produktiviti karya akademik pensyarah jabatan arab

13
PRODUKTIVITI KARYA AKADEMIK PENSYARAH JABATAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UKM Oleh: Ainul Mardiah Ahmad JahidiFaisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid∗∗ Abstract This article discusses relevant academic work productivity lecturer at the Department of Arabic and Islamic civilization at the Faculty of Islamic Studies at the University Kebangsaan Malaysia. The objective of this study is to see the development of the power of writing involves writing individually and look at the average over the 10 years from 2000 to 2010. Overall these studies use qualitative methods, through the analysis of documents and interviews. The findings of this study showed that the average lecturer in the department who are lecturers who are active in the production of scientific writing. Keyword: Productivity, academic paper, lecturer’s writing Pendahuluan Penubuhan institusi pendidikan Islam di peringkat universiti adalah sangat penting. Hasil desakan dan permintaan masyarakat Melayu ketika itu, keraan telah menaikkan taraf menaikkan taraf Kolej Islam Malaya yang telah ditubuhkan pada tahun 1955 ini dinaikkan taraf kepada Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya, diwujudkan Fakulti Pengajian Islam telah ditubuhkan bersama-sama dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Selaras dengan persetujuan Kementrian Pelajaran yang telah bersetuju ia ditubuhkan pada 1968. Maka Kolej Islam telah diletakkan di bawah naungan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai salah sebuah fakulti di dalamnya. * Maka pada 18 Mei 1970 telah bermulanya dengan dua jabatan terawal iaitu Jabatan Syariah dan Jabatan Usuluddin dan Falsafah serta Unit Bahasa Arab. Pada tahun 1974, telah dinaiktaraf kepada Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Selaras dengan misi yang dibawa oleh fakulti ini iaitu menjadi fakulti terpilih yang memartabatkan pengajian dan mengsejagatkan ilmu-ilmu keislaman di peringkat kebangsaan dan di persada antarabangsa ini menjadikan faktor penerbitan dalam mengajian islam ini adalah amat penting. Di samping itu, peranannya dalam melaksanakan tugas sebagai sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang utama adalah sebagai pencetus keilmuan yang bernilai kepada manusia dan alam sejagat. Yang sudah semestinya bidang tanggung jawab di institusi pengajian tinggi ini berkeupayaan dalam menyemarakkan kebenaran dan keadilan ilmu yang dicipta atas dasar keprihatinan masyarakat. Menurut ahli falsafah seperti Aristotle dalam bukunya “Exhortation to Philosophy” menyatakan mencari ilmu adalah membina kebijaksanaan dan kepuasan. Oleh itu, university sebagai sebuah pusat peneroka ilmu adalah wajar menggemblengkan tenaga bagi mewujudkan kebijaksaan berilmu yang tersirat di dalamnya falsafah kebahagiaan dan keselesaan hidup melalui kebaikan dan kebenaran. Seperti yang telah diketahui, university adalah tempat pembudayaan ilmu secara formal yang pang ideal di dunia.tiga fungsi utama adalah pemindahan ilmu, penyumbang ilmu dan penggunaan ilmu. Di university inilah melahirkan pembangunan status dan pencetus utama * Beliau merupakan calon Sarjana Usuluddin di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian, Universiti Malaya. ** Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian, Universiti Malaya. * Panduan Siswazah Fakulti Pengajian Islam sesi Akademik 2013/2014, (Bangi: Universiti Kabngsaan Malaysia, 2013). Ibid.

Upload: doannhu

Post on 30-Jan-2017

254 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PRODUKTIVITI KARYA AKADEMIK PENSYARAH JABATAN ARAB

PRODUKTIVITI KARYA AKADEMIK PENSYARAH JABATAN ARAB DAN

TAMADUN ISLAM, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UKM

Oleh:

Ainul Mardiah Ahmad Jahidi∗

Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid∗∗

Abstract

This article discusses relevant academic work productivity lecturer at the Department of

Arabic and Islamic civilization at the Faculty of Islamic Studies at the University Kebangsaan

Malaysia. The objective of this study is to see the development of the power of writing

involves writing individually and look at the average over the 10 years from 2000 to 2010.

Overall these studies use qualitative methods, through the analysis of documents and

interviews. The findings of this study showed that the average lecturer in the department who

are lecturers who are active in the production of scientific writing.

Keyword: Productivity, academic paper, lecturer’s writing

Pendahuluan

Penubuhan institusi pendidikan Islam di peringkat universiti adalah sangat penting. Hasil

desakan dan permintaan masyarakat Melayu ketika itu, keraan telah menaikkan taraf

menaikkan taraf Kolej Islam Malaya yang telah ditubuhkan pada tahun 1955 ini dinaikkan

taraf kepada Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya, diwujudkan Fakulti Pengajian

Islam telah ditubuhkan bersama-sama dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selaras dengan persetujuan Kementrian Pelajaran yang telah bersetuju ia ditubuhkan pada

1968. Maka Kolej Islam telah diletakkan di bawah naungan Universiti Kebangsaan Malaysia

sebagai salah sebuah fakulti di dalamnya.* Maka pada 18 Mei 1970 telah bermulanya dengan

dua jabatan terawal iaitu Jabatan Syariah dan Jabatan Usuluddin dan Falsafah serta Unit

Bahasa Arab. Pada tahun 1974, telah dinaiktaraf kepada Jabatan Pengajian Arab dan

Tamadun Islam.

Selaras dengan misi yang dibawa oleh fakulti ini iaitu menjadi fakulti terpilih yang

memartabatkan pengajian dan mengsejagatkan ilmu-ilmu keislaman di peringkat kebangsaan

dan di persada antarabangsa† ini menjadikan faktor penerbitan dalam mengajian islam ini

adalah amat penting. Di samping itu, peranannya dalam melaksanakan tugas sebagai sebuah

institusi pengajian tinggi (IPT) yang utama adalah sebagai pencetus keilmuan yang bernilai

kepada manusia dan alam sejagat. Yang sudah semestinya bidang tanggung jawab di institusi

pengajian tinggi ini berkeupayaan dalam menyemarakkan kebenaran dan keadilan ilmu yang

dicipta atas dasar keprihatinan masyarakat. Menurut ahli falsafah seperti Aristotle dalam

bukunya “Exhortation to Philosophy” menyatakan mencari ilmu adalah membina

kebijaksanaan dan kepuasan. Oleh itu, university sebagai sebuah pusat peneroka ilmu adalah

wajar menggemblengkan tenaga bagi mewujudkan kebijaksaan berilmu yang tersirat di

dalamnya falsafah kebahagiaan dan keselesaan hidup melalui kebaikan dan kebenaran.

Seperti yang telah diketahui, university adalah tempat pembudayaan ilmu secara formal yang

pang ideal di dunia.tiga fungsi utama adalah pemindahan ilmu, penyumbang ilmu dan

penggunaan ilmu. Di university inilah melahirkan pembangunan status dan pencetus utama

*Beliau merupakan calon Sarjana Usuluddin di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian, Universiti Malaya. **Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian, Universiti Malaya. * Panduan Siswazah Fakulti Pengajian Islam sesi Akademik 2013/2014, (Bangi: Universiti Kabngsaan Malaysia, 2013). † Ibid.

Page 2: PRODUKTIVITI KARYA AKADEMIK PENSYARAH JABATAN ARAB

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 115-127

116

perubahan sosial, budaya dan tamadun sesebuah masyarakat manusia itu. Perkembangan ini

telah berkembang dengan pesat pada abad ke-10 hingga ke-12 masihi pada zaman Abbasiyah

di Andalusia.‡ Seterusnya, sekitar abad ke 12 hingga ke 13 masihi, telah berpindah ke Eropah

setelah berlakunya pencurikan ilmu oleh tentera Kristian semasa peperangan salib. Segala

buku-buku dan ilmu pengetahuan telah diambil kemudian diterjemahkan dan disebarkan

kepada masyarakat disana.

Kajian Lepas

Berdasarkan kajian lepas, beberapa penulis telah menulis berkenaan penulisan ilmiah ini.

Menurut artikel yang ditulis oleh Shahrom Md Zain, Mohd Suhaimi Abd Rahman, Ahmad

Kamal Arifin Mohd Ihsan, Azami Zahrim, Mohd Jailani Mohd Nor, Mohd Fauzi Mohd Zain,

Afiq Hipni, Nurfarah Liza Ramli dan Wan Aizon Wan Ghopa yang berjudul “Motivasi

Penyelidikan dan Penerbitan: Pengalaman Sebagai Penyelidik dan Pengajar” yang

dibentangkan di Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina 2010 di Bangi. Di dalam

kertas ini, para pengkaji telah menyenaraikan dua faktor penghasilan penerbitan pensyarah

dalam bidangnya. Faktor pertama adalah motivasi penulisan. Melalui motivasi ini akan

meningkatkan lagi kesungguhan para pensyarah untuk menghasilkan penulisan yang

berkualiti. Tiada wujud unsur plagiat dalam penulisannya. Untuk menghasilkan penulisan

ilmiah ini perlu melalui peringkat awal untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Faktor kedua

adalah keperluan pensyarah untuk mengetahui tips kejayaan sebagai penyelidik dan pengajar.

Sebagai penyelidik dan pengajar, pengkaji menyatakan bahawa harus mengamalkan 5P iaitu

pengajaran, penyelidikan, penulisan, perundingan dan perkhidmatan.

Bagi pandangan Zulkifli Abd Latif, menerusi kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan

Kebangsaan Penerbitan Ilmiah 2006, di Pusat Konvensyen Antarabangsa, 11 Johor pada 9

hingga 11 Januari 2007. Dibawah tajuk “Dasar Penerbitan Ilmiah, Menggugat atau

Menggalakkan Aktiviti Penerbitan?” ini, beliau mengkaji perubahan daya penulisan ini dari

aspek penerbitan sebagai faktor utama perubahan. Dimana, adakah dasar penerbitan ini lebih

menggalakkan penghasilan penulisan ataupun ia menjadi faktor penurunan penulisan yang

berlaku di kalangan para ahli akademik. Pengkaji telah membincangkan beberapa aspek

dalam dasar penerbitan ini, antaranya, dasar awal dalam penerbitan, masalah dasar universiti

dan penerbit universiti dan akhir sekali saranan dan kesimpulan. Walaupun di peringkat

undang-undang Malaysia telah menetapkan akta bahawa penghasilan bahan penerbitan ini

sebagai suatu kewajipan di sebuah penubuhan universiti, tetapi wujudnya permasalahan juga

di peringkat universiti daripada aspek perlaksanaannya. Ini memberi kesan kepada daya

penulisan ilmiah yang dilakukan oleh para ahli akademik untuk menerbitkan ia menjadi

sebuah buku dan sebagainya. Menerusi buku yang ditulis oleh Professor Mohd Taib Osman di

dalam bukunya yang berjudul “Kembali Kepada Asas: Pengajian Tinggi dan Isu-isu Lain”

memberi pandangan yang luas berkenaan peranan Pengajian Tinggi dan ahli akademik di

dalamnya untuk menerbitkan bahan-bahan ilmiah. beliau memberi ulasannya menerusi tajuk-

tajuk seperti pertama, Pengajian Tinggi di persimpangan jalan; kedua, nilai Universiti dan

pensyarah kini; ketiga, pentadbiran universiti dan kecemerlangan akademik; dan keempat,

pensyarah universitidan tradisi ilmu: sejauhmana komitmennya.

Page 3: PRODUKTIVITI KARYA AKADEMIK PENSYARAH JABATAN ARAB

Produktiviti Karya Akademik Pensyarah Jabatan Arab Dan

Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam Ukm

117

Objektif Kajian, Kaedah Dan Metodologi Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah :

a) Untuk melihat perkembangan penghasilan daya penulisan ahli akademik dalam kalangan

pensyarah.

b) Mengenalpasti perkembangan penulisan ahli akademik secara individu (2000-2010).

c) Kekerapan penulisan ilmiah yang dihasilkan mengikut bentuk penulisan ilmiah yang

dihasilkan

d) produktiviti penulis dan corak penulisan di kalangan penyelidik dalam aspek penurunan

dan peningkatan.

Kaedah pencarian data bagi mendapatkan maklumat penghasilan penulisan para pensyarah

yang telah dihasilkan sepanjang tahun 2000 hingga 2010 adalah dengan menggunakan sistem

e-repisotori. Dimana sistem tersebut yang menyimpan semua data-data berkenaan hasil kerja

atau penulisan oleh semua pensyarah yang berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia

sma ada berbenbentu buku, makalah jurnal dan sebagainya.

Hasil Kajian

Daya Produktiviti Penulisan Ahli Akademik Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun

Islam Bidang Sejarah

Berdasarkan hasil kajian mengikut e-respitori penerbitan yang telah bertanggungjawab

mengaudit bahan ilmiah yang telah dihasilkan oleh ahli akademik di Universiti Kebangsaan

Malaysia. Penulis telah menjadikan ia sebagai bahan rujukan utama untuk mengetahui jumlah

sebenar penghasilan penulisan ilmiah bermula dari tahun 2000 hingga 2010, terdapat

beberapa penulisan ilmiah yang telah dihasilkan mengikut kepakaran di Jabatan arab dan

Tamadun islam. Namun, skop kajian yang akan dilakukan oleh penulis hanya kepada ahli

akademik yang pengkhususan tamadun islam. Namun, terdapat kesukaran dalam mengesan

hasil penulisan ilmiah ahli akademik bidang tamadun islam ini di Jabatan Pengajian Arab dan

Tamadun Islam kerana ketiadaan satu sistem database mengenai pensyarah dan

sumbangannya secara lengkap.

Berikut adalah senarai para pensyarah atau ahli akademik yang dapat dikenalpasti

sumbangannya sepanjang tempoh 10 tahun bermula tahun 2000 sehingga 2010. Jadual berikut

menunjukkan para pensyarah yang dapat dikenalpasti sumbangannya dalam penulisan ilmiah

yang diperolehi menerusi sistem e-Rep sepertimana Jadual 1 di bawah :

Jadual 4.1 : Pensyarah dan Karya Penulisan.

Bil Nama Pensyarah Bentuk-bentuk penulisan ilmiah

Jurnal Buku

Bab

dalam

buku

Kertas

Persidangan

Lain-

lain Jumlah

1 Pensyarah 1 14 7 9 33 0 63

2 Pensyarah 2 4 0 2 11 4 21

3 Pensyarah 3 0 0 0 4 0 4

4 Pensyarah 4 11 2 10 44 1 68

5 Pensyarah 5 6 1 4 27 1 39

6 Pansyarah 6 0 0 0 1 0 1

Jumlah 35 10 25 120 6 196

Sumber : Sistem E-Repositori Penerbitan UKM, 2012.

Page 4: PRODUKTIVITI KARYA AKADEMIK PENSYARAH JABATAN ARAB

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 115-127

118

Rajah 4.1 : Jumlah Penghasilan Ahli Akademik (2000-2010)

Sumber : Sistem E-Repositori Penerbitan UKM, 2012.

Daripada rajah di atas, menunjukkan pensyarah yang keempat yang mewakili pensyarah 4

mewakili pensyarah yang paling banyak menghasilkan penulisan ilmiah iaitu sebanyak 68

buah penulisan yang telah dihasilkan sepanjang 10 tahun bermula tahun 2000 hingga 2010.

Pensyarah kedua yang banyak menghasilkan penulisan ilmiah ialah pensyarah 1 iaitu

sebanyak 63 buah penulisan yang dihasilkan dan seterusnya, pensyarah 5 yang telah

menghasilkan 39 buah penulisan ilmiah. Daripada jadual di atas, menunjukkan bahawa

pensyarah 3 dan pensyarah 6 merupakan pensyarah yang paling kurang penghasilan akademik

iaitu hanya 4 buah dan 1 buah dalam masa 10 tahun.

Jadual 4.2 : Jumlah Penulisan Ilmiah (2000-2010)

Rajah 4.2 : Bilangan Hasil Penulisan Ilmiah Mengikut Tahun

Sumber : Sistem E-Repositori Penerbitan UKM, 2012.

Seterusnya, sepertimana dalam rajah 4.2, ia menunjukkan jumlah penulisan ilmiah bidang

sejarah yang dihasilkan oleh para ahli akademik iaitu pensyarah di Jabatan Arab dan Tamadun

Islam yang telah dihasilkan bermula tahun 2000 sehingga 2010 dalam setiap penghasilan yang

dikeluarkan. Graf menunjukkan bahawa jumlah penulisan ilmiah yang dikeluarkan pada tahun

2009 adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak 77 buah, disusuli pada tahun 2010 sebanyak 45

buah. Seterusnya pada tahun 2008 sebanyak 34 buah. Kemudian, jumlahnya menurun pada

tahun 2007 sebanyak 16 buah penulisan ilmiah yang dihasilkan. Pada tahun 2006 sebanyak 15

buah penulisan ilmiah. Pada tahun 2005 sebanyak 4 buah sahaja pada tahun tersebut. Jumlah

0

20

40

60

80

Pensyarah 1 Pensyarah 2 Pensyarah 3 Pensyarah 4 Pensyarah 5 Pensyarah 6

1% 0% 0% 1% 1% 2%

8%

8%

17%39%

23%

PERATUS JUMLAH PENULISAN ILMIAH

2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010

TAHUN 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010

JUMLAH 2 0 0 3 3 4 15 16 34 77 45

Page 5: PRODUKTIVITI KARYA AKADEMIK PENSYARAH JABATAN ARAB

Produktiviti Karya Akademik Pensyarah Jabatan Arab Dan

Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam Ukm

119

keluaran sama pada tahun 2003 dan 2004 iaitu hanya 3 penulisan. Pada tahun 2000, hanya 2

buah sahaja yang dikeluarkan. Pada tahun 2001 dan 2002, penulisannya tidak dapat dikesan

jumlah yang dihasilkan.

Rajah 4.3 : Jumlah Peratusan Penghasilan mengikut Tahun

Sumber : Sistem E-Repositori Penerbitan UKM, 2012.

Sebagaimana yang ditunjukkan dalam rajah 4.3 di atas, dapat kita lihat kekerapan jumlah

peratusan penghasilan penulisan ilmiah oleh ahli akademik di Jabatan Pengajian Arab dan

Tamadun Islam selama 10 tahun yang bermula dari tahun 2006 hingga 2011. Berdasarkan

graf yang ditunjukkan, dapat kita lihat turun naiknya kekerapan jumlah penghasilan penulisan

ilmiah dalam pelbagai bentuk sama ada jurnal, makalah dan sebagainya. Ia dapat dilihat

bersandarkan sistem e-repositori penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada tahun 2000, peratus penulisan ilmiah yang telah dihasilkan oleh para pensyarah di sana

adalah hanya 2 peratus merangkumi 2 buah penulisan ilmiah yang dihasilkan bagi tahun

tersebut. Antara yang bentuk yang dihasilkan adalah penulisan popular dalam bidang yang

dihasilkan dan pakej pengajaran yang dibuat. Pada tahun 2001 dan 2002, tiada pengeluaran

yang dihasilkan. Pada tahun 2003, 2004 dan 2005 peratusnya hanya 1 peratus iaitu jumlah

pengeluarannya hanya 3 dan 4 buah sahaja sepanjang 3 tahun berturut-turut. Pada tahun 2006

dan 2007, terdapat meningkatan iaitu kepada 8 peratus iaitu sebanyak 15 buah penulisan pada

tahun 2006 dan 16 buah penulisan ilmiah pada tahun 2007. Pada tahun 2008, jumlahnya

meningkat kepada 17 peratus iaitu sebayak 34 buah penulisan ilmiah. Pada tahun 2009,

peratus penghasilan meningkat naik kepada 39 peratus iaitu sebanyak 77 buah penghasilan

penulisan ilmiah. Pada tahun 2010, peratusnya menurun kepada 23 peratus iaitu sebanyak 45

buah penulisan ilmiah.

Hal ini pada pandangan penulis, perubahan pengeluaran penulisan ilmiah yang berbeza antara

tahun 2000 hinggalah 2010 ini adalah berfaktor daripada ahli akademik yang berada di

jabatan tersebut berubah mengikut tempoh perkhidmatan para pensyarah. Terdapat gabungan

antara pensyarah baru dilantik dan pensyarah yang sudah lama berkhidmat. Ini menyebabkan

penghasilan setiap tahun berbeza jumlah pengeluarannya. Bagi pensyarah baru, ia perlu

menyesuaikan diri dengan pengajaran, penyelidikan dan penulisan. Oleh yang demikian, para

pensyarah baru ini memerlukan masa untuk menghasilkan sesebuah penulisan akademik.

Selain itu juga, sistem elektronik untuk menyimpan bahan-bahan tersebut baru dikemaskini

dan diwajibkan pada tahun 2007.

0

20

40

60

80

100

2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010

peratus

Page 6: PRODUKTIVITI KARYA AKADEMIK PENSYARAH JABATAN ARAB

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 115-127

120

Daya Penulisan Ilmiah Ahli Akademik Secara Individu (2000-2010)

Rajah 4.4 : Jumlah Penghasilan mengikut Tahun

Sumber : Sistem E-Repositori Penerbitan UKM, 2012.

Berdasarkan rajah 4.4, kita dapat lihat perkembangan penulisan ilmiah bermula tahun 2000

hingga 2010. Pensyarah 1 telah aktif menghasilkan penulisan bermula dari tahun 2006 dan

meningkat pada tahun 2009. Pada tahun 2010, berlaku penurunan dalam penghasilan

penulisan beliau namun ia tidak terlalu ketara. Pada tahun 2006, beliau dapat menghasilkan 4

buah penulisan ilmiah. Pada tahun 2007, beliau dapat menghasilkan 6 buah penulisan ilmiah.

Pada tiga tahun kebelakang iaitu pada tahun 2008, 2009 dan 2010, beliau telah dapat

menghasilkan 13 buah, 22 buah dan 18 buah. Beliau menunjukkan daya penghasilan yang

aktif setiap tahun. Sepanjang jangka masa 2006 hingga 2010, beliau telah menyumbangkang

63 buah penulisan ilmiah. Bukunya terdiri daripada pelbagai bahasa, iaitu sebanyak 47 buah

dalam bahasa Melayu, 15 buah dalam bahasa Inggeris dan 1 buah dalam bahasa Arab.

Ini dilihat, beliau sebagai seorang yang produktif dalam menghasilkan penulisan. Dimana,

buku majoriti dalam bahasa Melayu sejajar dengan Universiti Kebangsaan Malaysia yang

memartabatkan bahasa Melayu. Namun, beliau tetap juga banyak menghasilkan bahasa

Inggeris. Ia adalah kerana berkemungkinan besar bahawa pengaruh semasa pembelajaran

beliau di peringkat sarjana tinggi di United Kingdom dan merasakan penting untuk

menghasilkan bahasa Inggeris untuk diiktiraf di peringkat Antarabangsa. Manakala, penulisan

dalam bahasa Arab tidak menjadi bahasa pilihan beliau dalam penulisan ilmiahnya.

Sepanjang tahun 2000 hingga 2010, pensyarah 2 telah menghasilkan sebanyak 21 buah

penulisan ilmiah. pada tahun 2004, 2005 dan 2007, beliau hanya menghasilkan sebuah buku

sahaja. Pada tahun 2008, terdapat 7 buah buku yang dihasilkan dan pada tahun 2009 sebanyak

9 buah. Pada tahun 2010, menurun kepada 4 buah buku sepanjang tahun tersebut. Daripada 21

buah penulisan ilmiah yang dihasilkan, terdapat 2 buah yang menggunakan bahasa Inggeris

dan sebuah dalam bahasa Arab. Selebihnya iaitu sebanyak 18 buah menggunakan bahasa

Melayu dalam penulisannya. Beliau telah memartabatkan matlamat Universiti Kebangsaan

Malaysia dalam memperkasakan bahasa Melayu di peringkat penulisan ilmiahnya. Ini juga

adalah faktor, beliau merupakan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia dari peringkat

Sarjana Muda hingga Sarjana Tinggi. Oleh yang demikian, pengaruh penggunaan bahasa

Melayu dalam menghasilkan penulisan ini lebih besar berbanding menggunakan bahasa asing.

Pensyarah 3 telah menghasilkan 4 buah penulisan sepanjang tahun 2006 hingga 2010. Pada

tahun 2006 dan 2007, beliau dapat menghasilkan sebuah penulisan dalam setiap satu tahun

tersebut. Kemudian, pada tahun 2010, beliau dapat menghasilkan 2 buah penulisan dalam

masa setahun. Bahasa yang digunakan dalam penulisan beliau kebanyakannya adalah bahasa

Arab. Hanya sebuah pebulisan sahaja menggunakan bahasa Inggeris. Keempat-empat

penulisan beliau ini telah dibentangkan di peringkat kebangsaan, beliau merupakan

0

10

20

30

40

pensyarah 1 pensyarah 2 pensyarah 3 pensyarah 4 pensyarah 5 pensyarah 6

2000

2001

2002

2003

2004

2005

2006

Page 7: PRODUKTIVITI KARYA AKADEMIK PENSYARAH JABATAN ARAB

Produktiviti Karya Akademik Pensyarah Jabatan Arab Dan

Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam Ukm

121

menyumbangkan kepada karya dalam bahasa Arab di dalam seminar tersebut. Antara seminar

yang disertai adalah Nadwah Ulama Nusantara III Ketokohan dan Pemikiran Ulama Melayu,

Fakulti Pengajian Islam UKM ; Prosiding Simposium Tamadun Islam Abad Pertengahan II :

Politik, Ekonomi, Sosial dan Intelektual Era Andalusi; IKRAB International Seminar on

Malaysia-West Asian Civilization and Culture; dan International Seminar on Malaysia-West

Asian Civilization And Culture 2010- IKRAB, UKM.

Merujuk kepada rajah 2.5, ia menunjukkan jumlah penghasilan pensyarah 4 sepanjang tahun

2000 hingga 2010. Berdasarkan graf diatas, beliau adalah pensyarah yang paling produktif

dan konsisten dalam menghasilkan penulisan ilmiah. Sepanjang tahun bermula tahun 2000

hinggalah 2010, setiap tahun ada penulisan beliau yang diterbitkan. Pada tahun 2000 dan

2003, sebuah karya sahaja yang dihasilkan setiap tahun tersebut. Terdapat dua buah penulisan

yang dihasilkan pada tahun 2004 dan 2005. Pada tahun 2006, terdapat 5 buah penulisan, tahun

2007 terdapat 4 buah dan pada tahun 2008 ada 8 buah penulisan yang dihasilkan. Pada tahun

2009, dilihat kepada peningkatan yang amat ketara iaitu sebanyak 35 buah penulisan dapat

dihasilkan sepanjang tahun itu. Pada tahun 2011, penurunan sedikit, iaitu kepada 11 buah

penulisan. Jumlah keseluruhan hasil penulisan beliau sepanjang 10 tahun tersebut, sebanyak

68 buah.

Kebanyakan penulisan beliau adalah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Hanya dua penulisan menggunakan bahasa Melayu dan sebuah menggunakan bahasa Arab.

Beliau merupakan penyumbang utama kepada penulisan ilmiah yang menggunakan bahasa

Melayu. Oleh yang demikian, buku-bukunya dilihat sebagai sumber utama rujukan kepada

pembaca yang hanya memahami bahasa Melayu dan para pelajar Melayu. Ini secara tidak

langsung, beliau telah menjadikan matlamat Universiti Kebangsaan Malaysia untuk

memperkasakan bahasa Melayu sebagai pengaruh bahasa terbesar dalam penulisan beliau.

Apatah lagi, penulisan sejarah yang menggunakan bahasa melayu ini jarang untuk dijumpai

berbanding bahasa melayu Indonesia.

Pensyarah 5 menunjukkan peningkatan yang konsisten. Beliau telah menghasilkan sepanjang

tahun yang bermula dari tahun 2000 hingga 2010, tahun yang paling banyak penghasilan

beliau adalah pada tahun 2009. Pada tahun 2000 dan 2005, beliau menghasilkan sebuah

penulisan pada setiap tahun tersebut. Pada tahun 2003, beliau telah menghasilkan 2 buah

penulisan. Beliau telah menghasilkan 4 buah penulisan pada sepanjang tahun 2006 dan 2007.

Pada tahun 2008, beliau dapat menghasilkan 6 buah penulisan. Pada tahuan 2009,

peningkatan kepada 12 buah penulisan sepanjang 10 tahun tersebut. Manakala pada tahun

2010, terdapat 10 buah yang dapat dihasilkan oleh beliau. Jumlah keseluruhan penulisan yang

dihasilkan sepangjang 10 tahun adalah sebanyak 39 buah. Beliau adalah antara pensyarah

yang produktif dan konsisten dalam menghasilkan penulisan.

Beliau juga menggunakan pelbagai bahasa dalam menulis penulisan ilmiah beliau. Daripada

39 buah penulisan beliau, terdapat 7 buah penulisan yang menggunakan bahasa Inggeris.

Beliau juga adalah pensyarah yang menyahut seruan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam

memartabatkan penulisan bahasa melayu. Beliua dapat diketegorikan kepada penyumbang

penambahan jumlah bahan rujukan penulisan ilmiah yang berbahasa Melayu.

Rajah diatas menunjukkan penghasilan yang dapat dihasilkan oleh pensyarah 6 sepanjang

kajian 10 tahun penulis. Beliau hanya menghasilkan sebuah penulisan pada tahun 2006. Tajuk

bahan penulisan beliau adalah “Taj al-Salatin: Karya Politik Ulama Melayu” yang

dibentangkan di Nadwah Ulama Nusantara III: Ketokohan dan Pemikiran Ulama Melayu.

Page 8: PRODUKTIVITI KARYA AKADEMIK PENSYARAH JABATAN ARAB

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 115-127

122

Beliau dilihat seorang yang tidak produktif, ini kerana, antara jangka masa 2006 hingga 2010,

tiada peningkatan dalam masa 4 tahun terakhir.

Kekerapan Penulisan Ilmiah Yang Dihasilkan Mengikut Bentuk Penulisan Ilmiah Yang

Dihasilkan

Rajah 4.10 : Bilangan Jurnal Yang Telah Dihasilkan Pensyarah

Sumber: Sistem E-Repositori Penerbitan UKM, 2012.

Pada rajah 4.10, ia menunjukkan produktiviti ahli akademik melalui penulisan jurnal yang

dihasilkan selama tempoh sepuluh tahun bermula tahun 2000 sehingga 2010. Jumlah

keseluruhan jurnal yang dihasilkan adalah sebanyak 35 buah. Pensyarah yang banyak menulis

jurnal adalah pensyarah 1 iaitu sebanyak 14 buah jurnal. Diikuti dengan Pensyarah 4 yang

telah mengasilkan jurnal sebanyak 11 buah. Bagi Pensyarah 5, beliau telah menghasilkan 6

buah jurnal. Bagi Pensyarah 2 sebanyak empat jurnal sahaja. Terdapat dua pensyarah iaitu

pensyarah 3 dan Pensyarah 6 tidak menghasilkan penulisan ilmiah berbentuk jurnal.

Berdasarkan banyaknya bilangan yang dihasilkan oleh Pensyarah 1, ini memperlihatkan

bahawa beliau sangat aktif dalam menulis artikel yang dikeluarkan oleh jurnal-jurnal sama

ada diterbitkan di UKM ataupun di institusi lain. Antara jurnal yang telah memuatkan artikel

beliau ialah Kajian Islam: Jurnal IAIN Imam Bonjol Padang, Akademika, Journal of al-

Tamaddun, International Journal of West Asian Studies, Journal of Human Sciences, Holland,

Hamdard Islamicus, Journal of Usuluddin, Jurnal Pengajian Umum, Islamiyyat dan Jurnal

Usuluddin.

Rajah 4.11: Bilangan Prosiding yang Telah Dihasilkan Pensyarah

Sumber : Sistem E-Repositori Penerbitan UKM, 2012.

0

20

40

60

Pensyarah 1 Pensyarah 2 Pensyarah 3 Pensyarah 4 Pensyarah 5 Pensyarah 6

KERTAS PERSIDANGAN (PROSIDING DAN KERTAS SEMINAR)

Page 9: PRODUKTIVITI KARYA AKADEMIK PENSYARAH JABATAN ARAB

Produktiviti Karya Akademik Pensyarah Jabatan Arab Dan

Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam Ukm

123

Pada rajah 4.11, ia menunjukkan penghasilan ahli akademik dalam penulisan ilmiahnya yang

berbentuk kertas persidangan . Kertas seminar yang dihasilkan oleh pensyarah di Jabatan

Pengajian Arab dan Tamadun Islam dalam bidang sejarah ini adalah kertas prosiding dan

kertas seminar. Pensyarah yang paling banyak menghasilkan makalah melalui prosiding

adalah Pensyarah 4 iaitu sebanyak 41 karya makalah. Seterusnya diikuti pula Pensyarah 1

yang telah menghasilkan sebanyak 31 penulisan ilmiah berbentuk prosiding. Kemudian,

Pensyarah 5 sebanyak 18 buah, Pensyarah 3 menghasilkan kertas seminar sebanyak 9 buah

dan Pensyarah 3 berjumlah 4 buah. Penghasilan yang prosiding yang paling sedikit adalah

daripada Pensyarah 6 yang menghasilkan 1 sahaja makalah dalam prosiding.

Rajah 4.12 : Bilangan Buku yang telah Dihasilkan oleh Pensyarah

.

Sumber : Sistem E-Repositori Penerbitan UKM, 2012

Rajah 4.12, menunjukkan jumlah penulisam ilmiah yang telah dihasilkan berbentuk buku

sepanjang jangka masa sepuluh tahun bermula tahun 2000 hingga 2010. Jumlah keseluruhan

penerbitan buku ini adalah sebanyak 10 buah buku. Hanya tiga pensyarah yang mengambil

bahagian dalam penghasilan penerbitan buku ini iaitu Pensyarah 1, Pensyarah 4 dan

pensyarah 5 iaitu sebuah buku. Pensyarah yang paling banyak menghasilkan buku adalah

Pensyarah 1 iaitu sebanyak 7 buah buku. Tahun penerbitan bagi buku beliau adalah pada

tahun 2008, 2009 dan 2010. Pada tahun 2010, beliau telah menerbitkan tiga buah buku dalam

masa setahun. Pensyarah kedua yang menerbitkan buku ialah Pensyarah 4 yang telah

menerbitkan 2 buah buku iaitu pada tahun 2009 yang bertajuk Dunia Melayu dan Islam satu

wacana dan Katalog Penerbitan Ahli Akademik Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bagi Pensyarah 5 pula telah

menghasilkan sebuah buku secara bersama dengan Ezad Azraai pada thun 2009 dibawah tajuk

Dunia Islam dan Islam satu wacana.

Rajah 4.13 : Jumlah bab dalam buku yang telah dihasilkan

Sumber : Sistem E-Repositori Penerbitan UKM, 2012.

0

10

Pensyarah 1Pensyarah 2

Pensyarah 3Pensyarah 4

Pensyarah 5Pensyarah 6

Buku (2000-2010)

0

5

10

Pensyarah1

Pensyarah2

Pensyarah3

Pensyarah4

Pensyarah5

Pensyarah6

Bab dalam buku

Page 10: PRODUKTIVITI KARYA AKADEMIK PENSYARAH JABATAN ARAB

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 115-127

124

Rajah 4.13 menunjukkan sejumlah penghasilan penulisan ilmiah ahli akademik Jabatan

Pengajian Arab Dan Tamadun Islam penulisannya yang berbentuk bab dalam buku. Jumlah

bab dalam buku yang dapat dihasilkan oleh para pensyarah sepanjang jangka masa sepuluh

tahun iaitu pada tahun 2000 hingga 2010 adalah sebanyak 25 buah tajuk yang dihasilkan.

Pensyarah 4 telah menghasilkan 10 buah tajuk di yang diletakkan di bahagian bab dalam buku

yang merupakan jumlah terbanyak. Seterusnya Pensyarah 1 pula sebanyak 9 buah bab. Bagi

Pensyarah 5 telah menghasilkan 4 buah dan Pensyarah 2 pula telah menghasilkan 2 buah bab

dalam buku.

Rajah 4.14 : Lain-lain Penghasilan

Sumber : Sistem E-Repositori Penerbitan UKM, 2012.

Rajah 2.7 ini menunjukkan lain-lain penghasilan yang telah disumbangkan oleh para

pensyarah iaitu terdiri daripada pakej pengajaran, monograf, penulisan popular dan bidangnya

dan laporan teknik. Pensyarah 2 telah menghasilkan 1 monograf dan laporan teknik. Bagi

Pensyarah 4, beliau telah menghasilkan 5 monograf, 1 penulisan popular dalam bidang dan 4

laporan teknik. Seterusnya, Pensyarah 5 hanya menghasilkan satu sahaja iaitu pakej

pengajaran.

Kesimpulan

Perkembangan sepanjang 10 tahun kajian ini, pensyarah di Jabatan Pengajian Arab dan

Tamadun Islam sedang hebat berkembang dalam bidang penulisan. Setiap tahun lahirnya

idea-idea penulisan yang diterbitkan untuk disumbangkan kepada masyarakat dalam pelbagai

penerbitan. Selaras dengan bantuan penyelidikan yang dibantu oleh pihak kerajaan dan

university yang dikenali sebagai geran. Melalui geran ini, sebagai salah satu motivasi kepada

para ahli akademik dalam membantu mereka membuat penyelidikan. Penyelidikan inilah akan

menghasilkan karya penulisan dan idea-idea untuk disebarkan.

Rujukan

Buku Panduan Siswazah, Sesi 2002/2003

Buku Panduan Siswazah, Sesi 2003/2004

Buku Panduan Siswazah, Sesi 2004/2005

Buku Panduan Siswazah, Sesi 2005/2006

Buku Panduan Siswazah, Sesi 2006/2007

Buku Panduan Siswazah, Sesi 2007/2008

Buku Panduan Siswazah, Sesi 2008/2009

Buku Panduan Siswazah, Sesi 2009/2010

Pensyarah1

Pensyarah2

Pensyarah3

Pensyarah4

Pensyarah5

Pensyarah6

14.5211

5

1

LAIN-LAIN BENTUK PENULISAN

laporan Teknik Penulisan popular dalam bidang monograf Pakej Pengajaran

Page 11: PRODUKTIVITI KARYA AKADEMIK PENSYARAH JABATAN ARAB

Produktiviti Karya Akademik Pensyarah Jabatan Arab Dan

Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam Ukm

125

Abdul Manaf Saad, “Proses Penerbitan Buku”, Bengkel Kertas Kerja Penerbitan Akademik,

Anjuran PPIB dan MAPIM, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.

Abdul Razak Mahmud et. al., Persuratan Melayu Wilayah Timur, (Kelantan: Pustaka Aman,

2009).

Ahmad Adam dan Saidatul Norhis Haji Mahali, Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah, (Sabah:

Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, 2001).

Ahmad Fauzi Mohd Basri (penyelenggara), Misa Melayu, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

Dan Pustaka, 1992).

Ahmad Sunawari Long dan Zaizul ab. Rahman, “40 Tahun Penyelidikan Fakulti Pengajian

Islam Universiti Kebangsaan Malaysia”, International Journal of Islamic Thought, Vol.1 :

June 2012.

Ahmad Zaki Berahim @ Ibrahim dan Norhayati Haji Hamzah, “Sorotan Gerakan

Penterjemahan dan Penerbitan”, Jurnal al-Tamaddun, Bil 3, (Disember-Januari 2008) 1-6.

Ahmad Sunawari Long dan Zaizul Ab. Rahman, “40 Tahun Penyelidikan Fakulti Pengajian

Islam Universiti Kebangsaan Malaysia”.

Al-Quran dan Terjemahannya (Rasm Uthmani), Al-Quran Darul Iman, (Kuala Lumpur,

Pustaka Darul Iman Sdn Bhd, 2007).

Arba'iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan, (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka 2002,2006).

Azizan Baharudin, Pengenalan Tamadun Islam di Andalus, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, 1986.

B. Lewis, Encyclopedia of Islam, (London:Lusac&co.,1971), jilid 3.

Dr Abdul Rahman Abdullah, Menjadi Intelektual, (Pahang: PTS Publication & Distributor

sdn. Bhd., 2003).

Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zain, Pengantar Ulum Hadis, (Kuala Lumpur: Pustaka Salam

Sdn Bhd, 2005).

Haji Faisal Haji Othman,138, “Isu-isu Pendidikan Islam Di Malaysia: Cabaran &

Harapan”, Penyunting: Ismail Ab. Rahman, Abdul Aziz @ Ahmad Mohd, Mohd Yasin

Muda, (Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terangganu sdn. bhd, 1993).

Hamedi Mohd Adnan “Industri Buku di Malaysia: Isu-Isu dan Cabaran” (Kuala Lumpur:

Hamedi Mohd Adnan, “Bentuk dan Teknik Penulisan Buku Teks Universiti yang berkesan”

Bengkel penulisan buku ilmiah, Port Dickson, 12-15 Mac 2002.

Hamedi Mohd Adnan, “Mengenali Bahan Bacaan”. Bengkel Penyuntingan Buku (9-12 Apr

2003): Kuala Lumpur.

Hj Ibrahim Che Omar, “Isu Kepengarangan Dalam Penerbitan Ilmiah” (makalah,

Persidangan Kebangsaan Penerbitan Ilmiah 2006, Pusat Konvensyen Antarabangsa, Johor

Bahru, 14-16 November 2006).

Hj Ibrahim Che Omar, “Isu Kepengarangan dalam penerbitan ilmiah” (makalah, Persidangan

Kebangsaan Penerbitan Ilmiah 2006, Pusat Konvensyen Antarabangsa, Johor Bahru, 14-16

November 2006).

Jaharah Nordin, “Penulisan Rencana dalam Jurnal Ilmiah” anjuran Pusat Penataraan Ilmu

dan Bahasa Mapim, Universiti Melaysia Sabah, Kota Kinabalu Sabah, 19-21 Julai 2001.

Kementrian Pengajian Tinggi Malaysia, Buku Panduan Kemasukan ke Institut Pengajian

Tinggi Awam: Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf, (Kuala Lumpur: Kementrian

Pengajian Tinggi Malaysia)

Muhammad Abu Bakar, “Tradisi Intelektual di Malaysia” dalam Persidangan Universiti dan

Tradisi Intelektual (24-25 Sep 1996 : Petaling Jaya), 2.

Osman b. Md Rasib, “Kajian Faktor yang mempengaruhi Gelagat Kakitangan di Institusi

Pengajian Tinggi Islam Terpilih di Malaysia”, Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Fakulti Ekonomi

dan Pentadbiran, Kuala Lumpur, 2012.

Page 12: PRODUKTIVITI KARYA AKADEMIK PENSYARAH JABATAN ARAB

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 115-127

126

P.K.Hitti, History of Arabs : From the Earliest time to The Present, (New York:The

MacMillan & co.,1964).

Prof Dr. Hasan Said, “Penerbitan Ilmiah Untuk Institusi Pengajian Tinggi : Isu dan

Cabaran” Seminar Penerbitan Ilmiah 2002, Hotel Merdeka Palace Kuching, Sarawak, tema:

Kecemerlangan Ilmu Melalui Penerbitan Ilmiah, 26 Ogos 2002.

Prof. Dr. Abdullah Alwi Hj. Hassan, “Sumbangan Para Ilmuan Muslim dalam Pembinaan

Negara di Malaysia”, dalam (Makalah, Seminar Kepimpinan Islam Serantau, Perayan Jubli

Emas, Universiti Malaya 1949-1999, Akademi Pengajian Islam , Universiti Malaya, 14-15

Jun 1999).

Prof. Dr. Azyumardi Azra, ed. Idris Taha, Historiografi Islam Kontemporer, (Jakarta:

Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama, 2002).

Profesor Mohd Taib Osman, “Kembali Kepada Asas: Pengajian Tinggi dan Isu-Isu Lain”,

(Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya,1987).

R. Winstedt, A History of Classical Malay Literature h. 93.

Roziah Sidik @ Mat Sidek, “Tamadun Islam dan Penguasaan Ilmu”, Jurnal Usuluddin Bil.

30 (Julai 2009-Disember 2009).

Shahrom Mohd Zain et al., Motivasi Penyelidikan dan Penerbitan: Pengalaman sebagai

Penyelidik dan Pengajar, dalam Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina 2010,

(Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010).

Syeikh Ibrahim Ramadhan, al-Fihris li Ibn Nadim, (Beirut: Darul Fatwa, 1994), 194.

t.tp., “ Apakah Terbitan atau Tulisan Ilmiah” , Pemantapan Profesionalisme, Penerbit

Universiti Malaya, Corus Paradise Resort, Port Dicson, Negeri Sembilan, 26-28 April 2002.

Tuan Haji Ahmad Awang, “Ulama dan Peranannya dalam Masyarakat Malaysia,” dalam

(Makalah, Seminar Kepimpinan Islam Serantau, Perayan Jubli Emas, Universiti Malaya

1949-1999, Akademi Pengajian Islam , Universiti Malaya, 14-15 Jun 1999).

Tuan Haji Mohd Idris Jauzi, “Kepentingan Keilmuan di Kalangan para Ahli Akademik”,

Seminar Sumbangan Ahli Akademik Kepada Dunia Perindustrian dan Perniagaan” di Dewan

Maktab Perguruan, 6 ogos 1989).

Virginia Matheson Hooker, “Tuhfat al-Nafis : sejarah Melayu-Islam”, (Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991).

Wan Kamal Mujani, “Peranan dan Sumbangan Muhammad b. ‘Umar al-Waqidi dalam

Bidang Pensejarahan Islam”, Jurnal al-Tamaddun Bil 5 (Disember 2010).

Zulkifli Abd. Latif, “Dasar dan Cabaran Penerbitan Ilmiah dari Perspektif Pengamal

Penebitan”, Jurnal Pengajian Media Malaysia 14, (2012).

Zulkifli b. Abd. Latiff, “Penerbitan Ilmiah Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia: Kajian

Kes ke Atas Peranan dan Fungsi Biroteks Institusi Teknologi Mara” Tesis Sarjana Pengajian

Penerbitan, Universiti Malaya, 1999.

“Azmul Fahimi Kamaruzzaman”, dicapai 8 November 2013,

http://www.ukm.my/fpi/direktori-jpati.htm.

“Dictionary. Reference”,dicapai 17 Oktober 2013,

http://dictionary.reference.com/browse/academics.

“Eeman Muhammad Abbas” dicapai 7 Oktober 2013,

https://smk.ukm.my/epenerbitan/cari_advanced.cfm.

“Eeman Muhammad Abbas”, dicapai 9 November 2013, http://www.ukm.my/fpi/direktori-

jpati.htm.

“Ermy Azziaty Razali”, dicapai 10 November 2013, http://www.ukm.my/fpi/direktori-

jpatih.tm.

“Ezad Azraai Jamsari” dicapai 7 Oktober 2013,

https://smk.ukm.my/epenerbitan/cari_advanced.cfm.

“Ezad Azraai Jamsari”, dicapai 11 November 2013, http://www.ukm.my/ikrab/index.

“Ezad Azraai Jamsari”, dicapai 11 November 2013, https://smk.ukm.my/pakar/search.cfm.

“Farid Mat Zain” , dicapai 11 November 2013, https://smk.ukm.my/pakar/search.cfm.

Page 13: PRODUKTIVITI KARYA AKADEMIK PENSYARAH JABATAN ARAB

Produktiviti Karya Akademik Pensyarah Jabatan Arab Dan

Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam Ukm

127

“Farid Mat Zain” dicapai 7 Oktober 2013,

https://smk.ukm.my/epenerbitan/cari_advanced.cfm.

“Izziah Suryani Arsyad @ Mat Resad”, dicapai 13 November 2013

http://www.ukm.my/fpi/direktori-jpati.htm.

“Kaseh Abu Bakar”, dicapai 15 November 2013, http://www.britishcouncil.org/downloads-

list-of-presentation-abubakarkaseh.pdf.

“Maharem Ahmad”, dicapai 15 November 2013 http://www.britishcouncil.org/downloads-

list-of-presentation-abubakarkaseh.pdf..

“Merriam –Webmaster”, dicapai 17 Oktober 2013, http://www.merriam-

webster.com/dictionary/academic.

“Napisah Karimah Haji Ismail”, dicapai 13 November 2013,

http://www.ukm.my/fpi/direktori-jpati.htm.

“Prof Wan Kamal Mujani” dicapai 7 Oktober 2013,

https://smk.ukm.my/epenerbitan/cari_advanced.cfm.

“Rabitah Mohamad Ghazali” dicapai 7 Oktober 2013,

https://smk.ukm.my/epenerbitan/cari_advanced.cfm.

“Rabitah Mohamad Ghazali”, dicapai 14 November 2013

https://smk.ukm.my/pakar/cvpreview.cfm?id=10554.

“Rodziah Sidek @ Mat Sidik” dicapai 7 Oktober 2013,

https://smk.ukm.my/epenerbitan/cari_advanced.cfm.

“Roziah Sidek @ Mat Sidik”,dicapai 15 November 2013,

https://smk.ukm.my/pakar/cvpreview.cfm?id=950.

“Salmah Ahmad”, dicapai 15 Ogos 2013, https://smk.ukm.my/pakar/cvpreview.cfm?id=950.

“Suhaila Hj. Zailani@ Zailani @ Ahmad”, dicapai 17 Novenber 2013,

https://smk.ukm.my/pakar/cvpreview.cfm?id=956.

“Tengku Ghani Teng Jusoh”, dicapai 8 Oktober 2013,

https://smk.ukm.my/pakar/cvpreview.cfm?id=950.

“Wan Kamal Mujani”, dicapai 15 November 2013

https://smk.ukm.my/pakar/cvpreview.cfm?id=950.

“Zamri Ariffin”, dicapai 17 November 2013, http://www.ukm.my/ikrab/index.

“Zulkarnain Mohamed” , dicapai 17 November 2013,

https://smk.ukm.my/pakar/cvpreview.cfm?id=1997.

Laman Web Fakulti Pengajian Islam, “Latar Belakang Fakulti” Laman sesawang Fakulti

Pengajian Islam, dicapai 1 Disember 2013.

Azrina Ahzan, “Lapan Ipt Terima Swaakreditasi,” Berita Harian, 18 Mei 2010.

t.tp.“Jalan Pulang Bagi Pensyarah Universiti”, dalam Berita Harian, 3 Oktober 1985.

Noraini Abdul Razak, Utusan Malaysia, 22 Sept. 1987