lawatan ke penjara seremban

53
1.0 MAKLUMAT PENJARA SERAMBAN, NEGERI SEMBILAN

Upload: alence-asin

Post on 14-Feb-2015

269 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kertas kerja, laporan ajk, latar belakang penjara seremban

TRANSCRIPT

1.0 MAKLUMAT

PENJARA SERAMBAN,

NEGERI SEMBILAN

1.0 MAKLUMAT PENJARA SEREMBAN

Pelajar bagi kursus Pendidikan Moral EML 3101 telah mengadakan satu

lawatan ke penjara seremban. Lawatan ini berlangsung selama satu hari sahaja

pada 13 April 2013 dari jam 8 pagi sehingga jam 1 petang. Pengisian lawatan ini

ialah ceramah dan melawat sekitar kawasan penjara kecuali sel ( tempat tinggal

banduan). Berikut adalah serba sedikit pengenalan mengenai penjara seremban:

1.1 LATAR BELAKANG

Penjara seremban telah wujud sejak tahun 1881 iaitu sebelum Negara kita

mencapai kemerdekaan lagi. Terdapat 3 jenis penjara yang terdapat di Negeri

Sembilan iaitu penjara seremban, penjara rembau dan parol. Penjara seremban

merupakan penjara khas seremban kerana banduan di sini diberi pemulihan pesalah

bagi kes-kes berkaitan dengan dadah.

Penjara ini terletakdi mempunyai keluasan 10.951hektar terletak dalam

lot.No.14056 dan 3827 Mukim Bandar Seremban. Hak milik rizab penjara dan

pendaftaran perwartaan N.M.B No.3768 bertarikh 6.8.1937. Keluasan bagi kawasan

penjara ialah 2.8491 hektar manakala bagi kawasan perumahan pula ialah 8.056

hektar.

Kini bilangan banduan yang berada dalam penjara seremban ialah seramai

800 dan jumlah keseluruhan bagi ketiga-tiga penjara di seremban ialah 1234 orang

banduan.

1.2 ORGANISASI

Dalam institusi penjara ini hanya ada beberapa kumpulan iaitu Pegawai

penjara, Pekerja sivilan dan guru pertukangan. Pengurusan penjara seremban

terbahagi kepada 3 bahagian iaitu keselamatan, pemulihan dan pengurusan.

Dalam bahagian keselamatan terbahagi kepada keselamatan am dan

pengursan banduan. Keselamatan am termasuklah unit kawalan dan pencegahan,

unit pintu besar, unit disiplin, unit atur tugas, unit amra. Manakala pengursan

banduan pula menguruskan rekod banduan.

Dalam bahgian pemulihan termasuklah plan pembangunan insan, unit

kebajikan, unit agama, unit parol, unit kesihatan dan unit perusahaan dan kemahiran

vokasional.

Dalam bahagian pengurusan , unit yang terlibat ialah unit

pentadbiran/kewangan , unit pembangunan/ lanskap, unit logistic, unit latihan dan

unit kenderaan.

1.3 PERLEMBAGAAN

Bahagian Dasar Kepenjaraan berperanan membuat kajian dan mengemukakan

cadangan ke atas dasar-dasar/isu-isu/program-program yang mempunyai impak

kepada pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan koreksional secara keseluruhan.

Teknik-teknik pengurusan yang bersesuaian dan berkenaan akan digunakan dalam

proses penelitian dan pengkajian ke atas dasar-dasar/isu-isu/program-program

tersebut.

1.3.1 Visi

Menjadi sebuah organisasi koreksional bertaraf dunia menjelang 2020.

1.3.2 Misi

• Menjadi penasihat, penyelaras dan pakar rujuk dalam penggubalan dasar-dasar

dan perancangan pembangunan koreksional yang berkualiti dan mapan.

• Mengeratkan perkongsian pintar (Smart Partnership) dengan kementerian yang

berkaitan serta pihak swasta dan Badan Bukan kerajaan.

• Mengkaji semula Dasar Kepenjaraan setiap sepuluh tahun mengikut keperluan

semasa.

1.3.3 Objektif

• Merancang, menggubal, menyelaras dan memantau serta mengawasi pelaksanaan

dasar-dasar yang strategik berpandukan matlamat program atau aktiviti jabatan di

peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

• Mengetuai, membangun dan menilai Program serta Dasar Kepenjaraan dan

Penilaian Residivis yang memberi fokus kepada core business baru Jabatan

Penjara.

• Bertindak sebagai ‘Think Tank’ dan ‘Strategic Integrator’ bagi memastikan

dasar/program/projek dirancang dan digubal secara bersepadu dan berkesan untuk

dilaksanakan oleh intstitusi koreksional seluruh Negara.

• Memastikan pelaksanaan program koreksional di institusi penjara adalah selaras

dengan keperluan semasa dan dilaksanakan selari dengan dasar yang telah

dirancang dan digubal.

1.4 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH PENJARA SEREMBAN

Lawatan dan perjumpaan merupakan suatu kaedah bagi membolehkan

banduan mengadakan hubungan yang positif dengan saudara mara dan rakan-

rakan dan bagi mengurangkan tekanan kepada banduan semasa dalam tahanan.

i. Piagam Pelanggan Tempat Lawatan

• Kami adalah komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada

pelanggan

• Kami juga berjanji memberi layanan yang adil, mesra serta perkhidmatan yang

berkualiti

• Menyediakan tempat menunggu dan tempat perjumpaan yang selesa dan selamat

• Menyediakan panduan yang lengkap dan mudah difahami

• Memastikan setiap aduan dan cadangan diambil tindakan segera.

• Menjamin semua urusan mengikut undang-undang dan peraturan yang telah

ditetapkan.

ii. Syarat-syarat lawatan:

• Pelawat adalah terdiri daripada saudara- mara dan rakan-rakannya yang

bermaksud termasuklah ibu/bapa/suami/isteri/anak/datuk/nenek/bapa mertua/ibu

mertua/adik-beradik tiri/adik beradik angkat serta rakanrakannya yang rapat dan

didaftarkan;

• Kad Lawatan dan Kad Pengenalan atau Paspot atau lain-lain pengenalan diri

hendaklah dibawa bersama pada hari lawatan;

• Keluarga banduan hendaklah membawa ‘Kad Lawatan Banduan’ dan hadir pada

tarikh yang tercatat di kad lawatan atau cukup tempoh lawatan;

• Berpakaian kemas dan bersopan;

• Sentiasa mematuhi peraturan-peraturan lawatan;

• Masa lawatan ialah 45 minit dan pada satu masa lawatan hanya dibenarkan lima

(5) orang pelawat sahaja yang boleh melawat banduan. Jika ahli keluarga ramai,

perjumpaan dibuat secara bergilir dalam masa 45 minit tersebut. Kanak-kanak di

bawah umur 10 tahun tidak termasuk dalam bilangan pelawat;

• Makanan, minuman dan barang-barang keperluan banduan hanya dibenarkan

dibeli dari kantin penjara.

Kemudahan yang disediakan seperti tempat lawatan keluarga banduan, tempat

pendaftaran banduan, ruang lawatan keluarga bantuan dan ruang menunggu.

2.0 KERTAS KERJA

&

MINIT MESYUARAT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR,

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

KE PENJARA SEREMBAN

ANJURAN

UNIT PISMP MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2012

TARIKH

13 APRIL 2013

(SABTU)

1.0 PENGENALAN

Program lawatan sambil belajar yang dirancang ini adalah sebagai salah satu

daripada cabang pembelajaran luar kampus yang akan membuka peluang kepada

guru pelatih mempelajari nilai, moral dan etika dalam kehidupan seharian. Segala

perancangan aktiviti juga adalah bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran

Malaysia dalam melahirkan murid yang berdisiplin, tabah menghadapi cabaran dan

beriltizam dalam apa jua bidang. Ini sangat berkait rapat dengan matapelajaran

Pendidikan Moral Minor EML 3101 yang sedang diambil oleh pelajar unit Matematik

PISMP Ambilan Januari 2012.

2.0 RASIONAL

Penjara merupakan tempat banduan tinggal dan sudah tentunya setiap

mereka telah melakukan jenayah yang berat mahupun ringan. Melalui lawatan ini, ia

akan memberikan satu refleksi kepada pelajar tentang kepentingan untuk menjaga

dan mengamalkan nilai-nilai moral yang ada.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mendapat maklumat berkaitan dengan isu Moral dalam kalangan

masyarakat.

3.2 Menghubungkaitkan nilai-nilai Moral dalam kehidupan seharian.

3.3 Mendapat taklimat berkaitan dengan aktiviti-aktiviti seharian yang

berkaitan dengan penghuni penjara.

3.4 Melatih pelajar untuk memupuk sifat empati, tegas dan berwaspada.

3.5 Mewujudkan pendidikan komuniti dengan pihak Penjara Seremban.

4.0 TEMA

4.1 ‘Kenali Mereka’

5.0 TARIKH

5.1 Diadakan pada 13 April 2013 (Sabtu)

6.0 MASA

6.1 Bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 12.30 petang

7.0 TEMPAT

7.1 Jalan Muthu Cumaru, 70200 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.

8.0 SENARAI TETAMU JEMPUTAN KHAS

8.1 Warden Penjara Seremban

8.2 Pensyarah Matapelajaran Moral

9.0 PENYERTAAN / KUMPULAN SASARAN

9.1 Pelajar PISMP Matematik Ambilan Januari 2012 (MT/PJ/PM)

10.0 JAWATANKUASA INDUK

Sila rujuk Lampiran A

11.0 JAWATANKUASA KERJA

Sila rujuk Lampiran A

12.0 PENUTUP

Lawatan ini merupakan satu langkah untuk mendedahkan pelajar tentang

aktiviti-aktiviti berkaitan penjara. Lawatan ini berkait rapat tentang pembelajaran

moral dan nilai-nilai yang terdapat dalam matapelajaran Pendidikan Moral Minor. Ini

juga bagi memberi pengalaman kepada semua pelajar untuk melaksanakan aktiviti-

aktiviti serta mewujudkan kerjasama dengan komuniti luar khususnya pihak penjara.

Diharap agar permohonan ini diluluskan dengan segera supaya aktiviti yang

dirancangkan dapat dijalankan dengan jayanya. Segala kerjasama dari pihak tuan

kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH:

___________________ ______ _______________________

(MARY JOY BT MAHOI) (NOOR LELA BT MOHAMED SHARIFF)

Setiausaha, Pensyarah Penasihat Pendidikan Moral,

Program Lawatan Penjara Seremban Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral

Unit Matematik PISMP Amb. Jan 2012 IPGKRM

IPGKRM

LAMPIRAN A

PENGERUSI : ZAINUR BIN DIDI

NAIB PENGERUSI : AZIATHUL AZREEMA BINTI JAAS

SETIAUSAHA : MARY JOY BINTI KASIM @ MAHOI

BENDAHARI : ALLAN DON ANTHONY

JAWATANKUASA INDUK

JAWATANKUASA KERJA

PROGRAM DAN AKTIVITI :

:

MAISARAH BINTI ALOHA

NADIA ANAK RICHARD

PENGANGKUTAN : VIJAYA LETCHIMY A/P RAMAKRISHNA

LOGISTIK & TEKNIKAL :

:

KLEYNTON RANTAI

FATIN SOFIA BINTI ITHNIN

DOKUMENTASI DAN

PUBLISITI

: FIRDAUSSI HASHIM

MAKANAN :

:

MOHD AIZZAQ BIN BUNYAIMI

ALENCE BINTI ASIN

CENDERAMATA : RICHMA BINTI RICHARD

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA PENDIDIKAN MORAL ELM 3103

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Tarikh : 21 Mac 2013 (Khamis)

Tempat : Blok C 3.1

Masa : 8.00 Pagi

Kehadiran :

1. Alence Asin

2. Allan Don Anthony

3. Aziathul Azreema binti Jaas

4. Fatin Sofia binti Ithnin

5. Firdaussi bin Hashim

6. Kleynton Rantai

7. Maisarah binti Alloha

8. Mary Joy binti Kasim @ Mahoi

9. Mohammad Aizzaq bin Bunyaimi

10.Nadia Anak Richard

11.Richma binti Richard

12.Vijatya Letchimy A/P Ramakrishna

13.Zainur bin Didi

1.0 UCAPAN PENSYARAH SUBJEK

Puan Noorlela Bt Mohamed Shariff selaku pensyarah subjek memberi taklimat

tentang kerja kursus yang akan diberikan kepada pelajar Unit Matematik Elektif 2

Moral, iaitu lawatan.

2.0 PENUBUHAN JAWATANKUASA

2.1 Ketua Unit, Allan Don Anthony mengendalikan proses pemilihan ahli jawatan

kuasa.

2.2 Jawatan Pengerusi.

2.2.1 Allan Don Anthony mencadangkan Zainur bin Didi, disokong oleh

Firdaussi Hashim.

2.2.2 Mary Joy mencadangkan cadangan ditutup, disokong oleh

Maisarah binti Alloha.

2.2.3 Calon yang menjawat Pengerusi disahkan.

2.3 Jawatan Naib Pengerusi.

2.3.1 Firdaussi Hashim mencadangkan Mary Joy binti Kasim @ Mahoi,

disokong oleh Allan Don Anthony.

2.3.2 Mary Joy binti Kasim @ Mahoi mencadangkan Aziathul Azreema

binti Jaas, disokong oleh Nadia Anak Richard.

2.3.3 Allan Don Anthony mencadangkan cadangan ditutup, disokong

Fatin Sofia binti Ithnin.

2.3.4 Undian bagi Naib Pengerusi dimenangi oleh Aziathul Azreeman

binti Jaas.

2.3.5 Naib Pengerusi disahkan.

2.4 Jawatan Setiausaha

2.4.1 Pengerusi menyatakan Mary Joy sebagai setiausaha.

2.4.2 Setiap ahli unit tidak mempunyai bantahan.

2.4.3 Setiausaha disahkan.

2.5 Jawatan Bendahari

2.5.1 Pengerusi menyatakan Allan Don sebagai bendahari.

2.5.2 Tiadk ada bantahan dari mana-mana ahli.

2.5.3 Bendahari disahkan.

2.6 Ahli Jawatankuasa Kecil

2.6.1 Ditentukan oleh pengerusi.

2.6.2 Tiada bantahan.

2.6.3 Setiap ahli jawatankuasa disahkan.

2.7 Organisasi Jawatankuasa [Lampiran (A)]

( Tindakan : Makluman Semua)

3.0 PROGRAM LAWATAN

3.1 Cadangan tempat-tempat untuk dilawat :

3.1.1 Rumah Anak Yatim (Taman England) – dicadangkan oleh Alence.

3.1.2 Rumah kanak-kanak Autisme – dicadangkan oleh Vijaya

3.1.3 Penjara Seremban – dicadangkan oleh Pengerusi

3.1.4 Sekolah Rendah – dicadangkan oleh Mohd. Aizzaq

3.1.5 Rumah Anak Yatim (Ampangan) – dicadangkan oleh Richma

3.2 Mempertimbangkan cadangan lawatan ke Rumah Anak Yatim (Ampangan)

dan Penjara Seremban.

3.3 Tarikh lawatan dicadangkan pensyarah subjek iaitu pada minggu pertama

atau kedua bulan April.

( Tindakan : Makluman Semua)

4.0 HAL-HAL LAIN

Pengerusi akan mengesahkan tempat lawatan dengan menghubungi pihak Penjara

Seremban dan Rumah Anak Yatim (Ampangan).

( Tindakan : Tindakan Pengerusi)

5.0 PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.15 pagi dengan ucapan terima kasih daripada

Tuan Pengerusi atas cadangan yang diberikan dan berharap segala aktiviti yang

dirancang oleh semua ahli dapat dilaksanakan dengan baik. Mesyuarat seterusnya

akan dimaklumkan kemudian.

( Tindakan : Makluman Semua)

Disediakan oleh,

( MARY JOY BINTI KASIM @ MAHOI)

Setiausaha

Projek Lawatan Pendidikan Moral ELM 3103

Tarikh : 22 Mac 2013

LAMPIRAN (A)

ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK DAN KERJA

Pengerusi : Zainur Bin Didi

Naib Pengerusi : Aziathul Azreema Binti Jaas

Setiausaha : Mary Joy Binti Kasim @ Mahoi

Bendahari : Allan Don Anthony

AJK Program & Aktiviti: Maisarah Alloha

Nadia Anak Richard

AJK Pengangkutan : Vijaya Letchimy A/P Ramakrishna

AJK Logistik & Teknikal: Kleynton Rantai

Fatin Sofia Binti Ithnin

AJK Dokumentasi & Publisiti : Firdaussi Bin Hashim

AJK Makanan: Mohammad Aizzaq Bin Bunyaimi

Alence Asin

AJK Cenderamata : Richma Binti Richard

MINIT MESYUARAT KALI KEDUA PENDIDIKAN MORAL ELM 3103

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Tarikh : 2 April 2013 (Selasa)

Tempat : Blok C 3.3

Masa : 9.45 Pagi

Kehadiran :

1. Alence Asin

2. Allan Don Anthony

3. Aziathul Azreema binti Jaas

4. Fatin Sofia binti Ithnin

5. Firdaussi bin Hashim

6. Kleynton Rantai

7. Maisarah binti Alloha

8. Mary Joy binti Kasim @ Mahoi

9. Mohammad Aizzaq bin Bunyaimi

10.Nadia Anak Richard

11.Richma binti Richard

12.Vijatya Letchimy A/P Ramakrishna

13.Zainur bin Didi

1.0 UCAPAN PENGERUSI

Pengerusi mengucapkan kata alu-aluan kepada semua yang hadir pada mesyuarat

kedua.

2.0 PENGESAHAN LAWATAN

2.1 Pengerusi mengumumkan lawatan akan dijalankan di Penjara Seremban

setelah menghubungi kedua-dua pihak, di mana Rumah Anak Yatim

(Ampangan) mempunyai sedikit masalah.

2.2 Setiap AJK boleh memulakan kerja mengikut bidang kerja masing-masing.

( Tindakan : Makluman Semua)

3.0 KERTAS KERJA

3.1 Pengerusi mengarahkan setiausaha untuk membuat kertas kerja yang

lengkap untuk mendapat pengesahan dari Pengarah IPG Raja Melewar.

3.2 Tarikh lawatan yang sah ialah pada 13 April 2013 (hari Sabtu).

( Tindakan : Tindakan Setiausaha)

4.0 PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.45 pagi dengan ucapan terima kasih daripada

Tuan Pengerusi atas kerjasama yang diberikan oleh setiap AJK dan berharap

segala aktiviti yang dirancang secara bersama akan dapat dilaksanakan mengikut

waktu yang telah ditetapkan.

( Tindakan : Makluman Semua)

Disediakan oleh,

( MARY JOY BINTI KASIM @ MAHOI)

Setiausaha

Projek Lawatan Pendidikan Moral ELM 3103

Tarikh : 3 April 2013

MINIT MESYUARAT KALI KETIGA PENDIDIKAN MORAL ELM 3103

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Tarikh : 9 April 2013 (Selasa)

Tempat : Blok C 3.3

Masa : 9.45 Pagi

Kehadiran :

1. Alence Asin

2. Allan Don Anthony

3. Aziathul Azreema binti Jaas

4. Fatin Sofia binti Ithnin

5. Firdaussi bin Hashim

6. Kleynton Rantai

7. Maisarah binti Alloha

8. Mary Joy binti Kasim @ Mahoi

9. Mohammad Aizzaq bin Bunyaimi

10.Nadia Anak Richard

11.Richma binti Richard

12.Vijatya Letchimy A/P Ramakrishna

13.Zainur bin Didi

1.0 UCAPAN PENGERUSI

Pengerusi mengucapkan kata alu-aluan kepada semua yang hadir pada mesyuarat

ketiga.

2.0 KERTAS KERJA LAWATAN

2.1 Pengerusi menyatakan kertas kerja yang disediakan oleh setiausaha telah

mendapat pengesahan dari Pengarah Kampus.

2.2 Tarikh lawatan adalah sah, iaitu pada 13 April 2013 bersamaan hari Sabtu.

( Tindakan : Makluman Semua)

3.0 KERJA AJK KECIL

3.1 Pengerusi mengarahkan AJK pengangkutan untuk mula menempah bas

kampus sebagai pengangkutan lawatan ke Penjara Seremban.

3.2 AJK cenderamata boleh mula menyediakan cenderamata yang akan

diberikan kepada pegawai penjara Seremban yang akan memberikan

taklimat kepada guru pelatih semasa lawatan.

3.3 AJK makanan mula menempah makanan untuk sarapan pagi dan makan

tengah hari pada hari lawatan.

3.4 AJK teknikal dan logistik akan mula memastikan apa-apa bahan yang perlu

disediakan.

( Tindakan : Tindakan setiap AJK)

4.0 PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.45 pagi dengan ucapan terima kasih daripada

Tuan Pengerusi atas kerjasama yang diberikan oleh setiap AJK dan berharap setiap

AJK akan mula membuat kerja masing-masing bagi memastikan lawatan akan

dapat dilaksanakan.

( Tindakan : Makluman Semua)

Disediakan oleh,

( MARY JOY BINTI KASIM @ MAHOI)

Setiausaha

Projek Lawatan Pendidikan Moral ELM 3103

Tarikh : 10 April 2013

3.0 LAPORAN

PENGELOLAAN

LAWATAN ILMIAH

KE PENJARA SEREMBAN

LAPORAN AJK PENGELOLAAN AKTIVITI

LAWATAN KE PENJARA SEREMBAN

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

Tarikh : 13 April 2013

Masa : 9.00 a.m – 1.00 p.m

Tempat : Penjara Seremban

Unit-unit yang terlibat: Semua pelajar Matematik/PJ/Moral Ambilan Jan 2012.

AJK : 1) Maisarah binti Alloha

2) Nadia Anak Richard

Pada 14 April 2013 yang lalu, seramai 13 orang pelajar dari unit

Matematik/PJ/Moral telah menyertai sebuah lawatan sambil belajar ke Penjara

Seremban. Lawatan ini bertujuan bagi memenuhi kehendak tugasan kerja kursus

subjek Pengenalan Konsep Asas Pendidikan Moral ELM 3101.

Kami bertolak seawal jam 8.30 pagi dari IPG Kampus Raja Melewar. Kami

sampai ke destinasi tepat jam 9.00 pagi. Setelah sampai, kami telah disambut mesra

oleh pegawai penjara yang bertugas, iaitu En Wan Saadi bin Wan Yaacob. Kami telah

diberi taklimat ringkas tentang penjara ini. Antara perkara yang ditekankan oleh Encik

Wan Saadi adalah dilarang membawa telefon bimbit dan kamera ke dalam kawasan

penjara. Telefon bimbit hanya dibenarkan jika ianya berada di dalam mod senyap.

Setelah memahami peraturan ringkas yang telah diberikan, kami dibawa masuk

ke dalam penjara melalui pintu kecil. Kami kemudiannya diberi penerangan mengenai

beberapa perkara asas tentang Penjara Seremban ini. Antaranya adalah statisitik

keluar masuk banduan, bangsa banduan, jenis-jenis hukuman dan banyak lagi. Kami

juga telah diberi penerangan mengenai carta organisasi pegawai penjara.

Hampir 10 minit di kawasan ruang legar penjara, kami dibawa pula ke bilik kuliah

bagi mendengar ceramah yang selanjutnya. Di dalam ceramah itu, kami telah

dimaklumkan mengenai sejarah penjara ini, punca utama sesorang melakukan jenayah,

aktiviti-aktiviti yang banduan jalani semasa di dalam penjara, dan beberapa lagi

maklumat yang lain. Semua guru pelatih menyalin perkara-perkara penting semasa

Encik Wan Saadi memberi penerangan.

Tepat jam 11.00 pagi, kami telah dijemput untuk jamuan kudapan pula. Aktiviti

yang seterusnya setelah itu adalah mendengar sendiri pengalaman dari seorang

banduan yang mempunyai kesalahan menagih dadah. Berdasarkan dari penceritaan

pengalaman banduan tersebut, kami dapat mempelajari tentang banyak perkara.

Semoga setiap pelajar mengambil iktibar dari pengalaman hidup banduan tersebut.

Sesi penutupan majlis dijalankan pada jam 1.00 tengah hari. Pihak kami

menyampaikan sedikit cenderamata kenang-kenangan buat Encik Wan Saadi serta

pembantunya kerana telah sudi memberi penerangan serba sedikit kepada kami

mengenai Penjara Seremban ini. Semoga lawatan sebegini dapat dilakukan lagi pada

masa-masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh,

…………………………….

( Maisarah binti Alloha)

AJK Pengelolaan Aktiviti,

IPG Kampus Raja Melewar.

LAPORAN AJK PENGELOLAAN AKTIVITI

LAWATAN KE PENJARA SEREMBAN

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

Tarikh : 13 April 2013

Masa : 9.00 a.m – 1.00 p.m

Tempat : Penjara Seremban

Unit-unit yang terlibat: Semua pelajar Matematik/PJ/Moral Ambilan Jan 2012.

AJK : Vijaya Letchimy A/P Ramakrishna

Pada 13 April 2013, kami dari unit PISMP Matematik Semester 3 telah

mengadakan Lawatan Ilmiah ke Penjara Seremban untuk subjek elektif 2 iaitu

Pendidikan Moral (ELM3101). Untuk lawatan ini, saya Vijaya Letchimy a/p Ramakrishna

telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Pengangkutan.

Pertama sekali, sebagai Ahli Jawatankuasa Pengangkutan saya telah pergi ke

lobi untuk meminta borang permohonan kenderaan maktab untuk mengisi maklumat.

Mereka telah bagi saya tiga keping borang yang sama untuk diisi. Untuk mengisi

borang tersebut, saya banyak bertanya kepada pengerusi supaya borang tersebut

dapat diisi dengan lengkap. Saya juga telah mengambil satu salinan kertas kerja

daripada pengerusi untuk di hantar ke Unit Peyelenggaraan.

Selepas mengisi, saya telah berjumpa dengan Puan Noorlela binti Mohamed

Shariff iaitu pensyarah Pendidikan Moral untuk mengambil tandatangan kebenaran.

Selepas itu saya telah menghantar ketiga-tiga borang tersebut dengan kertas kerja ke

Unit Peyelenggaraan. Dalam beberapa hari selepas mengantar borang tersebut, saya

telah pergi ke Unit Peyelenggaraan untuk memastikan bas yang akan kita gunakan

untuk hari tersebut dengan nama pemandunya dan waktu bas bertolak adalah pada jam

8.30 pagi.

Akhirnya kami sekelas bersyukur kerana berjaya mendapatkan kenderaan

maktab iaitu sebuah bas Scania yang baru untuk memuatkan seramai 15 orang iaitu 14

orang guru pelatih dan seorang pensyarah iaitu Puan Noorlela binti Mohamed Shariff.

Pada hari tesebut, kami telah berkumpul di bais tepat pada jam 8 pagi untuk

bersarapan dengan bersama-sama. Selepas itu, kami telah berkumpul di garaj pada

jam 8.30 pagi. Pemandu bas telah bersedia di sana tepat pada waktunya. Bas telah

bertolak pada jam 8.45 pagi ke Penjara Seremban.

Disediakan oleh,

…………………………….

(VIJAYA LETCHIMY A/P RAMAKRISHNA)

Ajk Pengangkutan,

IPG Kampus Raja Melewar.

LAPORAN JAWATANKUASA TEKNIKAL DAN LOGISTIK

LAWATAN KE PENJARA SEREMBAN

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

Tarikh : 13 April 2013

Masa : 9.00 a.m – 1.00 p.m

Tempat : Penjara Seremban

Unit-unit yang terlibat: Semua pelajar Matematik/PJ/Moral Ambilan Jan 2012.

AJK : 1) Fatin Sofia binti Ithnin

2) Kleynton Rantai

Pada 13 April 2013, unit PISMP Matematik Semester 3, IPG Kampus Raja

Melewar telah mengadakan Lawatan ILmiah ke Penjara Seremban yang terletak lebih

kurang 5 km dari Bandar Seremban. Lawatan tersebut diadakan bagi memenuhi

kehendak tugasan Kerja Kursus Projek bagi subjek Pendidikan Moral, ELM 3101.

Perjalanan yang mengambil masa selama 20 minit itu disertai oleh 14 orang ahli

rombongan termasuk seorang Pensyarah Pembimbing kami, Puan Noorlela binti

Mohamed Shariff.

Dalam organisasi lawatan tersebut, saya dan rakan saya, Kleynton Rantai telah

dilantik menjadi Jawatankuasa Teknikal dan Logistik. Skop tugasan kami adalah

tertumpu kepada peneyediaan alatan teknikal seperti kamera dan video kamera

semasa hari lawatan. Walau bagaimanapun, semasa lawatan tersebut kami hanya

menggunakan kamera. Hal ini kerana terdapat kekangan untuk mendapatkan video

kamera. Oleh yang demikian, bukti-bukti yang diambil hanya dalam bentuk gambar dan

bukan rakaman.

Tambahan lagi, penggunaan bahan elektronik seperti telefon bimbit dan kamera

adalah dilarang sama sekali di dalam penjara tersbut. Sebelum masuk ke kawasan

Penjara itu, kami telah diarahkan oleh kakitangan penjara yang bertugas untuk tidak

mengambil mana-mana bahagian di dalam kawasan penjara tersebut termasuklah

gambar kakitangan mahupun banduan. Namun begitu, kami diberikan kebenaran

mengambil beberapa keping gambar semasa sesi taklimat dijalankan.

Secara keseluruhannya, saya berasa lega kerana semuanya berjalan dengan

lancar. Tugas yang diamanahkan juga telah kami laksanakan dengan baik. Segala

kelemahan yang ada akan kami perbaiki pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh,

…………………………….

( Fatin Sofia binti Ithnin)

AJK Teknikal dan Logistik.

IPG Kampus Raja Melewar.

LAPORAN JAWATANKUASA DOKUMENTASI DAN PUBLISITI

LAWATAN KE PENJARA SEREMBAN

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

Tarikh : 13 April 2013

Masa : 9.00 a.m – 1.00 p.m

Tempat : Penjara Seremban

Unit-unit yang terlibat: Semua pelajar Matematik/PJ/Moral Ambilan Jan 2012.

AJK : Firdaussi Bin Hashim

Pada 13 April yang lepas, Unit Matematik Ambilan Januari 2012 IPG Kampus Raja

Melewar telah mengadakan satu Lawatan Ilmiah ke Penjara Seremban. Lawatan ini adalah bagi

memenuhi kehendak tugasan Kerja Kursus Projek bagi subjek Pendidikan Moral, ELM 3101.

Seramai 13 orang pelajar unit Matematik diiringi oleh seorang pensyarah pembimbing iaitu

Puan Norlela Binti Mohamad Shariff telah menyertai lawatan tersebut.

Saya telah ditugaskan sebagai ahli jawatankuasa Dokumentasi dan Publisiti. Sebagai

AJK Dokumentasi, saya ditugaskan untuk merakam sepanjang aktiviti lawatan dijalankan.

Rakaman tersebut telah dibuat dalam bentuk gambar pegun atau ‘still photo’. Pihak Penjara

telah memberi peringatan awal bahawa bahagian dalam penjara adalah dilarang sama sekali

untuk dirakam. Ini sedikit sebanyak mencacatkan proses pengumpulan bahan.

Namun, alhamdulillah, tugasan yang diberikan berjaya dilaksanakan. Sebagai seorang

AJK Dokumentasi, saya perlu peka dengan atur cara program agar mudah untuk melakukan

proses pengumpulan bahan bukti. Diharap, sikap peka ini dapat saya terapkan semasa menjadi

guru kelak. Program ini banyak memberi input yang berguna kepada saya. Semoga program

sebegini diteruskan lagi di masa kelak.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

…………………………….

( Firdaussi Bin Hashim)

AJK Dokumentasi dan Publisiti

IPG Kampus Raja Melewar.

1. Sarapan bersama

2. Dalam perjalanan ke Penjara Seremban

3. Selamat sampai ke Penjara Seremban

4. Taklimat mengenai peraturan semasa lawatan

5. Ceramah Penjara bermula

6. Pelajar mendengar dengan tekun

7. Penceramah yang turut terlibat

8. Pelajar lelaki pun tekun mendengar

9. Fokus sepenuhnya terhadap ceramah

10. Ucapan dari Pengerusi program di akhir ceramah

11. Penyampaian plak kepada pihak Penajara Seremban

12. Cenderahati kepada penceramah, En. Wan Saadi

13. En. Hafiz, penceramah kedua

14. En. Rozaimie, penceramah ketiga

15. Sebelum berangkat balik

LAPORAN JAWATANKUASA MAKANAN DAN MINUMAN

LAWATAN KE PENJARA SEREMBAN

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

Tarikh : 13 April 2013

Masa : 9.00 a.m – 1.00 p.m

Tempat : Penjara Seremban

Unit-unit yang terlibat: Semua pelajar Matematik/PJ/Moral Ambilan Jan 2012.

AJK :1) Alence binti Asin

2) Mohammad Aizzaq bin Bunyaimi

LAPORAN

Pada 13 April 2013, unit PISMP Matematik Semester 3, IPG Kampus Raja

Melewar telah mengadakan Lawatan ILmiah ke Penjara Seremban yang terletak

lebih kurang 5 km dari Bandar Seremban. Lawatan tersebut diadakan bagi

memenuhi kehendak tugasan Kerja Kursus Projek bagi subjek Pendidikan Moral,

ELM 3101. Perjalanan yang mengambil masa selama 20 minit itu disertai oleh 14

orang ahli rombongan termasuk seorang Pensyarah Pembimbing kami, Puan

Noorlela BT Mohamed Shariff.

Dalam organisasi lawatan tersebut, saya dan rakan saya, Aizzaq telah dilantik

menjadi Jawatankuasa Makanan. Skop tugasan kami adalah tertumpu kepada

penyediaan makanan semasa hari lawatan. Sebelum kami memulakan lawatan ke

Penjara, sarapan pagi telah disediakan iaitu nasi lemak dan air tea susu. Kami telah

menjamah sarapan kami di balai islam seawal jam 8 pagi.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Penjara Seremban dan tiba kira-

kira jam 9 pagi. Kami telah mendengar taklimat daripada pegawai penjara. Kira-kira

jam 11 pagi kami telah disediakan kudapan daripada pihak penjara iaitu bihun

goreng, kek buah dan air tea.

Setelah selesai menjalani lawatan ke penjara seremban. Kami telah berhenti

ke sebuah kedai makan iaitu kedai maulana, untuk makan tengah hari. Kami telah

memesan makanan dan minuman masing-masing. Makanan dan minuman telah

dibayar oleh pensyarah pembimbing iaitu Puan Noorlela Bin Md. Shariff.

Secara keseluruhannya, saya berasa lega kerana semuanya berjalan dengan

lancar. Tugas yang diamanahkan juga telah kami laksanakan dengan baik. Segala

kelemahan yang ada akan kami perbaiki pada masa akan datang.

Disediakan oleh,

....................................

(ALENCE BINTI ASIN)

AJK Makanan dan Minuman.

IPG Kampus Raja Melewar.

LAPORAN JAWATANKUASA CENDERAHATI

LAWATAN KE PENJARA SEREMBAN

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

Tarikh : 13 April 2013

Masa : 9.00 a.m – 1.00 p.m

Tempat : Penjara Seremban

Unit-unit yang terlibat: Semua pelajar Matematik/PJ/Moral Ambilan Jan 2012.

AJK: Richma Binti Richard

AJK Cenderahati adalah di bawah tanggungjawab saya iaitu Richma Binti Richard.

Antara tugas yang perlu saya laksanakan sebelum kami membuat lawatan ilmiah ke

Penjara Seremban adalah menempah plak, menempah hamper buah-buahan dan

juga membuat goodies beg.

Tugas-tugas ini telah dilaksanakan bersama-sama dengan AJK Teknikal iaitu

Kleynton Rantai dan Fatin Sofia Ithnin memandangkan mereka tidak mempunyai

sebarang tugas untuk mengurus teknikal semasa lawatan ilmiah dijalankan. Oleh itu

plak telah ditempah oleh Kleynton Rantai di Kedai Sukan Juara yang terletaknya di

Seremban. Manakala, hamper buah-buahan telah ditempah oleh saya di kedai buah

My Fruits Trading berdekatan dengan Terminal 1. Tugas Fatin Sofia Ithnin pula

adalah menyediakan goodies beg yang mengandungi kerepek dan juga sapu tangan

yang kemudiannya dimasukkan ke dalam beg hadiah.

Semasa membuat lawatan ilmiah ke Penjara Seremban, tugas saya ialah

apabila sesi taklimat tamat maka saya akan membantu dari segi memberikan

cenderahati-cenderahati yang telah disediakan tersebut kepada pensyarah kami

untuk disampaikan kepada pegawai-pegawai yang terlibat malahan seorang

banduan juga telah diberikan satu goodies beg.

Jumlah kos yang telah digunakan untuk menyediakan cenderahati tersebut

ialah sebanyak RM 114.80 iaitu RM40 untuk plak, RM40 untuk hamper buah-buahan

dan RM34.80 untuk goodies beg.

Konklusinya, semua tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh AJK

Cenderahati telah saya laksanakan bersama rakan-rakan yang lain dan semuanya

telah berjalan dengan lancar dan sempurna.

Disediakan oleh,

_____________________,

(RICHMA BINTI RICHARD)

AJK CENDERAHATI,

IPG Kampus Raja Melewar

4.0 RUMUSAN /

PENAMBAHBAIKAN

4.0 RUMUSAN / PENAMBAHBAIKAN

Sesunguhnya lawatan ilmiah ke penjara membawa satu iktibar kepada kami

semua. Walaupun hanya beberapa jam melawati penjara seremban tetapi membawa

impak besar kepada setiap diri kami yang bakal menjadi guru pendidikan moral pada

suatu hari kelak.

Melalui lawatan ilmiah ini kami telah diberi ceramah oleh KIP Wan Saadi Bin

Wan Yacoob, Unit Pemulihan seremban, banyak memberi input yang berguna dan

kesedaran kepada kami kesan menjadi seorang banduan atau penjenayah.

Pengisian ceramah tersebut ialah maklumat mengenai penjara, hal berkaitan dengan

banduan, jenis-jenis hukuman sebat dan gantung sampai mati mandatori. Lantaran

itu, kami sebagai bakal guru pendidikan moral akan mendidik anak-anak bangsa

agar tidak terjebak dengan kancah jenayah dan dadah untuk menghindari hukuman

penjara.

Penambahbaikkan yang boleh dilakukan pada masa kelak bagi Kursus

Pendidikan Moral ini ialah pendidikan mengenai penjara ini boleh dijadikan satu

ceramah khas untuk warga IPGRKM bagi memberi kesedaran secara khusus

kepada bakal pendidik generasi muda ini. Bah kata perpatah “ melentur buluh biar

dari rebungnya” dan begitulah peranan guru masa kini dalam membimbing generasi

muda ke membina Negara maju selaras dengan NKRA Ke-10 iaitu, kurang dari 10%

banduan di Malaysia.

Kesimpulanya,lawatan yang sesingkat ini membawa 1001 pengajaran kepada

kita untuk berubah ke arah kebaikan sesuai dengan prinsip moral iaitu baik, benar

dan patut.

REFLEKSI

Syukur kepada Tuhan atas limpah rahmat-Nya terhadap saya bagi

menyempurnakan tugasan lawatan ilmiah ke penjara seremban bagi kursus

Pendidikan Moral Minor EML 3101. Terima kasih juga kepada pensyarah

pembimbing Puan Noorlela BT Mohamed Shariff atas tunjuk ajar dan teguran beliau

tidak kira dalam bilik kuliah mahupun luar bilik kuliah.

Pelbagai ilmu dan pengajaran yang telah saya perolehi melalui lawatan ilmiah

ini. Ini merupakan pengalaman yang saya tidak akan lupakan dan akan saya semat

dalam hati saya. Ilmu yang saya perolehi dalam lawatan ini melalui ceramah yang

diberikan KIP Wan Saadi Bin Wan Yacoob, Unit Pemulihan seremban ialah institusi

penjara terhadap masyarakat. Secara dasarnya, pandangan saya terhadap penjara

ialah hanya pusat pengumpulan orang yang jahat dan tidak memberi kepentingan

terhadap masyarakat. Namun, mantaliti ini harus diubah kerana institutsi penjara ini

telah mendukung 3 prinsip iaitu menahan, menjaga dan memulih. Para banduan ini

diberi kaunserling dan bimbingan untuk menujun ke jalan yang benar. Para banduan

ini juga diberi pendidikan serta kemahiran vokasional supaya mereka ini boleh

berkhidmat kepada masyarakat selepas keluar daripada penjara. Oleh itu, tiada

istilah terlambat atau tidak boleh berubah kerana setiap manusia diberi peluang

untuk memperbaiki diri sendiri.

Selain itu, saya juga mendapat ilmu mengenai hukuman yang dijalankan

dalam penjara. Ini merupakan satu pengalaman ngeri saya, hukuman sebat dan

gantung sampai mati mandatori ini memberi kesedaran kepada saya agar tidak

melakukan perkara yang diluar norma dan melanggar undang-undang. Oleh itu, saya

berazam untuk mendidik anak-anak bangsa bertapa buruknya kesan melanggar

undang-undang kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada diri tetapi juga

keluarga, masyarakat dan Negara.

Kami juga berpeluang mendengar perkongsian dengan seorang banduan atas

pengambilan dadah heroin. Beliau berumur 50 tahun dan pernah memasuki ke

penjara sebanyak 3 kali. Beliau masuk untuk kali ketiga kerana telah melanggar

perintah makahmah dan dihukum penjara 18 bulan dan 1 sebatan. Kisah yang

dikongsi oleh beliau telah memberi impak besar terhadap kehidupannya kerana

dahulunya beliau seorang mekanik aircraft di Malaysian Airlines. Sesungguhnya

penyesalan pengambilan dadah telah memburukan kualiti kehidupanya. Melalui

perkongsian beliau, saya telah bertanyakan beberapa soalan seperti mengapa tidak

berhenti kerana perkerjaannya stabil, mengapa tidak berubah jika berkeinginan untuk

mempunyai keluarga, harta dan berkerjaya. Keinginan seorang penagih dadah untuk

berubah ada tetapi tidak menjumpai jalan atau cara yang betul untuk

menghindarinya. Oleh itu, dalam institusi penjara ini telah memperkenalkan terapi

methadone untuk menggantikan dadah jenis heroin dan morphine namun dalam

kuantiti yang terkawal iaitu 35ml sahaja.

Secara kesimpulanya, lawatan ilmiah ke penjara ini bukan sahaja tertumpu

kepada pendidikan moral sahaja tetapi juga kepada didikan agama, psikologi

manusia, kawalan sosial ( masyarakat). Oleh itu, pendedahan terhadap institusi

penjara membawa makna lebih besar tanggungjawab yang dipikul oleh guru untuk

menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak murid kelak.

RUJUKAN

Fungsi bahagian . (2012).

http://www.prison.gov.my/portal/page/portal/hijau/kepenjaraan#Fungsi Bahagian.

Dilayari pada 5 april 2013

penjara seremban.

http://www.prison.gov.my/images/carta/institusi/selanjutnya_seremban.pdf dilayari

pada 5 april 2013.