membangunkan perisian multimedia interaktif filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi...

26
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF TEKNOLOGI AUTOMOTIF: ANTI-LOCK BRAKE SYSTEM (ABS) MOHAMMAD FAIZAL BIN NAHARUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: trinhquynh

Post on 30-Mar-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF

TEKNOLOGI AUTOMOTIF: ANTI-LOCK BRAKE SYSTEM (ABS)

MOHAMMAD FAIZAL BIN NAHARUDDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

29 APRIL 2008

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF

TEKNOLOGI AUTOMOTIF: ANTI-LOCK BRAKE SYSTEM (ABS).

SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya MOHAMMAD FAIZAL BIN NAHARUDDIN

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(HURUF BESAR)

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

29 APRIL 2008

Alamat Tetap :

PM. DR. ABD. WAHID MUKHARI

(NAMA PENYELIA) NO 271, TAMAN UTAMA, FASA2, O5150 ,ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN Tarikh: Tarikh: __

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : …………………………………….

Nama Penyelia : PM DR ABD. WAHID MUKHARI 29 APRIL 2008Tarikh : ……………………………………..

Page 4: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF TEKNOLOGI

AUTOMOTIF: ANTI-LOCK BRAKE SYSTEM (ABS)

MOHD FAIZAL BIN NAHARUDDIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2008

Page 5: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : …………………………………………

Nama Penulis : MOHD FAIZAL BIN NAHARUDDIN 29 APRIL 2008 Tarikh : …………………………………………

Page 6: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

iii

DEDIKASI

Untuk yang tersayang,

Isteri tercinta

Puan Ros Azlina bt Tuan Haji Mat Aji

Putra dan Putriku

Muhammad Faris Hakimi bin Mohammad Faizal

A’inur Hilwani bt Mohammad Faizal

Papa dan Mama

Tuan Haji Naharuddin bin Ismail

Puan Hajjah Salamah bt Yaacob

Terima kasih kerana galakan, semangat, dorongan serta nasihat yang diberikan.

Kejayaan ini adalah milik kalian.

Page 7: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim

Syukur ke hadrat Allah swt diatas limpah dan kurnianya dapat saya

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing, Prof Madya

Dr Abd. Wahid Mukhari diatas nasihat dan bimbingan ketika proses pembangunan

perisian ini dijalankan. Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang

terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan

kajian penyelidikan ini.

Akhir sekali penghargaan terima kasih juga tidak terhingga kepada papa,

mama, isteri, anak – anak, pensyarah – pensyarah yang mengajar kumpulan 4 SPH

serta rakan – rakan di atas nasihat, sokongan dan bantuan yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

Page 8: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

v

ABSTRAK

Perkembangan Teknologi Automotif menyumbang kepada perkembangan

pembelajaran. Projek ini adalah bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian

multimedia interaktif: Anti-Lock Brake System (ABS). dimana keperluan

pembangunan ini adalah untuk membantu meningkatkan pengetahuan pelajar

mengenai sistem ABS. Maklumat mengenai ABS didalam buku rujukan yang

dibekalkan di sekolah adalah sangat terhad dan keperluan untuk mendapat maklumat

mengenai sistem ABS ini perlu sejajar dengan perkembangan dunia automotif

sekarang. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan aplikasi grafik seperti

Swish Max 2007, Adobe Illustrator CS2, Adobe Photoshop CS2, Sony Sound Forge

8 dan Microsoft Office Power Point 2003. Pengujian yang dijalankan terhadap

perisian ini mendapati ianya memenuhi ciri-ciri multimedia interaktif serta

memenuhi objektif-objektif yang telah ditetapkan. Dari segi penambahbaikan pula,

beberapa penambahan telah dicadangkan oleh dalam penilaian awal untuk

menjadikan perisian ini lebih menarik, padat dengan maklumat berkaitan dan semasa

serta memenuhi objektif perisian.

Page 9: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

vi

ABSTRACT

The growth of the automotive contributes to the technology development of

learning environment. The main objective of this project is to develop interactive

multimedia software for the subject Technology Automotive on Anti-Lock Brake

System (ABS) to enhance student’s knowledge about ABS system. The information

provided in the text book about this system is very limited which is not in line with

the development of this technology nowadays. This courseware was developed by

using graphic application such as Swish Max 2007, Adobe Illustrator CS2, Adobe

Photoshop CS2, Sony Sound Forge 8 and Microsoft Office Power point 2003. Initial

evaluation indicated that the software has achieved the main objectives as a teaching

aid for teachers and also to be used as self learning module by the students. However,

there were several suggestions given by the evaluators to further improve this

courseware.

Page 10: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

Page 11: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 2

1.3 Pernyataan masalah 5

1.4 Objektif kajian 6

1.5 Skop kajian 7

1.6 Kepentingan kajian 7

1.7 Definisi istilah dan konseptual 8

1.7.1 Pendidikan berbantukan komputer 8

1.7.2 Perisian 8

1.7.3 Multimedia 8

1.7.4 Interaktif 9

1.7.5 Teknologi 9

1.7.6 Automotif 9

1.7.7 Sistem Anti-Lock Brake System (ABS) 9

1.7.8 Pelajar tingkatan 4 10

1.7.9 Pembelajaran kendiri 10

1.7.10 Teknologi pendidikan 10

1.8 Penutup 10

Page 12: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

ix

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Kepentingan teknologi 11

2.3 Kepentingan pendedahan perkembangan teknologi Automotif

di sekolah. 12

2.4 Cabaran perkembangan teknologi dalam pendidikan 14

2.4.1 Perkembangan tenaga kerja pasaran

dan industri 14

2.4.2 Peranan pendidikan terhadap tenaga kerja 15

2.4.3 Peranan pendidikan terhadap pelajar 15

2.4.3.1 Membentuk ciri – ciri sosial individu 16

2.4.3.2 Membentuk individu yang berilmu dan

Berkemahiran tinggi. 16

2.5 Peranan guru terhadap perkembangan teknologi dalam

pendidikan 17

2.6 Penyampaian dalam kemajuan teknologi melalui Pengajaran

Berbantukan komputer (PBK) 18

2.6.1 Kelebihan penggunaan Pengajaran Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PPPBK) 19

2.7 Keupayaan Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PPPBK) dalam memberi pendedahan mengenai perkembangan

teknologi. 21

2.8 Ciri – ciri PBK yang berkesan 22

2.8.1 Teks yang jelas dan mudah difahami 22

2.8.2 Grafik yang jelas, menarik dan realistik 22

2.8.3 Audio yang jelas dan mudah difahami 23

2.8.4 Video yang realistik 23

2.8.5 Paparan latarbelakang yang berkesan 24

2.8.6 Animasi yang menarik dan sesuai 24

2.8.7 Penggunaan teori pembelajaran yang sesuai dalam

PPBK Teknologi Automotif 25

Page 13: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

x

2.9 Teori-teori pembelajaran 25

2.9.1 Teori behaviourisme ke dalam reka bentuk pembinaan

perisian Teknologi Automotif. 26

2.9.2 Teori kognitivisme ke dalam reka bentuk pembinaan

perisian Teknologi Automotif. 27

2.9.2 Teori konstruktivisme ke dalam reka bentuk pembinaan

perisian Teknologi Automotif. 27

2.10 Kesan teori pembelajaran konstruktivisme dalam

merekabentuk perisian PPBK 28

2.10.1 Aplikasi teori pembelajaran konstruktivisme dalam

rekabentuk perisian Teknologi Automotif 30

2.10.2 Konteks sosial didalam teori pembelajaran

Konstruktivisme 30

2.10.3 Galakan autonomi dan pemilihan dalam proses

pembelajaran 31

2.10.4 Kesedaran kendiri dalam proses membina

Pengetahuan 31

2.11 Penutup 32

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 33

3.2 Analisis rekabentuk perisian multimedia interaktif Teknologi

Automotif: Anti-Lock Brake System 33

3.2.1 Fasa analisa keperluan PPBK Teknologi Automotif 34

3.2.1.1 Analisis sasaran pengguna/pelajar 35

3.2.1.2 Analisis persekitaran pembelajaran sedia ada 35

3.2.1.3 Analisis kandungan pelajaran 36

3.2.1.4 Analisis maklumbalas pengguna di akhir

pembelajaran 36

Page 14: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

xi

3.2.1.5 Analisis matlamat utama pembelajaran 36

3.2.2 Fasa analisa reka bentuk PPBK Teknologi Automotif 37

3.2.2.1 Pembentukan objektif pelajaran 37

3.2.2.2 Pembinaan item penilaian perisian 37

3.2.2.3 Pembinaan carta alir 40

3.2.3 Pembangunan 43

3.2.3.1 Perkakasan dan perisian yang digunakan 43

3.2.3.2 Perkakasan yang digunakan 43

3.2.3.3 Perisian yang digunakan 44

3.2.3.4 Perisian Adobe Photoshop CS2 44

3.2.3.5 Perisian Adobe Illustrator CS2 45

3.2.3.6 Perisian Swish Max 2007 45

3.2.3.7 Perisian Sony Sound Forge 8 46

3.2.3.8 Perisian Microsoft Office Power Point 2003 46

3.2.4 Perlaksanaan 46

3.2.5 Penilaian dan pengujian 46

3.3 Kaedah perlaksanaan pembangunan perisian 47

3.4 Penutup 47

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB IV PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF TEKNOLOGI

AUTOMOTIF BERTAJUK ANTI-LOCK BRAKE SYSTEM (ABS)

4.1 Pengenalan 48

4.2 Carta alir keseluruhan perisian 48

4.2.1 Carta alir menu utama tutorial 49

4.2.2 Carta alir tutorial Pengenalan 50

4.2.3 Carta alir tutorial Fungsi dan Kendalian 51

4.2.4 Carta alir tutorial Jenis – Jenis Sistem ABS 52

4.2.5 Carta alir tutorial Jenis – Jenis Kerosakan dan Baik Pulih 53

Page 15: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

xii

BAB PERKARA MUKA SURAT

4.2.6 Carta alir menu Info 54

4.2.7 Carta alir menu Carian 55

4.2.8 Carta alir menu keluar 56

4.3 Pakej perisian multimedia interaktif Teknologi Automotif 57

4.4 Manual penggunaan perisian 57

4.5 Butang – butang interaksi 57

4.6 Paparan perisian dan interaksi 59

4.6.1 Paparan intro 60

4.6.2 Paparan daftar masuk pengguna 60

4.6.3 Paparan menu tutorial 61

4.6.4 Paparan menu tutorial Pengenalan 61

4.6.5 Paparan menu tutorial Fungsi dan Kendalian 62

4.6.6 Paparan menu tutorial Jenis – Jenis Sistem ABS 62

4.6.7 Paparan menu tutorial Jenis – Jenis Kerosakan

dan Baik Pulih 63

4.6.8 Paparan menu Carian 63

4.6.9 Paparan menu Informasi 64

4.6.10 Paparan menu Keluar 64

4.7 Penggunaan bahasa 65

4.8 Penilaian 65

4.8.1 Analisis penilaian perisian 65

4.8.1.1 Adakah grafik dan animasi yang direka mudah

difahami serta mampu menarik perhatian

pengguna? 66

4.8.1.2 Adakah kepelbagaian unsur multimedia yang

digunakan mengambil kira teori-teori dan

strategi pembelajaran? 68

4.8.1.3 Adakah interaksi-interaksi yang terkandung

didalam perisian mudah difahami serta teratur 69

4.8.1.4 Adakah audio yang dipilih mampu menarik

minat dan perhatian pengguna 70

Page 16: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

xiii

4.8.1.5 Adakah reka bentuk keseluruhan perisian

mampu menarik dan dapat membantu

menyampaikan maklumat yang terkandung

di dalamnya dengan mudah dan berkesan 72

4.9 Penutup 73

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB V PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 74

5.2 Perbincangan 74

5.3 Rumusan 76

5.3.1 Ciri-ciri perisian multimedia interaktif Teknologi

Automotif: Anti-Lock Brake System 76

5.3.2 Butang-butang interaktif 76

5.3.3 Teks yang jelas dan sesuai 77

5.3.4 Rekabentuk grafik yang menarik dan realistik 77

5.3.5 Animasi yang menarik 77

5.4 Cadangan peningkatan mutu perisian 78

5.4.1 Penambahan maklumat mengenai ABS 78

5.4.2 Penambahan elemen video 78

5.4.3 Penggunaan audio 78

5.5 Cadangan kajian lanjutan 79

5.5.1 Strategi penyampaian menggunakan kaedah Web 79

5.5.2 Strategi penyampaian menggunakan kaedah video 79

5.6 Kesimpulan 79

BIBLIOGRAFI 81

LAMPIRAN 85

Page 17: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

xiv

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Carta Aliran Model ADDIE 34

3.2 Carta aliran bagi keseluruhan perisian 43

4.1 Carta alir menu utama tutorial 50

4.2 Carta alir menu tutorial Pengenalan 51

4.3 Carta alir menu tutorial Fungsi dan Kendalian 52

4.4 Carta alir menu tutorial Jenis – Jenis Sistem ABS 53

4.5 Carta alir menu tutorial Jenis – Jenis Kerosakan dan Baik Pulih 54

4.6 Carta alir menu Info 55

4.7 Carta alir menu Carian 56

4.8 Carta alir menu Keluar 57

4.9 Jenis – jenis butang interaksi 59

4.20 Data dalam bentuk kekerapan 67

4.21 Jadual item soalan 1 68

4.22 Jadual item soalan 2 69

4.23 Jadual item soalan 3 70

4.24 Jadual item soalan 4 71

4.25 Jadual item soalan 5 72

Page 18: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

xv

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.2 Simbol carta alir 41

4.10 Paparan intro 60

4.11 Daftar Pengguna 60

4.12 Menu tutorial 61

4.13 Menu tutorial Pengenalan 61

4.14 Menu tutorial Fungsi dan Kendalian 62

4.15 Menu tutorial Jenis – Jenis Sistem ABS 62

4.16 Menu tutorial Jenis – Jenis Kerosakan dan Baik Pulih 63

4.17 Menu Carian 63

4.18 Menu Informasi 64

4.19 Menu Keluar 64

Page 19: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 85

Page 20: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia sekarang ini telah melalui zaman perubahan yang

amat ketara. Kemajuan di dalam bidang sains dan teknologi telah banyak membantu

di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Keprihatinan kerajaan dalam hasrat untuk

memajukan anak bangsa seiring dengan kemajuan sains dan teknologi telah

membawa kepada beberapa perubahan di dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Dengan wujudnya gerbang Koridor Raya (MSC), teknologi maklumat telah

menuntut konsep pendidikan ke arah kemajuan Negara.

Usaha – usaha membudayakan teknologi pendidikan ini sebenarnya sudah

bermula secara tidak rasmi di awal tahun 1940an lagi (Naim Haji Ahmad, 1991). Ini

menunjukkan bahawa teknologi di dalam pendidikan telah lama bertapak di dalam

sistem pendidikan kita dan ianya berjalan seiring dengan arus perkembangan

teknologi semasa. Kita boleh lihat beberapa matapelajaran di sekolah rendah telah

menggunakan sumber – sumber berteraskan ICT di dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Oleh itu, guru – guru juga haruslah mempunyai sekurang – kurangnya

sedikit kemahiran di dalam menyediakan sumber – sumber yang berteraskan IT

untuk dipersembahkan kepada pelajar mereka.

Bidang Automotif yang telah diperkenalkan di dalam sistem pendidikan di

Malaysia sebagai salah satu mata pelajaran pilihan Pendidikan Teknikal dan

Vokasional juga mengalami perubahan yang amat ketara akibat kesan perubahan

teknologi. Perubahan yang drastik ini terjadi disebabkan persaingan di antara

Page 21: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

2

pengeluar – pengeluar kereta di dunia yang menginginkan teknologi yang tinggi di

dalam produk keluaran mereka. Penggunaan teknologi oleh pengeluar – pengeluar

kereta perlu diketahui oleh pelajar – pelajar yang mengambil subjek Teknologi

Automotif supaya mereka tidak ketinggalan jauh. Keperluan untuk mendapatkan

informasi seiring dengan kemajuan sains dan teknologi amat perlu pada masa dalam

memastikan guru dan para pelajar mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang

tekini seiring dengan kemajuan sains dan teknologi.

1.2 Latar Belakang Masalah Teknologi Automotif merupakan satu bidang yang memerlukan penelitian

dan kemahiran yang tinggi di dalam melahirkan pelajar – pelajar yang mempunyai

potensi yang tinggi untuk memasuki pasaran kerja di bidang automotif. Kita dapat

lihat kandungan buku – buku yang digunakan didalam subjek Teknologi Automotif

di semua sekolah Teknik dan Vokasional di Malaysia masih lagi di anggap

ketinggalan. Ini disebabkan isi kandungan di dalam buku tersebut masih lagi

menggunakan kaedah – kaedah dan juga gambaran yang agak lama dan ketinggalan

dari segi teknologi. Guru – guru juga terpaksa mencari kaedah yang lain dalam

memastikan pelajar – pelajar tidak ketinggalan dengan penggunaan teknologi–

teknologi yang baru. Di dalam salah satu topik dalam sukatan mata pelajaran

Teknologi Automotif iaitu Sistem Brek, memerlukan pengamatan dan simulasi oleh

pelajar – pelajar bagi memastikan para pelajar ini memahami konsep dan proses

pembelajaran yang dijalankan. Pendedahan kepada para pelajar tentang sistem brek

jenis Anti-Lock Brake System (ABS) ataupun Sistem Brek Anti Kunci perlu di

dedahkan bagi memastikan para pelajar dapat menyesuaikan diri mereka dengan

penggunaan Sistem Brek jenis ABS.

Sistem Brek jenis ABS ini merupakan salah satu sistem brek yang amat

popular digunakan oleh pengeluar – pengeluar kereta pada masa kini. Ini disebabkan

ciri – ciri keselamatan yang terdapat pada sistem brek jenis ini menjadikan ianya

lebih popular penggunaanya daripada penggunaan sistem brek jenis servo.

Penggunaan sistem ini menuntut umum yang ingin menceburi bidang ini sebagai

Page 22: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

3

salah satu kerjaya supaya mempunyai kemahiran dalam mengendalikan sistem brek

jenis ini. Sistem jenis ini perlu didedahkan kepada pelajar sebelum mereka

memasuki alam pekerjaan dan memilih bidang Automotif sebagai salah satu kerjaya.

Berbekalkan pengetahuan dan bantuan informasi dari internet, guru

seharusnya menjadi lebih peka terhadap perubahan semasa yang berlaku di dalam

bidang automotif. Rujukan buku teks yang dibekalkan oleh pihak kerajaan tidak

sepatutnya menjadi sumber sepenuhnya disebabkan input yang terhad. Perlu ada

inisiatif dalam memberi pendedahan kepada para pelajar ini tentang teknologi –

teknologi yang berlaku dan digunakan.

Penggunaan sistem brek jenis ABS perlu diselitkan di dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di bawah topik Sistem Brek. Pelajar – pelajar juga akan

dapat membuat perbandingan di antara kedua – dua jenis sistem brek ini. Oleh itu

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) diperlukan sebagai salah satu sumber

Pengajaran dan Pembelajaran dalam memperkenalkan subjek Teknologi automotif.

Kenyataan bekas Presiden dan Ketua Eksekutif MIMOS Berhad, Datuk Dr.

Tengku Mohd. Azman Shariffadeen, percaya bahawa dekad depan lebih tertumpu

kepada perkembangan industri maklumat dan bergantung kepada kandungan yang

dimuatkan di dalam perisian (Berita Harian, Ogos 6, 1997). Kenyataan ini

menunjukkan bahawa pendidikaan pada era sekarang amat bersandar kepada

kemajuan IT. Kepelbagaian sumber yang boleh di muatkan di dalam PBK menjadi

pilihan utama para guru sebagai salah satu alat bantu mengajar di dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Subjek Teknologi Automotif ini juga menuntut supaya

sebuah perisian yang dibangunkan di mana ianya dapat memuatkan kepelbagaian

media atau lebih dikenali sebagai multimedia interaktif. Perisian yang bercirikan

multimedia interaktif di perlukan bagi membantu dan mendorong pelajar untuk

mempelajari dan memahami dengan lebih jelas mengenai isi kandungan sistem brek.

Multimedia interaktif adalah kaedah penyebaran maklumat yang

direkabentuk khusus untuk menggabungkan bunyi, gambar – gambar pegun dan

Page 23: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

4

bergerak, grafik, animasi, data dan teks bersama – sama dengan keupayaan interaktif

sesebuah komputer (Nor Iadah Yusop, 1995). Oleh itu, siri informasi mengenai

sistem brek ABS ini perlu dibangunkan menggunakan multimedia dengan

mengambil kira kaedah penyebaran maklumat yang direkabentuk khusus

menghasilkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat

pelajar dan juga guru. Ini amat penting disebabkan topik sistem jenis brek ini

memerlukan gambaran yang benar dan sejelasnya dan dapat membantu para pelajar

membayangkan diri mereka berada di dalam situasi yang sebenar.

Pengamatan atau persepsi merupakan satu proses di mana otak kita menerima

maklumat daripada deria – deria kita, menyusun semula maklumat itu dan memberi

makna kepadanya. Dari pengertian ini adalah jelas bahawa untuk melakukan

pengamatan, kita tidak sahaja memberikan perhatian terhadap sesuatu rangsangan

tetapi kita hendaklah memberi makna kepada rangsangan – rangsangan yang tiba

pada deria – deria kita (Ee ah Meng, 1994). Sesuatu pembelajaran yang berjaya

bergantung kepada pengamatan yang serius dari pelajar – pelajar. Daya tarikan

memainkan peranan yang penting dalam menarik pengamatan pelajar – pelajar.

Perisian yang mempunyai gabungan multimedia yang menarik dapat menarik fokus

pelajar dan seterusnya dapat menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih

menarik. Suasana sebegini seterusnya dapat memberikan input yang banyak kepada

pelajar yang mengikutinya. Rekabentuk yang dihasilkan seharusnya mengambilkira

teori-teori pembelajaran bagi menjamin proses pembelajaran dapat disampaikan. Kita

boleh melihat kebanyakkan perisian – perisian yang dijual di pasaran pendidikan

pada masa kini tidak mengambil faktor – faktor dan teori – teori pembelajaran yang

sesuai dan boleh menarik minat pelajar. Kebanyakkan perisian yang dijual hanyalah

semata – mata bersandar kepada keuntungan sahaja daripada memikirkan samada

ianya memberi kesan kepada pelajar ataupun tidak.

Tidak dinafikan bahawa teknologi multimedia mampu memberi kesan yang

besar dalam bidang komunikasi dan pendidikan kerana ianya boleh mengintegrasikan

teks, grafik, animasi, audio dan video. Multimedia telah mengembangkan proses

pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih dinamik. Namun apa yang lebih

penting ialah kefahaman tentang bagaimana untuk menggunakan teknologi tersebut

Page 24: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

5

dengan lebih efektif dan dapat mengeluarkan idea-idea untuk pengajaran dan

pembelajaran. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif, lebih

menggalakkan komunikasi aktif pelbagai hala. Penggunaan komputer multimedia

dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah dengan matlamat meningkatkan

mutu pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kelebihan penggunaan multimedia

dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlulah dijadikan sebagai satu elemen

utama dalam strategi pengajaran dan pembelajaran dalam meransang perkembangan

pengajaran dan pembelajaran yang seiring dengan keperluan dan kepesatan teknologi

semasa.

1.3 Penyataan Masalah

Kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan satu perisian Pengajaran

dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) Mata pelajaran Teknologi

Automotif Tingkatan 4 : Sistem Brek Anti-Lock Brake System (A.B.S). Penghasilan

perisian ini dibangunkan dengan mengambil kira konsep asas reka bentuk aplikasi

multimedia pendidikan. Pembangunan perisian ini bertujuan untuk membantu guru

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan juga membantu pelajar mengenali

dan memahami konsep sistem brek ABS dan perbezaan diantara sistem brek jenis

servo memandangkan kandungan maklumat sistem brek jenis ABS kurang didapati

di dalam sukatan mata pelajaran teknologi automotif. Kajian ini juga bertujuan

membina satu perisian yang menggabungkan pelbagai elemen multimedia interaktif

bagi menjadikan perisian ini mempunyai daya tarikan dan pelajar dapat

mempelajarinya dengan lebih mudah, berkesan dan menyeronokkan.

Page 25: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

6

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini adalah untuk membangunkan satu perisian multimedia

interaktif bagi membantu guru – guru yang mengajar matapelajaran yang Teknologi

Automotif. Objektif kajian ini adalah :

1. Menyediakan satu informasi mengenai sistem brek ABS interaktif

lengkap dengan maklumat terkini meliputi grafik dan animasi yang

mudah difahami serta mampu menarik perhatian pengguna dan seterusnya

menjadikan proses pembelajaran lebih menarik.

2. Menggabungkan kepelbagaian unsur multimedia seperti audio, grafik,

grafik animasi dan menggunakan versi Bahasa Melayu yang mengambil

kira teori – teori dan strategi pembelajaran dan memberi peluang kepada

pelajar untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan secara

pembelajaran kendiri.

3. Menerapkan konsep pelajaran yang menyeronokkan dengan interaksi-

interaksi yang mudah dikendalikan dan difahami.

4. Menyediakan sebuah perisian yang dengan audio tutorial sebagai tutor

serta audio latar belakang yang mampu menarik minat dan perhatian

pengguna.

5. Merekabentuk sebuah perisian informasi yang menarik dan dapat

membantu menyampaikan maklumat yang terkandung didalamnya

dengan mudah dan berkesan.

Page 26: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF filepembangunan perisian multimedia interaktif teknologi automotif: anti-lock brake system (abs) mohammad faizal bin naharuddin universiti

7

1.5 Skop Kajian

Skop kajian ini akan memfokuskan kepada pembangunan perisian

multimedia interaktif dengan menggunakan media komputer bagi mata pelajaran

Teknologi Automotif bagi pelajar – pelajar tingkatan 4 di bawah tajuk Sistem Brek.

Perisian ini dibangunkan dengan mengikut garis panduan pembangunan perisian dan

mengikut sukatan pelajaran teknik dan vokasional Teknologi Automotif tingkatan 4

2003 dibawah topik 3. Kemahiran Menservis dan Penyenggaraan Berkala Automobil :

Sistem Brek

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan

brek yang terkini digunakan oleh pengeluar – pengeluar kereta di dunia. Namun apa

yang lebih penting ialah kefahaman tentang bagaimana untuk mempelajari teknologi

tersebut dengan lebih efektif dan dapat mengeluarkan idea-idea untuk pengajaran dan

pembelajaran. Buat masa kini, guru perlu mempunyai kemahiran dan keyakinan diri

bagi mendedahkan keupayaan teknologi ini dengan cara yang paling berkesan.

Suasana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif, lebih menggalakkan

komunikasi aktif antara pelbagai hala. Penggunaan komputer multimedia dalam

proses pengajaran dan pembelajaran adalah dengan matlamat meningkatkan mutu

pengajaran dan pembelajaran. Secara amnya perisian ini dapat digunakan sebagai

bahan tambahan dan pemudahcara kepada guru atau individu yang mengajar tajuk

yang berkaitan dengan kaedah perisian ini.