laporan tugas khas
TRANSCRIPT
LAPORAN BIRO AKTIVITI BINA INSAN GURU SIRI 2/2012
Bina Insan Guru (BIG) fasa 2 telah dijalankan di rumah anak-anak
yatim perlis. Selaku ketua biro tugas-tugas khas saya amat bersyukur
kerana mendapat kerjasama daripada AJK-AJK lain terutama ahli biro saya
dalam menjayakan program-program yang telah dirancang dengan lancar.
Sebelum BIG fasa 2 ini dijalankan, terdapat beberapa aktiviti yang
telah dilaksanakan. Mesyuarat pertama diadakan di BK BP 2. Dalam
mesyuarat pertama ini, ahli jawatankuasa BIG fasa 2 telah dibentuk. Maka,
saya diberi tanggungjawab untuk memikul tugas sebagai ketua biro tugas-
tugas khas. Senarai ahli jawatankuasa untuk biro aktiviti adalah seperti
yang berikut:
Ketua Biro : Muhamad Faris Bin Azaman
AJK : Idris Din Bin Abu Bakar
Memang tidak dinafikan, biro tugas-tugas khas merupakan salah
satu biro yang amat penting sekali dalam struktur organisasi BIG. Biro
tugas-tugas khas haruslah memastikan segala aktiviti yang dijalankan
dengan lancar sepanjang aktiviti BIG ini. Dengan ini, saya dan ahli biro
saya terus melaksanakan tugas kami dengan semangat dan penuh
dedikasi. Kami akan bertindak selaku orang yang akan membantu segala
urusan yang serta merta dan urusan yang melibatkan masalah yang
berlaku secara tidak dirancang.
Tugas yang kami jalankan sebelum program ini bermula adalah
dengan memastikan segala alatan yang diperlukan semasa program
khidmat masyarakat ini seperti alatan sukaneka, alatan gotong royong,
alatan LDK dan juga hadiah-hadiah.
Perbincangan antara ketua-ketua biro telah diadakan. Perjumpaan
ini dijalankan oleh Pengerusi program iaitu saudara Samuel Anak Alfred
untuk mendapat maklumat dengan lebih jelas mengenai apa yang telah
dijalankan oleh setiap biro dan masalah yang dihadapi oleh setiap biro.
Secara kesimpulannya, saya selaku peserta yang telah diberi
peluang untuk memegang jawatan ketua biro tugas-tugas khas ini berpuas
hati dengan segala program dan aktiviti serta kesungguhan yang
diberikan oleh para peserta dalam semua aktiviti yang telah dijalankan.
Ianya juga memberi pengalaman yang bermakna buat saya.
Yang menjalankan tugas,
…………………………………
(MUHAMAD FARIS BIN AZAMAN)
KETUA BIRO TUGAS-TUGAS KHAS,
PROGRAM BUG FASA 2