matrix show 2019 - oer.ums.edu.my

135

Upload: others

Post on 15-Oct-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my
Page 2: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

MATRIX SHOW 2019

EBOOK

HUMIN JUSILIN ZAIMIE SAHIBIL

IMELDA ANN ACHIN

PUSAT E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 3: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

© 2019 by Pusat e-Pembelajaran, Universiti Malaysia Sabah.

Matrix 2019 ebook is made available under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 Licence (international): http://creativecommons.org/licences/by-nc/4.0.

eISBN 978-967-15642

Pusat e-Pembelajaran makes no representation – express or implied, with regard to the accuracy of information contained in this book. Users of the information in this book need to verify it on their own before utilizing such information. Views expressed in this publication are those of the author(s) and do not necessarily reflect the opinion or policy of Universiti Malaysia Sabah. Pusat e-Pembelajaran shall not be responsible or liable for any special consequential, or exemplary problems or damages resulting in whole or part, from the reader’s use of, or reliance upon, the contents of this book.

Published by: Pusat e-Pembelajaran Aras 5 Blok Selatan Bangunan Canselori Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu Sabah Malaysia Tel: 088-321121 Fax: 088320126 http://www.ums.edu.my/oer/

Email: [email protected] E-book Coordinator Humin Jusilin & Fong Soon Fook Layout Designer Ak Ab Hashim Pg Ab Ghani & Nurdin Baharuddin Graphic Designer Ak Ab Hashim Pg Ab Ghani & Izzuddin Maddinin Reviewer & Proof Reader Musnin Misdih E-book Developer Danial Asrafi Yahya System Administrator Salfarah Abdullah

Page 4: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

ISI KANDUNGAN AMANAT NAIB CANSELOR 2

SEUNTAI BICARA - DEKAN FAKULTI KEMANUSIAAN SENI DAN WARISAN 3

SEKAPUR SIRIH - KETUA PROGRAM TEKNOLOGI SENI VISUAL 4

SEULAS BICARA - PENYELARAS MATRIX 2019 5

PENGENALAN MATRIX 7

PELAJAR TAHUN AKHIR TEKNOLOGI SENI VISUAL 2019 8

CATAN 9

LUKISAN 27

ARCA 39

PROJECTION MAPPING, ILLUSTRASI & ANIMASI 61

SERAMIK, TENUNAN & MIX MEDIA 74

1

Page 5: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

ISI KANDUNGAN AMANAT NAIB CANSELOR 2

SEUNTAI BICARA - DEKAN FAKULTI KEMANUSIAAN SENI DAN WARISAN 3

SEKAPUR SIRIH - KETUA PROGRAM TEKNOLOGI SENI VISUAL 4

SEULAS BICARA - PENYELARAS MATRIX 2019 5

PENGENALAN MATRIX 7

PELAJAR TAHUN AKHIR TEKNOLOGI SENI VISUAL 2019 8

CATAN 9

LUKISAN 27

ARCA 39

PROJECTION MAPPING, ILLUSTRASI & ANIMASI 61

SERAMIK, TENUNAN & MIX MEDIA 74

1

Page 6: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Prof. Datuk Dr. D. Kamaruddin D Mudin Naib Canselor

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam satu UMS. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Matrix Show pada tahun 2019. Matrix Show adalah pameran karya pelajar tahun akhir jurusan Teknologi Seni Visual yang diadakan pada setiap tahun. Dalam pameran ini. audiens dapat menyaksikan keunikan budaya dalam pelbagai bentuk visual seperti lukisan, cat- an, cetakan, arca, seramik, pengiklanan yang beridentiti korporat, New media dan filem. Informasi dan karya-karya seni ini berpotensi untuk diterbitkan dalam e-book di bawah pusat pembelajaran e-Pembelajaran UMS (Universiti Malaysia Sabah). Kelahiran e-book ini kelak memberi kelainan kerana para audiens dapat menyaksikan keunikan budaya Borneo menerusi atas talian.

Penerbitan buku seperti ini adalah satu bentuk Open Education Resources (OER) iaitu sokongan terhadap pembangunan e-pembe- lajaran. Usaha ini seiring dengan matlamat KPM (Kementerian Pelajaran di Malaysia) bagi mempelbagaikan media pembelajaran dan pengajaran universiti awam (UA) di Malaysia. Semoga pameran Matrix Show 2019 ini memberikan informasi dan manfaat untuk pengembangan ilmu pengetahuan.

Sekian, Wabilahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 7: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Dr. Masitah Mohd. Radzi Dekan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan

Alhamdulillah, dengan limpah rahmat dan izin-Nya, maka kita sama-sama dapat berkumpul dalam pameran Matrix Show tahun 2019.

Pertama sekali, taniah saya ucapkan kepada saudara tahun akhir program Teknologi Seni Visual kerana dapat menyiapkan tugasan dan berjaya menyempurnakan Matrix Show kali ini. Tema Matrix Show pada kali ini adalah Light of Borneo. Ianya merujuk kepada keistimewaan yang terdapat di bumi Borneo. Karya yang terhasil daripada saudara dan saudari yang bertemakan Borneo dapat memperkenalkan lagi budaya, adat, suku kaum dan kepercayaan di kawasan Borneo. Saya sebagai dekan amat memahami segala keperitan dan kesusahan yang saudara saudari alami sepanjang tempoh menjayakan projek Matrix Show ini. Walaupun terdapat banyak halangan tetapi dengan semangat yang kental dan tidak mengenal erti penat lelah akhirnya saudara dan saudari dapat menyiapkan projek Matrix Show kali ini dengan jayanya.

Hasil karya pelajar mempamerkan keunikan budaya di Borneo yang diterjemahkan dalam pelbagai bentuk visual seperti seni arca, catan,

cetakan, seramik, batik, lukisan, identiti korporat, new media, pengiklanan dan filem. Saya percaya pelajar telah melaksanakan tugas dengan penuh komitmen dan rasa tanggungjawab sepanjang tempoh menjayakan projek Matrix Show. Pengalaman ini sudah pasti dapat membentuk diri menjadi seorang insan yang berketerampilan dalam bidang kerjaya yang diceburi dalam sektor pekerjaan nanti.

Sebagai dekan, saya mendoakan agar saudara saudari mendapat pekerjaan yang baik sesuai dengan ilmu dan kemahiran yang diperolehi sepanjang pembelajaran di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan. Hal ini adalah cita-cita setiap pelajar dan dapat memenuhi segala harapan ibu bapa kita selama ini. Teruslah menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan negara. insya Allah segala niat yang baik dan ikhlas akan diberkati.

Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Warahmatullahi Wabarakatuh.

3

Page 8: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Dr. Imelda Ann Achin Ketua Program Teknologi Seni Visual (HA32)

Salam Sejahtera, penilaian projek tahun akhir Program Teknologi Seni Visual atau lebih dikenali sebagai MATRIX Show ini merupakan program wajib bagi semua pelajar tahun akhir program Teknologi Seni Visual (HA32). MATRIX bertindak sebagai satu medium agar pelajar berupaya mempraktikkan segala teori dan praktikal ke dalam bentuk 2D dan 3D malahan 4D yang berlandaskan kepada penyelidikan yang memfokuskan kepada seni Pribumi Borneo. Projek akhir ini juga menjadi salah satu platform dalam melatih pelajar untuk lebih berdaya saing dalam bidang pekerjaan di industri seni kreatif selain mampu menghasilkan sesuatu karya yang asli.

Pihak program berharap agar MATRIX pada kali ini mampu membuahkan hasil yang baik dan karya-karya yang terpapar mampu dibawa ke persada antarabangsa sekaligus menaikkan nama program Teknologi Seni Visual. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah menjayakan projek akhir MATRIX pada tahun ini.

Sekian, terima Kasih.

Page 9: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

4

Page 10: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Dr. Zaimie Sahibil Penyelaras

Assalamualaikum dan sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Matrix Show pada tahun ini. Seterusnya telah memberikan peluang dan kepercayaan kepada saya untuk menjadi penyelaras Matrix Show 2019.

Selaras dengan gelaran Sabah negeri di bawah bayu ini, penuh dengan khazanah Borneonya maka dengan sebulat suara tema ini dipilih untuk dijadikan tema Matrix Show pada kali ini yang berjudul Light of Borneo. Light of Borneo merujuk kepada kepelbagaian dan keunikan budaya yang terdapat di bumi Borneo khasnya di Sabah. Dalam gugusan borneo ini terdiri daripada pelbagai etnik yang menampilkan nilai budaya dan estetikanya yang tersendiri. Kepelbagaian etnik serta ragam seni warisan ini diketengahkan kepada generasi muda masa kini supaya warisan yang terdapat di Borneo ini dapat dikekalkan. Justeru itu, Karya-karya seni yang dihasilkan dan dipamerkan oleh pelajar Matrix Show kali ini akan memberi kelainan agar para audiens dapat menyaksikan nilai budaya dan warisan berpaksikan Borneo. Akhir kata penutup bicara selamat menonton dan menikmati estetika Borneo “v”.

Page 11: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

5

Page 12: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

6

Page 13: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

LIGHT OF BORNEO

MATRIX adalah singkatan kepada Media Art Technology with Camera Tricks Exellence yang merupakan salah satu kursus teras program yang mempamerkan hasil karya seni pelajar tahun akhir Program Teknologi Seni Visual. Pada tahun ini, projek akhir pelajar membawakan tema Light of Borneo yang memaparkan keindahan kesenian dan kebudayaan di Borneo. Sepanjang program MATRIX berlangsung, pelajar akan dinilai mengikut disiplin dalam seni visual antaranya Seni Halus, Grafik, Animasi 2D, Animasi 3D, pemetaan video dan Rekaan Produk dan Kraf. Setiap karya atau produk perlu dilengkapkan dengan proses kreatif (folio) dan karya akhir yang berdasarkan kajian subjek dan olahan. Pameran penilaian ini diadakan untuk memenuhi syarat membolehkan seseorang pelajar Program Teknologi Seni Visual bergraduat. Tugasan berdasarkan pilihan mengikut kemampuan pelajar. Karya yang dihasilkan merangkumi unsur Borneo (Sabah dan Sarawak) sama ada dari segi sejarah, budaya etnik, makanan, motif dan pelancongan. Karya akhir perlu menerapkan aspek teknologi dan inovasi. Karya seni pelajar akan dinilai oleh panel penilai jemputan yang telah dilantik oleh pihak Ahli Jawatan Kuasa Pengurusan.

Diharap dengan terlaksananya projek akhir MATRIX Show ini dapat mencapai objektif utama kursus iaitu pelajar berupaya mengaplikasikan kemahiran praktikal dan psikomotor terhadap penggunaan bahan, teknik dan teknologi dengan gabungan unsur seni dan prinsip seni dalam menghasilkan karya seni berteraskan teknologi, membentuk keupayaan sebagai peneraju perniagaan di indus- tri-industri seni selain memupuk kemahiran kepimpinan dan berkomunikasi di kalangan pelajar tahun akhir.

7

Page 14: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

TEKNOLOGI SENI VISUAL 2016/2019

Page 15: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

CATAN

Page 16: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Penombak Sawit Awangku Mustaffa Kamal Bin Awangku Abdoll Kadir | Dr. Musnin Misdih

Deskripsi Karya Tema yang menjadi dasar utama dalam karya adalah “Penombak Sawit”. Tombak sawit adalah alat penting untuk mendapatkan buah kelapa sawit. Peralatan ini signifikan dengan simbol kekuatan dalam mencari rezeki. Gambaran tangan dan bakul sawit pula menggambarkan tanda kerja keras yang berterusan dalam industri kelapa sawit. Dalam karya ini, pelukis memasukkan elemen tradisi, iaitu mengaplikasikan peralatan tradisional yang digunakan oleh penombak semasa bekerja. Di samping itu, pelukis juga menerapkan lambang mata rezeki pekerja kelapa sawit dengan memasukkan motif buah kelapa sawit yang diletakkan sebagai pusat tumpuan audiens dalam karya. Penggunaan warna panas seperti kuning, merah dan hitam menjelaskan sifat kecekalan dan perjuangan hidup para penombak yang ingin diperlihatkan oleh pengkarya melalui teknik garisan dan perulangan corak yang sekaligus menggambarkan batang pohon dan daun kelapa sawit tersebut.

Page 17: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

10

Page 18: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Beauty of Patel Alexandra Alixsius | Prof. Madya Dr. Baharuddin Mohd Arus

Deskripsi Karya Bunga rafflesia ini bersifat parasit dan beracun. Pengkarya mengambil konsep parasit dan racun itu untuk diterapkan dalam karya yang dihasilkan. Dalam sebuah karya yang disampaikan akan terdapat figura wanita dan juga bunga rafflesia. Figura wanita ini melambangkan seorang wanita yang bersifat parasit dan beracun mengambil balik sifat rafflesia itu sendiri. Seperti yang kita ketahui wanita ini sangat sukar dijangka sifat sebenarnya dan terlalu halus untuk ditafsirkan dalam perkataan. Pengkarya menghasilkan karya ini menggunakan teknik basah atas kering dan sapuan warna. Media yang telah digunakan adalah warna arkilik dan marker pen. Pengkarya menghasilkan 5 karya catan yang berukuran 3x2 sebanyak ( 3 keping) dan 4x3 sebanyak ( 2 keping).

Page 19: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

11

Page 20: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Nenek Siri 1,2,3 Andi Syafie Bin Andi Parentah | Prof. Dr. Ismail Hj. Ibrahim

Deskripsi Karya Karya ini bertajuk “Nenek”, iaitu merujuk kepada gajah pygmy di Kalabakan Tawau. Karya memaparkan 3 buah kanvas yang berukuran 4X5 kaki. Pengguaan warna panas dan warna gelap ditonjolkan, adah untuk meperlihatkan kontra warna terang dan gelap. Karya ini mengutamakan konsep kesedaran kepada masyarakat melelui objek utama iaitu Gajah Pygmy yang sedang mengalami zaman kegelapannya akibat kerakusan manusia. Bahagian latar karya mengaplikasikan warna suram daripada bahan bitumen, iaitu menunjukkan subjek gajah tersebut menghadapi kehilangan habitat dan menghadapi masa suramnya. Manakala, tengkorak bermakna gajah tersebut mati yang biasanya dapat dilihat dalam pameran sahaja. Warna gelap atau hitam pada latar memunjukkan bahawa gajah tersebut menghadapi zaman kegelapannya. Tujuan penghasilan karya ini adalah untuk menceritakan tentang apa yang dilalui atau dihadapi oleh gajah tersebut kepada audians supaya mereka sedar dan tahu tentang kesakitan dan tantangan Gajah Pygmy ini. Sesungguhnya, karya ini menyampaikan kritikan terhadap manusia yang tamak kerana manusia ialah penyebab utama gajah atau haiwan lain menghadapi kepupusan.

Page 21: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

12

Page 22: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Dundangan Aznanatasha Binti Abu Nawas | M Fazmi Hisham

Deskripsi Karya Dundangan adalah berasal daripada bahasa Bajau yang bermaksud buaian. Karya ini mengutarakan konsep ‘tangan yang mengayun buaian dapat menggoncang dunia’. Siapa dia? Dia adalah ibu. Idea karya ini juga tercetus berdasarkan satu kelahiran yang baharu bukan sahaja melahirkan generasi baru yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan. Konotasi kelahiran dalam karya ini bersignifikan dengan lahirnya satu era yang celik teknologi maklumat seperti media elektronik dan kemodenan. Hal ini berlaku seiring dengan ledakan kemajuan. Namun begitu, di sebalik kemodenan serta kemajuan teknologi yang begitu pesat, adat resam, budaya dan nilai kesenian harus dijaga dan diberi keutamaan agar “yang lama dikelek, yang baharu didukung”.

Page 23: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

13

Page 24: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Bejalai Biri Usine Anak Panau | Prof. Madya Dr. Baharuddin Mohd Arus

Deskripsi Karya Bejalai dalam bahasa Iban bermaksud berjalan. Melalui konsep Bejalai, pengkarya menggunakan beberapa motif dalam masyarakat Iban sebagai ikon pada karya yang menceritakan tentang kehidupan masyarakat Iban pada masa dahulu. Mereka mengadakan upacara ritual bagi anak lelaki yang meningkat usia 10-12 tahun untuk masuk ke dalam hutan lalu diajar ilmu memburu. Tujuannya agar mereka siap untuk menggalas tugas sebagai ketua keluarga suatu hari nanti. Sebelum itu, remaja tersebut akan dicacah menggunkan dakwat kekal di bahagian tertentu pada badan dengan motif-motif yang telah diolah oleh si penatu. Pengkarya menyampaikan olahan motif tersebut ke dalam bentuk catan yang saling bertindih bagi menggambarkan upacara ritual ini diturunkan dari generasi ke generasi. Penggunaan warna pada motif menimbulkan sifat harmoni dalam karya. Olahan motif yang berbeza saiz menjelaskan prinsip rekaan dalam seni iaitu kepelbagaian. Latar belakang pada karya menggambarkan upacara ritual itu sendiri dimana ritual tersebut mempunyai sesuatu kedalaman dan b e r sifat mengenai perhubungan dengan alam lain. Pengkarya menghasilkan tiga karya catan yang bersaiz 91.4cm X 121.9cm dan 106.7cm X 167.6cm. Pengkarya cuba membawa generasi pada masa kini u n t u k mendalami pengetahuan bahawa tradisi bertatu masyarakat Iban pada zaman dahulu a d a l a h salah satu upacara ritual.

Page 25: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

14

Page 26: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

The Green Voice Christine Justin | Dr.Teddy Marius Soikun

Deskripsi Karya Karya ini adalah representasi daripada imej Burung Murai (Batu). Kajian mengenai Burung Murai memaparkan beberapa sifat unik pada Burung Murai tersebut. Karya ini dalam kategoti atau bidang mix media iaitu menggunakanakrilik, gam dan spray selicone. Pengkarya menghasilkan imej dominan berdasarkan burung dengan menggunakan akrilik. Karya yang dihasilkan oleh pengkarya adalah sebanyak 5 iaitu 2x3 (4keping) 3x4 (1keping). Antara sifat unik yang terdapat pada burung ini ialah pada suaranya. Burung Murai ini mempunyai suara yang merdu. Namun terdapat beberapa hal yang tidak begitu diketahui oleh masyarakat iaitu kicauan yang dialunkan oleh burung murai ini mempunyai maksud tersendiri. Maksud yang tersembunyi dalam alunan tersebut dapat dilihat pada betuk pergerakan badan burung murai. Contohnya perlakuan ekor burung murai akan memanjang jika mulai mengeluarkan bunyi yang merdu. Perlakuan tersebut menandakan burung tersebut sedang dalam kegembiraan. Oleh itu, karya ini dibuat melalui lukisan semula pergerakan burung murai dengan memilih beberapa posisi pergerakan. Gambaran latarbelakang karya ini menggunakan warna hijau sebagai gambaran perasaan gembira. Warna merah pula diaplikasikan sebagai paparan burung murai yang sedang marah. Karya ini dihasilkan berdasarkan aliran realistik agar audiens dapat memahami maksud karya tersebut.

Page 27: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

15

Page 28: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Huminodun Elisabeth Binti Fredoline | M Fazmi Hisham

Deskripsi Karya Dalam karya yang dihasilkan, pelukis menggunakan media catan mixmedia, teknik spray serta saiz 2x4(2),3x4(1) kaki. Karya pertama menampilkan imej Huminodun yang memakai pakaian tradisi kaum Kadazandusun sebagai subjek utama. Menerusi karya kedua pula, memaparkan persamaan dengan karya pertama tetapi ditambah dengan imej seperti padi dan bulatan pada kepala Huminodun. Karya ketiga pula, memaparkan imej jantung dan tangan. Setiap imej yang terdapat dalam karya mempunyai maksud yang tersendiri. Sebagai contoh, Huminodun adalah gadis yang perlu disanjung mulia oleh masyarakat Kadazandusun atas pengorbanannya. Padi pula adalah salah satu sumber makanan Kadazandusun yang sangat istimewa atas pengorbanan Huminodun. Jantung pula adalah salah satu pengorbanan yang perlu dibuat secara ikhlas. Tangan pula adalah lambang mengenang jasa serta pengorbanan yang telah dilakukan oleh Huminodun. Selain itu, bulatan bulat biru pada kepala Huminodun juga bermaksud pembebasan terhadap masyarakat telah berjaya. Karya ini juga menerangkan cerita mitos Huminodun yang telah mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan penduduknya daripada bencana kebuluran.

Page 29: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

16

Page 30: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Nunuk Ragang Elinda Binti Boyogo | Prof. Dr. Ismail Hj. Ibrahim

Deskripsi Karya Karya yang dihasilkan adalah dalam bentuk catan iaitu bersaiz 5x4 kaki dan empat saiz A2. Catan ini berbentuk surealisme dan realistik. Media yang digunakan adalah akrilik atas kanvas. Nunuk Ragang merupakan satu pokok ara yang terkenal sebagai mitos masyarakat Dusun di Sabah. Metos Nunuk Ragang pada masa dahulu telah mula tumbuh apabila seorang penghulu yang bernama Aki Ragang meninggal. Selepas tujuh hari penghulu ini meninggal, tiba-tiba benih pokok tumbuh di kubur penghulu tersebut. Rata-rata penduduk di kawasan tersebut berkata bahawa pokok tersebut adalah satu berkat yang diberi oleh penghulu selepas beliau meninggal. Penduduk pada masa dahulu telah menjaga pokok tersebut sehingga besar. Selepas pokok itu membesar maka pokok tersebut menjadi tempat remaja dan kanak-kanak memanjat dan menaiki pokok untuk terjun ke sungai melalui pokok nunuk tersebut. Selain itu, pokok tersebut dipercayai dapat menjaga tempat mereka dan dapat mengubati penyakit. Pokok nunuk sejak, zaman dahulu menjadi tempat melakukan aktiviti ritual sehingga kini. Ritual ini biasanya dilakukan selepas menuai padi untuk meminta berkat agar hasil rezeki mereka sentiasa kekal dari gangguan roh jahat dari malapetaka.

17

Page 31: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Sinumundu Ferzianah Binti Jupida | Dr. Musnin Misdih

Deskripsi Karya Dalam erti bahasa kaum Rungus, Sinumundu menggambarkan keperkasaan, kelincahan, semangat juang dan keberanian seorang wanita cantik dan lemah lembut. Sinumundu dipandang tinggi oleh penduduk-penduduk kampung. Sinumundu mempunyai cerita yang telah diceritakan semula dari segi cerita rakyat. Dalam karya ini, pelukis telah menggunakan teknik basah atas kering. Pelukis telah menggambarkan kesungguhan seorang wanita yang berlatar belakangkan gunung yang terkenal di Asia iaitu Gunung Kinabalu. Selain itu, karya ini berkonsepkan, kemartabatan wanita menuju ke hadapan dimana konsep ini diambil dari maksud perkataan Sinumundu itu sendiri. Gunung dijadikan latarbelakang karya tersebut kerana ia menggambarkan ketertinggian martabat semua wanita di dunia ini. Selain berkerjaya, wanita juga menjadi suri rumah dimana wanita akan masuk ke dapur. Penggunaan warna yang selari telah digunakan pada karya untuk menghasilkan karya yang baik di samping dapat menyampaikan konsep dan mesej pada karya tersebut. Karya ini dilukis atas canvas bersaiz 4x1 dan 2x2. Mesej yang disampaikan adalah tentang pandangan dan fikiran wanita yang terbuka serta berpandangan jauh serta pandai berdikari sendiri tanpa dibantu oleh orang lain. Wanita bukan sahaja cantik dan lemah lembut malah wanita juga mempunyai kelincahan yang berani. Mesej ini sangat berkaitan dengan tajuk yang dipilih oleh pengkarya iaitu “Sinumundu”.

18

Page 32: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

The Bird of Borneo - HornBill Jean Sinjua | Dr.Teddy Marius Soikun

Deskripsi Karya Burung Kenyalang (Hornbill) adalah sejenis burung yang didapati di kepulauan Borneo dan merupakan ikon burung negeri Sarawak. Bagi sesetengah penduduk Dayak di Sarawak, burung ini mewakili Dewa Perang mereka yang disebut Singalang Burong. Isu burung kenyalang berhadapan dengan ancaman kepupusan disebabkan oleh faktor penerokaan hutan, aktiviti perburuan haram dan sebagainya. Mesej yang disampaikan dalam karya adalah mengkritik perbuatan manusia yang membawa kesan negatif kepada kehidupan burung kenyalang. Seterusnya, memberikan kesedaran kepada manusia tentang situasi sekarang dan kepentingan memulihara alam sekitar. Karya catan ini, menggunakan pendekatan seni kontemporari. Pengkarya menggunakan cat akrilik di atas kanvas dan playwood. Teknik yang digunakan dalam karya adalah teknik gosokan dan garisan. Warna-warna yang diaplikasikan membawa maksud dan ikon kehidupan, pemuliharaan kenyalang dan alam sekitar.

Page 33: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

19

Page 34: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Glowing Jellyfish Kimberly Frederica Fredolly | Prof. Madya Dr. Humin Jusilin

Deskripsi Karya Pengkarya telah menghasilkan 6 karya yang berukuran saiz A2. Sebanyak 3 karya dalam bentuk permukaan papan dan bersaiz 2x3 kaki di atas kanvas. Aliran yang diaplikasikan ialah realisme dan konsep yang digunakan dalam karya ini ialah pergerakan. Medium yang digunakan ialah akrilik atas kanvas dan papan. Karya ini memaparkankan elemen atau unsur seni iaitu garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Karya ini menggambarkan ubor-ubor di Borneo yang mempunyai pelbagai warna-warni. Ubor- Ubor tinggal di dasar laut dan memainkan peranan penting dalam ekosistem laut.

20

Page 35: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Azimat Wafak Mohd Shafiq Bin Mohd Tajudin | Prof. Madya Dr. Baharuddin Mohd Arus

Deskripsi Karya Karya ini bertajuk azimat. Azimat merupakan sejenis tangkal yang mengandungi tulisan huruf-huruf jawi atau lebih dikenali sebagai “wafak”. Pengkarya cuba menyampaikan mesej dengan meletakkan karya di sekeliling kawasan dinding agar karya dapat dihayati dengan lebih mendalam oleh audien. Pengkarya juga menetapkan komposisi karya mengikut mesej yang cuba disampaikan. Hal ini kerana setiap komposisi yang digunakan pengkarya mengandungi makna yang tersendiri. Corak yang optik dengan warna yang kontra merupakan penegasan terhadap gambaran emosi individu yang ingin memiliki azimat, iaitu perasaan ketika menginginkan sesuatu secara berlebihan. Sehubungan dengan itu, tulisan jawi yang terdapat pada karya merupakan jampi yang terdapat di dalam azimat. Walau bagaimanapun, huruf ا (alif) dan ي (ya) tidak terdapat pada karya kerana ilmu azimat tidaklah sempurna, dan sebaiknya ilmu tersebut ditinggalkan.

Page 36: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

21

Page 37: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Jambatan Tamparuli Nor Raihan Binti Abdul Hamid | Dr. Zaimie Sahibil

Deskripsi Karya Karya ini menceritakan tentang kisah pembinaan jambatan Tamparuli yang didirikan semula pada tahun 1933 oleh kerajaan British selepas jambatan yang pertama runtuh akibat berlakunya banjir besar. Di sebalik peristiwa ini terdapat kisah sedih yang menyayat hati dan memberi pengajaran sebagai pedoman hidup. Karya ini dipersembahkan dalam bentuk seni naif (naive art). Dalam penghasilan karya ini, pengkarya menggunakan media campuran seperti akrilik, makerpaint dan artline di atas permukaan kanvas. Karya ini dihasilkan secara naratif dengan menyusunkan 8 buah kanvas yang berukuran sama dari kiri ke kanan bagi menggambarkan keseluruhan cerita.

Page 38: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

22

Page 39: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Penunggang Kuda Bajau Jimradz Bin Mohd Nasir | Dr. Mohd Puad Bebit

Deskripsi Karya Kuda Bajau merupakan karya yang mengaplikasikan media cat akrilik pada kanvas. Karya ini menggambarkan seekor Kuda Bajau yang dihias dengan motif dan aksesori yang bercirikan tradisi dan budaya, kaum Bajau dalam bentuk separa realisme. Perhiasan kuda Bajau mempunyai pelbagai motif dan warna serta akseori seperti pakol, tali kakang, serian, podong sampit, sigar dalam bentuk olahan catan. Unsur warna dalam karya ini menggunakan warna asas dan warna sekunder seperti merah biru, kuning, hijau, jingga dan warna natural pada kuda dan padang rumput. Tekstura pada catan pula menggunakan tekstura berus semasa menghasilkan karya. Teknik penghasilan karya adalah teknik kering atas kering iaitu dengan sapuan warna di atas permukaan yang sudah kering. Campuran warna yang agak pekat dapat menimbulkan kesan jalinan pada imej. Karya Kuda Bajau tidak hanya mengungkapkan motif dan aksesori bentuk asal Kuda Bajau. Karya ini secara simbolik melambangkan ciri identiti masyarakat, kebudayaan dan keharmonian sesebuah etnik.

Page 40: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

23

Page 41: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Sajian Siri Marlina Binti Singkan | M Fazmi Hisham

Deskripsi Karya Pepatah dahulu mengatakan “lebih baik tidak makan nasi daripada tidak bersirih” kerana sirih merupakan menu yang memberikan tenaga kepada mereka. Bersirih atau “minggat” merupakan salah satu tradisi yang paling popular dalam kalangan kaum Dusun. Semasa tetamu datang bertandang, sirih dihidangkan. Malahan sirih juga dibawa ke mana-mana sebagai menu utama mereka. Jika mereka tidak memakan sirih maka semangat diri berkurangan dan kelihatan murung yang berpanjangan. Namun disebabkan peredaran zaman tradisi ini semakin jauh ditinggalkan oleh masyarakat khususnya anak muda.

Page 42: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

24

Page 43: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Self Reflection Md Haziq Asnawi Sulaiman | Dr. Musnin Misdih

Art Description For this years’ Matrix show, the artworks that I am displaying is paintings about mangrove trees, the reason why I chose mangrove trees is because scientists proved that the tree is very strong and it is also the main source of life for people living nearby the rivers for their food supply. Most of my paintings are paintings of mangrove trees and their reflection. The relations of those two things (the tree and the reflection of the tree) are my perception of self-reflection. Since mangrove trees are strong and in my painting I emphasized the reflection, I came up with the idea of self-reflection, so in order for us to be strong mentally or physically we need to reflect our self first. The technique I am approaching for my painting is pointillism. The reason why I chose pointillism as my technique is because how the technique shows each leaves of the tree creating the illusion of realism. My main objective is to make people think my painting is a photo instead of a painting. Hence, I am lying to the audience because I like lying to people and it is one of my personality traits.

Page 44: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

25

Page 45: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Rumah Tradisional Brunei Muhammad Syafii Bin Juni | Prof. Dr. Ismail Hj. Ibrahim

Deskripsi Karya Karya yang dihasilkan ini adalah bersumberkan rujukan rumah tradisional Suku kaum Brunei. Rumah tradisional Brunei merupakan rumah yang sama seperti rumah-rumah Melayu di Semanjung. Bagaimanapun, yang membezakannya ialah kebanyakan rumah tradisional Brunei dibina di atas permukaan air iaitu di kawasan pesisiran sungai. Pengkarya mengkaji dari sudut ruangan dalaman rumah tradisional ini khususnya bahagian ruang tamu. Karya yang dihasilkan ini juga menggunakan ciri persepktif dan memerlukan sesorang individu tersebut melihatnya secara berulang alik untuk mendapatkan padangan secara persepektif. Pengkarya cuba memasukkan elemen muzik berunsurkan lagu tradisi Brunei dan menambahkan elemen suara latar seperti kanak-kanak ketawa dan hiruk pikuk sesebuah keluarga sedang bercerita. Ini menunjukkan bahawa pengkarya cuba menimbulkan kenangan nostalgia dalam karya tersebut agar audiens dapat menyelami dan merasakan suasana seperti dahulu.

Page 46: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

26

Page 47: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

LUKISAN

27

Page 48: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Kucing Borneo Fatin Shahirah Binti Fauzi | Dr. Zaimie Sahibil

Deskripsi Karya Karya lukisan ini memfokuskan subjek matter yang berasaskan “Kucing Borneo”. Karya ini dihasilkan di atas kertas yang berukuran A2. Karya ini dihasilkan menggunakan media dan teknik kering atas kering dalam bentuk realism iaitu menggunakan media drawing pen. Karya ini menceritakan tentang kehidupan kucing di Borneo khususnya gambaran tentang ciri-ciri yang lazimnya dilakukan oleh kucing tersebut. Sebagai contoh karakter kucing yang amat unik dan menarik perhatian kepada sesiapa sahaja. Selain itu, karya ini juga mempunyai maksud tersurat, iaitu memaparkan subjek dari aspek posisi dan ekspreasi ibu kucing dan anak-ananya. Maksud tersirat pula di sebalik ekspreasi kucing adalah menterjemahkan kasih sayang antara ibu dan anak. Oleh itu, karya ini ingin menarik perhatian audiens tentang kecomelan yang ada pada kucing tersebut

28

Page 49: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Folks Story Clariesa George | Prof. Madya Dr. Humin Jusilin

Deskripsi Karya Cerita ini mengisahkan tentang kisah hidup dua sahabat yang berbeza penampilan dan sikap. Kisah hidup mereka berubah setelah mendapat ikan di sungai ketika memancing. Kewujudan ikan tersebut sangat pelik kerana menjelma menjadi manusia pada malam yang ketujuh, iaitu ketika bulan penuh. Pengkarya mengaplikasikan cerita tersebut dalam bentuk lukisan atas papan lapis dan menggunakan bahan atau media kering iaitu pen marker berwarna dan pen marker hitam. Sebanyak tujuh keping papan lapis yang berbentuk bulat digunakan sebagai imej dalam karya. Rupa bulat merujuk maksud bahawa pada malam ketujuh, iaitu bulan penuh ikan tersebut telah menjelma menjadi manusia.

Page 50: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

29

Page 51: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

MAGLASIG Mohd Relmi Bin Jimmy | Prof. Madya Dr. Humin Jusilin

Deskripsi Karya Karya bertajuk “MAGLASIG” dalam bahasa Bajau laut yang bermaksud bermain, berseronok, bergurau dan bergembira. Maglasig merupakan perbuatan yang sering berlaku pada anak-anak bajau laut sama ada dirancang mahupun tidak dirancang. Aliran karya ini adalah realisme yang menceritakan kehidupan sebenar anak-anak Bajau Laut. Teknik yang digunakan adalah teknik gosokan dan berusan bagi memperlihatkan jalinan-jalinan kehalusan kehidupan anak-anak ini. Media yang digunakan adalah media kering seperti charcoal pencils berjenama MARIES. Media ini merupakan media yang sensetif dan mudah membawa keketoran pada permukaan bagitu juga dengan anak-anak Bajau Laut. Karya ini akan dikuatkan lagi dengan subjek sampingan yang berhubungkait pada ‘subject matter’ iaitu anak-anak Bajau pada ruang yang cetek. Dalam karya ini pengkarya coba berkongsi tentang isu yang berlaku dalam kehidupan anak-anak Bajau Laut pada hari ini.

Page 52: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

30

Page 53: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Kereta Api Negeri Sabah Zulhelmie Mohammad Bin Hassan | Dr. Musnin Misdih

Deskripsi Karya Karya ini adalah representasi kehidupan maritim di Sembulan Kota Kinabalu. Pengkarya menggunakan media kering seperti pensel dan pen di atas permukaan yang berukuran A3. Lukisan ini melibatkan kerja yang sistematik kerana mengaplikasikan elemen seperti elemen bentuk, ton, jalinan, cahaya, dan bayang, perspektif dan komposisi. Teknik yang digunakan adalah menggunakan teknik titik-titik (point). Penggunaan teknik titik-titik bertujuan untuk menimbulkan kesan bentuk dan pencahayaan. Lukisan ini menggambarkan kereta api yang masih digunakan oleh masyarakat di sekitar daerah Kota Kinabalu, Beaufort dan daerah Tenom Sabah. Kereta api merupakan sebuah pengangkutan yang bersejarah dan masih digunakan sehingga hari ini. Karya yang memperlihatkan jenis-jenis kereta api yang masih digunakan sebagai pengangkutan penduduk setempat di Sabah.

31

Page 54: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Nature the Strength of LIFE Felecia Cipilin | Prof. Madya Dr. Humin Jusilin

Deskripsi Karya Konsep yang ingin disampaikan melalui karya ini adalah tentang kebergantungan antara satu dengan yang lain dalam dunia ini. Mesej yang cuba disampaikan melalui karya ini adalah tentang pentingnya kita mengekalkan kelestarian hutan agar setiap makhluk di bumi ini mendapat manfaat darinya. Dengan adanya hutan ia dapat digunakan sebagai tempat tinggal bagi makhluk hidup dan sumber daya alam yang sangat berguna. Hutan umpama paru-paru dunia yang dapat menyediakan oksigen dan menyerap karbondioksida bagi kehidupan dimuka bumi ini. Figura manusia dalam karya ini dipaparkan bagi menunjukkan sifat “mother earth” yang boleh diibaratkan seperti seorang ibu yang menjaga setiap keperluan anak-anaknya. Makhluk hidup bergantung kepada fungsi hutan. Sebagai contoh hutan merupakan habitat kepada flora dan fauna, hutan membekalkan sumber air bersih dan makanan kepada setiap makhluk. Hutan juga dapat mencegah bencana yang tidak diingini oleh makhluk hidup. Oleh sebab itu, manusia merupakan watak yang sangat penting dalam menjaga kelestarian hutan ini agar setiap darinya mendapat manfaat dan saling menjaganya. Penggunaan warna hitam dan putih dalam karya ini merujuk kepada teknik pengkaryaan yang menggunakan kontras cahaya cerah dan gelap. Teknik ini digunakan bagi menimbulkan kesan ilusi objek. Teknik garisan seperti halus, tebal atau silang digunakan bagi mewujudkan kesan jalinan pada objek. Elemen seperti garisan, rupa, bentuk dan kontra berjaya menimbulkan kesatuan dalam karya ini. Bahan dan media yang digunakan dalam karya ini adalah pen dan kertas. Bilangan karya yang dihasilkan adalah 5 keping. Secara keseluruhannya, teknik yang digunakan memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan imej dan makna. Elemen seperti garisan, rupa, bentuk, jalinan dan kontra berjaya menimbulkan kesatuan.

32

Page 55: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Bandar di Sabah S. Ahmad Syamil bin Saidi | Dr. Mohd Puad Bebit

Deskripsi Karya Karya bertajuk “Bandaraya Kota Kinabalu” media yang menggunakan ialah Pen Teknikal dan kertas, karya bersaiz 2x4 kaki. Menampilkan mengaplikasikan landskap menggunakan perspektif atas atau pandangan mata burung daripada sudut pandangan yang berbeza-beza. pengkarya cuba berkongsi kepelbagaian perspektif pada subjek bandaraya kota kinabalu bagi menunjukan keunikan bentuk yang terdapat pada bandaraya Kota Kinabalu yang hanya dapat dilihat daripada perspektif yang berbeza (sudut pandangan yang jarang sekali dilihat) melalui karya Lukisan yang menggunakan teknik garisan pen.

Page 56: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

33

Page 57: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Kampung Air Anjelina Benediktus | Dr. Mohd Puad Bebit

Deskripsi Karya Karya ini berkonsepkan lanskap dan dihasilkan dalam bidang lukisan berdasarkan kampung air khususnya Kampung Nombak, Sepanggar dan sekitar Kota Kinabalu. Pengkarya menggunakan media kering seperti pensel dan charcoal untuk menghasilkan karya tersebut. Mengikut pengalaman pelukis, charcoal adalah media yang mudah diperolehi dan mudah digunakan. Aplikasi dan pemilihan media ini dapat menunjukkan suasana penempatan masyarakat kawasan tersebut. Mereka adalah reta-ratanya terdiri daripada masyarakat pendatang asing yang telah menetap di kawasan tersebut sejak sekian lama. Selain itu, karya ini dapat memberi peluang kepada audians untuk lebih memahami suasana penempatan tersebut serta aktiviti hidup mereka untuk mendapatkan rezeki atau pendapatan harian.

Page 58: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

34

Page 59: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Naga Gunung Kinabalu Mashidayu Binti Masnin | Dr. Zaimie Sahibil

Deskripsi Karya Karya ini diilhamkan daripada mitos dan kepercayaan penduduk dalam kalangan orang Dusun suatu ketika dahulu. Naga adalah sebuah mitos yang dipercayai sebagai penjaga Gunung Kinabalu. Karya ini dihasilkan dengan menggunakan media campuran atas kertas melalui pendekatan seni naif dan doodle. Teknik yang pelbagai menyumbang kepada variasi jenis corak dan garisan sebagai paparan imej pada karya.

35

Page 60: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Nepenthes Maizie Juis | M Fazmi Hisham

Deskripsi Karya Karya ini berdasarkan teknik doodle daripada pelbagai jenis pen yang berwarna putih dan silver metallic. Karya ini menggambarkan salah satu tumbuhan yang sangat dikenali di Borneo iaitu Periuk Kera. Karya Periuk Kera dihasilkan berasaskan unsur kepelbagaian jenis garisan, bentuk dan rupa. Dalam istilah saintifik, Periuk Kera ialah tumbuhan karnivor yang tumbuh di tanah berasid. Ajaibnya, ia adalah pokok maging yang memerangkap serangga sebagai bekalan nitrogen yang diperlukan. Di dalam periuk kera, ada sejenis cecair atau madu yang boleh menarik perhatian serangga dan jika serangga masuk ke dalam periuk kera boleh menyebabkan enzim yang ada pula menghancurkan serangga itu sebagai memakan tumbuhan atau keperluan nitrogen. Mesej yang cuba disampaikan melalui karya ini dikaitkan dengan proses kepupusan tumbuhan khususnya periuk kera. Oleh itu, pelukis menggunakan latar karya iaitu kertas hitam sebagai simbolik kepupusan untuk menonjolkan imej tumbuhan itu.

Page 61: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

36

Page 62: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Kerbau Jumriati Binti Samsul | Dr. Zaimie Sahibil

Deskripsi Karya Karya ini menceritakan tentang alam binatang. Kerbau adalah subjek yang dipilih oleh pengkarya untuk diterjemahkan dalam karya lukisan. Kerbau lazimnya hidup secara berkelompok atau berkawan. Sifat ini dapat dilihat melalui imej sekawan kerbau yang sedang berjemur. Karya ini juga memaparkan maksud tentang sikap kerjasama antara kumpulan yang begitu utuh. Pada beberapa sudut, karya ini juga mengimbas kembali kegunaan kerbau sebagai sumber tenaga kerja terutamanya di sawah padi ketika dahulu. Imej kerbau dalam karya ini adalah sebagai simbolik kepada aktiviti pertanian tradisional sawah padi. Pengkarya cuba menyampaikan mesej kegunaan haiwan kerbau ini pada zaman dahulu sebelum kemajuan teknologi .

Page 63: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

37

Page 64: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Rumah Tradisional Tay Lu Yee | Dr. Zaimie Sahibil

Deskripsi Karya Sabah, negeri di Bawah Bayu menawarkan pelbagai tempat yang menarik. Negeri ini juga kaya dengan semula jadi seperti Gunung Kinabalu, pulau-pulau, kawasan taman negara dan sebagainya. Keunikannya negeri ini juga terkenal dengan warisan budaya tradisi termasuk seni binanya. Pengkarya memilih rumah tradisional sebagai subject matter dan mengaplikasikan bidang lukisan sebagai pengkaryaan. Pengkarya menyampaikan elemen formal dengan menggunakan pen teknikal dalam menghasilkan pelbagai teknik garisan. Lukisan yang dihasilkan adalah melalui dua buah karya yang bersaiz 66cm x 120cm. Mesej yang ingin disampaikan di sebalik lukisan rumah traditional ini, agar audiens menyedari tentang keunikan khazanah warisan seni bina di Sabah.

Page 65: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

38

Page 66: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

ARCA

39

Page 67: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Bagang Bilis Dayang Maszianah Binti Sedek | Prof. Madya Dr. Humin Jusilin

Deskripsi Karya Karya ini bertajuk “Perangkap” yang mempunyai 3 siri. Idea “PERANGKAP” ini terhasil daripada subject matter Bagang Bilis yang merupakan teknik tradisional menangkap ikan. Pengkarya hanya mengambil ikon-ikon seperti pukat, ikan bilis dan reka bentuk empat segi Bagang untuk diolah di dalam karya. Karya ini dihasilkan dengan teknik arca instolasi dan penghasilan ini bertujuan untuk memperlihatkan kehidupan manusia yang sering terperangkap dengan kenikmatan tanpa disedari boleh membawa padah.

Page 68: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

40

Page 69: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Walet Mohd Budriz Bin Miasan | Prof. Madya Dr. Humin Jusilin

Deskripsi Karya Karya yang bertajuk “Burung Walet” ini memceritakan betapa bernilainya burung walet atau burung layang-layang dalam kalangan orang Idaan di Lahad Datu Sabah. Karya ini cuba menyampaikan mesej bahawa burung walet sangat beharga, mempunyai keunikan yang kerana sarang burung walet dipercayai mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Kaedah perubatan ini telah lama digunakan terutamanya kaum China. Seperti yang diketahui, suku kaum Idahan yang berada di Lahad Datu mewarisi sebuah gua yang diberi nama Gua Madai yang menempatkan burung walet tersebut. Burung walet bukan sahaja sangat bernilai dari segi khasiat tetapi mempunyai harga yang mahal di dunia. Orang China merupakan pengguna utama sarang burung ini. Karya yang bertajuk “Burung Walet” ini diolah dalam bentuk karya seni arca instalasi. Karya ini memaparkan bentuk burung sedang beterbangan dan dilekatkan pada dinding. Antara media yang digunakan adalah aluminium dan kayu. Aluminium tersebut digunting bagi mendapatkan bentuk sayap dan kayu pula mewakili badan burung tersebut. Selain itu penggunaan semburan juga diaplikasikan dalam kemasan penghasilan karya serta penggunaan duit syiling pada setiap karya ini.

41

Page 70: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

The Heart of Daughter Forenita Manika | M Fazmi Hisham

Deskripsi Karya Karya The Heart Of Daughter adalah sebuah karya yang menceritakan tentang kerinduan seorang anak perempuan kepada ibu bapanya yang berada jauh darinya. Justeru itu, dia (anak) melepaskan kerinduannya itu dengan meniup turali. Sambil meniup turali, si pemain mengenang kembali saat-saat indah ketika beliau bersama dengan ibu bapanya sejak dari kecil. Semua kenangan tentang kesusahan yang ibunya telah alami untuk membesarkannya sehingga dewasa dan didikan yang diberikan oleh ibu bapanya. Namun begitu, setiap ibu bapa di dunia, berbeza negara namun didikan tetap sama. Karya yang dihasilkan merupakan relief sculpture, bersaiz 3x4 kaki dan 1x2 kaki menggunakan media plaster of paris. Alat muzik tradisional kaum Rungus turali diperbuat daripada pokok buluh yang disebut sumbiling dalam bahasa Rungus. Ukurannya pula, berdiameter kecil dan diperbuat daripada batang pokok bambu. Alat muzik ini hanya dimainkan oleh kaum wanita dalam kalangan orang Rungus. Bunyi serta irama yang terhasil daripada turali membawa maksud yang berbeza mengikut mesej si peniup turali.

Page 71: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

42

Page 72: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Moginakan Nunuk Ragang Maria Binti Frans Tupen | Dr. Teddy Marius Soikun Deskripsi Karya Mitos Nunuk Ragang menampilkan cerita tentang asal-usul masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut di Sabah (KDM). Mitos tentang satu keluarga KDM telah berhijrah ke suatu tempat yang dan membuka penempatan yang baharu. Konsep cerita ini menggambarkan seolah-olah Nunuk Ragang sebagai seorang bapa (asal-usul keturunan) dan KDM merupakan anak-anak Nunuk Ragang yang berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki. Bagaimanapun, mereka tetap bersatu walaupun telah berpindah dari tempat asal mereka. Karya ini menggabungkan imej pokok Nunuk Ragang dalam seni pembuatan arca yang menggunakan media kayu. Gabungan konsep pembentukan dalam karya menyampaikan mesej yang tersirat dan tersurat, imelalui peranan sebuah arca berfungsi.Konsep,arca dan motif yang diilhamkan merujuk kepada maksud asal-usul, tempat dan kedudukan. Motif tingulan dipersembahkan sebagai motif yang berbentuk moden dalam arca tersebut. Secara keseluruhannya, arca ini berkonsepkan kehidupan dan kekeluargaan.

Page 73: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

43

Page 74: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Pengembumian Mayat Murut Kuno Nurzafirah Binti Jail @ Sani | Dr. Mohd Puad Bebit

Deskripsi Karya Karya arca ini menceritakan tentang cara pengkebumian mayat kaum Murut secara kuno dan sehingga kini masih dipratikan oleh segelintir dalam masyarakat tersebut. Ketika berlakunya kematian, mayat tersebut dimasukkan ke dalam tajau sebagai keranda dan dibawakan bersama beberapa harta kegemaran individu tersebut sewaktu hayatnya. Sebagai contoh parang pemenggal kepala, sabit, sumpit dan baju kebal yang diperbuat daripada kulit kayu. Harta sedemikian sepatutnya diwariskan kepada pewaris, namun sekiranya tiada pewaris maka harta tersebut dibawa mati bersama. Arca tajau ini diolah dengan penampilan bentuk tajau dan pintu agar audiens dapat menghayati segenap ruang arca, termasuk membuka pintu tajau dan merasai sendiri perasaan mayat yang berada dalam kegelapan dan tidak mampu berbuat apa-apa.

44

Page 75: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Ruang dan kehidupan Masyarakat Bajau Tengku Nurhadilah Asma Binti Tengku Haris | Dr. Zaimie Sahibil

Deskripsi Karya Pengkarya mengaplikasikan seni istalasi dalam penghasilan karya. Karya ini mengetengahkan konsep ruang dalam rumah masyarakat Bajau. Karya memaparkan segala aktiviti masyarakat Bajau menerusi konsep ruang. Antara ruang yang terdapat pada karya ini merujuk kepada ruang tamu, ruang dapur, ruang belakang (ruang pelantar), ruang jambatan dan ruang serambi. Karya ini menggarap segenap ruang dengan mengaplikasikan setiap ikon aktiviti yang signifikan dengan ruang tersebut untuk menyampaikan mesej. Penggunaan imej kehidupan maritim seperti ikon perahu, rumah, tikar, ikan, pukat dan sebagainya dimanipulasi dalam setiap ruang rumah. Contohnya, ruang dapur memaparkan imej barang-barang dapur yang sedang tergantung di bahagian dinding. Ikon cerek air yang sedang dijerang menggunakan kayu api dan gambaran dapur gas serta bahagian-bahagian tempat masak agar audiens dapat memahami mesej yang cuba disampaikan melalui konsep ruang.

Page 76: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

45

Page 77: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Shore to Sea Nurridsma Binti Rijan | Dr. Zaimie Sahibil

Deskripsi Karya Laut yang tercemar dengan sampah dan sisa bahan buangan mengancam hidupan marin. Masalah pembuangan bahan plastik di laut dan pantai telah menjadi isu global. Begitu juga di Borneo yang turut dikenali dengan keindahan hidupan marin dan lautnya. Karya akhir mengabungkan penggunaan besi, kaca gentian dan bahan buangan yang boleh dikitar semula semula seperti plastic waste, fabric, fishing nets, dan coral reef. Arca ini bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang kesan pengurangan sampah dan bagaimana sampah seperti bahan buangan, boleh dikitar semula menjadi sesuatu produk. Seterusnya, pengkarya ingin menghasilkan karya yang mampu memberi makna dan kesedaran kepada semua. Tidak ketinggalan, bidang-bidang industri di serata dunia seperti industri pembikinan, plastik, tekstil dan lain-lain yang boleh menggunakan bahan kitar semula. Sasaran yang dipilih dilihat mampu menjadi pemangkin besar dalam pengurangan sampah, sekaligus memelihara keindahan laut dan hidupan marin.

Page 78: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

46

Page 79: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Popok am Samang Sampa Mcaroline Marlin | Prof. Madya Dr. Humin Jusilin

Deskripsi Karya Karya ini bertajuk Popok am Samang Sampa yang bermaksud tatu dan keranda tajau. Popok am Samang Sampa ialah paparan budaya daripada suku kaum Murut Tahol. Pengkarya menghasilkan seni arca melalui gabungan daripada papan lapis, kayu dan lampu. Karya ini berukuran 3x3 kaki. Mesej yang ingin disampaikan ialah bagaimana uniknya pengebumian dalam tajau dan kaitannya dengan kematian dan tatu Murut. Pengkarya menghasilkan karya Popok am Samang Sampa dalam bentuk acra agar generasi zaman sekarang mendapat gambaran akan keunikan tatu yang dipercayai akan bersinar sewaktu si pemakai meninggal dunia pada zaman dahulu. Pada masa kini, tajau lebih banyak digunakan untuk hantaran perkahwinan dan tempat membuat tapai. Masyarakat luar mungkin sering kali berfikir bahawa suku kaum Murut suka mabuk dan berpesta. Justeru itu, melalui penghasilan karya ini pengkarya dapat memberi pendedahan tentang penggunaan tatu dan tajau dalam masyarakat Murut.

Page 80: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

47

Page 81: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Dasar Berkaca Siti Nor Saifatul Jannah Binti Salleh | M Fazmi Hisham

Deskripsi Karya Karya ini ingin menyampaikan mesej tentang kepentingan hidupan laut yang semakin terancam dan berbahaya. Bahan yang sering dipandang remeh oleh sesetengah nelayan ialah jala ikan atau tali pukat. Hal ini demikian, tali pukat merupakan salah satu bahan yang boleh mengancam kehidupan laut selain pihak yang menangkap ikan di laut. Tali pukat yang terjatuh di dalam laut hanya di pandang ringan dan tidak dihiraukan oleh sesetengah nelayan. Kesannya, akan terjadi kepada kehidupan laut seperti penyu, anjing laut, kuda laut, ikan buntal dan beberapa hidupan laut yang lain. Kehidupan laut seperti penyu sering terjerat dengan sampah-sarap yang berada di dalam laut. Tambahan pula, kehidupan laut tidak dikurniakan akal fikiran yang boleh berfikir tentang perbezaan sampah sarap dan makanan. Oleh itu, isu pencemaran laut ini amat menarik perhatian pengkarya untuk menghasilkan karya relief yang dapat memberi kesedaran kepada masyarakat.

48

Page 82: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Remembering Mohd Iskandar Bin Amirkandra | Prof. Madya Dr. Humin Jusilin

Deskripsi Karya Karya ini bertajuk “Kawat Maut” yang menceritakan kisah penjajahan Jepun pada tahun 1942-1945 di taman peringatan Sandakan. Pengkarya cuba mengetengahkan isu sejarah semasa berlakunya kawat maut yang kemudiannya memaparkan keperitan yang dihadapi oleh tahanan ketika penjajahan belaku. Selain itu, karya ini menampilkan jawapan bagaimana berlaku kawat maut yang bermula daripada Sandakan hingga ke daerah Ranau. Pengkarya cuba menyampaikan karya arca dalam keadaan postur manusia yang memperlihatkan penderitaan yang dihadapi oleh tahanan perang. Pengkarya menyampaikan mesej kepada audiens bard a s a r k a n kesan sejarah kawat maut yang berlaku di Borneo pada ketika itu.

Page 83: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

49

Page 84: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Sasapok Aorietina Justin | Dr. Musnin Misdih

Deskripsi Karya Karya ini bertajuk “sasapok” atau sumpitan dalam kalangan masyarakat Murut di Nabawan. Karya dalam bidang Instalasi ini diolah berasaskan bahan kayu, minyak tanah, warna acrylic. Sasapok merupakan satu alat yang digunakan oleh masyarakat murut zaman dulu ketika mereka berburu didalam hutan. Ketika ini Budaya semakin ditelan zaman. Bagaimanapun, ‘sasapok’ masih digunakan dalam keramaian ataupun pesta seperti kalimaran. Tujuan karya ini dihasilkan ialah untuk menyedarkan golongan muda agar alat tradisional ini tidak dilupakan d a n agar dimartabatkan di seluruh tempat.

Page 85: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

50

Page 86: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

North Borneo Railway Steam Locomotive 6015 Nur Syafiqah Binti Md Shahrom | Dr. Mohd Puad Bebit

Deskripsi Karya Idea asal bagi karya ini ialah North Borneo Railway Steam Locomotive 6015 yang merupakan salah satu identiti berharga di Sabah dan merupakan ikon pelancongan di negeri Sabah. Terdapat dua puluh lima lukisan yang mewakili tempat-tempat ikonik yang menjadi persingahan bagi pelancong yang menaiki keretapi wap tersebut bermula dari stesen Tanjung Aru sehingga stesen Papar. Mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya ialah mengimbau kembali zaman nostalgia menerusi perjalanan menaiki keretapi wap dan dalam usaha mempromosikan Sabah sebagai destinasi perlancongan dalam negeri dan antarabangsa. Bidang yang diceburi adalah arca. Media yang digunakan adalah akrilik dan penggunaan warna yang dominan ialah putih, hijau dan merah yang diinspirasikan daripada warna tradisional keretapi wap Sabah ini. Ukuran keseluruhan karya 10 x 10 kaki, setiap 20 keping plywood mewakili 1 x 1 kaki dan 5 tiang tinggi 6.5 kaki.

Page 87: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

51

Page 88: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

The Texture of Borneo Eldiana Robert | Prof. Madya Dr. Humin Jusilin

Deskripsi Karya Karya ini adalah berdasarkan kajian tentang imej alam semula jadi, iaitu pokok kayu manis yang terkenal di daerah Keningau Sabah. Fokus karya ini ditumpukan pada keunikan bahagian kulit kayu manis melalui pemerhatian terhadap sifat garisan dan jalinan pada kulit kayu manis. Karya ini merupakan arca dinding yang menampilkan imej abstrak yang diolah dari rupa organik. Rupa organik merujuk kepada elemen sempadan yang bebas, garisan luar atau sempadannya pula tidak terikat. Signifikannya, kebanyakan benda atau alam semula jadi mempunyai rupa organik. Unsur seni yang dipaparkan dalam karya ini ialah jalinan iaitu kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan benda semula jadi atau benda buatan manusia. Karya ini berusaha menggunakan jalinan sentuh, iaitu sesuatu permukaan yang dapat dikesan menggunakan deria sentuh. Prinsip rekaan yang diimplementasi dalam karya pula mementingkan elemen keseimbangaan dan harmoni yang melibatkan perulangan dan irama. Pada keseluruhannya, jalinan yang terhasil menggunakan konsep perulangan dan susunan yang berimbangan. Arca ini dipersembahkan sebagai arca dinding dan bahan karya ini bersumberkan alam semula jadi dan mudah didapati. Saiz karya adalah berukuran 4.5 kaki x 2.5 kaki bagi kedua-dua karya.

Page 89: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

52

Page 90: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Coral Reef Siti Alfidah Binti Ali Hashin | Dr. Teddy Marius Soikun

Deskripsi Karya Karya yang dihasilkan dalam bentuk Instalasi yang memberikan tumpuan kepada kehidupan marin seperti terumbu karang yang terancam akibat aktiviti manusia. Terumbu karang (coral reef) terdiri dari dua kata, yakni terumbu dan karang. Istilah terumbu dan karang memiliki makna yang berlainan. Istilah karang merujuk pada sekumpulan binatang. Sedangkan terumbu merupakan struktur kalsium karbonat (CaCO3) yang dihasilkan oleh karang. Terumbu karang ialah satu ekosistem marin yang unik, kompleks dan tinggi produktivitinya.

Page 91: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

53

Page 92: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Kuda Bajau Abd Salleh Bin Sabur | Prof. Madya Dr. Baharuddin Mohd Arus

Deskripsi Karya Karya arca ini bertajuk ‘Pahlawan Kuda Bajau’ yang menceritakan tentang peristiwa peperangan. Demi mempertahankan daerah, orang Bajau Samah terpaksa membina kubu pertahanan di perbukitan. Mesej dalam karya ini ialah kekuatan dan kekukuhan mereka mempertahankan diri di kawasan tersebut. Justeru itu, sehingga kini mereka masih menggunakan kuda dalam kehidupan mereka. Ukuran karya adalah 3x2 kaki siri 1, 5x2 siri 2, dan 6x2 siri 3 . Karya ini tergolong dalam kumpulan arca lantai atau arca laman. Pembentukan arca geometrikal yang menggunakan kepingan papan dan berstrukturkan besi menggambarkan pergerakan pada tubuh badan kuda tersebut. Konsep yang disampaikan dalam karya adalah menjurus kepada kekuatan dan pergerakan kuda seperti mana penggunaan kuda masih kekal dalam budaya masyarakat Bajau Samah sehingga kini.

Page 93: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

54

Page 94: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Colourful Ranggoli Revanes A/L Selvaraj | Dr. Musnin Misdih

Deskripsi Karya Karya kolaj ini daripada batu-bata hiasan yang mempunyai pelbagai jenis warna. Karya ini memaparkan keunikan burung merak yang terdapat di Borneo. Burung merak ini dipercayai sebagai burung permaisuri dalam hutan. Burung merak ini menampilkan kepelbagaian jenis warna pada badannya. Dalam kalangan masyarakat India, burung merak ini membawa lambang ‘spritual’. Justeru itu, burung ini juga mempunyai lambang burung kebangsaan di Negara India. Dalam kajian ini, pelukis menyampaikan dalam variasi bulatan yang merujuk kepada mandala dalam kepercayaan masyarakat India. Kesembilan karya ini merujuk kepada Matahari (Surya), Bulan (Chandran), Mars (Sevvai), Mercury (Buddhan), Jupiter (Guru), Venus (Sukran), Saturn (Saani), Nod Utara Bulan (Raahu), Nod Selatan Bulan (Kethu). Antara elemen yang disampaikan ialah unsur perulangan dari segi warna dan bentuk yang merujuk kepada kehidupan kesejahteraan, kejayaan dan tuah.

55

Page 95: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Talian Bajau Ubian Mohd Auzal Khan Bin Bakri | Prof. Madya Dr. Humin Jusilin

Deskripsi Karya Talian merupakan perkataan dalam bahasa Bajau yang bermaksud Tarikan atau kesatuan. Pengkarya memilih tajuk Talian kerana ia merupakan kesatuan dan semangat setiap kanak-kanak bagi mendapatkan makanan dan duit yang digantung di setiap sudut karya. Dalam pembuatan arca instalasi pengkarya menggunakan bahan campuran seperti besi, simen, limenet dan warna akrilik bagi disatukan mengikut susunan arca instalasi agar setiap bahagian akan membawa maksud dan kepentingannya. Pengkarya membuat 3 bentuk talian yang berbeza dengan reka bentuk berlainan serta mesej berlainan. Arca instalasi “Talian” ini dihasilkan bertujuan untuk menampakkan kesatuan dalam golongan kanak-kanak yang mempunyai peringkat umur berlainan dalam mencuba mengambil dan merebut makanan ringan seperti keropok, duit, kuih-muih, gula-gula dan banyak lagi yang digantung pada setiap sudut karya. Di setiap sudut talian akan dikelilingi oleh kanak-kanak bagi menunggu dan mengambil makanan tersebut setelah selesai majlis bergunting atau akikah. Setiap bahagian dalam arca yang dibuat mempunyai maksudnya yang tersendiri. ukuran karya ini bersaiz tinggi 9x10 kaki. Karya ini tergolong dalam kumpulan arca instalasi lantai atau arca instalasi laman. Konsep yang disampaikan dalam karya menjurus kepada semangat kanak-kanak dalam merebut makanan ringan dan duit yang digantung pada sudut karya. Karya ini juga membawa kepada semangat perpaduan masyarakat Bajau Ubian kerana majlis maggunting dan talian yang dibuat adalah tarikan utama bagi memeriahkan majlis.

Page 96: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

56

Page 97: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Borneo Orchids Nurfatin Nabilah Binti Mohd Roslie | Dr. Imelda Ann Achin

Deskripsi Karya Karya ini bertajuk “Orkid Borneo”, iaitu spesies bunga atau tumbuhan yang dilindungi. Karya ini ditampilkan dalam bidang seni arca dinding. Bahan yang digunakan adalah seperti manik, resin, kayu dan skru. Karya ini dihasilkan sebanyak lapan keping iaitu, empat keping mengaplikasikan warna asli pada bunga manakala yang selebihnya empat keping lagi sebagai olahan karya. Karya ini berukuran 297mm x 420mm. Karya ini menunjukkan beberapa jenis orkid kacukan yang lazimnya tumbuh di Sabah. Pada masa kini, orkid ini ditanam di Taman Pertanian Tenom. Setiap bingkai dalam karya menampilkan satu jenis bunga orkid kacukan. Karya yang berasaskan bahan manik dimendapkan ke dalam resin untuk mendapatkan kesan kaca dan lutsinar. Karya ini berlatarbelakangkan warna kehijuan adalah untuk menggambarkan warna alam semula jadi. Abu kayu pada bahagian belakang karya adalah untuk menjelaskan isi yang tersurat. Sebagai contoh, masyarakat lazimnya hanya melihat pada kecantikan tetapi lupa bahawa kecantikan itu bersifat tidak kekal. Abu kayu dalam karya ini adalah metafora tentang kereputan yang biasanya berlaku secara semula jadi atau diakibatkan oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Pengkarya cuba menyampaikan mesej dengan menggunakan simbol manik sebagai tanda kecantikan dan abu kayu sebagai tanda kereputan. Dalam karya ini, terdapat empat jenis orkid kacukan yang diwakili oleh jenis Dendrebium, Vanda, Aranda dan Phalaenopsis.

57

Page 98: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Endangered Animal Yan Binti Musah | Dr. Imelda Ann Achin

Deskripsi Karya Mamalia dapat dibezakan daripada haiwan kelas lain melalui beberapa ciri tertentu. Sebagai contoh, kebanyakan haiwan mamalia mempunyai bulu atau rambut. Begitu juga sepsies mamalia yang terdapat di laut seperti paus dan lumba-lumba yang juga mempunyai rambut tetapi tidak banyak. Spesis mamalia kebanyakannya mempunyai empat anggota badan iaitu dua kaki di belakang dan dua kaki pada bahagian depan, sayap atau lengan. Namun, beberapa mamalia menyerupai haiwan sepsies yang lain menyebabkan timbul kekeliruan. Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada dua jenis mamalia iaitu gajah pigmi Borneo dan badak Sumatra. Karya yang dihasilkan adalah berasaskan arca kertas (paper cutting art). Media utama karya ini adalah kertas A4 yang berwarna putih dan berkontras dengan mounting board. Kertas yang digunakan adalah setebal 300gsm agar bentuk yang dikehendaki lebih mudah untuk dipotong. Bagi menghasilkan ikon yang dikehendaki, bentuk-bentuk geometri dan organik disusun secara teratur dan kemas. Bentuk yang dihasilkan mengalami perulangan pada setiap lapisan kertas tersebut. Perulangan yang berlaku menghasilkan variasi yang lain dan seterusnya akan membantu karya tersebut timbul ke hadapan. Untuk menimbulkan karya tersebut, perulangan pada bentuk-bentuk ikon. Bentuk yang paling besar terletak pada bahagian lapisan terakhir sama ada di bahagian belakang atau bahagian hadapan. Seterusnya mulai mengecil untuk lapisan seterusnya. Warna putih melambangkan roh atau semangat yang ada pada ikon gajah dan badak. Warna merah pada latar belakang pula membawa maksud haiwan tersebut berada dalam zon merah atau bahaya dan antara haiwan-haiwan yang terancam. Haiwan ini juga telah tersenarai dalam garisan merah oleh IUCN (International Union for Convervation of Nature).

Page 99: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

58

Page 100: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Motif Kayu Linangkit Atazliana Atee | Prof. Dr. Ismail Hj. Ibrahim

Deskripsi Karya Karya ini memaparkan gambaran motif atau corak tradisi peninggalan nenek moyang kaum Suang Lotud di Sabah. Karya yang berkonsepkan kerharmonian yang mampu disejajarkan dalam kehidupan harian agar dijaga dengan baik dan diteladani oleh generasi muda pada masa kini. Karya ini menggambarkan eleman dan corak geometri yang sebahagianya bersifat sejajar atau harmoni. Gambaran pelbagai motif dan corak Linangkit dalam karya lebih cenderung memberi kefahaman kepada audiens. Kekuatan dalam karya ini adalah menggunakan variasi bongkah kayu yang menempatkan pelbagai motif yang membentuk olahan corak dalam budaya Suang Lotud. Karya ini turut menggunakan teknik gabungan, lekat, mewarna dan paku yang menggambarkan konsep kesatuan dalam masyarakat Suang Lotud. Karya ini juga mencerminkan kepada identiti budaya dan jati diri kaum Suang Lotud.

Page 101: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

59

Page 102: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Bangka Klorom Mohd Rezuan Bin Abdullah | P. Madya Dr. Baharuddin Mohd Arus

Deskripsi Karya Karya ini bertajuk “Bangka Klorom” iaitu lebih dikenali sebagai perahu yang digunakan dalam aktiviti penyeludupan d a l a m masyarakat pesisir pantai di Kudat Sabah. Kegiatan ini juga amat dikenali dalam kalangan masyarakat Sabah. Pelbagai barangan yang diseludup biasanya akan melalui perairan laut Sabah. Walaupun mempunyai kawalan ketat, namun aktiviti ini masih berjalan seperti biasa. Pengkarya menyampaikan mesej tersebut menerusi 5 siri arca instalasi yang berukuran 8 kaki (tinggi) X 2 kaki (lebar). Pengkarya menjadikan imej simbolik sampan sebagai simbol perlambangan kepada aktiviti penyeludupan. Olahan barangan seludup juga digunakan sebagai objek yang menjadi penguat kepada konsep dan mesej dalam karya.

Page 103: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

60

Page 104: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

PROJECTION MAPPING I ILLUSTRASI I ANIMASI

Page 105: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Pantak Mohd Nor Firdaus Bin Minor | P. Madya Dr. Baharuddin Mohd Arus

Deskripsi Karya Karya ini menceritakan tentang ilmu sihir yang bertajuk PANTAK. Pengkarya banyak menggunakan unsur konseptual sebagai perwakilan ilmu sihir. Karya ini juga ingin menyampai mesej untuk mengingatkan masyarakat masa kini agar berhati-hati akan sihir ini kerana ianya susah untuk diubati. Penggunaan projector dalam karya bertujuan sebagai perlambangan zaman moden yang mana ilmu sihir ini masih lagi digunakan sehingga masa kini. Selain itu, elemen projection mapping bertujuan untuk memperlihatkan pergerakan dan menghidupkan karya tersebut sekali gus menambah lagi nilai estetik dalam karya.

Page 106: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

62

Page 107: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Kedai lama Nurdin Bin Baharuddin | M Fazmi Hisham

Deskripsi Karya Karya ini menceritakan tentang kehidupan seharian pemilik kedai yang masih mencari rezeki dan berteduh di kedai lama demi menyara kehidupan harian keluarga. Karya ini juga menekankan supaya bangunan tersebut dipelihara dan diselenggara bagi mengekalkan reka bentuk asal. Seterusnya dikekalkan sebagai warisan dan peninggalan penjajahan agar generasi akan dapat mengetahui tentang kewujudan bangunan tersebut. Selain itu, karya ini bertujuan untuk menyampaikan mesej agar warisan bersejarah tidak ditelan arus kemodenan iaitu bersesuaian dengan fakta bahawa “sejarah tidak menghalang kemodenan”. Seni reka bangunan diharap mampu merangsang pertumbuhan ekonomi setempat kerana bangunan bersejarah ini mampu menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara. Pengkarya menggabungkan unsur tradisional dan teknologi moden untuk menyampaikan cara persembahan karya projection video mapping agar mudah difahami di setiap peringkat umur. Karya ini diusahakan untuk menunjukan simbolik di sebalik penggunaan teknologi agar bangunan ini mampu dan mudah dipelihara.

Page 108: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

63

Page 109: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Tausug: Life of the Fisherman Muhamad Asyraf Bin Mohd Yusoff | M Fazmi Hisham

Deskripsi Karya Nelayan merujuk kepada mereka yang mencari pendapatan dengan menangkap ikan atau hidupan laut termasuk siput dan rumpai laut. Di Malaysia, nelayan dibahagi kepada dua kategori iaitu nelayan pantai dan nelayan laut dalam. Perbezaan kategori ini terletak pada jenis alat tangkapan dan jarak jauh kawasan tangkapan mereka dari pantai. Di negeri-negeri Semenanjung Malaysia masih banyak nelayan yang menggunakan peralatan yang sederhana dalam menangkap ikan. Nelayan di kebanyakkan negeri biasanya menggunakan peralatan moden dan kapal yang besar dan dilengkapi teknologi canggih. Kajian seni ini, memfokuskan tentang nelayan pantai di negeri Sabah. Kebanyakan nelayan di sini sudah mengunakan teknologi canggih mengikut pere- daran zaman. Namun, dibeberapa tempat masih lagi menangkap menggu- nakan peralatan yang dibuat sendiri seperti jala, pukat, bubu dan banyak lagi. Dalam penghasilan karya ini pengkarya memperkenalkan konsep gabungan teknologi dengan arca atau diorama. Konsep ini akan menghasilkan satu media baru yang dipanggil video projection mapping, iaitu akan mewujudkan satu pergerakan serta ditambah pula dengan elemen bunyi. Dalam karya ini, pencahayaan memfokuskan kepada figura dengan suara latar yang menceritakan tentang aktiviti-aktiviti yang sedang dijalankan.

Page 110: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

64

Page 111: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Legacy of Tun Mustapha Shazwi Izrry Bin Anwar | M Fazmi Hisham

Deskripsi Karya Karya ini menggunaan teknik Projection Mapping pada sebuah catan dan mempu- nyai durasi selama dua minit. Sebuah kenderaan rasmi Sabah iaitu Daimler Limousine DS420 telah dijadikan sebagai imej pada catan untuk dijadikan sebagai ikon pentadbiran beliau ketika menjadi Yang Di-Pertua Negeri Sabah yang pertama. Penggunaan perisian Adobe After Effect dan Adobe Premiere Pro membantu pengkarya untuk menghasilkan karya yang bertujuan untuk menunjukkan sifat ketokohan Tun Datu Mustapha yang telah memberi sumbangan dalam kemerdekaan dan pembangunan negeri Sabah.

Page 112: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

65

Page 113: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Over Mind Muhammad Khaidir Bin Mohd Esa | M Fazmi Hisham

Deskripsi Karya Karya ini bertajuk“Over Mind”yang diadaptasikan dalam sebuah projection mapping. Karya ini menceritakan tentang persepsi sesetengah masyarakat kini yang memandang orang gila sebagai orang yang paling hina dan keji di atas muka bumi ini. Oleh itu, pengkarya ingin mengubah persepsi serta pemikiran masyarakat kita terhadap penyakit yang bakal dialami oleh seseorang. Antara paparan video mapping berfokuskan tentang isu semasa iaitu sesetengah masyarakat yang tidak dapat mengawal emosi mengakibatkan timbulnya beberapa masalah sosial. Kesimpulannya, pengkarya berharap agar karya ini berjaya menyampaikan mesej tersebut untuk menyedarkan masyarakat pada masa kini.

Page 114: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

66

Page 115: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Ritual “Bubu” Masyarakat Bisaya Siti Nurmas Binti Mail | Dr. Mohd Puad Bebit

Deskripsi Karya Bubu merupakan satu teknik dan alat untuk menangkap ikan khususnya ikan di laut ataupun sungai. Bubu diperbuat daripada kayu, bambu ataupun gabungan kayu dan rotan. Karya ini ialah berdasarkan cerita rakyat yang berlaku sebelum kedatangan agama Islam dalam kalangan masyarakat Bisaya. Sebagai contoh, dalam adat atau upacara kematian dimana jika berlaku kematian sama ada isteri atau suami maka si mayat dan pasangannya akan dimasukkan ke dalam bubu yang sama. Mayat dan pasangan tersebut dicampakkan ke laut secara berpasangan walaupun salah satu dari mereka masih hidup. Adat ini menekankan bahawa mereka harus masuk ke dalam bubu dan mati bersama sebagai simbol kesetiaan suami isteri tersebut.

Page 116: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

67

Page 117: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Ngepan Indu Iban Vernessa Peter Mambjoll | Dr. Imelda Ann Achin

Deskripsi Karya Karya ini memaparkan subjek pakaian tradisi wanita suku kaum Iban dari negeri Sarawak. Karya ini berbentuk Grafik Ilustrasi Projection Mapping. Dalam karya ini, imej seorang wanita yang memakai baju tradisi Iban yang dilengkapi dengan aksesorinya. Karya ini juga berlatar belakangkan Gunung Santubong, Pinnacles of Gua Mulu dan juga Sungai Rajang. Karya ini berbentuk 2 Dimensi dan mengaplikasikan rupa yang bersifat organik. Warna-warna yang digunakan adalah seperti merah, kuning, perak dan hijau. Elemen kontra dalam karya dipaparkan oleh imej perempuan yang menggunakan kadar kontra warna yang menyerlahkan unsur penegasan. Isi tersurat dalam karya ini adalah untuk menunjukkan amalan adat dan tradisi pakaian wanita suku kaum Iban. Di sebalik karya ini pula pengkarya ingin menyampaikan agar audiens atau masyarakat menghargai adat dan tradisi urun temurun agar tidak ditelan zaman.

68

Page 118: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Tompipii Ahmed Reda Abdulaziz Hasan Alshair | Dr. Teddy Marius Soikun

Art Description Tompipii is the name of songbird in a Kadazan folk story. The bird singing had brought the rain and prosperity wherever it is. This short animation movie is representing this folk story in a modern, minimalistic and flat style that depends on motion graphics and shape morphing techniques.

69

Page 119: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Folk Tales From Borneo Nashwa Gamal Mohammed Mahmoud | Dr. Teddy Marius Soikun

Art Description Folk art connects people from different cultures around the world. It plays a very important role to emphasize and convey the culture and traditions inspired from the folk tales. Binding the gap between the old and the contemporary, this symbolic illustration project is the first of its type to represent Borneo folk stories in digitally illustrated artworks that have been engraved on wood to keep their classic and old spirit.

Page 120: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

70

Page 121: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Mahadi dan Putu Nur Mahadi Bin Halka | Dr. Imelda Ann Achin

Deskripsi Karya “Mahadi dan Putu” mengisahkan tentang makanan tradisional etnik Bajau Laut yang dikenali sebagai Putu yang digemari oleh Mahadi. Cerita ini berkisahkan tentang kehidupan hidup bermasyarakat iaitu kekeluargaan dan persahabatan yang diselitkan nilai-nilai murni serta unsur-unsur humour atau lawak. Karya ini dihasilkan secara bab dan bermuka surat (page by page). Karya ini dihasilkan secara digital melalui perisian komputer seperti Adobe Illustrator (Ai) yang bersaiz B5.

Page 122: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

71

Page 123: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Lagenda Suling Malapas Stephen A. Tay | Dr. Imelda Ann Achin

Deskripsi Karya Karya ini adalah berdasarkan cerita mitos atau legenda dalam kaum Idahan di Lahad Datu Sabah. Cerita-cerita mitos dan legenda adalah salah satu saluran pengajaran kepada mereka demi mengekalkan kesejahteraan kaum Idahan. Pengkarya menghasilkan seni animasi 3D berdasarkan cerita legenda kaum Idahan yang bertajuk “Legenda Suling Malapas”. Bosulug iaitu pahlawan kaum Idahan yang berkawan dengan ikan di laut Sulu iaitu ikan Yu Tukul yang dipanggil Bingkung. Ikan tersebut amat berjasa kerana telah menyelamatkan Bosulug daripada lemas di laut Sulu. Pengkarya menyampaikan cerita ini dalam bentuk animasi 3D agar lebih ramai audiens yang mengetahui cerita tersebut. Bukan sahaja dalam kalangan kaum Idahan malah kepada kaum yang lain. Mesej utama yang ingin disampaikan dalam karya ini, iaitu sesuatu perjanjian yang telah dipersetujui harus ditepati. Jangan sesekali memungkirinya kerana pasti ada balasan jika tidak d i tepati. Karya animasi 3D ini menggunakan aplikasi Blender melalui teknik membuat model atau watak cerita dan pergerakannya. Pengkarya seterusnya menggunakan suntingan video di Premiere Pro untuk menggabungkan babak-babak cerita seperti Suling Malapas dan babak cerita perjanjian bersama ikan Yu Tukul. Antara kandungan perjanjian tersebut bahawa kaum Badaroh tidak boleh memakan ikan Yu Tukul. Manakala ikan tersebut pula tidak boleh mencederakan kaum Badaroh.

Page 124: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

72

Page 125: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

The Tale of Tambuakar Izzuddin Bin Maddinin | Dr. Imelda Ann Achin

Deskripsi Karya The Tale of Tambuakar adalah animasi 2D yang dihasilkan menggunakan beberapa teknik iaitu puppet animation dengan penggunaan Bone-Tool dan cut-out illustration melalui perisian komputer Adobe Photoshop CC , Animate CC dan After Effect. Subject matter adalah folk lore tentang Tambuakar berdasarkan kepercayaan kaum Bisaya, iaitu makhluk misteri yang berada di sungai. Cerita ini mengisahkan tentang dua adik beradik, Amir dan Lan yang sedang bermain di sungai dan berkelakuan riak. Tidak lama kemudian atuk mereka datang untuk memberi nasihat “jangan bersifat riak di sungai nanti tambuakar datang”. Dalam hati kedua-dua adik beradik tersebut tertanya-tanya apa itu tambuakar. Datuk mereka pun mula menceritakan makhluk tambuakar ini kepada mereka.

73

Page 126: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

SERAMIK I TENUNAN I MIXMEDIA I UKIRAN

Page 127: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Gata Sipitang Azlie Bin Malek | Prof. Madya Dr. Baharuddin Mohd Arus

Deskripsi Karya Karya ini bertajuk “GATA SIPITANG”. Perkataan GATA berasal daripada istilah gasing dan tamu besar. Perkataan “GA” di petik dari perkataan “Gasing” manakala perkataan “TA” di petik dari perkataan “Tamu Besar”. GATA ini merupakan satu acara keramaian yang diadakan setiap dua tahun sekali. Keramaian ini dilakukan bertujuan untuk mengingat semula permainan tradisional dalam kalangan generasi muda terutamanya di daerah Sipitang. Karya seramik menampilkan 160 buah atau bentuk gasing sebagai subjek yang mengetengahkan konsep kesatuan etnik di Borneo khususnya di daerah Sipitang melalui pesta “GATA Sipitang”. Media lain yang diaplikasikan dalam karya adalah seperti kayu, tanah liat, glaze dan akrilik. Mesej yang ingin diutarakan melalui representasi media dan elemen seni dalam persembahan karya menjelaskan bahawa, walaupun masyarakat Borneo mempunyai pelbagai etnik dan bangsa, namun perpaduan dan kesatuan antara mereka amat erat. Pengkarya menggunakan metafora subjek seperti gasing dan gabungan pelbagai motif sebagai gambaran budaya universal di Sabah. Pengkarya berharap agar masyarakat pada masa kini dan generasi akan datang tidak melupakan warisan tradisional seperti itu.

Page 128: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

75

Page 129: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Bangkalan Seristina Binti Simpir | Dr. Mohd Puad Bebit

Deskripsi Karya Karya seni seramik ini menampilkan 24 buah tajau berdasarkan adat pengebumian masyarakat Murut di Sabah. Tajau-tajau sebagai simbol kematian disusun mengikut komposisi kedudukan pengkebumian dalam adat Murut. Secara keseluruhannya, tajau disusun pada rak kayu dalam bentuk piramid atau segi tiga yang memuatkan jumlah 24 buah tajau. Piramid atau segi tiga tersebut secara keseluruhannya berukuran tujuh kaki (tinggi) dan tujuh kaki (lebar). Karya seramik yang bersifat 3D ini boleh dilihat dalam pelbagai sudut dan boleh disentuh. Penampilan karya ini menggunakan kombinasi pelbagai bentuk organik dan geometri dari saiz yang disusun mengikut saiz besar dan saiz yang kecil. Pewarnaan pada tajau pula mengaplikasikan warna glaze lutsinar. Tajau dalam karya ini turut memaparkan motif-motif Murut yang diukir pada permukaannya. Mesej tajau dalam karya ini bukan sahaja menjelaskan adat pengkebumian tetapi juga dijadikan sebagai alat perhiasan dan alat berian dalam masyarakat Murut. Kajian ini turut menghargai harta benda peninggalan nenek moyang agar tidak dilupakan oleh generasi akan datang.

Page 130: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

76

Page 131: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Gold of Kinabalu Wafa Afifatul Syimah Binti Saimin | Dr. Musnin Misdih

Deskripsi Karya Orkid ‘Gold Of Kinabalu’ yang dikenali dengan nama saintifiknya Paphiopedilum Rothschildianum ini dikatakan antara bunga termahal di dunia. Harganya mencecah RM 20 ribu sepohon. Pokok eksotik ini dijual dengan harga yang tinggi kerana dipercayai mengambil masa 10 hingga 15 tahun sebelum dapat mengeluarkan bunga. Selain ciri-ciri unik dan saiz yang besar, bunga berkenaan juga dikenali dengan nama ‘Orkid Sumazau’ kerana kelopak kiri dan kanan yang memanjang kelihatan seperti tarian sumazau. Bunga yang dikeluarkan oleh orkid ini mencecah sehingga enam kuntum pada satu pokok. Waktu puncak berbunga adalah sekitar Mei dan April. Tumbuhan unik ini ditemukan pada tahun 1987 di hutan hujan sekitar Gunung Kinabalu pada ketinggian 500 hingga 1200 meter dari aras laut. Ia juga mudah tumbuh di atas tanah selain hidup subur di kawasan tanah lembab seperti di lereng sungai. Pengkarya menggunakan orkid sumazau sebagai subjek dengan mengaplikasikannya dalam seni fiber. Media yang digunakan adalah berasaskan tali dan benang. Pengkarya ingin menunjukkan kepada audiens bahawa Sabah kaya dengan jenis orkid yang unik dan bernilai tinggi. Selain itu, untuk berjaya dalam hidup bukanlah sesuatu yang mudah kerana perlu mengambil masa yang lama jika ada kemahuan. Sinonim dengan orkid sumazau, bahawa penghasilan bunga yang cantik memerlukan masa yang agak lama.

Page 132: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

77

Page 133: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Berkubamban Nurnatasha Farah Binti Rahim | Dr.Teddy Marius Soikun

Deskripsi Karya karya ini bertajuk ‘berkubamban’. Berkubamban atau lebih dikenali sebagai manik berlonceng bagi suku kaum Kadayan. Berkubamban ialah baju wanita yang digunakan oleh masyarakat ini di samping itu, karya ini dihasilkan bertujuan memperkenalkan kepada masyarakat tentang keunikan salah satu baju tradisi yang ada di Borneo yang diterjemahkan dalam bentuk kolaj di atas kanvas dengan menggunakan kertas dan juga fabrik berdasarkan peredaran zaman baju tersebut. karya ini berukuran 2 x 2.5 kaki. Dalam karya ini masih menggunakan rekaan asal pada baju yang telah diolah cara penyampaiannya.

78

Page 134: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my

Totobulan dan Sabitan Mohd Zaini Bin Ali | Dr. Musnin MIsdih Deskripsi Karya Bobotulan dan sabitan adalah sebagai akesesori tali pinggang suku kaum Iranun di Kota Belud Sabah. Aksesori ini dipakai sebagai lambang kemeriahan semasa pekahwinan dan turut menunujukkan kemewahan pengantin pada ketika itu. Rupa dan motif tradisi Iranun melalui akesesori (tali pinggang) perkahwinan diolah dalam bentuk ukiran iaitu arca pada dinding. Sesungguhnya suku kaum Iranun kaya dengan motif mereka tersendiri. Motif Iranun lazimnya berdasarkan representasi daripada alam persekitaran mereka. Kebanyakan motif ini daripada alam semulajadi seperti tumbuhan yang menjadi sumber makanan atau perubatan mereka. Teknik ukiran yang digunakan adalah ukiran tembus di atas papan. Manakala warna yang digunakan adalah warna putih pada lapisan pertama, dan warna yang kedua adalah warna keemasan sebagai lambang kemewahan. Konsep yang ingin disampaikan lelaki dan wanita dicantumkan menimbulkan kesatuan dan kekeluargaan, di sekelilingnya adalah pewaris mereka. Pengkarya ingin menyampaikan mesej menerusi karya identiti aksesori, iaitu tali pinggang dalam kalangan masyarakat Iranun a g a r dapat dikekalkan sebagai warisan.

79

Page 135: MATRIX SHOW 2019 - oer.ums.edu.my