk
merealisasikannya. Penerapan pengajaran dan pembelajaran berkomputer telah
diterapkan kepada pelajar masa kini sejak mereka di sekolah rendah lagi.
Malaysia kini sedang dalam usaha memartabatkan sistem pendidikan setaraf
dengan sistem pendidikan negara-negara maju yang lain. Jesteru para pelajar yang
dilahirkan juga mestilah mempunyai pelbagai kebolehan dan kemahiran generik bagi
menyiapkan diri menghadapi cabaran global.
Tidak dinafikan terdapat bantahan terhadap penggunaan komputer dalam
pembelajaran matematik. Walaupun begitu, perubahan kaedah belajar perlu diterima
3
secara positif bagi melahirkan generasi muda yang lebih berkarisma serta mampu
bersaing di peringkat antarabangsa.
Menurut Mahadhir Eshak (2004), Malaysia sebagai negara yang berfokus ke
arah negara maju pada alaf ke-21, adalah penting mempunyai generasi muda yang
dilengkapi dengan kemahiran pengetahuan dan teknologi untuk menghadapi cabaran
era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang sebelum ini dikenali sebagai
era Teknologi Maklumat (IT); dan era globalisasi.
Penggunaan komputer dalam pengajaran juga merupakan satu kelebihan
kepada guru. Ini kerana bahan bantu mengajar berkomputer mudah dihasilkan sendiri
oleh guru tersebut. Selain itu, penggunaan grafik, video dan bunyi juga dapat
menarik minat pelajar dan membuatkan mereka lebih fokus di dalam kelas. Menurut
Nur Sajidah Osman (2004), untuk mewujudkan senario pembelajaran yang menarik
dan berkesan, guru perlu lebih kreatif dalam menggabungkan pelbagai kemahiran
yang berkaitan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan
efektif.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sebelum teknologi komputer berkembang pesat, guru hanya menggunakan
kaedah tradisional dalam pengajaran mereka. Ini termasuklah kaedah ‘chalk and talk’
di mana guru menerangkan apa yang ditulis di papan hitam. Tidak dinafikan cara
tersebut telah melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya. Namun terdapat juga masalah
apabila menggunakan kaedah ini. Antaranya sesetengah pelajar akan hilang minat
seterusnya mengkategorikan mata pelajaran tersebut sebagai mata pelajaran yang
sukar.
4
Selain itu, jumlah pelajar yang ramai dalam setiap kelas juga menyebabkan
guru sukar untuk memastikan setiap pelajar faham apa yang diajar. Walaupun
interaksi dua hala berlaku dalam kelas itu, interaksi tersebut mungkin hanya antara
guru dan beberapa pelajar yang boleh mengikuti isi pelajaran dengan baik. Secara
tidak langsung akan ada pelajar yang ketinggalan dalam kelas tersebut.
Dalam kaedah tradisional, guru mengambil inisiatif untuk menarik minat
pelajar dengan menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) biasa yang tidak
interaktif. Contohnya gambar rajah yang dilukis di atas kad manila, model anggota
manusia dan lain-lain. Namun begitu, bahan bantu mengajar tersebut kadang kala
agak mahal dan tidak tahan lama. Guru juga mengalami masalah untuk membawanya
ke kelas.
Hal ini amat berbeza dengan bahan bantu mengajar berasaskan komputer
yang mudah dibawa ke mana-mana dah lebih tahan lama. Perisian komputer tidak
mudah rosak jika disimpan dengan betul.
Walaupun terdapat banyak perisian bahan bantu mengajar berasaskan
komputer di pasaran, namun tidak semuanya sesuai dengan iklim sesuatu sekolah.
Rio Sumarni dalam petikan Mohd. Khairi (2003) menyatakan, kebolehdapatan
perisian di sekolah adalah rendah dan kebanyakan perisian yang digunakan adalah
jenis produk komersial serta tidak sesuai dari segi bahasa, budaya dan kurikulum
sekolah di Malaysia.
Menurut Ab. Rahim (2000), bengkel pengeluaran perisian komputer
merupakan aktiviti profesional yang utama. Pengetua/guru besar boleh membuat
keputusan untuk membelinya di pasaran terbuka atau menerima bekalan daripada
pusat seperti Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) atau Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk melengkapkan medium pembelajaran bestari di sekolah. Namun
5
permasalahan utama yang boleh diperbaiki sekarang ialah lambakan perisian di
pasaran yang tidak menepati kehendak pembelajaran.
Untuk menjadikan pembelajaran Matematik lebih berkesan, pengalaman
melibatkan objek sebenar amat penting. Objek maya yang dipamerkan dalam
komputer dapat mengelakkan salah konsep atau ‘misconception’ yang sering berlaku
dalam Matematik. Pelajar juga akan lebih berminat dan memberi perhatian kepada
apa yang diajar oleh guru. Suasana di dalam kelas akan lebih terkawal dan tidak akan
ada gangguan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
1.3 Pernyataan Masalah
Terdapat masalah di kalangan pelajar untuk memahami dan menguasai topik
Garis dan Satah Dalam Tiga Matra (Lines and Planes In Three Dimensions)
tingkatan empat. Hal ini kerana topik ini memerlukan gambaran yang jelas tentang
objek-objek tiga dimensi. Dengan kata lain, pelajar perlu mempunyai kemahiran
menggambarkan sesuatu atau.
Visualisasi atau kebolehan menggambarkan sesuatu masalah dikenal pasti
sebagai suatu aspek penting penaakulan matematik masalah (Lim, Fatimah dan
Munirah, 2003). Komputer mempunyai peranan yang besar dalam menggalakkan
pelajar membuat visualisasi semasa menyelesaikan sesuatu masalah. Menurut
Confrey ramai penyelidik yang menekankan kepentingan visualisasi dan gambaran
mental dalam pembinaan Matematik yang bermakna (Lim, Fatimah dan Munirah,
2003).
6
Bahan bantu mengajar untuk topik ini sukar didapati di sekolah. Kadang kala
guru mengambil inisiatif untuk menghasilkan model atau replika buatan sendiri
tetapi BBM tersebut tidak dapat bertahan lama. Model-model tersebut juga
memberikan kesukaran untuk dibawa ke kelas.
Selain itu, bahan bantu mengajar berbentuk model atau replika juga
menjadikan minat pelajar berkurangan. Menurut Weinraub (1998) dalam Sufia
Ismail (2006), dalam kajian beliau peratus pemahaman pembelajaran pelajar dengan
menggunakan perisian berunsurkan multimedia adalah lebih tinggi berbanding
dengan kaedah pembelajaran secara tradisional.
Menurut Mohd Sahidi (2002), kekurangan perisian berbentuk BBM
berbanding perisian PBK yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum,
kementerian Pendidikan. Ia dapat menggambarkan BBM berasaskan komputer masih
kurang diketengahkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara khusus
malahan pengajaran guru masih setakat “chalk and talk”.
Disebabkan itu, satu bahan bantu mengajar berasaskan komputer serta
berbentuk multimedia akan dibina bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Perisian BBM yang akan dihasilkan adalah bersesuaian dengan
sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Empat bagi topik Lines and Planes In
Three Dimensions. BBM tersebut akan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya
bersesuaian dengan pengajaran mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa
Inggeris.
7
1.4 Objektif Projek
Objektif pembangunan perisian bahan bantu mengajar berasaskan komputer
ini adalah:
i. Membangunkan satu perisian bahan bantu mengajar
berasaskan komputer bertajuk Lines and Planes In Three
Dimensions bagi mata pelajaran Matematik Timgkatan Empat
dalam bahasa Inggeris.
ii. Menghasilkan satu perisian yang menggabungkan unsur-unsur
multimedia seperti grafik, video, animasi dan audio.
iii. Menambahkan bilangan perisian bahan bantu mengajar yang
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk
Keputusan untuk membangunkan sebuah perisian bahan bantu mengajar
berasaskan komputer kerana masalah kekurangan perisian bahan bantu mengajar
sepertinya yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal ini
berikutan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik tingkatan
empat bermula pada awal tahun 2006.
Tajuk Lines and Planes In Three Dimensions dipilih untuk dijadikan isi
pelajaran dalam perisian ini kerana tajuk ini merupakan satu tajuk yang memerlukan
visualisasi pelajar untuk memahaminya. Paparan tiga dimensi dalam komputer amat
sesuai untuk membantu pelajar memahami topik ini.