laporan minggu kk 3
DESCRIPTION
kokurikulumTRANSCRIPT
AKTIVITI DEKLAMASI SAJAK
PERINGKAT SEKOLAH SK NANGA JAGOI
\
LAPORAN
PENGENALAN
Hari kokurikulum memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu.
Melalui kegiatan kokurikulum, pelajar-pelajar kita bukan sahaja dapat mencapai
kecmerlangan di bidang kokurikulum, malahan juga dalam pengalaman lain seperti
sosial, kepimpinan serta disiplin diri.
Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan kokurikulum di
peringkat sekolah-sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan
secara menyeluruh di kalangan pelajarnya. Pihak pengurusan sekolah perlu
meningkatkan corak pengurusan kokurikulum di sekolah dengan mengadakan kegiatan
kokurikulum sepanjang tahun . Jika dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan
ini akan dapat membendung sebahagian daripada usaha kita dalam mengatasi
masalah sosial pelajar.
Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan Nanga Jagoi sentiasa
memberi perhatian terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan kokurikulum
yang melibatkan pelajar. Pengalaman mengikuti kokurikulum penting sebagai asas
pembinaan insan yang menyeluruh di masa akan datang.
MATLAMAT
1.0 Dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar dalam aktiviti deklamasi sajak
1.1 Memupuk pelbagai nilai murni dikalangan murid
1.2 Memantapkan lagi teknik bercerita di kalangan murid-murid
OBJEKTIF
1. Medan bagi memilih peserta yang berbakat untuk mewakili sekolah ke
pertandingan yang dianjurkan oleh pihak PPD Kanowit
2. Memupuk semangat setiakawan di kalangan pelajar dan guru.
3. Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat di kalangan pelajar.
4. Mendekatkan ibu bapa/penjaga dengan sekolah melalui aktiviti kokurikulum
Gambar aktiviti deklamasi sajak
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh
___________________ _________________ _______________
(MOHD NURMISUARI QAZREEN ) (LAYANG AK KURONG) (CHAPOK AK KIRAK)
Setiausaha KK/Guru Sukan Penolong kanan KK Guru Besar
SK Nanga Jagoi. SK Nanga Jagoi. SK Nanga Jagoi