maksud produktiviti pekerja yang kurang cemerlang

7
PRODUKTIVITI PEKERJA TERAS UTAMA MENUJU STATUS NEGARA MAJU Produktiviti dalam melakukan dan menghasilkan sesuatu pekerjaan amat penting dalam pembangunan sesebuah negara, apatah lagi sesebuah negara itu hanya mempunyai kira-kira tujuh tahun sahaja lagi untuk mencapai status negara maju dan berwawasan 2020. Produktiviti dalam kata lain ialah keberkesanan dalam menyiapkan sesuatu tugasan dalam masa yang ditetapkan dan hasil yang ditunjukkan hendaklah menepati apa yang hendak dicapai. Tidak kira samada ianya melibatkan individu, syarikat,perniagaan, mahupun kerajan sekalipun. Hal ini kerana setiap organisasi memerlukan pekerja yang memiliki kadar produktiviti yang tinggi. Menurut rekod Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), tahap produktiviti pekerja di Malaysia adalah jauh lebih rendah berbanding negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan, serta Singapura. Hal ini terjadi kerana pekerja di negara ini bekerja dalam tempoh yang lebih lama berbanding pekerja di negara lain, namun menghasilkan pulangan yang jauh lebih rendah. Tahap produktiviti pekerja diukur oleh keluaran dalam negara kasar (KDNK) ke atas bilangan pekerja di negara ini. Dalam erti kata lain, ia diukur berdasarkan berapa ramai pekerja diperlukan untuk menghasilkan keuntungan.

Upload: wawa

Post on 12-Jul-2016

77 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

produktiviti pkerja

TRANSCRIPT

Page 1: Maksud Produktiviti Pekerja Yang Kurang Cemerlang

PRODUKTIVITI PEKERJA TERAS UTAMA MENUJU STATUS NEGARA MAJU

Produktiviti dalam melakukan dan menghasilkan sesuatu pekerjaan amat penting dalam

pembangunan sesebuah negara, apatah lagi sesebuah negara itu hanya mempunyai kira-kira tujuh tahun

sahaja lagi untuk mencapai status negara maju dan berwawasan 2020. Produktiviti dalam kata lain ialah

keberkesanan dalam menyiapkan sesuatu tugasan dalam masa yang ditetapkan dan hasil yang ditunjukkan

hendaklah menepati apa yang hendak dicapai. Tidak kira samada ianya melibatkan individu,

syarikat,perniagaan, mahupun kerajan sekalipun. Hal ini kerana setiap organisasi memerlukan pekerja

yang memiliki kadar produktiviti yang tinggi. Menurut rekod Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC),

tahap produktiviti pekerja di Malaysia adalah jauh lebih rendah berbanding negara-negara lain seperti

Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan, serta Singapura. Hal ini terjadi kerana pekerja

di negara ini bekerja dalam tempoh yang lebih lama berbanding pekerja di negara lain, namun

menghasilkan pulangan yang jauh lebih rendah. Tahap produktiviti pekerja diukur oleh keluaran dalam

negara kasar (KDNK) ke atas bilangan pekerja di negara ini. Dalam erti kata lain, ia diukur berdasarkan

berapa ramai pekerja diperlukan untuk menghasilkan keuntungan.

Menurut Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin

Bardan, produktiviti negara ini masih berada pada tahap yang sangat rendah kerana negara terlalu

bergantung kepada pekerja asing. Menurutnya, pihak yang berwajib perlu sekurang-kurangnya

membekalkan mereka ini dengan kemahiran yang sewajarnya, bukan sekadar membawa lambakan warga

asing sewenang-wenangnya bagi bekerja di negara ini. Kenyataan itu ada benarnya, kerana lambakan

pekerja asing ini bukan sahaja membantutkan produktiviti negara, malah turut mengancam serta

menganggu ketenteraman masyarakat di Malaysia. Di dalam bidang perniagaan contohnya, sesebuah

syarikat itu haruslah memiliki individu-individu yang tekun, aktif, dan gigih bagi memastikan produktiviti

kerja mereka berada pada tahap yang cemerlang bagi mendapatkan mutu hasil kerja yang membawa

keuntungan kepada syarikat mereka. Selain itu, pihak syarikat perlu menyediakan sumber dan ruang yang

sewajarnya kepada individu-individu yang berpotensi dalam menyerlahkan hasil kerja mereka.

Page 2: Maksud Produktiviti Pekerja Yang Kurang Cemerlang

PUNCA BERLAKUNYA KURANGNYA PRODUKTIVITI PEKERJA

Page 3: Maksud Produktiviti Pekerja Yang Kurang Cemerlang

Langkah melahirkan pekerja yang bersifat produktif.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk melahirkan kumpulan pekerja yang bersifat

produktif. Salah satunya adalah dengan tidak mengabaikan pekerja yang berprestasi paling rendah.

Adalah sangat penting pihak majikan dan syarikat untuk memberi sokongan dan pendedahan yang cukup

kepada para pekerja, tanpa mengira prestasi kerja mereka. Yang rendah hasil kerjanya, haruslah dinaikkan

mutunya. Yang tingi, haruslah di kekalkan ketinggian mutu kerjanya itu. Pekerja yang berprestasi rendah

ini perlu didedahkan dengan persekitaran yang positif dan boleh diberikan pengkhususan kerja yang

berada di bawah bidang kuasa mereka sahaja. Sejauh mana yang boleh, pekerja hendaklah ditempatkan

mengikut kesesuaian pengetahuan dan kemahiran masing-masing. Selain itu, langkah-langkah

memperkayakan kerja, pusingan kerja dan perluasan tanggungjawab hendaklah dilakukan bagi

menjadikan kerja-kerja tersebut lebih mencabar. Dengan cara ini, mereka dapat memaksimumkan

produktiviti mereka kerana kekuatan mereka dirangsang oleh pengkhususan kerja yang diberi kepada

mereka.

Langkah seterusnya ialah bagaimana keupayaan sesebuah syarikat atau jabatan mencapai

matlamat prestasinya dalam kebergantungan kepada faktor tenaga manusia. Ini adalah kakitangan

organisasi memainkan peranan penting dalam proses pengeluaran seperti buruh, pengurus kakitangan

teknikal dan sebagainya. Oleh itu, untuk melahirkan pekerja yang produktif setiap organisasi hendaklah

membangunkan sumber tenaga manusia dalam organisasinya. Antara tindakan yang boleh diambil ialah

mewujud dan menyebarkan nilai-nilai yang positif. Di antara nilai-nilai yang perlu diutamakan ialah

kejujuran, integriti, akauntabiliti, bertanggungjawab, berdisiplin, semangat bekerja secara berpasukan,

keikhlasan dan amanah. Penerapan nilai-nilai ini di kalangan kakitangan akan mendorong mereka untuk

bekerja dengan lebih tekun. Selain itu,pihak organisasi juga boleh menyediakan dan memotivasikan

pekerja dengan cara memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah menunjukkan kecemerlangan

dalam kerja masing-masing. Pengiktirafan boleh diberi dalam berbagai bentuk seperti Anugerah Khidmat

Cemerlang, anugerah pingat kebesaran, pemberian hadiah, pujian lisan dan lain-lain.

Page 4: Maksud Produktiviti Pekerja Yang Kurang Cemerlang

Langkah terpenting dalam meningkatkan produktiviti kerja ialah dengan meningkatkan

kemahiran dan pengetahuan dalam skop dan bidang kerja masing-masing. Pendedahan dan tunjuk ajar

melalui kursus, ceramah, dan latihan industri boleh ditingkatkan dan dilaksanakan terhadap para pekerja.

Sebagai contoh menghantar para pekerja ke kursus menambah baik kemahiran dan pengetahuan mereka

sekali dalam setiap tahun. Langkah ini penting bagi memastikan para pekerja sentiasa mendapat

kemahiran dan maklumat terkini dalam bidang tugas mereka. Pihak pengurusan juga hendaklah sentiasa

menggalakkan kakitangan mengamalkan konsep "Kemajuan Diri" supaya mereka boleh berusaha sendiri

memperbaiki prestasi kerja. Peningkatan produktiviti pekerja hendaklah dilakukan secara berterusan

kerana dapat mewujudkan budaya kerja yang memberangsangkan akan peningkatan pretasi pekerja,

pencapaian dan penambahbaikan organisasi secara berpanjangan. Disamping itu, golongan muda

khususnya graduan-graduan lepasan universiti, perlu diberikan pendedahan yang berterusan kerana

mereka tidak mempunyai sebarang pengalaman bekerja dan persekitaran dalam alam pekerjaan dan

belajar adalah tidak sama.

Keupayaan sesebuah jabatan dan organisasi dalam membekalkan sumber dan persekitaran yang

positif diyakini dapat memberi kesan yang baik dalam meningkatkan produktiviti individu, sekaligus

dapat membantu kadar produktiviti negara dalam menuju status sebuah negara maju dan berpendapatan

tinggi menjelang tahun 2020. Sekiranya sesebuah organisasi mempunyai susun atur yang baik maka

proses proses kerja akan dapat berjalan dengan lebih lancar. Sebagai contoh, menyusung atur pejabat

yang sesuai dengan operasi pekerja, kelengkapan pejabat dengan kemudahan asas seperti alat hawa

dingin, perabot yang baik, menyediakan kemudahan untuk kakitangan seperti bilik rehat, riadah,

disamping itu, aktiviti-aktiviti pergerakan fail,maklumat dan komunikasi antara bahagian di antara

kakitangan dapat dilakukan secara berkesan. Oleh itu, masa untuk menyiapkan sesuatu kerja akan dapat

dijimatkan dan ini adalah petunjuk kepada peningkatan produktiviti pekerja.