mee kari simple.docx

6
MEE KARI Bahan Untuk Menumis 1 senduk minyak masak 2 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum cengkih 3 tangkai daun kari di raut 2 batang serai di titik perdunya Bahan Kisar 4 ulas bawang putih 10 ulas bawang merah 2 batang serai ~ ambil bahagian putihnya sahaja 1 inc lengkuas 2 inc halia 3 biji buah keras 1/2 cawan udang kering ~ di rendam hingga lembut dan kisar 20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan kisar halus 4 sudu besar rempah kari Baba's Bahan Stock 1/2 kg udang basah Bahan stck yang kita perlukan adalah stck udang! "tck udang ni kita kena buat sendiri! "enang aje buat dia! 1/2 kg udang tadi kita bahagi dua! "atu bahagian kita buang bahagian yang tajam# belah belakang dan buang tali atau urat hitam kat belakang badan dia tu# kemudian kita cuci bersih dan asingkan! "atu bahagian lagi kita kpek udang tu! $singkan isi udang dan kepalanya %ulit udang dan kepala udang tadi kita masukkan dalam periuk# kita tambahkan air dan kita rebus! Bila dah masak# dan didih# kita biarkan dia sejuk kejap# kemudian kita kisar dalam blender hingga halus! &epas tu kita tapis!

Upload: ieza-taha

Post on 05-Nov-2015

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

RESEPI KERJA KURSUS ERT SPM

TRANSCRIPT

MEE KARI

Bahan Untuk Menumis

1 senduk minyak masak2 batang kulit kayu manis3 kuntum bunga lawang5 kuntum cengkih3 tangkai daun kari di raut2 batang serai di titik perdunya

Bahan Kisar

4 ulas bawang putih10 ulas bawang merah2 batang serai ~ ambil bahagian putihnya sahaja1 inc lengkuas2 inc halia3 biji buah keras

1/2 cawan udang kering ~ di rendam hingga lembut dan kisar20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan kisar halus4 sudu besar rempah kari Baba's

Bahan Stock

1/2 kg udang basah

Bahan stock yang kita perlukan adalah stock udang. Stock udang ni kita kena buat sendiri. Senang aje buat dia. 1/2 kg udang tadi kita bahagi dua. Satu bahagian kita buang bahagian yang tajam, belah belakang dan buang tali atau urat hitam kat belakang badan dia tu, kemudian kita cuci bersih dan asingkan.

Satu bahagian lagi kita kopek udang tu. Asingkan isi udang dan kepalanyaKulit udang dan kepala udang tadi kita masukkan dalam periuk, kita tambahkan air dan kita rebus. Bila dah masak, dan didih, kita biarkan dia sejuk kejap, kemudian kita kisar dalam blender hingga halus.Lepas tu kita tapis.Ambil isi udang tadi, campurkan dengan air udang yang kita dah tapis, masukkan dalam blender yang bersih dan kisar semula untuk hasilkan stock udang.Bahan Perasa

1 buku gula Melaka3 keping asam keping300 ml santan Kara atau 2 biji santan kelapa1 kiub daging1 kiub ikan bilisgaram dan gula secukup rasaBoleh juga tambah maggi secukup rasa

1/2 kg daging batang pinang Jika guna daging lain rebus dahulu hingga empukudang basah yang kita asingkan dari 1/2 kg penyediaan stock udang tadifish ball ~ ikut suka1 cawan kerang8 keping tahu pong ~ di belah 23 biji kentang ~ hiris bulat dan goreng, kemudian kisar halusair secukupnya

Semua bahan dah tersedia, sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk memasak.

Proses untuk menumis bahan-bahan kisar ni kita kena masak lama ya, hingga semua bahan betul-betul masak dan garing. Kalau tidak nanti bila kita makan masih terasa lagi bau serai, halia lengkuas , udang kering dan kari yang kuat dan ianya mengganggu kesedapan dan keenakannya nanti.

Jika kita menggunakan daging selain daging batang pinang, kita kena rebus dahulu hingga empuk. Air rebusan kita jangan buang, kita boleh masukkan dalam kuah ni menggantikan air.

Fungsi kentang ini adalah juga untuk memekatkan kuah, selain itu juga rasa kentang yang manis dan lemak alan membuatkan kuah kita manis dan enak.

Garam dan gula tu sesuaikan mengikut citarasa. Biasanya mee udang dia ada manis-manis pedas sikit.

Bahan-bahan yang di makan bersama

1 ikat sawi ~ potong dan celur1 mangkuk taugeh ~ buang akarnya, nak celur boleh tak nak celur pun ok!3 batang timun ~ buang kulit, hiris halus bulat-bulat, jangan ambil bahagian tengahnya yang lembut.Daun sup dan daun bawang ~ di hirisTelur burung puyuh ~ di rebus dan kupas kulitnyalimau kasturibawang gorengLada merah sebagai hiasanJeruk lada untuk di makan bersamaMee kuning secukupnya